Anda di halaman 1dari 4

Ayat 4: 

Ini adalah ayat terpenting surah ini kerana ianya adalah jawabul qasm kepada
sumpah-sumpah sebelum ini.
‫يم‬ َ ‫سـٰنَ فِ ٓى َأح‬
ٍ ‫س ِن تَق ِو‬ َ ‫لَقَد َخلَقنَا ٱِإل ن‬
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Allah menggunakan perkataan ‘Kami yang mencipta’ untuk menunjukkan rapatnya Allah
dengan manusia. Dan hendak menunjukkan kehebatanNya dan mengingatkan kita siapa yang
menjadikan kita. Oleh kerana Dialah yang menjadikan kita, maka kenalah sembah dan doa
kepada Allah sahaja.

Kalimah ‫َقويم‬
ٍ ‫ ت‬bermaksud ‘berdiri tegak’. Maknanya Allah telah menjadikan manusia dengan
lengkap. Ini adalah kerana manusia sahaja yang berdiri tegak. Tidak macam binatang yang
kebanyakannya melata atau berjalan atas empat kaki. Ini hendak memberitahu kita bahawa
kejadian manusia amat molek sekali. Malah kita lebih mulia dari golongan jin.

Kita kena yakin yang dengan Al-Qur’an ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
manusia. Oleh itu kita kena kenali apa masalah yang dihadapi oleh manusia sekarang ini.
Selepas kita tahu apakah penyakit (diagnosis), baru boleh nak gunakan penyelesaian yang
sesuai. Jadi apakah masalah manusia?

Kalau kita kaji masalah manusia, ada masalah yang berbentuk dalaman dan ada masalah yang
berbentuk luaran. Tidak dinafikan ada sahaja manusia yang teruk perangainya, mereka ada
sahaja masalah: berlaku kejam, berperangai keji, mengikut nafsu dan sebagainya. Kadang-
kadang ada manusia yang macam binatang pun ada.

Dan kerana itulah kena ada undang-undang untuk mengurus manusia yang sebegitu kerana
kalau tanpa undang-undang mereka akan jadi lagi teruk (kalau ada undang-undang pun
mereka akan cuba langgar atau lari, apatah lagi kalau tidak ada). Sampaikan kadang-kadang
susah kita nak percaya kepada manusia.

Ini adalah kerana manusia yang tidak beriman melakukan perkara kerana beberapa sebab
sahaja:
1 – Untuk mengisi perut mereka. Hidup mereka untuk makan sahaja.
2 – Untuk menjaga diri mereka sahaja. Mereka mementingkan keselamatan dan keselesaan
diri mereka sahaja. Kerana itu rumah mereka mahal, baju dan pakaian mereka dan mahal dan
sebagainya lagi.
3 – Sebab seksual. Ini seperti yang dikatakan oleh Freud (bapa psikologi moden). Kalau
mengikut Freud, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh manusia adalah dari keinginan
memuaskan keinginan seksual sahaja. Dan kalau tidak dihalang oleh undang-undang dan juga
oleh takut apa yang dikatakan oleh masyarakat, mereka akan memuaskan segala keinginan
nafsu seksual itu.
Jadi, itulah satu pandangan tentang manusia yang bertitik tolak dari kajian dan pemikiran
psikologi. Kalau kita lihat, pandangan ini begitu memandang rendah manusia itu. Macam
manusia ini tidak boleh diharap langsung kalau begitu.

Tapi itu adalah pandangan yang difikirkan oleh manusia sahaja. Walaupun mereka itu
dipandang tinggi, tapi tidaklah semestinya apa yang mereka katakan itu benar belaka. Mereka
tidak dapat mengkaji apa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri – roh, qalb, nafs.
Mereka juga tidak mengkaji bagaimana pemikiran manusia yang beriman kepada Allah.
Kerana kalau mereka kaji, tentu mereka akan mendapat satu lagi sifat manusia – hendak taat
dan mencari redha Allah sahaja.

Jadi, manusia asalnya bukanlah teruk sangat dan dalam ayat ini, Allah menarik perhatian
manusia kepada kepada rohnya. Allah mengingatkan kita bahawa manusia itu bukan ada
jasad sahaja, tapi ada roh juga. Dalam ayat lain, Allah sebut di dalam Hijr:29:

ِ ِِ
‫دين‬ ُ ‫فَِإذا َس َّويتُهُ َو َن َف‬
َ ‫خت فيه من روحي َف َقعوا لَهُ ساج‬
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya
ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.

Kehebatan manusia itu adalah pada roh dan pada akal yang Allah telah berikan. Tapi
manusia semakin tidak memikirkan tentang perkara ini. Kita banyak kaji tentang fizikal
sahaja sekarang, sampaikan kita banyak tahu tentang perkara di luar kita, tapi kita tidak
faham lagi diri kita sendiri.

Oleh kerana itu manusia sudah tidak memikirkan kepentingan menjaga moral. Kita memang
sudah tak kenal diri kita lagi. Dan Allah mengingatkan tentang bahaya ini seperti yang
disebut oleh Allah dalam Hashr:19

ِ ‫ك هم‬ ‫ِٰئ‬ َّ
‫الفاسقو َن‬ ُ َ‫ذين نَ ُسوا اللَّهَ ف‬
ُ ُ َ ‫َأنساهم َأن ُف َس ُهم ۚ ُأول‬ َ ‫َوال تَكونوا َكال‬
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan
mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

Maknanya, manusia lupa kepada diri mereka kerana asalnya mereka lupa kepada Allah.
Mereka tidak hiraukan apa yang akan terjadi selepas kematian mereka, mereka hanya
memikirkan tentang kehidupan semasa sahaja. Mereka sudah tidak tahu tujuan hidup mereka,
iaitu menghambakan diri kepada Allah.

ٍ ‫لَقَد َخلَقنَا اِإل نسانَ في َأح َس ِن ت‬


Allah jawab persoalan itu dalam ayat ini: ‫َقويم‬
Mari kita tadabbur ayat ini:

Huruf ‫ ل‬adalah sebagai penekanan. Diletakkan di sini supaya manusia beri perhatian kepada


apa yang hendak disampaikan.
Kalimah ‫ قَد‬dari segi bahasa, ia bermaksud sesuatu yang sudah berlalu, sudah terjadi.
Maknanya, memang Allah sudah memuliakan keturunan Adam semasa mereka dalam rahim
lagi. Allah sebut perkara ini dalam ayat Isra’:70 ‫ا بَنِي آ َد َم‬XXَ‫ ْد َك َّر ْمن‬Xَ‫( َولَق‬Dan sesungguhnya telah
Kami muliakan anak-anak Adam).

Kalimah ‫ – خَ لَقنَا‬Kami ciptakan. Allah yang tentukan manusia itu bagaimana, bukannya DNA.
Bukan alam yang jadikan manusia, tapi Allah. Dan tidaklah Allah menjadikan sesuatu yang
rosak.

Allah menggunakan kalimah ‘Kami menjadikan’ kerana hendak mendekatkan DiriNya.


Kerana kalimah ‘Kami menjadikan’ adalah lebih rapat lagi dari ‘Dia menjadikan’. Apa yang
dilakukan ini dinamakan ‘taqreeb’ – mendekatkan.
Allah juga gunakan kalimah ‘Kami’ sebagai isyarat kepada kebesaran dan kekuasaanNya. Ini
dinamakan ‘Royal We’.

Allah letakkan DiriNya dalam ayat yang menunjukkan kekuatan. Oleh itu, apabila ayat yang
menceritakan bagaimana manusia itu dijadikan lemah: ً ‫ض ِعيفا‬ َ ِ‫“( َو ُخل‬Kerana manusia
َ ُ‫ق اِإل ن َسان‬
diciptakan (bersifat) lemah.” (An-Nisa’:28), Allah tidak mengatakan Dia yang menjadikan
manusia yang lemah itu. Padahal, pada hakikatnya, Dia juga yang menjadikan manusia dalam
keadaan lemah.

Kalimah َ‫ان‬XX‫ اِإل نس‬digunakan dalam ayat ini untuk mengingatkan sifat manusia yang ‫نسي‬
(pelupa). Manusia memang mudah lupa.

Kalimah ‫ َأح َس ِن‬bermaksud sesuatu yang cantik di luar dan di dalam.


Kalimah ‫َقويم‬
ٍ ‫ ت‬dari katadasar ‫ ق و م‬yang bermaksud berdiri tegak. Oleh itu, ‫َقويم‬
ٍ ‫ ت‬bermaksud
membuat sesuatu yang tegak. Mengambil beberapa bahagian dan menjadikan satu bentuk
yang tegak dan lurus. Ia juga bermaksud menjadikan sesuatu yang sempurna seperti yang
dikehendaki.

Oleh itu, Allah telah menjadikan kita dalam bentuk yang sempurna, seimbang antara fizikal
dan spiritual. Kita pun sudah dimasukkan dengan fitrah dari Allah yang kenal baik dan buruk.
Ini disebut dalam ayat 7-8 Surah Syams:
‫س َوما َسوّاها‬
ٍ ‫َونَف‬
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),

‫فََألهَ َمها فُجو َرها َوتَقواها‬


serta Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Oleh itu, diri kita perlukan keseimbangan antara keperluan keduniaan dan spiritual. Kita telah
diberikan dengan sesuatu yang tidak diberikan kepada makhluk-makhluk yang lain. Maka
kerana itu kita adalah makhluk yang dijadikan bersifat mulia asalnya. Ini menolak pendapat
yang mengatakan manusia ini fitrahnya teruk, tidak ada moral, tertakluk dengan DNA
kejadian mereka dan sebagainya.
Tapi manusia sendiri yang menjatuhkan kedudukan mereka itu apabila mereka lupa kepada
Allah. Melupakan Allah akan menjatuhkan manusia dan ingat kepada Allah akan
meninggikan kedudukan manusia dan kemuliaannya. Ramai yang lupa kepada Allah, mereka
hanya menggunakan akal fikiran mereka dan tidak tunduk kepada wahyu.
Mereka sangka mereka menggunakan intelek mereka tapi sebenarnya mereka hanya menjadi
hamba kepada nafsu mereka sahaja. Mereka terpaksa mengikut apa sahaja yang digerakkan
oleh nafsu mereka sampaikan mereka tidak dapat menghalangnya lagi. Kerana itulah, kita
boleh lihat bagaimana kadar bunuh diri semakin meninggi dalam dunia sekarang.
Kadar jenayah juga semakin meninggi. Dan kadar itu semakin meningkat dari masa ke
semasa. Memang jenayah dari dulu juga sudah ada, tapi tidaklah seteruk sekarang ini. Ini
semua kerana manusia sudah lupa kepada Allah.

Lalu bagaimana kita kaitkan ayat ini dengan tiga ayat sumpah di permulaan surah? Tentu ada
kaitannya, bukan? Seperti yang kita telah bincangkan, sumpah-sumpah itu berkenaan dengan
para Nabi yang tinggal di kawasan yang disebutkan itu. Allah hendak memberitahu kita yang
Rasul-rasul Ulul Azmi itu (Nabi Nuh, Ibrahim, Isa, Musa dan Nabi Muhammad) adalah
ٍ ‫في َأح َس ِن ت‬. Mereka juga makhluk Allah tapi sifat
contoh-contoh ikutan. Mereka itu adalah ‫َقويم‬
mereka amat mulia sekali. Maka kita kena pelajari apakah personaliti mereka untuk menjadi
ikutan kita.

Bagaimana kita boleh harmonikan ayat ini dengan ayat-ayat lain dalam Al-Qur’an yang
mengatakan manusia itu dijadikan lemah (ً ‫ض ِعيفا‬ َ ِ‫) َو ُخل‬, cepat melatah (ً‫)و َكانَ اِإل ن َسانُ َعجُوال‬
َ ُ‫ق اِإل ن َسان‬ َ
dan sebagainya? Ayat-ayat itu semua menceritakan tentang kelemahan manusia. Tapi ayat
Surah at-Tin ini menceritakan bagaimana manusia dijadikan dalam keadaan terbaik pula?
Jawapannya, Allah telah menjadikan manusia dalam keadaan yang seimbang antara fizikal
dan spiritual. Itulah manusia yang sempurna dan hebat. Tapi apabila ada ketidakseimbangan:
terlalu ikut kehendak fizikal dan tidak menghiraukan keperluan roh, dan menjauhkan diri dari
Allah, maka manusia akan jadi lemah/cepat melatah/tidak bersyukur dan lain-lain sifat
kelemahan lagi seperti yang disebut.

Tapi apabila ada keseimbangan antara keperluan roh dan memenuhi kehendak fizikal (yang
sah), maka manusia menjadi seimbang dan sempurna dan ikut kehendak Allah. Maka kena
jaga keperluan luaran dan dalaman diri kita. Seperti juga kita kena menjaga keperluan luaran
dan dalam kereta kita untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Kalau tidak, kereta itu jadi
kotor dan tidak tidak dapat berkhidmat dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai