Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum WBT.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Syukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat yang telah Engkau kurniakan.

Tiada daya dan kekuatan melain dengan Engkau Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Allah akbar!

Malam akhir di bumi Mekah & Madinah setelah 45 hari bermusafir dalam perjalanan kerja haji & umrah
kali ini.

Alhamdulillah selesai sudah kerja haji ini namun perjalanan mendapat kemabruhan tidak terhenti disini.

Sepertimana tagline pihak Tabung Haji (TH) yang penuh makna tersirat.

𝐻𝑎𝑑𝑖𝑟𝑘𝑢 𝑆𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝐷ℎ𝑢𝑦𝑢𝑓𝑢𝑟𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑛, 𝐾𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑖𝑘𝑢 𝐷𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎𝑏𝑟𝑢𝑟𝑎𝑛.

Suatu pengalaman yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Syukran ya Allah kerana menjemput diriku ini.

Apa yang boleh saya gambarkan.

𝐼𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ 𝐻𝑎𝑗𝑖 𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑛𝑔𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔 𝐻𝑎𝑟𝑖 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑘.

𝐴𝑟𝑎𝑓𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑒𝑟𝑡𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛𝑎𝑛.

𝑀𝑢𝑧𝑑𝑎𝑙𝑖𝑓𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑒𝑟𝑡𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛.

𝑀𝑖𝑛𝑎 𝑝𝑢𝑙𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑒𝑟𝑡𝑖 𝑘𝑒𝑠𝑦𝑢𝑘𝑢𝑟𝑎𝑛.

Sedikit perkongsian secebis pengalaman perjalanan kerja Haji 1443H bagi jemaah muaasasah TH.

𝟖 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐣𝐣𝐚𝐡

Jemaah Haji (JH) berniat ihram Haji di hotel sebelum bergerak ke Masyair (Arafah,Mudzalifah & Mina).

*bagi yang melakukan Haji Tamattuq

𝟗 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐣𝐣𝐚𝐡

Kerja Haji di Masyair bermula setelah tergelincirnya matahari (Zohor) iaitu menandakan masuknya
waktu berWuquf di Arafah sehinggalah terbenamnya matahari (Magrib) pada hari tersebut.

Inilah waktu yang ditunggu tunggu oleh semua JH.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

𝘏𝘢𝘫𝘪 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘈𝘳𝘢𝘧𝘢𝘩,.. (𝘏𝘙. 𝘛𝘪𝘳𝘮𝘪𝘻𝘪)

Setelah itu JH akan bergerak ke Mudzalifah untuk bermabit (berada seketika) disana sehingga tengah
malam (melepasi 11:45 mlm).

𝟏𝟎 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐣𝐣𝐚𝐡
Sekitar pada tengah mlm / awal pagi, JH akan mula bergerak pula ke Mina. Sesudah sampai di
perkhemahan Mina, JH akan berehat dan menyiapkan diri untuk melontar di Jamrah Aqabah. Masa yang
diperuntukan oleh pihak Muaasasah Saudi bagi JH Malaysia adalah selepas waktu Magrib pada hari
tersebut.

Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah, Tahallul Awwal (bergunting/cukur) boleh dilakukan dan
menandakan JH telah bebas 10/13 pantang larang berihram*.

𝟏𝟏,𝟏𝟐&𝟏𝟑 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐣𝐣𝐚𝐡

JH bermalam di Mina dan melakukan lontaran bagi ke tiga - tiga Jamrah iaitu Ula, Wusta & Aqabah.

*Kiraan kasar perjalanan setiap kali melontar adalah 10km.

Terdapat sebahagian JH yang melakukan Nafar Awal dengan meninggalkan Mina setelah melontar ke
tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah dan terdapat juga yang melakukan Nafar Thani dengan melengkapkan
lontaran sehingga 13 Zulhijjah baru meninggalkan bumi Mina.

Seterusnya Tawaf & Saie Haji dilakukan bagi melengkapkan kerja haji bagi setiap JH.

Dengan selesainya Tawaf & Saie Haji tersebut, maka lengkapkah sudah perjalanan kerja haji. Semoga
Allah menerima ibadah kita.

—————————

Pengalaman menjadi sukarelawan Sahabat Maktab juga banyak mengajar diri ini tentang keiklasan,
ukhwah dan keupayaan diri sendiri. Terima kasih di atas peluang dan ruang yang diterima serta yang
telah diberikan.

Saya pautkan sedikit bingkisan gambar yang sempat dipotretkan semasa perjalanan haji & umrah ini
buat tatapan ingatan untuk sanak saudara dan sahabat handai.

Semoga kita dalam lindungan Nya dan dijemput ke bumi Haramai ini lagi. InsyaAllah.

Akhir coretan, setinggi penghargaan terima kasih buat pengurusan Tabung Haji khususnya Petugas Haji
yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh profesional.

Sampai jumpa lagi.

Jazakallahu Khairan.

Haji

Ibadah ini memang memenatkan.

Ibadah ini memerlukan kesabaran.

Ibadah ini sangat menguji ketaqwaan.

Ibadah ini banyak pergerakan fizikal dan perlu disertai dengan kekuatan hati.

Ibadah ini terselit pengorbanan yang sangat besar. Hayati sirah Nabi Ibrahim as saat meninggalkan isteri
dan anak kesayangan di Bumi Makkah yang tandus dan sunyi.
Ibadah ini memerlukan ilmu. Setahun belajar belum cukup untuk memahami perjalanan ibadah ini.

Kebanyakan kita malas belajar.

Ramai di kalangan kita hanya buat kerana ikut² kawan.

Ada yang bergantung dengan orang lain, bukan dengan Allah.

Berusahalah untuk beribadah dengan ilmu dan dengannya kita mampu menyampaikan ilmu tersebut
kepada orang lain pula. Mana tahu, ilmu yang kita anggap tidak seberapa menjadi bonus buat kita di
alam sana.

Satu wuduk ke satu wuduk, menghapuskan dosa. Usah gelisah, payahnya nak ke tempat wuduk yang
kita tak tahu letaknya di mana.

Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa. Boleh perbanyakkan umrah, tapi jangan lupa jaga
kesihatan kerana kita akan mengerjakan ibadah haji, yang lebih banyak pergerakan terutama di Mina.

Bersama santuni dhuyufurrahman.

Anda mungkin juga menyukai