P. 1
surat rasmi lawatan rumah kebajikan.

surat rasmi lawatan rumah kebajikan.

5.0

|Views: 14,247|Likes:
Dipublikasikan oleh api-3818336

More info:

Published by: api-3818336 on Dec 03, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

d

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia Tel : 604-577 6100 Fax : 604-577 6144 ___________________________________________________________________________ Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Tingkat Bawah Bangunan JKR, Jalan Sultan Badlishah, 05564 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM LAWATAN AMAL KEBAJIKAN KE RUMAH SERI KENANGAN, BEDONG Saya mewaliki pelaksanaan program Lawatan Amal Kebajikan Ke Rumah Seri Kenangan, Bedong. Lawatan ini melibatkan pelajar-pelajar dan pensyarah Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang(ILPKBPP) seramai 82 orang. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, lawatan tersebut akan di adakan sepertimana yang berikut: • Tarikh : 10 Mei 2008 • Hari : Sabtu • Tempat : Rumah Kebajikan Bedong (Kedah) • Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) • Tema : Perpaduan Ummah , Menjamin Masa Depan Negara. • Penglibatan : Pelajar dan Pensyarah ILPKBPP 3. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dengan penghuni rumah kebajikan ini. Disamping itu pelajar juga dapat berkongsi pengalaman dengan penghuni rumah kebajikan yang berbilang bangsa. Bersama-sama surat ini dilampirkan Kertas Kerja Lawatan. Pihak kami juga ingin menerima maklumbalas dari pihak tuan secepat yang mungkin bagi pihak kami melaksanakan persiapan sebelum ke rumah kebajikan tersebut. Segala kerjasama dari pihak tuan kami ucapkan jutaan terima kasih. “ Perpaduan Ummah , Menjamin Masa Depan Negara” Yang menjalankan tugas, ……………………………………….. (AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN) Biro Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Jabatan Tenaga Manusia.

23 APRIL 2008

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->