Anda di halaman 1dari 21

Sejarah Hoki

Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki


Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki

adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.
Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana

dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki

bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain

saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland

pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula

dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sejarah Hoki Di Malaysia

Permainan hoki diperkenalkan ke Malaysia oleh askar

dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara ini. Semua peringkat umur bermainnya samada

lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan diadakan, iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat

Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF)

ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di Malaysia. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.
Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.

Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada

tahun 1951 hinggalah kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) dan beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri-negeri. Piala ini dinamakan Piala Razak, sempena dengan nama beliau. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Allahyarham Tun Razak sebagai Presiden

MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memajukan permainan hoki di negara ini. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun di bawah anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan negara.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di

negara. Ini kerana pada tahun itu pasukan negara turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne, Australia. Malaysia menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia yang mula diadakan pada tahun 1971.

Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan

rumah Piala Dunia, dimana Malaysia menduduki tempat ke empat. Manakala dalam Sukan Asia pasukan negara sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan negara

Hoki adalah sukan yang popular

bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India.

Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini. Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

SEJARAH HOKI: PersatuanPersatuan Nasional Dan Antarabangsa

Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey

Board yang ditubuhkan pada tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian Scotland, Perancis dan negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini. Pada tahun 1924, The International Hockey Federation(RH) ditubuhkan dan menggantikan The Hockey Board. Kini FIH dengan ibu pejabatnya di Brussels merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.
Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan sekali lagi pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai pertubuhan FIH pada tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan Olimpik di Amsterdam dan mendapat pingat emas. India telah memenangi pingat emas di setiap Sukan Olimpik. Pasukanpasukan utama hari ini adalah dari negara Jerman, Australia, Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di

Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita dan Korea, China dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan wanita dan Jerman, Australia dan Belanda. The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Hari ini presidennya adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presidenInternational Hockey Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat

tempatan dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey Federation. Pertandinganpertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan nasional, pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956. Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti ini.

Rajah di bawah menunjukkan perhubungan dan pergabungan antara

badan-badan hoki di semua peringkat:-

Anda mungkin juga menyukai