Anda di halaman 1dari 1

Soalan 21

Batik merupakan warisan seni yang terkenal di negara kita. Namun begitu, generasi moden
beranggapan bahawa corak batik tidak menepati citarasa mereka. Oleh itu, kita perlu berusaha dalam
memartabatkan industri batik di negara kita.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk memartabatkan industri batik negara termasuklah pihak
kerajaan haruslah memberi modal kepada pengusaha batik. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat
ramai rakyat di negara kita yang mempunyai bakat dalam melukis corak batik tetapi hanya dapat
dijadikan sebagai hobi sahaja kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Sebagai
contoh, pihak kerajaan boleh memberikan wang insentif kepada mereka untuk memulakan perniagaan.
Hal ini secara tidak langsung turut membantu memajukan sektor ekonomi negara.

Selain itu, pihak sekolah wajar memproosi batik agar dapat memajukan industri batik secara
meluas. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir rakyat yang kurang terdedah kepada
warisan seni negara. Sebagai contoh, dengan mewajarkan warga sekolah memakai batik setiap hari
Rabu. Kesannya, generasi muda akan lebih menghargai warisan batik.

Di samping itu, kerajaan juga harus bergiat mempromosi batik di peringkat antarabangsa. Hal ini
dapat dilakukan melalui kempen dan juga pakej pelancongan dan percutian di Malaysia. Dengan
majunya industri pelancongan, secara tidak langsung industri batik turut berkembang. Dengan itu,
pihak kerajaan dapat membantu meningkatkan industri batik untuk terus berkembang maju.

Seterusnya, media massa turut memainkan peranan dalam memartabatkan industri batik negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana media massa seperti media elektronik sesuai dengan pemikiran
generasi kini. Sebagai contoh, penyebaran maklumat melalui media sosial dapat mempromosikan
keunikan batik.

Akhir sekali,pihak sekolah dapat menubuhkan kelab yang melibatkan penghasilan batik. Hal ini
untuk menonjolkan bakat terpendam di kalangan pelajar. Sebagai contoh, pelajar masa kini lebih
cenderung memilih barang berjenama dan moden. Oleh itu, penubuhan kelab dapat menzahirkan
penghargaan pelajar terhadap warisan batik.

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama dalam memartabatkan industri batik negara agar
tidak lenyap ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai