Anda di halaman 1dari 29

Pengenalan

Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan
oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga
popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuan-
persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw,
khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan
bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan
jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi
untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia
mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai.
Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah
adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan
sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai
pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti
penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan
Pakistan.
Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di
peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun
1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada
tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya, walaupun
satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


Hoki - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki
SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu
permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan
demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang
ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama
kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu
di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang
sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang
melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini
adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain
polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo.
Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang
wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-
arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai
hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang
mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak
dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki
yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan
bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami
kecederaan yang berat.
Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi
permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis
iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu
hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu
dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan.
Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di
England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh
pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun
1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada
masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab
daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan
permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara
pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan
mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula
mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan
pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah
diadakan.
SEJARAH HOKI: Persatuan-Persatuan Nasional Dan Antarabangsa
Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey Board yang ditubuhkan
pada tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian Scotland,
Perancis dan negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini. Pada tahun
1924, The International Hockey Federation(RH) ditubuhkan dan menggantikan
The Hockey Board. Kini FIH dengan ibu pejabatnya di Brussels merupakan pertubuhan
yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan sekali
lagi pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai pertubuhan
FIH pada tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan Olimpik di
Amsterdam dan mendapat pingat emas. India telah memenangi pingat emas di setiap
Sukan Olimpik. Pasukan-pasukan utama hari ini adalah dari negara Jerman, Australia,
Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 dan
didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam
perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita dan Korea,
China dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan wanita dan
Jerman, Australia dan Belanda. 

The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri


Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden
persatuan ini. Hari ini presidennya adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga
presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presidenInternational Hockey
Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua
negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey
Federation. Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan nasional,
pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan
kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956.
Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada
tahun 1988 di Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti
ini.
Rajah di bawah menunjukkan perhubungan dan pergabungan antara badan-badan hoki
di semua peringkat:-

Nota:-

 Pergabungan MHF dengan Majlis Olimpik (OCM) membenarkan MHF menyertai


pesta-pesta sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA.
 Pergabungan MHF dengan Asian Hockey Federation (AHF) pula membolehkan
Malaysia menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat Asia.
 Semua sekolah adalah ahli MSSN negeri masing-masing. Keahlian ini
membenarkan pasukan sekolah menyertai pertandingan MSSN dan MSSM.
Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia.

Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan
kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal
ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di
sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada
tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di
antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan.
Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai
meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara
kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926
perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya
sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara
kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan
seterusnya.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil
bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan
persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat
lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-
dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala
Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah
Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada
tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia
telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan
dan pertandingan antarabangsa.

Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis


Olimpik Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham
Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah
piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala
Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan
serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan
ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat
kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka
Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan
pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah
mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954.
Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan
dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada
tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan
di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang
mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Pia la Dunia.

Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita
menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat
ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan
Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan
kita.

PADANG HOKI: Pic Segiempat Bujur

RECTANGULAR PITCH 

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah
ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur
dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai
garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan
tersebut. 

Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian
oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25
ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda
yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda
ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan
gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap
garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam
garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut
penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke
dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang
gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut
mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


RECTANGULAR PITCH - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki

PADANG HOKI: Bulatan Jaringan

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu
gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke
luar kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai
radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi
bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.
Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk
sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera

Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4
kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.
Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di
luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan
25 ela.

PADANG HOKI: Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini
mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang
mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil
daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.
Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti
mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu
gol mesti dicat warna putih.

Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak
dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol.
Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran
setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki
daripada gol dan 4 ela panjangnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

crossbar - http://en.wikipedia.org/wiki/Crossbar
Kemahiran-kemahiran Asas Hoki

Terdapat beberapa kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain hoki
iaitu:

1. Kemahiran Asas Memukul


2. Kemahiran Asas Menolak
3. Kemahiran Asas Menahan
4. Kemahiran Asas Mengelecek
5. Kemahiran Asas Flik

1. Kemahiran Asas Memukul


Pemain boleh memukul bola dengan kayu hoki dalam keadaan statik atau dinamik. Kita
boleh menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan semasa memukul
bola.

2. Kemahiran Asas Menolak


Kemahiran ini boleh dilakukan dalam 2 cara, iaitu secara tolakan biasa dan tolakan kias

3. Kemahiran Asas Menahan


Menahan atau menyerkap bola hoki dilakukan dengan pelbagai cara bergantung pada
pergerakan bola.

4. Kemahiran Asas Mengelecek


Mengelecek bolah dilakukan dalam 2 cara iaitu kelecek rapat (secara golekan) dan
kelecek longgar.

5. Kemahiran Asas Flik


Flik dilakukan dengan cara memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri
dengan pantas.

Kemahiran

Bagi mengenali hoki, kita perlu tahu bahagian yang tedapat pada kayu hoki. Ada tiga
bahagian yang terdapat pada kayu hoki iaitu:

1. Bagi semua kemahiran, tangan kiri memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.

2. Untuk memukul, tangan kiri dan tangan kanan memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.
3. Untuk kemahiran seperti menolak, mengelecek dan menguis bola, tangan kanan
memegang

BAHAGIAN 2 kayu hoki.

4. Untuk melakukan pukulan secara pantas, kedua-dua belah tangan memegang


BAHAGIAN 2

kayu hoki.

5. Untuk menahan bola, tangan kanan memegang bahagian di antara 2 dan 3 kayu
hoki.

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU: Merebut

1. Kepentingannya
Selalunya, kemahiran merebut tidak diajar dan pemain-pemain Malaysia adalah sangat
lemah dalam kemahiran ini. Merebut adalah penting untuk memperoleh bola. Walau
bagaimanapun, kadang-kadang penahan tidak berjaya memperoleh bola, tetapi dia
boleh memaksa penyerang mengurangkan kelajuannya atau kehilangan kawalan
bola dan membuat kesilapan atau memaksa bola terkeluar daripada kawasan bermain.
Ini adalah penting kerana ia memberi masa untuk pemain pertahanan menyusun
semula barisan pertahanan dan bersedia menghadapi serangan.

2. Perkara-perkara untuk diingati


Perkara-perkara berikut perlu diingati apabila seseorang pemain pertahanan hendak
merebut bola daripada pihak lawan:-

 Melihat bola dan jangan mengalihkan perhatian disebabkan oleh pergerakan


kayu hoki atau tubuh badan yang dilakukan dengan tujuan membuat gerakan
yang mengelirukan.
 Kekalkan kepala kayu hoki di tanah supaya mengurangkan jaraknya daripada
bola. Ini membolehkan penahan bergerak dengan cepat sebaik sahaja dia
mendapat peluang.
 Letakkan kayu hoki di tempat yang membolehkan pemain pertahanan bergerak
dengan selesa untuk merebut bola daripada penyerang atau di dalam keadaan
yang akan memaksa penyerang bergerak dengan cara tertentu dan ke arah
tertentu. Sebagai contoh, anda mungkin meletakkan kayu hoki dalam keadaan
yang akan memaksa penyerang menolak bola ke kiri dan menggunakan reverse
stick atau memaksanya bergerak ke tempat tertentu yang boleh
menyebabkannya berada dalam keadaan kurang selesa atau tersepit.
 Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya
penyerang melakukan kesilapan-kesilapan.
 Jangan berdiri dengan tapak kaki secara rata. Pemain pertahanan biasanya
berdiri seperti ahli tinju dengan sebelah kakinya berada di hadapan, supaya dia
boleh bergerak ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan dengan mudah.
Gerakan kaki adalah penting untuk merebut bola dengan baik.
 Cuba berada di sebelah penyerang anda. Jika pemain pertahanan terpaksa
menggunakan reverse sticknya untuk merebut, ia berada dalam keadaan yang
merugikan.
 Pemain pertahanan tidak seharusnya merebut bola apabila penyerang
mengawal bola dengan sepenuhnya. Ia sepatutnya mendesak penyerang dan
memaksanya melakukan kesilapan-kesilapan sebelum anda merebut bola
tersebut.
 Pergerakan pemain-pemain pertahanan tidak seharusnya dapat diteka oleh
penyerang. Mereka mesti mengatur masa takel dengan baik dan bergerak
dengan cepat dan pantas. Takel itu mesti dilakukan dengan baik supaya
penyerang tidak boleh menolak pemain pertahanan atau kayunya ke tepi dan
meneruskan serangannya.
 Di atas padang tiruan, semasa merebut di sebelah kanan (merebut dengan
tangan kanan) atau di sebelah kiri (merebut dengan reverse stick) kayu hoki
boleh digunakan dengan mendatar di atas padang. Untuk membolehkannya
berbuat demikian pemain pertahanan mesti membongkokkan badannya lebih
rendah ke tanah.

Perkara-perkara di atas adalah penting kepada semua jenis takel.

3. Jenis-jenis takel Jenis-jenis takel yang biasa digunakan adalah:-

 Takel Jab

Untuk takel ini, kayu hoki dipegang dengan kuat dalam tangan kiri dengan sisi kayu
yang rata (flat side) menghadap ke atas. Kayu hoki dipegang secara ringan di depan
badan dengan tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki. Tapak tangan
kanan menghadap ke atas.

Untuk melakukan takel, pemain pertahanan menerpa ke depan dengan tangan kiri


memegang kayu hoki. Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan memaksa bola bergerak ke
belakang kayu hoki penyerang. Pada masa ini, pemain pertahanan mengambil satu
langkah lagi ke depan, tangan kanan kembali ke kayu hoki dan dapat mengawal bola.

Ini bukan satu takel yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan
dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untukmelakukan takel ini.
 Takel 'Forehand'

Ia adalah takel yang umum. Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan
(forehand side) badannya, kadang-kadang dekat kakinya dankadang-kadang sejauh 5-
6 kaki di sebelah kanannya. Pemain pertahanan melakukan takel ini (semasa berhenti
atau semasa berlari bersama-sama dengan penyerang).

Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu
hoki dan tangan kanan di bahagian tengah kayu hoki. Posisi bersedia diambil dengan
kaki kiri ke depan sedikit, kerana ini akan membolehkan pemain pertahanan menukar
posisinya dengan cepat. Biasanya satu gerakan mengelirukan dilakukan dengan badan
atau kayu hoki dihalakan ke kiri supaya penyerang terpaksa bergerak ke kanan pemain
pertahanan. Pemain pertahanan kemudian mengatur masa takelnya. Kadang-kadang
takel ini dibuat bersama-sama dengan takel jab sebagai satu kombinasi. Pemain
pertahanan melakukan satu takel jab di sebelah kiri dan diikuti dengan
takel forehand semasa penyerang bergerak ke sebelah kanan.

Kebiasaannya, pemain pertahanan akan melakukan takel ini semasa bergerak atau


semasa berlari bersama-sama dengan seorang penyerang. Pemain pertahanan harus
belajar memandang bola, mengekalkan jarak yang betul, bergerak masuk dengan cepat
dan mengatur masa takelnya dengan baik. Ini kerana agak sukar untuk melakukan takel
sambil berlari dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan banyak latihan.

 Takel 'Reverse Stick'


Takel ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain
pertahanan dengan kayu di tangan kiri. Ini biasanya merupakan sisi yang lemah bagi
pemain. Peraturan permainan juga tidak membenarkan pemain melakukan sentuhan
badan atau sentuhan kayu dengan kayu.

Untuk membuat takel yang kemas, pemain pertahanan mesti memastikan bahawa
penyerang tidak bergerak mendahuluinya. Takel harus dibuat sebelum penyerang
melepasi garisan badan pemain pertahanan.
Kemahiran melakukan takel dengan baik adalah mengatur masa takel dan menyerkap
bola menggunakan reverse stick, akan memaksa penyerang berlari melepasi bola.
Gunakan kesempatan ini untuk merendahkan kayu hoki dan mendatar ke tanah,
seterusnya melakukan takel.

4. Latihan-latihan untuk merebut Takel Jab

(a) Berdua
Seorang pemain sebagai penyerang, sedang berhenti dengan bola pada kayu hokinya.
Pemain yang lain sebagai pemain pertahanan, mengambil kedudukan dan pegangan
yang betul dan berdiri lebih kurang 6 kaki di depan penyerang. Pemain pertahanan
berlatih menerpa satu langkah ke hadapan dan mencucuk bola tersebut dengan kayu
hoki, menaikkan bola melintasi kayu hoki dan ke belakangnya.

(b) Berdua
Seperti di atas tetapi selepas mencucuk bola, mengambil satu langkah lagi ke hadapan
dan terus mengutip bola.

(c) Berdua
Seperti di atas tetapi penyerang bermula dengan jarak 5 ela lebih jauh di belakang dan
golek-menggelecek bola ke arah pemain pertahanan. Pemain pertahanan akan
merebut bola tersebut apabila penyerang telah sampai di jarak merebut.
(Penyerang pada mulanya akan berjalan, kemudian apabila pemain pertahanan
mendapat keyakinan dia akan menambah kelajuan).

(d) Berdua
Penyerang berada di satu tempat, menggerakkan bola ke hadapan dari kiri ke kanan
menggunakan kemahiran menggelecek Indian. Pemain pertahanan mengatur masa
untuk merebut kemudian bergerak ke hadapan untuk mengambil bola.

(e) Berdua
Penyerang menggelecek bola ke arah pemain pertahanan menggunakan berbagai-
bagai jenis kelajuan. Pemain pertahanan cuba merebut bola dan memperolehnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


Kemahiran-kemahiran membuat hantaran dalam kumpulan

1. Hantaran berbentuk segi empat (square passes)


· Hantaran yang dibuat adalah selari dengan garisan gol
· Dilakukan di sebelah kiri atau kanan dengan menggunakan reverse stick
· Juga boleh dilakukan dengan satu tolakan, pukulan atau kuit
· Biasanya dilakukan apabila serangan mula berlaku.

Dua jenis hantaran square digambarkan di bawah:


(i) Menghantar daripada sayap kanan (RW) kepda apit kanan (RI)
(ii) Menghantar daripada apit kanan (RI) kepada apit kiri (LI)
Rajah 1 : Hantaran berbentuk segi empat

Perhatikan:
(a) Hantaran-hantaran adalah selari dengan garisan gol
(b) Jika bola dihantar ke hadapan dan bukan square, penerima akan berlari lebih jauh
dan memaksa mereka bekerja lebih kuat untuk mendapatkan bola

A dan B adalah daripada pasukan yang sama. A menggelecek bola beberapa ela dan
menghantar bola itu kepada B seperti 1 dalam rajah 2. Perhatikan jarak yang terpaksa
dilalui oleh B untuk mendapatkan bola jika bola itu dihantar ke hadapan seperti 2 dalam
rajah 2.
Rajah 2 : Latihan melakukan hantaran
Rajah 3 : Latihan melakukan hantaran

A dan B adalah penyerang-penyerang. Y dan Z adalah permain pertahanan. A


memperoleh bola dan Y bergerak untuk merebut bola daripada A. A menghantar square
kepada B. Pada masa hantaran itu berlaku Y dan Z akan berada dalam posisi square.
Pada masa itu B bergerak ke arah bola dan menolaknya di antara kedua-dua pemain
pertahanan untuk Aberlari dan mendapatkan semula bola seperti rajah 3.

2. Hantaran depan (Forward Pass)


· Dilakukan apabila bola menghampiri gol lawan
· Boleh dilakukan secara pepenjuru(diagonally), ke hadapan atau tegak lurus
(perpedicularly) kepada garisan gol

Hantaran 1 dan 3 dibuat secara pepenjuru depan manakala hantaran 2 dibuat secara
tegak lurus ke depan. 4 adalah hantaran udara ke depan oleh haf tengah (CH) kepada
sayap kiri (LW) seperti ditunjukkan dalam rajah 4.
Rajah 4 : Hantaran depan

Hantaran depan dibuat bagi mendapatkan kawasan untuk mempercepatkan serangan


atau untuk mengalahkan pertahanan pihak lawan dengan hantaran bola menerusi (a
through ball). Dalam pertahanan ia digunakan untuk membawa bola jauh dari tempat
yang bahaya. Satu hantaran square jika digunakan dalam pertahanan, adalah kurang
selamat kerana ia boleh dihalang dan anda tidak dapat menjauhkan bola daripada
tempat yang berbahaya.

3. Hantaran belakang (back pass)


· Jarang digunakan
· kadang-kadang digunakan untuk melambatkan permainan, mendapatkan lebih ramai
penyerang berada di kawasan permainan atau menarik pemain-pemain pertahanan
daripada kawasan yang terkawal yang anda tidak boleh menembusi.

1 dan 2 adalah hantaran belakang daripada apit kanan (RI) kepada haf kanan (RH) dan
daripada haf kanan (RH) kepada fowad tengah (CF) seperti dalam rajah 5.
3 adalah hantaran depan oleh haf tengah (CH) kepada sayap kiri (LW) seperti dalam
rajah 5.
Rajah 5 : Hantaran belakang

Anda mungkin juga menyukai

  • MPU3041
    MPU3041
    Dokumen7 halaman
    MPU3041
    Normie Asmin
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen21 halaman
    SEJARAH HOKI
    Lau Ung Hong
    Belum ada peringkat
  • Intro
    Intro
    Dokumen32 halaman
    Intro
    shivani4598
    Belum ada peringkat
  • Nota Hoki 2
    Nota Hoki 2
    Dokumen14 halaman
    Nota Hoki 2
    catcat85
    Belum ada peringkat
  • 2007122710123308-Topic 7 Low
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Dokumen18 halaman
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Olivia Eva Melisa
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI MALAYSIA
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Dokumen122 halaman
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Ahmad Naqib
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki...
    Sejarah Hoki...
    Dokumen9 halaman
    Sejarah Hoki...
    anon_621637997
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    Dokumen33 halaman
    Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    asyraf
    Belum ada peringkat
  • HOKI Sejarah
    HOKI Sejarah
    Dokumen9 halaman
    HOKI Sejarah
    Ali Mustafa
    Belum ada peringkat
  • Permainan Hoki-Sem 3
    Permainan Hoki-Sem 3
    Dokumen48 halaman
    Permainan Hoki-Sem 3
    GG1930
    Belum ada peringkat
  • Permainan Hoki
    Permainan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Permainan Hoki
    GayuGeo1930
    Belum ada peringkat
  • Esemen Hoki.. Ntah La....
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    Dokumen43 halaman
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    aqajim
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki
    Pengenalan Hoki
    Dokumen13 halaman
    Pengenalan Hoki
    Randy Rusli
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen93 halaman
    Hoki
    terompahcomel
    50% (2)
  • HOKI PERALATAN
    HOKI PERALATAN
    Dokumen55 halaman
    HOKI PERALATAN
    Sivanathan Anbu
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki
    Sejarah Hoki
    Dokumen6 halaman
    Sejarah Hoki
    Hazmin Azami
    Belum ada peringkat
  • Projek Hoki
    Projek Hoki
    Dokumen90 halaman
    Projek Hoki
    irman1975
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki 2
    Pengenalan Hoki 2
    Dokumen8 halaman
    Pengenalan Hoki 2
    SharinaZuhair
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen46 halaman
    Hoki
    Mhekala Perumal
    100% (1)
  • Folio Lengkap Permainan Hoki
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Dokumen42 halaman
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Zulfakhar Aziryn
    57% (7)
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen109 halaman
    Hoki
    SITI IRANA BINTI ALI Moe
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki Di Malaysia
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Dokumen20 halaman
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Kalpana Krishnan
    Belum ada peringkat
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen34 halaman
    HOKI
    Sivarajan Jayapalan
    Belum ada peringkat
  • Hoki Ass
    Hoki Ass
    Dokumen73 halaman
    Hoki Ass
    Renu Balakrisahnan
    Belum ada peringkat
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen7 halaman
    HOKI
    Norlisa_Muhama_8364
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH_HOKI
    SEJARAH_HOKI
    Dokumen82 halaman
    SEJARAH_HOKI
    Rocco True
    Belum ada peringkat
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen88 halaman
    Isl Hoki
    noka78
    Belum ada peringkat
  • Hoki Modul (Sports)
    Hoki Modul (Sports)
    Dokumen70 halaman
    Hoki Modul (Sports)
    Suren Kumar
    100% (4)
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen87 halaman
    Isl Hoki
    Abdul Mujib
    Belum ada peringkat
  • 08 Isi Pelajaran Hoki
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Dokumen82 halaman
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Ija Mirza
    100% (2)
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen23 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ruth Ting
    Belum ada peringkat
  • Folio Hoki
    Folio Hoki
    Dokumen37 halaman
    Folio Hoki
    Eng Kok Leong
    Belum ada peringkat
  • Hoki 1
    Hoki 1
    Dokumen40 halaman
    Hoki 1
    adrianquzair
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen26 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ismi Asma' Ismail
    Belum ada peringkat
  • Log Hoki
    Log Hoki
    Dokumen88 halaman
    Log Hoki
    Tham Chang Shing
    Belum ada peringkat
  • Hoki Assignment
    Hoki Assignment
    Dokumen39 halaman
    Hoki Assignment
    Parameswari Perumal
    Belum ada peringkat
  • Kenali Sukan Hoki
    Kenali Sukan Hoki
    Dokumen12 halaman
    Kenali Sukan Hoki
    fiqasaila
    Belum ada peringkat
  • Assi. Hockey
    Assi. Hockey
    Dokumen32 halaman
    Assi. Hockey
    Mike Lee
    Belum ada peringkat
  • Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Dokumen8 halaman
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Najwatul Husna
    100% (1)
  • Kenali Sukan Hoki
    Kenali Sukan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Kenali Sukan Hoki
    joylynchocolove
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen7 halaman
    Hoki
    Mohammad Fadzli Awg Bakar
    Belum ada peringkat
  • Tugas Rutin Keterampilan Dasar Hockey
    Tugas Rutin Keterampilan Dasar Hockey
    Dokumen4 halaman
    Tugas Rutin Keterampilan Dasar Hockey
    Ahmad Risandi
    Belum ada peringkat
  • Tugas Sport History and Phylosophy
    Tugas Sport History and Phylosophy
    Dokumen9 halaman
    Tugas Sport History and Phylosophy
    Lutfi Muhammad Fauzi
    Belum ada peringkat
  • Hockey
    Hockey
    Dokumen28 halaman
    Hockey
    Seregian Serge Jr.
    Belum ada peringkat
  • Modul Latihan Hoki
    Modul Latihan Hoki
    Dokumen70 halaman
    Modul Latihan Hoki
    jayaselan
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki
    Pengenalan Hoki
    Dokumen8 halaman
    Pengenalan Hoki
    Amnan Nordin
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI MALAYSIA
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Dokumen8 halaman
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Amnan Nordin
    Belum ada peringkat
  • BADMINTON
    BADMINTON
    Dokumen8 halaman
    BADMINTON
    muhammad Fauza
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Bulu Tangkis
    Sejarah Bulu Tangkis
    Dokumen5 halaman
    Sejarah Bulu Tangkis
    Tasya Amanda
    Belum ada peringkat