Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN BAHASA MELAYU (PERBAYU)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


35900 TANJONG MALIM
PERAK DARUL RIDZUAN
E-MEL: perbayu1upsi@gmail.com

____________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :UPSI/HEPA/PERBAYU/ SISWA
BAHASA MENYELUSURI DESA
II/SU(3/2015)
Tarikh
: 20 Mac 2015

Bendahari,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Sidang 2014/2015,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Melalui dan salinan:
Puan Diana binti Jumadi,
Penasihat,
Persatuan Bahasa Melayu,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
MEMOHON PENAJAAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SISWA BAHASA MENYELUSURI
DESA SIRI II UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Dengan penuh takzimnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Terlebih dahulu saya mewakili pelajar-pelajar Persatuan Bahasa Melayu Universiti
Pendidikan Bahasa Melayu (UPSI) mendoakan agar tuan sentiasa berada dalam keadaan sihat
sejahtera dan semoga diberkati Allah S.W.T.
3.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan
Komunikasi UPSI akan mengadakan program Siswa Bahasa Menyelusuri Desa Siri II.
4.

Program tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 10,11 dan 12 April 2015
Tempat : Kampung Teluk Wang, Sungai Petani, Kedah

5.
Sehubungan dengan itu, kami memohon penajaan daripada pihak tuan bagi memastikan
perjalanan program yang akan diadakan dapat dijalankan dengan lebih rapi dan teratur.

6.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan sudi untuk memberi sedikit
sumbangan bagi menjayakan program ini. Senarai barang yang diperlukan telah kami lampirkan
bersama-sama surat ini.
7.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh berhubung secara terus dengan nama
nama berikut:
MOHD NOOR ADZWAN BIN MOHD TARMIZI
019-8363801
(Pengarah Program)
SAREENA BINTI MOHMAD SALIM
(Exco Tajaan dan Sumbangan)

013-4672250

8.
Oleh yang demikian, kami amat berharap agar permohonan yang diajukan ini dapat
dipersetujui agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Segala keputusan dan
pertimbangan yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Saya yang menjalankan tugas,
.
(NUR SYAZWANIE BINTI ISMAIL)
Setiausaha
Program Siswa Bahasa Menyelusuri Desa II,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
s.k

Fail Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu

Lampiran Barang

BIL
1
2
3
4
5
6

BARANG
Plak VIP
Sijil
Fail
Pen
Pensel
Kertas A4

KUANTITI
5
140 keping
120 keping
120 batang
120 batang
2 rim

Anda mungkin juga menyukai