Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan:

Apakah kaitan surah al-Ikhlas ini dengan surah al-Masad sebelum ini:
1 – Menggunakan kaedah (sajak) yang sama. Lihatlah bagaimana hujung setiap ayat diakhiri dengan
qalqalah.
2 – Mengubah perhatian kepada perkara yang lebih penting. Sebelum ini surah al-Masad
memperkatakan tentang Abu Lahab yang mengganggu dakwah Nabi Muhammad. Abu Lahab
mengganggu perhatian Nabi kerana Abu Lahab sentiasa mengganggu dakwah Nabi dan menentang
secara terang-terangan. Yang membuatkan Nabi susah hati adalah kerana Abu Lahab adalah bapa
saudaranya sendiri.
Kerana tertekan dengan perbuatan Abu Lahab itu, Nabi asyik fikir tentang Abu Lahab sahaja.
Tambahan pula dia adalah bapa saudara Nabi dan tinggal juga di sebelah rumah baginda sahaja. Jadi,
tentu selalu mereka berjumpa. Jadi, apabila saudara sendiri menolak dakwah dan menghalang orang
lain daripada mengikut baginda, maka ini memang mengganggu dakwah. Kerana orang jahil boleh
berkata: “keluarga dia sendiri juga tidak mengikut dia!”
Oleh itu, dalam surah sebelum ini Allah berjanji kepada baginda untuk memusnahkan Abu Lahab
sedikit demi sedikit. Dan Allah beritahu yang usaha Abu Lahab itu tidak akan berjaya untuk
mengganggu dakwah baginda. Abu Lahab tidak akan berhasil untuk memusnahkan agama Islam.
Ini menghilangkan satu kerisauan dari kerisauan baginda yang besar supaya baginda boleh tumpukan
perhatian kepada perkara yang lebih penting lagi. Kalau dalam Surah al-Kaafiroon, Allah menyuruh
Nabi Muhammad yang beritahu kepada orang kafir (dengan kalimah ‫)قل‬, tapi dengan Abu Lahab,
Allah sendiri yang berkata terus (tiada penekanan menyuruh Nabi berkata). Ini memberi erti, Allah
sendiri yang akan berurusan dengan Abu Lahab itu – Nabi tidak perlu bimbang, semuanya akan
diuruskan. Cuma fokus kepada dakwah sahaja sekarang.
Surah ini juga ada kaitan dengan surah terawal sekali, iaitu surah al-Fatihah. Ada kaitan yang menarik
juga. Kalau kita lihat ada perkara yang disentuh dalam surah al-Fatihah dan disambung dalam surah-
surah terakhir ini:
1. Dalam al-Fatihah, kita sebut ِ ‫( ال َحم ُد هَّلِل‬Segala pujian untuk Allah) dan dalam Surah
al-Ikhlas ini Allah sambung memberitahu kita siapakah Allah itu.
2. Dalam al-Fatihah, kita baca َ‫الَمين‬BB‫( َربِّ الع‬Tuhan sekalian alam) dan kalimah
disentuh sekali lagi dalam surah al-Falaq dan an-Naas.
Oleh itu, sesuatu yang dimulakan dalam awal Al-Qur’an dilengkapkan di hujung Al-Qur’an.
Allah ingatkan balik tentang apakah yang utama kita kena ingat. Kadang-kadang kalau kita sudah
berperang sekian lama, berdakwah sekian lama, bekerja sekian lama, kita sampai lupa kenapa kita
berperang pada awalnya. Kita mungkin boleh terlupa tujuan asal kita berdakwah dulu. Jadi Allah
ingatkan kembali apakah punca utama kenapa umat Islam dan orang kafir bertegang urat dan tidak
dapat bersama – ini adalah kerana perbezaan fahaman dan pegangan tentang tauhid.
Dari hadith, kita dapat tahu yang Nabi Muhammad selalu membaca surah al-Ikhlas ini bersama
dengan surah al-Kaafiroon. Ini memerlukan perhatian kita, kerana walaupun dua surah ini tidak
berturutan, tapi kenapa baginda membacanya dalam rakaat pertama dan rakaat kedua? Tentu ada
kaitan antara dua surah ini, tapi apakah ia?
1 – Dalam surah al-Kaafiroon, sudah jelas yang Islam dan kufur bukanlah agama yang sama. Mereka
ada agama mereka dan kita ada agama kita. Tidak ada kompromi langsung antara keduanya.
Walaupun sekali lihat seolah-olah ada persamaan. Sebagai contoh, Musyrikin Mekah ada juga
beribadat di Ka’bah seperti juga umat Islam; mereka juga kenal Allah sebagai Tuhan yang satu.
Oleh itu, memang ada persamaan, tapi tidaklah itu sebagai dalil yang Islam dan kufur itu sama. Ini
jelas di hujung surah itu: ‫لَ ُكم دينُ ُكم َولِ َي دي ِن‬. [begitulah juga dengan agama Syiah – mereka itu bukan
Islam dan bukan salah satu mazhab dari agama Islam walaupun ada sedikit persamaan. Apabila
dikatakan yang mereka itu satu ‘mazhab’, maka banyak masalah akan timbul kerana manusia tidak
nampak kesesatan mereka].
Baik, kembali kepada perbincangan tentang surah al-Kaafiroon dan al-Ikhlas. Dalam surah al-
Kaafiroon telah diberikan pembeza antara dua agama yang amat berlainan ini – agama Islam dan
agama kufur. Dan diterangkan dalam Surah al-Ikhlas bahawa agama Islam itu bezanya dengan agama
lain adalah kerana tauhid.
Begitu juga perbezaan ajaran Al-Qur’an dengan amalan masyarakat Muslim kita. Kalau ada sudah
membaca sampai ke sini, maka tentu anda sudah perasan bagaimana sudah disentuh perkara-perkara
tauhid yang amat berlawanan dengan fahaman masyarakat kita.
Maka, surah al-Ikhlas adalah tentang tauhid dan serangan kepada tauhid adalah dari dalam dan luar.
Serangan dari luar disentuh dalam surah al-Falaq dan serangan dari dalam disentuh dalam surah an-
Nas yang kita akan belajar nanti. Oleh itu, ketiga-tiga surah ini ada kaitan (kerana itu ia dikenali
sebagai tiga qul).
2. Di dalam surah al-Kaafiroon, nama Allah tidak disebut sama sekali. Cuma disebut yang mereka
tidak sembah apa yang kita sembah – tapi apakah yang kita sembah? Maka, dalam surah al-Ikhlas ini
diterangkan dengan jelas yang kita hanya menyembah Allah sahaja dan diterangkan pula sifat-sifat
Allah di dalamnya.
3 – Surah Al-Kaafiroon dimulakan dengan kalimah ‫ قُل‬dan begitu juga dengan surah al-Ikhlas ini.
Sedangkan surah al-Masad di tengahnya tidak ada kalimah ‫قُل‬. Jadi, ini juga menunjukkan ada kaitan
yang rapat antara surah al-Kaafiroon dan al-Ikhlas ini.
4. – Surah al-Kaafiroon dan surah al-Ikhlas mempunyai nama lain yang sama. Para sahabat memang
memberi nama timangan yang banyak untuk surah-surah yang mereka suka dan mereka banyak baca.
Sebagai contoh, nama surah al-Ikhlas ada lebih dari 20 nama yang lain.
Salah satu nama yang diberikan kepada surah al-Ikhlas adalah al Mukashkish – yang menghilangkan
penyakit. Dan nama ini juga sebenarnya digunakan juga untuk surah al-Kaafiroon. Ini adalah kerana
kedua-duanya menyembuhkan manusia dari penyakit syirik. Surah al-Kaafiroon menyembuhkan dari
‘syirik amalan’ dan surah al-Ikhlas menyembuhkan dari ‘syirik hati’.
Berikut adalah nama-nama lain bagi surah al Ikhlas:
2 – Surah at-Tafreed – yang bermaksud ‘tunggal’ kerana surah ini memperkatakan sifat Allah yang
tunggal – tidak ada yang sama dengan-Nya.
3 – Surah at-Tajreed – surah yang membuang segala salah faham terhadap Allah.
4 – Surah at-Tawheed – surah tentang tauhid kerana ia memperkatakan sifat Allah yang tauhid.
5 – Surah al-Ma’rifah – yang bermaksud ‘pengenalan’. Ianya memperkenalkan Allah dan kalau tidak
faham surah ini, bermakna seseorang itu tidak kenal siapakah Allah.
6 – Surah as-Samad – Kalimah ini kita akan belajar nanti. Dalam Al-Qur’an, pada surah ini sahaja
digunakan kalimah ini. Dan kerana itulah surah al-Ikhlas juga dikenali sebagai surah as-Samad.
7 – Surah al-Assaas – yang bermaksud ‘pati’. Ini adalah kerana di dalam surah ini disebut tentang asas
atau pati dakwah Rasulullah iaitu mentauhidkan Allah.
Dan tauhid ini adalah perkara yang amat penting sekali perlu ditekankan dan difahami oleh semua
manusia. Begitu pentingnya tauhid ini dan buruknya syirik, hinggakan Allah amat murka apabila ada
yang mengatakan Allah mempunyai anak. Ini disebut  di dalam surah Maryam: 90.

ُ ِ‫اَألرض َوخَتِ ُّر اجل‬


‫بال َهدًّا‬ ُ َ َ‫ماوات َيَت َفطَّر َن ِمنهُ َوت‬
‫نش ُّق‬ ُ ‫الس‬ َّ ‫كاد‬
ُ َ‫ت‬
hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh,
Begitu murka sekali Allah kalau ada manusia yang melakukan amalan syirik hinggakan hampir-
hampir alam ini pecah dan hancur berderai. Maka, kita mestilah benar-benar faham tentang tauhid dan
syirik supaya kita boleh mengamalkan tauhid dan tinggalkan amalan syirik. Tidak mungkin ada ilah
lain selain Allah kerana kalau begitu, akan kacau bilaulah alam ini seperti yang disebut dalam
surah Anbiya:22

‫لَو كا َن في ِهما آهِلَةٌ ِإاَّل اللَّهُ لََف َس َدتا‬


Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain Allah, tentulah keduanya (langit dan bumi) itu
telah rosak binasa.
Alam akan hancur binasa kalau ada tuhan yang lain kerana seorang tuhan ingin begini dan seorang
lagi tuhan ingin begitu – maka, akan kacau bilau jadinya. Sebab itu, kita lihat agama yang ada lebih
daripada satu tuhan mempunyai kekarutan yang amat sangat – seperti agama Hindu, agama Greek dan
lain-lain lagi. Selalu kita baca tentang kisah tuhan-tuhan mereka berkelahi dan berlawanan sesama
mereka.
Memang mengarut sungguh. Kalau sudah ada banyak yang ada kuasa, sudah tentu ada perlawanan
antara mereka. Maka, ini adalah sebagai hujah juga untuk mengatakan yang tidak mungkin ada lebih
daripada satu tuhan. Hanya ada satu Tuhan sahaja iaitu Allah.
Sebelum ini telah disebut tentang kemenangan umat Islam dalam surah an-Nasr. Kemenangan umat
Islam itu adalah kerana mereka mentauhidkan Allah. Apabila mentauhidkan Allah, Allah akan beri
bantuan. Zaman sekarang kita rasa amat lemah sekali kalau dibandingkan dengan kuasa orang kafir.
Selalu kita sebut-sebut tentang kehebataan sejarah umat Islam dan berharap supaya Islam kembali
kuat.
Kalau mahu kembali kepada kemenangan zaman dahulu, maka kita hendaklah kembali kepada tauhid.
Jadi, ini dimulai dengan belajar tafsir Al-Qur’an. Ini kerana, kehebatan dan kemenangan umat Islam
dahulu adalah kerana berpegang kepada ajaran Al-Qur’an. Bukannya kerana mereka hanya umat
Islam sahaja. Maka, kita tidak boleh berharap kepada kemenangan dan kekuatan umat Islam selagi
pemahaman tafsir Al-Qur’an ini berleluasa. Kalau sekarang kita lihat, hanya segelintir sahaja yang
belajar ilmu tafsir ini.
Terdapat khilaf sama ada surah ini adalah Makkiyyah atau Madaniyyah. Ada juga yang mengatakan
ianya diturunkan dua kali – sekali di Mekah dan sekali lagi di Madinah. Ini mungkin timbul kerana
ada yang baru mendengar surah ini dibacakan di Madinah maka mereka sangka ianya diturunkan di
Madinah, sedangkan ianya telah diturunkan di Mekah.
Seperti yang kita tahu, Musyrikin Mekah juga mengenal Allah dan mereka juga menggunakan nama
‘Allah’ juga di dalam agama mereka. Masalah dengan mereka adalah, mereka mengadakan ilah-ilah
lain selain Allah. Oleh itu, apabila Nabi Muhammad mengajar mereka tentang tauhid dan
memberitahu mereka tentang Tuhan dan ilah itu hanya Allah sahaja, mereka hairan dan marah.
Mereka menjadi keliru, adakah Allah yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu sama dengan Allah yang
mereka kenal? Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula
surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: ‫صف‬
‫– لنا ربك‬ ‘Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah
dia atau tembaga atau loyangkah?).
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang
musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah)
Tuhannya itu. (Kerana baginda kata semua dijadikan oleh Allah, tapi siapakah yang menjadikan
Allah?) Maka, datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan. Persoalan mereka itu telah menyebabkan
Rasulullah murka dan Allah menurunkan surah al-Ikhlas ini untuk menjawab persoalan mereka itu.

Kelebihan surah ini: 


Hadith A’isyah Radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:
ِ ِ ِِ ِ ٍ
‫ َفلَ َّما‬،‫َأح ٌد‬
َ ُ‫ َفيَ ْخت ُم بـ قُ ْل ُه َو اهلل‬،‫صالَته‬ َ ‫َألص َحابِه يِف‬ ْ ‫ َو َكا َن َي ْقَرُأ‬،‫ث َر ُجالً َعلَى َس ِريَّة‬ َّ
َ ‫َأن النَّيِب َّ َب َع‬
ُ‫ َألن ََّها ِص َفة‬:‫ال‬ ِ ٍ ِّ ،‫ ((سلُوه‬:‫ال‬ ِ ِ‫ ذَ َكروا َذل‬،‫رجعوا‬
َ ‫ َف َق‬،ُ‫ فَ َسَألُْوه‬،))‫ك؟‬ َ ‫صنَ ُع ذَل‬ ْ َ‫َألي َش ْيء ي‬ ُ ْ َ َ ‫ َف َق‬، ِّ ‫ك للنَّيِب‬ َ ُ َُ َ
))ُ‫َأن اهللَ حُيِ بُّه‬
َّ ُ‫((َأخرِب ُ ْوه‬ َ ‫ َف َق‬،‫ب َأ ْن َأْقَرَأ هِبَا‬
ْ : ُّ ‫ال النَّيِب‬
ِ ‫ وَأنَا‬،‫الرَّمْح ِن‬.
ُّ ‫ُأح‬ َ َ
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan,
dan ketika orang itu mengimami yang lainnya di dalam solatnya, dia membaca, dan mengakhiri
(bacaannya) dengan ‫قُلْ هُ َو هللاُ َأ َح ٌد‬, maka tatkala mereka kembali pulang, mereka menceritakan hal itu
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau pun bersabda: “Tanyalah dia, mengapa
dia berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Dia pun menjawab: “Kerana surah ini
(mengandung) sifat ar Rahman, dan aku mencintai untuk membaca surat ini,” lalu Nabi Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Beritahu dia, sesungguhnya Allah pun mencintainya”. Riwayat Bukhari
dan Muslim.
Hadith Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata :

‫الص الَِة مِم َّا‬


َّ ‫ َو َكا َن ُكلَّ َما اِ ْفتَتَ َح ُس ْو َرةً َي ْق َرُأ هِبَا هَلُ ْم يِف‬،‫صا ِر َيُؤ ُّم ُه ْم يِف َم ْس ِج ِد ُقبَ ٍاء‬ ِ
َ ْ‫َكا َن َر ُج ٌل م َن اَألن‬
‫ك يِف‬ ِ ِ َ ‫ حىَّت ي ْفر‬،‫ اِ ْفتَتَح قُل هو اهلل َأح ٌد‬،‫ي ْقرُأ بِِه‬
َ ‫ص نَ ُع َذل‬ ْ َ‫ َو َكا َن ي‬،‫ُأخَرى َم َع َها‬ ْ ‫ مُثَّ َي ْقَرُأ ُس ْو َر ًة‬.‫غ مْن َها‬ َ َ َ َ ُ َُ ْ َ ََ
‫ك َحىَّت َت ْق َرَأ‬ ُّ ‫َّك َت ْفتَتِ ُح هِبَ ِذ ِه‬
َ ‫ مُثَّ الَ َت َرى َأن ََّه ا جُتْ ِزُئ‬،‫الس ْو َر ِة‬ َ ‫ ِإن‬:‫ َف َق الُوا‬،ُ‫َأص َحابُه‬ ٍ
ْ ُ‫ فَ َكلَّ َم ه‬.‫ُك ِّل َر ْك َع ة‬
ِ ‫هِب‬
ْ ‫ ِإ ْن‬،‫ َم ا َأنَا بِتَا ِرك َه ا‬:‫ال‬
‫َأحبَْبتُ ْم َأ ْن َأُؤ َّم ُك ْم‬ َ ‫ َف َق‬.‫ُأخَرى‬ ْ ِ‫ َوِإ َّما َأ ْن تَ َد َع َها َوَت ْق َرَأ ب‬،‫ فَِإ َّما َت ْق َرُأ َا‬،‫ُأخَرى‬
ْ ِ‫ب‬
‫ َفلَ َّما‬.ُ‫ َو َك ِر ُهوا َأ ْن َي ُؤ َّم ُه ْم َغْي ُره‬،‫ضلِ ِه ْم‬ ِ
َ ْ‫ َو َكانُوا َيَر ْو َن َأنَّهُ م ْن َأف‬.‫ َوِإ ْن َك ِر ْهتُ ْم َتَر ْكتُ ُك ْم‬،‫ت‬
ِ
َ ‫بِ َذل‬
ُ ‫ك َف َع ْل‬
ِ
‫ك؟ َو َم ا‬ َ ُ‫َأص َحاب‬ ْ ‫ك َأ ْن َت ْف َع َل َم ا يَ ْأ ُم ُر َك بِ ه‬ َ ُ‫ َم ا مَيَْنع‬،‫ ((يَ ا فُالَ ُن‬:‫ال‬ ْ n ُّ ‫اه ْم النَّيِب‬
َ ‫ َف َق‬،‫َأخَب ُر ْوهُ اخلََب َر‬ ُ َ‫َأت‬
‫ك‬َ َ‫اه ا َْأد َخل‬ َ َّ‫ك ِإي‬ َ ُّ‫((حب‬
ُ :‫ال‬
ِ ‫ ِإيِّن‬:‫ال‬
َ ‫ َف َق‬،‫ُأحُّب َه ا‬ َ ‫الس ْو َر ِة يِف ُك ِّل َر ْك َع ٍة؟)) َف َق‬ ُّ ‫ك َعلَى لُ ُز ْوِم َه ِذ ِه‬ َ ُ‫حَيْ ِمل‬
.))َ‫اجْلَـنَّة‬
“Seseorang (sahabat) dari Ansar mengimami (solat) mereka (para sahabat lainnya) di Masjid Quba.
Setiap dia membuka bacaan (di dalam solatnya), dia membaca sebuah surah dari surah-surah
(lainnya) yang dia (selalu) membacanya. Dia membuka bacaan surah di dalam solatnya dengan ‫قُلْ ه َُو‬
‫هللاُ َأ َح ٌد‬, sampai dia selesai membacanya, kemudian dia lanjutkan dengan membaca surat lainnya
bersamanya. Dia pun melakukan hal demikian itu di setiap rakaat (solat)nya. (Akhirnya) para
sahabat lainnya berbicara kepadanya, mereka berkata: “Sesungguhnya engkau membuka bacaanmu
dengan surah ini, kemudian engkau tidak menganggap hal itu telah cukup bagimu sampai (engkau
pun) membaca surah lainnya. Maka, (jika engkau ingin membacanya) bacalah surah itu (saja), atau
engkau tidak membacanya dan engkau (hanya boleh) membaca surah lainnya”. Dia berkata: “Aku
tidak akan meninggalkannya. Jika kalian suka untuk aku imami kalian dengannya, maka aku lakukan.
Namun, jika kalian tidak suka, aku tinggalkan kalian,” dan mereka telah menganggapnya orang yang
paling utama di antara mereka, sehingga mereka pun tidak suka jika yang mengimami (solat) mereka
adalah orang selainnya. Sehingga tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi mereka,
maka mereka pun menceritakan khabar (tentang itu), lalu dia (Nabi) bersabda: “Wahai fulan, apa
yang menghalangimu untuk melakukan sesuatu yang telah diperintahkan para sahabatmu? Dan apa
pula yang membuatmu selalu membaca surah ini di setiap rakaat (solat)?” Dia
menjawab,”Sesungguhnya aku mencintai surah ini,” lalu Rasulullah bersabda: “Cintamu kepadanya
memasukkanmu ke dalam syurga”. Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ahmad.
Jadi kita boleh lihat bagaimana cintanya sahabat kepada surah ini dan bagaimana Nabi membenarkan
apa yang mereka lakukan.
 
Nilai surah ini sama dengan sepertiga Al-Qur’an:
Hadith Abu Sa’id al Khudri Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
ِ ِ ‫ َفلَ َّما َأصبح جاء ِإىَل رسو ِل‬،‫ قُل هو اهلل َأح ٌد ير ِّددها‬:‫َأن رجالً مَسِ ع رجالً ي ْقرُأ‬
‫ك‬
َ ‫ فَ َذ َكَر َذل‬، ‫اهلل‬ ْ ُ َ َ َ َ َْ َ ُ َُ َ ُ َ ُ ْ َ َ ُ َ َ ُ َ َّ
ِ ‫ث ال ُقر‬ ِ ‫ِ ِ ِ ِ ِإ‬ ِ ِ
‫آن‬ ْ َ ُ‫ ن ََّها لََت ْعد ُل ثُل‬،‫((والَّذ ْي َن ْفس ْي بيَده‬ َ ‫ َف َق‬،‫الر ُج َل َيَت َقاهُّلَا‬
َ : ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬ َّ ‫ َو َك‬،ُ‫لَه‬.
َّ ‫َأن‬
“Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca ‫ قُلْ ه َُو هللاُ َأ َح ٌد‬dengan mengulang-ulangnya,
maka tatkala pagi harinya, dia mendatangi Rasulullah dan menceritakan hal itu kepadanya, dan
seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah itu sebanding
dengan sepertiga Al -Qur’an”. Riwayat Bukhari, Abu Dawud, Nasaie.
Hadith Abu Sa’id al Khudri Radhiyallahu ‘anhu pula, dia berkata:
ِ ِ
:‫ َوقَالُوا‬،‫ك َعلَْي ِه ْم‬ َ َ‫ ف‬،))‫آن يِف لَْيلَ ٍة‬
َ ‫ـش َّق َذل‬ ِ ‫ث ال ُقر‬
ْ َ ُ‫َأح ُد ُك ْم َأ ْن َي ْقَرَأ ثُل‬
ِِ
ْ ُّ ‫قَ َال النَّيِب‬
َ ‫ ((َأيُ ْـعج ُز‬:‫َألص َحابه‬
ِ ‫ث ال ُقر‬ ِ ‫ ((اهلل الو‬:‫ال‬ ِ ‫ك يا رسو َل‬ ِ ِ
))‫آن‬ ْ ُ ُ‫ ثُل‬،‫الص َم ُد‬ َّ ‫اح ُد‬ َ ُ َ ‫اهلل؟ َف َق‬ ْ ُ َ َ َ ‫َأيُّـنَا يُطْي ُق َذل‬.
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada para sahabatnya: “Apakah seseorang dari
kalian tidak mampu membaca sepertiga Al-Qur’an dalam satu malam (saja)?” Hal itu membuat
mereka keberatan, (sehingga) mereka pun berkata: “Siapa di antara kami yang mampu melakukan
hal itu, wahai Rasulullah?” Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allahul Wahidush
Shamad (surah al -Ikhlas), (adalah) sepertiga Al -Qur`an”. Riwayat Bukhari.
Nota: Maksudnya, kandungan surah ini adalah khulasah (kesimpulan) kepada 1/3 dari kandungan Al-
Qur’an. Ini adalah kerana ia memperkatakan tentang tauhid dan ia adalah perkara yang utama dalam
Al-Qur’an. Bukan ia bermaksud sekali membaca surah al-Ikhlas ini, sama juga ‘sudah membaca’ 1/3
dari Al-Qur’an.
Jangan salah faham akan hal ini. Kerana itu, ada juga kita mendengar hujah orang jahil, mereka
berkata yang mereka sudah khatam Al-Qur’an kerana sudah membaca tiga kali surah al-Ikhlas ini.
Janganlah berfikiran cetek. Kalau fahaman ini dibiarkan berleluasa, maka kalau begitu, tidak perlu
membaca semua surah di dalam Al-Qur’an. Untuk apa hendak belajar membaca Al-Qur’an lagi?
Belajar satu surah sahaja!
Membaca Surah al-Ikhlas menjadi penyebab untuk masuk syurga: 
Hadith Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
ِ ‫ال رس و ُل‬ ِ ِ ِ
: ‫اهلل‬ ْ ُ َ َ ‫ َف َق‬،‫الص َم ُد‬ َ ُ‫ فَ َس م َع َر ُجالً َي ْق َرُأ قُ ْل ُه َو اهلل‬، ‫ت َم َع َر ُس ْول اهلل‬
َّ ُ‫ اهلل‬.‫َأح ٌد‬ ُ ‫َأْقَب ْل‬
.))ُ‫ ((اجلَـنَّة‬:‫ال‬ َ َ‫ت؟ ق‬ْ َ‫ َو َما َو َجب‬:‫ت‬
ُ ‫ ُق ْل‬،))‫ت‬
ْ َ‫((و َجب‬
َ
“Aku datang bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu baginda mendengar seseorang
membaca:
َّ ‫ هللاُ ال‬.‫قُلْ ه َُو هللاُ َأ َح ٌد‬
‫ص َم ُد‬
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Telah wajib,” aku bertanya: “Apa yang
wajib?” Beliau bersabda, “(Telah wajib baginya) syurga.” Riwayat Tirmizi dan Nasaie – disahihkan
oleh Albani.
Nota: Ini juga satu perkara yang perlu dijelaskan. Kerana masyarakat kita ini sangat jahil, sampai
kadangkala baca hadith dan ayat Al-Qur’an tanpa belajar. Bukanlah bermaksud baca surah al-Ikhlas
sahaja boleh terus masuk ke syurga. Kalau begitu, tidak perlu Nabi Muhammad berdakwah sampai 23
tahun. Kalau benar membaca sahaja sudah boleh masuk syurga, Nabi jadi Rasul tiga hari juga sudah
cukup, ajar membaca surah al-Ikhlas sahaja.
Maksud hadith ini sebenarnya adalah, hendaklah membaca, faham dan mengamalkan tauhid seperti
yang diajar di dalam surah ini. Surah ini adalah khulasah sahaja kepada cerita tauhid di dalam Al-
Qur’an. Maka, hendaklah belajar apa yang disampaikan di dalam Al-Qur’an itu tentang tauhid. Maka,
memang tidak dapat dielak, mestilah belajar tafsir Al-Qur’an juga.
 
Surah ini menjadi pelindung kalau dibaca bersama dengan surah al-Falaq dan an-Nas
Hadith Uqbah bin ‘Amir al Juhani Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
ٍ ِ ِ ِ
‫ ((يَ ا‬:‫ال‬ َ َ‫ مُثَّ ق‬،‫ت‬ ْ َ‫ ف‬،))!‫ قُ ْل‬،ُ‫ ((يَ ا عُ ْقبَ ة‬:‫ ِإ ْذ قَ َال‬،‫َبْينَ ا َأنَ ا َأُق ْو ُد بَِر ُس ْول اهلل َراحلَتَ هُ يِف َغ ْز َوة‬
ُ ‫اس تَ َم ْع‬
ُّ ‫َأح ٌد َف َق َرَأ‬
‫الس ْو َر َة َحىَّت‬ َ ‫ َما َأُق ْو ُل؟ َف َق‬:‫ت‬ ِ
َ ُ‫ قُ ْل ُه َو اهلل‬:‫ال‬ ُ ‫ َف ُق ْل‬،َ‫ َف َقاهَلَا الثَّالثَة‬،‫ت‬
ُ ‫استَ َم ْع‬
ْ َ‫ ف‬،))!‫ قُ ْل‬،ُ‫عُ ْقبَة‬
،‫َّاس‬ ِ ‫ب الن‬ ِّ ‫ مُثَّ َق َرَأ قُ ْل َأعُ ْوذُ بِ َر‬،‫ت َم َع هُ َحىَّت َختَ َم َه ا‬ ُ ‫ َو َق َرْأ‬،‫ب ال َفلَ ِق‬ ِّ ‫ مُثَّ َق َرَأ قُ ْل َأعُ ْوذُ بِ َر‬،‫َختَ َم َه ا‬
ِ ِ‫مِب‬
َ ‫((ما َت َع َّوذَ ثْل ِه َّن‬
.))‫َأح ٌد‬ َ :‫ال‬ َ َ‫ مُثَّ ق‬،‫ت َم َعهُ َحىَّت َختَ َم َها‬ ُ ‫َف َقَرْأ‬
“Tatkala aku menuntun kenderaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah
peperangan, tiba-tiba baginda bersabda: “Wahai Uqbah, katakan,” aku pun mendengarkan,
kemudian beliau berkata (lagi): “Wahai Uqbah, katakan,” aku pun mendengarkan. Dan beliau
mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang aku katakan?” Beliau pun bersabda:
“Katakan ‫”قُلْ ه َُو هللاُ َأ َح ٌد‬, lalu baginda membacanya sampai selesai. Kemudian baginda membaca ْ‫قُل‬
ِ َ‫َأ ُعوْ ُذ بِ َربِّالفَل‬, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian baginda membaca ‫قُلْ َأ ُعوْ ُذ‬
‫ق‬
ِ َّ‫بِ َربِّ الن‬, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian baginda bersabda: “Tidak
‫اس‬
ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung
dengannya (tiga surah) tersebut”. Riwayat Nasaei – disahihkan oleh Albani
Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 2 perenggan makro. Ayat 1 – 2 adalah Perenggan
Makro Pertama. Ia mengandungi keterangan tentang 2 sifat positif Allah untuk kenal tauhid, iaitu:
‫ أحد‬dan ‫صمد‬.

َ ُ‫قُل ُه َو اللَّه‬
‫َأح ٌد‬
Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Kalimah ‫قُل‬ – Katakanlah. Ini adalah arahan kepada Rasulullah SAW untuk:
1 – Belajar dan memahami untuk diri baginda sendiri.
2 – Mengajarnya kepada orang lain, kerana baginda memang tidak boleh simpan sendiri. Ini adalah
kerana ianya adalah mesej tauhid dan berkait rapat dengan tugas baginda untuk menyampaikan
(dakwah).
Kalimah ‫ه َُو‬ – Dia. Kalimah ini dari segi bahasa, tidak diperlukan dalam ayat ini kerana Allah boleh
sahaja menggunakan ayat begini: ‫( قُل هَّللا ُ َأ َح ٌد‬Katakanlah: Allah itu Satu). Maksud sudah sampai. Akan
tetapi, kata ganti nama (dhomir) ‫ هُ َو‬digunakan apabila yang disebut itu dikenali.
Contohnya, kita sedang bercakap dengan seorang kenalan kita dan kita berkata: “dia telah habis
belajar dari universiti”. Kalimah ‘dia’ dalam ayat ini datang tiba-tiba tapi kita gunakan kerana kita
tahu dan orang yang mendengar itu juga tahu siapakah yang kita maksudkan. Begitulah Allah
menggunakan dhomir ‫ ه َُو‬dalam ayat ini kerana Allah memang telah dikenali oleh manusia, kerana
Dialah Pencipta, Tuhan semesta alam.
Jadi, apabila digunakan kalimah ‫ هُ َو‬dalam ayat ini, Allah hendak memberitahu kita, yang Dia itu
sebenarnya Tuhan yang telah dikenali, bukannya Tuhan yang baru. Terutama kepada Ahli Kitab yang
telah lebih mengenal Allah itu. Begitu juga Musyrikin Mekah yang memang telah kenal dengan
Allah. Jadi ini untuk mengingatkan mereka sahaja. Sebab itulah dalam ayat ini tidak ada kalimah
ّ kerana memang mereka sudah tahu.
tahkik ‫إن‬
Akan tetapi ada juga golongan sesat yang mentafsir dhomir ‘dia’ dalam ayat ini merujuk kepada Nabi
Muhammad. Ini adalah tafsiran yang sesat dari golongan bathaniah yang hendak mendewakan Nabi
Muhammad. Tidak pernah ada tafsiran sebegitu dari kalangan ulama’ tafsir silam (yang lebih pandai
dari kita).
Ia menjadi malang bagi masyarakat awam yang mendengar ‘tafsiran’ ini dari golongan yang dikenali
sebagai ‘ustaz’ di media sosial. Orang awam tidak dapat membezakan siapa yang boleh diambil ilmu
darinya dan siapa yang tidak boleh. Mereka sangka, kalau gelaran ‘ustaz’ sahaja, tentulah ilmu itu
ilmu yang benar.
Kita katakan bahawa zaman berzaman, agama bukanlah dirosakkan oleh tukang kasut dan tukang kebun, tapi
dirosakkan oleh ‘golongan agamawan’ sebenarnya. Kerana kalau tukang kasut dan tukang kebut yang bercakap
tentang agama, orang awam tak ikut dengar. Tapi bila yang berkata itu adalah agamawan, sama ada paderi,
rahib, sami, rabai, pendita, ustaz, maka ia memberi kesan kepada masyarakat awam.
Maka kita kena nilaikan balik apa sahaja yang kita dapat dari bidang ilmu. Kerana ilmu ada yang benar, dan
malangnya ada juga yang salah. Kalau tidak ada ilmu yang salah, maka tentulah tidak ada ajaran sesat dalam
dunia, bukan? Kalau tidak ada yang merosakkan agama dan mengubah perkara dalam agama, tentulah agama
dalam dunia ini hanya ada agama Islam sahajalah, bukan? Kerana agama dari Nabi Adam adalah agama Islam
sahaja, cuma ia menjadi agama yang berbagai-bagai itu kerana diubah oleh manusia. Adakah yang ubah agama
mereka itu tukang kasut dan tukang kebun? Tentu tidak.
2 – Kalimah ‫ هُ َو‬ini juga adalah jawapan kepada mereka yang bertanya siapakah Tuhan yang disembah
oleh Nabi Muhammad itu? Kerana ada Musyrikin Mekah yang tanya: ‫ من هو؟‬Siapa Dia? ‫ ما هو؟‬Apakah
ia? Mereka bertanya kerana mereka tengok apa yang Nabi Muhammad sampaikan itu seakan lain
dengan pemahaman mereka tentang Allah.
Jadi apabila dijawab, digunakan kalimah ‫ هُ َو‬sebagai jawapan terus kepada soalan itu. Allah jawab, Dia
itu adalah bernama Allah, Tuhan yang sama juga yang mereka kenal (tapi ada banyak salah faham)
dan Dia itu tunggal.
3 – Ayat ini adalah dua ayat yang digabungkan bersama. Ada kalimat yang dihazafkan. Kalau ayat
penuh: ‫قُل هُ َو َأ َح ٌد‬ ,ُ ‫ قُل هُ َو هَّللا‬Katakanlah Dia adalah Allah, katakanlah Dia itu tunggal.
Maksudnya, ayat ini nampak sahaja satu tapi ada dua khabar. Ini adalah kerana ada dua khabar dalam
ayat ini.
Perbincangan tentang kalimah: Allah: 
Ada perbincangan panjang di antara ulama’ tentang kalimah ‘Allah’. Tujuan kita bukan untuk
mengatakan mana yang salah, tapi kita lihat hujah yang diberikan dan kita buat pilihan.
A – Ada ulama’ yang mengatakan kalimah Allah itu adalah Isim Mushtaq – maksudnya asal kalimah
Allah adalah dari kalimah lain yang telah ditukar bentuk.

B – Ada juga ulama’ yang mengatakan kalimah Allah itu adalah Isim Jamid – maksudnya ia tidak
berasal dari mana-mana kalimah; ia unik dan berdiri sendiri.
A – Pendapat yang mengatakan kalimah ‫ هللا‬itu adalah isim musytaq, mereka mengatakan ianya kata
terbitan dari ‫( ءله‬ilah). Maknanya ‫ ال‬ditambah kepada ‫ ءله‬menjadi kalimah ‫( هللا‬kerana percampuran itu,
huruf ‫ ء‬dihilangkan).
Kalimah ‫ ءله‬bermaksud sesuatu yang dipuja; ia juga digunakan untuk menerangkan keadaan seorang
bayi yang dahaga dan mencari-cari ibunya untuk mendapatkan susu. Oleh itu, ‫ ءله‬adalah sesuatu yang
dipuja, ditaati dan didambai oleh manusia.
B – Pendapat yang mengatakan kalimah ‫ هللا‬itu adalah isim jamid, mereka mengatakan kalimah ‫ هللا‬itu
adalah kalimah asal dan tidak ada kata dasar. Pendapat ini mempunyai beberapa hujah padanya yang
kuat:
1 – Ia adalah nama Tuhan dan sebenarnya ia digunakan dalam mana-mana bahasa pun. Oleh itu,
setiap Nabi tidak kira dari mana, mereka mengenali Tuhan dengan nama ‫هللا‬, tidak kira apakah
bahasa yang mereka gunakan. Kerana itu, walaupun dalam bahasa Aramaic dan Hebrew, mereka
menggunakan nama Tuhan sebagai Eloah ‫אלוה‬ [dalam Hebrew] and Ellah [dalam Aramaic].
2 – Dari segi bahasa juga, kita dapati tidak betul dari segi bahasa Arab. Lihat apabila kita
menggunakan kalimat: ‫ا هللا‬B‫( ي‬wahai Allah). Apabila kita menggunakan ‘kata panggilan, seruan’ ‫يا‬,
sepatutnya kita hendaklah buang ‫ ال‬pada kalimah itu.
Sebagai contoh, untuk nama Allah ‫الرَّحمٰ ِن‬, kalau kita campur dengan ‫يا‬, ia menjadi ‫يا رّحمٰ ِن‬, bukan ‫يا‬
‫الرحمن‬. Jadi, kalau kita mengatakan kalimah ‫ هللا‬adalah isim musytaq, kita hendaklah panggil Allah
begini: ‫يا ءله‬, tapi kita tidak panggil Allah begitu, bukan? Ini menunjukkan memang kalimah ‫ هللا‬itu
adalah nama Allah yang lengkap dan tidak boleh ditukar-tukar lagi.
3 – Dalam mana-mana ayat Al-Qur’an juga, ia digunakan sebagai kata nama yang lengkap. Sebagai
contoh, dalam surah al-Fatihah: ِ ‫( ال َحم ُد هَّلِل‬segala puji bagi Allah) dan kalimat ‫ الرَّحمٰ ِن‬dan ‫َّحيم‬
ِ ‫ الر‬adalah
sifat bagi ‫هللا‬.
4 – Begitu juga, penggunaan ‘Allahumma’ adalah unik di mana ia bermaksud ‘wahai Allah’ dan tidak
digunakan dalam bentuk yang lain.
5 – Cara penyebutan nama Allah juga lain dari yang lain. Selalunya apabila ditambah ‫ ال‬pada sesuatu
kalimah, ada cara sebutan yang biasa. Jadi, kalau kita kata ianya adalah musytaq, maka kita sebut
kalimah ‫ هللا‬sebagai al-lah (bayangkan seorang Cina yang pelat sebut nama Allah). Tapi tidak begitu
bukan? Kita sebut nama lain dengan cara yang lain sikit (lebih mirip kepada bunyi: Alloh) – iaitu kita
beratkan pada huruf ‫ ل‬itu. Ini adalah kerana, memang ‫ هللا‬adalah nama khas. Cara sebutan kita juga
sudah lain.
Kesimpulan: pendapat yang lebih kuat adalah nama ‫ – اهلل‬isim jamid, dan bukan isim musytaq.
Perbincangan kalimah ‫َأح ٌد‬
َ  pula. Dari segi bahasa, ia bermaksud satu, tunggal, Esa. Tapi, kalau hendak
kata maksud satu, kalimah ‫( واحد‬waahid) juga boleh digunakan. Jadi, apa beza antara ‫َأح ٌد‬ َ dan ‫?واحد‬
Kenapa Allah tidak menggunakan ayat ini: ٌ‫احد‬ ِ ‫ ?قُل هو اللَّه و‬Mari kita lihat penerangannya:
َ ُ َُ
1 – Kalimah ‫ ٌد‬B‫ َأ َح‬sebenarnya digunakan dalam kalimat negatif/penolakan sahaja; sedangkan ‫احد‬ ِ ‫َو‬
digunakan dalam kalimat positif sahaja. Apakah maksudnya? Kita beri contoh ayat dan lihat
perbezaan antara keduanya:
a. ‫موجود في المسجد‬ ‫أحد‬ ‫( ليس‬tidak ada walau seorang yang ada di masjid). Maksudnya masjid itu kosong,
walau seorang juga tidak ada. Ini adalah dalam bentuk negatif – menidakkan.
b. ‫جد‬BB‫ود في المس‬BB‫موج‬ ‫واحد‬ ‫( ليس‬bukan seorang yang ada di masjid). Maksudnyal, ada lebih daripada
seorang. Ini dalam bentuk positif.
Akan tetapi kita lihat Allah menggunakan kalimah ‫ َأ َح ٌد‬di dalam surah al-Ikhlas ini untuk menceritakan
tentang Diri-Nya. Ini adalah berlainan dengan penggunaan bahasa Arab kerana selalunya ianya
digunakan dalam bentuk negatif (contoh ‘a’ di atas).
Dan ini adalah suatu kehebatan bahasa Al-Qur’an kerana Allah menggunakan kalimah ini untuk
menggambarkan uniknya Diri-Nya. Oleh itu, Allah menggunakan kalimah yang selalunya digunakan
dalam bentuk negatif tapi kali ini digunakan dalam bentuk positif pula.
Dengan menggunakan kalimah ‫ َأ َح ٌد‬ini dalam bentuk ini, Allah menekankan Sifat Tunggal-Nya, Sifat
Esa-Nya dan tidak ada yang sama dengan-Nya. Maksudnya, dengan bahasa juga Allah sudah
tekankan. Penggunaan kalimah ‫ َأ َح ٌد‬dengan cara begini ada di dalam Al-Qur’an sahaja.
2 – Kalimah ‫ َأ َح ٌد‬datang dari kata dasar ‫ و ح د‬yang bermaksud seorang yang tunggal, bersendirian, tidak
sama dengan yang lain. Jadi, Allah tidak menggunakan kata dasar asal  ‫ واحد‬itu kerana ia juga
digunakan untuk makhluk. Oleh itu, Allah tidak dapat dibandingkan dengan makhluk langsung.
Sememangnya penggunaan ‫ ٌد‬B‫َأ َح‬ dalam bentuk ini amat mengejutkan. Ada juga agama lain yang
mengatakan Tuhan mereka satu ‫ واحد‬juga. Tapi, mereka melakukan kesilapan kerana mereka
mengatakan sifat Tuhan mereka itu ada persamaan dengan sifat manusia. Dan ini adalah fahaman
yang salah.
Kita hendaklah membezakan sifat Allah dari sifat manusia. Allah itu ‫َأ َح ٌد‬, bukan ‫واحد‬. Kerana itu akan
ditekankan dalam surah ini nanti bagaimana Allah unik dalam Esa-Nya. Sifat-sifat Allah yang
َّ ‫ال‬ ,‫َأ َح ٌد‬ ,ُ ‫ هَّللا‬semuanya
ditekankan dalam surah ini adalah unik untuk Allah sahaja (kalimat ‫لَم يولَد‬ ,‫لَم يَلِد‬ ,ُ‫ص َمد‬
khusus untuk Allah sahaja, tidak dikongsi dengan makhluk).
3 –  Memang ada sifat-sifat Allah yang seolah-olah ada persamaan dengan makhluk. Sebagai contoh,
Aleem (mengetahui), Raheem (pemurah), Ra’oof (lembut), Baseer [melihat] dan sebagainya. Tapi,
Sifat Allah tidak sama dengan makhluk. Sebagai contoh, kita ambil sifat Aleem (mengetahui). Tidak
sama pengetahuan makhluk dan pengetahuan Allah, bukan?
1 – Pengetahuan Allah infinitif, tidak ada mula dan tidak ada hujung; sedangkan pengetahuan
makhluk, tidak begitu (ada mula dan hujungnya). Kita semua bermula dari tidak tahu semasa bayi,
kemudian baru tahu setelah akal berkembang sedikit.
2 – Pengetahuan Allah tidak ada had; sedangkan pengetahuan makhluk ada had (tidak semua makhluk
tahu). Tidak ada yang tersembunyi daripada Allah.
3 – Pengetahuan kita diberi oleh Allah sedangkan pengetahuan Allah tidak ada sesiapa yang memberi
kepada-Nya, ianya adalah Haq-Nya.
Jadi, walaupun nampak dari segi penggunaan bahasa, kita ada sifat yang sama dengan Allah, tapi kita
kena nilai sifat itu dengan 3 kriteria di atas. Kalau kita lakukan begitu, barulah kita terselamat dari
syirik. Kita tidak meletakkan sifat Allah kepada sifat makhluk. Tidak akan sama sifat makhluk dengan
sifat Allah. Allah berfirman dalam Shura:11
ِِ ِ
ٌ‫يس َكمثله َشيء‬
َ َ‫ل‬
Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia
Hendaklah faham betul-betul perkara ini, barulah dapat faham ilmu tauhid.
Masih lagi pada kalimah ‫َأ َح ٌد‬. Kalau kita lihat, kalimah ini tidak ada ‫ال‬, sedangkan kalimah ‫ص َم ُد‬
َّ ‫ ال‬ada
pula ‫ال‬. Oleh itu, ‫ َأ َح ٌد‬adalah dalam bentuk nakirah. Tapi kalimah ‫ َأ َح ٌد‬ada tanwin padanya sebagai
penegasan untuk memberi penekanan bahawa Allah itu ESA! (bahasa Arab tidak ada tanda seruan,
jadi tanda seruan digunakan dalam bentuk tanwin).
Tanwin pada ‫ َأ َح ٌد‬itu juga sebagai jawapan kepada soalan yang diberikan oleh Musyrikin Mekah yang
bertanya: “siapa/apakah yang kamu sembah?” Maka, jawapan yang diberikan itu dalam bentuk tanwin
iaitu Allah itu ‫َأ َح ٌد‬.
Kalimah inilah yang menyebabkan Bilal bin Rabbah diseksa kerana masuk Islam. Apabila dia diseksa
dengan diletakkan batu besar atas tubuhnya, apakah kalimah yang disebut-sebut olehnya?
Bukankah ‫َأ َح ٌد‬ ,‫َأ َح ٌد‬ ,‫?َأ َح ٌد‬
Bilal dan para sahabat yang lain faham apa maksud kalimah ini dan mereka mengamalkannya dalam
kehidupan mereka. Tapi, sekarang kita sudah jauh dari kefahaman mereka. Kita tidak yakin yang
Allah itulah yang Esa, tempat pengharapan kita. Hinggakan kita tidak berapa kisah dengan Allah. Ya,
kita tahu Allah itu Tuhan kita, kita sebut Nama-Nya setiap hari, tapi adakah kita beramal dan percaya
seperti amalan dan kepercayaan para sahabat?
Tumpuan hidup mereka adalah menjadi hamba kepada Allah. Mereka taat kepada suruhan Allah dan
meninggalkan larangan-Nya. Ini yang kita perlu sematkan dalam diri kita. Kerana kalau kita tidak
menjadi hamba-Nya, kita akan jadi hamba kepada yang lain – kepada badan kita, kepada kerja,
kepada anak, kepada wang dan sebagainya; itu sahaja yang mereka fikirkan dan kehidupan mereka
diisi dengan benda lain selain Allah.
Kita hendaklah bertanya kepada diri kita: adakah kita benar-benar mentauhidkan Allah dalam
kehidupan kita? Adakah Allah yang paling penting dalam kehidupan kita? Adakah Allah ‘ ‫ ’َأ َح ٌد‬dalam
diri kita?
Semoga Allah menjadikan kita umat yang mengamalkan tauhid. Ameen.

Anda mungkin juga menyukai