Anda di halaman 1dari 14

Tafsir Surah al-Alaq Ayat 8 – 11 (Kisah Abu Jahal yang ada 

potensi)

Ayat 8: Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang mereka yang rasa diri mereka cukup dan tidak
hiraukan tentang ‘undang-undang moral’. Bagaimana cara untuk sedarkan mereka?
Untuk sedarkan mereka, kita kena ingatkan mereka yang mereka akan bertemu Tuhan juga. Dan nanti
di akhirat, Allah akan nilai manusia dengan neraca Al-Qur’an inilah (sama ada hidup kita ikut Al-
Qur’an atau tidak). Dan kalau begitu, bagaimana nasib kita kalau kalau tidak tahu tentang Al-Qur’an
dan tidak amalkan ajaran dalam Al-Qur’an, agaknya bagaimana kita nanti, selamat atau tidak?

‫جعى‬
ٰ ‫الر‬
ُّ ‫لى َربِّ َك‬
ٰ ‫ِإنَّ ِإ‬

Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Hanya mereka yang yakin dengan sebenarnya yang mereka akan kembali bertemu dan mengadap
Allah untuk dipertanggungjawabkan dengan segala perbuatan mereka, yang akan menahan seseorang
dari terus melakukan dosa-dosa dan kesalahan moral.

Begitulah manusia, ada jenis yang perlukan undang-undang dunia, dengan hukuman yang mereka
takuti, baru mereka jadi baik. Kepada orang yang sebegitu, kena ingatkan mereka dengan neraka.

Tetapi, memang ada orang yang tinggi moralnya, iaitu mereka orang yang baik. Orang yang jenis
macam itu, tujuan mereka adalah nak gembirakan Allah. Tujuan mereka yang tinggi adalah untuk
mencari dan mendapatkan redha Allah.

Jadi, ada jenis yang takut kepada hukuman, dan ada yang mahu mencari keredhaan Allah. Dan kedua-
dua jenis golongan ini disentuh dalam satu ayat ini. Kepada mereka yang takut kepada hukuman,
beritahu kepada mereka yang mereka akan kembali bertemu Allah dan kalau mereka buat jahat, akan
dimasukkan ke dalam neraka.

Dan kepada mereka yang berfikiran tinggi dan mencari redha Allah, mereka akan takut bertemu
dengan Allah dalam keadaan berdosa dan mengecewakan Dia. Bayangkan kita malu dengan ibu kita,
kalau dia tahu benda salah yang kita buat, bukan? Memanglah ibu itu tidak sampai hati nak pukul
(atau mungkin kita sudah dewasa, takkan nak pukul), tapi bukankah kita akan malu dengan ibu kita,
bukan?

Begitulah perumpamaan bagaimana kita sepatutnya malu dengan Allah. Kerana ibu kita tidak tahu
segala apa yang kita lakukan, tapi sekarang bayangkan Allah sedang memerhatikan kita setiap masa.
Kalau kita dapat fahami perkara ini, kita akan menjaga segala perbuatan kita.

Ayat 9: Sekarang kita masuk ke dalam fasa ke 3 surah ini. Ayat 9 – 14 adalah Perenggan Makro
Ketiga. Ia memberitahu kita sifat-sifat kepemimpinan yang derhaka.
Ini adalah ayat zajrun; Allah memberi contoh mereka yang melawan Nabi Muhammad. Allah
menceritakan seorang individu yang menentang Nabi, padahal asalnya dia sayang kepada Nabi.
Memang masyarakat Mekah sayang kepada Nabi, sampai mereka panggil baginda dengan gelaran ‘al-
amin’ (yang dipercayai).
Akan tetapi, apabila baginda mula bacakan wahyu kepada mereka dan bawa ajaran tauhid, mereka
lawan baginda habis-habisan. Dan pemuka mereka adalah individu yang akan disebut selepas ini.
Siapakah dia?

Fasa ini memperkatakan tentang Abu Jahal sebagai contoh seorang yang menentang Nabi
Muhammad, sebagai seorang yang kuat menentang kebenaran. Abu Jahal adalah seorang yang
penting untuk diketahui sifatnya. Memang banyak penentang Nabi Muhammad, tapi Abu Jahal ini
lain sedikit. Dua lagi orang yang kuat menentang adalah Abu Lahab dan Waleed ibn al Mugheera.
Walaupun dua orang lagi itu adalah penentang yang kuat juga, tapi Abu Jahal lain sikit dari mereka.

Abu Jahal lebih disenangi dan dipandang tinggi oleh Musyrikin Mekah waktu itu. Kedudukannya juga
paling tinggi kalau dibandingkan dengan orang lain yang menentang Nabi Muhammad. Abu Lahab
seorang yang pengecut yang tidak menyertai pun Perang Badr untuk menentang Muslim di Madinah
kerana dia memang takut mati. Kisah beliau nanti kita akan belajar dalam Surah Lahab. Sedangkan
Abu Jahal sanggup berperang dengan baginda di medan peperangan. Dan akhirnya dia mati dibunuh
di Medan Badr.

Waktu dia hampir dibunuh pun, dia minta Abdullah ibn Mas’ud yang membunuhnya supaya tetak
lehernya tinggi sedikit kerana dia nak orang tahu yang dia lebih tinggi lagi dari orang lain. Nak mati
pun dia masih nak dipandang tinggi lagi.

Jadi dari ini kita tahu yang dia adalah seorang memandang dirinya tinggi dan sombong bongkak.
Dalam masa yang sama, dia seorang yang pemurah, tidak seperti Abu Lahab yang bakhil. Abu Jahal
sanggup mengeluarkan wangnya untuk menentang dalam usaha hendak menjatuhkan agama Islam.

Waleed ibn al Mugheerah pula boleh dikatakan berada di pertengahan. Dia seorang yang pandai
melakukan strategi. Dia cuba untuk memujuk Nabi Muhammad untuk meninggalkan agama Islam
atau sekurang-kurangnya menerima juga amalan musyrikin. Ini dibincangkan dalam Qalam:9-
15 dan Mudaththir: 11-29.
Jadi, Abu Jahal disebut dalam surah ini kerana kedudukannya dalam masyarakat dan kuatnya dia
menentang Rasulullah. Dan memang kedudukannya itu tinggi dalam masyarakat sampaikan pernah
Nabi berdoa berkenaan Abu Jahal:

“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar
bin Khattab atau ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal)”.
Ini menunjukkan Nabi Muhammad nampak ada kelebihan pada Abu Jahal dan kalaulah dia masuk
Islam, dia akan bawa kebaikan kepada agama Islam. Kerana kalau dia masuk Islam, ramai akan
mengikutinya. Begitu juga dengan Saidina Umar yang juga mempunyai banyak kelebihan.

Antara mereka berdua itu, Umar bin al Khattab yang menjadi Muslim dan beliau banyak membantu
mengembangkan agama Islam dan menjadi seorang yang penting sampaikan beliau menjadi salah
seorang khalifah yang mengembangkan ajaran Islam ke seluruh dunia. Kalaulah Abu Jahal juga
masuk Islam, berkemungkinan beliau juga akan jadi begitu. Tapi Allah lebih tahu kenapa yang dipilih
adalah Umar.

ٍ ‫لَقَد خَ لَقنَا اِإل نسانَ في َأح َس ِن ت‬. Maknanya, sudah ada potensi
Allah telah berfirman dalam Surah at-Teen: ‫َقويم‬
yang baik dalam diri manusia kalau mereka mahu mengambil jalan untuk memperbaiki diri mereka.
Begitulah juga dengan Abu Jahal – dia ada potensi untuk menjadi orang yang hebat kerana dia ada
kekuatan, kemuliaan, semangat, kedudukan dan lain-lain lagi sampaikan beliau dipandang tinggi
dalam masyarakat Arab waktu itu.

Malangnya, dia tidak mahu menggunakan potensi itu dan kerana itu dia diturunkan serendah-
rendahnya:  َ‫ثُ َّم َردَدناهُ َأسفَ َل سافِلين‬. Dia gunakan segala kelebihannya itu untuk menentang Islam dan kerana
itu dia akan mendapat seksa di akhirat kelak.

Sebenarnya Abu Jahal suka kepada Nabi Muhammad dan suka juga mendengar bacaan ayat suci Al-
Qur’an. Dia telah mencuri-curi dengar bacaan Al-Qur’an dari Nabi pada malam hari. Ini dapat
dipelajari dari Sirah. Dipendekkan kisah, ada tiga orang Musyrikin Mekah (waktu itu) Akhnas bin
Shuraiq, Abu Jahl and Abu Sufyan bin Harb yang datang senyap-senyap ke rumah Nabi Muhammad
pada malam hari. Rasulullah akan membaca ayat-ayat Al-Qur’an dalam Solat Tahajjud / Qiyam al
Layl.

Ketiga-tiga mereka yang disebut itu telah mencuri dengar bacaan Al-Qur’an baginda. Mereka bukan
pergi sekali tapi duduk dalam senyap sahaja. Tapi apabila mereka nak balik, mereka terserempak
sesama mereka. Terkejutlah mereka dan mereka berjanji untuk tidak pergi lagi selepas itu.

Tapi malam esoknya, mereka jumpa lagi orang-orang yang sama. Akhirnya mereka berjanji sesama
mereka untuk tidak datang lagi kerana kalau orang lain tahu, malulah mereka (mereka larang orang
lain dari dengar Al-Qur’an tapi mereka pula pergi dengar Al-Qur’an).

Setelah sekian lama, Akhnas bin Shuraiq tanya kepada Abu Sufyan, “Ceritakan padaku wahai Abu
Hanzhalah, apa yang kamu rasakan saat kamu mendengarnya dari Muhammad?”, tanyanya. Abu
Sufyan menjawab, “Wahai Abu Tsa’labah, demi Allah, aku telah mendengar sesuatu yang aku tahu
maknanya. Dan aku juga mendengar sesuatu yang aku tidak tahu maknanya”. Akhnas menyampuk,
“Dan aku, demi Allah, juga merasakan hal yang sama”!

Merasa mendapat kesan yang sama dari Abu Sufyan, Akhnas meneruskan langkahnya ke kediaman
Abu Jahal. “Wahai Abul Hakam, apa yang kamu rasakan saat mendengar dari Muhammad?”,
tanyanya. Abu Jahal menjawab, “Apa yang aku dengar?” Dengan gaya diplomatis dan rasa sombong
yang tinggi dia berkata, “Kita telah bersaing dengan keturunan Abdi Manaf (keturunan Nabi
Muhammad) dalam kemuliaan. Mereka memberi makan orang, kita pun memberi makan orang.
Mereka menolong orang, kita juga menolong orang, mereka memberi kita juga memberi, sampai kita
kalah seperti halnya tadi malam. Seolah kita adalah kuda yang tergadaikan”.

Akhnas berkata, “Aku aku tak perlu basa-basimu. Sekarang jelas, telah datang seorang Nabi dari
bangsa kita, yang telah diberikan wahyu kepadanya. Bila kita akan menyambut kesempatan yang
emas ini?”. Dengan sombongnya Abu Jahal berkata, “Demi Allah kita tidak akan mengimaninya dan
membenarkannya!”

Dari kisah di atas, kita dapat tahu yang dia tidak boleh terima hanya kerana degil sahaja. Dia tidak
mahu puaknya kalah dengan puak Nabi Muhammad (kerana puak dia tidak ada Nabi). Dan kita telah
beritahu yang dia juga ada kelebihan sama macam Umar al Khattab, tapi musnah kerana
kesombongan dan angkuh sahaja. Itulah juga perkara yang menyebabkan Iblis musnah.

Kedua-dua Umar dan Abu Jahal mempunyai semangat puak yang tinggi (asabiah). Tapi sifat asabiah
masih lagi boleh dibuang kalau sanggup terima kebenaran. Akan tetapi Abu Jahal mempunyai ego
yang terlalu tinggi sampaikan dia tidak mahu tunduk kepada kebenaran langsung. Oleh kerana sakit
hati Abu Jahal terhadap Nabi Muhammad, beliau telah cuba beberapa kali untuk menyakitkan baginda
secara fizikal.
Kisah 1:
Di dalam Sahih Al Bukhari telah disampaikan satu kisah yang menyedihkan hati:

233 – ‫ون َع ْن َعْب ِد‬ ٍ ‫اق عن عم ِرو ب ِن ميم‬ ‫ِإ‬


ُ ْ َ ْ ْ َ ْ َ َ ‫َأخَب َريِن َأيِب َع ْن ُش ْعبَةَ َع ْن َأيِب ْس َح‬ ْ ‫ال‬ َ َ‫َح َّد َثنَا َعْب َدا ُن ق‬
‫ال ح و َح َّدثَيِن َأمْح َ ُد بْ ُن عُثْ َم ا َن قَ َال َح َّدثَنَا‬ َ َ‫اج ٌد ق‬ ِ ‫ول اللَّ ِه ص لَّى اللَّه علَي ِه وس لَّم س‬ ُ ‫ال َبْينَا َر ُس‬ َ َ‫اللَّ ِه ق‬
َ َ َ َ َْ ُ َ
‫ال َح َّدثَيِن َع ْم ُرو بْ ُن‬ َ ‫ف َع ْن َأبِي ِه َع ْن َأيِب ِإ ْس َح‬ ِ ‫ِإ‬
َ َ‫اق ق‬ َ ‫وس‬ ُ ُ‫يم بْ ُن ي‬ ُ ‫ال َح َّدثَنَا ْب َراه‬ َ َ‫ُش َريْ ُح بْ ُن َم ْس لَ َمةَ ق‬
ِ ‫َأن النَّيِب ص لَّى اللَّه علَي ِه وس لَّم َك ا َن يص لِّي ِعْن َد الْبي‬ ٍ ِ ٍ ‫ميم‬
‫ت َوَأبُو‬ َْ َُ َ َ َ َْ ُ َ َّ َّ ُ‫َأن َعْب َد اللَّه بْ َن َم ْس عُود َح َّدثَ ه‬ َّ ‫ون‬ ُ َْ
ِ
‫ض عُهُ َعلَى‬ َ َ‫ض ُه ْم لَب ْعض َأيُّ ُك ْم جَيِ يءُ بِ َس لَى َج ُزو ِر بَيِن فُاَل ٍن َفي‬ ُ ‫ال َب ْع‬َ َ‫وس ِإ ْذ ق‬
ٌ ُ‫اب لَ هُ ُجل‬ ٌ ‫َأص َح‬ ْ ‫َج ْه ٍل َو‬
‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬ ِ ِ ٍ
َ ُّ ‫َأش َقى الْ َق ْوم فَ َج اءَ بِ ه َفنَظَ َر َحىَّت َس َج َد النَّيِب‬ ْ ‫ث‬ َ ‫ظَ ْه ِر حُمَ َّمد ِإ َذا َس َج َد فَ ا ْنَب َع‬
‫يل‬ ِ َ َ‫ض َعهُ َعلَى ظَ ْه ِر ِه َبنْي َ َكتِ َفْي ِه َوَأنَا َأنْظُُر اَل ُأ ْغيِن َشْيًئا لَ ْو َكا َن يِل َمَن َع ةٌ ق‬
ُ ‫ض َح ُكو َن َوحُي‬ ْ َ‫ال فَ َج َعلُوا ي‬ َ ‫َو‬
ُ‫اط َم ة‬ ِ َ‫اج ٌد اَل يرفَ ع رْأس ه حىَّت جاءتْ ه ف‬ ِ ‫ول اللَّ ِه ص لَّى اللَّه علَي ِه وس لَّم س‬ ُ ‫ض َو َر ُس‬ ٍ ‫ض ُه ْم َعلَى َب ْع‬
ُ َ َ َ ُ َ َ ُ َْ َ َ َ َ َْ ُ َ ُ ‫َب ْع‬
‫ث‬ َ ‫ش ثَاَل‬ ٍ ْ‫ك بِ ُق َري‬ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َرْأ َس هُ مُثَّ ق‬
َ ‫ال اللَّ ُه َّم َعلَْي‬ ِ ُ ‫فَطَرحت عن ظَه ِر ِه َفرفَع رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ َ ْ َْ ْ َ َ
‫ك الَْبلَ ِد ُم ْستَ َجابَةٌ مُثَّ مَسَّى اللَّ ُه َّم‬ ِ
َ ‫َّع َو َة يِف َذل‬
ْ ‫َأن الد‬ َّ ‫ات فَ َش َّق َعلَْي ِه ْم ِإ ْذ َد َعا َعلَْي ِه ْم قَ َال َو َكانُوا َيَر ْو َن‬ٍ ‫مَّر‬
َ
‫ف َوعُ ْقبَ ةَ بْ ِن‬ ٍ َ‫يد بْ ِن عُْتب ةَ وُأميَّةَ بْ ِن َخل‬ ِ ِ‫علَيك بَِأيِب جه ٍل وعلَيك بِعْتبةَ ب ِن ربِيعةَ وشيبةَ ب ِن ربِيعةَ والْول‬
ََ َ َ َ َ َ ْ َْ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ َ ْ َ َ َْ
‫ص لَّى‬ ِ ُ ‫الس ابِع َفلَم حَي َف ْظ قَ َال َفوالَّ ِذي َن ْف ِس ي بِي ِد ِه لََق ْد رَأيت الَّ ِذين ع َّد رس‬ ٍ
َ ‫ول اللَّه‬ َُ َ َ َُْ َ َ ْ ْ َ َّ ‫َأيِب ُم َعْي ط َو َع َّد‬
‫يب بَ ْد ٍر‬ ِ ِ‫يب قَل‬ ِ ِ‫صر َعى يِف الْ َقل‬ ِ
ْ َ ‫اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
233. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepadaku Bapakku dari
Syu’bah dari Abu Ishaq dari ‘Amru bin Maimun dari ‘Abdullah berkata, “Ketika Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam sedang sujud, beliau mengucapkan. (dalam jalur lain disebutkan) Dan
telah menceritakan kepadaku Ahmad bin ‘Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Syuraih
bin Maslamah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Yusuf dari bapanya dari Abu
Ishaq berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Maimun bahawa ‘Abdullah bin Mas’ud
menceritakan kepadanya, bahawa sesungguhnya pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam salat
dekat Baitillah sementara Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk-duduk di situ. Tiba-tiba
sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain, ‘Siapa dari kalian yang akan
mendatangkan tembuni unta bani fulan, dan meletakkannya di belakang Muhammad ketika dia
sujud?‘ Maka bangkitlah orang yang paling malang diantara mereka. Setelah diambilnya tembuni
itu, dia menunggu Nabi SAW sujud. maka ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sujud, dia
meletakkan tembuni itu di atas belakang baginda iaitu diantara dua belikatnya. Aku melihat semua
itu tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Kalaulah aku mempunyai kekuatan masa itu, kata Abdullah.
“mereka pun tertawa-tawa sambil tunjuk menunjuk sesama yang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam terus dalam keadaan sujud, beliau tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah
kepadanya. Setelah Fatimah membersihkan tembuni itu dari belakang baginda, barulah Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kepalanya seraya berdo’a (selepas sembahyang): “Ya
Allah, balaslah balasan kepada orang-orang Quraisy ini.” Sebanyak tiga kali. Doa Nabi itu terasa
berat oleh mereka. ‘Abdullah bin Mas’ud meneruskan, “Sebab mereka mereka berpendapat doa di
negeri Mekah itu mustajab. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut satu persatu
nama-nama mereka yang terlibat itu: “Ya Allah, balaslah Abu Jahal, balaslah ‘Utbah bin Rabi’ah,
Syaibah bin Rabi’ah, Al Walid bin ‘Utbah, Umayyah bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abu Mu’aith.” Dan
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut nama yang ke tujuh tapi kami lupa.” ‘Abdullah bin
Mas’ud berkata, “Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, sesungguhnya aku telah melihat
orang-orang yang disebut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut, mati bergelimpangan di dalam
perigi buta di Badr.”
Yang bertanya siapakah yang sanggup cari isi perut unta itu adalah Abu Jahal. 

Kisah ke 2:
‫صلَّى‬
َ َّ ‫لغ النَّيِب‬ َّ َ‫صلِّي ِعْن َد الْ َك ْعبَ ِة َأَلط‬
َ َ‫ فب‬.‫َأن َعلَى عُنُقه‬ ‫ِئ‬ ٍ َّ‫ابْ ِن َعب‬
ُ ْ‫ لَ ْن َرَأي‬:‫ قَ َال َأبُو َج ْه ٍل‬:‫اس‬
َ ُ‫ت حُمَ َّم ًدا ي‬
ُ‫َأَلخ َذتْهُ الْ َماَل ِئ َكة‬ ‫ َف َق َ ِئ‬،‫”اللَّه علَي ِه وسلَّم‬
َ ُ‫ “لَ ْن َف َعلَه‬:‫ال‬ َ َ َ َْ ُ
Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya, telah menceritakan kepada kami
Abdur Razzaq, dari Ma’mar, dari Abdul Karim Al-Jazari, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang
menceritakan bahawa Abu Jahal berkata, “Sesungguhnya jika aku melihat Muhammad solat dekat
Ka’bah, aku benar-benar akan menginjak lehernya.” Maka ancaman itu sampai kepada Nabi SAW.,
lalu baginda SAW. bersabda: Sesungguhnya jika dia melakukan niatnya, benar-benar malaikat akan
mengambilnya (menghukumnya).
Dalam hadis yang lain:

Imam Ahmad dan Imam Turmuzi serta Imam Nasai dan Ibnu Jarir telah meriwayatkannya, yang
hadis berikut berdasarkan lafaz yang ada pada Ibnu Jarir, melalui jalur Daud ibnu Abu Hindun, dari
Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa dahulu Rasulullah Saw. sering melakukan salat
dekat maqam Ibrahim. Maka lewatlah kepadanya Abu Jahal ibnu Hisyam, lalu berkata, “Hai
Muhammad, dengan apakah engkau mengancamku? Ketahuilah, demi Allah, sesungguhnya aku
adalah penduduk lembah ini yang paling banyak pendukungnya.” Maka Allah Swt. menurunkan
firman-Nya: Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), kelak Kami akan
memanggil Malaikat Zabaniyah. (Al-‘Alaq: 17-18)
Ibnu Abbas mengatakan bahawa seandainya Abu Jahal memanggil golongannya (para
pendukungnya), nescaya saat itu juga malaikat azab akan mengambilnya. Imam Turmuzi mengatakan
bahawa hadis ini kalau tidak hasan, sahih.
Jadi, begitulah buruknya sifat Abu Jahal itu dan ayat 9-10 surah ini berkenaan apa yang telah
dilakukan oleh Abu Jahal.

ٰ َ‫َأ َرَأيتَ الَّذي ي‬


‫نهى‬

Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,

 Yang dimaksudkan adalah menghalang Nabi dari solat di Kaabah. Apakah agaknya nasib seorang
yang sanggup dan berani nak menahan Nabi Muhammad dari melakukan solat berdekatan Kaabah
itu?

Orang yang dimaksudkan di sini adalah Abu Jahal. Dia berani buat begitu kepada Nabi Muhammad
kerana dia tidak takut. Kerana dia tahu kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat waktu itu. Dan
dia juga tidak takut kerana dia tidak percaya yang dia akan dikembalikan ke akhirat dan berjumpa
dengan Allah.

Ayat 10: Sambungan ayat sebelum ini:


‫صلّ ٰى‬
َ ‫عَبدًا ِإذا‬
seorang hamba ketika mengerjakan shalat,

Individu ‫عَبدًا‬ (hamba) yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Rasulullah. Allah memberi gelaran ‫عَبدًا‬
kepada baginda sebagai satu kemuliaan kerana baginda adalah contoh seorang hamba yang terbaik
sekali. Kalau nak tahu bagaimana sepatutnya sifat seorang hamba kepada Tuhannya, maka tengok
bagaimana cara Nabi Muhammad dalam kehidupan baginda.

Tapi untuk tahu, kenalah belajar Sirah, belajar Hadis dan Sunnah. Kalau tak belajar, macam mana nak
tahu? Jangan kata taqwa dan taat kepada agama, kalau tafsir Al-Qur’an dan Sunnah tidak dipelajari.

Kejadian yang dimaksudkan adalah apabila Nabi Muhammad solat berdekatan Kaabah dan baginda
diganggu oleh Abu Jahal. Kisahnya telah disebut di atas tadi.
Ayat 11:

ٰ ‫َأ َرَأيتَ ِإن كانَ َعلَى ال ُه‬


‫دى‬

bagaimana pendapatmu jika orang itu berada di atas kebenaran, 

Kalimah  َ‫َأ َرَأيت‬ itu dari ‫ ر أ ي‬yang bermaksud ‘melihat’ dari segi bahasa. Tapi bukan melihat biasa
sahaja, tapi melihat dengan faham sekali. Sebab itu kadang-kadang kalau kita sampaikan sesuatu
perkara kepada orang lain, dia kadang-kadang jawab: “baik, aku dah nampak dah”.
Kalimah ‫( كان‬adalah dia) dalam dalam ‫ُدى‬ ٰ ‫ كانَ َعلَى اله‬tidak dijelaskan. Siapakah yang dimaksudkan?
Jadi ia boleh merujuk sama ada kepada Nabi Muhammad atau kepada Abu Jahal kerana ayat-ayat
sebelum ini adalah tentang Abu Jahal.

A. Kalau merujuk kepada Nabi Muhammad: – “tidakkah kamu tengok, kalau sekiranya Nabi
Muhammad yang dihalang oleh Abu Jahal itu, berada atas hidayah?” Kalau benar-benar baginda
berada di atas hidayah, bagaimana nasib mereka yang menentang baginda seperti Abu Jahal dan yang
lain-lain?

B. Kalau ia merujuk kepada Abu Jahal: – “tidakkah kamu tengok, kalau sekiranya Abu Jahal itu
berada di atas hidayah?” Seperti yang kita telah bincangkan sebelum ini, Abu Jahal itu ada potensi
yang tinggi. Tapi dia tidak mahu beriman.

Tapi Allah suruh bayangkan kalau Abu Jahal itu beriman, tentulah itu baik bagi dia. Kalaulah dia
dapat menerima petunjuk, tentu dia sudah jadi seorang yang baik dan hebat dalam sejarah Islam
(kerana dia ada potensi). Nabi pun sudah doa supaya dia dimasukkan ke dalam Islam sebab Nabi pun
sudah nampak ada kelebihan pada dia.

Apabila digunakan kalimat ‫ُدى‬ٰ ‫ = َعلَى اله‬maksudnya orang itu kena berubah sendiri. Dia sendiri yang
mahu duduk di atas petunjuk, bukannya diletakkan oleh orang lain. Oleh itu kena ada keinginan dalam
diri sendiri untuk berubah. Kalau nak harapkan orang lain bagi hujah kepada dia, tapi dia sendiri tidak
mahu, tidak akan berubah orang itu. Kerana kena ada keinginan untuk mencari kebenaran dan
menerima kebenaran.

Ayat 12:
ٰ ‫َأو َأ َم َر ِبال َّت‬
‫قوى‬
atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?
Seperti juga dalam ayat sebelum ini, individu yang dimaksudkan dalam ayat ini tidak pasti oleh
ulama’ sama ada Nabi Muhammad atau Abu Jahal.
A. “Apa pandangan kamu kalau Nabi Muhammad itu benar-benar mengajak kepada ketaqwaan?
Tidakkah engkau lihat bagaimana memang Nabi Muhammad itu mengajak kepada taqwa?”

Apabila disambung dari ayat ini, kita nampak bahawa tidak cukup dengan seseorang itu dapat hidayah
sahaja, tapi dia kena sampaikan petunjuk kepada orang lain dan mengajak mereka kepada taqwa juga.
Maka ini menunjukkan kepentingan dakwah.
B. Kalau merujuk kepada Abu Jahal, maka kita disuruh membayangkan jikalau dia menerima dakwah
dan dia sendiri mengajak orang lain kepada taqwa. Tentulah dia akan menjadi seorang yang hebat.
Kerana dia sendiri ada potensi yang tinggi. Tapi malangnya dia telah menolak untuk menerima
kebenaran dan telah merendahkan dirinya serendah-rendahnya.

Ayat 13:

َ ‫َأ َرَأيتَ ِإن َك َّذ‬


‫ب َو َت َولّ ٰى‬
Bagaimana pendapatmu jika orang itu mendustakan dan berpaling?
Sekarang jelas ayat ini memperkatakan tentang Abu Jahal pula. Sekarang menceritakan tentang
sifatnya yang mendustakan Nabi dan berpaling dari Nabi Muhammad pula.
Tidakkah engkau lihat apakah yang telah dilakukannya itu? Dia ada peluang untuk mendapat
kebaikan yang amat banyak kalau dia mahu beriman dengan Nabi Muhammad, tapi dia lepaskan
peluang keemasan itu.

Ayat 14:
ٰ ‫َألَم َيعلَم ِبَأنَّ هَّللا َ َي‬
‫رى‬
Tidaklah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
Allah memperkatakan tentang kebodohan Abu Jahal itu dan mereka yang bersifat seperti dia. Dia
sangka yang dia sedang mengganggu Nabi Muhammad sahaja, tapi dia tidak sedar bahawa Allah
sedang memerhatikan setiap perbuatannya itu.
Sebenarnya Musyrikin Mekah kenal Allah sebagai Tuhan. Walaupun mereka itu melakukan syirik
dengan menyembah berhala dan sembahan-sembahan yang lain, tapi mereka juga kenal Allah sebagai
‘Tuhan Utama’. Pada mereka, berhala dan sembahan-sembahan itu adalah ilah-ilah selain Allah
sahaja. Tapi tidaklah ilah-ilah itu dapat menandingi Allah.
Jadi mereka kenal Allah, dan tahu bahawa Allah itulah yang menjadikan mereka dan alam ini. Begitu
jugalah dengan Abu Jahal – sepatutnya dia pun kenal juga Allah. Tapi kerana dia teruk sangat, sangat
benci kepada Nabi Muhammad dan kebenaran yang dibawa oleh baginda, dia sampai lupa kepada
Allah dan lupa bahawa Allah sedang memerhatikan.

Apabila digunakan kalimat ‫( َألَم َيعلَم‬tidakkah mereka tahu?), itu menunjukkan mereka sepatutnya tahu,
kerana itulah digunakan soalan dalam ayat ini dalam bentuk retorik.
Jadi, kita kena faham beza antara orang yang ‘tahu’ dan orang yang ‘engkar sombong’. Dalam
permulaan surah ini, telah disebut tentang baca dan mendapatkan ilmu pengetahuan. Ini penting
kerana dengan ilmu pengetahuanlah yang boleh menyebabkan seseorang itu rendah diri dan sedar
siapakah diri mereka. Sebab itu kita lihat resmi padi – semakin berisi semakin tunduk padi itu.
Mereka yang kenal Allahlah yang takut dengan Allah, seperti yang disebut dalam Fatir:28
‫ِإ َّنما َيخ َشى هَّللا َ مِن عِ با ِد ِه ال ُعلَما ُء‬
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’.
Jelas bahawa mereka yang ada ilmu akan sedar tentang diri mereka akan tunduk kepada Allah.
Menolak ilmu akan menyebabkan kesombongan. Kalau kita merendahkan diri di hadapan Allah,
Allah akan meningkatkan darjat kita; dan kalau kita sombong dan menentang kebenaran, Allah akan
merendahkan kita serendah-rendahnya.

Jadi secara ringkasnya, dua perkara telah disentuh setakat ini:


1- Kepentingan ada ilmu
2- Orang jenis apa yang menolak ilmu itu.
Selepas ini nanti akan disentuh:
3- Apabila kamu tidak menerima dan mendapatkan ilmu pengetahuan, kamu akan menjadi orang yang
jahil; dan bila jahil, apa yang kamu akan lakukan?
Ayat-ayat selepas ini akan menceritakan bagaimana sifat Abu Jahal (bapa kejahilan) dan mereka yang
sepertinya. Ulama’ telah mengatakan bahawa ayat-ayat selepas ini memperkatakan tentang Abu Jahal
dan sikapnya.
Sebelum kita teruskan, menarik untuk kita lihat gelaran yang diberikan kepada Abu Jahal itu. Abu
Jahal bermaksud ‘Bapa kebodohon’. Ini adalah gelaran kepada dia kerana nama dia yang asal adalah
lain (Amr). Dia diberi dengan gelaran yang menghinakan itu walaupun pada asalnya, masyarakat
beliau menggelar beliau dengan gelaran: Abul Hakam (seorang yang bijaksana) kerana dia memang
seorang yang ada kepandaian dan seorang yang dipandang tinggi dalam masyarakat Arab.
Akan tetapi, kerana dia menolak kebenaran, dia digelar dengan gelaran Abu Jahal dan gelaran itu
kekal sampai ke kiamat nanti. Orang tak kenal pun dengan namanya yang sebenar dan gelarannya
yang asal. Begitulah Allah hinakan dia kerana dia telah menolak Nabi Muhammad. Kita pun tidak
tahu dia ada keturunan atau tidak, kerana kalau ada anak beranak pun, mereka sudah tidak mengaku
keturunan dia agaknya.
Memang dia seorang yang pandai dalam ilmu dunia, tapi kalau jahil ilmu akhirat, itu tidak bermakna
langsung. Maknanya, kalau tahu segala ilmu dalam dunia, tapi tak tahu tentang ilmu agama dan tidak
terima ilmu agama itu, mereka itu masih dikira sebagai dungu.
Maka, kalau orang kita masuk universiti, jadi doktor, dapat PHD, jadi professor, tapi kalau ilmu
agama tidak ada, tidak ada gunanya. Setakat orang kenal dan sanjung di dunia sahaja, tapi di akhirat
nanti dia akan ada masalah. Kerana kalau dia jahil, syaitan akan ambil peluang itu untuk
menjerumuskan dia ke lembah kehinaan. Ini adalah kerana, seseorang yang jahil dan tidak tahu
tentang kesan perbuatannya, dia sanggup buat perkara – perkara yang buruk. Sebagaimana Abu Jahal
yang sanggup untuk menyakiti Nabi Muhammad dan sanggup untuk suruh orang lain menyakiti
baginda.
Begitulah juga seorang yang jahil tentang agama, mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang
salah dan mereka buat ikut suka diri mereka sahaja; dan mereka akan terima sahaja ajaran salah
kerana mereka tidak ada neraca untuk menilai kebenaran. Kerana itulah kita boleh lihat, ramai orang
bijak pandai dari kalangan orang Islam pun, tapi mereka tidak mendalami ilmu agama, mereka akan
buat perkara syirik dan perkara bidaah. Ini adalah kerana mereka ada ilmu dunia, tapi mereka tidak
ada ilmu agama. Maka mereka senang ditipu oleh syaitan.
Ayat 15: Sekarang kita masuk ke fasa ke 4 surah ini. Ayat 15 – 18 adalah Perenggan Makro Keempat.
Ia memberitahu kita akibat buruk kepada penderhaka.

‫َكاَّل لَ ِٕٮن لَّم َين َت ِه لَ َنس َف ۢ َعا ِبٱل َّناصِ َي ِة‬


Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya,
Kalimah ‫ – َكاّل‬janganlah dia buat begitu. Bahaya kalau dia teruskan. Allah beri ancamanNya dalam
ayat itu.
Kalau kita belajar sirah, kita telah tahu bagaimana Abu Jahal telah memberi amaran kepada Nabi
supaya jangan solat lagi di Kaabah, jangan itu dan ini – dia kata, kalau baginda buat juga, baginda
akan disakiti. Oleh itu, dalam ayat ini, Allah hendak memberi semangat kepada baginda, jangan takut
kepada amaran Abu Jahal itu.
Sepatutnya manusia kena sedar bahawa Allah sedang memerhatikan segala perbuatan mereka. Kerana
kalau sedar yang kita sedang diperhatikan, tentu kita tidak berani buat salah. Bayangkan kalau kita
tahu ayah kita sedang memerhatikan kita dengan CCTV, atau kita sedang buat kerja dan kita tahu
yang majikan kita sedang memerhatikan dari jauh, tentu kita tidak berani buat salah, bukan?
Tapi, orang seperti Abu Jahal itu teruk sangat sampai mereka tidak memikirkan tentang perkara itu
langsung. Kerana dia degil sangat. Maka Allah beri amaran keras dalam ayat ini: kalau tidak berhenti
dari melakukan kejahatan itu, Allah akan tangkap ubun-ubun mereka. Huruf ‫ ل‬dalam ‫ لَِئن‬itu adalah
sebagai penekanan (Allah PASTI akan buat).

Kalimah ‫ ال ّناصِ َي ِة‬adalah bahagian kepala yang di atas dahi (ubun-ubun). Selalunya binatang dipegang
ubun-ubunnya oleh tuan mereka untuk menangkap mereka. Allah beritahu yang kalau tidak berhenti
juga, Allah akan buat buat begitu. Dan Allah bukan nak tangkap sahaja, tapi Allah akan matikan dia
dan masukkan terus dia ke dalam neraka.
Allah gunakan kalimah ‫ ال ّناصِ َي ِة‬kerana dalam tradisi Arab, ‫ ال ّناصِ َي ِة‬adalah tempat kemuliaan seseorang.
Sebab itu orang ada pakai lambang di ubun-ubun mereka. Orang pakai serban dan sebagainya kerana
hendak menjaga kemuliaan kepala. Ia juga adalah bahagian yang kita leta dan sentuhkan ke bumi
apabila melakukan sujud. Ini adalah kerana ia adalah bahagian badan yang mulia dan kita hinakan diri
kita di hadapan Allah. Dan akhir surah ini juga akan ada Ayat Sajdah, bukan? Kita letak bahagian
kepala kita yang mulia kerana Allah yang paling mulia.
Ia juga adalah tempat akal dan pengetahuan. Kalau kajian otak pun akan dapati bahawa di situlah
letakkan minda tempat akal berfikir. Di bahagian itulah tempat manusia berfikir dan kemudian
bahagian otak lain yang gerakkan tubuh untuk bertindak. Jadi bahagian ubun-ubunlah kiranya yang
paling bersalah kalau degil, bukan?
Dan kita telah sebutkan bagaimana Abu Jahal menolak untuk menerima ilmu agama dari Nabi
Muhammad sendiri. Maknanya, dia bukan tolak dan hina manusia biasa, tapi dia hina seorang Nabi
lagi Rasul! Maka kerana itu, Allah akan tangkap dia di ubun-ubunnya itu dan akan seret dia ke neraka.
Memang orang yang menentang dan tidak mengendahkan kebenaran akan diseret atas muka mereka
seperti yang disebut dalam Mulk:22
ٰ ‫هدى َأمَّن َيمشي َس ِو ًّيا َع‬
ٍ ‫لى صِ راطٍ مُس َت‬
‫قيم‬ ٰ ‫جه ِه َأ‬ ٰ ‫َأ َف َمن َيمشي ُم ِك ًّبا َع‬
ِ ‫لى َو‬
Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk
ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?

Ayat 16: Ini adalah badal (penjelasan ayat sebelum ini).


‫َناصِ َي ٍة َك ٰـ ِذ َب ٍة َخاطِ َئ ٍة‬
(iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
Ubun-ubun itu dikatakan sebagai ‫( كا ِذ َب ٍة‬yang mendustakan). Apakah yang ia dustakan?
Yang ia dustakan adalah Al-Qur’an. Orang itu tahu yang Al-Qur’an itu benar, tapi dia tetap juga
menolaknya. Penolakannya itu kerana sombong dan kerana degil tidak mahu mengubah cara hidup
mereka. Oleh itu mereka akan keluarkan berbagai-bagai pendapat untuk menolak Al-Qur’an itu.
Padahal dalam hatinya, dia tahu yang Al-Qur’an itu benar dari Allah. Ini kita telah sebutkan sebelum
ini.
Maknanya, Allah membuka dan memberitahu apa yang ada dalam hati Abu Jahal itu – dia sebenarnya
tahu yang Al-Qur’an itu benar, tapi dia sengaja menolak kerana sombong sahaja. Dia tidak mahu
puaknya kalah dengan puak Nabi Muhammad sahaja, seperti yang kita telah jelaskan sebelum ini
(bagaimana Abu Jahal dan dua orang lagi senyap-senyap mendengar bacaan Al-Qur’an Nabi
Muhammad).
Ayat ini diturunkan di Mekah dan dengan jelas sekali mengatakan yang Abu Jahal itu seorang yang
penipu. Ini adalah satu pukulan yang berat kepadanya. Dan dalam tradisi bangsa Arab, ini adalah satu
benda yang berat. Ianya sesuatu yang amat memalukan kalau dipanggil sebagai seorang penipu.
Allah juga mengatakan yang ubun-ubunnya itu ‫ – خاطِ َئ ٍة‬membuat sentiasa buat kesilapan. Ianya dari ‫خ‬
‫ ط أ‬yang bermaksud melakukan kesilapan tanpa mengetahui kesan dari kesilapan itu. Begitulah yang
telah dilakukan oleh Abu Jahal – dia telah melakukan perbuatan yang amat buruk kepada Nabi
Muhammad, dan dia tidak sedar beratnya kesalahannya itu – dia akan diseksa selama-lamanya.
Dia sangka kerana dia ada kedudukan dalam masyarakat dan kaya, dia boleh buat apa sahaja dia
hendak? Macam orang kitalah juga, ramai yang buat amalan bidaah dan sangka tidak ada apa sangat
kesalahan mereka itu. Tapi kesannya besar.
Ayat 17: Ini adalah cabaran dari Allah: kalau tak percaya juga, buatlah apa kau mahu dan panggillah
sesiapa yang boleh tolong kamu.

‫َفل َيد ُع نا ِد َي ُه‬


Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),
Abu Jahal seorang yang ada kedudukan dan dipandang tinggi. Oleh itu dia rasa dia hebat kerana dia
rasa ada orang yang sentiasa akan sokong dia. Maka Allah cabar dia: panggillah juak-juak kamu itu
untuk tolong kamu.
Kalimah ‫ نا ِد َي ُه‬bermaksud tempat awam yang ramai orang yang mendengar. Ini adalah kerana ‫ نا ِد َي ُه‬dari
‫ ن د و‬yang bermaksud ‘panggilan’, ‘seruan’. Oleh itu ‫ نا ِد َي ُه‬adalah tempat awam di mana ramai orang
akan mendengar kalau kita buat pengumuman. Kiranya tempat lepak orang ramai, tempat berkumpul
orang ramai.
Oleh itu, Allah cabar Abu Jahal, pergilah ke tempat orang ramai yang sokong kamu itu, minta tolong
mereka untuk serang dan sakiti Nabi Muhammad. Ingat bahawa cabaran ini dari Allah. Jangan mereka
sangka cabaran itu dari Rasulullah sahaja. Mereka mungkin nampak baginda itu seorang diri sahaja,
lemah dan tidak ada kekuatan. Tapi kena fikirkanlah siapakah yang akan membantu baginda?
Ayat 18: Selepas Allah beri cabaran itu, Allah beri peringatan.
‫الزبا ِن َي َة‬
َّ ‫َس َند ُع‬

kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,


Kalimah ‫الزبا ِن َي َة‬
َّ dari katadasar ‫ ز ب ن‬yang boleh dikatakan sebagai pengawal keselamatan. Oleh itu
‫الزبا ِن َي َة‬
َّ boleh bermaksud pengawal yang ramai. Mereka mengawal dengan menggunakan kekuatan.
Sebagai contoh, warden dalam penjara.
Allah nak beritahu, panggillah sesiapa sahaja yang kamu boleh panggil, tapi Allah boleh sahaja
panggil malaikat-malaikat pengawal. Agak-agak, siapa yang lebih kuat dan ada kuasa? Mereka yang
manusia atau malaikat yang gagah perkasa itu?
Ini umpama macam budak gangster sekolah nak lawan SWAT team. Gangster sekolah itu perasan
sudah hebat sangat sampai boleh buli budak lagi bawah dari dia. Tapi bagaimana kalau dia kena
tenung oleh orang yang lagi besar? Menikus juga dia nanti.
Dan memang dalam sirah, ada disebut kisah bagaimana Abu Jahal nak hempap batu atas baginda, tapi
Abu Jahal dihalang.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Humaid, telah menceritakan kepada
kami Yahya ibnu Wadih, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Abu Ishaq, dari Al-Walid ibnul
Aizar, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Abu Jahal pernah mengatakan bahawa
sesungguhnya jika Muhammad kembali ke maqam Ibrahim untuk melakukan salat, aku benar-benar
akan membunuhnya. Maka Allah menurunkan firman-Nya: Bacalah dengan (menyebut) nama
Tuhanmu Yang Menciptakan. (Al-‘Alaq: 1) Sampai dengan firman-Nya: nescaya Kami tarik ubun-
ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. Maka biarlah dia memanggil
golongannya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah. (Al-‘Alaq: 15-
18) Maka Nabi Saw datang dan melakukan salatnya. Lalu dikatakan kepada Abu Jahal, “Mengapa
engkau mengurungkan niatmu dan tidak melakukannya?” Abu Jahal menjawab, “Sesungguhnya ada
bala tentera yang banyak sekali yang menghalang-halangi antara aku dengan dia.”
Juga hadis riwayat Bukhari ini:

‫ َع ِن ابْ ِن‬،َ‫ َع ْن ِع ْك ِر َمة‬،‫ َع ْن َعْب ِد الْ َك ِر ِمي اجلََزري‬،‫ َع ْن َم ْع َمر‬،‫َّاق‬ ِ ‫الرز‬ ُّ ‫قَ َال الْبُ َخا ِر‬
َّ ‫ َح َّد َثنَا َعْب ُد‬، ‫ َح َّدثَنَا حَيْىَي‬:‫ي‬
،‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ َّ ‫لغ النَّيِب‬ َّ َ‫صلِّي ِعْن َد الْ َك ْعبَ ِة َأَلط‬
َ َ‫ فب‬.‫َأن َعلَى عُنُقه‬ َ ُ‫ت حُمَ َّم ًدا ي‬
‫ِئ‬
ُ ْ‫ لَ ْن َرَأي‬:‫ قَ َال َأبُو َج ْه ٍل‬:‫اس‬ ٍ َّ‫َعب‬
ُ‫َأَلخ َذتْهُ الْ َماَل ِئ َكة‬ ‫ِئ‬
َ ُ‫ “لَ ْن َف َعلَه‬:‫” َف َق َال‬
Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya, telah menceritakan kepada kami
Abdur Razzaq, dari Ma’mar, dari Abdul Karim Al-Jazari, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang
menceritakan bahawa Abu Jahal berkata, “Sesungguhnya jika aku melihat Muhammad sedang salat di
dekat Ka’bah, aku benar-benar akan menginjak lehernya.” Maka ancaman itu sampai kepada Nabi
Saw., lalu beliau Saw. bersabda: Sesungguhnya jika dia melakukan niatnya, benar-benar malaikat
akan mengambilnya (menghukumnya).
Ayat 19: Ayat 19 ini adalah Perenggan Makro Kelima dan terakhir surah ini. Ia mengajar kita supaya
menjauhi taghut dan kena dekatkan diri kepada Tuhan.

‫۩ َكاّل ال ُتطِ ع ُه َواسجُد َواق َت ِرب‬


sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada
Tuhan).
Kalimah ‫ َكاّل‬bermaksud: jangan, jangan hiraukan dan takut kepada orang-orang macam Abu Jahal itu.
Jangan hiraukan mereka. Mereka tidak ada kekuatan.
Kalimat ‫ ال ُتطِ ع ُه‬bermaksud – Jangan ikut dia, jangan takut dan taat kepada dia. ‫ ُتطِ ع ُه‬dari ‫ ط و ع‬yang
bermaksud ‘taat’, ‘ikut’.
Kalimat ‫ – َواسجُد‬dan sujudlah. Jangan taat kepada Abu Jahal itu, sebaliknya sujudlah kepada Allah.
Sujudlah kepada Allah semasa di dunia, supaya di akhirat nanti tidak jadi seperti Abu Jahal yang
dipaksa untuk sujud atas ubun-ubun dan mukanya. Dalam ayat ini, Allah tak sebut sujud kepada Dia,
tapi kita tahu sujud kepada Allah, kerana sujud hanya kepada Allah sahaja.
Kalimat ‫ــرب‬ِ ‫ – َواق َت‬dan rapatkan diri kamu. Rapatkan diri kepada Allah. Tapi bagaimana untuk
merapatkan diri kepada Allah? Dalam ayat 5, telah diberitahu bagaimana Allah mengajar manusia apa
yang manusia tidak tahu. Kalau Allah tak ajar kita bagaimana cara untuk merapatkan diri kepada
Allah, tentu kita tidak akan dapat tahu.
Banyak kisah kita belajar dalam tamadun lain bagaimana manusia cuba untuk mencari kebenaran tapi
Allah tidak beri kebenaran kepada mereka. Maka mereka sembah matahari, bulan, pokok dan macam-
macam lagi. Macam orang Arab sebelum Islam – mereka tidak ada kitab dan sudah jauh dari ajaran
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, maka mereka reka amalan-amalan mereka sendiri. Maka itulah
sebabnya banyak amalan salah di kalangan mereka.
Antaranya mereka akan tawaf telanjang dan bertepuk-tepuk tangan di Kaabah. Mereka sangka itulah
cara yang baik. Begitulah kebanyakan manusia, mereka sangka mereka buat sesuatu yang baik, sama
ada mereka orang kafir atau tidak, padahal mereka buat perkara yang salah kerana mereka tidak tahu.
Begitulah juga dengan kebanyakan orang Islam kita pun, mereka reka amalan-amalan baru yang tidak
ada dalam agama kerana tidak ada ilmu. Kalau kita tanya kenapa mereka buat amalan itu, bolehlah
kalau hendak tengok hujah-hujah bodoh dari seorang manusia. Sampai hujah murtabak pun boleh
keluar.
Jadi, sebelum disebut tentang mendekatkan diri kepada Allah, telah disebut tentang sujud. Jadi, salah
satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan melakukan banyak sujud.
Rasulullah Saw. telah bersabda:
«‫»َأ ْق َربُ َما َي ُكونُ ْال َع ْب ُد مِنْ َر ِّب ِه َوه َُو َسا ِج ٌد َفَأ ْك ِثرُوا ال ُّد َعا َء‬
Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Tuhannya ialah ketika dia sedang sujud, maka
perbanyakkanlah berdoa (padanya).
Jadi, awal surah ini mengandungi arahan (‫اقرأ‬
َ bacalah) dan hujung surah ini juga mempunyai arahan (
‫ اق َت ِرب‬dekatlah). Kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat dengan Solat – kerana arahan membaca
itu adalah membaca Al-Qur’an – dan kita disuruh untuk baca Al-Qur’an dalam solat; dan sujud juga
kita lakukan dalam solat, bukan? Maka jaga solat dan banyakkan solat.
Dan kedudukan pun amat tepat sekali. Arahan awal adalah baca Al-Qur’an dan kita baca Al-Qur’an di
awal solat semasa dalam qiyam. Dan arahan akhir adalah sujud dan kita sujud di akhir solat, bukan?
Hebat sekali!
Di awal surah, Allah suruh kita mendapatkan ilmu dengan membaca Al-Qur’an. Dan di akhir surah,
Allah suruh merapatkan diri kita dengan Allah. Ini pun ada kaitan juga – kerana untuk rapatkan diri
dengan Allah, memerlukan ilmu. Iaitu ilmu tentang Allah.
Kalau kita tidak ada ilmu, itulah jadi berbagai cara yang salah. Lihatlah golongan tarekat yang jahil
itu. Mereka tidak ada ilmu, maka mereka telah reka berbagai-bagai cara yang kononnya mereka kata
untuk merapatkan diri dengan Allah. Memang akan jauh lari dari kebenaran kalau tidak ada ilmu.
Memang senang syaitan hendak menipu kalau tidak dimulakan pembelajaran agama dengan ikut
wahyu.
Dalam hadis terdahulu telah disebutkan pula bahawa Rasulullah Saw. melakukan sujud tilawah pada
surat Insyiqaq dan Al-‘Alaq. Maka sunat untuk kita sujud kalau kita ayat ini, sama ada dalam solat
atau pun luar solat. Maka boleh terus sujud selepas ini.
Allahu a’lam. Tamat sudah tafsir Surah al-‘Alaq ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-
Qadr.

Anda mungkin juga menyukai