Anda di halaman 1dari 9

PENGELUARAN KAWALAN INVENTORI

DEFINISI

Kawalan Inventori : Aktiviti @ langkah bagi memastikan bahan mentah dan barangan
yang disimpan dapat digunakan dengan sempurna untuk memenuhi permintaan @
keperluan sepanjang suatu tempoh.

Inventori : Bahan\barangan yang disimpan dalam organisasi untuk kegunaan masa


depan. Contohnya, bahan mentah,barangan separa siap atau komponen dan
barangan siap.

OBJEKTIF

1)Memastikan inventori berada pada tahap optimum.

Dapat mengelakkan penyimpanan inventori berlebihan dalam gudang.


Melalui kawalan inventori, tahap inventori berada pada tahap yang diperlukan
oleh perniagaan.

2)Aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan.

Pengurusan inventori yang baik membolehkan perniagaan menyimpan


inventori yang diperlukan dalam gudang mengikut keperluan pengeluaran
yang dirancang.
Bekalan bahan mentah yang mencukupi membolehkan aktiviti pengeluaran
dijalankan secara berterusan tanpa gangguan.

3)Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan.

Barang yang telah dihasilkan boleh disimpan dalam gudang terlebih dahulu
sebelum diedarkan ke pasaran mengikut keadaan permintaan pasaran.
Sebarang kekurangan dalam pasaran pula boleh diatasi dengan membawa
keluar barang dari gudang.

4)Mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori.

Kawalan inventori dapat mengelakkan pembaziran yang mungkin berlaku


disebabkan kerosakan dan keusangan inventori.
Kawalan inventori yang baik dapat mengelakkan daripada inventori hilang @
dicuri.

5)Meminimumkan kos pemegangan inventori

Penyimpanan inventori mengikut keperluan pengeluaran perniagaan


mengelakkan modal perniagaan terikat pada inventori untuk tempoh yang
terlalu lama.
Menjejaskan kedudukan aliran tunai perniagaan.

JENIS INVENTORI

PERMINTAAN BERSANDAR

INVENTORI

PERMINTAAN TIDAK BERSANDAR

Inventori Permintaan Bersandar.

a)Permintaan bagi item dalam kategori ini tidak bergantung kepada permintaan item-
item yang lain, tetapi dipengaruhi oleh keadaan pasaran.

b)Item dalam bentuk barangan siap

c)Pengurusan inventori ini menggunakan model-model kuantitatif bagi menentukan :

Ramalan permintaan

Saiz pesanan

Kos pengurusan inventori

Inventori Permintaan Tidak Bersandar.

a)Permintaan untuk item dalam kategori ini bergantung kepada permintaan item-item
yang lain.

b)Item-item lain barangan jenis komponen @ separa siap yang digunakan untuk
menghasilkan barangan siap.

c)Pengurusan inventori melibatkan penggunaan perancangan-perancangan


pengeluaran untuk menentukan keperluan inventori seperti :

Jadual pengeluaran induk

Perancangan keperluan bahan.


KOMPONEN KOS DALAM PENGURUSAN INVENTORI

KOS PEMBELIAN

KOS INVENTORI KOS PESANAN

KOS PENANGGUHAN

KOS KEKURANGAN

Kos Pembelian

DEFINISI : Wang yang dibayar kepada pembekal bagi mendapatkan


barangan yang dipesan.
Kos barangan yang dipesan bergantung kepada kuantiti yang dipesan.

Kos Pesanan

DEFINISI : Kos tetap yang dikenakan setiap kali sesuatu pesanan dibuat.
Tujuan :

Penyediaan borang pesanan,penentuan barang-barang yang perlu dipesan &


penerimaan barang-barang yang dipesan seperti, kos pemunggahan, memeriksa,
menguji mutu dan merekodkan barang yang diterima.

Komponen kos ini berkadaran dengan kekerapan pesanan dibuat.

Kos Penangguhan\Pegangan

DEFINISI : Kos yang wujud kerana menyimpan barangan dalam bentuk stok.

Contohnya, faedah bagi modal terikat, insurans, penggudangan (kos


ruangan,buruh,penyenggaraan & penjagaan) dan susut nilai.

Kos Kekurangan\kos kehabisan

DEFINISI : Penalti @ denda akibat ketiadaan barangan apabila diperlukan @


diminta oleh pelanggan.
Contohnya : Diskaun @ rebet dan penangguhan kerja yang melibatkan kos
pengeluaran.
PENGURUSAN INVENTORI

Analisis ABC
Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (Economic Order Quality)
Sistem Tepat Pada Waktu (Just In Time)

Analisis ABC

a)Definisi : Suatu sistem mudah yang digunakan untuk mengelaskan item-item


inventori kepada tiga kelas iaitu, A, B dan C berdasarkan jumlah nilai ringgit
penggunaan (nilai wang semasa).

b)Tujuan : supaya pihak pengurusan dapat menfokuskan kawalan dan perhatian


yang lebih pada item yang mempunyai nilai ringgit penggunaan paling tinggi.

c)Nilai ringgit penggunaan diperoleh dengan :

Kos seunit item X Qtt DD tahunan setiap


item
d)Kemudian, nilai-nilai ini akan disusun dalam tertib menurun mengikut kelas, A, B
dan C.

Rajah : Analisis ABC


Huraian : Rajah ABC

Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (Economic Order Quality)

Definisi : Satu kaedah bagi menentukan kuantiti pesanan optimum yang


meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan.

ANDAIAN :

a)Permintaan adalah tetap dan konstan

b)Tiada kekurangan yang dibenarkan

c)Tempoh masa penghantaran inventori (lead time) dan penerimaan tempahan


konstan.

d)Semua tempahan diterima pada suatu masa.

Rajah : Model EOQ


Formula : Model EOQ

Contoh Pengiraan : Model EOQ

Sistem Tepat Pada Waktu (JIT)

Definisi : Sistem dimana item-item inventori tiba apabila ia diperlukan dalam proses
pengeluaran tanpa perlu disimpan dalam stor.

b)Definisi 2 : Sistem inventori sifar @ sistem yang mengkehendaki pembekal


menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori
seberapa minimum yang mungkin.
Ciri- ciri JIT
Kebaikan JIT

Anda mungkin juga menyukai