Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN & KONSEP 2-3

2 HUKUM-HUKUM 4-8

3 ISU-ISU SEMASA 9-12

4 REFLEKSI 13

5 RUJUKAN 14

6 LAMPIRAN 15

m/s 1
PENGENALAN & KONSEP

Tajassus adalah mengorek sesuatu berita. Dari segi bahasa, tajassus disebut
juga sebagai jassa al-akhbar wa tajassasaha yang bermaksud mengorek sesuatu
berita. Secara jelasnya dinyatakan bahawa bagi sesiapa sahaja yang mencuba, sedang
dan telah mengorek sesuatu berita sama ada berita tersebut adalah berita umum
mahupun rahsia, sesungguhnya orang tersebut telah bertajassus. Segala aktiviti
tersebut dikira tajassus sekiranya mereka mengorek sebarang berita tidak kira sama
ada berita tersebut merupakan rahsia atau umum. Mereka juga boleh dikenali sebagai
mata-mata atau pengintip.

Seandainya sesuatu berita tersebut didapati atau diperoleh tanpa perlu


mengorek atau menyelidik dengan lebih mendalam, maka hal tersebut tidak termasuk
dalam tajassus. Hal ini demikian adalah kerana, sesuatu situasi itu hanya akan dikira
sebagai tajassus sekiranya seseorang itu terpaksa mengorek dan mengkaji dengan
lebih mendalam terlebih dahulu untuk memperoleh sesuatu berita tersebut terutamanya
sekiranya berita tersebut merupakan sesuatu rahsia yang besar. Seseorang juga masih
tidak dikira sebagai bertajassus juga sekiranya hanya mengumpul, menyebarkan dan
menganalisis sesuatu berita tanpa termasuk unsur-unsur mengorek berita tersebut.

Bagi seseorang yang mengumpulkan serta meneliti sesuatu berita yang


bertujuan untuk disebarkan kepada masyarakat, mereka juga tidak tergolong sebagai
orang yang bertajassus. Sebagai contoh, profesion sebagai wartawan akhbar, penulis
buku serta biografi seseorang yang sering bekerja keras dalam mendapatkan maklumat
bagi sesuatu isu atau berita untuk disampaikan kepada masyarakat umum masih tidak
dikira bertajassus sungguhpun secara luarannya mereka dilihat seolah-olah mengorek
cerita untuk dijadikan bahan tulisan. Hal ini demikian kerana, tujuan mereka mengorek
berita tersebut adalah untuk disampaikan kepada masyarakat umum demi
kemaslahatan masyarakat bersama.

m/s 2
Namun, situasi mereka berbeza dengan situasi sesetengah individu yang
profesionnya sebagai pengintip, mata-mata mahupun tali barut sesuatu badan atau
organisasi. Apa yang mampu dijelaskan di sini adalah sesiapa sahaja akan dikira
bertajassus sekiranya mereka mengorek sesuatu berita dengan tujuan persendirian
dan dengan niat menjatuhkan individu-individu mahupun sesebuah organisasi tertentu.
Sebagai contoh, seorang mata-mata atau pengintip atau lebih sinonim dengan
panggilan spy, menyamar sebagai salah seorang pekerja syarikat besar yang maju dan
pesat dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut serta
mengkaji kelemahan syarikat demi bertujuan untuk menjatuhkan syarikat itu. Hal ini
jelas menunjukkan seseorang yang merupakan mata-mata atau pengintip telah
bertajassus. Aktiviti perisikan tersebut amat bersesuaian sekali dengan konsep
tajassus yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

m/s 3
HUKUM-HUKUM

Hukum tajassus boleh diklasifikasikan kepada tiga hukum iaitu HARAM , JAIZ
dan WAJIB. Hukum tersebut telah ditetapkan berdasarkan kepada siapa yang dimata-
matai atau diintip bagi mengorek sesuatu maklumat. Allah jelas berfirman di dalam Al-
Quran mengenai pengharaman bertajassus berdasarkan ayat 12 surah Al-Hujurat
(49:12) seperti berikut :-

       


           
          
    

12. “Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan


(supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya

m/s 4
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu
kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani”.

Selain dalil yang dinyatakan, Rasulullah turut menguatkan lagi hukum


pengharaman bertajassus dengan sabda baginda yang bermaksud :-

".. Janganlah kamu saling memata-matai, janganlah kamu saling menyelidik,


janganlah kamu saling berlebih-lebihan, janganlah kamu saling berbuat
kerosakan ..." [HR. Ibnu Majah dari Abu Hurairah, lihat hadis-hadis senada
dalam Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, surat al-Hujuraat [49]: 12, semisal
riwayat Imam Malik dari Abu Hurairah].

Nabi Muhammad s.a.w turut bersabda yang bermaksud :-

"Sungguh, seorang amir (pemimpin) akan menderhaka kepada rakyatnya, bila ia


memburu kecurigaan pada mereka." [HR. Abu Dawud dari Abu Umamah].

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w turut bersabda :-

"Dirahmatilah kiranya orang yang begitu sibuk dengan kesalahan dirinya sendiri,
sehingga ia tidak peduli dengan kesalahan orang lain." [HR. al-Bazaar, dari
Anas].

Islam juga sangat mencela seseorang yang suka mencampuri urusan orang lain
yang tidak ada sangkut paut dengannya. Hal tersebut telah dijelaskan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabda baginda :-

m/s 5
"Di antara hal yang menyempurnakan keislaman seseorang adalah ia
meninggalkan masalah-masalah yang tak memiliki sangkut paut dengan dirinya."
[HR.Tirmidzi dalam [b] sahih at-Tirmidzi].

Di samping itu juga, Rasulullah turut bersabda bagi menekankan lagi hukum haram
bertajassus dalam Islam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Orang yang biasa mencuri-curi dengar tidak akan masuk syurga." [HR. Bukhari
dari Huzaifah, Imam Muslim, Abu Daud, Ahmad, dan Daruqutniy].

Firman Allah di dalam Al-Quran serta Hadith yang telah dinyatakan amat jelas sekali
menunjukkan pengharaman bertajassus dalam Islam. Islam mengharamkan semua
aktiviti berkaitan mengintip, mengorek berita dan mencuri-curi dengar perbualan orang
lain yang merupakan aktiviti wajib dalam operasi mengintip. Oleh sebab itulah mengapa
orang yang mengintip dikira sebagai bertajassus dan sekali gus haram hukumnya
secara mutlak.

Selain itu juga, dalam menjelaskan lagi hukum haram bertajassus tersebut,
Islam turut menolak sebarang bukti yang diperoleh dengan jalan tajassus iaitu melalui
perisikan dan melalui mata-mata. Ia sangat jauh berbeza dengan orang-orang kafir di
Barat yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan detektif serta mata-mata
dalam mencari bukti untuk dikemukakan di muka pengadilan untuk mensabitkan
kesalahan pihak tertuduh. Hal ini sangat berbeza dengan undang-undang Islam yang
menolak segala bukti yang didapati dari segala aktiviti berkaitan perisikan. Hal ini
berdasarkan dalil riwayat dari Al-A’masy bin Zaid, beliau menceritakan bahawa Al-Walid
bin ‘Uqbah dihadapkan kepada Ibnu Mas‘ud serta dituduh ketahuan terdapat titisan
khamr di janggutnya. Lantas Ibnu Mas‘ud berkata “Kita dilarang memata-matai, tetapi
bila terdapat bukti yang nampak, kita akan menggunakannya.”

Seterusnya, hukum bertajassus turut haram terhadap kafir zimmi yang menjadi
warga negara di Daulah Khilafah. Hal ini adalah kerana kedudukan mereka setara

m/s 6
dengan kaum Muslim, sehingga seorang Muslim dilarang (diharamkan) memata-matai
atau mengintip mereka. Namun, berbeza dengan hukum memata-matai atau
mengintip kafir harbiy (kafir yang harus diperangi), baik yang kafir harbiy hakiki,
mahupun hukman, hukumnya adalah jaiz (boleh) bagi seorang Muslim, atau
sekelompok kaum Muslimin, namun wajib bagi negara (Daulah Khilafah), baik yang
kafir harbiy yang berada di dalam Daulah Khilafah Islamiyyah, maupun yang berada di
negaranya sendiri.

Dalil bagi hukum tersebut jelas berdasarkan riwayat yang disebut dalam Sirah Ibnu
Hisham, bahawa Rasulullah pernah mengutus 'Abdullah bin Jahsiy bersama 8 orang
dari kalangan Muhajirin. Kemudian Rasulullah memberikan sebuah surat kepada
'Abdullah bin Jahsiy, dan baginda menyuruhnya agar tidak melihat isinya. Dia hanya di
bolehkan membuka surat itu setelah berjalan kira-kira 2 hari lamanya. Selanjutnya
mereka bergegas pergi. Setelah menempuh perjalanan selama dua hari, barulah
'Abdullah bin Jahsiy membuka surat, dan membaca isinya. Isi kandungannya adalah,

"Jika engkau telah melihat suratku ini, berjalanlah terus hingga sampai kebun
kurma antara Mekah dan Tha'if, maka intailah orang-orang Quraisy, dan
khabarkanlah kepada kami berita tentang mereka (orang Quraisy)."

Dalam surat tersebut, Rasulullah memerintah 'Abdullah bin Jahsiy untuk memata-matai
(mengintip) orang Quraisy, dan mengkhabarkan berita tentang mereka kepada
baginda. Akan tetapi, baginda memberikan pilihan kepada para sahabat yang lain sama
ada untuk mengikut 'Abdullah bin Jahsiy atau tidak. Akan tetapi, Rasulullah
menghendaki 'Abdullah bin Jahsiy untuk terus berjalan hingga sampai ke kebun kurma
antara Mekah dan Tha'if, dan memata-matai (mengintip) orang Quraisy. 
Riwayat ini menyatakan bahawa Rasulullah Saw, telah meminta Sahabat untuk
melakukan aktiviti perisikan, yakni wajib hukumnya bagi 'Abdullah bin Jahsiy, namun
sahabat yang lain diberi dua pilihan, iaitu sama ada mengikut ‘Abdullah bin Jahsiy atau
tidak. Dengan demikian, tuntutan untuk melakukan perisikan bagi amir jemaah yakni
‘Abdullah bin Jahsiy (dinisbahkan sebagai nagara) adalah pasti sehingga membawa

m/s 7
kepada hukum wajib sedangkan, bagi kaum Muslimin pula tuntutannya tidak pasti yang
membawa hukum dibolehkan (jaiz). Hadith ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa
undang-undang memata-matai (mengintip) kafir harbiy adalah wajib bagi negara,
sedangkan bagi kaum Muslimin adalah jaiz (dibolehkan) sahaja.

m/s 8
ISU-ISU SEMASA
TAJASSUS DALAM KONTEKS
DAKWAH

Dalam menjalankan proses dakwah mahupun pencegahan maksiat, kita sering kali
mendengar pelbagai intipan dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang tangkapan
dilakukan. Maka di sini jelas menunjukkan bahawa tajassus diaplikasikan dalam
konteks dakwah dan pencegahan maksiat sebagai contoh yang paling mudah adalah
‘Operasi Khalwat’. Namun sebenarnya, tajassus sama sekali tidak dibenarkan dalam
Islam melainkan ke atas orang bukan Islam atau demi kemaslahatan negara.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan sebarang amalan yang bercanggah seperti
tajassus dicampuradukkan dalam konteks dakwah, maka satu garis panduan
seharusnya dipatuhi seperti berikut :-

Garis Panduan Umum Operasi Khalwat 

1. Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus berkembang


dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperoleh berdasarkan
perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut.
Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan
berlaku. Jika dia melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik. Pemberitahuan
orang fasik ditolak.

2. Operasi Itu Sendiri Tidak Berasaskan Tajassus.


Operasi memeriksa bilik ke bilik atas usaha mencari kesalahan maksiat adalah
diketegorikan sebagai tajassus. Kemungkaran yang dicegahkan ialah apabila ia nyata
atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas.

m/s 9
Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka operasi
mencari maksiat tersembunyi seperti meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa
sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah
bercanggahan dengan ruh Islam.

3. Operasi Tidak Boleh Berasaskan Perkhabaran Yang Tidak Diyakini


Sebarang syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras
operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Ini seperti firman
ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 6: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman!
Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Operasi ini mempunyai kesan terhadap maruah dan hak kebebasan orang lain. Maka
individu yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak.
Termasuk dalam hal ini ‘kaki tajassus’. Al-Imam Ibn Kathir menyebut bahawa
berdasarkan ayat ini sebahagian ulama menolak riwayat orang yang tidak diketahui
latarbelakangnya dibimbangi ia fasik.(lihat: Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 13/145,
Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub 1425H)

4. Pihak Pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban


sesama muslim –secara langsung atau tidak- tanpa kesedaran sendiri melakukan
Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.
Nabi s.a.w tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-
kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh
ditutup keaiban saudara Muslim. Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan
diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu
adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi
maklumat dalam maksiat peribadi ini hendaklah dihentikan.

m/s
10
5. Tidak boleh didedahkan maksiat ini kecuali untuk perbicaraan kes.
Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah
bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan dalam Islam.

6. Operasi benar-benar berteraskan keyakinan terhadap keselarasan dengan


kaedah syarak dan ketepatan tindakan.
Perlu disedari operasi ini boleh menyebabkan sangkaan buruk tanpa bukti kukuh,
mencemarkan maruah jika tersilap tangkapan, mengganggu ketenteraman individu dan
haknya, menimbulkan kebencian terhadap pihak agama jika masyarakat diperiksa
tanpa bukti yang nyata dan lain-lain. Maka jika ada sebarang keraguan, hendaklah tidak
diteruskan sesuatu operasi pada sesuatu masa atau tempat. Maka kes kesilapan dalam
tangkapan yang berlaku di sana sini adalah tanda menjalankan operasi atas keraguan.

Jika operasi dibuat dengan mematuhi syarat-syarat yang berlandaskan ruh syarak tentu
kesilapan dan bantahan orang ramai terhadap cara operasi dijalankan boleh di atasi.
Fokus masalah umat Islam juga hendaklah lebih luas. Maka persoalan tajassus yang
dibincangkan oleh para ulama hendaklah diberikan perhatian serius agar imej Islam
dapat dipelihara.

TAJASSUS DALAM KONTEKS


KESELAMATAN NEGARA

Timbul persoalan pada sesetengah pihak, terutamanya pasukan keselamatan; jika


intipan dilarang sama sekali, ia boleh menimbulkan ancaman yang membahayakan
negara atau keselamatan awam. Ini seperti rancangan pengedaran dadah, senjata api
dan seumpamanya.

Di sini perlu dijelaskan, tajassus adalah diharamkan untuk kemaslahatan dan


mengelakkan kerosakan. Namun jika terbukti di sana ada keburukan atau

m/s
11
kemerbahayaan yang lebih besar yang mengancam keselamatan awam, maka ia
diizinkan seperti mana diizinkan mengumpat untuk suatu tuntutan yang mendesak. Ini
seperti firman ALLAH dalam Surah al-Nisa 148-149:

             
  
           
  
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-
terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan
sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang
dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha
Kuasa”.

Dalam keadaan terdesak, maka apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Syaukani amat
bertepatan. Kata beliau: “Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak
mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan kerana ia termasuk
dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk
suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan
meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran
lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa
pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak
dinamakan tajassus jika pelaksananya benar-benar mengetahui”. (Al-Syaukani, Al-Sail
al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 1405H).

REFLEKSI

m/s
12
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya akhirnya dapatlah saya
menyiapkan tugasan Akhlak secara individu ini dengan jayanya.

Dalam menyiapkan tugasan tersebut sudah pastinya saya tidak akan mampu lari
dari menghadapi pelbagai ujian serta cabaran sebagai menguji tahap kesabaran serta
ketabahan diri saya. Tambahan pula dalam meniti arus kehidupan dunia yang serba
moden ini, akhlak selalunya dipinggirkan begitu sahaja memandangkan individu pada
masa kini tidak mementingkan akhlak sebaliknya mereka hanya memandang remeh
terhadap akhlak tersebut kerana menganggap akhlak merupakan suatu perkara yang
membosankan. Bagi mereka, berakhlak mulia tidak penting dan tidak perlu dalam
kehidupan seharian mereka tanpa mereka sedari hakikat yang sebenarnya betapa
pentingnya berakhlak mulia.

Sepanjang menjalankan tugasan ini saya telah menempuh pelbagai masalah


dan halangan dalam mencari definisi tajassus serta hukum-hukumnya. Selain itu, saya
turut bekerja keras untuk mengaitkan isu semasa yang berkaitan tajassus dalam
kehidupan seharian. Namun itu bukan alasan untuk menjatuhkan semangat saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Masalah internet yang tidak konsisten dan banyak laman-
laman web disekat menyebabkan saya sukar untuk mencari info-info yang berkaitan
perkaitan antara keduanya.

Alhamdulillah, akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan tepat pada masanya.


Bantuan dan dorongan dari pensyarah pembimbing, Ustaz Shukri bin Ahmad yang
memberi maklumat dan catatan yang dibuat semasa kuliah beliau turut membantu.
Segala kerjasama daripada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

m/s
13
RUJUKAN

Abidin, D. M. (2007, Februari 21). Isu Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Mungkar.

Retrieved Ogos 24, 2010, from Minda Mufti:

http://drmaza.blogspot.com/2007/02/isu-tajassus-dalam-operasi-

pencegahan.html

Faridul. (2007, Disember 5). Tadabbur al-Engineer (faridul.blogspot.com). Retrieved

Ogos 21, 2010, from [isu lapuk]: Isu “tajassus” dalam operasi tangkap khalwat:

http://faridul.wordpress.com/2007/12/05/isu-lapuk-isu-

%E2%80%9Ctajassus%E2%80%9D-dalam-operasi-tangkap-khalwat/

Ma'ruf, F. (2007, Januari 26). Hukum Tajassus (Spionase). Retrieved Ogos 23, 2010,

from Konsultasi Islam: http://konsultasi.wordpress.com/2007/01/26/hukum-

tajassus-spionase/

Saif, A. (2008, November 5). Antara Peduli dan Peduli Apa! Retrieved Ogos 25, 2010,

from www.saifulislam.com: http://saifulislam.com/?p=3663

m/s
14
LAMPIRAN

m/s
15

Anda mungkin juga menyukai