Anda di halaman 1dari 48

 

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN


KEPALA BATAS, PULAU PINANG.
 
AGAMA ISLAM

PENILAI : PUAN HAFIZAH BT


MOHAMED
JUAL BELI
 
PERGERTIAN JUAL BELI;
       Jual beli (Al Bai) ialah menukarkan
barang dfngan barang mengikut cara yang
tertentu.
 
HUKUM JUAL BELI
       Hukum jual beli adalah harus.
 
RUKUN JUAL BELI
Penjual dan pembeli
(a) mukallaf
(b) kemahuan sendiri
(c) merdeka
(d) beragama islam
(e) bukan golongan yang di tahan hartanya atau bankrap.
 
 
        Barang
(a)  bersih dan suci
(b) berfaedah
(c)kepunyaan penjual atau wakilnya
tahu jenis,kadar, dan sifat barang jualan
 
Harga;
(a)             bersih
(b)            milik pembeli
(c)             tahu jenis mata wang yang digunakan.
 
Ijab dan Kabul;
(a)          tidak diselangi dengan perbuatan lain.
(b)          Bersamaan ijab dan Kabul walaupun berlainan lafaz.
(c)          Tidak boleh dihadkan masa
(d)          Tidak boleh ditaklikkan.
 
JENIS JUAL BELI
 
1.Jual beli yang dilarang dan tidak sah;
(a) haram menjul atau memperdagangkan benda yang di simpan bagi tujuan
maksiat seperti menjul patung berhala,babi,arak,dan sebagainya.
(b)tidak di miliki dengan sempurna seperti menjual burung di udara atau
ikan didarat.
(c)             menjual buah buahan yang masih muda dan belum nyata
masaknya
(d) menjual barang dengan bersyarat.
 
2.Jual beli yang dilarang tetapi sah.
(a) membeli barang dengan tujuan menyekat pembelian orang lain drpd
membeli barang tersebut.
(b) menipu semasa menjual sama ada melalui
sukatan ,timbangan ,dan sebagainya.
(c)membeli barang yg sedang di beli oleh
orang lain walaupun masih dalam tempoh
pilihannya.
(d) berjual beli barang yang halal tetapi
digunakan utk maksiat.
SEWA
 
Sewa (Al-Ijarah) ialah satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu
barang yang di terima dengan bayaran yang sesuai mengikut perjanjian yg telah
ditentukan.
 
HUKUM
Hukum sewa adalah harus.
 
RUKUN SEWA
(a)penyewa
       kemahuan sendiri
       kedua-duanya tidak bersifat membazir.
       Mestilah akil baligh.
 
(b) bayaran sewa
       Dengan wang .
       Wang bayaran di ketahui oleh kedua-dua
pihak dari segi kadar,jenis dan sifatnya.
 
(c)manfaat
       Berharga
       Diketahui kadar dan jangka masa.
       Dapat diberikan oleh yang mengambil
upah.
 
4.Syarat sah sewa;
(a)           kedua-dua pihak bersetuju mengadakan kontrak
sewa.
(b)          Barang yang diberi sewa dapat memberi manfaat.
(c)           Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh
digunakan.
(d)          Barang sewaan bukan menjadi kewajipan kepada
penyewa seperti menyewakan rumah kepada isteri.
 
 
 
 
 
5.Tamat kontrak sewa;
 
(a)           barang yang di sewa
hilang,rosak,atau musnah.
(b)          Batal kontrak
(c)           Tamat tempoh
(d)          Tidak menepati syarat-syarat kontrak.
 
 
 
RIBA
 
PENGERTIAN RIBA
Dari sudut bahasa ; bertambah
Dari sudut syarak ; bertambah terhadap modal.
 
HUKUM RIBA
Riba adalah haram seperti termaktub dalam al Quran.
Riba adalah tergolong dalam dosa-dosa besar, semua agama mengharamkan.
 

 JENIS-JENIS RIBA
(a) al-fadhli- iaitu menjual barang yg terdapat ialah riba yg sama jenis dan ada berlebihan dalam
salah satu barangan.
(b) Bilyad- iaitu menjual barang yg ada illah riba walaupun barang itu serta di tangguh penerimaan
bagi salah satu barang jualan atau kedua-duanya barang itu bertanggua kedua-duanya.
(c) An-nasiah-iaitu menjual barang yg terdapat illah riba secara bertangguh walaupu sekejap
masanya.
 
KESAN-KESAN RIBA
(a)             memusnahkan harta atau menghilangkan berkat.
(b)            Kesan orang makan riba di bangkitkan di padang masyar dalam
keadaan seperti orang gila yg terkena sentuhan syaitan atau di rasuk
syaitan.
 
SEBAB –SEBAB RIBA DI HARAMKAN
(a)                Riba adalah mengambil harta orang tanpa ada pertukarannya
seperti orang yg menjual satu dirham sama ada jualan itu secara tunai
atau bertangguh.
(b)                Riba juga menghalang manusia daripada bekerja untuk
mendapat keuntungan ,justeru itu boleh membawa terputusnya manfaat
manusia.
(c)                Riba juga boleh membawa manusia terputusnya pertalian
makruf antara manusia ,kerana apabila seseorang memberi hutang
kepada orang lain ,dengan mengambil faedah daripada hutangnya
,akan hilang perasaan simpati dan membelakangkan Allah.
(a)Orang yg memberi hutang biasanya orang
kaya dan orang yang berhutang biasanya
orang miskin ,dengan cara berhutang yg
dikenakan faedah ,ini membolehkan orang
kaya melemahkan orang miskin.
(b)Pengharaman riba telah diharamkan oleh
Allah dalam al Quran.
 
HIWALAH
 
PENGERTIAN HIWALAH
Dari sudut bahasa ;perpindahan
Berpindah hutang daripada zimmah kepada zimmah yg lain.
Hakikatnya hiwalah ialah menjual hutang dengan hutang ,di
haruskan hiwalah kerana diperlukan.
 
RUKUN-RUKUN HIWALAH
(a)             Al MUHIL – orang yang berhutang
(b)            Al MUHAL- orang yang memberi hutang
(c)             Al MUHAL ALAIHI –orang yang akan membayar
hutang jepada AL Muhil.
 
SYARAT- SYARAT SAH HIWALAH
(a)             dipersetujui oleh Al Muhal dan Al Muhil ,tanpa
persetujui Al Muhal alaihi.
CONTOH: yusuf yg berhutang dengan Muhammad,maka
Yusuf hiwalahkan hutangnya terhadap Muhammad keatas
Umar.Yusuf dinamakan Al muhil, Muhammad Al Muhal
dan Umar Al Muhal alaihi-orang yg akan membayar
hutang kepada Muhammad.
(b)            Bersamaan kedua-dua hak pada jenisnya ,kadarnya
,piawainya juga hulul dan ta’jil ,yakni tempoh bayar
hutang yg telah sampai tempoh ,dan hutangnya masih dalam
keadaan bertangguh.
SEWA- MENYEWA (IJARAH)
 
PENGERTIAN
       Bahasa : Penggunaan sesuatu dengan
membayar wang.
       Istilah :Sesuatu aqad yang lazim keatas
satu-satu manfaat yang tertentu masanya
dengan bayaran yg maklum. Manfaat
boleh dibahagikan seperti berikut:
 
PEMBAHAGIAN MANAFAAT
       Manfaat ain - seperti mendiami rumah,
menunggang kenderaan dan sebagainya
       Manfaat amal - seperti amal , kerja ,
tukang-tukang rumah , tukang-tukang
tenun kain , tukang kasut, tukang jahit ,
dan tukang dobi
       Manfaat individu tertentu -
mengeluarkan usaha dan tenaga seperti
orang gaji dan buruh-buruh
 
RUKUN-RUKUN IJARAH
       Orang yang memberi sewa manfaat
kepada orang lain
       Orang yang membayar sewa kepada
pihak pertama
       Sesuatu barang yang diberi sewa
terhadapnya
       Bayaran yang dibayar oleh musta’jir
kepada mu;jir dinamakan ujrah
       Sighah : ijab dan qabul
HUTANG (QIRAD) 
DALIL DISYARIATKAN IJARAH
       Maksud ayat Al-Quran Surah Al-Qasas ayat 26-27
Berkatalah salah seorang dari dua perempuan – anak Nabi
Shuib- “Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang
upahan mengembala kambing kita, sesungguhnya sebaik-
baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat
lagi amanah”. Berkatalah bapa perempuan itu kepada
Nabi Musa “ Aku hendak mengahwinkan kamu dengan
salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan
syarat engkau bekerja denganku selama 8 tahun , dalam
pada itu jika engkau genapkan menjadi 10 tahun , maka
yang demikian itu adalah dari kerelaan kamu sendiri. Dan
ingatlah aku tidak bertujuan untuk menyusahkanmu ,
engkau akan dapati aku orang yang baik layanannya.”
       Hadis nabi Riwayat Bukhari
     “ Bahawa Nabi saw telah menyewa
seorang lelaki dari Bani al- Dil , namanya
Abdullah B al Uraiqith – beliau adalah
pembawa atau pemandu hijrah Rasullah ke
Madinah yang sangat mahir.
 
       Hadis nabi Riwayat Ibnu Majah
    “ Hendaklah kamu beri orang upahan
akan upahnya sebelum kering peluh”
HIKMAH DISYARIATKAN IJARAH
       Disyariatkan ijarah kerana manusia
memerlukan sewa menyewa, rumah
kediaman, dan perkhidmatan orang lain
dengan cara mengupahnya. Mereka juga
perlu kenderaan dan orang-orang yang
mengangkutkan barang-barang dan
sebagainya. Mereka juga perlukan bumi
untuk pertanian dan jentera-jentera yang
digunakan dalam kehidupan masing-
masing.
SYARAT-SYARAT ORANG YANG BERAQAD IJARAH
       Orang yang berakad mestilah berkelayakan seperti
baligh , maka tidak bagi orang gila dan kanak-kanak.
 
MASALAH-MASALAH BERKAITAN PERKARA-PERKARA
TAAT YANG DIBOLEHKAN KITA SEWA ORANG YANG
MENGERJAKANNYA
       Boleh mengambil upah mengajar Al-Quran dan ilmu-
ilmu lainnya.
       Harus kita upah orang yang mengerjakan haji dan
umrah.
       Harus kita upah orang yang mandikan mayat dan
mengkebumikannya. 
PEMBAYARAN SEWA YANG DISYARATKAN
SEGERA ATAU BERTANGGUH
       Sekiranya tidak ada sebarang perjanjian
tentang bayaran sewa sama ada disegera atau
ditangguh seperti seseorang menyewa rumahnya
sebulan , maka apabila genap sebulan maka
diwajibkan membayar sewanya.
Sabda nabi saw : Ertinya :
Semua orang islam hendaklah mengikut syarat
yang mereka syaratkan.
 
BILAKAH PENGUPAH ATAU SEWA BERHAK DIBAYAR
       Apabila selesai kerja-kerja yang dilakukan, sabda nabi
saw dalam hadis Riwayat Ibnu Majah bermaksud “
Hendaklah kamu beri orang upahan akan upahnya
sebelum keringnya peluh”
       Apabila manfaat barang yang disewanya tela pun
diambil dengan sepenuhnya oleh orang yang menyewa,
sekiranya barang yang disewa rosak sebelum diambil
manfaat daripadanya maka batallah sewaan itu.
       Seseorang yang menyewa sesuatu barang tetapi tidak
menggunakannya , untuk menggunakannya tidak ada
sebarang halangan , maka mestilah dia membatar sewa.
 
HUKUM SEWA TANAH
       Sah dengan syarat diterangkan tujuan
apa tanah itu akan digunakan seperti
tanaman atau binaan.
 
HUKUM SEWA BINATANG
       Sah untuk tujuan tunggangan atau
bekerja serta menerangkan apakah kerja
yang hendak dibuat.
 
HUKUM SEWA RUMAH
       Orang yang menyewa rumah untuk didiami
haruslah ia mendiaminya atau dia memberi
orang lain mendiaminya sama adadengan
memberi pinjam atau menyewakannya kepada
orang lain, dengan syarat tidak menjadi
mudharat kepada rumah itu atau merosakkannya
 
HUKUM MENYEWA BARANG YANG DISEWA
       Harus dengan syarat tidak melanggar syarat-
syarat penggunaanya
 
HUTANG (AL-QIRAD)
 
PENGERTIAN:
Hutang ialah memberikan sesuatu barang atau
manfaatnya kepada seseorang.Barang atau
manfaatnya perlu di kembalikan dengan syarat orang
berhutang membayar dengan jumlah yang sama.

HUKUM
Hukum berhutang adalah diharuskan ,dan orang yg
memberi hutang. Di beri ganjaran pahala oleh Allah
kerana menghampirkan diri kepada Allah.
 
AKAD BERHUTANG
Sama seperti akad yg lain.akad hutang terjadi
dengan lafaz hutang atau sebarang kata-
kata yang membawa ertinya berhutang.
 
TEMPOH BERHUTANG
Kalau disyaratkan membayar hutang dalam
tempoh tertentu,maka wajiblah membayar
apabila sampai tempohnya.
 
BENDA-BENDA YANG SAH BERHUTANG
CONTOH:berhutang pakaian,haiwan ternakan,makan
dan barang yang boleh di sukat dan ditimbang atau
barang –barang yang diniagakan.
 
HUTANG YANG MENDATANGKAN MANFAAT
ADALAH RIBA
       Berhutang yang dikenakan faedah adalah
riba,kerana berasaskan syarak ,setiap hutang yang
diperolehi manfaat adalah riba.
       Haram orang yang memberi hutang meminta
bayaran yang lebih dari kadar hutangnya.
 
SEGERALAH MEMBAYAR HUTANG APABILA SAMPAI
MASANYA
       Kalaulah kita berhutang hendaklah segera membayarnya
sebelum mati ,atau apabila sudah sampai tempoh
membayarnya.
       Orang yang menangguhkan membayar hutang adalah di
kira zalim dan berdosa.
 
RUKUN BERHUTANG
       Penerima dan pemberi hutang.kedua –duanya mestilah
mengadakan saksi atau perjanjian bertulis.
       Barang yang diberi hutang adalah milik pemberi hutang
sepenuhnya.
       Sighah iaitu akad pemberian hutang.
 
HIKMAT DIHARUSKAN BERHUTANG
       Membantu golongan yang susah.
       Memberi peluang orang miskin
membaiki taraf ekonomi mereka.
       Mengelakkan berlakunya penindasan
terhadap golongan miskin.
       Mengelakkan daripada sikap malas dan
suka meminta-minta.
 
JUAL BELI
 
A)PERGERTIAN JUAL BELI;
   Jual beli (Al Bai) ialah menukarkan barang dengan
barang mengikut cara yang tertentu.
 
B)HUKUM JUAL BELI
       Hukum jual beli adalah harus.
 
Barang
(a) bersih dan suci
(b) berfaedah
(c) kepunyaan penjual atau wakilnya
(d) tahu jenis,kadar, dan sifat barang jualan
 
Harga;
(a) bersih
(b) milik pembeli
tahu jenis mata wang yang digunakan
RUKUN JUAL BELI
(a)    Penjual dan pembeli
(b)    mukallaf
(c)    kemahuan sendiri
(d)    merdeka
(e)     beragama islam
(f)    bukan golongan yang di tahan hartanya
atau bankrap.
 
AS SYARIKAT
 
PERGERTIAN:
BAHASA:Pecampuran.
ISTILAH:akad di antara orang yang
bersyarikat dalam modal dan untung.
 
PEMBAHAGIAN SYARIKAT
(a)Syarikat harta milik
       Memiliki lebih banyak dari satu orang
akan satu barangan tanpa sebarang akad
perjanjian.samaada syarikat harta milik ini
sukarela atau ijbar.
       Harta milik secara sukarela ialah seseorang
telah memberi anugerah barangan kepada
dua orang atau telah wasiatkan kepada dua
orang,maka kedua-dua orang telah
menerima pemberian itu dan wasiat itu.
       Manakala harta milik secara ijbar ialah syarikat
yang dimiliki oleh seseorang secara terpaksa
,contoh mendapat pusaka sebaik sahaja pewarisnya
meninggal dunia ,maka syarikat yang dimiliki si
mati secara tiba-tiba menjadi milik pewaris.
       Hokum syarikat harta milik-tidak harus
seseorang ahli syarikat bertindak mengurus
syarikat tanpa mendapat persetujuan perkongsi
kerana tidak ada kuasa terhadap salah seorang ahli
kongsi atau kedua-duanya terhadap bahagian
orang lain.
 
(b) syarikat semua aqad perjanjian(syarikat
uqud)
       bentuknya ialah dua orang atau lebih
beraqad terhadap perkongsian harta benda
dan di dalam keuntungan semua harta
benda itu.
 
 
JENIS-JENIS SYARIKAT SEMUA AQAD
PERJANJIAN
(SYARIKAT UQUD)
 
(a)  syarikat inan:dua orang berkongsi dalam
mengeluarkan modaluntuk berniaga dan
keuntungan di bahagikan antara mereka
berdua ,tidak disyaratkan sama nilai
modal,dan juga pada pembahagian
keuntungan dan juga pada pengurusan.
(a)  Syarikat mufawadah:boleh dilakukan aqad
antara dua orang atau lebih dalam membuat
sesuatu kerja dengan syarat-syarat berikut:
       Bersamaan pada nilai modal- jika tidak sama
tidak sah bersyarikat Mufawadah.
       Bersamaan pada megurus-tidak sah syarikat
antara kanak-kanak dengan orang yang telah
baligh.
       Bersamaan pada agama-maka tidak terjadi aqad
syarikat orang islam dengan orang bukan islam.
       Mestilah setiap orang daripada syarikat.
 
(a)  syarikat tubuh badan:dalam syarikat ini
terdapat pakatan antara dua orang ,kedua-duanya
berusaha dengan membuat kerja-kerja dan
mengupah dan kerja-kerja dibahagikan antara
mereka megikut perjanjian dan persetujuan.

(b)           syarikat wujuh:berkongsi antara dua orang


atau
lebih ,masing-masing membeli barang untuk di
niagakan tanpa terdapat sebarang modal daripada
kedua-duanya ,hanya mereka berpegang dengan
kedudukan masing-masing.
 
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN
SYARIKAT
(a)  salah seorang rakan kongsi membatalkan
syarikat.
(b) kematian salah seorang rakan kongsi
murtad.
(c) salah seorang rakan kongsi murtad
(d) hilang kelayakan seperti gila .
(e) salah seorang rakan kongsi membatalkan
penyertaan.
HIKMAT SYARIKAT
 
(a)  salah satu cara untuk memajukan ekonomi
negara.
(b) dapat mengadakan perniagaan yang lebih
besar.
(c)  dapat membimbing masyarakat untuk hidup
bekerjasama antara satu dengan yang lain
(d) mengeratkan hubungan silatulrahim antara
ahli-ahli syarikat.
(e)  memimpin masyarakat supaya sentiasa bersifat
amanah dan jujur.
GADAIAN(AR-RAHN)
 
Gadaian beerti menahan sesuatu .
Menurut istilah syarak ialah sesuatu
barangan yg dijadikan cagaran oleh
pemiliknya bagi mendapatkan pinjaman.
RUKUN GADAIAN
(a)             penggadai
(b)            pemegang gadai
(c)             barang yg digadaikan
(d)            ijab dan Kabul
(e)             barang yg diberikan kepada penggadai.
 
SYARAT SAH GADAIAN
(a)             harta yg di gadai boleh di jual beli
(b)            penggadai dan pemegang gadai akil baligh
(c)             gadaian dengan kerelaan sendiri.
(d)            Tidak boleh merugikan penggadai dan orang yg menerima
gadaian
(e)             Barang gadaian kepunyaan sendiri.
 
PERKARA-PERKARA YG MEMBATALKAN GADAIAN
(a)              barang yg digadai di serahkan semula
kepada penggadai.
(b)             Penggadai telah membayar semua
hutangnya
(c)              Barang yg digadai terpaksa di jual atas
perintah mahkamah
(d)             Pemegang gadai membatalkan gadaian
(e)              Penggadai meninggal dunia
(f)               Barang yang digadai rosak
(g)             Barang yg digadai telah disewa dan
disedekah kepada orang lain.
 
HIKMAT GADAIAN
(a)              memberi kemudahan kepada orang yg
memerlukan bantuan .
(b)             memberi jaminan kepada orang yg
memberi hutang
(c)              memudahkan seseorang mendapatkan
modal bagi memulakan perniagaan
(d)             peluang kepada umat islam
mengembangkan ekonomi
(e)              melahirkan sifat kerjasama dan kasih
saying sesame umat islam.
 
PERBEZAAN ANTARA GADAIAN SECARA ISLAM DGN
GADAIAN SECARA KONVENSIONAL.
 
GADAIAN SECARA ISLAM
       Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal.
       Perlu membayar barang dan upah
       Membantu meringankan kesusahan.
 
GADAIAN SECARA KONVENSIONAL
       Barang yg di gadai akan lupus jika di tebus dalam
tempoh bayaran.
       Perlu membayar nilai barang termasuk faedah.
       Membebankan kerana membayar faedah dan terdapat
unsure riba dan gharar.

Anda mungkin juga menyukai