Anda di halaman 1dari 6

KOPERASI ……………………………………… BERHAD

(Bil Daftar:………………..)

ATURAN-ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM

.
ATURAN-ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM BAGI
KOPERASI …………………………………………………. BERHAD

ISI KANDUNGAN

1. TAJUK

2. TAFSIRAN

3. TUJUAN

4. SUMBER KEWANGAN

5. SYARAT PERMOHONAN

6. MEMPROSES BORANG PERMOHONAN

7. KAEDAH PEMBAYARAN

8. PENGGANTUNGAN AKTIVITI TABUNG

9. KADAR SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN AM

10. PEMAKAIAN

11. PERTIKAIAN

12. KUASA LEMBAGA DAN MESYUARAT AGUNG

13. TARIKH MULA BERKUATKUASA


KOPERASI ……………………………………………….. BERHAD
ATURAN-ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM

1. TAJUK
a. Aturan ini dinamakan Aturan-aturan Tabung Kebajikan Am Koperasi
…………………………………………. Berhad.
b. Aturan ini diwujudkan dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini
dan satu salinan aturan-aturan ini dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

2. TAFSIRAN

Dalam Aturan ini, kecuali jika ada sesuatu perkara atau perkataan atau ayat yang berkehendakkan
pengertian yang lain, maka:

“aturan-aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi
melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan-
peruntukan Akta, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung tahunan / khas;

“anggota” bermakna anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi ahli mengikut Undang-undang
Kecil Koperasi;

“derma” bermakna pemberian wang secara ikhlas yang diberikan kepada tabung ini;

“Ikrar Anggota” bermakna seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah diminta
menandatangani satu ikrar bahawa dia:
(1) Akan terikat dengan undang-undang kecil Koperasi dan terikat dengan aturan-aturan
aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan.
(2) Bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan.
(3) Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan
yang boleh didaftarkan.
(4) Tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh
satu tahun.
Mana-mana pemohon yang enggan atau tidak menandatangani ikrar tersebut tidak boleh diterima
menjadi anggota koperasi ini.

“Keluarga anggota” termasuklah isteri atau isteri-isterinya, suami, anak-anaknya yang mana termasuk
juga anak angkat yang sah disisi undang-undang dan anak tiri serta ibu bapa dan ibu bapa mertua
anggota.

“Koperasi “ atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi …………………………………………………… Berhad;

“Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini
diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2, dan dibentuk menurut perenggan
42(a) serta tertakluk kepada seksyen 44 dan 45 Akta;

“pemohon” ertinya seseorang anggota yang memohon tabung kebajikan am ini.


3. TUJUAN
Tujuan Tabung Kebajikan Am adalah seperti berikut:-

 Memberi bantuan kewangan kepada anggota dan keluarga anggota apabila berlaku kematian;
 Memberi bantuan kewangan kepada anggota yang memerlukan bantuan pembiayaan perubatan;
 Menderma kepada anggota atau keluarga anggota apabila berlaku kecemasan;
 Menderma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf bagi meneruskan aktiviti-aktiviti
kebajikannya;
 Menderma kepada badan-badan yang dianjurkan oleh kerajaan dengan tujuan untuk
membangunkan masyarakat;
 Menganjurkan aktiviti sosial bagi mengeratkan silaturahim di kalangan anggota dan keluarga
anggota.

4. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini adalah di perolehi daripada ;-
a. Sumbangan sebanyak tidak lebih sepuluh peratus (10%) daripada baki keuntungan bersih
Koperasi;
b. Derma atau sumbangan dari anggota;
c. Lain-lain punca kewangan seperti derma dan sumbangan dari lain-lain pihak / agensi.

5. SYARAT PERMOHONAN
a. Telah menjadi anggota koperasi.
b. Mengisi borang Permohonan Rasmi dan mengemukakan kepada Setiausaha Koperasi
c. Kemukakan salinan dokumen rasmi yang telah disahkan oleh ketua jabatan / Pegawai
Kumpulan Pengurusan & Professional) bagi menyokong permohonan.
d. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh dua bulan daripada tarikh peristiwa.

6. MEMPROSES BORANG PERMOHONAN


a. Semua borang permohonan Tabung Kebajikan Am ini akan diproses oleh anggota Lembaga.
b. Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan anggota Lembaga hendaklah
menentukan :-
(i) Kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani bersekali dengan
dokumen sampingan dan kenyataan yang menyokong permohonan.
(ii) Pengesahan dokumen bagi tujuan permohonan.
(iii) Kedudukan baki tabung kebajikan am sedia ada.
(iv) Menyediakan senarai permohonan untuk kelulusan mesyuarat Lembaga.
c. Permohonan yang terpaksa ditolak disebabkan permohonan mereka tidak disertakan dengan
kenyataan-kenyataan yang cukup bagi menyokong permohonannya atau borang-borang tidak
dilengkapkan dengan sempurna, hendaklah diberitahu segera agar pembetulan-pembetulan
dapat dibuat dan permohonan-permohonan itu dapat dipertimbangkan oleh anggota Lembaga.
7. KAEDAH PEMBAYARAN
a. Semua pembayaran akan dikeluarkan dengan menggunakan cek berpalang / wang tunai
berdasarkan kedudukan pemohon.
b. Semua pembayaran hanya akan dibuat selepas tujuh hari daripada tarikh mesyuarat diadakan
bagi meluluskan pembayaran kecuali bayaran bagi sumbangan khairat kematian, yang mana
ianya boleh dibayar dengan serta-merta setelah Anggota Lembaga berpuashati di atas
kesahihan dokumen permohonan yang berkaitan.
c. Sekiranya tabung ini mengalami kesulitan kewangan maka Anggota Lembaga Koperasi
mempunyai hak untuk menggantung kesemua aktiviti tabung.

8. PENGGANTUNGAN AKTIVITI TABUNG


a. Menggantung aktivitinya sehingga kesulitan itu dapat dipulihkan semula.
b. Memberitahu kepada semua anggota melalui surat pekeliling berkaitan penggantungan atau
pemulihan tabung ini.
c. Akaun Tabung ini adalah terbuka/bebas untuk pemeriksaan/audit kepada Jawatankuasa Audit
Dalaman Koperasi ataupun Juruaudit Luar yang dilantik oleh  Mesyuarat Agung Tahunan/Khas.
d. Anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab untuk membentang dan melaporkan
semua aktiviti-aktiviti tabung ini serta membuat cadangan bagi memajukan tabung di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan/Khas.

9. KADAR SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN AM


Kadar sumbangan maksima yang boleh diberikan oleh Koperasi adalah seperti berikut:-

Bil Situasi Sumbangan Maksima


1 Kematian anggota RM500.00
2 Kematian keluarga anggota (suami/isteri/anak anggota) RM250.00
3 Kematian keluarga anggota (ibu/bapa dan mertua) RM100.00

4 Sumbangan perkahwinan anggota  RM150.00

5 Sumbangan kelahiran anak anggota RM50.00


Sumbangan pertukaran anggota yang berkhidmat di Wilayah
6 RM100.00
Persekutuan yang bertukar ke tempat lain sahaja
7 Sumbangan persaraan anggota RM200.00
Masuk wad untuk anggota (tidak termasuk kerana bersalin) setahun
8 RM100.00
sekali
Lawatan ke wad untuk keluarga anggota termasuk suami/isteri, anak,
9 RM50.00
ibu/bapa &mertua (sekali lawatan sahaja)
10 Derma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf RM100.00
Penganjuran aktiviti sosial yang dilaksanakan oleh koperasi tertakluk
11 RM1,000.00
kepada persetujuan Lembaga
10. PEMAKAIAN
Aturan-aturan ini adalah tertakluk dan hendaklah dibaca bersekali dengan Undang-undang Kecil
Koperasi dan Akta Koperasi 1993.

11. PERTIKAIAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham diatas aturan-aturan ini, atau timbul sebarang perbalahan
mengenainya, maka perkara ini hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

12. KUASA LEMBAGA DAN MESYUARAT AGUNG


a. Anggota Lembaga di dalam mesyuarat Lembaga mempunyai hak dan kuasa untuk meluluskan atau
tidak meluluskan permohonan anggota berdasarkan baki tabung-tabung tersebut. Tabung
Kebajikan Am ini bukan hak anggota.
b. Lembaga mempunyai kuasa untuk menggantung mana-mana atau semua aturan-aturan ini dan
melaporkannya kepada Mesyuarat Agung Tahunan/Khas yang berikutnya.
c. Mesyuarat Agung Tahunan/Khas berkuasa meminda, menambah, mengganti atau menarik balik
aturan-aturan ini.

13. TARIKH MULA BERKUATKUASA


Aturan ini telah dibentang, dibahas dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-empat
Koperasi Permata Kuala Lumpur Berhad pada dua puluh tujuh haribulan Februari tahun dua ribu empat
belas dan satu salinan aturan-aturan ini dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Disahkan oleh;

_____________________ __________________________ _____________________

(Pengerusi) (Setiausaha) (Anggota Lembaga)

Anda mungkin juga menyukai