Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Di dalam pembangunan negara yang serba canggih dan maju ini pelbagai peralatan
digunakan bagi memudah dan mempercepatkan sesuatu urusan pekerjaan. Pembakar
Seberguna adalah merupakan satu idea dan inovasi yang dicetus bagi tujuan untuk
memudahkan kehidupan suri rumah yang sangat sibuk dalam menggunakan masa untuk
penyediaan makanan yang melibatkan makanan yang dibakar seperti ayam, ikan, sotong,
daging dan lain-lain makanan. Terutama dalam menyediaan masakan ayam golek yang
memerlukan pematauan rapi, masa yang lama dan masakan sekata.
Pembakar Seberguna ini adalah merupakan satu cara penyelesaian untuk
memudahkan dalam penyediaan makanan kerana Pembakar Seberguna ini mudah digunakan
dan pemegang (pemanggang) untuk ayam golek akan berkendali secara automatik tanpa
menunggu sehingga ayam masak dengan mengunakan sistem gear dan motor melalui kuasa
bateri 12volt dan juga elektrik. Selain itu, ia di sertakan dengan kelengkapan lain untuk
membakar ikan bagi mengelakkan ikan mudah jatuh berbanding dengan mengunakan
pembakar biasa.
Pembakar Seberguna ini sangat sesuai untuk majlis jamuan yang kecil. Contoh seperti
majlis hari raya dan hari lahir yang melibatkan pembakaran seperti babque dan ia mudah
alih berserta tempat simpan barang dan bahan bakar. Terdapat kemudahan lain yang direka
seperti papan pengiris, sistem pembersihan, tapak bekas pembuangan bahan bakar (abu
arang) dan di letakkan satu kipas kecil untuk memudahkan kerja penyalaan api.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Matlamat dalam rekabentuk projek ini adalah


i. Untuk menghasilkan satu produk yang dapat membantu dalam pembakaran dalam
penyediaan makanan seperti ayam golek, ikan dan ayam bakar, barbeque, sotong,
jagung dan makanan lain-lain melibatkan penggunaan pembakaran.
ii. Menghasilkan sebuah Pembakar Seberguna yang dapat beroperasi secara automatik
dengan pemegang boleh berpusing dan hanya mengunakan bekalan kuasa melalui
bateri 12V dan juga elektrik.
iii. Menghasilkan sebuah bentuk pembakar yang menarik, cantik, ringkas dan seberguna.
iv. Menyediakan satu projek yang mampu dimiliki dan sesuai untuk digunakan di rumah
atau perniaga makanan secara kecilan dan untuk majlis jamuan seperti majlis hari raya
dan majlis hari lahir.

3.0 PERNYATAAN MASALAH


Ilham untuk melaksanakan projek ini terhasil daripada cetusan idea untuk menyelesaikan
beberapa masalah yang wujud untuk membantu surirumah dalam menyediakan makanan
melibatkan masakan melalui pembakaran.
Hasil dalam kajian yang di jalankan samada dirumah, di tempat perniaga makanan dan di
pasar-pasar raya pengunaan dan penjualan terdapat beberapa masalah pembakar yang diguna
atau dijual. Daripada hasil kajian ini terhasilah projek kami yang di namakan Pembakar
Seberguna.
i.

Masalah dikenalpasti melalui.

Melihat dan mengkaji keadaan persekitaran di beberapa buah rumah tentang


peralatan pembakaran masakan yang digunakan. Selain itu melihat peralatan

pembakaran yang di jual di pasar raya dan


Mengadakan sumbangan atau hasil dan perbincangan dengan pengguna
dirumah dan pendapat dari perniaga makanan yang kecil tentang alat
pembakar yang mereka guna.

ii.

Masalah yang dikenal pasti

Penyataan Masalah

Penyelesaian Masalah

Tidak mempunyai tempat untuk

Menyediakan satu

membakar seekor ayam terutama

pemanggang dan bergerak

dalam penyediaan masak seperti

automatik

ayam golek.
Pembakar biasa tidak mempunyai

Menyediakan satu bentuk

tempat simpanan barang

pembakar yang mempunyai

Tidak mempunyai sistem

tempat simpan barang.


Menyediakan satu sistem

pencucian abu arang dengan baik.

saluran air dan rekacipta satu


bentuk bekas untuk

Jaringan pembakar biasa dan tidak

mengeluarkan abu.
Mencipta satu jaringan

mempunyai kemudahan lain.

sesuai terutama ikan dan


sotong.

Jadual 1 - Penyataan Masalah yang dikenalpasti

iii.

Penyataan masalah melalui teknik 4 W + 1H


WHO
Siapa yang memerlukan
Pembakar ?

WHERE

SuriRumah, Perniaga Makanan


dan Untuk Majlis Kec

Dimana masalah ini didapati?


Di rumah dan dipasar raya

WHEN
Bilakah Pembakar diperlukan?
WHY

Dalam menyediakan sajian


masakan yang melibatkan
masakan yang perlu dibakar.

Kenapa perlunya Pembakar?


Sebab pembakar di perlukan untuk
memudahkan pengguna dalam
menyediakan maskan.

HOW
Bagaimanakah untuk mengatasi
masalah ini?
Maka terciptalah Pembakar
Seberguna

Rajah 1 Gambarajah Analisa 4W + 1H

iv.

Pengumpulan Maklumat dan Data


a. Selepas mengenalpasti alternatif yang dapat menyelesaikan masalah, langkah
seterusnya ialah pengumpulan maklumat dan data yang berkaitan dengan
produk Pembakar Seberguna
b. Data ialah maklumat spesifikasi yang terperinci mengenai produk .
c. Maklumat ialah rekabentuk terperinci, teknologi, bahan dan kemasan
mengenai produk.

v.

Ciri-ciri produk yang hendak dibina.

CIRI-CIRI
Pembakar Seberguna

ELEMEN ASAS
EKONOMI

1. Garisan

1. Kos

2. Ruang

2. Masa

3. Bentuk

BAHAN
ERGONOMIK

1. Jenis

1. Saiz

2. Guna

2. Fungsi.
3. Pergerakan.

Jadual 2 : Carta Produk

4.0 SKOP OBJEKTIF


Pada dasarnya dalam perlaksanakan Projek Diploma Mekanikal, beberapa pilihan telah
diberikan samada melaksanakan projek yang berbentuk perisian, perkakasan ataupun kajian
data. Maka pemilihan projek yang berbentuk perkakasan telah dipilih iaitu projek Pembakar
Seberguna. Di sini, kajian yang lebih terperinci telah dilakukan terhadap setiap komponen
serta kendalian bagi yang digunakan. Ini adalah merupakan salah satu aspek yang perlu
dititikberatkan oleh setiap pelajar bagi memudahkan mereka melakukan pembentangan
projek dan sekaligus mampu untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan oleh panelpanel penilai. Disamping itu, ia dapat memastikan agar projek yang dijalankan tidak terkeluar
daripada skop yang telah ditetapkan.
Secara ringkasnya, projek ini mempunyai kebolehan kendalian secara automatik, di mana
pemegang pembakar (pemanggang) boleh berputar dan disamping mempunyai bentuk yang
cantic serta menarik. Selain itu juga terdapat beberapa skop lain yang dititikberatkan dalam
menyiapkan projek Pembakar Seberguna ini. Antara skopnya ialah seperti berikut:
a) Memahami dan mempelajari latar belakang samada daripada kajian luar ataupun idea yang
dicipta mengetahui dalam membentuk projek Pembakar Seberguna.
b) Membuat analisis dan memastikan rekabentuk yang dibuat adalah sesuai dan dapat
memastikan mengatasi penyataan masalah
c) Mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai motor untuk mengerak pemegang
(pemanggang) dan fungsi setiap sistem yang digunakan di dalam projek ini.

Anda mungkin juga menyukai