Anda di halaman 1dari 2

SHELLA SAARI

Langkah Untuk Memartabatkan Seni Batik Di


Negara

Nilai estetika yang terdapat pada batik sering kali di pandang sepi oleh segelintir
masyarakat kita. Namun atas dorongan dan pelbagai strategi, kini batik mampu menandingi
jenama terkenal di Negara kita. Jika kita menyingkap sejarah seni batik, kita dapat
mengetahui batik merupakan satu daripada akar budaya yang menjadi identiti bangsa
Malaysia sejak berkurun lamanya. Kaedah pembuatan batik secara tradisional ditemui sejak
abad ke 15. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan alat pengecop tetapi kini
kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Di samping itu batik juga
membawa maksud melukis, menulis, dan juga mewarna. Pelbagai langkah proakatif perlulah
diambil demi memastikan seni batik di negara dapat dimartabatkan dan mencapai zaman
kegemilangannya kembali.

Pada tahun 2003 kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk


mempromosikan industri ini. Kerajaan juga telah menguatkuasakan peraturan baru dalam
kalangan penjawat awam iaitu mereka diwajibkan untuk memakai pakaian batik pada setiap
hari Khamis dan juga di majlis-majlis rasmi. Hal ini secara tidak langsung dapat melonjakkan
lagi industri batik di negara kita. Di samping itu, Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan dan
Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia turut membantu untuk merealisasikan hasrat
kerajaan. Perbadanan kemajuan Kraf Tangan telah berfungsi untuk membangun dan
mempromosikan pengusaha dan industri kraf negara seperti industri batik. Pelbagai agenda
dan program yang tersusun dan sempurna telah diadakan oleh perbadanan-perbadanan ini.
Kraftangan Malaysia juga telah mengambil beberapa pendekatan dengan menyertai pameran
perdagangan utama di beberapa negara seperti di United Kingdom, Hong Kong dan juga di
Singapura. Kerajaan juga telah memperkenalkan Skim Intensif Galakan Dagangan yang
bertujuan untuk membantu usahawan kraf menerokai pasaran baru di Timur Tengah seperti di
United Arab Emirates (UAE). Sememangnya kerajaan telah melakukan pelbagai strategi dan
usaha untuk memartabatkan kembali industri batik.

Seterusnya, untuk memartabatkan batik, kita juga perlu menggiatkan usaha


penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara agresif. Agensi-agensi kerajaan seperti institut
pengajian tinggi awam (IPTA) dan juga institut pengajian tinggi swasta (IPTS) perlulah bijak
dalam memainkan peranan untuk menaiktarafkan batik Malaysia. Sebagai contoh, kewujudan
Institut Kraf Negara telah dapat melatih pengusaha-pengusaha batik yang baru dan juga yang
ingin menambah ilmu. Hal ini secara tidak langsung menjadikan Institut Kraf Negara sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan kraf yang dapat melahirkan tenaga mahir yang berteknologi
tinggi.
Di samping itu, IPTA dan juga IPTS perlulah menawarkan atau membuka jurusan
kesenian batik dan warisan kebudayaan sebagai salah satu subjek yang boleh diambil oleh
para pencinta seni warisan demi menaiktarafkan lagi industri batik dan kraf tangan di Negara
kita. Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan salah sebuah universiti yang
menawarkan jurusan ini. Maka benarlah bahawa melalui peningkatan usaha penyelidikan dan
pembangunan kita dapat memartabatkan lagi batik Malaysia.

Seterusnya program promosi dan pemasaran batik secara agresif dapat membantu
menaiktarafkan batik kita secara meluas. Kerajaan turut mengambil langkah responsif dan
drastik dalam mempromosikan batik ke seantero dunia.Perbadanan Kraf Tangan Malaysia
telah mengadakan promosi secara berterusan di dalam dan di luar Negara. Baru-baru ini,
batik Malaysia mula menerjah ke seantero dunia apabila kerajaan berjaya mendapatkan
tempat untuk membuat pameran di pusat membeli- belah terkemuka dunia iaitu di
Harrods,London. Promosi kraf Malaysia di Harrods telah membuka mata banyak pihak
bahawa batik Malaysia sememangnya mempunyai nilai estetika yang cukup tinggi dan juga
kelihatan mewah apabila digayakan di pentas peragaan.

Selain itu, di bawah usaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan


Warisan Negara, banyak aktiviti promosi telah diaturkan seperti Program Promosi
Antarabangsa bersama Kraftangan Malaysia Tahun 2009, Hari Kraf Kebangsaan 2009 dan
lain-lain. Promosi dan jualan turut diadakan di pusat beli- belah, hotel, lapangan terbang, dan
tempat-tempat lain. Pada tahun 2003, hasil jualan batik ialah RM33 juta dan jumlah itu
meningkat kepada RM39.7 juta pada tahun 2004 berkat usaha dan dorongan Allahyarham
Datin Seri Endon Mahmood. Promosi dan pemasaran yang agresif sememangnya dapat
menaiktarafkan batik Malaysia di seantero dunia.

Selain usaha-usaha di atas, pengusaha batik perlulah memainkan peranan yang


penting. Mereka perlulah berani melaburkan duit untuk dijadikan modal bagi perniagaan
mereka. Di samping giat menjalankan perniagaan, para pengusaha batik perlulah rajin dalam
menimba ilmu pengetahuan. Kini pelbagai jurusan dan kursus telah ditawarkan oleh pihak
tertentu dan para pengusaha batik perlulah memanfaatkan peluang keemasan ini dengan
sebaik yang mungkin. Misalnya, pengusaha-pengusaha batik boleh mewujudkan institut
latihan batik dan juga syarikat pemasaran bersepadu bagi melatih tenaga-tenaga mahir. Hal
ini secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi batik kita melalui persaingan yang sihat
antara pengusaha-pengusaha batik di negara kita.

Kesimpulannya, seni batik yang menjadi identiti bangsa dan warisan tradisi perlulah
dipertimbangkan agar tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Mutiara berharga ini
perlulah kita jaga agar kesenian dan keindahannya berkekalan hingga ke generasi seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai