Anda di halaman 1dari 45

Tips dan Persiapan Ibadah Umrah

APRIL 20, 2015 BY: KID8 COMMENTS

Assalamualaikum semua..

Seperti yang aku ada ceritakan di entry sebelum ini, di kesempatan ini nak berkongsi cerita mengenai perjalanan

untuk menunaikan ibadah umrah. Moga sedikit perkongsian aku ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada yang

memerlukan.

Travel Agency

Dari sini biasanya bermula persiapan umrah anda. Di Malaysia ini, cukup banyak travel agency yang menawarkan

pakej umrah dan juga haji. Aku tidak menetapkan untuk tertumpu kepada satu-satu nama yang popular atau

terkenal. Cuma bagi aku sudah pasti ada yang recommend atau mencari serba sedikit latar belakang travel agency

tersebut. Kali ini, aku menggunakan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd yang terletak di Seksyen 20 Shah Alam. Zahafiz

ada juga cawangan di Taiping, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Dekat dengan tempat kerja aku di Seksyen 13 ini. Pemilihan travel agency juga penting dari segi perhubungan,

kewujudan pejabat dan juga keyakinan dari mereka yang telah menggunakan khidmat mereka. Seterusnya adalah

dokumen permohonan umrah.

Dokumen

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa

Passport Antarabangsa dengan :-

Tempoh sah laku melebihi 7 bulan keatas.

Melebihi 4 muka surat kosong.


4 Keping Gambar terbaru berlatar belakang warna putih:-

Saiz gambar 4cm lebar & 6cm panjang.

Wanita Bertudung Gelap / Hitam

Lelaki- Tidak bersongkok/berkopiah/bertopi. Zoom muka 80%

Dokumen Pengesahan Mahram.

Suami isteri :- Sijil Nikah & Ic Suami

Anak perempuan:- Sijil Lahir & Ic Ayah

Anak Lelaki <18 :- Sijil Lahir

Adik Beradik :- Sijil Lahir

Bersama Mertua :- Sijil Lahir Suami/Isteri

Tanpa Mahram :- Sijil Nikah/Sijil Lahir adik lelaki/anak lelaki umur >18tahun.

*SIJIL-SIJIL PERLU DISAHKAN OLEH JABATAN PENDAFTARAN / JBTN. AGAMA ISLAM & WISMA PUTRA*

Salinan Kad Pengenalan.

Buku Suntikan Meniggococal meningitis/ ACYW 135

Untuk suntikan, boleh dapatkan di klinik-klinik swasta. Aku buat di Klinik Dr Karim di Kajang (sebelah Shell, sebaris

Prescot Hotel). Harganya suntikan cucuk umrah RM135 sahaja (harga Februari 2015). Call dahulu untuk tempahan

stok kerana klinik tidak menyimpan stok yang banyak dalam satu masa.

Kursus Umrah

Sememangnya penting untuk ingatkan semula tentang ibadah umrah ini. Bagi Zahafiz Travel Tours, ada membuat

kursus umrah setiap hari sabtu dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari secara PERCUMA. Jadualnya berselang-seli

antara teori dan juga praktikal. Walaupun boleh melalui pembacaan, disarankan untuk menyertainya sebelum
berangkat ke tanah suci. Kursus Umrah dan Haji dari Zahafiz Travel berlangsung di Masjid Jamek Fastabiqul Khairat,

Batu 3 Shah Alam. Terima kasih Ustaz Muhammad selaku pengendali.

Pakej Umrah

Pakej yang ditawarkan ada beberapa jenis yang berkaitan dengan harga yang perlu kita bayar. Dua orang sebilik,

tiga orang sebilik ataupun empat orang sebilik. Ada yang fullboard makan dan ada yang pakej breakfast sahaja. Ada

hotel yang jaraknya 50-60 meter dan ada yang 260-300 meter dengan Masjid. Pilihan untuk penerbangan terus dari

Malaysia ke Arab Saudi, tidak menggunakan transit dan tidak perlu risau sama ada masuk ke Madinah atau ke Mekah

dahulu. Cuma seperti yang diketahui, jika masuk Mekah dulu, maka disarankan untuk memakai ihram dari rumah

atau di lapangan terbang KLIA.

Pakej yang aku pilih adalah penerbangan terus ke Jeddah, hotel yang berdekatan dengan masjid dan pakej makan

sarapan pagi sahaja. Disebabkan perbezaan harga fullboard makan dan breakfast amat tinggi, dan untuk makan

tengahari dan malam ada ruang dan pilihan untuk kita makan sendiri. Jadual penerbangan ke Jeddah dahulu,

bermakna memakai ihram dari lapangan terbang dan niat ihram di Qarnul Manazil.
Kesihatan dan kecergasan

Lakukan senaman dan larian ringkas. Boleh juga jogging sebulan atau beberapa minggu sebelum mengerjakan

umrah. Ini sebenarnya penting. Bagi aku yang jarang juga bersenam, kena juga kira aspek kecergasan. Dan yang

rasa seperti cergas pun kena lakukan. Sangat penting, kerana untuk melakukan ibadah umrah ini juga memerlukan

kekuatan fizikal selain mental. Ibadah Saie agak memberikan kesan kepada bahagian kaki kita dan perubahan cuaca

juga akan memberikan impak.

Pakaian dan belanja

Untuk pakaian pula, tidak perlu membawa beg yang penuh dan sarat dengan pakaian kita. Boleh agak-agak berapa

helai untuk kita pakai di Tanah Suci. Kain ihram, jubah, kain pelikat, baju kurta, seluar dalam, tali pinggang, tshirt

dan apa-apa pakaian mengikut keselesaan kita. Jangan lupa topeng penutup mulut, panadol, ubat cirit birit, minyak

panas atau minyak urut dan juga peralatan mandi. Bagi yang berkongsi bilik, boleh berpakat untuk seorang sahaja

bawa seperti ubat gigi, sabun dan lain-lain.

Bagi perbelanjaan pula, boleh anggarkan berdasarkan pakej yang telah diambil. Contoh seperti aku kira bajet harian

untuk makan sahaja dan selebihnya untuk membeli barang-barang. Tukaran matawang juga perlu dilihat dan

biasanya ramai yang tukar di Penggurup wang. Jangan difikirkan sangat jika perbezaan seringgit dua, tukar dan

kalau boleh dapat note 100 riyal pun OK sebab biasanya money changer tak simpan duit kecil. Jika tukar dengan

bank, casnya lebih mahal sedikit tetapi bank biasanya ada duit note yang lebih kecil sepeti 1, 5 dan 10 riyal.
Kemudahan komunikasi

Di sini berkaitan juga dengan pakej umrah kita tadi. Hotel yang aku tinggal iaitu Pullman Zam Zam Grand,

mempunyai kemudahan WiFi. Jadi, tidak perlu risau untuk menukar nombor Arab Saudi. Buat survey juga dengan

lokasi hotel dan sekeliling. Dengan kemudahan sekarang, boleh menggunakan aplikasi WhatsApp yang lebih mudah.

Video Call pula boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi LINE. Jadi, kami sentiasa berhubung setiap hari cuma

perbezaan masa lima jam dengan waktu Malaysia.

Aku gunakan juga roaming dengan CELCOM. Ada pakej umrah RM50 unlimited data selama tiga hari dan RM100

untuk tujuh hari. Ada ketika berbaloi untuk gunakannya. Guna satu nombor roaming dan dua lagi handphone share

tethering. Smart tak?! =)

Untuk roaming Celcom, kena pilih dan setting betul di Network, iaitu pilih MOBILY untuk rangkaian telekomunikasi.

Mudah je.

Persediaan rohani

Sesungguhnya perkara ini memang dititikberatkan. Terpulang kepada cara masing-masing. Disarankan untuk

berjumpa, memberitahu keluarga, sanak saudara dan rakan, ambil peluang untuk bermaaf-maafan dan selesaikan

hutang yang tertangguh. Menjadi tetamu Allah ini sangat istimewa, sebab itu juga perlu lakukan solat-solat sunat

taubat dan sentiasa berdoa semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan kembali.

Seminggu dua sebelum umrah, dapatkan juga rehat yang cukup. Persediaan yang lain kebanyakannya boleh

dipelajari dan diketahui semasa kursus umrah. Jangan malu untuk bertanya jika ada kemusykilan.
Alhamdulillah, selesai semua persediaan mengikut perancangan. Ini secara ringkasnya. Insha Allah akan bersambung

kisah-kisah semasa mengerjakan umrah.

Allah Maha Besar.

Tips dan Persediaan Umrah

Kisah dan Pengalaman Umrah Part 1

Kisah dan Pengalaman Umrah Part 2

Kisah dan Pengalaman Umrah Part 3

Kisah dan Pengalaman Umrah Part 4

Ziarah ke Madinah Al Munawwarah

Pengalaman di Hajarul Aswad, Multazam dan Hijr Ismail

Kisah dan Pengalaman Umrah part 1


APRIL 29, 2015 BY: KID11 COMMENTS

Sambungan dari Tips dan Persediaan Ibadah Umrah.

Penerbangan terus ke Mekah dengan menaiki Saudi Airlines, alhamdulillah


pesawat berlepas mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu jam 3 petang di
KLIA. Tinggalkan sementara keluarga tercinta, dan kembali fokus kepada
tujuan utama iaitu melaksanakan ibadah umrah.

Di dalam pesawat, kebetulan ada tempat kosong di sebelah adik ipar, jadi ayah
duduk bersama-sama kami sebaris. Jemaah lain pun ada bersama keluarga
masing-masing dan kami melemparkan senyuman sambil bertegur sapa antara
jemaah. Satu perkara yang perlu dijaga setelah memakai kain ihram adalah
kebersihan. Tali pinggang dipakai kemas dan pastikan selesa sepanjang
perjalanan selama 8 jam ini.
Makan di dalam pesawat Saudi Airlines pun bagi aku OK. Lagipun aku tak
cerewet sangat mengenai makan asalkan tidak pedas. Nanti risau jugak kerap
ke tandas. Alhamdulillah, segalanya lancar. Sesekali ke toilet pesawat,
mungkin sebab agak sejuk walaupun dibalut dengan kain ihram. Sepanjang
perjalanan, masing-masing ada yang menonton video di InFlight Entertainment
yang disediakan dan ada juga yang membaca buku. Sebaik-baiknya berzikirlah
sebanyak mungkin. Allah memanggil untuk menjadi tetamunya yang Agung,
maka jangan lepaskan peluang untuk menyahutnya..

Lafaz Talbiah

Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Nimata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak

Erti bacaan talbiyah:

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang


menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan
yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu,
tidak ada sekutu bagi-Mu

Untuk yang mengerjakan Umrah dan turun ke Jeddah dahulu dari Malaysia,
niat ihramnya adalah di Qarnul Manazil. Anggaran 30 minit sebelum tibanya di
Jeddah. Ada lagi beberapa tempat miqat makani (tempat niat ihram). Semasa
perjalanan ini, 30 minit sebelum tiba miqat makani, kami dihidangkan dengan
makanan sekali lagi. Jadi, masing-masing terjaga dan bersedia untuk niat
ihram. Andai ada yang tidak berniat ihram di miqat makani, maka kenalah bayar
dam.

Lokasi Miqat Makani

1. Mekah: Orang Mekah hendaklah memakai ihram mulai di rumah sendiri.


2. Zulhulaifah (Bir Ali): Orang yang melalui dan datang dari Madinah.
3. Yalamlam: Orang yang datang dari Yaman dan melaluinya seperti India
dan Indonesia.
4. Qarnul Manazil: Orang yang datang dari sebelah Najd dan melaluinya
seperti Malaysia.
5. Zatul Irqin: Orang yang datang dari Iraq dan yang melaluinya.
6. Al Jahfah: Orang datang dari Mesir, Maghribi, Lubnan dan Syria.

Niat ihram : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya


kerana Allah Taala.
Sampai di Lapangan terbang Jeddah, pemeriksaan dilakukan dan keadaan
agak perlahan. Kami semua anggap ia dugaan awal yang Allah nak berikan
dan redha dengan yang berlaku. Kami sampai dalam maghrib di Jeddah dan
selepas itu solat jamak dan qasar untuk maghrib-isyak.

Jemaah kami terbahagi kepada dua, satu van seramai 17 orang akan ke
Pullman Zam Zam Grand dan satu bas lagi ke Hotel Mira Ajyad. Perjalanan dari
Jeddah ke Mekah mengambil masa dalam sejam lebih, bergantung kepada
trafik jalanraya. Di kala ini, hati sudah meronta-ronta bagaikan tidak
sabar untuk ke Masjidil Haram. Dalam hati sudah terbit perasaan syahdu bila
tibanya di Mekah.
Wakil dari Zahafiz Travel iaitu Haji Hashim dan Haji Adnan juga membantu
dalam menguruskan kami yang tiba. Check in ke bilik dan menghantar beg-beg
dan bersiap sedia untuk melakukan umrah.

Kami kena tunggu beg besar sampai kerana gunting disimpan didalamnya
untuk tujuan tahallul. Kemudian kami turun ke lobi dan menunggu jemaah lain
serta mutawif iaitu Ustaz Shamsul yang ditugaskan untuk mengiringi kami
menjalankan ibadah umrah kali pertama.

Aku membawa buku kecil Umrah dari Tabung Haji yang mak aku gunakan
sebelum ini kerana penting juga sekiranya kita terlupa. Kali pertama melihat
Kaabah, hati memang terasa sayu, syahdu, dan ketika itu terasa betapa diri ini
hanya insan yang kecil di dalam lautan manusia. Bacalah doa ketika masuk
masjid, ketika melihat Kaabah dan semua itu adalah pahala yang cukup besar.
100 ribu kali berganda pahala dengan apa sahaja kebaikan yang dilakukan
di Tanah Suci Mekah. Perbuatan, percakapan dan niat di dalam hati sudah
pasti kena jaga dengan baik. Aku lihat sekumpulan burung terbang
mengelilingi atas kaabah, pun dengan mengikut putaran tawaf. Terpaku
sebentar dengan apa yang dilihat depan mata. Subhanallah

Semasa dalam tawaf, sememangnya kena fokus dengan apa yang dilakukan.
Yang penting adalah kedudukan bahu kiri tidak terpusing dari menghala ke
Kaabah. 7 pusingan tawaf di lantai bawah aku anggarkan dalam 40-50 minit.
Selesai Tawaf Umrah, jemaah melakukan solat sunat tawaf. Orang agak ramai
dan mutawif membacakan doa sambil kami menghadap kaabah. Yang
diimpikan adalah kawasan Multazam yakni di antara dari bucu Hajarul Aswad
dan pintu Kaabah, inshaa Allah tiada hijab bila dipohon doa kepada Allah.
Seterusnya melakukan ibadah saie. Saie ialah berulangalik diantara Bukit Safa
dan Bukit Marwah. Jarak antara kedua bukit tersebut ialah lebih kurang 400
meter. Kelihatan juga lampu hijau dimana jemaah lelaki sunat berlari anak
diantara kedua lampu hijau tersebut. Nampak seperti mudah, tetapi ibadah
saie memerlukan kekuatan fizikalterutamanya kaki. Lantai yang sejuk dan
perjalanan saie ini membuatkan aku terasa lenguh juga di tapak kaki, peha dan
betis.

Syukur semuanya selesai dengan baik dan kami akhiri dengan bergunting
rambut. Syaratnya adalah menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya
3 helai (atau melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak
mempunyai rambut). Setelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah
yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya
(Tahallul).

Selepas selesai umrah, keluar sahaja dari Masjidil Haram, ada sahaja yang
menyapa untuk kita membotakkan rambut. Ramai pekerja di sana sudah
pandai bercakap Bahasa Melayu.

Botak licin.. Botak 4cm.. Botak 3cm.

Itulah yang mereka cakap. Dan untuk selesai umrah pertama, aku mesin
rambut dengan mata 4cm. Tak mahal, cuma 10 Riyal sahaja.

Selesai semuanya, kami berehat di hotel membersihkan diri serta update berita
kepada keluarga tentang keadaan semasa. Hari pertama yang cukup
bermakna, amat terlekat di dalam memori. Inshaa Allah akan aku kongsikan
lagi pengalaman-pengalaman yang dilalui ketika di Tanah Suci Mekah..

Tips dan Persediaan Umrah


Kisah dan Pengalaman Umrah Part 1
Kisah dan Pengalaman Umrah Part 2
Kisah dan Pengalaman Umrah Part 3
Kisah dan Pengalaman Umrah Part 4
Ziarah ke Madinah Al Munawwarah
Pengalaman di Hajarul Aswad, Multazam dan Hijr Ismail

Sambungan dari Kisah dan Pengalaman Umrah part 1.

Hari kedua, jadual jemaah adalah free and easy. Jadi ada masa untuk kami
berehat selepas menempuhi perjalanan yang panjang dan seterusnya
melakukan umrah yang pertama. Walaupun kami keletihan sedikit, tetapi masih
kuat azamnya, masih ada tenaganya di mana di dalam hati masing-masing
tidak mahu melepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata.

Subuh di Masjidilharam yang cukup indah. Bagi yang belum tahu, setiap waktu
selepas solat fardu, ada sahaja disusuli dengan Solat Sunat Jenazah.
Peringatan juga kepada kita yang masih ada.
Memang dari sebelum ini orang yang sudah ke tanah suci kota Mekah
mengatakan pelbagai perkara yang berlaku di sana. Dari itu, segala
perbuatan, percakapan lisan mahupun hati mestilah dijaga. Paling penting, kita
ketahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan contohnya di depan Kaabah.

Ada jemaah dari luar yang mempunyai fahaman dan amalan mereka yang
sedikit berlainan dengan kita di Malaysia. Tidak perlu keterlaluan. Ada yang
meratap-ratap depan kaabah,ada yang ambil kopiah atau serban dan sapu
ke kiswah (kelambu Kaabah), yang memanjat-manjat apatah lagi bertolak-
tolak. Dan yang paling aku ingat ada yang siap selfie bermonopod depan
kaabah lagi. Paling terkejut, mutawif kami Ustaz Ashraf mengatakan ada yang
sampai menjilat-jilat kiswah tersebut. Mashaa Allah!

Barulah aku tahu apa yang dimaksudkan pelbagai perkara yang berlaku itu.
Cuaca waktu subuh mencecah 31 darjah Celcius, tapi angin sejuk tiup dan tidak
terasa panas. Masa senggang yang ada, boleh melihat di sekitar Masjidil
Haram. Ada rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kini dijadikan
perpustakaan.

Makan tiada masalah besar sangat bagi kami kerana menu yang dihidangkan
pun boleh dimakan seperti nasi, kekacang, jus buahan segar, madu, kurma dan
pelbagai lagi. Restoran di Pullman Zam Zam Grand ini ada restoran yang
menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Di sinilah kaitannya
dengan pakej yang diambil samaada Fullboard makan atau seperti kami, ambil
sarapan sahaja.
KFC di Mekah. Aku tengok je dari hari ke sehari, tapi tak feel pulak nak makan
KFC situ. hehehe. Nak layan nasi arab dan kebab.
Di sini boleh pilih macam-macam makanan yang dijual di restoran-restoran,
siapkan duit sahaja.
Pada hari ketiga, kami ke Jaaranah.

Rombongan kami yang dikendalikan oleh Zahafiz Travel ini dibawa menaiki
bas dan melihat di sekitar kawasan di situ. Boleh melihat kawasan
bermalamnya Jemaah Haji di Mina. Ribuan khemah-khemah yang kini
dilengkapi dengan penghawa dingin.
Kemudian kami diberi masa selama setengah jam untuk menziarahi Jabal
Rahmah, tempat bertemunya Nabi Adam dan Siti Hawa. Mula-mula aku seperti
tidak confident je boleh naik bukit yang agak tinggi ini. Orang agak ramai dan
jalan untuk ke atas agak berliku-liku. Kami memanjat secara bersilang-silang
dan kurang gunakan tangga sebab ramai yang sedang naik dan turun.

Memang hampir 15 minit kami sudah berada di puncak Jabal Rahmah.


Di Jabal Rahmah pun kita tidak perlu meniru perbuatan jemaah lain yang tidak
betul. Tidak perlu tulis nama di batu untuk yang disayangi. Cukuplah kita berdoa
untuk kesejahteraan, kegembiraan dan keharmonian jodoh, ukhuwah keluarga,
rakan-rakan dan seluruh umat. Masa untuk turun Jabal Rahmah lebih mudah
cuma perlu hati-hati dengan batu-batu dan jemaah yang naik dari pelbagai
arah.
Miqat makani di Masjid Jaaranah.

Jemaah menukar kain ihram, berniat dan solat sunat ihram. Seterusnya
melakukan umrah. Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali, memang perlu
fokus dan kami pastikan tidak terpisah sesama lain. Kumpulan-kumpulan dari
pelbagai negara turut ada dan ada yang jenis berangkai lengan, mereka tetap
dengan kumpulan mereka dan tidak mahu berpisah. Cuma kita perlu pastikan
bahu kiri tidak lari atau terpusing dari menghala ke Kaabah apabila berlaga
bahu atau tertolak.
Pada umrah kedua ini, kaki aku amat terasa sakit dan lenguh. Kami saie di aras
Groundfloor, jadi agak menaik sedikit ketika di Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Sememangnya seperti rasa dari peha, betis dan tapak kaki cukup lenguh. Tapi
aku gagahkan juga. Habiskan juga saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.
Barulah di situ tahu bagaimana susahnya, betapa Siti Hajar yang berlari-lari
dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari air.

Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar


(lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke
Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie
(berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang
bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah
memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah: 158)
Kemudian apabila kami ingin pulang ke hotel untuk menukar pakaian, kelihatan
Hujan turun dengan agak lebat. Kali pertama melihatnya dan ramai juga sama-
sama melihat kebesaran Allah ini. Air dari Mizab atau pun Pancur Emas pun
jelas kelihatan. Subhanallah

Ya Allah, Jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat Amiiin

Kisah dan Pengalaman Umrah part 3


JUNE 21, 2015 BY: KID15 COMMENTS

Pengalaman melihat hujan turun di Mekah memang cukup bermakna pada


kami, ada dirakamkan video di Kisah dan Pengalaman Umrah part 2.

Setelah selesai umrah kedua, kami berehat di bilik sambil menyapu ubat gosok
bagi menghilangkan lenguh-lenguh di kaki. Makan dan minum kami bebas di
sini, sebab tu kami ambil pakej breakfast sahaja. Lunch dan dinner boleh pilih
kedai mana nak makan.

Biasanya pilihan kami nasi dan ayam, kalau nak kuah boleh ambil gulai ayam
12 riyal. Air buah di sini memang fresh, sekitar 5-8 riyal. Puas hati, tapi air
zamzam pun memang kena teguk setiap hari dan setiap kali keluar masuk
masjidilharam.
Seterusnya hari berikutnya ziarah ke Hudaibiah. Kami dibawa singgah ke
Muzium Haramain yang banyak menempatkan sejarah Mekah. Ada model
bangunan di sekitar Mekah, kiswah, tiang kaabah, pintu kaabah yang lama,
pancur emas dan pelbagai lagi gambar-gambar yang dipamerkan.
Cebisan Kiswah
Model bandar Mekah
Pancur emas
Pintu Kaabah Lama
Sarung Perak Hajarul Aswad
Rim Telaga zamzam
Gambarajah dalam Kaabah

Memang banyak maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Muzium


Haramain ini. Setakat ini, hanya dapat melihat Gambar Dalam Kaabah dan
mereka amat bertuah berada di dalamnya.

Kemudian, driver kami bertanya sama ada mahu ke ladang unta?


Alhamdulillah, kami singgah sebentar untuk melihat sendiri kaum Arab Badawi
yang menggembala unta dan memerah susu untuk dijual.
Arab badawi

Ustaz Asyraf suruh aku naik atas unta itu, mula-mula risau jugak takut
tertonggeng. Tapi jadilah untuk gambar kenangan. Alhamdulillah dapat juga
menunggang unta di ladang itu. Aku cuma bayangkan mereka yang terdahulu
menaiki unta di tengah panas untuk ke satu-satu tempat.
Jom tengok jap aku minum air susu unta. Fresh terus lepas diperah. Minum
susu unta sahaja, kencing unta tak minum.

Ada beli dalam 3 botol susu unta ini, sebotol cuma 5 riyal. Di hotel kami ada
fridge sebab itu mudah untuk disimpan. Segar. Khasiatnya diberitahu untuk
mencuci usus dan memang baik untuk pencernaan. Di sini, dalam hati aku ingin
merasa daging unta. Mungkin briyani unta..

Seterusnya kami ke Masjid Hudaibiah. Kami salin kepada kain ihram, solat dan
niat miqat makani di Masjid Hudaibiah.
Masjid Hudaibiah

Kemudian, kami melakukan umrah sekali lagi dan seperti biasa ayah dan adik
ipar menemani sehingga akhir.
Lenguh kaki amat terasa lagi pabila melakukan saie. Kali ini ada berhenti sekali
di tepi pada pusingan kelima dan berehat sebentar sebelum menghabiskan
tujuh pusingan saie. Aku lihat ayah gigih melakukannya, risau juga sebab aku
pun letih. Alhamdulillah, selesai umrah ketiga.

Di masa senggang, kami ke beberapa kedai dan mencari pewangi. Memang


cukup banyak jenis dan kami beli beberapa dozen perfume untuk ole-ole.
Kedai Minyak Wangi

Nak dijadikan cerita, pada waktu solat di Masjidil Haram, aku ternampak
kelibat seorang perempuan masih ke hulu ke hilir mencari kerusi lipat untuk
mengerjakan solat. Sebab pada hari itu cukup ramai orang yang masuk ke
Mekah dan mungkin juga kerus lipat habis digunakan. Dari situ aku terdetik
untuk membuka satu peluang kepada keluarga dan rakan-rakan yang berada
di Malaysia untuk turut sama berkongsi saham kubur dan akhirat.
Tidak disangka-sangka, bagai menderu ramai yang menghantar mesej di
Facebook dan juga Whatsapp. Mujurlah aku memang dah aktifkan kad debit
Maybank bagi urusan antarabangsa, memang mudahkan kerja. Aku
terpaksa pecah ke beberapa akaun agar pihak bank tidak freeze kan berikutan
transaksi yang berkali-kali dalam beberapa hari.

Dari rakan sekolah, dari keluarga jauh, dari mereka yang aku sendiri pun tidak
kenal dan jumpa.. Tapi Allah gerakkan hati-hati mereka untuk turut sama dalam
menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada ummat di Tanah yang
barokah ini. Alhamdulillah, lebih 8 ribu Saudi Riyal berjaya dikumpul dan kami
membeli kerusi-kerusi lipat ini dan seterusnya diletakkan di dalam Masjidil
Haram.

Sehingga hari ahad minggu itu, aku buka untuk sesiapa sahaja yang ingin
menyumbangkan waqaf untuk kerusi lipat. Mungkin juga ada yang gaji hujung
bulan, maka berbondong-bondonglah mereka yang menginfaqkannya.
Syukur, semuanya selesai dan aku pastikan mereka sudah menghantar
kerusi-kerusi itu ke dalam Masjidil Haram.

Waqaf Lil Haram

Aku sendiri pabila terasa penat ketika saie, kemudian dapat duduk sebentar di
kerusi lepat. Mashaa Allah, lega sungguh rasanya! Apatah lagi mereka yang
datang dari seluruh pelusuh dunia. Bahagian bawah jika masuk King Fahd
escalator Gate mungkin kurang pada masa itu dan alhamdulillah aku lihat
kerusi-kerusi digunakan sebaiknya. Ustaz Asyraf Suarin juga berjaya
mengumpulkan sejumlah ribuan riyal dari kumpulan-kumpulan usrahnya. Moga
usaha yang kecil ini dapat memberi ganjaran kepada semua.

Waktu senggang di dalam Masjidil Haram

Waktu senggang di antara maghrib dan isyak, ada kelihatan beberapa


kelompok yang membuat tazkirah atau kuliah. Masing-masing mendengar
dengan khusyuk. Dan ada sebahagian lagi di beberapa tempat, jemaah
menghidangkan makanan ringan seperti roti pita, kurma, buah-buahan dan
minuman panas. Memang kami kena hulur oleh mereka dan setelah beberapa
kali, aku pun terima untuk makan dan minum. Memang satu pemandangan
biasa di mana mereka berlumba-lumba untuk berkongsi rezeki walaupun
tidak kenal siapa anda. Begitu besar pahala berganda-ganda bagi mereka yang
solat dan melakukan kebaikan di dalam Masjidil Haram.

Kemudian, kami berehat dan waktu yang senggang sesekali ke Safwa Tower
selain berjalan-jalan di dalam Clock Tower.

Nantikan sambungan kisah seterusnya

Tips dan Persediaan Umrah


Kisah dan Pengalaman Umrah Part 1
Kisah dan Pengalaman Umrah Part 2
Kisah dan Pengalaman Umrah Part 3
Kisah dan Pengalaman Umrah Part 4
Ziarah ke Madinah Al Munawwarah
Pengalaman di Hajarul Aswad, Multazam dan Hijr Ismail

Anda mungkin juga menyukai