Anda di halaman 1dari 8

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan :


Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Athirah Zahari, Atik Ns, Farah P Ramli, Izzati Atiyah
Dihantar 19 Mei 2015, disemak Mei 2015

Abstrak
Nilai moral dalam kalangan atlet menjadi isu utama dalam bidang sukan pada masa kini. Dalam
kertas ini, Aplikasi Prinsip Moral Umum dalam Bidang Sukan : Rugbi di Universiti Pendidikan
Sultan Idris telah dikaji.

Tujuan kajian ini adalah mengetahui hubungan signifikan antara

pengetahuan moral dan kesedaran atlet ragbi MASUM UPSI. Falsafah sukan telah diselitkan
dalam kajian ini bagi menyokong isu-isu yang dikaji seperti nilai moral, doping, tingkah laku dan
juga rasuah. Prinsip moral umum ini di kaji dalam kalangan atlet rugbi MASUM Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Seramai 20 orang atlet dikaji dengan cara menjawab borang soal selidik
yang telah disediakan berkaitan dengan falsafah sukan dan nilai moral dalam sukan. Hasil kajian
mendapati tidak ada atlet rugbi MASUM UPSI yang terlibat dengan doping dan juga rasuah.
Namun demikian 50% daripada atlet tersebut terlibat dengan tingkah laku yang tidak baik. 80%
atlet tersebut juga terlibat dengan nilai moral yang tidak baik. Dalam falsafah sukan nilai moral
dan etika dalam sukan merupakan salah satu cabang falsafah yang dibincangkan iaitu aksiologi.
Kata-kata kunci: Falsafah sukan, Nilai moral, Tingkah laku, Doping, Rasuah, Etika, Aksiologi.

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pendahuluan
Falsafah berasal daripada istilah yunani philo (cinta) dan sophos (hikmat), kebijaksanaan
(love of wisdom), atau kepada pengetahuan, kebenaran dan keutamaan. Tokoh utama yang
menggunakan istilah ini ialah Phytagoras, yang mnggelarkan dirinya sebagai Philosophos,
iaitu pencipta kebijaksanaan. Menurut W. W. Howick (1977) falsafah berusaha mencari
pandangan yang komprehensif tentang manusia dan alam sejagat.

Ia berusaha melihat

kesemuanya sebagai satu keseluruhan yang berpadu dan dalam perhubungan yang tertib serta
sempurna.

Falsafah dikaitkan dengan kebolehan berfikir dengan kritis untuk mengatasi

masalah yang abstrak, bertanyakan soalan-soalan yang mentap dan merumuskan jawapan
yang rasional. Falsafah sukan adalah berkaitan dengan analisis konsep dan soal siasat idea
utama dan isu sukan serta amalan-amalan berkaitan. Falsafah sukan merupakan peringkat
paling umum, berkaitan dengan sifat dan tujuan sukan tersebut. Menurut Hilvorde et. al
(2010) dalam jurnal Philosophy of Sport in Belgium and the Netherland : History and
Characteristics menyatakan falsafah sukan ialah satu disiplin rancak yang membahaskan
pelbagai topik, termasuk soalan beretika praktikal seperti memberi dadah dan peningkatan
dan soalan-soalan mengenai amalan-amalan sukan dalam masyarakat, nilai-nilai dalaman
sukan dan juga sifat daripada sukan itu sendiri.
Menurut Hilvorde et. al (2010) dalam jurnal Philosophy of Sport in Belgium and the
Netherland : History and Characteristics hubungan yang dibangunkan di antara etika sukan
dan falsafah sukan menyediakan asal usul sejarah untuk melahirkan falsafah sukan yang baru.
Akibat daripada analisis lebih dari satu falsafah sukan, pendekatan beretika terhadap sukan
menjadi lebih sejajar dengan analisis berkonsepkan akhlak dan etika sebagai cabang falsafah.
Menurut pakar falsafah British Bernard William dalam buku Ethics and the limit of
philosophy menceritakan tentang kehidupan baik kepada orang.

Hal ini membawa

pendekatan kepada soalan beretika seperti memberi dadah dan adil. Dalam buku tersebut
mempersoalkan tentang makna dan nilai dalam kehidupan seseorang bukan membataskan
soalan tersebut untuk kebolehterimaan moral atau kewajipan moral. Menurut John Moline,
Aristotles ada menyatakan bahawa manusia tidak akan menjadi bermoral dan bijak dengan
sendirinya. Jika akhirnya mereka bermoral dan bijak, itu berkat usaha sepanjang hidup yang
dilakukan mereka sendiri dan juga masyarakat. Prinsip Moral atau moral (dari bahasa Latin :
Moralitis) membawa maksud ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu
perbuatan, kelakuan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi
baik buruk sesuatu akhlak.
2

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Teori
Menurut Biddle dan Nigg (2000) titik permulaan yang penting untuk pemahaman dan
promosi senaman kesihatan yang berkaitan dan aktiviti fizikal ialah kajian teori. Pendekatan
teori popular yang menyediakan pendekatan berstruktur konsep pemahaman dan senaman
meramalkan pematuhan sebahagian besarnya menjadi model kognitif sosial. Ini termasuk
teori tindakan beralasan / tingkah laku yang dirancang, kesihatan kepercayaan model, teori
motivasi perlindungan dan teori keberkesanan diri (untuk kajian yang lebih menyeluruh dari
teori-teori ini, pembaca dinasihatkan untuk berunding Culos-Reed, Gyurcsik & Brawley,
2001). Walau bagaimanapun, memandangkan kerumitan dan pelbagai besar penentu asas
latihan pematuhan ia tidak mungkin bahawa penggunaan satu kedudukan teori akan dapat
menerangkan varian lengkap. Satu cara yang mungkin ke hadapan, oleh itu, mungkin untuk
mempertimbangkan pendekatan integrasi sosial-kognitif. Rodgers dan Brawley (1993) dan
Weinstein (1993) mencadangkan bahawa cabaran untuk penyiasat adalah untuk
mempertimbangkan cara-cara memeriksa sumbangan bersama teori sosial kognitif untuk
ramalan pelbagai tingkah laku kesihatan, di mana model ini adalah lebih serupa antara satu
sama lain daripada yang berbeza.

Pendekatan ke arah kepelbagaian teori kognitif sosial telah dicadangkan oleh Maddux
(1993), yang kemudian dipanggil teori yang disemak semula tingkah laku yang dirancang.
Rangka kerja ini digabungkan teori tindakan beralasan dan tingkah laku yang dirancang
(Ajzen, 1991), teori motivasi perlindungan (Maddux & Rodgers, 1983) dan model
kepercayaan kesihatan (Rosenstock, 1974). Menurut Maddux (1993) model tersebut terdiri
daripada sebahagian besarnya psiko-sosial pembolehubah sama, iaitu jangka keberkesanan
diri, jangka hasil, nilai hasil dan niat. Pembolehubah yang disokong oleh pendekatan nilaijangka menetapkan bahawa tingkah laku boleh diramal berdasarkan nilai yang individu
meletakkan hasil dan jangkaan mereka bahawa tingkah laku yang diberikan akan membawa
kepada hasil ini. Niat yang dikonsepkan sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi tingkah
laku dan mereka adalah penentu yang paling segera dan berkuasa tingkah laku. Oleh itu, niat
adalah hipotesis dipengaruhi oleh keberkesanan diri daripada tingkah laku yang baru, sikap
terhadap tingkah laku baru, sikap terhadap tingkah laku semasa, dan dilihat norma sosial.

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Instrumen borang soal selidik telah digunakan di dalam kajian ini bagi tujuan mendapatkan
data. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui prinsip moral umum atlit atlit MASUM dalam
sukan Ragbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Soal selidik yang digunakan ialah soal
selidik secara random terhadap atlit mengenai pengetahuan mereka terhadap prinsip moral
pemain yang bertanding. Bagi kajian ini, seramai 20 orang responden dipilih terdiri daripada
atlit-atlit masum di UPSI. Borang soal selidik digunakan dan diberikan kepada semua
responden bagi mempercepatkan pengumpulan data. Soal selidik yang dibina bersesuaian
dengan objektif kajian yang ingin mendapatkan maklumbalas mengenai prinsip moral umum
di antara pemain secara individu terhadap pemahaman falsafah serta penggunaan moral yag
di terapkan di dalam permainan.
Salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik.
Menurut Majid (2000), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh
geraklaku pengkaji.

Di dalam borang soal selidik tersebut, terdapat dua bahagian iaitu

bahagian A mengandungi item yang berkaitan tentang latar belakang atlit, seperti jantina,
umur, opsyen dan pengalaman terlibat di dalam bidang sukan. Bahagian B pula mengandungi
soalan yang berkaitan dengan item-item yang dinilai. Terdapat 10 soalan yang perlu dijawab
oleh atlit dalam bahagian B.

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hasil dan perbincangan


Kajian ini telah dilakukan oleh responden yang terdiri daripada 20 orang atlet ragbi MASUM
dan mereka juga merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kaedah kajian
yang dilakukan adalah berbentuk soal selidik. Bentuk soalan yang dikemukakan kepada atlet
adalah berdasarkan cabang falsafah aksiologi yang meliputi nilai-nilai moral, isu
pengambilan bahan terlarang (dopping), masalah tingkah laku atlet dan juga gejala rasuah di
kalangan atlet serta jurulatih.

Nilai moral
Dopping
Masalah tingkah laku
Rasuah

Berlaku ( % )
80
0
50
0

Tidak Berlaku ( % )
20
0
50
0

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kami mendapati antara masalah tingkah laku yang
pernah berlaku di kalangan responden adalah keagresifan dalam sukan. Sebagai contoh,
semasa perlawanan ragbi berlangsung antara pemain ragbi UPSI bertemu pemain ragbi UM,
satu kejadian pergaduhan diantara atlet telah berlaku, seorang atlet telah bermain dengan
penuh keagresifan dan boleh dilihat dengan mata kasar bahawa permainan tersebut adalah
dengan niat untuk mencederakan pihak lawan. Disebabkan itu, tindakan amaran telah
diberikan kepada atlet tersebut. Ini kerana sukan ragbi merupakan sukan yang melibatkan
fizikal serta ekstrim yang berpotensi besar mempengaruhi tingkah laku seseorang ketika
berada dalam perlawanan hingga meyebabkan keagresifan.
Selain itu, isu pengambilan bahan terlarang juga rancak diperbincangkan di kalangan
atlet. Perkataan doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang
diharamkan oleh International Olympic Council ( IOC ), bagi tujuan mendapatkan kelebihan
dalam prestasi atlet. Oleh kerana atlet sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar
kemenangan, edaran dadah secara haram berleluasa di seluruh dunia melalui sama ada
internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. Melalui kajian tersebut, responden
menyatakan mereka tidak pernah mengambil bahan terlarang ketika menyertai perlawanan
walaupun di peringkat tinggi seperti SUKIPT ( Sukan Institut Pengajian Tinggi ) kerana
mereka telah dilatih di bawah kepimpinan jurulatih yang cukup tegas dan berdisiplin.
Responden juga menyatakan mereka akan menjalani ujian Doping jika menyertai perlawanan
di peringkat tinggi dan didapati responden adalah bebas daripada pengambilan bahan-bahan
5

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

terlarang. Kesan daripada ujian tersebut dijalankan, atlet akan lebih bersedia dalam
melakukan latihan untuk menyertai perlawanan tanpa mengharapkan mana-mana bahan
tambahan untuk menjadikan mereka mempunyai tenaga yang lebih cukup. Ujian doping
melibatkan pemeriksaan darah dan air kencing di mana melibatkan kos yang tinggi.
Responden berada di bawah pengawasan jurulatih yang bertanggungjawab dalam menjaga
pemakanan mereka serta cakna akan perkara yang dilakukan oleh responden apabila
menjelang hari perlawanan.
Namun demikian, dunia sukan kini bukan sahaja merupakan satu peluang untuk
mempertingkatkan semangat kesukanan dan setia kawan, tetapi ia juga satu acara beradu
kekuatan dan ini sudah mula mencabar etika kesukanan itu sendiri. Selain itu, gejala rasuah
juga ada berlaku di dalam sukan. Melalui kajian yang kami jalankan terhadap isu rasuah,
responden menyatakan bahawa mereka sendiri tidak pernah menerima mana-mana rasuah
dari segi wang mahupun kejayaan. Di sini bermaksud responden tidak pernah menerima
wang untuk bertanding dengan tujuan menerima kekalahan dan membenarkan pihak lawan
memenangi pertandingan. Selain itu, responden melihat potensi kejayaan jurulatih mereka
dengan tidak pernah mengamalkan perkara-perkara negatif iaitu mengambil rasuah dari
mana-mana pihak dengan mengamalkan sikap berat sebelah. Responden juga melihat
jurulatih mereka dari sudut positif yang mana tidak pernah mengambil ringan tentang
undang-undang yang wajib dipatuhi oleh jurulatih.
Semasa perlawanan ragbi berlangsung, nilai-nilai moral juga dapat dilihat daripada
kalangan atlet berkenaan. Contohnya mereka masih mengamalkan semangat berpasukan
apabila menyertai perlawanan kerana sukan ragbi memerlukan kerjasama yang tinggi untuk
menerima kejayaan. Melalui kajian yang telah dijalankan, responden menyatakan masih ada
nilai-nilai moral yang masih diterapkan semasa perlawanan walaupun ketika waktu
kemuncak perlawanan. Responden masih peka dengan peranan mereka supaya tidak
mencemari nama sukan mereka dengan menjaga tingkah laku serta megamalkan nilai-nilai
moral. Dalam masa yang sama, peranan jurulatih bertanggungjawab menunjukkan nilai-nilai
murni supaya dijadikan contoh kepada pemainnya.

Kesimpulan
6

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan kepada atlet ragbi MASUM UPSI, hasil
kajian telah didapati dalam mengaplikasikan prinsip moral umum dalam bidang sukan
tersebut iaitu ragbi. Melalui kajian tersebut didapati ramai atlet rugbi yang mengamalkan
tingkah laku yang baik berbanding tingkah laku yang tidak baik. Hal ini kerana falsafah
yang diterapkan dalam diri atlet tersebut sangat berkesan bertepatan dengan falsafah sukan,
falsafah sukan merupakan peringkat paling umum, berkaitan dengan sifat dan tujuan sukan
tersebut. Nilai-nilai yang diterapkan dalam diri atlet rugbi sangat baik kerana isu seperti
doping dan rasuah tidak berlaku dalam kalangan mereka. Merujuk kepada nilai moral itu
sendiri, ramai atlet rugbi mengamalkan nilai moral seperti semangat berpasukan, disiplin,
tolak ansur dan sebagainya. Aplikasi prinsip moral umum dalam bidang sukan ini mencapai
tahap yang telah digariskan di mana tidak terlalu banyak isu etika dan moral yang berlaku
dalam kalangan atlet ragbi MASUM UPSI. Sejarah etika dan moral yang berlaku pada atletatlet ragbi sebelum ini telah menjadi garis panduan kepada atlet baru untuk membina falsafah
yang baru atau garis panduan yang baru kepada pasukan mereka. Melalui sejarah tersebut,
etika yang baru dan lebih baik akan terhasil dan prestasi atlet juga akan meningkat.

Rujukan

Aplikasi Prinsip Moral Umum Dalam Bidang Sukan: Rugbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ani (2013), Plato & Dukor on Philisophy of Sport, Physical Education and African
Philosophy : The Role of Virtue and Value in Maintaining Body, Soul and Societal
Development. Open Journal of Phylosophy 2013. Vol. 3. No. 1A, 231-239.
Biddle, S. J. H., & Mutrie, N. (2001). Psychology of physical activity: Determinants, wellbeing and interventions. London, UK: Routledge.
Biddle, S. J. H., & Nigg, C. R. (2000). Theories of Exercise Behaviour. International
Journal of Sport Psychology, 31, 290-304.
Claudia (2010), Philosophy of Sport in Germany : An Overview of its History and
Academic Research. Journal of the Philosophy of Sport, 2010, 37, 271-291 2010
Human Kinetics, inc.
Hilvoordo et al (2010), Philosophy of Sport in Belgium and the Netherlands : History and
Characteristics. Journal of the Philosophy of Sport, 2010, 37, 225-236 2010
Human Kinetics, inc.
Maddux, J. E. (1993). Social cognitive models of health and exercise behavior: An
introduction and review of conceptual issues. Journal of Applied Sport Psychology, 5, 116140.
Takayuki dan Masami (2010), Philosophy of Sport and Physical Education in Japan : Its
History, Characteristics and Prospects. Journal of the Philosophy of Sport, 2010, 37,
215-224 2010 Human Kinetics, inc.

Anda mungkin juga menyukai