Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA

BATAS, PULAU PINANG

KERTAS CADANGAN:
LAWATAN MUHIBAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN
PERLAWANAN SUKAN PERSAHABATAN

TEMPAT:
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR, PERLIS DARUL SUNNAH

BERTARIKH:
21 FEBRUARI 2009

DISEDIAKAN OLEH:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
KEPALA BATAS PULAU PINANG

MAKLUMAT PROGRAM
1. PENGENALAN

Kertas kerja dasar ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat lengkap dan
seterusnya memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Pengurusan Institut
Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (ILPKBPP) berkenaan Program
Lawatan muhibah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan perlawanan sukan
persahabatan di ILP Kangar

Lawatan ini akan diadakan pada 21 Februari 2009 yang bertempat di Institut Latihan
Perindustrian Kangar. Matlamat mengadakan lawatan ini adalah untuk memberikan
pendedahan kepada (MPP) ILPKBPP dan mengeratkan persahabatan silaturrahim
dengan Perwakilan Pelajar di ILP Kangar. Pelajar yang mengikuti lawatan ini juga
dapat mempelajari cara pengurusan yang ada di institut tersebut..

Selain dari itu, para wakil MPP ILJTM, ILP juga dapat berkongsi maklumat dengan
pelajar-pelajar ILP Kangar dan dari situlah pelajar ILPKBPP dapat memantapkan lagi
kepimpinan mereka sebagai Perwakilan Pelajar. Dengan adanya lawatan seumpama
ini, ianya dapat melahirkan pelajar, sekali dapat pemimpin pelajar yang berpotensi
tinggi dan mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran khasnya dan dalam
kehidupan amnya. Justeru , lawatan ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada
para MPP yang baru di lantik untuk menambahkan pengetahuan serta bergiat aktif
dalam kategori biro masing-masing ini kerana ILP Kangar lebih pengalaman dari
ILPKBPP.
1. OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Memberi pendedahan kepada para perwakilan MPP tentang perjalanan

aktiviti MPP ILP Kangar.

1.2 Memotivasikan pelajar serta dapat menolong pelajar dalam melaksanakan

perwakilan pelajar di ILPKBPP.

1.3 Memberi ruang kepada pelajar bagi memupuk sikap kerjasama yang erat

dengan pihak lain.

1.4 Mewujudkan suatu aspek perkongsian ilmu dan maklumat sesama pelajar di

tempat lain.

1.5 Membina perhubungan yang positif dalam dua antara ILP dan ILJTM serta

mengenal dan memahami potensi sebagai pemimpin pelajar.

1.6 Agar semangat kesukanan dapat di teruskan bukan sahaja di ILPKBPP

malah di luar institut juga.


2. MANFAAT

2.1 Membina kemahiran berkomunikasi antara perwakilan (MPP) dengan pihak

yang lain.

2.2 Mengembangkan lagi kebolehan dalam membuat keputusan, mengatasi

masalah serta membina erti hidup.

2.3 Membantu membina semangat menghadapi risiko.

2.4 Menyediakan pelajar menghadapi cabaran dalam hidup.

2.5 Memotivasikan diri pelajar tentang mendekatkan silaturrahim.

3. MATLAMAT

3.1 Memupuk nilai kerjasama dan perkongsian ilmu antara perwakilan pelajar

dengan pihak lain dalam meningkatkan prestasi mereka sebagai Majlis

Perwakilan Pelajar.

3.2 Menjalin hubungan yang erat antara Perwakilan Pelajar ILPKBPP dengan

Perwakilan Pelajar di ILP Kangar

3.3 Mewujudkan persefahaman yang sihat.

3.4 Untuk memberi manfaat kepada Majlis Perwakilan Pelajar terhadap

persekitaran luar.

3.5 Dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam menjadi

pemimpin kepada orang lain.

3.6 Dapat mengembangkan peranan dalam menguruskan sesuatu aktiviti dan

program.
4. NAMA PROGRAM

Lawatan muhibah MPP dan perlawanan sukan persahabatan

5. KOS PERBELANJAAN

 Penggunaan bas institut.


 Tiada sebarang kos berkaitan dengan kewangan bagi pelajar kerana makan dan
minum ditanggung oleh pelajar.

6. TEMA
JAUH PERJALANAN, LUAS ILMU PENGETAHUAN.

7. ANJUARAN
Majlis Perwakilan Pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas.

8. TARIKH
21 Februari 2009

9. TEMPAT
Institiut Latihan Perindustrian Kangar.

10. PESERTA

Pelajar :

Lelaki Seramai 24 orang


Perempuan Seramai 17 orang

Pegawai Pengiring dan pemandu Seramai 3 orang

JUMLAH Seramai 44 orang

11. PENUTUP

Pelaksanaan program lawatan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara

perwakilan-perwakilan ILJTM. Sambil dapat meningkatkan semangat kesukanan

dan pertukaran aktiviti yang dijalankan di bawah program MPP.

Tentatif Lawatan muhibah majlis perwakilan pelajar dan perlawanan sukan

persahabatan di ILP Kangar.

21 Februari (Sabtu)

6.30pagi : Solat subuh berjemaah

7.30 pagi : Sarapan Pagi di Dewan Makan ILPKBPP

8.30 pagi : Bertolak dari ILPKBPP

10.30 pagi : Tiba di ILP Kangar.

10.45 pagi : Bermula perlawanan Persahabatan Sukan (Futsal dan

Takraw)

Perjumpaan dengan Perwakilan Pelajar ILP Kangar.

1.30ptg : Solat Zohor Berjemaah Di ILP Kangar.

2.00 ptg : Bertolak pulang ke ILPKBPP


PERWAKILAN PELAJAR CEMERLANG, INSTITIUT
TERBILANG.

PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT

PROAKTIF.

“JAUH PERJALANAN , LUAS PENGETAHUAN”

-SEKIAN TERIMA KASIH-

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ILP KEPALA BATAS


Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel : 04-5776100 Fax : 04- 5776144

Majlis Perwakilan Pelajar


Institut Latihan Perindustrian Kangar, Perlis

Melalui,

Penolong Pengarah Pengurusan Latihan


ILP Kepala Batas,
Lot 2022 Jalan Pokok Jenerih
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tuan,

Mengadakan Lawatan Muhibah Majlis Perwakilan Pelajar dan Perlawanan


Persahabatan

Saya sepertimana di atas mewakili Majlis Perwakilan Pelajar ILP Kepala Batas
(ILPKBPP), dengan sukacitanya ingin mengadakan satu lawatan Muhibah Majlis
Perwakilan Pelajar dan Perlawanan Sukan Persahabatan (Futsal). Lawatan ini
merupakan anjuran Exco sukan dengan kerjasama MPP ILPKBPP.

2. Berikut adalah maklumat mengenai lawatan tersebut untuk makluman pihak


tuan:

Tarikh : 21 Februari 2009


Masa Bertolak : 7.00 pagi
Jumlah Pelajar : 24 orang pelajar lelaki
18 orang pelajar perempuan
2 pensyarah pengiring
3. Sehubungan dengan itu saya mewakili MPP ILPKBPP memohon kerjasama dari
pihak ILP KANGAR untuk meluluskan permohonan Lawatan Muhibah MPP dan
Perlawanan sukan ini. Bersama-sama surat ini di lampirkan bersama kertas cadangan
Lawatan. Bagi sebarang maklumat pihak tuan. Sila hubungi wakil MPP ILPKBPP Mohd
Asri bin Ismail di talian 013 4749770 atau Al Amir Mohamed Sultan di talian 013-
5044660 sekiranya diperlukan.

Kelulusan dan kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ PELAJAR PRODUKTIF, INSTITUT KOMPETITIF”

(MOHD ASRI BIN ISMAIL@DOLLAH)


Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar,
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai