Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI PARALIMPIK

Paralimpik adalah temasya sukan bagi orang kelainan upaya ( OKU ) yang berprestij,sama
seperti sukan bagi orang-orang normal. Temaysa sukan Paralimpik diadakan pada peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa.
Sukan-sukan Paralimpik adalah:
1.

Olahraga

2.

Renang

3.

Perlumbaan Kerusi Roda ( Wheel Chair Race )

4.

Memanah

5.

Menembak

6.

Angkat Berat

7.

Badminton

8.

Bola Tampar Duduk

9.

Ping Pong

10.

Bowling padang

11.

Tenpin Bowling

12.

Goal Ball

13.

Bola Sepak 5 Sebelah

14.

Bola sepak 7 Sebelah

15.

Judo

16.

Boccia

17.

Equastrian

18.

Pelayaran

19.

Wheel Chair Tennis

20.

Wheel Chair Rugby

21.

Rowing

Acara-acara sukan Paralimpik diklasifikasikan mengikut kategori kecacatan atau keupayaan


seseorang atlit OKU,setiap pertandingan, persaingan adalah mengikut klasifikasi keupayaan atlit
paralimpik yang sama kategorinya.

Di peringkat Kebangsaan Paralimpik dilangsungkan secara Dwi tahunan,sama seperti Sukan


SUKMA,dan diperingkat Antarabangsa pula Kejohanan akan dilangsungkan selepas Acara bagi
Atlit normal di peringkat Antarabangsa. ( sukan SEA, OLIMPIK,DUNIA,dan kejohanan terbuka
peringkat antarabangsa ).
Pemilihan Atlit Paralimpik adalah berdasarkan keupayaan dan kesihatan mereka yang diluluskan
oleh doktor dan pakar fisioterapi,permilihan atlit di Malaysia adalah melalui, Jabatan kebajikan
Masyarakat dimana pendaftaran OKU di senaraikan dan Institusi-Institusi bagi OKU,dimana
kecenderungan dan kebolehan mereka dikesan di setiap daerah di seluruh Malaysia..dengan
acara-acara diperingkat daerah kemudian diserap ke peringkat Kebangsaan seterusnya peringkat
antarabangsa.
Komuniti atlet Paralimpik memerlukan program komprehensif bagi melengkapkan mereka
dengan keadaan seni program latihan tidak berpusat. Program ini adalah penting kerana atlet
Paralimpik memerlukan satu program menyeluruh yang akan melengkapkan program latihan
sepenuh masa berasaskan fasa yang sedang diamalkan. Atlet perlu dididik dan dilatih untuk
menjalankan program-program latihan berpusat bebas. Sebanyak empat sukan hendaklah
digunakan sebagai model untuk latihan pembangunan program yang tidak berpusat. Empat sukan
tersebut adalah atlet daripada sukan-sukan di Olimpik London (2012) dan kebanyakan pakar
sains sukan UPM dalam sukan ini. Program-program hendaklah meliputi latihan sukan khusus,
perubatan sukan, kejuruteraan sukan, latihan mental dan pembangunan peribadi yang akan
dibangunkan menggunakan kepakaran spectrum yang luas dari UPM dalam bidang sains sukan,
perubatan sukan, kejuruteraan sukan dan pengurusan sukan. Sebagai pelengkap untuk komponen
tersebut, karakter atlet Paralimpik akan dibangunkan melalui dilibatkan dengan program
Pertanian dan Lanskap dari pakar UPM dan Lanskap Malaysia.
Program ini melibatkan penanaman pokok di Taman Olimpik Kuala Lumpur. Program ini
membolehkan atlet Paralimpik terlibat dalam usaha untuk menambah baik persekitaran dengan
kaedah berkesan. Para atlet akan dilatih menguruskan latihan harian selari dengan komitmen
harian di tempat kerja dan pendidikan. Justeru, memperkasakan para atlet dengan kebolehan bagi
memastikan perubahan revolusi kepada strategi-strategi persediaan sedia ada. Oleh itu, cara ini
dapat memastikan peningkatan prestasi atlet Paralimpik Malaysia dan kelestarian program.

Anda mungkin juga menyukai