Anda di halaman 1dari 8

Inventori Kemahiran Komunikasi Interpersonal

Tujuan
Inventori Kemahiran Komunikasi Interpersonal diperkenalkan oleh Bienvenu (1971).
Inventori ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada sesesorang
tentang kekuatan komunikasi dan kebolehan lain untuk diperkembangkan. Dengan
menjawab setiap soalan, seseorang akan mendapat paparan mengenai tahap
kompetensi beliau dalam 4 kunci utama dalam bidang komunikasi. Inventori ini
hanya ditujukan kepada individu yang menyiapkannya.

Prosedur
Untuk melengkapkan inventori ini, baca setiap kenyataan dengan berhati-hati dan
jawab dengan jujur bagi setiap kenyataan yang berkaitan dengan diri anda.
Contohnya bagi bahagian 1, soalan nombor 1, sekiranya anda mendapati diri anda
kadang-kadang susah untuk bercakap dengan orang lain tandakan pada petak
"kadang-kadang" untuk soalan nombor 1. Dan untuk soalan nombor 2, sekiranya
orang lain sering menghabiskan ayat anda semasa anda cuba untuk menjelaskan
sesuatu; tandakan pada petak "selalunya" dan seterusnya sehinggalah anda
melengkapkan kesemua soalan di dalam 4 bahagian dalam inventori ini.
Bahagian 1
Selalunya Kadang-kadang Jarang
1. Adakah susah bagi anda untuk bercakap
dengan orang lain?
2. Bila anda cuba untuk menjelaskan tentang
sesuatu, adakah orang lain sering
menghabiskan ayat untuk anda?
3. Dalam perbualan, adakah perkataan atau
ayat yang keluar dari mulut anda seperti
yang anda ingini?
4. Adakah rumit bagi anda untuk
memberikan idea bila orang lain
membezakan idea tersebut dengan idea
orang lain?
5. Adakah anda menganggap bahawa orang
lain mengetahui tentang apa yang akan
anda akan katakan dan menyerahkan
pada mereka untuk menanyakan soalan
kepada anda?
6. Adakah orang lain kelihatan berminat dan
menumpukan perhatian bila anda
bercakap dengan mereka?
7. Semasa bercakap, adakah mudah bagi
anda untuk mengenalpasti bagaimana
reaksi orang lain kepada apa yang anda
katakan?
8. Adakah anda bertanyakan kepada orang
lain tentang pendapat yang anda ingin
sampaikan?
9. Adakah anda sedar mengenai nada suara
anda mungkin mempengaruhi orang lain?
10. Dalam perbualan, adakah anda bercakap
tentang perkara yang diminati antara dua
pihak?

SKOR: _________________
Learning Dynamics, 2002
Bahagian 2
Selalunya Kadang-kadang Jarang
11. Dalam perbualan, adakah anda sering
bercakap banyak berbanding orang lain?
12. Dalam perbualan, adakah anda
menanyakan soalan sekiranya anda tidak
memahami apa yang mereka katakan?
13. Dalam perbualan, adakah anda sering kali
cuba untuk menjangka apakah seseorang
yang akan katakan sebelum dia
menghabiskan ayat?
14. Adakah anda mendapati diri anda tidak
menumpukan perhatian apabila berbual
dengan orang lain?
15. Dalam perbualan, adakah anda dapat
membezakan apakah yang dikatakan
dengan apa perasaan seseorang tersebut?
16. Selepas seseorang selesai bercakap,
adakah anda memastikan apa yang dia
katakan sebelum memberikan respon?
17. Dalam perbualan, adakah anda sering
menghabiskan perkataan seseorang atau
memberikan lebih perkataan kepadanya ?
18. Dalam perbualan, adakah anda
menumpukan lebih kepada fakta dan
perincian dan sering kehilangan nada
emosi anda ?
19. Dalam perbualan, adakah anda
membenarkan seseorang tersebut habis
bercakap sebelum memberi respon?
20. Adakah begitu susah bagi anda untuk
melihat dari sudut pandangan seseorang?

SKOR:___________
Learning Dynamics, 2002
Bahagian 3
Selalunya Kadang-kadang Jarang
21. Adakah susah bagi anda untuk menerima
kritikan membina dari orang lain ?
22. Adakah anda mengelak dari mengatakan
sesuatu yang akan mnyakiti perasaan
orang lain?
23. Bila seseorang menyakiti perasaan anda,
adakah anda berbincang dengannya?
24. Dalam perbualan, adakah anda cuba
untuk meletakkan diri anda di tempat
seseorang?
25. Adakah anda berasa kurang senang
apabila seseorang memberikan pujian?
26. Adakah susah untuk anda tidak bersetuju
dengan orang lain disebabkan anda takut
untuk menyebabkan seseorang tersebut
marah ?
27. Adakah anda berasa susah untuk
memberikan pujian kepada orang lain ?
28. Adakah orang lain menganggap bahawa
anda sentiasa merasa diri sentiasa betul?
29. Adakah anda mendapati orang lain
bertindak defensif bila anda tidak
bersetuju dengan pendapat mereka?
30. Adakah anda cuba untuk memahamkan
orang lain terhadap diri anda dengan
menyatakan apa perasaan anda?

SKOR:________
Learning Dynamics, 2002
Bahagian 4
Selalunya Kadang-kadang Jarang
31. Adakah anda mempunyai kecenderungan
untuk menukar subjek apabila orang lain
memasukkan perasaan dalam perbualan?
32. Adakah mengecewakan bagi anda apabila
orang lain tidak setuju dengan anda?
33. Adakah anda mendapati sukar untuk
berfikir apabila marah dengan seseorang?
34. Bila masalah timbul antara kita dan orang
lain, bolehkah anda membincangkannya
tanpa berasa marah?
35. Adakah anda berpuas hati dengan cara
anda menangani perbezaan dengan orang
lain.?
36. Adakah anda merajuk dalam masa yang
lama apabila seseorang mengecewakan
anda?
37. Adakah anda meminta maaf dengan
seseorang yang telah dilukai
perasaannya?
38. Adakah anda mengaku bersalah bila anda
salah mengetahui ianya memang salah
anda?
39. Adakah anda mengelak atau menukar
topik bila seseorang ingin meluahkan
perasaan tentang sesuatu perkara?
40. Apabila seseorang berasa kecil hati,
adakah anda merasa susah untuk
meneruskan perbualan?

SKOR:_________
Learning Dynamics, 2002
Nilai Markah Inventori Kemahiran Komunikasi Interpersonal

Arahan: Lihat belakang dan lihat semula jawapan anda pada setiap soalan. Di depan
setiap soalan, tuliskan markah yang sepatutunya berdasarkan jadual di bawah.

Misalnya, jika anda menjawab "jarang" untuk soalan 1, anda akan mendapat
3 markah. Tuliskan nombor 3 di depan soalan 1 dalam inventori. Teruskan dengan
soalan lain.

Setiap bahagian mempunyai 10 soalan. Setelah memberi markah kepada


semua soalan. Rujuk semula bahagian 1. Jumlahkan kesemua markah dalam
bahagian 1 dan isikan jumlah markah tersebut dalam Jumlah markah bahagian 1.
Teruskan dengan menjumlahkan kesemua markah dalam setiap bahagian masing-
masing.

Nilai Markah

Soalan Selalu Kadang- Jarang Soalan Selalu Kadang- Jarang


kadang kadang
1. 0 1 3 21 0 1 3
2. 0 1 3 22 3 1 0
3. 3 1 0 23 3 1 0
4. 0 1 3 24 3 1 0
5. 0 1 3 25 0 1 3
6. 3 1 0 26 0 1 3
7. 3 1 0 27 0 1 3
8. 3 1 0 28 0 1 3
9. 3 1 0 29 0 1 3
10. 3 1 0 30 3 1 0
11. 0 1 3 31 0 1 3
12. 3 1 0 32 0 1 3
13. 0 1 3 33 0 1 3
14. 0 1 3 34 3 1 0
15. 3 1 0 35 3 1 0
16. 3 1 0 36 0 1 3
17. 0 1 3 37 3 1 0
18. 0 1 3 38 3 1 0
19. 3 1 0 39 0 1 3
20. 0 1 3 40 0 1 3
Learning Dynamics, 2002
Profil Komunikasi Interpersonal

Arahan: Lihat markah anda bagi setiap bahagian sebagai satu darkah petunjuk
kepada keberkesanan komunikasi anda. Tandakan markah anda dalam jadual
menggunakan X bagi setiap bahagian markah. Lukiskan garisan menyambungkan
dari lajur ke lajur. Ini akan menjadikan profil bagi kekuatan dan peluang untuk
penambahbaikan.

● Markah dalam julat 1>15 menandakan kemahiran komunikasi anda memerlukan


penambahbaikan.
● Markah dalam julat 16> 21 menandakan kemahiran komunikasi anda
memerlukan perhatian yang konsisten
● Markah dalam julat 22> 30 menandakan kemahiran komunikasi berada dalam
tahap yang kuat dan berpotensi.

Lingkungan Kekuatan : __________________________________________________

Lingkungan Penambahbaikan :____________________________________________

Markah Bahagian 1 Markah bahagian 2 Markah bahagian 3 Markah bahagian 4


Penyampaian Mesej Pendengaran Memberi dan Mengendali interaksi
yang jelas menerima respon emosional
30 30 30 30
29 29 29 29
28 28 28 28
27 27 27 27
26 26 26 26
25 25 25 25
24 24 24 24
23 23 23 23
22 22 22 22
21 21 21 21
20 20 20 20
19 19 19 19
18 18 18 18
17 17 17 17
16 16 16 16
15 15 15 15
14 14 14 14
13 13 13 13
12 12 12 12
11 11 11 11
10 10 10 10
9 9 9 9
8 8 8 8
7 7 7 7
6 6 6 6
5 5 5 5
4 4 4 4
3 3 3 3
2 2 2 2
1 1 1 1
Learning Dynamics, 2002

Rujukan

Bienvenu, M. J. (1971). An Interpersonal Communication Inventory. The Journal of


Communication, 21(4), 381-388.

Interpersonal Communication Skills Inventory (Learning Dynamics, 2002)


http:www.nal.usda.gov/wicworks/Sharing_Center/CT/csmodule/Inventory.pdf

Anda mungkin juga menyukai