Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LAWATAN INDUSTRI
KE
TOYOTA

1
1.0 PENGENALAN

Lawatan industri ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada
semua pelajar mengenai Teknologi Automotif terkini yang dikendalikan oleh Toyota.
Lokasi lawatan yang dicadangkan ialah di …………..yang terletak di …………...
Syarikat ………… memberi peluang kepada kami untuk mengetahui lebih mendalam
tentang proses penghasilan reka bentuk dan teknologi automotif yang diterajui oleh Toyota.
Menerusi lawatan akademik ini para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas lagi tentang
gambaran sebenar proses automasi yang digunakan di dalam proses penghasilan sesuatu
reka bentuk. Selain itu juga, lawatan ini juga dapat memberikan kami pengalaman yang
baru untuk menilai situasi bekerja sebenar ketika berada di dalam industri.Teknologi yang
tinggi di dalam kilang tersebut dapat mengembangkan lagi pemikiran pelajar dalam
menjana idea yang baru.Para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas proses pembuatan
komponen-komponen serta pemasangan bahagian-bahagian enjin.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan para pelajar tentang proses penghasilan model dan kacanggihan
teknologi masa kini
2.2 Memberi peluang kepada para pelajar berkomunikasi dengan orang luar.
2.3 Memupuk semangat kerjasama antara pelajar-pelajar itu sendiri bagi menjayakan
program lawatan ini.
2.4 Memberi pendekatan pembelajaran yang lebih efektif kerana pelajar berpeluang
untuk melihat dengan lebih jelas apa yang dipelajari secara teori.

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Pelajar DVM Tahun 1 (30 orang)

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

4.1 Mac 2019

2
5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En Supian Bin Mahmood (Pengarah)

Pengerusi : Pn. Faridah Binti Hj Ali (Timbalan Pengarah Akademik)

Timbalan Pengerusi : En Mohamad Zaidi Bin Sudin


(Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri)

Penyelaras Program : Pn. Rosniyatin Bt Bebet

Setiausaha : Pn . Liyana Hanim Bt Che Ibrahim

Ahli Jawatankuasa : En Ahmad Fahmy Bin Romli (UPLI)

6.0 MAKLUMAT LAWATAN

PROGRAM : LAWATAN INDUSTRI KE ………

TARIKH : 5 OKTOBER 20

MASA BERTOLAK : 8.00 PAGI

PENGANGKUTAN : BAS SEKOLAH

PESERTA : - 40 ORANG PELAJAR(NAMA SEPERTI DALAM LAMPIRAN)

- 3 ORANG PENSYARAH

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PROGRAM

 Para peserta berkumpul.


07.30 PAGI
08.00 PAGI  Bertolak dari KV Kajang.

9.00 PAGI  Tiba di Syarikat


9.30 PAGI
 Mendengar taklimat keselamatan

10.00 PAGI  Membuat lawatan dalam kilang.

 Bertolak pulang ke KV Kajang.


12.00
TENGAHARI

3
8.0 PENUTUP

Program Lawatan Industri ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamat
yang dirancang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

…………………………………………………….. ……………………………………………
(LIYANA HANIM BT CHE IBRAHIM) (FARIDAH BT HJ ALI)
Setiausaha Program, Pengerusi Program,
Kolej Vokasional Kajang. Kolej Vokasional Kajang.

Anda mungkin juga menyukai