Anda di halaman 1dari 10

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Menurut laman web Circuits Today (2015), projek Arduino telah bermula di
Interaction Design Institute Ivrea (IDII) di Ivrea, Itali. Pada masa itu, pelajar
menggunakan mikro pengawal Stamp BASIC dengan kos pembelian sebanyak 100
dolar, perbelanjaan yang agak mahal untuk kebanyakkan pelajar. Pada tahun 2003,
Hernando Barragán mencipta sebuah platform pembangunan Wiring sebagai projek
tesis untuk pengajian Master beliau di IDII, di bawah pengawasan Massimo Banzi dan
Casey Reas, yang bekerja di bawah bahasa pengaturacaraan Processing. Platform
Wiring terdiri daripada papan litar bercetak (PCB) dengan mikro pengawal Atmega168,
sebuah IDE berasaskan bahasa pengaturcaraan Processing dan perpustakaan fungsi
untuk memudahkan proses mengaturcara mikro pengawal tersebut. Pada tahun yang
sama juga, Massimo Banzi bersama dengan David Mellis, pelajar IDII lain dan David
Cuartielles, menambah sokongan untuk mikro pengawal Atmega8 yang murah kepada
Wiring. Tetapi, mereka tidak meneruskan projek Wiring, sebaliknya mereka
membatalkan projek tersebut dan menamakannya semula sebagai Arduino.

Arduino Uno R3 telah digunakan secara meluas di serata dunia kerana ianya
amat sesuai untuk seseorang individu yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai mikro pengawal. Projek kami menggunakan Arduino Uno R3 sebagai asas
kepada keseluruhan projek. Selain Arduino Uno R3, kami juga menggunakan dua jenis
komponen seperti Temperature and Humidity Sensor dan Passive Infrared Sensor (PIR)
sebagai inti kepada projek yang dibina. Temperature and Humidity Sensor akan
mengesan suhu dan kelembapan sekeliling untuk mengawal kelajuan putaran kipas
manakala PIR akan mengawal sebarang pergerakan dan akan ‘ON’ sekiranya terdapat
sebarang pergerakan yang dilakukan oleh manusia atau sebaliknya.
2.2 KAJIAN KOMPONEN UTAMA YANG DIGUNAKAN

2.2.1 Temperature and Humidity Sensor (DHT11)

Rajah 2.2.1 Temperature and humidity sensor (DHT11)

Sumber: http://www.hobbyist.co.nz/?q=documentations/wiring-up-dht11-temp-humidity-
sensor-to-your-arduino

Temperature and Humidity Sensor (DHT11) merupakan sebuah modul pengesan yang
boleh digunakan untuk mengukur suhu dan kelembapan sesuatu bilik.

2.2.1.1 Kelebihan Temperature and Humidity Sensor (DHT11)

i. Kepenggunaan yang tinggi


ii. Kestabilan untuk jangka masa yang panjang adalah tinggi
iii. Harga yang berpatutan
iv. Tindak balas terhadap pengesanan lebih pantas

2.2.1.2 Spesifikasi Temperature and Humidity Sensor (DHT11)

i. Bekalan voltan: 5V
ii. Jarak suhu: 0-50 °C dengan ralat ± 2 °C
iii. Kelembapan : 20-90% RH ± 5% ralat RH
iv. Antaramuka: Digital
2.2.1.3 Kegunaan Temperature and Humidity Sensor

Terdapat beberapa kegunaan Temperature and Humidity Sensor. Antaranya:

i. Digunakan dalam industri pemakanan dan penghantaran makanan.


ii. Digunakan dalam industri pertanian (hidroponik).
iii. Mengukur kelembapan dan suhu kawasan sekeliling.

2.2.1.4 Lembaran data untuk Temperature and Humidity Sensor

Rajah 2.2.1.4 Lembaran data untuk DHT11

Sumber: http://www.datasheetspdf.com/pdf/785592/Sunrom/DHT11/1
2.2.2 Passive Infrared Sensor (PIR)

Rajah 2.2.2 Passive infrared sensor (PIR)

Sumber: https://uk.rs-online.com/web/p/interface-development-kits/7813024/

Passive Infrared Sensor atau PIR digunakan untuk mengesan pergerakan orang,
haiwan atau objek lain yang boleh dikesan. Ianya biasa digunakan dalam sistem
pengera keselamatan dan sistem pencahayaan yang diaktifkan secara automatik. Ianya
selalu dipanggil ‘PIR’ atau kadang-kadang sebagai ‘PID’, untuk passive infrared
detector.

2.2.2.1 Kelebihan Passive Infrared Sensor (PIR)

i. Mengesan pergerakan dalam keadaan terang atau gelap dengan lebih berkesan.
ii. Mengesan pergerakan manusia dalam berberapa saat sahaja.
iii. Dapat diset sama ada kurang sensitif atau sebaliknya.
iv. Tidak memancar sebarang gelombang yang berbahaya kepada manusia dan
hidupan lain.

2.2.2.2 Spesifikasi Passive Infrared Sensor (PIR)

i. Voltan: 5V-20V
ii. Penggunaan kuasa: 65mA
iii. Keluaran TTL: 3.3V, 0V
iv. Masa tunda: Boleh ubah (3-5 minit)
v. Masa kunci: 0.2 saat
vi. Kaedah cetusan: L- nyahaktif cetusan ulangan, H- aktifkan cetusan ulangan
vii. Julat mengesan: kurang daripada 120 darjah, dalam lingkungan 7 meter
viii. Suhu pengoperasian: - 15~70 ºC
ix. Dimensi binaan: 32*24 mm, jarak antara skru 28mm, M2, Dimensi kanta dalam
diameter: 23mm

2.2.2.3 Lembaran data untuk Passive Infrared Sensor

Rajah 2.2.2.3 Lembaran data untuk PIR HC-SR501


2.2.3 Arduino Uno R3

Arduino Uno R3 adalah papan pengawal mikro yang berasaskan ATmega328.


Ia mempunyai 14 pin masukan/keluaran digital (6 pin boleh digunakan sebagai
keluaran PWM), 6 input analog, pengayun kristal 16 MHz, sambungan USB, bicu
bekalan kuasa, kepala ICSP dan butang set semula.

2.2.3.1 Kelebihan Arduino Uno R3

i. Menggunakan sambungan antaramuka USB yang sekarang menjadi


antaramuka standard yang popular dalam mikro pengawal berbanding
sambungan antaramuka sesiri RS-232.
ii. Mempunyai bootloader yang akan menangani proses memuat naik program ke
ATmega328.
iii. Memiliki modul siap pakai atau shield yang boleh dilekatkan kepada papan
Arduino Uno R3.
iv. Menggunakan hanya voltan 5V untuk beroperasi.

2.2.3.2 Spesifikasi Arduino Uno R3

i. Mikro pengawal: ATmega328P


ii. Voltan pengoperasian: 5V
iii. Voltan masukan (disyorkan): 7-12V
iv. Voltan masukan (terhad): 6-20V
v. Pin I/O digital: 14 (di mana 6 pin boleh dijadikan sebagai keluaran PWM)
vi. Pin I/O digital PWM: 6
vii. Pin analog masukan: 6
viii. Arus DC per pin I/O: 20 mA
ix. Arus DC untuk pin 3.3V: 50 mA
x. Memori Flash: 32 KB (ATmega328P) di mana 0.5 KB digunakan oleh bootloader
xi. SRAM: 2 KB (ATmega328P)
xii. EEPROM: 1 KB (ATmega328P)
xiii. Kelajuan jam: 16 MHz
xiv. LED_BUILDIN: 13
xv. Panjang: 68.6 mm
xvi. Lebar: 53.4 mm
xvii. Jisim: 25 g

2.2.3.3 Pin ATmega328P

Rajah 2.2.3.3 Fungsi setiap pin pada ATmega328P

2.2.3.4 Jenis-jenis Arduino

i. LilyPad Arduino (rev 2007) (Tiada USB)


ii. RedBoard Arduino

iii. Arduino Mega R3

iv. Arduino Leonardo

v. Arduino Due (Teras ARM-Cortex M3)

vi. Arduino Yun (AVR + AR9331)


vii. Arduino Nano (DIP-30 kaki)

viii. Arduino Pro (Tiada USB)

ix. Arduino Ethernet (AVR +W5100)

x. Arduino Robot
2.2.4 Liquid Crystal Display (LCD)

Rajah 2.2.4 Liquid Crystal Display (LCD) 16x2

Sumber: https://www.amazon.co.uk/FACILLA%C2%AE-Character-Display-Blacklight-
Electronics-modele-10/dp/B009GEPZRE.

Liquid Crystal Display adalah modul paparan elektronik yang digunakan secara meluas
dalam pelbagai aplikasi seperti televisyen LCD, monitor komputer, panel peralatan,
paparan kokpit pesawat, dan papan tanda dalaman dan luaran.

2.2.4.1 Kelebihan Liquid Crystal Display (LCD)

Berikut merupakan kelebihan LCD yang utama:

i) Ringan dan ukuran dimensi yang nipis.


ii) Menjimatkan kuasa elektrik berbanding paparan plasma
iii) Kualiti paparan yang baik
iv) Tidak memantulkan cahaya luaran

Anda mungkin juga menyukai