Anda di halaman 1dari 6

ISU SEMASA

Penyebaran Maklumat atau Berita Palsu (Fitnah)

Mutakhir ini kita sering terbaca pelbagai penyebaran berita palsu di pelbagai
medium maklumat khususnya dalam platform media sosial seperti Facebook,
Instagram, Twitter dan Tik Tok, perkhidmatan mesej segera (Whatsapp), blog dan laman
sesawang. Pengguna internet di Malaysia dianggarkan kira-kira 20 juta orang dengan 62
peratus mengguna media sosial. Hampir lima jam daripada masa mereka mengguna
telefon pintar untuk tujuan mencapai internePenyebaran maklumat atau berita palsu ini
diibaratkan seperti perkara biasa pada masa ini. Perkara ini berlaku tidak kira sama ada
di kalangan suami isteri, adik beradik, rakan dan sahabat karib malah anak serta ibu
ayah juga terjadi.

Pada masa dahulu, fitnah disebarkan secara lisan atau sebaran daripada
pendengaran telinga kepada telinga yang lain dan pasti mengambil masa lama untuk
tersebar

Apa itu Fitnah?

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang
bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh
pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan,
buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang
atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya ialah
"cubaan" atau "ujian".

Imam al-Ghazali menjelaskan sifat fitnah sebagai merujuk kepada pemindahan


kenyataan seseorang kepada orang lain seperti : “si fulan berkata dan mengata kepada
kamu itu dan ini”.

Imam Nawawi pula menyatakan fitnah ialah pemindahan maklumat daripada


percakapan manusia atau orang ramai kepada seseorang yang lain dengan tujuan untuk
merosakan hubungan di antara mereka.

1
Menurut Kamus Dewan , / fitnah diertikan sebagai Tuduhan (khabar, kisah dan
lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan
seseorang.

Fitnah juga diibaratkan seperti bau busuk tidak berbangkai yang membawa
maksud fitnah (celaan) yang tidak benar.

Perspektif Islam

Masyarakat perlu bertindak bijak dengan menapis setiap maklumat yang diterima dan
merujuk kesahihannya sebelum disebarkan. Kepentingan untuk tidak mempercayai
bulat-bulat sebarang maklumat yang diterima tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Sumber Al –Quran

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita maka bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya) supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
lakukan." (Surah al-Hujurat :ayat 6)

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada


golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu
bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang daripada mereka mendapat
balasan daripada dosa yang dikerjakannya dan siapa di antara mereka yang mengambil
bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang Mukminin dan
Mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak)
berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." (Surah al-Nur :ayat 11-12)

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang


buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa
yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui

2
(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah al-
Nur:ayat 19)

Hadis Nabi

Daripada Huzaifah RA, baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Pelbagai fitnah
ditimpakan pada hati manusia seperti tikar yang dianyam selembar demi selembar. Bagi
hati yang diresapi fitnah dengan sempurna maka akan ditoreh dengan satu titik hitam
padanya. Bagi hati yang mengingkarinya maka ditorehkan satu titik putih padanya
sehingga hati manusia menjadi dua. Hati putih seperti batu halus licin maka tiada fitnah
yang dapat menimpa mereka selagi ada langit dan bumi. Sedangkan hati yang lain
adalah berwarna hitam keruh seperti belakang tempayan, tidak mengenali kebaikan dan
tidak mengingkari kemungkaran kecuali apa yang dirasukkan daripada hawa
nafsunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Tiadalah seseorang itu mengucapkan apa-apa pun melainkan di sisinya ada yang
menulis." (Surah Qaf :ayat 18)

“ Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)”.


(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda maksudnya:


“Cukuplahseseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang
didengarinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Samurah Bin Jundub RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda maksudnya:
"Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah SAW: "Adapun orang yang diseksa dengan
penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut
lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga
menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan
pembohongan sehingga seluruh ufuk penjuru dunia." (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

3
Nabi SAW juga bersabda maksudnya: "Celakalah golongan-golongan pelampau.
Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Muslim)

Perspekstif Perundangan di Malaysia

Negara pernah digemparkan dengan penyebaran berita palsu mengenai Tunku


Ismail Sultan Ibrahim memberi bantuan di beberapa pasar raya pada tahun 2018. Berita
ini telah tular di media sosial dan turut disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. Perkara
ini juga menjadi kes pertama yang disiasat di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018
[Akta 803]. Walau bagaimanapun, Akta ini telah dimansuhkan pada tahun 2019.

Namun begitu, masyarakat masih perlu berwaspada dalam penyebaran apa jua
berita yang palsu dan tidak benar kerana walaupun Akta 803 telah dimansuhkan,
sebarang penyebaran berita palsu masih boleh dianggap sebagai satu kesalahan dan
boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia 1998 [Akta 589] dan Akta Fitnah 1987 [Akta 286].

Semasa berlakunya wabak COVID-19, pelbagai isu mengenai virus ini turut
terlibat dalam penyebaran berita tidak benar. Ini sedikit sebanyak meletakkan
masyarakat dalam situasi risau dan berasa tidak selamat. Sehubungan itu, satu portal
iaitu SEBENARNYA.MY disediakan bagi menangani masalah penyebaran berita palsu
dan menyemak kesahihan berita yang akan dikongsikan.

Doa yang diajarkan Nabi untuk mengelakkan diri daripada fitnah

Riwayat daripada Anas RA yang bermaksud: "Wahai Zat yang membolak-


balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Riwayat Ibn Abbas RA maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon


kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan
Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau
menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang
fitnah." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

4
Riwayat Abi Burdah bin Abdillah, daripada bapanya maksudnya: "Ya Allah!
Sesungguhnya kami jadikan Kamu sebagai benteng pada leher-leher mereka dan kami
berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Riwayat Ibn Abbas RA maksudnya: "Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan
sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang
berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung.
Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik
langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia." (Hadis Riwayat al-
Bukhari)

Riwayat Anas RA maksudnya: "Ya Allah! Engkaulah kekuatanku dan Engkaulah


penolongku dan dengan-Mu aku berperang." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Riwayat Sa'ad bin Abi Waqqas RA maksudnya: "Tidak ada Tuhan yang berhak
disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
daripada kalangan orang-orang yang zalim." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Riwayat Abu Bakrah RA maksudnya: "Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku


berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata
dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan
sebenarnya selain Engkau." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kesimpulan

Kita hendaklah menjaga adab berurusan di alam maya walau apa jua medium
maklumat sekalipun. Berhati-hati dan menyemak (tabayyun) kesahihan berita yang
dibaca dan diterima sebelum menyebarkannya ialah cara terbaik untuk menyekat dan
mengelakkan masalah penyebaran berita tidak benar daripada terus berleluasa.

Justeru itu, untuk mengelakkan diri daripada fitnah, maka jangan kita mulakan
dengan memfitnah walaupun dengan sekecil-kecil perkara. Fitnah akan tersebar

5
tanpa disedari, akhirnya merebak mencetus api membakar diri. Saya akhiri dengan
serangkap pantun Melayu :

Apabila laut dilanda rebut,


Ombak memecah angin gemuruh;
Apabila mulut tersalah sebut,
Banyak fitnah membawa gaduh.

Anda mungkin juga menyukai