Anda di halaman 1dari 1

MOHD KHARUL ANUAR BIN ABDUL RAHIM

GA03428
LMCR2252
PENGURUSAN EMOSI
Ego dan Pengurusan Emosi

Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang
ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan
orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ego itu
perlu ada dalam diri seseorang itu. Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah
dan merasakan bahawa diri sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa.
Kebiasaannya seseorang itu tidak dapat menerima hakikat apabila dirinya dilabelkan sebagai
seorang yang ego. Mereka kadangkala tidak menyedari bahawa sifat itu memang sudah ada
dalam diri mereka.

Yang membezakannya hanyalah tahap ego seseorang itu. Berdasarkan kajian, wanita yang
bekerjaya mempunyai tahap ego yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak bekerja. Itu
hanyalah kajian yang dilakukan, ini tidak bermakna semua wanita bekerjaya itu ego. Lelaki
juga begitu. Tetapi, jika dalam sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai contoh
hubungan suami isteri, kebiasaannya suami mempunyai tahap keegoan yang lebih tinggi
berbanding si isteri. Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri
sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana jika berlebihan ia
umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang ramai.

Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu
yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk
mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif ,mudah menjalinkan persahabatan
dengan orang lain, mudah menurunkan ego dalam diri dan sebagainya.

Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi
yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi
tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh
menyebabkan wujudnya satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah
keinginan untuk diperlakukan melalui perbuatan atau perlakuan. Cara lain mengawal emosi
agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengurus emosi diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai