Anda di halaman 1dari 12

KENALI SUKAN : HOKI

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh
dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan
sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di sesetengah negara hoki ais kurang
menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput.

Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet” yang kemudiannya
diterjemahkan kepada bahasa inggeris menjadi “hockey”.

Sejarah

Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini
menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi
permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah
diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m
lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia
diperkenalkan semula di England.

Follow up:

Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat
masyarakat di negara tersebut . oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai
sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi
di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini
menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada
pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur
boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti
kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan
permainan ini.

Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-
undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama,
namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainanini menapak bersaing
dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka
permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-
individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di
Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama
permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah
diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan menjadi
hockey.

Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima
semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja
tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertam telha pun
ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London
dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan
hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang
permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang
terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan kesalahan.

Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam
satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey
Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini.
Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia.
Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika
Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Permainan Antarabangsa

Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya.
Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam
sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada
Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini
sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.

Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat
dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka
hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-
negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan
Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi
pengalola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan
permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan
ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia,
Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara,
Kejohanan Eropah dan sebagainya.

Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah
India dan malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan
England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand.
Hoki Di malaysia

Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang
bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat
orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan
pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara
kita iaitu antara Selangor dan s\Singapura.

Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana
berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima
untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkat umur mula meminati sukan ini tidak
mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan
penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-
negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri.
Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan
dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu
pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan
di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh,
Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF)
ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH
telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF
ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai
Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk
pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada
tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Penekanan Permainan Hoki

Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat
dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap,
berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan
dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek :-

i. penguasaan kemahiran

ii. pengembangan pengetahuan

iii. pembentukan moral

Bilangan Pemain Dan Cara Permainan

Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki
juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan.
Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola
hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak
dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian
badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.

Kawasan Permainan

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini.
Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak
dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta
memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan
kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika
kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan
terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan
sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.

Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang


hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7
meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang
diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan
yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang
dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari
padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan
lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air
atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Kayu Hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang
hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang
mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain
kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya
digambarkan seperti berikut:-

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain
dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan
ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki
adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g
untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu
yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap.
Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada
pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan
menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
Jangkamasa Permainan

Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh
masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit
dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar
atau pemain mengalami kecederaan.

 Permulaan permainan dan memulakan semula permainan.


 
*    Permulaan        -           pihak lawan berada 3 meter dari bola
 
*    Buli                  -           Semua pemain yang tidak mengambil buli mesti
berada sekurang-kurangnya 3 meter dari tempat buli.
 
Berlaku kekalutan dalam D maka buli diadakan di luar D bertentangan garisan tengah
gol.
 
6.                  Menjaringkan gol
 
Hanya tolakan dan menceduk yang tidak merbahaya untuk menjaringkan gol sahaja
dibenarkan.
 
      7.          Salahlaku permainan
 
(i)                  Pemain tidak dibenarkan memukul bola.
(ii)                Pemain tidak dibenarkan baring di atas padang sewaktu permainan.
(iii)               Pemain tidak dibenarkan berada dalam kawasan kecil gol pada sepanjang masa.
 
      *    Penalti
     
(i)                  Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan sendiri – P.C untuk penyerang.
(ii)                Kesalahan dalam D – P.C atau P.S jika kesalahan disengajakan
(iii)               Kad kuning – Tidak kurang dari 2 minit dan tidak lebih dari 5 minit.
(iv)              Jika pemain simpanan dikenakan kad kuning maka salah seorang pemain di dalam
padang permainan perlu dikeluarkan dan tidak boleh digantikan. Ia hanya boleh
dimasukkan semula bila masa penggantungan tamat.
(v)                Kad merah (permainan semasa) – Sama seperti kad kuning tetapi pasukan akan
menamatkan permainan dengan kekurangan seorang pemain.
 
8.             Tolakan percuma
 
        di mana sahaja kawasan permainan – pihak lawan berada sejauh 3 meter dari tempat
tolakan.
        Dalam jarak 3 meter dari D untuk penyerang – semua pemain mesti berada dalam jarak 3
meter dari bola,
        Jika kesalahan berlaku dalam D oleh penyerang – tolakan boleh diambil dari dalam D.
        Melambatkan masa permainan- P.C jika diluar D.
        Sewaktu P.C – bola mesti dimatikan seketika (dalam atau luar D) sebelum cubaan
menjaringkan gol dibenarkan.
        Jika bola melintasi garisan tengah maka undang-undang P.C tamat.
 
9.         Penalti Stroke-Ubahsuai
 
(i)                  P.S boleh dikenakan jika pemain terbabit melakukan kesalahan serius
dengan sengaja atau tidak bersemangat kesukanan dimana sahaja
dalam padang permainan.
 
(ii)                Sewaktu P.S – hanya tolakan sahaja dibenarkan. Kedudukan sama seperti permainan
padang biasa.
(iii)               Tidak dibenarkan mengheret bola sewaktu P.S.
(iv)              Jika tiada gol maka tolakan percuma untuk pertahanan.
 
10.       Bola diluar padang permainan
 
            (A)       Keluar garisan tepi
 
(i)                  dimana sahaja – tolakan dikawasan bola keluar
(ii)                Berhampiran D – Semua pemain mesti berada 3 meter jauh dari bola kecuali pemain
yang mengambil tolakan.
 
(B)       Keluar garisan gol atau garisan belakang
 
(i)                  Oleh penyerang atau secara tidak sengaja oleh pertahanan – tolakan percuma untuk
pihak pertahanan.
(ii)                Secara sengaja oleh pertahanan – dari mana–mana bahagian padang maka P.C akan
diberikan.

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI


1. AM
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Hoki
2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur dan dikelolakan oleh ________________________
3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari lapan belas (18) orang pemain yang terdiri
dari pegawai/anggota/kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Pendaftaran hendaklah
menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.2 Pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang dipakainya di sepanjang pertandingan
ini.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku
sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara
automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak
sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di lokasi yang akan ditentukan kemudian.
4.2 Perlawanan akan bermula pada __________ dan akan berakhir pada ________________. Setiap
perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 20 + 5 + 20.
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan
dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan
lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya
dimulakan.
5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Perlawanan akan dijalankan secara sebelas (11) sebelah.
5.2 Sekiranya lima (5) atau kurang pasukan mengambil bahagian, perlawanan pusingan awal akan
akan dijalankan secara liga satu kumpulan. Pada pusingan seterusnya, pasukan di kedudukan
pertama dan kedua akan bertemu untuk menentukan johan dan naib johan manakala pasukan di
kedudukan ke tiga dan keempat akan bertemu untuk menentukan kedudukan tempat ketiga.
5.3 Sekiranya enam (6) atau lebih pasukan mengambil bahagian, pasukan-pasukan yang bertanding
akan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan
dengan cara undian.
5.4 Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga. Johan dan Naib
Johan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan Johan Kumpulan B
dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat akhir.
Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5.5 Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.
5.6 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah
berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
5.6.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
5.6.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak
5.6.3 Jika masih seri juga, pasukan yang menang dalam perlawanan sebelumnya.
5.6.4 Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang
banyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,
5.6.5 Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagi
menentukan pemenang.
5.6.6 Di peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam
kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, perlawanan akan diteruskan dengan masa
tambahan 15 minit dengan 7 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit untuk
pertukaran padang. Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akan
diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkan
sebagai pemenang. Dan,
5.6.7 Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagi
menentukan pemenang.
6. PERTUKARAN PEMAIN.
6.1 Tiada had dikenakan untuk pertukaran pemain pada sesuatu perlawanan. Pemain yang diganti
dibenarkan mengambil bahagian semula dalam perlawanan.
6.2 Pemain yang digantung permainan tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian.
7. KEMENANGAN PERCUMA
7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya
didapati melakukan kesalahan seperti berikut :
7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti
dinyatakan dalam perkara 3.3
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya
dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu
perlawanan.
7.1.4 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan
lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari
kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.
8. PERATURAN AM
8.1 Jika seseorang pemain telah menerima tiga (3) amaran (kad hijau) dalam perlawanan sebelumnya
pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) ‘temporary suspensions’ (kad kuning) dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan
berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain menerima dua (2) amaran (kad hijau) dan satu (1) ‘temporary suspensions’
(kad kuning) dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan
bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
8.4 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dalam suatu perlawanan, pemain tersebut secara
automatik tidak dibenarkan bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.5 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang
berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang
akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu
dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.6 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap
mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.
8.7 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat yang ditetapkan oleh
Persatuan Hoki Malaysia (MHF) hendaklah digunapakai.
8.8 Sekiranya Pengurus Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan, pasukannya akan didenda
dengan dikeluarkan daripada pertandingan.
9. PENGADILAN
Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah dari Persatuan Hoki Kuala Lumpur.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
7 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUkKAN
10.1 Mana-mana perkara yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini adalah dalam bidang kuasa
Jawatankuasa Pertandingan dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola.
10.2 Jawatankuasa Pertandingan/Pengelola berhak membuat sebarang pindaan pada peraturan
pertandingan ini bila-bila masa diperlukan.
11. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik
oleh pihak penganjur kejohanan ini.

Hoki
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Hoki
A game of field hockey in progress
Badan induk tertinggi International Hockey Federation
Nama samaran Hockey
Pertama dimainkan 19th century
Ciri-ciri
Contact No
Ahli pasukan 11 players
Kategori Indoor–Outdoor
Bola Field Hockey ball
Olimpik 1908, 1920, 1928–present

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh
dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan
sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak
begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah
sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai
hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu
"hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Isi kandungan
[sorok]
 1 Sejarah
o 1.1 Sejarah Hoki di Malaysia

 2 Padang permainan
 3 Rujukan

 4 Pautan luar
[sunting] Sejarah
[sunting] Sejarah Hoki di Malaysia

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara
tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih
belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah
penduduk tempatan mula meminati permainan ini.

Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan
perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di
Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

[sunting] Padang permainan

Diagram padang hoki

Kebanyakan ukuran padang hoki pada asalnya diteteapkan menggunakan nombor integer
ukuran imperial dan dituliskan sedemikian dalam rencana ini.

[sunting] Rujukan
 Rencana mengenai hoki
[sunting] Pautan luar
 Laman web FIH   badan pentadbiran antarabangsa permainan hoki
 Peraturan Hoki FIH, 2006 (fail pdf)
 Laman web FieldHockey – sumber maklumat hoki dunia dalam talian, termasuk
berita dan forum Talkinghockey.net
 Dah Puas aku cari kat library. susah nak dapat pasal sejarah sukan. bukan hoki jer,
semua sukan laa..
 “Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar
dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada
peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan
Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat
menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri
pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.
 Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan.
Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai
meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara
kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926
perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

 Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya
sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke
negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan
Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk
mengadakan perlawanan seterusnya.
 Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil
bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan
persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat
lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam
kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.
 Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di
Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan
Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini
di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai
ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan
kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.
 Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis
Olimpik Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini .
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau
menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri
ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah
pertandingan ini berjaya dianjurkan.
 Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan
galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk
memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-
bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini
Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan
Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat
antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan
tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun
kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan kita.
 Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada
tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang
diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan
yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam
Pia la Dunia.
 Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita
menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki
tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di
belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang
mampu menggugat pasukan kita.”
 Kalau nak tau lagi koranga tanya laa Khai..kat mana dia dapat..( cari kat e-
learning portal Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)
  
 Pastu aku dapat info lagi . Kat UM ada tesis pasal nie Sejarah Hoki..
 Boleh laa kot.. Nie siap ada no siri lagi.. 0222 Mariappan a/l Perumal : Sejarah
perkembangan hoki di Malaysia : satu analisa pencapaian antarabangsa pasukan
hoki Malaysia dari 1900 hingga 1979. UM8665. tu jer aku dapat. tanya kat library
ada kot.
  
 Nanti aku dapat info aku letak lai.. banyak ooo.. baru satu sukan.

Anda mungkin juga menyukai

  • MPU3041
    MPU3041
    Dokumen7 halaman
    MPU3041
    Normie Asmin
    Belum ada peringkat
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen7 halaman
    HOKI
    Norlisa_Muhama_8364
    Belum ada peringkat
  • Kenali Sukan Hoki
    Kenali Sukan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Kenali Sukan Hoki
    joylynchocolove
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen7 halaman
    Hoki
    Mohammad Fadzli Awg Bakar
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen26 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ismi Asma' Ismail
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki
    Sejarah Hoki
    Dokumen6 halaman
    Sejarah Hoki
    Hazmin Azami
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH_HOKI
    SEJARAH_HOKI
    Dokumen82 halaman
    SEJARAH_HOKI
    Rocco True
    Belum ada peringkat
  • Hoki Assignment
    Hoki Assignment
    Dokumen39 halaman
    Hoki Assignment
    Parameswari Perumal
    Belum ada peringkat
  • Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Dokumen8 halaman
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Najwatul Husna
    100% (1)
  • 08 Isi Pelajaran Hoki
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Dokumen82 halaman
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Ija Mirza
    100% (2)
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen46 halaman
    Hoki
    Mhekala Perumal
    100% (1)
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen88 halaman
    Isl Hoki
    noka78
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI MALAYSIA
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Dokumen122 halaman
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Ahmad Naqib
    Belum ada peringkat
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen87 halaman
    Isl Hoki
    Abdul Mujib
    Belum ada peringkat
  • HOKI Sejarah
    HOKI Sejarah
    Dokumen9 halaman
    HOKI Sejarah
    Ali Mustafa
    Belum ada peringkat
  • Esemen Hoki.. Ntah La....
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    Dokumen43 halaman
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    aqajim
    Belum ada peringkat
  • Log Hoki
    Log Hoki
    Dokumen88 halaman
    Log Hoki
    Tham Chang Shing
    Belum ada peringkat
  • Intro
    Intro
    Dokumen32 halaman
    Intro
    shivani4598
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki Di Malaysia
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Dokumen20 halaman
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Kalpana Krishnan
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen93 halaman
    Hoki
    terompahcomel
    50% (2)
  • Hoki Ass
    Hoki Ass
    Dokumen73 halaman
    Hoki Ass
    Renu Balakrisahnan
    Belum ada peringkat
  • Assi. Hockey
    Assi. Hockey
    Dokumen32 halaman
    Assi. Hockey
    Mike Lee
    Belum ada peringkat
  • Permainan Hoki
    Permainan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Permainan Hoki
    GayuGeo1930
    Belum ada peringkat
  • Permainan Hoki-Sem 3
    Permainan Hoki-Sem 3
    Dokumen48 halaman
    Permainan Hoki-Sem 3
    GG1930
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki
    Pengenalan Hoki
    Dokumen13 halaman
    Pengenalan Hoki
    Randy Rusli
    Belum ada peringkat
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen34 halaman
    HOKI
    Sivarajan Jayapalan
    Belum ada peringkat
  • 2007122710123308-Topic 7 Low
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Dokumen18 halaman
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Olivia Eva Melisa
    Belum ada peringkat
  • Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5
    Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5
    Dokumen10 halaman
    Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5
    PaRaDoX eLaKSaMaNa
    Belum ada peringkat
  • Projek Hoki
    Projek Hoki
    Dokumen90 halaman
    Projek Hoki
    irman1975
    Belum ada peringkat
  • Folio Lengkap Permainan Hoki
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Dokumen42 halaman
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Zulfakhar Aziryn
    57% (7)
  • Folio Hoki
    Folio Hoki
    Dokumen37 halaman
    Folio Hoki
    Eng Kok Leong
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki...
    Sejarah Hoki...
    Dokumen9 halaman
    Sejarah Hoki...
    anon_621637997
    Belum ada peringkat
  • Hockey
    Hockey
    Dokumen28 halaman
    Hockey
    Seregian Serge Jr.
    Belum ada peringkat
  • HOKI PERALATAN
    HOKI PERALATAN
    Dokumen55 halaman
    HOKI PERALATAN
    Sivanathan Anbu
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen109 halaman
    Hoki
    SITI IRANA BINTI ALI Moe
    Belum ada peringkat
  • Manual Hoki Flick
    Manual Hoki Flick
    Dokumen38 halaman
    Manual Hoki Flick
    Encik Saiful
    100% (1)
  • Hoki 1
    Hoki 1
    Dokumen40 halaman
    Hoki 1
    adrianquzair
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen21 halaman
    SEJARAH HOKI
    Lau Ung Hong
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    Dokumen33 halaman
    Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    asyraf
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen5 halaman
    Hoki
    Louise Lim
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen29 halaman
    Hoki
    niey712
    Belum ada peringkat
  • Nota Hoki 2
    Nota Hoki 2
    Dokumen14 halaman
    Nota Hoki 2
    catcat85
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen23 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ruth Ting
    Belum ada peringkat
  • Hoki Modul (Sports)
    Hoki Modul (Sports)
    Dokumen70 halaman
    Hoki Modul (Sports)
    Suren Kumar
    100% (4)
  • Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia
    Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia
    Dokumen12 halaman
    Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia
    Cik Manis
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki 2
    Pengenalan Hoki 2
    Dokumen8 halaman
    Pengenalan Hoki 2
    SharinaZuhair
    Belum ada peringkat
  • Modul Latihan Hoki
    Modul Latihan Hoki
    Dokumen70 halaman
    Modul Latihan Hoki
    jayaselan
    Belum ada peringkat
  • Tajuk 3
    Tajuk 3
    Dokumen17 halaman
    Tajuk 3
    jaleeturion89
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki
    Sejarah Hoki
    Dokumen1 halaman
    Sejarah Hoki
    Suhana Yousof
    Belum ada peringkat
  • Modal Insan Pbs
    Modal Insan Pbs
    Dokumen4 halaman
    Modal Insan Pbs
    fiqasaila
    Belum ada peringkat
  • Modal Insan Pbs
    Modal Insan Pbs
    Dokumen4 halaman
    Modal Insan Pbs
    fiqasaila
    Belum ada peringkat
  • MAHRAM
    MAHRAM
    Dokumen9 halaman
    MAHRAM
    fiqasaila
    Belum ada peringkat
  • Tajassus
    Tajassus
    Dokumen15 halaman
    Tajassus
    fiqasaila
    Belum ada peringkat