Anda di halaman 1dari 10

Definisi Fitnah

Fitnah berasal daripada perkataan bahasa arab yang mengandungi


beberapa makna. Antaranya disebutkan oleh al-Azhari, Ibn Faris, dan Ibn
Manzur bahawa fitnah yang membawa makna seperti  ibtila’ atau ujian.

Ibn Athir pula menambah bahawa asalnya fitnah digunakan oleh


kebanyakan bangsa arab sebagai ujian, kemudian penggunaanya juga
masyhur bagi menunjukkan makna kufur, pembunuhan serta kebakaran

Untuk itu, fitnah dari segi istilah mempunyai pelbagai maksud sesuai
dengan situasi ia digunakan. Ibn Hajar menyebut bahawa:

ِ ‫الف َغ الِ ب ا ِإ مَّن ا ت ُْن َش ُأ ع ِن التَّ ب ِد ي ِل و ا ِإل ح َد‬


ِ
‫اث‬ ْ َ ْ ْ َ ً َ‫ِإ َّن نَت‬
Maksudnya: “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk
mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.” 

Dalam masyarakat Melayu perkataan fitnah memberi makna yang lebih


spesifik. Ia hanya merujuk kepada sebarang tuduhan yang diada-adakan
untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau sesuatu pihak
yang membawa kepada porak-peranda.Berdasarkan takrifan ini,  hukum
fitnah jelas haram dan ditegah . Ini kerana perbuatan fitnah dikecam
dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah
R.A:

ٌ‫الَ يَ ْد خُلُ ا جْلَ نَّ ةَ مَنَّ ام‬


Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah
(mengadu domba).”  [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Imam Nawawi berkata: Dalam riwayat yang lain disebut dengan kalimah '
*‫'ق*ت *ا*ت‬. Ia juga memberi makna pemfitnah. Maksud nammam seperti kata
ulama' ialah memindahkan cakap manusia atau orang ramai dari
seseorang kepada seseorang untuk merosakkan hubungan mereka. al-
Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam Ihya'nya:
Ketahuilah bahawa sifat fitnah diitlaqkan pada kebanyakannya terhadap
orang yang memindahkan kenyataan orang lain kepada orang lain
sepertimana dia berkata, 'si fulan berkata dan mengata kepada kamu
begian begian'.

Kami katakan, termasuklah juga dengan cara tulisan yang disebarkan


seperti dalam media massa dan lain-lain.

Ciri-Ciri Fitnah Dalam Konteks Semasa

Pada hari ini, fitnah berleluasa dengan cara yang lebih mudah berbanding
pada masa lampau. Hal ini kerana, perkembangan teknologi yang semakin
rancak menjadikan amalan fitnah ini semakin mudah tersebar. Fitnah
berlaku dalam dua keadaan:

Pertama, apabila seseorang mengada-adakan suatu berita mengenai


seseorang lalu menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk
memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang tersebut.

Kedua, apabila seseorang menerima berita mengenai seseorang tanpa


menyelidiki kesahihannya lalu menyebarkannya kepada orang lain sama
ada dengan niat untuk memburuk-burukkan atau tidak.

Dalam kedua-dua situasi inilah fitnah berlaku dan ia dilihat berleluasa


sekali dalam masyarakat kita pada hari ini. Sebagai contoh, Kasim mereka
cerita kononnya Harun telah berzina dengan teman wanitanya, lalu cerita
itu disebarkan ke dalam laman blognya dengan tujuan untuk menjatuhkan
maruah Harun. Lalu apabila berita itu dibaca oleh Abu, tanpa sebarang
usul periksa tentang kesahihannya, Abu menyebarkannya di
dalam facebook tanpa apa-apa niat tetapi sekadar menukil dan
menyampaikan berita. Dalam situasi ini, kedua-duanya iaitu Kasim dan
Abu telah menjadi pelaku dan penyebar fitnah terhadap Harun.   

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam era masa kini, dengan kemudahan
serba canggih, sebarang bentuk maklumat amat mudah sekali
disebarluaskan terutamanya menerusi whatsapp dan internet. Walau
bagaimanapun, kaedah-kaedah konvensional dilihat masih lagi menjadi
penyumbang tersebarnya berita fitnah seperti menerusi laporan akhbar
dan televisyen yang tidak tepat, ceramah-ceramah yang semberono,
sembang-sembang santai di warung atau kedai kopi, perbualan sesama
rakan sepejabat dan sebagainya. Kesemua medium ini dilihat masih lagi
menjadi pilihan bagi mereka yang berkenaan melakukan fitnah disebabkan
ianya mudah membentuk persepsi tanpa akan dinilai atau dipersoal
kesahihannya oleh sesiapa.

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Gejala Fitnah

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada fitnah sesuai dengan


kategori orang itu, sama ada dia adalah pereka fitnah atau semata-semata
sebagai penyebar. Bagi pereka fitnah, banyak faktor yang boleh
diandaikan seperti persaingan dalam merebut sesuatu sama ada
meraih jawatan, mendominasi perniagaan, kepentingan politik,
kedengkian terhadap kelebihan orang lain dan pelbagai lagi . Pokok
pangkalnya fitnah terbit daripada hati seseorang yang kotor, bermasalah
dan tidak dibenteng dengan iman yang teguh. Sesungguhnya syaitan
sememangnya tidak pernah berdiam agar manusia sentiasa berbalah dan
berkonflik antara satu sama lain. Ia sebagaimana firman Allah SWT:

ِ ُ ‫ِإ مَّنَ ا ي ُِر‬


َ‫ض اء‬
َ ‫ان َأن يُوق َع َب ْي نَ كُمُ الْ َع َد َاو َة َو الْ َب ْغ‬
ُ َ‫الش ْي ط‬
َّ ‫يد‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.”   [Surah al-
Maidah: 91]

Walaupun ayat ini ditujukan kepada penjudi, peminum arak atau pemabuk
tetapi syaitan bercita-cita agar kita sentiasa bermusuh antara satu sama
lain kerana ibrah itu diambil dari lafaz yang umum, bukan sebab nuzulnya
semata-mata.

Oleh itu, fitnah adalah salah satu perbuatan yang amat disukai syaitan
lantaran ia boleh memecahbelahkan umat Islam sehingga tiada lagi
kesatuan sesama mereka.

Bagi kategori penyebar fitnah pula, faktor utama daripada perbuatan


mereka ini adalah cuai dalam menukilkan berita atau cerita yang
didengar tanpa meneliti kesahihannya terlebih dahulu. Orang yang
melakukan perbuatan seperti ini dianggap oleh Rasulullah SAW sebagai
pembohong. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A,
Nabi SAW telah bersabda:

ِ ِّ ‫ث بِ ك‬
َ‫ُل َم ا مَس ع‬ ْ ‫َك َف ى بِ الْ َم ْر ِء ِإ مْثً ا‬
َ ‫َأن حُيَ ِّد‬
Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia
menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.

[Riwayat Muslim (4482)]

Al-Qadhi Iyadh berkata: Bahawa maksudnya siapa yang menceritakan


dengan setiap apa yang didengar, yang padanya terdapat kebenaran dan
kebatilan, dan kebenaran serta pendustaan.

Malah perbuatan menyebarkan berita tanpa usul periksa ini pernah


ditempelak oleh Allah SWT di dalam kisah fitnah terhadap Sayyidah
Aishah R.Anha, firman Allah SWT dalam surah al-Nur:

ِ ِ َّ ‫ِإ‬
ْ ‫ُو َخ ْي ٌر لَّ ك‬
ۚ ‫ُم‬ َّ
َ ‫ُم ۚ اَل حَتْ َس بُوهُ َش ًّر ا ل كُم ۖ بَ ْل ه‬ ْ ‫ين َج اءُوا بِ ا ِإْل فْ ك ع‬
ْ ‫ُص بَ ةٌ مِّنك‬ َ ‫َّن ال ذ‬
ِ ِ ِ ِ ِ ‫اك تَ س‬ ‫ٍئ‬ ِ
ٌ‫اب َع ظ يم‬ ٌ ‫ُم لَ هُ َع َذ‬ ْ ‫ب م َن ا ِإْل مْثِ ۚ َو الَّ ذ ي َت َو ىَّل ٰ ك ْب َر هُ م ْن ه‬َ َ ْ ‫ل كُلِّ ْام ِر مِّ ْن هُم َّم ا‬
ِ ‫ات بِ َأنف‬
‫ُس ِه ْم َخ ْي ًر ا َو قَ الُوا َه ٰـ َذ ا‬ ُ َ‫ُون َو الْ ُم ْؤ ِم ن‬
َ ‫﴾ لَّ ْو اَل ِإ ْذ مَسِ ْع تُمُوهُ ظَ َّن الْ ُم ْؤ ِم ن‬١١ ﴿
ٌ ْ‫ِإ ف‬
ٌ‫ك ُّم بِ ني‬
Maksudnya:  “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong
itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita
bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap
seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya,
dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar
dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di
waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan
mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan
(mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang
nyata.” [Surah al-Nur : 11-12]

Syeikh al-Maraghi berkata: Janganlah kamu sangka berita dusta itu


mengandungi fitnah dan kejahatan serta-merta, sebaliknya ia turut
mengandungi kebaikan terhadap kamu, kerana dengan itu kamu mendapat
pahala yang besar. Ini disebabkan berita dusta itu merupakan suatu ujian
yang nyata, bagi memperlihatkan kemuliaan di sisi Allah SWT dengan
penurunan ayat yang dibaca sepanjang masa tentang membebaskan diri
kamu dan berita dusta itu; mengagungkan kemuliaan kamu, memberi
ancaman terhadap orang yang mengatakan buruk tentang kamu, memuji
orang yang berbaik sangka terhadap kamu, serta kebaikan-kebaikan lain
seperti mengambil pelbagai manfaat agama dan adab tatasusila yang jelas
terhadap orang yang mahu mengambil iktibar.

Kemudian, Allah SWT menerangkan hukuman yang menimpa ke atas


orang yang turut serta menyebarkan berita dusta itu; mereka semua akan
mendapat hukuman yang setimpal dengan peranan yang dimainkan.

Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur


berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

ُّ ‫يم يِف‬ ِ ِ َّ ‫ِ يِف‬ ِ َ ُّ‫ين حُيِ ب‬ ِ َّ ‫ِإ‬


‫الد ْن يَ ا‬ ٌ ‫اب َأل‬
ٌ ‫ُم َع َذ‬
ْ ‫آم نُوا هَل‬
َ ‫ين‬
َ ‫يع الْ َف اح َش ةُ ال ذ‬ َ ‫ون َأن تَ ش‬ َ ‫َّن ال ذ‬
ِ ِ
‫ُون‬ ْ ‫َو ا آْل خ َر ة ۚ َو اللَّ ـهُ َي ْع لَ مُ َو َأنت‬
َ ‫ُم اَل َت ْع لَ م‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan
tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,
mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan
di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu
tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini, mengatakan ayat ini
membawa makna orang-orang yang mendengar berita buruk, kemudian
menyampaikan dan menyebarkan berita tersebut.  

Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A,
bahawa Nabi SAW telah bersabda:

ُ‫ َو َع ْي نُه‬،ُ‫ َو َم ْن ِخ ُر هُ ِإ ىَل َق َف اه‬،ُ‫ُش ْر َش ُر ِش ْد قُهُ ِإ ىَل َق َف اه‬ ِ


َ ‫ت َع لَ ْي ِه ي‬
َ ‫الر جُلُ الَّ ذ ي َأ َت ْي‬ َّ ‫َأم ا‬
َّ ‫َو‬
‫اق‬
َ َ‫ب الْ َك ْذ بَةَ َت ْب لُغُ اآلف‬ ُ ‫الر جُلُ َي ْغ دُو ِم ْن َب ْي تِ ِه َف يَ ْك ِذ‬ َّ ُ‫ فَ ِإ نَّه‬،ُ‫ِإ ىَل َق َف اه‬
Maksudnya: “Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.);
“Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi
pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga
menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi
batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan
pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia”   [Riwayat Ibn
Hibban di dalam Sahihnya (655)]

Selain itu, Nabi SAW juga bersabda seperti mana yang diriwayatkan oleh
Abdullah R.A:”

َ ‫ُت نَ طِّ ع‬
‫ قَ ا هَلَ ا ثَالَ ثًا‬.“ ‫ُون‬ َ ‫ك الْ م‬
َ َ‫” َه ل‬
Maksudnya: “Celakalah golongan-golongan pelampau. Baginda SAW
mengucapkannya sebanyak tiga kali” [Riwayat Muslim (2670)]

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut golongan-


golongan pelampau yang disebutkan di dalam hadith ialah golongan
melampaui batas dalam pengucapan mereka. 

Pandangan Ulama Berkaitan Fitnah

Berikut adalah beberapa pandangan berkaitan dengan fitnah:

 Syeikh Azhar Dr. Sheikh Ahmad Tayyib  Hafizahullah berkata:


“Fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam telah melahirkan
golongan yang berfahaman keras dan melahirkan gejala kafir-
mengkafirkan antara umat Islam dan terrorisme”[1]
 Sheikh Dr. Yusof al-Qaradhawi Hafizahullah berkata: “Para Sahabat
akan melarikan diri jika terzahirnya fitnah pada sesuatu tempat
seperti yang dilakukan oleh Abu Darda’ R.A”[2]
 Sheikh Saad bin Turki al-Khaslan Hafizahullah berkata: “Hendaklah
umat Islam mengetahui jalan-jalan yang membawa kepada
kejahatan dan menjauhinya seperti mana kita dikehendaki untuk
mengetahui jalan-jalan yang membawa kepada kebaikan. Kejahilan
terhadap perkara ini akan membawa kepada berlakunya kejahatan,
seterusnya akan berlaku fitnah dalam keadaan dia tidak
menyedarinya”[3]
 Sheikh Abdul ‘Aziz bin Baz Rahimahullah  berkata: “Fitnah terjadi
disebabkan syubhat dan syahwat, berapa banyak fitnah yang terjadi
pada kebanyakan manusia disebabkan oleh syubhat-syubhat yang
tiada padanya asas seperti mana yang telah menimpa kumpulan-
kumpulan sesat
seperti Jahmiyyah, Muktazilah, Syiah dan Murji’ah dan jalan untuk
menyelamatkan diri daripada pelbagai jenis fitnah adalah dengan
berpegang teguh dengan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW . [4]

Kesan Daripada Fitnah


Perbuatan fitnah ini akan menatijahkan pelbagai kesan buruk dan
membawa kerosakan yang amat dahsyat ke atas masyarakat dan negara.
Antaranya ialah:

 Perasaan cemburu yang diakhiri dengan pembunuhan seperti mana


yang berlaku dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman Bin
Affan R.A.
 Memecahkan perpaduan masyarakat hingga melahirkan golongan
yang terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan dengan golongan
yang mempertahankan. Ini secara tidak langsung akan menatijahkan
perpecahan yang jelas sehingga merugikan umat Islam itu sendiri.
 Perbuatan fitnah akan menjadikan seseorang itu buta daripada
kebenaran dalam menilai sesuatu perkara dari kebenaran yang
hakiki.
 Fitnah akan menyebabkan muslim itu tenggelam dalam konspirasi
kuffar yang bercita-cita memecahbelahkan umat Islam.
 Orang yang termakan dengan fitnah itu adalah orang-orang yang
menjadikan syaitan sebagai sahabat mereka.
 Fitnah itu akan menjauhkan seseorang itu daripada agamanya.

Langkah-Langkah Dalam Menangani Fitnah

Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan diri, keluarga


dan masyarakat terhindar daripada fitnah, adalah seperti berikut:

 Mendalami ilmu agama secara berterusan seterusnya


mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari.
 Sentiasa mengingatkan diri bahawa segala perbuatan kita akan
dicatat dan dihisab oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

ِ ‫ُون ي ا و ي لَ َت نَ ا م‬ ِ ِ ‫ُش ِف ِق مِم‬ ِ ‫اب َف َت ر ى الْ م‬ ِ ِ


‫ال َه ـٰ َذ ا‬ َ ْ َ َ َ ‫ني َّ ا ف يه َو َي قُول‬
َ ْ ‫ني م‬ َ ‫ُج ِر م‬
ْ َ ُ َ‫َو ُو ض َع الْ ك ت‬
‫اض ًر ا ۗ َو اَل‬ ِ َ‫اب اَل يُغ‬
ِ ‫اد ُر ص غِ ري ًة و اَل َك بِ ري ًة ِإ اَّل َأح ص اه ا ۚ و و ج دُوا م ا ع ِم لُوا ح‬ ِ َ‫الْ ِك ت‬
َ َ َ َ ََ َ َ ْ َ َ َ َ
‫َأح ًد ا‬ ِ
َ ‫ك‬ َ ُّ‫يَ ظْ ل مُ َر ب‬
Maksudnya: Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka
engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan
apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai
celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak
meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!"
Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di
dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada
seseorangpun.

Surah al-Kahfi (49)

Al-Sobuni berkata: Diletakkan catatan amalan manusia dan dibentangkan


ke atas mereka. Ketika itu, kamu lihat mereka yang melakukan kejahatan
merasa amat takut dengan kejahatan dan dosa mereka. Memotivasikan
diri bahawa fitnah adalah suatu pendustaan dan pendusta balasannya
adalah neraka Allah SWT, maka menolaknya adalah wajib.

 Mendekati para alim ulama’ dan orang-orang soleh serta menjauhi


orang-orang yang suka menyebarkan fitnah. Pergilah belajar dan
bertanya kepada ulama’ dalam menyinari kehidupan yang diredhai
Allah.
 Melakukan tabayyun dan bertanya setiap isu yang berbangkit
kepada ahlinya. Hal ini amat penting agar kita tidak terjebak di
dalam fitnah mengenakan seseorang yang akhirnya kita sendiri
menyesalinya.
 Memastikan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum
disebarkan. Inilah cara yang terbaik dalam mengelakkan menjadi
pempromosi fitnah melalui media massa umpamanya dan juga
cakapan.
 Sentiasa mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita
sendiri supaya timbul keinsafan untuk memelihara keaiban orang
lain tanpa mengira kawan atau lawan.
 Sentiasa melakukan amalan-amalan yang soleh dengan sebanyak-
banyaknya sebelum fitnah merebak atau membesar. Benarlah sabda
Rasulullah SAW:

،‫الر جُلُ مُ ْؤ ِم نً ا َو مُيْ ِس ي َك افِ ًر ا‬ ِ ِ ِ ِ ِ


ْ ‫بَاد ُر وا بِ اَأْل ْع َم ال ف َت نً ا َك ق طَ ِع اللَّ ْي ِل الْ مُظْ ل ِم ؛ ي‬
َّ ُ‫ُص بِ ح‬
ُّ ‫ض ِم َن‬
‫الد ْن يَ ا‬ ٍ ‫ يَبِ يعُ ِد ينَ هُ بِ َع َر‬،‫ُص بِ حُ َك افِ ًر ا‬ ِ ِ
ْ ‫َْأو مُيْ س ي مُ ْؤ م نً ا َو ي‬
Maksudnya: Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan
sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang
gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi
dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur
pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata
benda dunia.

Riwayat Muslim (169), al-Tirmizi (2121), Ahmad (11056)


dan al-Tabarani dalam al-Ausat (2881)

Al-Imam al-Suyuti berkata: Hadis ini menggesa supaya melakukan amalan


yang soleh dengan bersegera sebelum berlaku keuzuran kepada kita dan
kesibukan disebabkan berlakunya banyak fitnah yang melalaikan dan
betimpa-timpa sebagaimana bertimpanya kegelapan malam tanpa
sebarang cahaya bulan. Dan Rasulullah SAW mensifatkannya sejenis
daripada ujian, bala daripada fitnah tersebut sehingga membawa
seseorang itu di waktu petang beriman, kemudian pada waktu pagi boleh
menjadi kufur atau sebaliknya. (Lihat al-Dibaj 'ala Muslim, 1/134)

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan


Alhamdulillah, berdasarkan kepada kenyataan kami di atas, kami ulangi
agar kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa
menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita
semua. Kami tegaskan di sini yang sifat fitnah itu tidur seperti sabda
Rasulullah SAW:

ِ
‫الف ْت نَ ةُ نَا ِئ َم ةٌ لَ َع َن اهللُ َم ْن َْأي َق ظَ َه ا‬
Maksudnya: Fitnah itu tidur. Allah melaknat sesiapa yang
mengejutkannya.

Riwayat al-Rafi'e dalam al-Amali

Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang


menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian
Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah

Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita


mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami
nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi
ujian fitnah, antaranya:

 Doa Rasulullah SAW seperti riwayat daripada Anas R.A:

ِ
َ ِ‫ت َق ْل يِب َع لَ ى د ين‬
‫ك‬ ِ ‫ُق لِّ ب القُل‬
ْ ِّ‫ُوب َث ب‬ َ َ ‫يَا م‬
Maksudnya: Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku
di atas agama-Mu.

Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi dalam


Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)

 Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas R.Anhuma:

ِ ِ‫ُب الْ م س اك‬


‫ َو ِإ َذ ا‬، ‫ني‬ ِ ِ ‫ُك فِ ع ل اخل ي ر‬
َ َ َّ ‫ َو ح‬، ‫ُن َك َر ات‬ ْ ‫ َو َت ْر َك الْ م‬، ‫ات‬ ْ ‫ُم ِإ يِّن‬
َ ْ َ َ ْ َ ‫َأس َأل‬ َّ ‫اللَّ ه‬
ٍ‫ك َغ ْي َر َم ْف تُون‬ َ ‫ض يِن ِإ لَ ْي‬ْ ِ‫اد َك فِ ْت نَ ةً فَ اقْ ب‬
ِ ‫َأر د ت بِ عِ ب‬
َ َ َْ
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu
perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin
dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima
taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah,
maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah. Riwayat al-Tirmizi (3233)

 Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abi Burdah bin Abdillah,


daripada bapanya:
‫ور ِه ْم‬ ُ ‫ك ِم ْن ش‬
ِ ‫ُر‬ ِ ِ ‫ُم ِإ نَّا جَن ع لُك يِف حُن‬
َ ِ‫ُور ه ْم َو َن عُوذُ ب‬ َ َْ َّ ‫اللَّ ه‬
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan Kamu sebagai benteng
pada leher-leher mereka dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan
mereka.

Riwayat Abu Daud (1537)

 Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas R.Anhuma:

*‫ش* ا* ْل* َ*ع* *ِظ ي* ِم* اَل ِإ َل* َه‬


ِ *‫ب* ا* ْل* َ*ع* ْ*ر‬ُّ *‫اَل ِإ َل* َه* ِإ اَّل هَّللا ُ* ا* ْل* َ*ع* *ِظ ي* ُم* ا* ْل* َ*ح* ل*ِ ي* ُم* اَل ِإ َل* َه* ِإ اَّل هَّللا ُ* َ*ر‬
*‫ش* ا* ْل* َك* ِر* ي* ِم‬
ِ *‫ب* ا* ْل* َ*ع* ْ*ر‬
ُّ *‫ض* َ*و* َ*ر‬ِ *‫ب* ا*َأْل ْ*ر‬ *ُّ *‫ت* َ*و* َ*ر‬
ِ *‫س* َم* َ*و* ا‬َّ *‫ب* ا*ل‬ *ُّ *‫ِإ اَّل هَّللا ُ* َ*ر‬
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya
kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan
yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik
Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan
sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan
Tuhan pemilik Arasy yang mulia.

Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)

 Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Anas R.A:

ُ‫ك ُأقَ اتِ ل‬ ِ ‫ُم َأنْ ت ع ض‬


ِ َ‫ُد ي و َأنْ ت ن‬
َ ِ‫ص ِري ي َو ب‬ َ َ َ َ َّ ‫ا*للَّ ه‬
Maksudnya: Ya Allah! Engkaulah kekuatanku dan Engkaulah penolongku
dan dengan-Mu aku berperang.

Riwayat al-Tirmizi (3584)

 Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Sa’ad bin Abi Waqqas R.A:

ِِ ِ ُ ‫ُن‬
ْ ‫ك ِإ يِّن ك‬
َ‫ت م َن الظَّ ال م ني‬ َ َ‫ُب َح ان‬ َ ْ‫الَ ِإ لَ هَ ِإ الَّ َأن‬
ْ‫ت س‬
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya
kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan
orang-orang yang zalim.

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1864)

 Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abu Bakrah R.A:


ِ ‫ُم ر مْح ت ك َأر جُو فَ ال تَ ِك ْل يِن ِإ ىَل َن ْف ِس ي طَ ر فَ ةَ ع ٍ و‬
َ‫َأص ل ْح يِل َش ْأ يِن كُلَّ هُ ال ِإ لَ ه‬
ْ َ ‫ْ َ نْي‬ ْ َ َ َ َ َّ ‫اللَّ ه‬
‫ت‬َ ْ‫ِإ ال َأن‬
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah
Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan
perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah
dengan sebenarnya selain Engkau.

Riwayat Abu Daud (5090)

Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan


sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah
SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.

Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita
semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:

*‫ك* ِم* َ*ن* ا* ْل* َق* ْ*و* ِم‬ َّ *‫َ*ر* ب*َّ َن* ا* اَل َت* ْ*ج* َع* ْل* َن* ا* ف*ِ ْت* َن* ًة* لِّ* ْل* َق* ْ*و* *ِم ا*ل‬
َ ِ*‫ظ* ا*ل*ِ ِم* ي* َ*ن* َ*و* َن* ِّج* َن* ا* ب*ِ َ*ر* ْ*ح* َم* ت‬
*‫ا* ْل* َك* ا*ف*ِ *ِر ي* َ*ن‬
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami
landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan
selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang
kafir.”[Surah Yunus: 85-86]

Anda mungkin juga menyukai