Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa
lapang dan beriadah kepada semua golongan termasuklah golongan orang kurang upaya. Pada
tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari
kepentingan bersukan. Dalam hal ini bermakna semua murid termasuk murid berkeperluan
khas jugaperlu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular
kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy.
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa
acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari,
melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah
dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita
tahu, olahraga bermula dari sukan olimpik pertama di Athens dalam tahun 1896 dan
kewujudan IIAF (Pertubuhan Olahraga Amatur Kebangsaan) dalam tahun 1912.
Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan.
Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden.
Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya dalam
peningkatan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi
optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk
mengkaji pergerakan manusia.

Ulasan Artikal
Artikal ini adalah bertajuk Atlit Paralimpik Raih Intensif Setaraf yang ditulis oleh
Mohd Husni Mohd Nor iaitu wartawan Arena Harian Metro. Artikal ini membincangkan
tentang tlet paralimpik negara berpeluang menikmati insentif lumayan sama rata seperti diraih
atlet normal lain sekiranya memenangi pingat kejohanan bertaraf antarabangsa dan juga
pencapaian atlet-atlet paralimpik dalam kegiatan sukan olahraga. Atlet-atlet paralimpik
banyak menyertai pertandingan sukan-sukan olahraga di seluruh dunia. Mereka banyak
mengharumkan nama negara di persada dunia walaupun keadaan fizikal dan mental mereka
berbeza dengan atlet-atlet sukan yang lain.
Selain daripada itu, penulis artikal ini telah menyatakan nama seorang atlet olahraga
paralimpik negara yang telah benyak mengharumkan nama negara. Atlet elit olahraga
paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang telah memenangi pingat emas acara
lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, bakal menjadi penerima
pertama ganjaran lumayan dan sama seperti atlet biasa yang telah mengharumkan nama
negara.
Selain daripada itu, artikal ini telah memberi pencerahan dan pendedahan kepada
masyarakat bahasanya atlet-atlet paralimpik mendapat ganjaran yang sama dengan atlet biasa
dan juga mereka bukan dianak tirikan seperti mana yang dianggap oleh masyarakat pada suatu
masa dahulu. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika merasmikan
Temasya Sukan Para Remaja Asia Malaysia 2013 (AYPG 2013) di Ruang Legar Kementerian
di sini, termasuk di depan pengurusan tertinggi dan ahli lembaga pengarah Majlis Paralimpik
Malaysia (MPM) mengatakan beliau terdorong mengumumkan berita gembira itu kerana atlet
paralimpik negara tiada beza dengan atlet normal kerana mereka turut menyarung jersi
kebangsaan dan turut bertanding di kejohanan antarabangsa. Menurutnya, beliau berasa
pengorbanan dilakukan atlet paralimpik negara tiada beza dengan atlet lain dan mereka wajar
diberi pengiktirafan dan ganjaran sama rata seperti orang lain. Selain itu, beliau juga berkata
sudah tiba masanya kita ubah falsafah dan ganjaran dan sokongan perlu diberi sama rata
seperti atlet negara lain
Selain itu juga, pencapaian Atlet elit olahraga paralimpik negara, Muhammad Ziyad
Zolkefli yang telah memenangi pingat emas acara lontar peluru kategori F20 (masalah
pembelajaran) lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
(IPC) di Lyon, Perancis pada musim yang lalu haruslah dicontohi oleh semua atlet paralimpik
negara agar dapat menjadi jauh seperti mana yang dicapai oleh Muhammad Ziyad Zolkefli.
Selain itu, pencapaian Muhammad Ziyad Zolkefli dalam Kejohanan Olahraga Dunia
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis pada musim yang lalu telah
membuka mata rakyat Malaysia yang orang kurang upaya juga mampu menghrumkan nama
negara di persada dunia.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, atlet-atlet paralimpik negara haruslah mencontohi
kesungguhan Muhammad Ziyad Zolkefli yang telah memenangi pingat emas acara lontar
peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis. Mereka perlu menguatkan
usaha untuk berjaya dan dapat mengharumkan nama negara dalam bidang sukan masing-
masing. Selain itu, masyarakat perlu tahu bahawa atlet paralimpik juga mampu
mengharumkan nama negara di persada dunia seperti mana atlet lain.

Anda mungkin juga menyukai