Anda di halaman 1dari 12

Hubungan Etnik Dan Ras

ALEA2307
Dasar Apartheid Di Afrika Selatan, Sumbangan Malaysia Dalam
Penentangan Dasar Apartheid

Nama Pelajar : TG MOHD KARIME EZANI BIN TUAN MOHAMAD ZAKI


No Metrik : AEL 120021
Pensyarah : Dr. Noor Sulastry Yurni Binti Ahmad .

Pengenalan
Apartheid berasal dari bahasa Afika ( Apart bermaksud memisahkan) , (heid bermaksud
system atau undang undang) . Maka dalam kontets sejarahnya adalah sebagai sistem pemisahan
bangsa yang diterapkan oleh kerajaan kulit putih di Afrika Selatan . Dalam konteks ini, undangundang Apartheid telah dilaksanakan dari tahun 1948-1994. Ia merupakan satu sistem kerajaan
yang mendiskriminasikan penduduk kulit hitam di Afrika Seltan. Walaupun ia telah jelas
melanggar undang-undang antarabangsa tetapi tetap diamalkan demi kekuasaan dan kekayaan
penduduk kulit putih.
Dasar Apartheid
Dalam pemisahan ini, rakyat Afrika Selatan dibahagikan kepada empat kategori iaitu orangorang kulit putih, kulit hitam, kulit berwarna dan orang India (atau orang Asia). Dalam tahun
1958, orang-orang kulit hitam dipisahkan taraf kenegaraan mereka. Mereka juga dipisahkan
dalam persekolahan keadaan tempat belajar orang kulit putih lebih baik daripada keadaan tempat
oaring kulit hitam belajar, pengangkutan awam orang kulit putih lebih selesa berbanding
kenderaan untuk orang kulit hitam, kedai dan hospital tempat merawat pesakit kulit putih lebih
baik perkhimatan jika dibandingakan dengan orang-orang kulit hitam dan kulit berwarna.
Perkhidmatan yang terbaik hanya diperuntukan kepada minoriti penduduk kulit putih sahaja.
Dalam dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap
sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial,
pendidikan dan kebudayaan. Diskriminasi yang dapat dilihat adalah menerusi keutamaan
mendapatkan perumahan, pekerjaan, pendidikan dan akses kuasa politik yang dilebihkan kepada
orang kulit putih. Dalam segi tempat tinggal juga berlaku keadaan di mana orang hitam dipaksa
keluar dari bandar dan daerah tempat tinggal mereka yang dikenali sebagai Bantustan atau tanah
air Afrika berlandaskan penggubalan undang-undang yang menetapkan Dasar Apartheid yang
dikemukakan oleh Group Areas Act of 1950. Ia telah membawa kepada pemisahan ruang hidup
antara warga dalam negara tersebut iaitu orang kulit putih tinggal di bandar, manakala orang
kulit hitam tinggan di luar atau pinggir bandar. Masalah yang berterusan dialami penduduk yang
berasal dari kawasan tersebut apabila tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
pemerintahan. Bukan itu sahaja, kelompok tersebut juga dipaksa mematuhi jam malam sekiranya

ingin membuat perjalanan keluar kampung halaman. Semua bentuk diskriminasi perkauman
adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak
pemerintah kulit putih.
Seperti dalam undang-undang terdapat pemisahan yang nyata. Sebagai contoh, jika
seorang kulit hitam didapati bersalah merogol wanita kulit putih akan dikenakan penjara. Tetapi
jika seorang lelaki kulit putih berbuat kesalahan yang sama terhadap wanita kulit hitam, ia hanya
akan dikenakan denda yang kecil sahaja. Ia jelas bertujuan untuk memastikan kekuasaan atau
dominasi mereka kaum kulit putih ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Orang-orang kulit hitam dan kulit berwarna di Afrika Selatan memprotes terhadap diskriminasi
ini dan ianya diketuai oleh Nelson Mandela dan Ahmed Kathrada. Pada peringkat awal gerakan
penentangan ini, ia dilakukan dengan penolakan pasif yang membawa kepada kejadian boikot
dan tunjuk perasaan. Ketika itu pemerintah kulit putih memerintahkan setiap lelaki kulit hitam
membawa pas identiti dan akan diperluaskan kepada wanita kulit hitam. Mereka tidak boleh
keluar daripada daerah masing-masing tanpa membawa pas. Dalam satu protes awam
menentang Apartheid, Mandela telah membakar pasnya.

Contoh Papan Tanda jelas menunjukan Dasar Apartheid

Konflik ini mendapat tentangan pelbagai pihak sehingga membawa kepada langkah
penghapusan dasar berkenaan. Ini merujuk kepada tentangan yang dilakukan oleh tokoh, Nelson
Mandela iaitu ahli Kongres Nasional Afrika, ANC (African National Congress). ANC merupakan
sebuah kumpulan yang berjuang untuk menghapuskan Dasar Apartheid. Dalam perjuangan yang
dilakukan tidak menggunakan kekerasan, mogok mahupun penetangan orang awam besarbesaran. Keadaan ini membawa kepada pengadilan terhadap Nelson Mandela pada tahun 1952.
Mandela diadili kerana mengambil bahagian dalam Campaign of Just Defiance dan dijatuhi
hukuman percubaan menyebabkan beliau keluar masuk penjara sepanjang tahun tersebut.
Pada tahun 1960, ANC telah dilarang secara rasmi menyebabkan Mandela menjadi salah
seorang pengasas kepada Umkhonto We Siswe iaitu organisasi hak-hak sivil kekerasan. Dalam
perbicaraan Rivonia yang terkenal itu, Mandela akhirnya didapati bersalah dan dipenjarakan
bermula tahun 1963 di Pulau Robben atau Ruben selama 27 tahun. Walaupun Mandela
dipenjarakan, tetapi aura dan mesej yang ditiupkan oleh Mandela menjalar ke seluruh dunia.

Tempat dimana pulau Nelson Mandela dipenjarakan


Ia menjadi simbol penentangan terhadap dasar-dasar Apartheid yang perlu dihapuskan. Ini
menjadi suara rakyat Afrika Selatan untuk terus menegakkan hak mereka dalam negara mereka
sendiri.Seterusnya pada tahun 1963 menyaksikan Nelson Mandela dijatuhkan hukuman penjara
seumur hidup dan tidak dibebaskan sehingga 1990. Hal ini demikian berlaku selepas beliau
bersiar-siar keluar negara untuk bercakap berhubung keadaan di Afrika Selatan dan menerima
latihan ketenteraan. Ketika pemerintahan Frederik Willem de Klerk, Mandela telah dibebaskan

pada 11 Februari 1990. Mandela dibebaskan dari penjara juga adalah hasil kerja keras isterinya,
Winnie Mandela yang merupakan seorang pekerja sosial yang menjadi penyambung lidah bagi
Mandela ketika beliau berada di penjara.
Pembebasan tersebut seterusnya membawa kesan positif terhadap perjuangan rakyat Afrika
Selatan dalam usaha untuk memansuhkan Dasar Apartheid. Hal ini demikian dapat dilihat
menerusi rundingan yang dibuat oleh kerajaan Afrika Selatan buat pertama kalinya pada 2 Mei
1990 dengan ANC. Beliau akhirnya telah berkerjasama dengan Presiden Afrika Selatan ketika
itu, F.W. de Klerk untuk memansuhkan Apartheid .Seterusnya pada 7 Jun 1990, De Klerk telah
menghapuskan Undang-undang Darurat Negara yang telah berjalan hampir di setiap negara
Afrika Selatan. Sementara itu, Mandela terus berjuang sehingga ke luar negara bagi
mendapatkan pengakuan terhadap perjuangannya dalam menghapuskan dasar tersebut yang
memakan masa yang lama.
Walau bagaimanapun, usaha tersebut membuahkan hasil apabila pada 21 Februari 1991, De
Klerk mengumumkan penghapusan semua ketentuan dan kewujudan sistem politik Apartheid di
hadapan sidang parlimen Afrika Selatan. Penghapusan tersebut sekaligus menghapuskan tiga
undang-undang yang mengkuhkan kuasa Apartheid :
Land Act : Undang-undang yang melarang orang kulit hitam mempunyai tanah di luar kawasan
tempat tinggal yang telah ditentukan.
Group Areas Act : Undang-undang yang menetapkan pemisahana tempat tinggal orang kulit
hitam dan orang kulit putih.
Population Registratioan Act : Undang-undang yang mewajibkan semua orang kulit hitam
untuk mendaftarkan diri menurut kumpulan suku masing-masing.
Bukan itu sahaja, dengan penghapusan yang dibuat oleh De Klerk, membawa kepada
janji pemerintahan yang menjalankan pilihan raya tanpa sekatan perkauman. Dengan itu, pilihan
raya yang telah dijalankan pada tahun 1994 membawa kemenangan keada Nelson Mandela
sekaligus menjadikan beliau sebagai Presiden Afrika Selatan pada 9 Mei 1994. Ini menjadikan
Mandela sebagai presiden pertama dari kulit hitam. Seterusnya pada 10 Mei 1994, Mandela
dilantik sebagai presiden dalam upacara megah di Union Building, Pretoria.

Sumbangan Malaysia Dalam Penentangan Dasar Apartheid


PERANAN MALAYSIA SEBAGAI AHLI PERTUBUHAN KOMANWEL DALAM
PENENTANGAN TERHADAP DASAR APARTHEID
Sementara itu melalui penglibatan Malaysia menentang dasar Aparteid melalui pertubuhan
Komanwel, dapat dilihat bagaimana berlakunya interaksi yang saling mempengaruhi antara agen
(negara Malaysia) dengan struktur (iaitu pertubuhan Komanwel dan konvesyen hak asasi
manusia) bagi mempertahankan norma dan ideal sebagai sebuah pertubuhan yang
memperjuangkan kebajikan negara ahli. Malaysia telah menjadi ahli pertubuhan Komanwel
semenjak mencapai kemerdekaan

pada 1957. Suatu ketika dahulu Komanwel merupakan

pertubuhan yang kedua penting dalam dasar luar Malaysia selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).

Namun, menjelang tahun-tahun 1980-an, keutamaannya dalam dasar luar

Malaysia telah merosot ke tempat keempat. Bagaimanapun hubungan Malaysia dengan


Komanwel boleh dianggap unik. Walaupun Malaysia telah beberapa kali mengkritik peranan
serta kewibawaan pertubuhan tersebut secara terbuka, namun Malaysia tetap merupakan salah
satu negara anggota yang paling aktif dalam persidangan yang dianjurkan oleh pertubuhan
tersebut. Malahan, Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) pada tahun
1989 serta Sukan Komanwel pada 1998. Dasar luar Malaysia semenjak kemerdekaan telah
banyak juga dipengaruhi oleh keanggotaannya dalam Komanwel (Rogers 2006: 93).
Komanwel berfungsi sebagai landasan bagi Malaysia menyuarakan pendapatnya di peringkat
antarabangsa. Isu-isu utama yang pernah disuarakan oleh Malaysia melalui Komanwel adalah
seperti penentangan terhadap dasar Aparteid, dadah, alam sekitar, hubungan antara negara-negara
membangun dengan negara-negara maju. Komanwel telah dijadikan platform bagi menwujudkan
suatu imej yang positif serta dilihat sebagai jaguh dalam kalangan negara membangun (Rogers
2006: 93-94).
Berasaskan andaian Konstruktivisme yang mengutamakan ideational forces dalam interaksi
negara dengan organisasi antarabangsa, maka agak menarik untuk melihat mengapa Malaysia
sebagai negara ahli begitu lantang menentang dasar Aparteid yang dianggap bertentangan

dengan prinsip Hak Asasi Manusia yang universal. Ketika Persidangan Perdana Menteri
Komanwel di London pada Mei 1960, Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan penentangan
terhadap dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. Peristiwa pembunuhan beramairamai di Sharpesville, Afrika Selatan pada 1960 telah dikutuk hebat oleh Tunku yang
menganggap negara itu mengamalkan dasar yang tidak berperikemanusiaan dan kejam. Beliau
berpendapat dasar tersebut bertentangan dengan prinsip Komanwel serta hak asasi manusia.
Dalam persidangan 1960 ini, Tunku telah mencapai satu kejayaan yang besar, setidak-tidaknya
beliau telah berjaya membuka jalan bagi persidangan Perdana Menteri Komanwel pada 1961
untuk membincangkan semula isu itu. Pada 1961 isu Aparteid ini telah dibincangkan dengan
lebih hebat lagi. Walau bagaimanapun, di persidangan tersebut peranan yang telah dimainkan
oleh Tunku sebelum ini telah diteruskan oleh Mr. Diefenbaker (Perdana Menteri Kanada) dan Dr.
Nkrumah (Ghana). Tunku walau bagaimanapun telah menunjukkan minat secara peribadi dalam
hal ini dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan mengenai isu Aparteid
tersebut (Hazra 1965: 115).
Dalam persidangan 1961 ini Tunku dilaporkan telah membuat ucapan yang tegas menentang
dasar Aparteid kerajaan Afrika Selatan. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa Malaya, tidak
akan bertolak ansur mengenai persoalan Aparteid dan akan terus berbuat begitu (Government
Press Statement , Department of Information 3/61/67, Enternal Affairs, 10 March, 1961, dipetik
oleh Hazra 1965). Dalam persidangan 1961 ini juga Afrika Selatan telah membuat permohonan
untuk terus menjadi ahli Komanwel selepas 31 Mei, 1961 iaitu apabila ia menjadi sebuah
republik. Tetapi persidangan selanjutnya telah menyatakan dengan jelas bahawa Afrika Selatan
mestilah merubah dasar Aparteid mereka, jika negara itu berharap mahu terus mengekalkan
keahliannya dalam Komanwel. Ghana dan Nigeria, contohnya telah mengambil sikap yang lebih
tegas meminta anggota Komanwel memilih mereka atau Afrika Selatan. Walau bagaimanapun,
pelbagai usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri British, Mr. MacMillan untuk menghalang
penyingkiran Afrika Selatan telah gagal (Miller 1961: 62).
Oleh kerana Afrika Selatan telah menjangka bahawa majoriti negara anggota bersetuju untuk
menyingkirnya, maka Afrika Selatan telah menarik balik permohonan untuk mengekalkan
keanggotaannya dalam Komanwel. Tunku dalam hal ini telah mengulas bahawa tiada siapa yang
merasa kesal dengan keputusan Afrika Selatan dan kedudukan Komanwel lebih bermakna

sekarang. Negara-negara Komanwel sekarang boleh bersuara dengan berani terhadap semua isuisu keamanan yang mereka hadapi, termasuk perkara-perkara agama dan sosial. Akibat kritikankritikan yang dicetuskan oleh Malaysia, Afrika Selatan telah menarik diri daripada Komanwel.
Perjuangan menentang dasar Aparteid merupakan agenda penting dalam dasar luar Malaysia
di Afrika dan diteruskan oleh kepimpinan Malaysia selepas Tunku. Dalam tahun-tahun 1970-an,
masalah ketidakadilan dan amalan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim kulit
putih Afrika Selatan mendapat perhatian utama Malaysia. Malaysia telah membuat usahanya
sendiri untuk memberi tekanan kepada dasar kerajaan Afrika Selatan dengan menyuarakan
kritikannya dalam pelbagai persidangan antarabangsa dan perjumpaan rasmi ketua-ketua negara
seperti Commonwealth Head of Government

Meeting (CHOGM). Tun Abdul Razak telah

menyatakan rasa tidak puas hati Malaysia terhadap respons Komanwel yang lembap dan tidak
efektif terhadap apa yang berlaku di Afrika Selatan dalam CHOGM yang diadakan di Singapura.
Malaysia juga menentang penjualan senjata oleh kerajaan Britain kepada Afrika Selatan kerana
ini akan menggalakkan penindasan oleh pihak berkuasa Afrika Selatan terhadap perjuangan
rakyat kulit hitam Afrika Selatan bagi mendapatkan hak asasi mereka.
Tun Razak mengutuk sikap hipokrasi sesetengah negara Barat terutama sekali Britain kerana
masih menjual senjata kepada Afrika Selatan yang digunakan bagi mempertahankan
kelangsungan politik serta menyeksa dan membunuh penduduk kulit hitam. (Hamidin Abdul
Hamid 2007: 173-174; Rogers 2007: 99).
Apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai di Soweto pada tahun 1976, peristiwa itu
mengundang kutukan dari Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Hussein Onn. Pendirian
Malaysia terhadap dasar Apartheid di Komanwel menjadi lebih tegas semasa pentadbiran Dr.
Mahathir. Beliau pernah mencadangkan agar sekatan ekonomi yang lebih tegas harus dikenakan
terhadap Afrika Selatan ketika Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di
Nassau, Bahamas pada 1985. Gesaan beliau mendapat sokongan kerajaan Australia dan Kanada
tetapi tidak disenangi oleh Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain ketika itu. Malahan
Malaysia enggan menyertai Sukan Komanwel yang telah diadakan di Edinburgh sebagai protes
terhadap Britain yang tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi yang lebih tegas pada Afrika
Selatan (Rogers 2007: 99). Usaha menentang dasar Apartheid ini diteruskan hingga 1989 apabila
Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Komanwel dengan

mencadangkan sekatan ekonomi diperluaskan meliputi aspek kewangan, perdagangan serta


pelaburan. Tindakan Malaysia dapat diterangkan bersesuaian dengan andaian

pendekatan

Konstruktivisme yang mementingkan idea dan amalan konvensyen berkaitan dengan hak asasi
manusia yang universal.
Malaysia di bawah pentadbiran Dr. Mahathir melihat Dasar Aparteid sebagai satu bentuk
kolonialisme kerana dasar itu menafikan hak pemerintahan sendiri kepada penduduk majoriti
kulit hitam. Dr. Mahathir melihat penduduk majoriti kulit hitam di Afrika Selatan dinafikan hak
mereka seperti penduduk majoriti Melayu dipinggirkan di negara sendiri seperti yang
digambarkan dalam buku beliau, Malay Dilemma. Bagi beliau penerusan dasar Apartheid pada
zaman moden merupakan contoh double standard Barat yang menekankan kepentingan idea hak
asasi manusia dan demokrasi di Dunia Ketiga, tetapi membiarkan diskriminasi ras diinstitusikan
di Afrika Selatan. Britain sebagai peneraju kepada pertubuhan Komanwel dikritik sebagai contoh
hipokrasi Barat kerana enggan bersama banyak negara yang melaksanakan sekatan perdagangan
ke atas Afrika Selatan (Dhillon 2009: 205).Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik
secara rasmi dengan Afrika Selatan pada November 1993, tetapi hubungan itu tidak dilakukan
dengan tergesa-gesa walaupun mendapat desakan daripada Kementerian Industri dan
Perdagangan Antarabangsa

bagi mendapat kelebihan daripada pesaing lain dalam

bidang

perdagangan dan pelaburan. Wisma Putra telah menasihatkan Perdana Menteri supaya Malaysia
tidak sepatutnya mengorbankan prinsip semata-mata untuk faedah material kerana Malaysia
telah lama berjuang untuk menghapuskan pemerintahan Apartheid. Tambahan pula Malaysia
merupakan salah seorang ahli dalam Commonwealth Group of Eleven yang telah diberi tugas
untuk membubarkan Apartheid seperti yang telah dipersetujui dalam CHOGM yang diadakan di
Kuala Lumpur pada 1989. Seperti yang pernah dibincangkan oleh Hughes (2000), pendekatan
Konstruktivisme melihat idea dan prinsip hak asasi manusia merupakan antara contoh bagaimana
konvensyen dalam hubungan antarabangsa boleh mempengaruhi pendirian dan tingkahlaku
negara. Prinsip hak asasi manusia didefinisi dan malahan didefinisikan semula melalui
konvesyen sosial. Malahan hak asasi manusia itu merupakan satu konstruksi social
Susun Jalur Respon Dunia Terhadap Dasar Apartheid
Secara umumnya, Dasar Apartheid yang dilaksanakan secara menyuruh di Afrika Selatan
mendapat tentangan dunia. Hal ini dapat dilihat menerusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) yang mengutuk perbuatan tersebut. Malahan, pelbagai respon yang dapat dilihat terhadap
konflik tersebut termasuklah dalam konteks Malaysia sendiri.
Mei 1960, Persidangan Komanwel, Tunku Abdul Rahman dengan lantang menyuarakan
penentangan terhadap Dasar Apartheid - Penglibatan Malaysia terhadap penentangan Dasar
Apartheid melalui pertubuhan Komanwel dengan interaksi yang saling mempengaruhi antara
agen dengan struktur. Dalam hal ini, agen merujuk kepada negara Malaysia, manakala struktur
ialah pertubuhan Komanwel dan konvesyen hak asasi manusia.
Tahun 1961, isu berhubung Dasar Apartheid dibincangkan dengan lebih hebat lagi di mana Mr.
Diefenbaker (Perdana Menteri Canada) dan Dr. Nkrumah (Ghana) telah menggantikan peranan
Tunku Abdul Rahman ketika Persidangan Komanwel.
Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman secara peribadi menunjukkan minat terhadap
penentangan dasar tersebut apabila beliau membuat ucapan yang tegas menentang dasar
Apartheid kerajaan Afrika Selatan.
Tahun 1961, Afrika Selatan memohon untuk menjadi anggota Komanwel apabila ia menjadi
sebuah republik. Dengan itu, syarat penerimaan bagi Afrika Selatan untuk menganggotai
Komanwel sekiranya Dasar Apartheid diubah.
Tahun 1970-an, masalah penindasan terhadap orang kulit hitam masih belum selesai
menyebabkan Malaysia menerusi Tunku Abdul Rahman menyuarakan kritikannya terhadap
persidangan antarabangsa dan perjumpaan rasmi ketua-ketua negara. Beliau menyatakan rasa
tidak puas hati terhadap respon Komanwel yang dianggap lembap dan tidak efektif.
Malaysia menentang penjualan senjata kepada Afrika Selatan oleh kerajaan Britain yang
digunakan bagi mempertahankan kelangsungan politik serta menyeksa dan membunuh penduduk
kulit hitam.
Tahun 1985, pendirian Malaysia terhadap Dasar Apartheid semakin tegas ketika era
pemerintahan Tun Mahathir yang telah mencadangkan agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap
Afrika Selatan ketika Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau,
Bahamas - mendapat sokongan kerajaan Canada dan Australia tetapi tidak disenangi Britain

sehingga Malaysia enggan menyertai Sukan Komanwel sebagai protes terhadap Britain yang
enggan mengenakan sekatan ekonomi.
Tahun 1989, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Komanwel dengan
mencadangkan sekatan ekonomi dari segi kewangan, perdaganag serta pelaburan.
Tahun 2002, Rome Statue of International Criminal Court telah memfailkan perbuatan 'apartheid'
sebagai jenayah terhadap kemanusiaan yang berkaitan dengan segregasi atau pemisahan kaum.
Malahan, ia juga merupakan suatu perlakuan diskriminasi terhadap sesuatu kaum.
Kesimpulan
Perjalanan ke sebuah negara yang dapat mencapai perpaduaan dan merasai kebebasan dalam erti
yang sebenar bukan lah sesuatu yang senang dicapai atau dimiliki dengan mudah ia memerlukan
sebuah pegorbanan besar. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada
peristiwa yang berlaku kepada Afrika Selatan kerana berlakunya permasalahan kaum atas warna
kulit telah mengakibatkan pelbagai permasalahan yang memberi kesan keatas Negara mereka
pada hari ini. Melalui kerjasama dari semua pihak dalam atau luar mampu untuk menjayakan
dalam misi menegakkan nilai kemanusiaan sebenar dalam peringakat Global yang turut berlaku
pada hari ini.

RUJUKAN
1) Akademika 81(1) 2011: 39-50 ,Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa
Malaysia , Nor Azizan Idris , Zarina @ Zarina Othman & Rashila Hj Ramli 46,47,48

2) http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/12/di-sebalik-nama-nelson-mandela_10.html
3) http://globalisasiafrika.blogspot.com/2013/10/isu-global-di-afrika-selatan-dasar.html
4) http://globalisasiafrika.blogspot.com/2013/10/isu-global-di-afrika-selatan-dasar_29.html
5) http://globalisasiafrika.blogspot.com/2013/11/respon-dunia-terhadap-dasarapartheid.html

Anda mungkin juga menyukai