Anda di halaman 1dari 18

Sunday, May 23, 2010

SUKAN SEBAGAI SATU INDUSTRI: 1 MURID 1 SUKAN (THE BUSINESS OF SPORT IN SCHOOL)
Ekoran ketidakupayaan skuad badminton Piala Thomas negara menyaingi ketangkasan jagoan China baru-baru ini, pelbagai andaian, idea dan kritikan telah dilontarkan oleh tokoh yang dianggap berwibawa. Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim (bekas pelajar tingkatan 6 di St Michael's Institution) meletakkan akar umbi kelemahan daya juang atlet Malaysia dengan sikap masyarakat yang terlalu mengutamakan perkara yang bukan-bukan. Masyarakat Malaysia kini sangat lemah dan lembik, serta tidak mempunyai kekuatan minda berbanding dengan pemain negara lain (Kosmo! Ahad: 23 Mei 2010, 63).

Pada dekad 1980-an, Malaysia sangat digeruni sebagai kuasa besar bola sepak, badminton dan hoki di benua Asia, dan memiliki ranking yang baik di peringkat dunia. Pasukan bola sepak dan hoki berjaya meloloskan diri ke temasya Olimpik tanpa banyak masalah. Kini, pasukan negara terkial-kial mencari rentak untuk menyaingi pasukan yang dahulunya hanya berstatus belasahan.

Sebagai contoh, skuad bola sepak kita sudah jauh ketinggalan dengan Jepun dan Korea Selatan. Kita juga menghadapi masalah di peringkat Asia Tenggara, terutama Thailand dan Singapura. Kemungkinan tahap permainan kita tidak jatuh, cuma tahap permainan lawan meningkat lebih tinggi.

Untuk berlaku adil, mutu sukan negara bukanlah teruk sangat. Malaysia memiliki pemain nombor satu dunia dalam sukan boling padang, tenpin boling, skuasy, dan perahu layar. Atlet lumba basikal dan menembak juga berjaya menyelitkan diri dalam kelompok elit dunia.

Namun, acara sukan yang disenaraikan itu tidak memiliki kelompok penggemar yang banyak. Kalau diadakan pertandingan, waima di peringkat dunia sekalipun, bilangan penonton yang hadir boleh dikira dengan jari. Sedangkan acara bola sepak, walaupun negara disenaraikan dalam kelompok bawahan dunia, masih mampu menggamit jumlah penonton "pecah stadium".

Cuba tanyakan mana-mana pelajar atau orang awam sama ada mereka mengenali pemain boling padang atau atlet perahu layar kebanggaan negara? Barangkali mereka lebih cepat menyebut nama pemain bola sepak negeri dalam Liga M. Apabila berlangsung Piala Dunia di Afrika Selatan mulai bulan Jun nanti, jangan harap masyarakat kita hendak melayan acara sukan yang lain.

Sukan sememangnya suatu industri berskala besar. Segala kemudahan, pakar dan peralatan sukan menelan biaya yang tidak sedikit jumlahnya. Kesan pengganda dan kesan rantaian aktiviti sukan demikian luas hingga mencetuskan pelbagai projek dan peluang perniagaan. Di kampung, kanak-kanak bebas bermain bola sepak di tanah lapang atau di tepi pantai. Keadaannya akan berlainan dengan di bandar yang dipenuhi pelbagai premis awam dan komersial pada setiap inci tanah yang ada. Maka, di bandar diwujudkan arena futsal yang dikenakan kadar sewaan tertentu.

Tidak hairanlah bola sepak dianggap sebagai sukan awam kerana boleh dilangsungkan di mana-mana. Acara sukan lain memerlukan gelanggang yang khusus, peralatan yang mahal dan jersi yang perlu ditempah khas. Akhirnya, acara sukan selain bola sepak hanya disertai oleh kelompok masyarakat tertentu, terutama di kawasan bandar. Kemuncak prestasi seseorang atlet ialah dalam lingkungan usia 20-an. Walaupun demikian, penyediaan seseorang atlet yang hebat perlu dimulai sewaktu usia awal kanak-kanak lagi. Maknanya, bakat-bakat sukan hendaklah dikenal pasti di peringkat sekolah rendah lagi. Langkah mewajibkan penyertaan murid dalam sukan wajar dialu-alukan. Haji Mohd Sabri, presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat menganggap konsep 1 murid 1 sukan sebagai kena pada masanya supaya hasrat falsafah pendidikan kebangsaan yang dirujuk sebagai JERI (jasmani, emosi, rohani, inteleks) menerusi aktiviti sukan dapat menyerlahkan potensi insan yang menyeluruh dan seimbang. Namun, beliau turut mengingatkan supaya segala perancangan tentang kemudahan dan kepakaran dilaksanakan lebih awal. Perhatian terhadap murid yang kurang beruntung, kelainan upaya dan bermasalah kesihatan juga perlu diambil kira. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom memiliki universiti khusus dalam bidang sukan, di samping institut penyelidikan dan pembangunan sukan. Pusat sukan berprestasi tinggi turut mendapat sentuhan pakar pelbagai disiplin ilmu. Sukan dianggap sebagai satu bidang sains dan seni sekali gus. Australia misalnya bermegah dengan AIS (Australian Institute of Sports). Walaupun jumlah penduduk negara bertaraf benua itu lebih rendah berbanding dengan negara kita, atlet mereka dipusatkan supaya hal-hal kecergasan, pemakanan dan taktikal senantiasa diawasi. Sebab itu Australia memiliki banyak atlet yang setara pencapaiannya untuk dihantar menyertai sejumlah kejohanan secara serentak. Malaysia telah mengorak langkah menubuhkan sekolah sukan (Bukit Jalil, Bandar Penawar), sekolah kluster kecemerlangan sukan, dan sekolah projek sukan negeri. UKM, UM dan UPM turut diberi peranan memajukan bidang sukan dengan sentuhan intelektual yang berteraskan penyelidikan. Ibarat menanam pokok, hasilnya hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa tahun lagi...

Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 3:44 AM Rabu April 14, 2010

Sukan Sebagai Industri Agenda Ahmad Shabery


PUTRAJAYA: Pelbagai kejayaan yang ditempa oleh atlet negara sejak setahun lepas tidak melekakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam misinya menjadikan kementerian itu sebagai antara penjana ekonomi negara. Dalam wawancara bersama Bernama sempena genap setahun beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) esok, ahmad Shabery menjelaskan bahawa kejayaan yang diraih atlet sejak setahun lepas bukan kejayaan peribadinya. Bagi beliau semua kejayaan itu hanyalah kesinambungan daripada program yang dirangka oleh menterimenteri KBS sebelum ini. Sejak April 2009, antara kejayaan yang menaikkan imej negara ialah pingat emas yang diraih oleh pelumba pecut berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dari siri keempat Kejohanan Dunia di Beijing dan kejayaan kontinjen negara meraih 40 emas di Sukan SEA di Laos pada Disember terutama kejayaan skuad bola sepak negara menamatkan kemarau emas 20 tahun dari temasya tersebut. Pemain badminton Datuk Lee Chong Wei terus kekal sebagai pemain nombor satu dunia di samping menjuarai Kejohanan All England pada bulan lepas dan Datuk Nicol Ann David juga kekal sebagai pemain skuasy wanita nombor satu dunia. Namun Ahmad Shabery mahu dianggap berjaya dalam misinya untuk mentransformasi KBS daripada kementerian yang dilihat bertanggungjawab menaikkan imej negara melalui acara sukan kepada kementerian yang turut menyumbang kepada ekonomi negara. Usaha beliau itu diterjemah melalui penubuhan Unit Industri Sukan di KBS yang bertujuan mengumpul data mengenai nilai sukan sebagai satu industri di negara ini. Sebelum itu, Ahmad Shabery melalui KBS menganjurkan Konvensyen Industri Sukan pada Ogos lepas, dengan tujuan mengumpul maklumat daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan arena sukan tanah air. Ketika ini, unit tersebut masih mengumpul data-data yang diperlukan dan usaha menjadikan KBS sebagai kementerian yang turut menjana ekonomi, dijangka terlaksana dalam tempoh dua tahun. Mengikut anggaran tidak rasmi, 10 tahun lepas bidang sukan dipercayai menyumbang kira-kira RM10 juta kepada ekonomi negara tetapi untuk angka semasa, tiada siapa dapat menghitung nilai sebenar industri itu.

"Saya mahu dilihat berjaya mentransformasi KBS daripada tanggapan normal yang melihat sukan sebagai satu budaya kepada sukan sebagai satu kerjaya dan seterusnya menjadi industri," katanya. Namun agenda terbesar bagi Ahmad Shabery ialah menjayakan program "Road To London 2012", satu program yang bertujuan mencari emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik, serta kejayaan di Sukan Komanwel di New Delhi, India (3-14 Oktober) dan Sukan Asia di Guangzhou, China (13-21 November). Masyarakat di negara ini, katanya, masih lagi menilai jumlah pingat yang diraih serta warna pingat itu dan KBS terpaksa akur dengan kehendak itu. Beliau pernah mengatakan faktor "feel good" iaitu sesuatu yang menyeronokkan rakyat harus diambil kira ketika menentukan sukan yang perlu diberi tumpuan, terutama selepas melihat reaksi rakyat daripada kejayaan skuad bimbingan K.Rajagobal menamatkan kemarau 20 tahun emas bola sepak dari Sukan SEA Laos. Ahmad Shabery juga cuba mengubah pendekatan utama yang mementingkan pencapaian akademik sehingga sukan dipinggirkan di peringkat sekolah. Arahan Kementerian Pelajaran agar setiap pelajar bergiat dalam satu jenis sukan atau "1 Pelajar 1 Sukan" dianggap cabaran kepada KBS untuk merealisasikannya. Walaupun pelbagai kementerian seperti KBS, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi terlibat dalam arahan tersebut, ia lebih mudah direalisasikan kerana arahan tersebut datangnya daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. Menurut Ahmad Shabery, bekerja dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin, yang kedua-duanya pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, menjadikan tugas beliau lebih mudah. "Tiada bebanan kerana kedua-dua pemimpin ini amat memahami aspirasi rakyat melalui fungsi yang perlu dimainkan oleh KBS," katanya. - BERNAMA

Bahagian Industri Sukan


Khamis, 09 Jun 2011 13:17 administrator Objektif 1. Meningkatkan Sumbangan Industri Sukan Kepada KDNK Negara 2. Meningkatkan Rantaian Nilai Industri Sukan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi 3. Meningkatkan Nilai Tambah Industri Sukan Berasaskan Penyelidikan dan Pembangunan 4. Meningkatkan Rangkaian Kerjasama Industri Sukan Negara 5. Meningkatkan Kesedaran dan Penglibatan Masyarakat Perdagangan Dalam Industri Sukan Negara. Visi Peneraju Pembangunan Industri Sukan sebagai Penjana Utama Ekonomi Negara. Misi Bertekad Meningkatkan Sumbangan Industri Sukan Kepada KDNK Negara Dengan Menyediakan Persekitaran Yang Kondusif Untuk Menggalakkan Pertumbuhan Industri Sukan Serta Meningkatkan Profesionalisme Pengurusan Industri Sukan Negara Menjelang Tahun 2015. Fungsi 1. Bertanggungjawab Merangka Dasar dan Halatuju Industri Sukan Negara. 2. Merancang, Mengurus, Melaksana dan Menyelia Aktiviti Pembangunan Industri Sukan. 3. Menyediakan dan Mengurus Pengkalan Data Industri Sukan Negara Yang Komprehensif. 4. Menyediakan Pelan Perancangan Pembangunan Industri Sukan Negara. 5. Membangunkan Persekitaran Industri Sukan Negara Yang Kondusif dan Dinamik. 6. Meneroka peluang baru dalam Industri Sukan. 7. Bertanggungjawab Melaksanakan Aktiviti Penggalakan Pemasaran Industri Sukan. 8. Meningkatkan Kesedaran dan Sokongan Awam. 9. Memupuk dan Mengukuhkan Kerjasama dengan Pihak Industri.

Industri sukan jana RM30.2 bilion kepada KDNK 2009: KBS

2011/01/25 KUALA LUMPUR: Industri sukan di negara ini menjana pendapatan sebanyak RM30.2 bilion kepada pendapatan negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. "Jumlah itu adalah bukti bahawa sukan juga adalah satu sektor yang memberi impak kepada ekonomi negara," katanya ketika merasmikan pra pelancaran Tahun Industri Sukan 2011/2012 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini. Ahmad Shabery berkata, objektif utama Tahun Industri Sukan ialah untuk menggerakkan kesemua pemain dalam industri berkenaan dengan mewujudkan teras industri sukan secara meluas dan menyeluruh di semua peringkat. Justeru itu, katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyusun pelbagai program yang bertujuan memberi pendidikan dan penyertaan kepada rakyat Malaysia bermula Julai ini. Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan program Tahun Industri Sukan pada 27 Julai ini, iaitu bermulanya kiraan 365 hari menjelang Sukan Olimpik di London yang akan diadakan pada Julai 2012. Ahmad Shabery berkata, KBS juga menubuhkan sekretariat Tahun Industri Sukan yang bertujuan untuk mengumpul semua data berkaitan industri tersebut dan menyelaras program yang berkaitan. "Sebelum ini, kita tidak mempunyai data-data tersebut untuk membuktikan sumbangan industri sukan kepada ekonomi negara," katanya. Beliau memberikan contoh penjualan baju-T dan jersi kebangsaan yang dibeli oleh beribu-ribu penyokong skuad bola sepak negara ketika kejohanan Piala AFF Suzuki pada Disember lalu. "Beribu-ribu jersi itu dibeli penyokong dan saya rasa jumlahnya melebihi jumlah jersi yang dibeli penyokong ketika kejohanan bola sepak yang lain seperti Pestabola Merdeka. "Jualan jersi ini juga diambil kira sebagai salah satu input untuk data industri sukan," katanya. BERNAMA

ManOlimpik Industri Sukan Negara Belum Capai Tahap Profesional- Penggiat Sukan Rate this Entry 0 Comments by ManOlimpik on 02-17-2012 at 04:10 PM (99 Views)

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Industri sukan negara dilihat belum mencapai tahap profesional kerana sebahagian atlet negara kini dilihat lebih mementingkan habuan daripada menyumbang kepada kecemerlangan sukan negara di peringkat antarabangsa. Pengkritik sukan tanahair Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata dibandingkan dengan zaman sekitar 1940-an sehingga 1960-an, atlet negara termasuk jurulatih tetap menghasilkan kejayaan cemerlang untuk negara walaupun mengetahui mereka tidak dibayar elaun. "Saya boleh mengambil contoh pasukan badminton negara muncul juara Piala Thomas pada tahun 1949 di England (dengan mengalahkan Denmark 8-1) kemudian mempertahankan kejuaraan empat tahun kemudian (di Singapura dengan mengalahkan Amerika Syarikat 7-2). "Sebelum pergi, mereka menyertai kejohanan tempatan untuk mengutip wang bagi membiayai kos ke England dan setelah menang, mereka sekali lagi terpaksa berbuat demikian, namun kini segalanya berkaitan dengan wang," katanya. Khoo, yang juga seorang pensyarah di Universiti Malaya (UM), berkata demikian pada Forum Tahun Industri Sukan bertajuk "Era Sukan Profesional.... Bersediakah Kita? yang berlangsung di Fakulti Pendidikan UM, di sini pada Khamis.

Friday, May 22, 2009 INDUSTRI SUKAN NEGARA Industri sukan Negara (Nurzharif syafiqah bt Saili6a1) SMK Agama Sibu, Sarawak

MENGAPA SUKAN MALAP


Mengejar arus kemodenan dan pembangunan a. Menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja. b. Masing-masing berlumba-lumba mencari wang dan nafkah hidup sehingga mengabaikan kesihatan diri. c. Tidak mempunyai masa untuk membuat sebarang riadah dan aktiviti jasmaniah. Pelbagai hadiah lumayan disediakan oleh berbagai-bagai pihak a. Ganjaran yang terlalu banyak menyebabkan atlet-atlet malas untuk berlatih. b. Atlet yang terlalu memilih untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan sahaja. Tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk bersukan a. Tiada minat untuk melakukan aktiviti sukan yang dijalankan. b. Pihak belia dan sukan tidak menguar-uarkan tentang sebarang aktiviti sukan yang dijalankan. Tidak cukup rajin dalam latihan aktiviti sukan a. Prestasi menurun bagi aktiviti sukan yang dipertandingkan. b. Sukar untuk mewakili negara dalam apa-apa jua pertandingan yang dijalankan. CARA / LANGKAH / CARA MEMAJUKAN 1. Penyediaan prasarana yang lengkap a. Menyediakan kemudahan sukan yang mencukupi. b. Dapat melakukan aktiviti sukan dengan mudah dan lancar. 2. Mewujudkan institusi sukan a. Mengasah bakat-bakat atlet-atlet muda agar berada di tahap yang terbaik. b. Melahirkan atlet-atlet yang berilmu tentang sukan. 3. Pelibatan sektor swasta a. Penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi untuk melancarkan aktiviti sukan yang dijalankan.

b. Penajaan sesuatu aktiviti sukan harus melibatkan badan swasta secara aktif. 4. Menjadi penganjur sukan atau sebagai tuan rumah a. Penyertaan dan sogokan kepada aktiviti-aktiviti sukan khususnya sukan bertaraf antarabangsa. b. Jurulatih, pengurus dan atlet dapat meniru corak latihan dan teknologi sukan dari negara-negara yang bertaraf tinggi. KEPENTINGAN / IMPAK POSITIF SUKAN KEPADA NEGARA 1. Menyatukan masyarakat berbagai etnik a. Menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami. b. Menyumbang kea rah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara. 2. Melahirkan atlet yang sihat dan berkualiti a. Berdaya saing sesame sendiri. b. Mewujudkan semangat kesukanan. 3. Meningkatkan taraf ekonomi negara a. Pengaliran masuk wang asing ke negara Malaysia. b. Memperkenalkan barangan buatan Malaysia. 4. Boleh menjalin keperimanusiaan a. Penyakit-penyakit sosial dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

HUBUNGAN KESUKANAN MALAYSIA-CHINA Republik Rakyat China telah menjalinkan hubungan dengan Asia Tenggara seawal tahun-tahun 1950-an lagi. Namun tumpuannya ketika itu lebih kepada negara-negara yang mempunyai ideologi dan dasar politik yang sama sepertinya. Justeru, Vietnam telah mendapat sokongan kesukanan dari China seawal tahun 1957 lagi berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain (Brownell, 1995). Di Malaysia, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah memainkan peranan yang aktif sebagai agensi utama yang bertanggungjawab ke arah pelaksanaan program pembangunan sukan di negara ini. Dasar Sukan Negara telah menetapkan MSN Malaysia diberi tugas dengan mengambil langkah yang perlu dalam mencapai kecemerlangan sukan hingga ke tahap tertinggi, dengan semangat kesukanan yang tulen, dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara. Selaras dengan perkembangan semasa dan hasrat kerajaan untuk menerapkan budaya sukan dalam segenap lapisan masyarakat di negara ini, MSN terus mengorak langkah mempertingkatkan lagi program dan aktivitinya. Tujuannya adalah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemeriahan sukan negara dari peringkat akar umbi hinggalah ke tahap kecemerlangan. Dalam usaha ini, lima teras telah digabungkan, iaitu kepimpinan kerajaan, kesukarelaan persatuan sukan, tanggungjawab sosial sektor swasta, minat dan penghayatan masyarakat, serta komitmen atlet. Memandangkan China adalah gergasi sukan di Asia, MSN telah menjalinkan kerjasama dalam pelbagai perkara bagi meningkatkan prestasi sukan negara. Hubungan kesukanan Malaysia-China mula bergerak aktif sekitar dekad 1980-an. Terdapat pelbagaibentuk kerjasama sukan yang terjalin antara MalaysiaChina. Antara kerjasama yang terjalin adalah dalam bentuk kepakaran jurulatih, kemudahan tempat latihan, dan kepakaran pengurusan atlet. Kerjasama Kepakaran Jurulatih Sukan Brownell (1995) menyatakan China amat terkenal kehebatannya dalam beberapa jenis sukan tertentu yang menjadi sebahagian budaya masyarakatnya sendiri. Antaranya sukan wushu, badminton, renang, ping pong, dan gimnastik. Kejayaan China dalam sukan-sukan ini dikaitkan dengan kehebatan jurulatih sukan yang dimilikinya, selain faktor-faktor lain. Memandangkan kehebatan itu, Malaysia turut menggunakan khidmat jurulatih China dalam beberapa jenis acara sukan, antaranya badminton, gimnastik, dan renang. Kerjasama Malaysia-China dalam sukan bermula dari tahun 1980-an lagi menerusi sukan badminton. Kerjasama awal ini terjalin apabila jurulatih Chen Changjie dan isterinya telah melatih pemain perseorangan dan beregu wanita Malaysia. Kebangkitan keluarga Sidik (Razif, Jailani dan Misbun) serta Ong Beng Teong adalah di bawah bimbingan jurulatih China, Tan Yee. Dalam tahun 1990-an, jurulatih China, Han Jian dan Yang Yang telah melatih atlet badminton Malaysia yang terdiri daripada Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang, Yap Kim Hock, dan Tan Kim Her. Seorang lagi jurulatih dari China, Fang Kaixiang, telah berkhidmat dengan pasukan Malaysia dan telah berjaya membawa pasukan negara memenangi pingat perak dalam pertandingan Piala Thomas. Kejayaan

Malaysia mengalahkan pasukan Indonesia pada tahun 1992 telah memberi nafas baru pada sukan badminton negara (ChinaToday, http://www.chinatoday,com.cn) Pada tahun 2005, Li Mao yang pernah berkhidmat dengan pasukan Korea Selatan telah dijemput oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melatih pasukan Malaysia. Di bawah bimbingan Li Mao, nama-nama besar pemain badminton Malaysia muncul. Antaranya Lee Chong Wei yang telah menjuarai pelbagai kejohanan dunia termasuk muncul sebagai pemain nombor satu dunia hari ini. Walau bagaimanapun, Li Mao telah kembali ke pasukan Korea Selatan pada tahun 2007 dan tempatnya diganti oleh bekas pemain badminton kebangsaan Misbun Sidek yang kini menjadi jurulatih pasukan Malaysia. Sukan badminton juga telah menyaksikan penghijrahan pemain badminton kebangsaan China ke Malaysia. Pemain beregu wanita China, Zhang Jiewen yang telah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Athens 2004 dijangka berhijrah ke Malaysia kerana mengahwini bekas pemain beregu kebangsaan Malaysia, Choong Tan Fook. Persatuan Badminton Malaysia dikatakan bakal meletakkan Jinwei dan Tan Fook sebagai pasangan beregu campuran Malaysia pada tahun 2010 (The Star, 8 Januari 2009). Jinwei telah bersama pasukan China selama sembilan tahun dan Persatuan Badminton Malaysia juga akan menggunakan perkhidmatan beliau sebagai jurulatih bagi pasukan badminton wanita Malaysia. Badminton bukanlah satu-satunya sukan yang mendapat suntikan kerjasama jurulatih dari China. Jurulatih-jurulatih dari China juga turut melatih pasukan renang Malaysia. Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Rosdi Awang, jurulatih China, Wang Li Gen, 46 tahun, telah dilantik menjadi jurulatih renang untuk Terengganu. Wang juga dilantik menjadi penasihat skuad SUKMA Terengganu 2010 di Melaka(Bernama, 14 April 2009). Sebelum menyertai Terengganu, Wang merupakan jurulatih renang Sarawak selama lima tahun. Perenang Malaysia lain seperti Bryan Nickson dan Eva Wong pernah menjalani latihan renang di bawah bimbingan jurulatih China. Kerjasama Tempat Latihan dan Teknik Latihan Selain kerjasama dari segi kepakaran jurulatih bagi sesuatu jenis sukan, kerajaan Republik Rakyat China juga telah bekerjasama dengan Malaysia dari segi penyediaan pusat latihan negara (Malaysia) di luar negara. Kerjasama ini dapat pengurangkan kos pembiayaan tempat latihan atlet Malaysia. Haigan Kunming, China merupakan pusat latihan dalam acara sukan terjun dan menjadi salah satu pusat latihan Malaysia di luar negara. Kerjasama yang terjalin antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Pentadbiran Sukan China telah menyumbang kepada pencapaian cemerlang atlet terjun negara, antaranya Bryan Nickson yang telah memenangi pingat emas acara Sukan Terjun di kejohanan Sukan SEA (MSN, 2009). Laporan Cawangan Elit (2009) MSN, menyatakan kejayaan China dalam sukan angkat berat dan wushu telah menarik minat MSN menghantar atlet-atlet angkat berat, wushu dan ping pong Malaysia menjalani latihan di sana. Haikou dan Wu Zhi Shan (di Pulau Sanya), China merupakan tempat latihan sukan angkat berat yang disediakan untuk atlet Malaysia menjalani latihan. Di situ, atlet Malaysia menjalani latihan berfasa bagi menghadapi temasya sukan yang berprestij. Jurulatih-jurulatih China disediakan bagi membantu atlet Malaysia menjalani latihan ini.

China mempunyai banyak pusat latihan angkat berat yang terbaik, antaranya di Haikou dan Wu Zhi Shan, iaitu pusat latihan yang disediakan untuk pasukan angkat berat Malaysia menjalani latihan. Pasukan Malaysia menjalani latihan sebanyak dua kali setahun di situ. Setiap fasa memakan masa selama dua bulan. Setiap fasa akan disertai oleh 12 atlet angkat berat di kedua-dua pusat latihan itu. Pasukan angkat berat Malaysia dilatih oleh jurulatih China, Lin Xin Hui yang berpengalaman selama 20 tahun dalam sukan itu. Beliau pernah membawa atlet angkat berat Indonesia memenangi pingat perak di temasya Olimpik 2004 di Athens. Jurulatih Xin Hui, iaitu bekas graduan Universiti Beijing tahun 1990 kini berada di Kuala Lumpur sehingga kontraknya berakhir pada 2011. Hengding, China pula merupakan tempat atlet sukan ping pong Malaysia menjalani latihan. Di sini atlet Malaysia menjalani latihan sparring bersama-sama atlet dari Negara tersebut. Latihan bersama dengan atlet China, yang kebanyakannya merupakan atlet ping pong dunia membolehkan pemain Malaysia mempelajari teknik-teknik permainan ini dengan lebih berkesan. China juga telah menyediakan tempat latihan bagi atlet sukan wushu Malaysia. Tiga tempat latihan berasingan di China telah disediakan untuk atlet Malaysia. Tempat-tempat tersebut adalah di Guangzhau, Guang Xi dan Fuzhou. Latihan wushu yang diikuti di China melibatkan atlet wushu bagi menghadapi Sukan SEA 2009 di Laos. Atlet-atlet Malaysia didedahkan dengan teknik sukan wushu yang sistematik di bawah tunjuk ajar jurulatih China. MEMPELAJARI KEJAYAAN CHINA DALAM SUKAN Sungguhpun Malaysia sudah lama menjalinkan hubungan kerjasama sukan dengan China, namun kecemerlangan Malaysia dalam sukan masih diperdebatkan. Agensi sukandi Malaysia seperti Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memajukan sukan di Malaysia, tetapi hasilnya masih tidak dapat dibanggakan. Hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang menyerlah seperti badminton, skuasy, dan boling. Jenis-jenis sukan lain hanya mampu meraih pingat di peringkat Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) sahaja dan sekali sekala dalam Sukan Asia. Melihat fenomena ini, banyak yang boleh dipelajari oleh Malaysia hasil kejayaan China mengendalikan Sukan Olimpik Beijing 2008 dan seterusnya menjuarai temasya sukan tersebut dengan kutipan pingat emas terbanyak dalam sejarah Olimpik dunia (Economist, 29 Ogos 08). Sebaik sahaja China dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Olimpik XXIX pada 13 Julai 2001, Republik Rakyat China terus membuat persediaan yang rapi bagi memenuhi peranannya sebagai penganjur. China telah menggabungkan segala kepakaran kejuruteraan, sains dan teknologi bagi menyediakan segala kelengkapan tempat penganjuran mengikut piawai OIC. Dalam masa tujuh tahun itu juga, Pentadbiran Sukan China telah menyepadukan semua kepakaran sukan seperti kejurulatihan, pemakanan, pencarian bakat sukan dan sebagainya bagi melahirkan atlet-atlet yang mampu bersaing dan menjadi juara. Walaupun berhadapan dengan segala kritikan, semasa upacara pembukaan, sepanjang berlangsungnya temasya dan upacara penutup, China telah berjaya menunjukkan kecemerlangan sebagai penganjur yang paling cemerlang dalam kejohanan sukan Olimpik dan seluruh media dunia memberi pengiktirafan ini.

Menurut atlit badminton China, Zhang Jiewen (Star, 8 Januari 2008) kejayaan atlet-atlet China dalam acara sukan bertaraf dunia adalah kerana China mempunyai barisan atlet pelapis yang ramai dan tidak bergantung kepada satu-satu atlet sahaja bagi sesuatu jenis sukan. Teng Hei, atlet terjun China, pula menyatakan kejayaan China dan kelahiran atletnya yang cemerlang adalah kerana sistem tadbir urus sukan China yang sistematik serta bersepadu di samping kedudukan sukan sebagai sebahagian daripada budaya China (China Today, http://www.chinatoday.com.cn). Republik Rakyat China telah membuat persediaan rapi selama tujuh tahun, sebagai persediaan untuk para atletnya bersaing untuk kejohanan Sukan Olimpik Beijing. Semua atlet China diletakkan di kem-kem latihan yang disediakan oleh kerajaan. Setiap hari, atlet-atlet ini menjalani latihan pesat yang bermula dari jam tujuh pagi hingga malam dan pada pukul 10 malam semua atlit dikehendaki tidur. Latihan pesat, disiplin, dan pentadbiran yang bersepadu merupakan kunci kejayaan sukan kepada China. Di China, menurut Wu (1992), apabila seseorang atlet dipilih, maka ia menjadi milik negara, dan tiada lagi campur tangan keluarga terhadap latihan dan diri atlet tersebut. Pencarian bakat-bakat baru di China dijalankan di seluruh pelosok wilayah China. Pegawai-pegawai sukan China akan mengenal pasti bakat-bakat sukan dalam kalangan rakyat China seawal umur lima tahun. Kanak-kanak tersebut akan ditempatkan di sekolah-sekolah sukan yang terdapat di hampir seluruh pelosok wilayah China. Kanak-kanak yang terpilih ke sekolah ini akan dilatih dengan tahap disiplin yang tinggi dan atlet-atlet China di awal umur sebegini sudah ditanamkan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Sebagai bandingan, Yu Fang dari China (pernah menjadi atlet jarak jauh Malaysia setelah mendapat pemastautin tetap Malaysia) turut menjadi jurulatih di Malaysia. Walaupun sudah berkahwin, beliau masih bersukan kerana atlet China dari seawal umur lima tahun sudah mempunyai hasrat yang satu iaitu mesti mendapatkan pingat emas dalam Sukan Olimpik. Di China, sejak kecil mereka sudah ada impian untuk beraksi dalam SukanOlimpik (Sarimah dan Hassnah, 2005). Hal ini berbeza dengan Malaysia di mana kebanyakan atlet menganggap Olimpik adalah sesuatu yang amat sukar untuk digapai dan itulah sebahagian daripada halangan yang ada. Selain itu, kebanyakkan pengesanan bakat-bakat sukan dalam kalangan atlet Malaysia dilakukan semasa atlet itu berada di bangku sekolah menengah dalam lingkungan umur 12 tahun ke atas. Pengesanan bakat pada peringkat umur ini dikira agak terlewat untuk diasah sebagai atlet negara kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran seperti mempelajari skil teknikal bermain, disiplin, dan latihan yang ketat. Ini menyebabkan latihan yang ketat sukar untuk diikuti mereka sepenuhnya. Malaysia juga tidak mempunyai pegawai-pegawai sukan atau sekolah-sekolah sukan di setiap daerah sebagaimana di China (The New Straits Times, 28/4/2009). Ini menyebabkan Malaysia mengalami kesukaran mengesan bakatbakat sukan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Kebergantungan kepada sekolah dalam usaha pengesanan bakat sukan dalam kalangan rakyat Malaysia mengehadkan pencarian bakat-bakat sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Malaysia perlu meluaskan pencarian bakat-bakat sukan melebihi ruang lingkup sekolah sebagaimana yang dilakukan oleh China. Kaum pribumi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berkemungkinan mempunyai potensi yang baik untuk diketengahkan dalam sukan-sukan tertentu memandangkan corak hidup seharian mereka. Orang Bajau Laut amat terkenal sebagai penyelam dan perenang yang cekap,

manakala orang Senoi pula merupakan pejalan kaki yang kuat dan penyumpit yang tepat. Tidak mustahil, bakat sukan renang dan terjun negara terdapat dalam komuniti Bajau Laut dan bakat penembak atau perejam lembing yang tepat dalam kalangan orang Senoi Malaysia. Pencarian bakat sukan perlu diperluaskan melebihi sempadan sekolah dan ini memerlukan sokongan kerajaan dan agensi-agensi sukan terbabit (Sarimah dan Hassnah, 2005). Malaysia boleh mempelajari banyak perkara daripada kejayaan China mengembangkan sukan sehingga disegani dan dikagumi dunia. Dua dekad dahulu, China hanya memenangi lima emas di Sukan Olimpik Seoul dan pada tahun 2004 negara tersebut memenangi 32 emas di Sukan Olimpik Athens, di tempat kedua di belakang Amerika Syarikat. Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Amerika terpaksa tunduk kepada China sebagai juara superpower sukan dunia (Time, 12 Jun 2008). Harrison dan Burden (2004) berpandangan bahawa kejayaan dalam sukan sesuatu kaum atau bangsa adalah berdasarkan pandangan kaum tersebut terhadap sukan dan bagaimana sukan diangkat atau diletak dalam masyarakat itu sendiri. Pandangan ini secara tidak langsung mengiakan pendapat jurulatih China, Teng Hui, yang menyatakan serta meletakkan kejayaan China dalam sukan adalah hasil dasar sukan dan sistem Pentadbiran Sukan China yang sistematik dan bersepadu. Vijesh Rai, wartawan sukan Malaysia menulis, sukan di Malaysia tidak berupaya wujud sebagai satu industri sebagaimana di Barat. Vijesh melihat pembangunan sukan di Malaysia tidak berupaya membangun dan digerakkan secara bersepadu sebagaimana di China ataupun di Barat. Justeru, Menteri Belia dan Sukan perlu melihat semula dasar sukan sekolah dan keperluan perubahan terhadap dasar yang sedia ada sekarang (The New Straits Times, 28 April 2008)

Harus dilihat sebagai industri

KEJOHANAN lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) bukan pertandingan sukan semata-mata, malah ia juga dilihat sebagai satu industri dalam sukan. Demikian jelas Ketua Pegawai operasi (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh mengenai perlumbaan berstatus hors 2.0 itu yang akan berlangsung pada 23 Januari hingga 1 Februari tahun depan. Menurut Mohamed, LTdL sepatutnya tidak harus dipandang sebagai satu sukan perlumbaan basikal semata-mata, sebaliknya juga perlu dianggap sebagai plat- form terbaik untuk menjadikannya sebagai satu industri dalam pasaran perniagaan, penjenamaan dan juga pelancongan bagi setiap negeri yang terlibat menjayakannya. Justeru, CEO LTdL yang dilantik buat kali kedua berturut-turut itu berharap ramai lagi rakan pelaburan dari sektor swasta dan korporat menggunakan peluang yang besar ini untuk memasar dan memperkenalkan produk masing-masing kepada lebih 80 buah negara di dunia dengan menjadi rakan penaja kepada LTdL 2011 nanti. Kita tidak harus melihat LTdL sebagai satu sukan perlumbaan basikal sahaja tetapi perlu buka minda kita dengan melihatnya sebagai satu industri sukan yang memberi faedah bersama. Mohamed berkata demikian pada sidang media di pejabat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Melaka semalam. Setakat ini pihak sekretariat LTdL telah pun meng- adakan perjumpaan dengan beberapa Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membincangkan produk serta tarikan yang ada dalam negeri masing-masing untuk diperkenalkan kepada mata dunia menerusi penganjuran LTdL 2011. Saya dapati sokongan dan sambutan daripada semua SUK negeri amat bagus, jadi mereka juga akan dapat melihat faedah-faedah yang mereka peroleh daripada perlumbaan LTdL 2011 ini, katanya. Begitupun, selain daripada persefahaman di antara pihak SUK dan sekretariat LTdL, Mohamed turut berharap ramai lagi rakan penaja di kalangan sektor swasta turut sama menggunakan kesempatan ini untuk memasarkan produk mereka ke serata dunia. Memang sudah ada beberapa syarikat swasta yang menyatakan kesungguhan untuk menjadi rakan penaja kami tetapi masih belum boleh diumumkan kerana mereka mungkin masih dalam proses melakukannya. Tetapi saya harap akan ada banyak lagi syarikat korporat atau swasta yang dapat melihat faedahfaedah bersama yang boleh didapati daripada hasil industri sukan ini. Mereka tidak akan rugi apa-apa pun, ujar Mohamed lagi.

Sementara itu, mengenai peranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam penganjuran LTdL 2011, Mohamed berkata, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sendiri mahu menyaksikan skuad lebuh raya negara mampu memberi saingan yang lebih baik pada edisi 2011 nanti. Saya bersyukur kerana Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahamd Shabery (Cheek) sendiri amat berminat dengan sukan basikal kita dan mahu melihat skuad lebuh raya negara menunjukkan peningkatan pada LTdL 2011. Malah, Ketua Setiausaha KBS yang baru, Datuk Mohid Mohamad juga mahu melihat skuad lebuh raya negara menjadi sama hebat dengan skuad trek, jadi beliau sanggup meluluskan peruntukan kepada PKBM untuk merangka program latihan dan pembangunan demi merealisasikan impian ini. Jadi saya amat berterima kasih kepada Datuk Ahmad Shabery, Datuk Mohid dan juga Datuk Salim Parlan, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Operasi KBS yang turut memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad lebuh raya kita, kata Mohamed.

Liga Serantau Jutaan Ringgit Sunday, December 11, 2011 Leave a Comment Kementerian Belia dan Sukan merancang untuk memperkenalkan pertandingan bola sepak serantau untuk pasukan negeri atau kelab yang bertanding. KBS menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata proposal ini akan dibentangkan di Mensyuarat Kementerian Sukan ASEAN di Yogyakarta, Indonesia selasa ini. Kita boleh mengambil contoh di Indonesia dan menjadikan ia sebagai peluang pemasaran untuk penaja dan penjenamaan dengan menghasilkan pemain bola sepak bertaraf dunia. Beliau berkata lagi persaingan yang ditunjukkan kedua-dua negara mampu memberikan pulangan yang lumayan dalam menghasilkan pemain bola sepak jutawan berkelas dunia. Seperti di England dan Perancis, mereka bersaing sesama sendiri. Mereka menggunakan bola sepak dan mengenepikan perbezaan antara mereka. Lihat saja di liga eropah sekarang. Selain itu beliau juga teruja dengan jumlah penonton di kaca televisyen semasa perlawanan akhir bola sepak sukan sea Malaysia menentang Indonesia. Dalam perlawanan tersebut, seramai 5 juta rakyat Malaysia dan 100 juta rakyat Indonesia menyaksikan ia secara langsung di TV dan ini bukti pasaran luas yang mampu dicapai jika liga serantau diberikan penekanan. Sukan adalah industri yang paling pantas berkembang dan jika kita mahu menjadikan bola sepak sebagai industri bernilai jutaan ringgit, kita perlu berusaha diluar zon selesa. Astro memaparkan Liga Indonesia di Chanel Bintang (141) dan Pelangi (142), di mana ia disaksikan oleh rakyat Indonesia di negara kita. Selain itu rakyat Malaysia juga menggunakan chanel tersebut untuk menyaksikan pemain Malaysia yang bermain di sana. Contoh yang terdekat ialah Safee Sali yang bermain bersama Pelita Jaya. Pemain Manchester United, Park Ji Sung adalah contoh yang lainnya di mana rakyat Korea menonton aksi Manchester United sebagai pasukan pilihan hanya disebabkan Park Ji Sung bermain di sana. Faktor ini mampu memudahkan penaja untuk menembusi pasaran di Korea. Selain itu, Pemangku Presiden FAM, Datuk Subahan kamal turut berkata pemasaran seperti ini membantu dalam memperbaiki gaya bola sepak di rantau ini dan juga membantu menaik taraf fasiliti sedia ada. Duit tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan fasiliti latihan yang lebih baik, lebih banyak kompleks sukan, dan gaji yang lebih tinggi untuk meningkatkan gaya permainan. Persepsi masyarakat yang menyatakan bahawa bola sepak tiada masa depan merupakan masalah teruk yang sedang kita alami. Kita kehilangan bakat-bakat beharga disebabkan ini.

Pelancongan Sukan Malaysia kini semakin giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik. Penganjuran sukan seperti Sukan Komanwel 1998, Formula 1, Powerboat, Le Tour De Langkawi dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia. Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antaranbangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka. Malaysia juga dikurniakan dengan alam semulajadi yang bukan sahaja indah malah begitu sesuai untuk pelbagai aktiviti berteraskan adventure sports. Ini menggalakkan pelancongan yang mempunyai minat khas untuk datang dan mengalami sendiri aktiviti sukan dalam persekitaran yang begitu mencabar. Selain itu Malaysia juga memiliki lebih daripada 250 padang golf di seluruh negara yang menjadi tarikan mereka yang menggemari sukan golf. Agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelancongan sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan sementara Kementerian pelancongan membantu dari aspek promosi.

Anda mungkin juga menyukai