Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MOVITASI 2009

ANJURAN:
GABUNGAN BEKAS PELAJAR-PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALN
CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN DARUL
NAIM.

TEMPAT : DEWAN SMT PENGKALAN CHEPA


MASA : TETAPKAN TANYER ADZRULL
TARIKH : TETAPKAN TANYER ADZRULL
PENGENALAN
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,
yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .”
At Tahrim 66:6

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara.
Pelajar yang diharapkan dalam kontek Islam adalah pelajar yang mampu memikul amanah
selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pelajar diperingkat remaja ini perlu didedahkan
dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi
untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.

Ibubapa merupakan golongan yang paling hampir dengan anak-anak dan yang paling
meletakkan matlamat yang tinggi kepada anak-anak. Mereka sanggup mengorbankan apa jua
demi kepentingan anak-anak. Ibubapa sangat mengasihi anak-anak mereka dan kasih sayang
ini dicurahkan melalui pengorbanan yang tidak terhingga

Harapan ibubapa dan harapan anak-anak ini semestinya dikongsi bersama. Kemudiannya,
mereka saling memahami dan membantu ke arah mencapai harapan kedua-dua pihak. Sikap
kasih sayang oleh ibubapa kepada anak-anak dan sikap hormati ibubapa oleh anak-anak akan
menghasilkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia bermula daripada keluarga yang
mentaati perintah Allah, ibubapa yang saling sayang menyayangi dan anak-anak yang
mengasihi keluarga. Oleh itu dalam membentuk dan mendidik pelajar-pelajar, Program Motivasi
2009 ini di anjurkan oleh gabungan bekas pelajar-pelajar SMT Pengkalan Chepa untuk
menyedarkan pelajar yang kini mula melupai Pencipta dan ibubapa kerana meraka masih
berada diambang keseronokan dunia.
OBJEKTIF

a. Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.


b. Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang
anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah.
c. Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu
dalam segenap aspek.
d. Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa
mereka.
e. Membimbing pelajar dalam mengaplikasi teknik – teknik mencapai
kecemerlangan.
f. Berkongsi harapan di antara ibubapa dan anak.
g. Memberi dorongan kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
h. Memberikan tips-tips penyedian sebelum,semasa dan selepas peperiksaan.

TARIKH

Jumaat

TEMPAT

Dewan Sekolah SMTPC


SASARAN

Semua pelajar Islam lelaki dan perempuan. Bagaimanapun, sebaik-baiknya pelajar


adalah dipilih dari kalangan pelajar tingkatan lima kerana keutamaan kepada pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan SPM/SPMV.

TENTATIF PROGRAM

JUMAAT

JAM AKTIVITI

3.00 petang : Para pelajar berkumpul di dewan utama SMTPC


3.15 petang : Ucapan pengerusi majlis (oleh bekas pelajar SMTPC)
Sesi suai kenal bekas pelajar SMTPC kepada pelajar
3.20 petang : SMTPC
Ceramah : Tips-tips sebelum, semasa dan selepas peperiksaan oleh Cik
4.00petang : Rosmazura
4.45 petang : Ceramah : Persiapan memasuki IPTA/IPTS
5.15 petang : Solat Asar Berjemaah
5.30 petang - 7.00
mlm : Rehat
7.00 malam-8.50 mlm : Solat Maghrib berjemaah
Kuliah Maghrib
Solat Isyak berjemaah
9.00 malam : Pelajar berkumpul di Dewan Utama SMTPC
9.15 malam : Ceramah motivasi "siapakah kita"
11.00 malam : Tamat
PERINCIAN PROGRAM

AKTIVITI PENGISIAN

CERAMAH:  MENERANGKAN KEPADA PARA PELAJAR


PERSIAPAN-PERSIAPAN YANG PERLU ADA
TIPS-TIPS PEPERIKSAAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
PEPERIKSAAN
 CARA-CARA UNTUK MENGHAFAL ATAU
(CIK ROSMAZURA) MENGAMBIL NOTA DARI SILIBUS
PEMBELAJARAN.

CERAMAH :  DITERANGKAN PERKARA-PERKARA YANG


PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEPUTUSAN
PERSIAPAN MEMASUKI PEPERIKSAAN SPM/SPMV DIUMUMKAN.
AMBANG MENARA  CARA-CARA MENCARI BORANG-BORANG
GADING IPTA/IPTS UNTUK MEMASUKI IPTA/IPTS.

(EN. ADZRULL BIN ARIFF)

CERAMAH :  PENERANGAN TENTANG DIRI SENDIRI


 TANGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA DAN
MOTIVASI “SIAPAKAH
GURU-GURU
KITA”  TANGGUNGJAWAB SEBAGAI UMAT ISLAM
 KESEDARAN DIRI
(EN. AL AMIR BIN
MOHAMED SULTAN)
PENGENDALIAN AKTIVITI / PROGRAM

Program akan dijalankan dalam bentuk ceramah dan sesi soal jawab antara pelajar dengan
bekas pelajar SMTPC
1. Penglibatan Aktif Peserta
2. Perolehi Ilmu dan AMAL
3. Penekanan kepada Kerohanian
4. Pembelajaran Melalui pengalaman
5. Simulasi.

PENGENDALI PROGRAM

Program ini dikendalikan oleh sekumpulan bekas pelajar SMTPC yang mana kini masih lagi

menuntut di IPTA dan IPTS serta yang telah mempunyai kerja dalam kehidupan. Dimana

pelajar-pelajar ini menuntut di institut seperti berikut:-

Kolej Profesional MARA

Universiti Kuala Lumpur UNIKL

Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas


PERALATAN KEPERLUAN

Untuk memudahkan perjalanan program, memohon pihak sekolah menyediakan


peralatan seperti berikut di dewan utama:-

a. LCD Projector.

b. PA System.

c. Skrin Pemancar LCD Projector.

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga Allah
menempatkan kita di dalam golongan yang diredhai dan semoga amalan yang kecil ini
akan menempatkan kita di dalam golongan orang yang bertaqwa.

Disediakan oleh

Adzrull bin ariff


Pengarah program

Anda mungkin juga menyukai