Anda di halaman 1dari 3

Mohd Hafiz

PASK 0102:Tinjauan Industri Kreatif

MOHAMAD HAFIZ BIN SHAHRI

ASK0614

1.Setuju, pusat sehenti industri kreatif di Malaysia boleh memudahkan


rakyat dan semua penggiat seni malahan pekerja untuk bekerjasama di
dalam suatu ruang yang boleh membuatkan kerja-kerja mereka berjalan
dengan lebih efisen.Selain itui hal ini akan membuka peluang pekerjaan
yang lebih banyak di dalam industri kreatif yang juga dapat membantu
rakyat.Segala urusan juga dapat dikendalikan dengan lebih terurus dan
mudah kerana segala urusan yang patut dilakukan berada pada satu
tempat yang sama.Oleh itu perkara ini dapat memudahkan penyusunan
dokumen dan data dengan lebih lancar.Sebagai pengguna,menggunakan
kedai sehenti boleh memudahkan dan memberikan pandangan tentang
hal ehwal seseorang.Pusat sehenti juga dapat menyediakan pelbagai
servis dan product untuk pengguna yang juga dapat meningkatkan hasil.

2.Fakta ini penting untuk diketahui kerana fakta ini menunjukkan


perkembangan dan kemajuan industri kreatif di dalam Malaysia.Hal ini
juga berkait rapat dengan peluang pekerjaan yang bakal muncul pada
masa akan datang,dengan data yang menunjukkan perkembangan positif
pada industri kreatif ini peluang pekerjaan juga akan bertambah.Selain itu
ciptaan baharu dapat memudahkan hidup pengguna jika industri kreatif
kita berkembang dan semakin maju.Sebagai contoh,ciptaan kereta
elektrik juga dapat membantu mengurangkan pencemaran alam dan juga
dapat memudahkan pengguna dengan tidak perlu menggunakan
petrol.Bidang Pendidikan juga akan lebih cenderung kepada tahap
pemikiran yang lebih kreatif,ini dapat melahirkan generasi yang bijak
pandai juga dapat memajukan negara.

3.Sebagai satu-satunya organisasi yang mempunyai mandat yang


khusus dalam budaya, UNESCO,UNCTAD,UNDP bertanggungjawab
untuk menyerlahkan dan menguatkan sumbangan budaya keapda
ekonomi kreatif global dan pembangunan mampan.

4.Sesuatu yang baharu seperti produk atau perkhidmatan daripada cara-


cara seperti pengubahsuaian atau penambahbaikan.Perkara ini hasil
daripada cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif.

5.Kemusnahan yang berlaku atau lama wujud bagi memberi laluan


kepada inovasi.Sebagai contoh, platform penstriman seperti spotify,apple
music dan lain-lain yang menggantikan cd album muzik.

6.Seni dan budaya berkait rapat dengan satu sama lain.Satu budaya
boleh melahirkan jenis-jenis seni yang baharu malah lain dari yang
lain.Selain itu seni juga dapat digabungkan dengan budaya sama ada
budaya yang dicampur atau budaya luar sebagai contoh percakapan
bahasa pasar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang memulakan
budaya baharu iaitu Bahasa yang digabungkan.Hal ini juga melahirkan
seni yang baharu seperti lagu hiphop.

7.Untuk memartabatkan batik,kita perlu menggiatkan usaha penyelidikan


dan pembangunan yang agresif.Dengan ini kita dapat mengetahui lebih
banyak perkara tentang hasil buatan batik dan juga dapat
mempromosikan kepada khalayak ramai.Selain iut,pada tahap
Pendidikan,Kerajaan perlu membuka lebih banyak jurusan penghasilan
batik bagi mengekalkan kesenian ini.Selain itu kerajaan perlu
menaiktarafkan industri batik dan kraf tangan di negara kita.Pihak
pembuat batik juga haruslah berani memasuki program kesenian kraf
tangan antarabangsa bagi mempromosikan batik dan juga kraf tangan
Malaysia.Antara contoh progrom yang boleh penggiat kraf tangan
menceburi adalah Program Kraf Kebangsaan dan banyak lagi.

Anda mungkin juga menyukai