Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN EMOSI

Perkataan emosi berasal daripada perkataan latin EMOVER yang bermaksud bergerak,
kegembiraan dan kegusaran. Ia digunakan untuk menggambarkan pengalaman sujektif seseorang
seperti cinta, marah, suka, resah, tertekan, malu, benci, duka, gembira, tenang dan lain-lain.

Kamus Bahasa Dewan mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih,
marah dan lain-lain. Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995) menyatakan emosi sebagai satu
perasaan yang kuat dan pelbagai jenis, contohnya kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu,
keseronokan atau pun berlakunya gangguan pada perasaan. The Oxford Dictionary Of Current
English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada
aspek mental atau naluri seperti kasih sayang atau pun takut.

Kesimpulannya emosi adalah salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan
perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh
berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.

Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan
memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan
dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga
supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan terdalam
orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan untuk
menyelesaikan konflik serta untuk memimpin.

Daniel Goleman menyatakan 80% kejayaan seseorang bergantung kepada EQ atau kecerdasan
emosi berbanding dengan lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan
mentalnya. Dari sini jelas bahawa peranan HATI yang menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi
(EQ) itu mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari
kehidupan sehariannya.

Mayer dan Salovey menyatakan “ Individu yang memiliki kepintaran emosi mahir dalam empat
bidang:

1. Mengenal pasti emosi


2. Menggunakan emosi
3. Memahami emosi
4. Mengawal emosi

Konsep ini menyatakan bahawa seseorang yang berupaya menjelaskan ataupun menyedari
emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya dan mengawal emosinya,
dia dianggap mempunyai kecerdasan emosi(EQ).

1
Kebolehan memahami emosi sendiri adalah kebolehan asasi yang bersifat natural. Kebolehan
mengendalikan emosi adalah aktiviti yang sukar dan memerlukan usaha dan pembelajaran yang
berterusan. Ia tidak datang sendiri. Dalam Islam cara-cara khusus diajar supaya manusia dapat
mengendalikan emosinya dengan baik seperti selalu mengingati Allah SWT dengan berzikir,
bertahmid, banyak berdoa dan bermuhasabah diri.

PERANAN EMOSI
Antara peranan emosi ialah;
1. Emosi dan intuisi mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mencerap maklumat dengan
lebih cepat dan banyak, sekali gus dapat melihat puluhan pilihan dalam tempoh yang singkat
sahaja.
2. Emosi adalah sumber motivasi kerja, maklumat, pengaruh, inovasi dan intuisi.
3. Emosi memberi inspirasi dan memandu kepada proses taakulan dan analisis serta sintesis
yang dibuat berkenaan sesuatu perkara.
4. Lebih mengagumkan lagi, emosi dan hati membantu kita mengenali ‘diri’ kita dengan lebih
tepat dan memahamkan kita berkenaan tujuan hidup kita yang sebenarnya serta
mencapainya walau apa pun cabarannya.

CARA MENGENDALIKAN EMOSI


Kebolehan mengendalikan emosi adalah salah satu elemen penting dalam menentukan kejayaan
dalam kehidupan (Goleman, 1995). Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengendalikan emosi ialah;
 Kita perlu menyedari apa yang sebenarnya berada di sebalik satu-satu perasaan atau emosi
itu.
 Mendorong diri sendiri supaya membina emosi yang stabil dan seimbang dalam pelbagai
keadaan dan situasi.
 Memilih sama ada hendak berubah atau tidak.
 Paling penting kita menyedari apakah emosi kita dan bagaimana emosi itu dapat membantu
kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan
dan keyakinan diri.
 Perlu mencari jalan meredakan perasaan yang meluap-luap kerana marah atau kecewa.
 Cuba memahami apa yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak apabila tidak
dapat dikawal.
 Fikirkan sejenak berkenaan akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan
ketika emosi tidak terkawal.
 Alihkan emosi kepada satu-satu yang positif.

STRATEGI MUDAH BAGI MENYEGARKAN KEMBALI EQ

A) Di peringkat individu – apabila kita berasa tertekan, tegang dan bosan lakukan beberapa
aktiviti yang dapat menyegarkan kembali emosi. Antaranya;
1. Berehat beberapa minit.
2
2. Berjalan beberapa minit.
3. Melakukan aktiviti fizikal yang mudah beberapa minit seperti melihat di jendela, menaiki
atau menuruni tangga, membuat regangan dan lain-lain.
4. Mengambil sedikit minuman atau pun makanan ringan yang berzat.
5. Bergurau dengan rakan sekerja.

B) Di peringkat organisasi
1. Pihak pengurusan perlu menyediakan tempat khusus yang kondusif untuk para staf
berehat, bertemu, berkomunikasi dan berbincang.
2. Persekitaran di tempat kerja perlu direka bentuk dan dihias dengan menarik dan
menyamankan.
3. Pihak pengurusan perlu mewujudkan satu budaya sentiasa berkongsi setiap perasaan
antara para staf dengan penuh empati tanpa prejudis.
4. Apabila terdapat staf yang meluahkan perasaan tidak puas hati, berikan perhatian yang
wajar dan berusahalah menyelesaikannya. Budaya seperti ini menjadikan hubungan
antara staf semakin rapat dan meningkatkan tahap saling faham memahami dan
kerjasama antara satu sama lain.

IMPLIKASI EQ RENDAH
EQ yang rendah dikaitkan dengan kehilangan peluang dan wang, masalah dalam hubungan,
kehilangan dalam kerjaya, projek, matlamat, pencapaian, harga diri, keyakinan diri, kawalan diri,
kesihatan malah keluarga. Dapatan kajian-kajian mendapati;

 75% kerjaya gagal disebabkan rendahnya EQ.


 70% sebab kehilangan pelanggan dan klien adalah berpunca daripada EQ
 50% pembaziran masa dalam perniagaan disebabkan kurangnya rasa percaya antara satu
sama lain.
 Klien gagal berubah kerana kaunselor tidak bersifat empati dan optimistik.
 Doktor yang mempunyai EQ yang rendah lebih banyak disaman.

IMPLIKASI EQ TINGGI
Antara implikasinya;
 Meningkatkan keberkesanan personal.
 Mengurus emosi sendiri dan orang lain dengan lebih efektif.
 Apabila kita mengetahui keadaan emosi seseorang, ia menjadikan kita lebih prihatin kepada
diri sendiri dan lebih-lebih lagi kepada orang lain.
 Harapan dan rasa optimis adalah satu elemen yang amat berguna dalam menjana kejayaan.
 Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada
kecemerlangan sikap dan seterusnya ia dapat mengelakkan kita daripada tertekan dan
bosan.
 Memperbaiki hubungan dalam perniagaan dan kehidupan sosial.

Anda mungkin juga menyukai