Anda di halaman 1dari 16

Tafsir Surah al-Aadiyat Ayat 1 – 5 (Serangan kuda berani 

mati)
Pengenalan:
Dalam Surah Zalzalah sebelum ini, telah disebut bagaimana bumi akan bergoncang dengan
kuat (gempa) dan ia akan mengeluarkan segala kisah yang ia telah simpan selama hari ini,
iaitu ia akan mengadu tentang perbuatan manusia selama manusia hidup di atasnya zaman
berzaman.
Sekarang Surah Al-Adiyaat berpatah balik ke belakang sebelum kejadian gempa bumi itu dan
menjelaskan kenapakah bumi marah sangat? Apakah yang telah manusia lakukan selama ini?
Kerakusan manusia, kesan perlakuan mereka, sikap tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi
perbuatan buruk manusia telah menyebabkan bumi marah. Akhirnya bumi bergegar dengan
kuat dan akhirnya akan hancur, melemparkan apa yang di dalam perutnya selama hari ini.
Apabila bumi bergegar dengan kuat, manusia akan tanya: ‫( م((ا لَها‬kenapa jadi begini?) –
Zalzalah:3 – maka bumi akan menceritakan satu persatu apa yang manusia dan jin telah
lakukan di atasnya. Iaitu segala dosa-dosa dan perkara buruk yang manusia lakukan. Surah
ini akan menerangkan apakah kesalahan yang manusia telah lakukan.
Surah ini juga akan menerangkan bagaimana manusia itu amat teruk sekali – Allah telah
berikan segala-galanya, tapi mereka tidak mensyukuri nikmat itu, asyik tidak puas hati sahaja
dengan apa yang mereka ada.
Surah al-Aadiyat ini adalah salah satu dari kumpulan empat surah yang sekawan: Zilzal,
‘Aadiyat, al Qari’ah, dan Takathur. Surah-surah ini ada persamaan susunan dan
topik: Akhirah, kehidupan dunia, Akhirah dan kembali mengisahkan kehidupan dunia:
Zalzalah – kisah tentang Hari Akhirat
Aadiyat – kisah tentang kehidupan di dunia
Qaari’ah – kisah tentang Hari Akhirat
Takathur – kisah tentang kehidupan di duni 
Ayah 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 2 perenggan makro. Ayat 1 – 8
adalah Perenggan Makro Pertama. Dalam perenggan ini, Allah memberitahu yang Dia
telah tundukkan makhluk lain untuk kegunaan manusia. Namun ada manusia yang enggan
tunduk kepada Allah.
Allah mula menceritakan tentang kuda dan bagaimana kuda itu sanggup buat kerja untuk tuan
dia. Kuda itu sanggup berlari laju mengikut arahan tuannya, sampai keluar suara letih yang
boleh kedengaran.
‫بحا‬ ِ ٰ‫ٱلعـٰ ِديـ‬
ً ‫ض‬َ ‫ت‬ َ َ ‫َو‬
Demi kuda perang yang berlari kencang dengan termengah-mengah,
Allah memulakan surah ini dengan Sumpah [kita tahu dari hurf waaw (“wa” َ‫و‬ sebagai isyarat
yang ini adalah satu sumpah) Jadi ini adalah salah satu dari surah-surah yang dimulakan
dengan sumpah. Kita telah banyak menyebut tentang konsep sumpah dalam Al-Qur’an dan
kita cuma ulangkan secara ringkas sahaja di sini:
Objek yang dijadikan sebagai sumpah itu dipanggil muqsam bihi – dalam ayat ini,
objek/muqsam bihi itu adalah kuda perang itu.

Apabila ada muqsam bihi, kena ada muqsam alaihi – subjek kepada sumpah itu. Dalam Al-
Qur’an, muqsam bihi itu ada kena mengena dengan muqsam alaihi itu – kedua-duanya
berkait. Kerana Allah tentu memilih muqsam bihi yang sesuai dan bersebab kenapa Allah
gunakan objek itu sebagai sumpah. Tujuannya adalah untuk menyediakan pembaca Al-
Qur’an kepada subjek yang akan disebut.

Ini adalah pendapat yang kuat walaupun ada yang kata muqsam bihi dan muqsam alaihi itu
tidak berkaitan. Nanti kita akan jelaskan apakah kaitan antara muqsam bihi dan muqsam
alaihi dalam surah ini. Ianya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.
Secara asasnya, memang banyak digunakan kalimah sumpah dalam Al-Qur’an. Dua sebab
utama digunakan sumpah adalah:
1. apabila yang berkata itu serius; menekankan apa yang akan disampaikan.
2. untuk menarik perhatian pendengar, terutama kepada pendengar yang dirasakan tidak
percaya atau tidak mahu dengar. Jadi kena tarik perhatian mereka. Oleh itu, dimulakan kata-
kata dengan berkata sesuatu yang pendengar itu suka.

Dalam kes ini, Musyrikin Mekah tidak mahu dakwah dari Nabi, maka Allah gunakan
qosam/sumpah untuk menarik perhatian mereka.
Oleh itu, 5 ayat pertama dari surah ini adalah untuk menarik perhatian masyarakat Arab
untuk mendengar apa yang hendak dikatakan – oleh itu digunakan kisah yang boleh menarik
perhatian mereka. Antaranya, tentang kenderaan kegemaran mereka, tentang perang,
pertarungan dan sebagainya. Allah gunakan perkara yang mereka suka dan penting bagi
mereka.
Ini dilakukan untuk mendapatkan perhatian mereka. Kita kena ingat yang mereka tinggal di
padang pasir, mereka pula jenis orang yang kasar, senang berperang, mereka suka berkelahi
dan senang nak bergaduh, bukan? Seperti juga kita, mereka juga ada alat hiburan mereka, tapi
tentulah lain daripada kita. Kerana mereka tidak ada filem dan game untuk mengisi masa
mereka.
Antara yang mereka gunakan sebagai penghibur mereka adalah puisi-puisi. Begitu jugalah
kalau kita zaman sekarang, ada artis yang menyanyi mendendangkan puisi-puisi dalam
bentuk nyanyian. Pada zaman dulu, mereka ada penyair-penyair yang membacakan dan
melantunkan bacaan puisi dan syair mereka. Mereka akan bacakan dan dalam usaha untuk
menarik perhatian pendengar mereka, mereka kena bercerita tentang perkara yang orang nak
dengar, bukan?
Dan salah satu perkara yang mereka amat suka adalah peperangan – ini umpama action
movies dalam filem zaman sekarang. Dan mereka memang suka dengar kisah berkenaan
perkara ini. Selain dari itu, mereka juga suka kenderaan macam kita zaman sekarang suka
kereta. Tapi pada zaman dulu kudalah yang mereka suka. Dan kisah kuda dan peperanganlah
yang Allah gunakan untuk Allah menarik perhatian mereka.

Jadi, kalau kita lihat ayat pertama ini, Allah sedang mula menceritakan tentang situasi
peperangan di mana kuda digunakan dalam kisah itu. Kisah ini akan menjadi semakin
menarik dari ayat ke ayat. Ianya bermula dengan sebut tentang kuda sahaja.  
ْ
Kalimat َ‫والَعاِديَاِت َضْ بًحا‬ ini adalah sumpah pertama. Kalimah ‫ ْالَعاِديَاِت‬diambil dari katadasar ‫ع د و‬
yang antara lain bermaksud permusuhan. Ianya memberi isyarat bagaimana seseorang sedang
menyerang seseorang di dalam pertempuran kerana permusuhan antara mereka. Mereka
fokus dalam serangan mereka, tidak lihat kiri dan kanan lagi tapi memandang ke hadapan
kerana mereka sedang menyerang.

Kepada orang Arab yang mendengar kalimat ini, ianya seperti mendengar pembukaan kepada
kisah perang dan ianya sudah menarik perhatian. Kerana ianya adalah permulaan kepada
serangan dalam perang.
ْ
Kalimah ‫الَعاِديَاِت‬ yang digunakan dalam ayat ini bermaksud kuda perang betina. Kuda perang
betina lebih disukai oleh orang Arab waktu itu kerana kuda betina lebih laju dan lebih
tangkas. Jadi, ianya macam kereta sport yang amat suka digunakan oleh orang-orang kaya
sekarang; dan ianya adalah dalam bentuk jam’u qilla; maksudnya bilangan yang ramai tapi
kurang dari sepuluh. Jadi ini adalah satu pasukan penyerang yang kecil yang dapat bergerak
laju dan dapat menyerang dengan cepat. Macam pasukan gerila sekarang.

ْ
Mufassir juga mengatakan, kalimah ‫الَعاِديَاِت‬ juga memberi isyarat dari segi bahasa yang ianya
memang dimaksudkan untuk melakukan apa yang sepatutnya ia lakukan – maknanya
memang kuda-kuda itu dilatih untuk digunakan dalam peperangan. Ini adalah kerana ianya
dalam bentuk isim fa’il.
Ini macam kereta sport yang memang telah dicipta untuk dibawa dengan laju di lebuhraya,
bukan untuk disimpan di dalam garaj sahaja. Jadi ‫ ْالَعاِديَاِت‬itu akan digunakan untuk memenuhi
potensinya (perang).
Kalimah ‫ضبحًا‬
َ  bermaksud helaan bunyi nafas. Ianya digunakan dalam ayat ini dalam bentuk
adjektif untuk menerangkan bagaimana kuda-kuda itu berbunyi semasa melepaskan nafas
mereka dengan laju kerana mereka sedang berlari dengan laju. Kalau kita biasa tengok filem,
kalau tayang kuda-kuda sedang berlari dengan laju, kita dapat bayangkan bagaimana bunyi
kuda-kuda itu, bukan?

Jadi, orang Arab yang sedang membaca dan mendengar ayat ini, mereka sedang
membayangkan kuda-kuda itu sedang berlari dengan laju, fokus dengan bunyi nafas kuda-dua
itu yang sedang bernafas dengan laju dan mengeluarkan bunyi kuda yang kita dapat
bayangkan itu.
Kalimah ‫ضبحًا‬َ ini juga memberi isyarat bahawa kuda-kuda itu sedang bergerak dan mereka
sedang fokus dan tidak berehat pun. Kerana tujuan mereka di depan dan mereka tidak akan
berhenti selagi mereka belum menyelesaikan tugas mereka.
Yang menariknya lagi, pakar bahasa Arab mengatakan, kalimah ‫ض (بحًا‬ َ ini asalnya tidak
digunakan untuk kuda, tapi untuk serigala. Ia digunakan untuk kuda sebagai tambahan sahaja.
Ini adalah kerana sifat serigala dalam menyerang itu amat ganas dan laju. Jadi, apabila
digunakan juga kalimah ‫ضبحًا‬
َ kepada kuda, maka kita kena bayangkan bagaimana kuda-kuda
itu menyerang musuh mereka sama seperti serigala menyerang mangsa mereka.
Rasanya kita mungkin boleh bayangkan bagaimana serigala menyerang kerana kita sudah
biasa tengok dalam TV, bukan? Satu sifat serigala adalah, mereka akan serang mangsa
mereka yang bilangan kurang dari mereka, lebih lemah dari mereka. Mereka akan serang
dengan ganas dan kalahkan terus mangsa mereka dengan segera dan kerana itu mereka akan
memilih mangsa yang lebih lemah dari mereka.
Jadi sekarang bayangkan pasukan berkuda yang disebut dalam ayat ini pun begitu juga.
Bayangkan bagaimana satu pasukan berkuda yang bergerak dengan laju yang lebih kuat dari
mangsa mereka dan mereka akan memusnahkan pasukan lawan mereka dengan mudah.
Ayah 2: Dalam ayat 1, pasukan berkuda itu dalam perjalanan ke tempat
serangan. Sekarang disebut mereka itu memecut dengan laju sehingga terbit
percikan api dari kaki kuda-kuda itu.
ِ
ً َ‫ٱلموِريَـٰت ق‬
‫دحا‬ ُ َ‫ف‬
dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya),
Hurf ‫ ف‬yang digunakan dalam ayat ini memberi isyarat yang ianya adalah sambungan terus
dari ayat sumpah sebelumnya. Kalau hurf ‫ و‬yang digunakan, ianya tidak sama kerana ianya
mungkin membawa sumpah yang baru yang tidak berkaitan dengan ayat sebelumnya.
Kalau kita bandingkan dengan qosam dalam Surah Mursalaat – kita akan dapat lihat
bagaimana ada qosam yang bersambung dan ada yang baru. Tapi dalam semua qosam surah
ini dari ayat 1 – 5, semua qosamnya bersambung, menunjukkan ianya adalah satu kisah
sahaja.
Lagi satu contoh, kita boleh lihat qosam dalam Surah at-Teen dimulakan dengan huruf ‫و‬
menunjukkan bahawa setiap ayat tidak bersambung terus, memberi isyarat yang ianya tidak
berterusan tapi kisah atau perkara yang berlainan. Jadi, dalam Surah at-Teen itu, ada tiga
sumpah yang berbeza, tapi dalam Surah Aadiyat ini, ianya satu sumpah yang panjang.
Kalimah ‫ت‬ ِ ‫الموريا‬ juga
ِ adalah dalam bentuk ism fa’il (pelaku). Ia juga adalah dalam bentuk
jamak muannas (feminine), kerana ianya adalah kuda yang telah disebut dalam ayat pertama.
Sekarang disebut bagaimana kuda-kuda itu berlari sampai menyebabkan api keluar dari
percikan kaki kuda-kuda itu.

Kalimah ‫ت‬ِ ‫الموري((ا‬


ِ dari katadasar ‫ و ر ي‬yang bermaksud perbuatan yang menyebabkan api
keluar. Ada banyak jenis kalimah yang digunakan dalam bahasa Arab dan juga Al-Qur’an
untuk mengeluarkan api. Sampaikan ada lebih kurang 10 kalimah digunakan dalam Al-
Qur’an. Sebagai contoh, dalam Yaasin:80 disebut satu cara.

‫توقِدو َن‬ ُ‫نارا فَِإذا َأنتُم ِمنه‬


ً ‫اَألخض ِر‬
َ ‫َّج ِر‬ ِ
َ ‫الَّذي َج َع َل لَ ُكم م َن الش‬

Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan
(api) dari kayu itu
Tapi dalam ayat Yaasin:80, kalimah yang digunakan adalah lain dari kalimah yang digunakan
dalam Surah Aadiyat ini. Katadasar ‫ و ر ي‬juga digunakan dalam kalimah  َ‫ ت(((ورون‬dalam
ayat Waqi’ah:71

‫َأَفَرَأيتُ ُم النّ َار الَّيت تورو َن‬


Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dengan menggosok-
gosokkan kayu).
Oleh itu, kita boleh tahu dari ayat yang digunakan di atas, ‫ و ر ي‬bermaksud mengeluarkan api
dengan menggosok dua benda antara satu sama lain (sama ada batu, kayu, benda kering dan
sebagainya) sampai boleh memercikkan api dari perbuatan itu.
Oleh itu, dalam ayat Aadiyat ini, Allah hendak menceritakan lagi tentang kuda-kuda itu.
Pergerakan kuda itu telah menyebabkan percikan api. Ini adalah kerana pada kaki kuda-kuda
itu ada ladam dari besi dan apabila ladam itu memijak batu di bumi dengan kuat, maka ia
akan menyebabkan percikan api. Jadi macam kaki mereka mengeluarkan api di belakang
mereka – ianya satu pemandangan yang amat hebat sekali! Ia menambahkan kehebatan ayat
ini.
Kalimah ‫قَ((دحًا‬ bermaksud pukulan yang amat kuat. Kaki-kaki kuda itu menghentak bumi
dengan kuat kerana ia sedang bergerak dengan laju. Bunyinya juga adalah kuat dan kita telah
sebut sebelum ini bagaimana hentakan itu akan menyebabkan percikan api.

Allah sudah sebut dua perkara, jadi mari kita bayangkan sebentar suasana yang telah disebut
itu: ada pasukan berkuda yang kurang dari 10, sedang bergerak dengan laju di padang pasir
yang luas, bunyi nafas kuda boleh kedengaran.
Mereka tidak berhenti pun untuk berehat, mereka sedang fokus dalam pergerakan mereka,
mereka sedang memecut dengan laju sampaikan hentakan kaki kuda-kuda itu sangat kuat
sampaikan menyebabkan percikan api pada bumi. Mereka tidak takut kerana mereka tahu
yang mereka akan menyerang mangsa yang lebih lemah dari mereka, maka mereka amat
yakin.
Ayah 3: Kuda-kuda itu sanggup menyerang pada waktu subuh atas arahan tuannya,  padahal
itu adalah waktu tidur.
‫بحا‬ ِ ِ َ‫ف‬
ً ‫ص‬ُ ‫ٱلمغ َيرٲت‬
ُ
dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi,
Seperti yang kita telah sebut tadi, hurf ‫ ف‬yang digunakan dalam ayat ini memberi isyarat
yang ianya adalah sambungan terus dari ayat sebelumnya. Jadi ini adalah sebahagian dari
sumpah/qosam yang panjang.
Kalimah ‫ت‬ِ ‫ال ُمغ((يرا‬ dari katadasar ‫ غ ي ر‬yang bermaksud ‘serangan’. Kalau dalam dua ayat
sebelum ini, ianya tentang perjalanan mereka ke tempat tujuan mereka. Dan sekarang mereka
telah sampai. Ianya bermaksud serangan yang kuat, dan jenis serangan dari atas. Sekarang
mereka yang menyerang itu berada tinggi di atas kuda, di atas dari mangsa mereka.

Kalimah ‫ ال ُمغير‬adalah dalam bentuk ism faa’il, pembuat yang melakukan sesuatu. Apabila
menggunakan format ism faa’il, ia memberi isyarat yang mereka itu telah dikenali dengan
sifat itu. Maknanya, mereka sudah biasa buat.
Kalimah ‫( صُبحًا‬waktu subuh) ini pula adalah dalam bentuk maf’ul fiihi. Maknanya, mereka
menyerang waktu subuh, tapi kenapa serang masa subuh? Ini menghairankan kerana kalau
nak serang hendap, selalunya dilakukan pada malam hari, atau pada waktu gelap. Tapi
mereka serang waktu subuh pula, iaitu pada waktu orang sudah mula bangun dan sudah
bersedia kalau untuk mempertahankan diri.
Mereka serang masa subuh kerana mereka hendak mangsa serangan mereka itu tahu yang
mereka datang. Waktu mereka dalam perjalanan itu mereka boleh dilihat dari jauh kerana
debu-debu yang berterbangan sebagai tanda mereka datang.
Walaupun kedatangan mereka dapat diketahui awal, tapi mereka tidak kisah kerana mereka
tidak takut. Kerana mereka tahu mereka lebih kuat dan mereka yakin akan dapat
mengalahkan musuh. Sedangkan kalau serang hendap selalunya serang waktu gelap. Ini
kerana memang mereka tidak kisah
Kita kena faham kisah dalam ayat-ayat ini. Kisah ini adalah tentang kumpulan bandit yang
menyerang puak yang lemah. Memang ada mufasir yang kata ini adalah tentang para sahabat
yang menyerang musuh mereka dalam jihad. Akan tetapi kita pegang kepada pendapat yang
kata pendapat ini tidak kuat.
Pertama, kerana ini adalah Surah Makkiyah dan para sahabat waktu itu tidak dibenarkan
berperang lagi.
Keduanya, kita boleh lihat setakat yang kita sudah baca, subjek surah ini bukan tentang orang
Muslim, tapi tentang orang bukan Muslim. Kerana orang Muslim tidak menyerang orang
yang lemah sebegitu. Mereka yang berpendapat kata ayat ini adalah tentang orang Muslim
adalah kerana pada fahaman mereka, kalau Allah gunakan sesuatu sebagai sumpah, tentu
ianya tentang yang baik.
Jadi, pada mereka, tentunya yang diceritakan ini tentang orang Muslim, kalau tidak, tentulah
Allah tidak akan menggunakan kisah mereka sebagai sumpah. Akan tetapi hujah yang
menolak mengatakan, tidak semestinya perkara yang baik sahaja yang dijadikan sebagai
sumpah.
Ayah 4:  Kuat sangat menyerang, sampai kuda-kuda itu menyebabkan debu
berterbangan.
ِ
ً َ‫فََأثَر َن بِهۦ ن‬
‫قعا‬
maka ia menerbangkan debu,
Sebelum ini, kalimat yang digunakan adalah dalam bentuk fa’il (kata nama) dan sekarang
kalimat yang digunakan dalam bentuk fi’il (kata kerja) pula, menunjukkan bahawa apa yang
mereka sedang lakukan telah meningkat.
Kalimah  َ‫فََأثَرن‬ (Huruf ‫ ن‬dalam ayat ini dinamakan nun an-niswa – ‫هن‬
ّ jamak untuk muannas)
– merujuk kepada kuda-kuda betina sebelum ini. Ia dari kata ‫ أث(((ار‬yang bermaksud
‘menaikkan’. Tapi menaikkan apa?

Kalimah ‫نَقعًا‬ bermaksud – debu tanah. Tapi ada 3 kalimah yang digunakan dalam Al-Qur’an
untuk debu:

– Naq’a
– Ghabara
– Habaa [al manthoorah]

Tapi ‫ نَقعًا‬khusus digunakan dalam bahasa Arab apabila sesuatu bergerak dengan laju sampai
menyebabkan tinggal kesan debu yang naik ke udara. Macam kereta, kuda dan sebagainya
yang bergerak di padang pasir. Apabila sudah bergerak dan sudah lepas, masih nampak
habuk-habuk itu di udara.
Kalimah ‫( بِ(( ِه‬dengannya). Apakah ‘nya’ yang dimaksudkan dalam ayat ini? Ia mungkin
merujuk kepada:

– merujuk kepada tempat. Oleh itu, serangan itu kuat sekali sampaikan tempat itu naik debu-
debunya. Sampaikan pandangan pun jadi samar kerana dihalang oleh debu-debu itu.
– merujuk kepada debu itu sendiri. Ini menakjubkan kerana waktu subuh, tanah masih basah
lagi dan selalunya bila tanah lembab, habuk susah nak naik, bukan? Tapi ayat ini hendak
memberitahu, walaupun tanah masih lembab, tapi debu masih naik juga lagi kerana hebat
sekali serangan itu.
– boleh juga merujuk kepada hentakan kaki kuda-kuda itu yang menyebabkan debu-debu
naik ke udara.
– Ini adalah pendapat yang lain sikit dari yang lain. Abu Ubaydah berpendapat kalimah ‫نَقعًا‬
bermaksud menaikkan suara. Ini pun tidaklah lari jauh, kerana apabila debu-debu
berterbangan, maka mereka semua kena jerit supaya suara mereka didengar.
Ayah 5: Ini adalah ayat sumpah terakhir dalam surah ini. Akan berakhir kisah tentang kuda-
kuda itu. Bayangkan, sanggup kuda itu masuk ke tengah musuh menghadapi senjata lawan.
Padahal waktu itu kalau masuk, boleh menyebabkan kematian tapi kuda itu buat juga kerana
kuda itu taat kepada tuannya.

ِ ‫َفوس‬
ً ‫طن بِهۦ َج‬
‫معا‬ َ ََ
dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,
Kalimah  َ‫ َو َس(طن‬ dari kalimah ‫( و س ط‬tengah), jadi kalimah َ‫ فَ َو َس(طن‬bermaksud pasukan yang
menyerang itu menyerbu masuk ke tengah-tengah pihak lawan atau pihak yang diserang.
Dalam kisah ini, pasukan berkuda yang telah disebut dari ayat pertama lagi itu, telah masuk
menyerbu ke tengah-tengah pihak yang diserang.

Kalimah ‫بِ ِه‬ seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, mungkin merujuk kepada debu
yang berterbangan. Oleh itu, mereka ambil peluang dari pandangan samar kerana debu itu
untuk masuk terus ke dalam tengah pihak lawan. Mereka bukan serang dari tepi lagi seperti
biasa, tapi terus masuk ke dalam. Ini adalah tindakan yang bahaya dan berani. Kenapa?

1 – Secara logik, tentu yang diserang sudah nampak kedatangan pihak berkuda itu kerana
mereka datang dengan debu yang berterbangan (boleh dikesan dari jauh). Jadi ini telah
memberi peluang kepada pihak yang diserang itu untuk bersedia dengan pedang, lembing dan
sebagainya. Oleh itu, bahaya kalau serang dengan terus masuk ke tengah.
Selalunya dalam perang macam ini, tidaklah masuk terus ke tengah – kerana kena hati-hati.
Kalau serang dari tepi, mereka jaga bahagian depan sahaja, tapi apabila sudah masuk ke
tengah, mereka kena kepung pula dan kena kawal depan, tepi dan belakang sekali. Walaupun
tindakan mereka itu bahaya, tapi ayat ini kata mereka masuk semua sekali ke tengah-tengah.
2 – Dari ayat ini, kita dapat ambil maklumat bahawa mereka semua masuk sekali, tidak ada
yang tinggal di belakang. Kalau peperangan biasa, selalunya satu pihak akan serang sikit-sikit
dan ada yang menunggu di belakang sebagai pasukan bantuan. Akan tetapi seperti yang
disebut di permulaan awal surah ini, bilangan mereka pun sikit, jadi tidak sesuai juga kalau
mereka berpecah kepada dua kumpulan pula.
Dan ini dikuatkan dengan kalimah ‫ َجمعًا‬yang bermaksud ‘semua sekali’. Tidak ada pasukan
yang tinggal di belakang untuk mengawal atau sebagai pasukan bantuan. ‘Semua sekali’ itu
boleh juga bermaksud pasukan yang menyerang dan diserang dua-dua berperang sesama
sendiri.
3 – Tindakan mereka itu bahaya kerana debu akan berterbangan dan keadaan akan jadi samar,
tidak nampak sangat. Tapi mereka masuk juga.
Sudah habis lima ayat ini untuk ambil perhatian mereka yang membaca dan mendengar. Kita
katakan ini adalah ayat-ayat sebagai menarik perhatian sahaja, kerana tidak ada ajaran agama
lagi pun, hanya menceritakan sahaja. Oleh itu, apa yang hendak disampaikan?
Yang hendak disampaikan adalah ayat-ayat selepas ini. Memang perkara penting
disampaikan selepas ayat-ayat sumpah/qosam. Selepas minat pembaca/pendengar telah
ditarik, mereka hendak mendengar apa yang hendak diceritakan, barulah Allah sambung
ayat-ayat pengajaran di dalam ayat-ayat seterusnya.

Ayat 6: Sekarang baru Allah hendak memberitahu pengajaran yang amat


penting selepas ayat-ayat qosam yang panjang sebelum ini. Allah memulakan
surah ini dengan qosam tentang kuda kerana Allah hendak memberi isyarat,
lihatlah bagaimana kuda itu taat kepada tuan dia, sanggup buat apa sahaja
termasuk membahayakan nyawa mereka, tapi manusia tidak taat kepada
Tuhannya.
Ini amat menyedihkan kerana kalau kita fikirkan kembali, apa sangatlah yang
tuan kuda itu bagi pada kuda dia sampai kuda ia taat itu? Tapi bandingkan
dengan apa Allah beri kepada kita, macam-macam bukan? Walaupun telah
mendapat segala nikmat yang hebat-hebat, kebanyakan manusia tetap
derhaka.

‫سـٰنَ لِ َربِّ ِهۦ لَ َكنُو ٌد‬


َ ‫ِإنَّ ٱِإل ن‬
sesungguhnya manusia itu sangat engkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya,
Kalimah  َ‫ِإ َّن اِإل نس(((ان‬ – Sesungguhnya manusia itu. Selepas sahaja ayat-ayat qosam yang
panjang, Allah sekarang hendak sebut tentang insan (manusia). Apakah yang Allah hendak
sampaikan tentang manusia itu?
Panjang Allah menceritakan tentang kuda-kuda perang itu. Kuda-kuda itu amat taat kepada
tuan mereka, sampai sanggup mereka membahayakan nyawa mereka untuk berperang dan
masuk ke dalam kawasan musuh. Sedangkan kuda juga ada naluri untuk menjaga diri mereka
– mereka tidak akan membahayakan diri mereka begitu sahaja.

Akan tetapi kerana arahan tuannya, mereka pergi juga. Kerana itu kisah kuda ini amat
menarik perhatian masyarakat Arab. Kerana ianya adalah kebanggaan dan kesukaan mereka.
Macam zaman sekarang, ada orang yang suka sangat kepada kereta – bikin sana dan bikin
sini. Kalau tak dapat beli kereta mewah pun, ada sahaja yang simpan gambar kereta sports
sebab hendak berangan.

Dalam mereka sedang membayangkan kuda-kuda itu, tiba-tiba Allah memberi


kata-kata yang menusuk kalbu – ‫ِإ َّن اِإل نسانَ لِ َربِّ ِه لَ َكنو ٌد‬. Allah ingatkan manusia degil
yang mereka itu adalah hamba, mereka juga ada Tuan juga, tapi malangnya
manusia itu tak taat langsung – jauh berbeza dengan kuda-kuda kebanggaan
mereka itu. Kata-kata ini datang secara tiba-tiba yang amat menusuk kalbu
dan tidak sangka datangnya, menyebabkan kita bungkam tidak dapat berkata-
kata lagi.
Huruf ‫ل‬ dalam ‫ لَ َكنو ٌد‬adalah sebagai penekanan.
Kalimah ‫ َكنو ٌد‬adalah dari katadasar ‫ – ك ن د‬ia ada persamaan dengan kalimah
‫ كفور‬iaitu tidak menghargai segala nikmat yang telah diterima. Kufur kepada
nikmat yang Allah telah banyak berikan. Sedarlah kita yang Allah telah
berikan kita segala macam kelebihan dan nikmat yang tidak terhingga, dunia
ini Allah jadikan untuk kegunaan kita, termasuklah kuda-kuda yang taat itu.
Tapi dengan segala kelebihan dan nikmat-nikmat itu, manusia masih lagi
tidak bersyukur dan taat kepada Tuhan.

Sebaliknya mereka menggunakan kelebihan yang Allah berikan kepada


mereka itu untuk berbuat kerosakan dan dosa. Lihatlah dalam lima ayat
pertama surah ini – menceritakan tentang pasukan berkuda yang menyerang
satu puak dengan rakus sekali. Mereka kufur dalam kemungkaran. Tapi
lihatlah bagaimana perasaan asal manusia terhadap ayat-ayat itu? Mereka
rasa teruja dengan kisah kuda-kuda perang itu yang menyerang dengan
gagah.

Begitulah manusia – kadang-kadang rasa suka dengan perbuatan


manusia lain tanpa menilai sama ada ianya baik atau tidak. Kerana
itulah kita lihat banyak dalam filem-filem bagaimana penjahat
dilihat sebagai baik sahaja. Sebagai contoh, kisah tentang lanun
yang kononnya baik. Kita pula sokong lanun itu, tapi lupakah kita
yang mereka itu perompak?.

Kenangkan juga kalau kita lihat kisah perompak bank yang gigih menyusun
strategi (tapi manusia lupa yang mereka sebenarnya mencuri, bukan?).
Manusia sudah tidak kisah dengan apa yang benar dan apa yang tidak –
asalkan ia menarik perhatian mereka. Kita pun risau kalau-kalau pencuri-
pencuri itu kena tangkap dengan polis.

Begitulah kita dengan filem-filem kita, sudah tidak kisah pun sama ada apa
yang disampaikan itu benar atau tidak, asalkan ianya menarik untuk
ditonton. Kita sudah tertipu dengan diayah pereka filem.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan kalimah ‫ َكن(((و ٌد‬itu bermaksud
‘memisahkan diri dari Tuhan’. Begitulah manusia, tidak hiraukan Tuhan. Jauh
berbeza dengan kuda-kuda perang yang disebut di awal surah ini – kuda
perang itu taat dan prihatin tentang kehendak tuannya – menunggu sahaja
apakah yang hendak diarahkan oleh tuan mereka; suka apabila tuannya
datang kepadanya, sanggup ikut arahan tuannya.

Kalimah ‫ َكن((و ٌد‬memang ada persamaan dengan ‫ كف((ور‬tapi tidak sama dengan
tepat. Ini adalah kerana kalimah ‫ َكنو ٌد‬hanya disebut sekali sahaja dalam Al-
Qur’an (dalam ayat ini) sedangkan kalimah ‫ كفور‬amat banyak sekali disebut
dalam Al-Qur’an. Kalau kalimah ‫ كفور‬dan ‫ َكنو ٌد‬itu sama sahaja, tentu kalimah
‫ كفور‬sahaja yang digunakan dalam surah ini, tapi tidak.

Oleh itu, mesti ada kelainan antara keduanya. Tapi kita telah sebut yang ada
persamaan antara keduanya dan yang sama antara keduanya adalah
perasaan tidak bersyukur itu – tidak menghargai nikmat yang telah diberikan.
Jadi apakah beza antara keduanya?

Kalimah ‫ َكن((و ٌد‬bermaksud SANGAT-SANGAT tidak menghargai kerana ianya


adalah dalam bentuk sighah mubalaghah (bersangatan) kerana ada ‫ و‬dalam
kalimah ini. Jadi ini bukan tidak menghargai dalam kadar biasa, tapi jenis
yang teruk sangat.
Mereka yang ada sifat ‫ َكنو ٌد‬ini adalah jenis yang ada sahaja benda yang dia
tidak puas hati dalam hidup dia, padahal sudah banyak nikmat yang dia
sudah dapat tapi dia nak merungut sahaja kerjanya. Sebagai contoh, ada 10
jenis makanan dalam rumah dia tapi dia bising tentang makanan yang dia
mahu tidak ada. Malangnya, kita pun mengajar anak-anak kita dengan
perangai ini. Kita tidak ajar mereka untuk bersyukur dengan nikmat yang ada.
Adakah manusia layak untuk mempunyai sifat ‫ َكنو ٌد‬ini? Tentulah tidak. Allah
jadikan kita dan beri nikmat kepada kita supaya kita taat kepadaNya dan buat
amal ibadat dan menghambakan diri kepadaNya. Kalau kita tidak jalankan
kewajipan kita ini, apakah layak kita duduk di dunia ini?

Kembali kita kepada kisah kuda-kuda di awal surah ini. Katakanlah kuda-
kuda itu tidak taat kepada tuannya, tidak ikut arahan, agaknya tuannya nak
simpan ia lagikah? Tentu tidak, tuannya sudah lama akan matikan ia kerana
kalau tidak taat, takkan nak bagi makan percuma sahaja, bukan? Maka
tuannya akan bunuh dia.

Allah juga boleh buat begitu kepada insan yang degil. Akan tetapi lihatlah
bagaimana penyabarnya Allah itu, walaupun kita tidak taat kepada Dia, Allah
tidak terus hukum kita, bukan? Padahal Allah boleh sahaja nak kenakan kita
dengan apa sahaja yang Dia hendak kenakan.

Ayat 7: Manusia itu sendiri tahu yang dia sedang derhaka kepada Tuhan.

‫َلى ٰذلِكَ لَشَهي ٌد‬


ٰ ‫وَِإنَّهُ ع‬
dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya,
Sebenarnya, manusia memang tahu yang mereka sedang melawan kehendak
Allah. Bukannya dia tidak tahu. Sekurang-kurangnya dalam hati mereka,
mereka sudah tahu.

Kalau kita lihat kalimah (‫ش (هي ٌد‬ yang


َ digunakan, tapi kenapa tidak digunakan
kalimah ‫( شا ِهد‬isim fa’il)? Ini adalah kerana:
Kalau kalimah ‫شا ِهد‬  (ism faa’il) ia bermaksud ia hanya berlaku sekali sahaja.
Sedangkan kalau guna kalimah ‫ َشهي ٌد‬, ia bermaksud dia sentiasa melihat apa
yang dia sedang lakukan. Ini adalah kerana ianya adalah dalam sighah
mubalaghah. Dia sendiri menjadi saksi atas segala perbuatannya. Ini seperti
yang Allah telah sebut dalam Qiyamah:14
ٌ‫َفس ِه بَصي َرة‬ ٰ ‫بَ ِل اِإل نسانُ ع‬
ِ ‫َلى ن‬
Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri
Banyak ayat dalam Al-Qur’an menyebut bagaimana tubuh badan kita sendiri
akan menjadi saksi atas diri kita nanti di akhirat. Diri kita memang tahu
segala-galanya yang kita lakukan. Setiap apa yang kita lakukan, tubuh kita
tahu dan mereka sentiasa menjadi saksi.

Tubuh dan hati kita juga tahu bahawa kita sedang melakukan dosa dan tidak
taat kepada Allah. Diri dan nafs kita tahu kerana telah ada dalam diri kita
ilham tentang mana perkara buruk dan mana yang salah. Inilah yang
dinamakan ‘fitrah’. Kalau tidak terasa itu hanyalah kerana tidak layan
perasaan itu sahaja. Iaitu mereka yang menidakkan fitrah asal dalam diri.

Ayat 8: Allah beritahu mereka jadi begitu kerana mereka kasih kepada harta
bersangatan sampai lupa nak kasih kepada Tuhan.

‫الخي ِر لَشَدي ٌد‬


َ ‫وَِإنَّهُ لِ ُح ِّب‬
dan sesungguhnya dia sangat hebat cintanya kepada kesenangan.

Dalam ayat ini, selalunya kalimah ‫َ(((ير‬ ِ ‫ الخ‬diterjemahkan kepada ‘harta’,


‘kekayaan’, ‘kesenangan’. Tapi dari segi bahasa asal, ia bermaksud ‘kebaikan’,
bukan? Dan bukankan ‘kebaikan’ itu baik dan bagus untuk kita? Kenapa pula
Allah tegur sifat manusia itu? Nanti kita akan bincangkan selepas ini.

Sekarang lihat kalimah ِّ‫ لِحُب‬dalam ayat ini. Huruf ‫ ل‬digunakan dalam kalimah
ini untuk bawa maksud ‘kerana’. Oleh itu, kalimah ِّ‫ لِحُب‬bermaksud ‘kerana
cinta’. Allah tidak gunakan kalimah ‫للخ((ير‬, tapi Allah beritahu masalah itu
terjadi kerana cinta yang keterlaluan itu. Oleh itu, masalah manusia
sebenarnya adalah kerana cintanya yang bersangatan kepada harta, kepada
dunia.

Apakah pula maksud ِّ‫ ?حُب‬Ianya apabila kita lihat sesuatu itu baik untuk kita,
maka kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Kadang-kadang ada yang
kita cuba dapatkan tapi tidaklah bersungguh sangat, bukan? Kalau ianya
bersungguh sangat, barulah dipanggil   ِّ‫حُب‬. Oleh itu, ada dua perkara yang
terlibat dalam  ِّ‫حُب‬:

1- sangkaan yang sesuatu itu baik.


2 – sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Atau berusaha
bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Seperti kita telah sebutkan sebelum ini, kalimah ‫الخَير‬ bermaksud


ِ ‘kebaikan’,
jadi kenapa Allah tegur kalau suka dan cinta kepada kebaikan pula? Dan
kenapa pula para mufassir dan terjemahan kepada kalimah ini sentiasa
sahaja bermaksud ‘harta’, ‘kemewahan’ dan yang berkenaan dengannya?
Bukankah kekayaan juga boleh digunakan untuk kebaikan juga? Bukankah
harta itu diperlukan juga oleh manusia dan boleh digunakan untuk kebaikan?
Untuk menjawabnya, kita kena faham bahawa Allah sebenarnya
‘menterjemahkan’ kepercayaan kaum yang engkar itu. Mereka yang
merasakan harta dan kekayaan itu adalah ‘kebaikan’ dan tidak ada yang lebih
baik darinya. Allah sebenarnya mengejek mereka dan fahaman mereka.
Alangkah salah sekali fahaman mereka itu.

Mereka hanya melihat kebaikan dalam kesenangan dan kekayaan sahaja. Dan
kerana hendak mendapatkan kemewahan dan harta itu, mereka sanggup buat
apa-apa sahaja – sampai sanggup merampok daripada hak orang lain,
sanggup menipu, sanggup mencuri dan sebagainya.

Kalimah ‫ َش((دي ٌ(د‬daripada maksud ‘mengikat tali’. Iaitu bermaksud mengikat


dengan kuat terhadap sesuatu. Oleh itu, dalam ayat ini, ia bermaksud manusia
terikat dengan kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan harta.

Memang manusia ramai yang mahukan dunia. Dan semua yang manusia
mahu, datang dari bumi bukan? Antaranya makanan, minuman, emas, perak
dan sebagainya. Tapi ingatlah dalam surah sebelum ini dalam Surah Zalzalah,
Allah telah memberitahu bagaimana manusia itu mengejar harta dalam bumi,
tapi akhirnya manusia akan mati dan masuk dalam bumi itu sendiri.

Allah ingatkan kita: Kamu cari harta dan kesenangan daripada bumi, tapi
nanti kamu pun akan masuk dalam bumi juga. Dan nanti kamu dan segala
dalam bumi itu akan dikeluarkan, waktu itu baru kamu akan rasa menyesal
kerana kamu akan lihat benda yang kamu kejar itu tidak ada harga pun.

Ayat 9: Allah tanya: tidakkah manusia tahu yang mereka akan dibangkitkan
dari kubur? Ayat 9 – 11 ini adalah Perenggan Makro Kedua. Allah yang
memberitahu yang manusia yang beriman kepada Hari Pembalasan sahaja
yang akan ada rasa takut dan ada kemahuan untuk bersyukur kepada Allah.

‫َأفَال يَعلَ ُم ِإذا بُعثِ َر ما فِي القُبو ِر‬


Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,

Kalimah ‫بُعثِ َر‬ bermaksud perbuatan mengeluarkan sesuatu dari bekas, seperti


kita mengeluarkan barang dari dalam beg, kadang-kadang kita akan
keluarkan segala barang yang lain, walaupun nak dicari adalah satu barang
sahaja. Tapi kita punggah habis semua barang yang ada dalam beg itu.
Jadi Allah tanya mereka: tidakkah mereka sedar yang mereka akan
dikeluarkan dari bumi itu setelah mereka mati dan mereka akan dibawa ke
pengadilan Allah taala? Tidakkah manusia tahu bahawa semua yang di dalam
kubur itu akan dikeluarkan semua sekali?
Bukan sahaja yang membunuh itu akan dikeluarkan dari kubur mereka, tapi
yang dibunuh juga akan dikeluarkan juga. Di awal surah ini, disebut tentang
satu puak berkuda yang menyerang dan merampok satu puak yang lain. Dan
selepas itu mereka akan menguburkan orang yang telah dicuri itu di dalam
bumi.

Mungkin orang lain tidak tahu apa yang mereka telah lakukan, tapi nanti
apabila Kiamat nanti, semua yang di dalam kubur itu akan dikeluarkan.
Semua akan dihadapkan di hadapan Allah taala dan Allah akan adili segala
apa yang mereka lakukan.

Begitulah, kadang-kadang zaman berzaman ada manusia jahat yang kuat


telah memusnahkan orang lain, satu kampung, satu negeri dan sebagainya.
Mereka telah musnahkan satu kampung, ambil barang mereka, ambil anak-
anak mereka dan kemudian menanam mereka yang dibunuh itu. Ini memang
biasa terjadi dan sampai sekarang pun terjadi juga.

Mungkin Human Rights Watch tidak tahu apa yang mereka buat itu kerana
jauh dari media, tapi sedarlah yang Allah tahu. Dan nanti mereka yang
dibunuh itu akan dikeluarkan dan mereka akan mendakwa mereka yang
membunuh mereka. Dan Allah akan memberi pengadilan yang seadil-adilnya.
Tidak ada yang akan terlepas. Maka kena berhati-hati dengan apa sahaja yang
kita lakukan.

Ayat 10: Waktu itu, semua akan dikeluarkan.

‫الصدو ِر‬
ُّ ‫ص َل ما فِي‬
ِّ ‫َو ُح‬
dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada,

Kalimah ‫ُص((( َل‬


ِّ ‫ ح‬bermaksud mengupas dan membuang kulit luaran untuk
menunjukkan apa yang ada di dalamnya – contohnya kita mengupas kulit
pisang untuk mengeluarkan pisang itu.

Sebelum ini dalam Surah Zalzalah Allah telah memberitahu perbuatan


sekecil-kecil manusia walaupun sebesar zarrah akan ditunjukkan kepadanya.
Tapi dalam Surah al-Aadiyat ini, Allah memberitahu maklumat lebih
mendalam lagi. Iaitu apa yang di dalam hati juga akan dikeluarkan. Ini adalah
kerana perbuatan yang telah dilakukan itu bukan perbuatan luaran sahaja,
bukan? Kerana ada juga perbuatan dalam hati seperti niat kita.

Kerana kita melakukan sesuatu kerana disuruh oleh hati kita. Allah beritahu
yang itu pun akan dikeluarkan – maknanya, akan dikeluarkan apa yang dalam
dada. Itu termasuk perasaan tidak taat kepada Allah dan kecintaan
bersangatan kepada dunia. Itu pun akan dikeluarkan dan diberitahu kembali
kepada mereka.

Oleh itu, dalam Surah Zalzalah telah disebut tentang amal luaran dan
sekarang disebut tentang niat hati pula. Akan dikupas dan akan ditunjukkan
apakah perasaan dalam hati mereka. Di dunia, manusia lain tidak tahu niat
kita, bukan? Tapi di akhirat nanti ia akan dibuka dan ditunjuk.

Ayat 11: Allah sangat tahu apa yang mereka lakukan dan apa yang dalam hati
mereka. Maka semua itu akan dibentangkan untuk dihukum.
‫ِإنَّ َربَّہُم بِ ِہم يَو َم ِٕٮ ٍذ لَّ َخبِي ۢ ُر‬
sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.

Orang kafir dan orang yang engkar itu mungkin berkata dalam hati mereka:
[siapa yang akan tahu apa yang aku buat ini, apa yang aku fikirkan dan niat
aku?] Mungkin mereka telah bunuh orang lain dan telah sorok kesalahan
mereka itu dan mereka tidak sangka yang perbuatan mereka itu akan
terbongkar, bukan? Oleh itu, mereka sangka mereka akan terlepas dari
hukuman kerana mereka sangka tidak ada orang yang akan tahu. Tapi Allah
beritahu dalam ayat ini, Allah Maha Tahu apa yang mereka telah lakukan.

Kalimah ‫ خَب((ي ٌر‬digunakan dalam ayat ini, sedangkan kalimah ‫ عليم‬juga boleh
digunakan, bukan? Tapi Allah tidak guna kalimah ‫ عليم‬kerana kalimah ‫خَب((ي ٌر‬
lebih kuat lagi dari kalimah ‫عليم‬. Ini adalah kerana maksud ‫ خَب(((ي ٌر‬adalah
mengetahui luar dan dalam dari perbuatan mereka itu. Allah bukan hanya
tahu amalan fizikal sahaja tapi apa yang ada dalam hati.

Dalam Surah Zalzalah Allah telah memberitahu bahawa segala perbuatan


manusia sebesar zarrah pun akan ditunjukkan kepada mereka. Dalam ayat ini
sekarang, Allah memberitahu yang Allah tahu apa yang mereka telah lakukan.
Mereka tidak akan dapat sorok langsung apa yang mereka telah lakukan.
Allah bukan nak beritahu sahaja, tapi Allah akan hukum mereka atas
perbuatan tangan mereka dan hati mereka itu.

Penutup:
Di awal surah ini, Allah memberitahu perbuatan orang jahat yang tidak
sangka perbuatan mereka itu akan diketahui. Dan di akhir surah ini, Allah
memberitahu bahawa fahaman mereka itu amat salah sama sekali kerana
Allah tahu apa yang mereka telah lakukan. Dan mereka tidak akan terlepas
dari kezaliman yang mereka telah lakukan. Allah akan keluarkan semua
sekali perbuatan mereka, kecil atau besar.

Anda mungkin juga menyukai