Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN PROJEK AKHIR

Projek akhir ini merupakan salah satu perkara yang perlu dilaksanakan
oleh pelajar Diploma Teknologi Kimpalan bagi memenuhi syarat sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta
Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk memperolehi Diploma
Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh.

Bagi melaksanakan projek akhir ini, pelajar Diploma Kemahiran Malaysia


perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak institut. Pada
peringkat permulaan pelajar diberi kebebasan untuk menentukan projek yang
akan dihasilkan. Dalam masa yang sama juga, setiap projek yang dipilih
mestilah mengandungi segala elemen-elemen yang telah dipelajari sepanjang
tempoh pengajian dari tahap satu hingga tahap empat. Sebaik sahaja segala
elemen-elemen tersebut yang telah dipelajari dapat digunapakai dalam
penghasilan projek, pelajar akan dibentuk dalam satu kelompok kumpulan kecil
bagi menghasilkan projek tersebut.

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu laporan yang berbentuk


cadangan ringkas. Laporan cadangan tersebut mestilah mengandungi segala
aspek kerja yang berkisar mengenai projek tersebut. Dalam pada itu, kumpulan
pelajar yang menyediakan cadangan tersebut mestilah berupaya menyiapkan
projek tersebut tanpa sebarang halangan. Selepas itu, dalam masa yang
singkat setelah pemilihan projek, maka setiap kumpulan akan diminta untuk
membentangkan cadangan mereka kepada panel dalaman. Setelah panel
dalaman berpuas hati dengan pembentangan tersebut, seterusnya kumpulan
1

pelajar dikehendaki menyiapkan dan membuat analisis berkaitan dengan projek


yang telah diluluskan.

Selama pelajar menjalani latihan industri, projek yang telah dilluluskan


haruslah dilaksanakan. Walaubagaimanapun, masa latihan yang agak terlalu
terhad maka para pelajar akan dibenarkan menyambung semula proses
menyiapkan projek akhir hanya selepas mereka tamat menjalani latihan industri.
Ini adalah kerana setiap proses kerja yang dibuat perlulah disiapkan di dalam
bengkel yang terdapat di dalam kawasan institut. Dalam masa yang sama,
pelajar akan berdepan dengan beberapa lagi tugasan wajib dan tugasan
sampingan lain sebagai memenuhi sebahagian besar syarat yang ditetapkan
oleh Kementerian Belia Dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Kemahiran
untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Penuh.

Perjalanan projek akan direkodkan dalam carta gantt yang mana dengan
berpandukan perancangan asal, setiap proses kerja akan dapat diperolehi
dengan teratur dan terperinci. Projek akhir perlu disiapkan bersama dengan
laporan penuh yang akan dijadikan dan dihantar serentak dengan projek akhir.
Akhir sekali, projek akan dibentangkan dihadapan panel yang terdiri daripada
pihak Technical Advisory Committee (TAC), Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
dan panel dalaman yang diketuai oleh ketua kursus disamping pegawai
penyelia. Sebaik sahaja segala prosedur telah dapat dipenuhi dan syarat yang
diperlukan memenuhi aspek penilaian, maka dengan itu, sempurnalah
segalanya dan pelajar layak dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia
dengan jayanya.

OBJEKTIF PROJEK
Seperti mana yang diketahui Projek Akhir bukan sahaja dilaksanakan di
semua institut pengajian tinggi malah institut yang berasakan kemahiran seperti
IKBN juga perlu melaksanakan Projer Akhir. Ia dilaksanakan dengan
mempunyai tujuan dan objektif yang berguna untuk pelajar.
Objektif utama Projek Akhir kami ialah :-

i.

Mencipta satu projek MANUAL CUTTING TABLE dimana kami


mengaplikasikan kemahiran kimpalan dan kefahaman kami selama kami
belajar di IKBN Pagoh kepada projek akhir yang kami laksanakan.

ii.

Projek yang di jalankan ini adalah berteraskan kepada apa yang kami
pelajari selama berada di IKBN Pagoh iaitu dari tahap 1 hingga 4 dimana
kami menjalankan kerja-kerja pengurusan seperti membeli barangbarang projek, membuat kira-kira, membuat perancangan keperluan
projek dan sebagainya yang mana berkaitan dengan apa yang kami
pelajari selama ini.

iii.

Projek ini adalah bukan berteraskan kepada elektrik tetapi kami


menekankan tentang aspek kimpalan iaitu dengan membina sebuah
meja pemotong oksi asetilin manual yang mana berfungsi memotong dan
membuat sudut rencung (bevel) pada plate dengan mudah dan baik.

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T Tuhan segala pemilik sekalian alam.
Sesungguhnya dengan limpah dan kurnia serta keberkatanNya, maka
keseluruhan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang
telah dibincangkankan sebelum ini dan memenuhi kehendak pemeriksa.
Sesungguhnya tanpa keberkatan dan kekuatan yang diberikan olehNya,
nescaya segala apa yang telah dirancangkan tidak mungkin dapat dilakukan
dengan sempurna.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khasnya


kepada kedua ibu-bapa kami yang telah mendidik, menyara serta memberi
dorongan semangat kepada kami untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Dikesempatan ini juga, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih


kepada En. Sukri Bin Mohamed selaku penyelia projek akhir untuk kumpulan
kami.

Selain daripada itu juga, kami ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua pengajar-pengajar dan pelajar-pelajar Sekolah
Kimpalan,Pemesinan Am dan Alatan & Acuan yang telah banyak membantu
kami dalam menyiapkan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Tidak
4

lupa juga ucapan terima kasih ini di tujukan buat semua rakan-rakan
seperjuangan yang mana turut serta dalam membantu kami terutamanya dari
segi menyuarakan pendapat-pendapat serta memberi pandangan kepada kami
untuk meneruskan projek ini sehingga siap sepenuhnya.

Sesungguhnya segala kerjasama serta sumbangan dari pelbagai cara


amatlah kami hargai sepenuhnya. Tanpa semua ini, kami tidak berupaya
menyelesaikan segala masalah atau sebarang kemungkinan yang telah kami
hadapi sepanjang kami melaksanakan dan menyiapkan projek akhir ini.

Dalam pada ini juga kami amat berbesar hati kerana telah diberikan
kepercayaan penuh untuk menyiapkan projek ini kerana, jika dilihat dari segi
keupayaan mental dan fizikal pada tahap kami, ia agak mustahil bagi
sesetengah dari kami menilai sejauh mana perlunya kumpulan kami
meneruskan dan menyiapkan sesuatu projek yang agak rumit seperti ini.
Alhamdulillah dengan berkat doa dari semua pihak serta kerjasama dari ahli
kumpulan kami sendiri, projek ini dapatlah kami jalankan dengan lancar tanpa
sebarang halangan besar yang mana boleh melemahkan semangat dikalangan
ahli kumpulan kami sendiri mahupun terhadap rakan-rakan lain.

Sekali lagi kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima


kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama dari semua pihak yang terlibat
sepanjang proses menyiapkan projek akhir ini dengan penuh jayanyasekian...

ISI KANDUNGAN
TAJUK
PENGENALAN
OBJEKTIF PROJEK AKHIR
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN

BAB

BAB 1

BAB 2

BAB 3

i
ii
iii
vi

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN
1.0 DEFINASI PROJEK
1.1 LATAR BELAKANG PROJEK
1.2 OBJEKTIF PROJEK
1.3 LATAR BELAKANG MASALAH
1.4 CADANGAN PENYELESAIAN
1.5 PERBANDINGAN
LUKISAN KEJURUTERAAN
2.0 ISOMETRIK
2.1 ORTHOGRAFIK
2.2 SIMBOL WELDING

8
9-11
12

STANDARD OPERATION PROCEDURE


(S.O.P)
(S.O.P) MANUAL CUTTING TABLE

BAB 4

1
2
3
4
6
7

13

PROSES KERJA DAN PERLAKSANAAN


PROJEK
4.0 PERLAKSANAAN PROJEK
4.1 LANGKAH PERLAKSANAAN
4.2
4.3
4.4

PROJEK
MESIN YANG DIGUNAKAN
PROSES PEMILIHAN BAHAN
PROSES PENANDAAN
6

14
15
16
17
18-19

4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.15
BAB 5

BAB 6

PROSES PEMOTONGAN
PROSES MENGIMPAL
PROSES MENGGERUDI
PROSES PENGUJIAN KIMPALAN
PROSES PENGUJIAN PROJEK
PROSES MENGECAT
CARTA GANTT
CARTA ALIR KERJA

20-21
22
23-24
25
26
27
28-29
30-32

PEMERIKSAAN KIMPALAN
5.0 PENGUJIAN DAN PEMERIKSAAN

33

5.1

KIMPALAN
KOD DAN STANDARD UJIAN

34

5.2
5.3
5.4

VISUAL
KAWASAN PENGUJIAN
NON DESTRUCTIFE TEST (N.D.T)
PENGIRAAN TITIK KRITIKAL

BILL OF MATERIAL (B.O.M) DAN KOS


PROJEK
6.0 BILL OF MATERIAL(B.O.M)
6.1 KOS PROJEK

BAB 7

35-38
39-44
45-47

KESIMPULAN
KESIMPULAN

48
49-52

53

GAMBARAJAH
1

PERKARA
KAEDAH PEMOTONGAN SECARA

2
3

MANUAL
WELDING GAUGE
BAHAGIAN KRITIKAL
PROSES PEMILIHAN BAHAN MENTAH

4
33
35
17

PROSES PENANDAAN

18-19

PROSES PEMOTONGAN
PROSES MENGIMPAL
PROSES MENGGERUDI

20-21
22
23-24

PROSES PENGUJIAN KIMPALAN


7

25

PROSES PENGUJIAN PROJEK

26

PROSES MENGECAT

27

NON DESTRUCTIVE TEST (N.D.T)


LUKISAN
1
2
3
4
5

PERKARA
PANDANGAN ISOMETRIK
PANDANGAN PLAN
PANDANGAN SISI
PANDANGAN HADAPAN
SIMBOL WELDING

LAMPIRAN
BORANG UJIAN VISUAL
BORANG UJIAN PENUSUKAN CECAIR

39-42

8
9
10
11
12

Anda mungkin juga menyukai