Anda di halaman 1dari 3

ULASAN RINGKAS BERKAITAN KHIDMAT BADAL HAJI – KHIDMAT

DARI PELAJAR MALAYSIA ARAB SAUDI

Disebabkan setiap tahun saya menerima soalan yang sama iaitu berkaitan
khidmat badal haji maka saya berasa terpanggil untuk mengulas sedikit agar
dapat membetulkan salahfaham yang berlaku seterusnya dapat memudahkan
urusan pencari upah badal haji.

1. Tidak dinafikan bahawa mungkin wujudnya sindiket penipuan untuk


memberi khidmat upah badal haji dengan harga yang murah seperti yang kita
lihat diruang iklan umum dengan harga kebiasaan yang ditawarkan iaitu
RM1500
2. Harga kebiasaan paling minimum yang diambil oleh pelajar malaysia
adalah sekitar RM3000-RM3500. Bahkan ada yang dibayar lebih dari harga
upah kebiasaan ini dan itu bergantung pada individu yang dibayar atas
perbincangan peribadi
3. Berkaitan dengan khidmat upah badal haji yang di iklankan secara meluas
itu saya tidak menyatakan kesemunya adalah menipu, tetapi berdasarkan
bayaran yang agak murah wajar untuk mereka yang mahu memberi upah
badal haji itu memikirkan apakah saluran itu benar atau tidak
4. Buat pengetahuan umum, bayaran upah badal haji kepada pelajar Malaysia
itu adalah merangkumi sewa rumah, sewa kenderaan, makan minum selama
lebih kurang seminggu, bayaran pengakutan semasa melaksanakan haji dan
dam jika dikenakan. Maka RM1500 adalah tidak wajar dan tidak pernah
diambil oleh pelajar Malaysia dengan harga sedemikian.
5. Kemungkinan juga bayaran upah diberi kepada selain pelajar Malaysia iaitu
pekerja asing di arab saudi tetapi jika yang didakwa itu dibayar para pelajar
Malaysia yang menuntut di Arab Saudi adalah tidak benar disamping jumlah
pelajar Malaysia tidaklah terlalu ramai sehingga mampu untuk menampung
semua upah yang diambil oleh khidmat upah badal haji demikian.
6. Kemungkinan harga agak murah jika dibayar kepada penduduk Mekah, ini
kerana banyak kos dapat ditolak memandangkan mereka dekat dengan
tempat melaksanakan haji berbanding Madinah yang agak jauh
Nasihat saya kepada pemberi dan penerima badal haji secara peribadi:

1. Berilah upah badal haji kepada badan kerja yang benar-benar dipercayai
janganlah hanya kerana tawaran murah kita dengan mudah memberi bayaran
tanpa mengetahui apakah ia benar-benar dilaksanakan atau tidak
2. Carilah individu yang soleh dan berilmu bagi melaksanakan badal haji
untuk ahli keluarga kita, kerana kita mahu haji yang dilaksanakan itu adalah
haji yang diterima bahkan haji mabrur sehingga dapat memberi manfaat
kepada arwah
3. Jangan terlalu kedekut atau berkira ketika memberi wang upah badal haji,
jika arwah telah menyimpan wang khusus untuk mengerjakan haji maka guna
duit itu sebaiknya untuk digunakan bagi melaksanakan badal haji arwah.
Bahkan ada individu yang dibayar RM10K iaitu dengan duit arwah sendiri
untuk menyempurnakan haji arwah. Kenapa bayar dengan harga yang murah
pada tempat yang tidak jelas salurannya?
4. Masalah ilmu yang tidak cukup seringkali menjadi masalah kepada orang
yang mengambil upah haji seperti tidak mengetahui rukun atau hanya buat
haji secara cukup syarat sahaja dengan meninggalkan yang sunat, bahkan
wujud juga individu yang jahil atau menipu dengan mengambil upah haji lebih
dari satu badal. Ini adalah tidak sah dari sudut hukum kerana tidak dibolehkan
sama sekali untuk satu individu melaksanakan haji dengan niat lebih dari satu
individu upah badal yang diambil.
5. Jika diyakini iaitu walaupun dengan harga murah tetapi tetap diambil oleh
pelaku haji yang dipercayai maka tiadalah masalah tetapi pemberi upah badal
haji haruslah memikirkan keperluan perbelanjaan individu yang melaksanakan
haji pada tahun itu dengan adil
6. Kepada penerima upah badal haji pula yang bakal mengerjakan haji
dengan wang tersebut, jangan sesekali menjadikan ini adalah sumber
perniagaan dan ia adalah dilarang dalam agama seperti meminta wang
secara berlebihan dan lebih dari cukup melainkan wang itu diberi secara
sukarela tanpa ada unsur “demand” lebih.
7. Sangat beza orang yang melakukan haji kerana mencari duit dengan orang
mencari duit kerana mahu mengerjakan haji.
8. Sebaiknya ketahui hajat atau keperluan wang orang yang mahu
mengerjakan badal haji itu dan jika mahu memberi wang lebih dari keperluan
kepada penerima upah badal haji maka itu adalah hak yang memberi upah.

Wallahu’alama bissawab.

Mohd Danial Madani,


Universiti Islam Madinah

Anda mungkin juga menyukai