Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ VOKASIONAL KAJANG

JALAN SEMENYIH,
43000 KAJANG.
NO. TEL :03-87363955
NO.Faks : 03-87370354

KERTAS KERJA PROGRAM PERSEDIAAN TEMUDUGA DAN BENGKEL


PENULISAN RESUME PELAJAR TAHUN DUA DVM
2017

1. PENDAHULUAN

Program ini adalah merupakan satu program yang lebih menjurus ke arah
memperlengkapkan diri peserta dengan kemahiran-kemahiran insaniah khusus untuk
pelajar-pelajar semester akhir. Persaingan sengit antara graduan di pasaran pekerjaan
jelas menunjukkan bahawa hanya graduan yang benar-benar berkualiti terpilih.
Berkualiti di sini bukan hanya disandarkan kepada prestasi akademik sahaja tetapi
yang lebih penting penampilan mereka semasa ditemuduga. Cara gaya mereka
menyampaikan maklumat atau pandangan dengan lancar dan jelas terutama sekali
dalam bahasa Inggeris adalah merupakan elemen terpenting dalam pemilihan.

Berdasarkan maklumbalas borang soal selidik pada 2009, didapati penguasaan bakal
graduan/graduan dalam beberapa aspek kemahiran ‘soft skills’ adalah di tahap yang
memerlukan tindakan penambahbaikan. Antaranya adalah melibatkan aspek
keyakinan diri, minda kreatif, analitikal dan kritikal, ketahanan mental, kepimpinan
dan kefasihan berbahasa Inggeris.

Justeru itu, program ini dirancangkan dan diharapkan dapat membantu bakal graduan
menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa menjalani proses memohon dan
menghadapi temuduga perkerjaan.

2. OBJEKTIF

 Memberi kemahiran menghadapi dunia pekerjaan


 Memberi kemahiran mendapatkan pekerjaan
 Membantu peserta untuk meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan
 Memberi latih-tubi kepada peserta secara intensif kemahiran menghadapi temuduga
pekerjaan.
 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri peserta.

1
 Meningkatkan kemahiran membuat persembahan (presentation skills)

3. SASARAN

Semua Pelajar Tahun Dua Diploma Vokasional Malaysia Kolej Vokasional Kajang

4. TARIKH PELAKSANAAN

 10 April 2017

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER


PENDAPATAN
1. Bayaran Penceramah RM 100.00
PCG Kaunseling

Jumlah RM 100.00 RM 100.00

6. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En Supian Bin Mahmood ( Pengarah )


Pengerusi : Pn Rosmawati Bt Ahmad ( TPSA )
Timbalan Pengerusi : Pn Ku Azaniah Bt Ku Aziz (Ketua Unit HEP)
Naib Pengerusi : 1) En Osman Bin Muhamad (TPA`Akademik )
2) Pn Faridah Bt Haji Ali (Ketua Jaminan Kualiti)
Penyelaras : Pn Liyana Hanim Bt Che Ibrahim ( Kaunselor )
AJK : Nurul Anis Binti Azizi (Kaunselor)
: Pn Rosniyatin Bt Bebet (Kaunselor)
: En Zaidi Bin Sudin (Kaunselor)
: Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

7. TENTATIF PROGRAM

BIL PERKARA MASA

2
1. Bengkel Persediaan Temuduga Dan Resume 2.30 – 5.00 Petang

8. PENUTUP

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar khasnya


pelajar-pelajar tahun akhir diharap program ini mendapat sokongan dan kelulusan dari
pihak pengurusan Pengurusan.

Disediakan oleh : Disemak dan Disokong Oleh :

.............................................. ............ .....................................................


(LIYANA HANIM BT CHE IBRAHIM ) (ROSMAWATI BINTI AHMAD)
Kaunselor Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Kolej Vokasional Kajang Kolej Vokasional Kajang
43000 Kajang 43000 Kajang
SELANGOR DARUL EHSAN. SELANGOR DARUL EHSAN.

Disahkan Untuk Dilaksanakan Oleh :

..................................................
(SUPIAN BIN MAHMOOD)
Pengarah
Kolej Vokasional Kajang,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

Anda mungkin juga menyukai