Anda di halaman 1dari 14

Jangan bersusah payah untuk bepergian, kecuali di tiga masjid ini;

Masjidil Haram
Masjid Nabawi
Masjidil Aqsa
Umrah DIY atau Umrah Persendirian ni objektif nya ikut individu.
Ada yg nak murah
Ada yg nak selesa
Ada yg nak lama
Ada yg nak free & easy
Ada yg selesa dgn mutawif A, ada yg terkesan dgn penyampaian mutawif B so pilihlah yg mana ikut
kesesuaian..
It's up to everyone's
ASALKAN TIDAK MELANGGAR UNDANG2 KSA
Konsep yg sama mcm kita pergi travel tempat2 lain tu cuma bezanya yg ni kita bukan pergi
melancong tp pergi beribadah. Persediaan kerohanian sgt perlu sebagai bekalan menjadi
tetamu Allah.
Umrah Persendirian ni mmg semua kene uruskan sndr kecuali visa umrah mmg kene melalui Travel
Agent.
Selebihnya semua kita buat sndr termasuk lah beli ticket, booking hotel, arrange transport & makanan
selama berada disana, pendek cerita semua lah kecuali bawak kapal terbang, drive bus/taxi kt Makkah
& Madinah..
Pada Anna, jika kita boleh melancong sendiri ke negara2 lain, kita search macam2 info bila nak pegi.
Google tempat mana best, transport nak sewa mcm mana or nak naik apa. Cari tiket flight sndr..
Kenapa tidak ke Makkah & Madinah, kenapa tidak ditempat bermula nya sejarah, asal usul kita,
agama kita.
Perkara yg paling utama adalah mendidik hati untuk MELETAKKAN TAHAP KEBERGANTUNGAN PADA
ALLAH AZZA WA JALLA DI TEMPAT YG PALING TINGGI SETELAH KITA BERUSAHA & BERDOA.
Dan ibadah2 kita serta keberjayaan kita ber Umrah diy, moga tidak menjadi asbab jauhnya kita dgn
Tuhan malah mendekatkan kita pada yg Khaliq. Kerana yg memudahkan juga adlh DIA.
Bila ada yg mohon bantuan info, bertanya & baru bermula dari bawah, bantu semampu yg boleh.
Letakkan kita pada tempat mereka, kita adlh mereka satu ketika dulu yg tercari2 info, yg masih
belajar utk ber Umrah diy. Dan kita akan sentiasa sama2 belajar walaupun bukan kali pertama Umrah
diy.
Ukhwah fillah

Mula2 sekali kalau nak pilih tarikh, elakkan peak season utk elak ramai & rate hotel mahal.
Dan pastikan visa umrah boleh dikeluarkan pada tarikh yg kita pilih (bukan musim haji)
Salah satu peak season, cuti sekolah kat Saudi.
#CutiArab

Lepas tu, pastikan kita nak turun mana dulu. Madinah atau Makkah. Lepas dah decide tu, blh survey2
and beli tiket.
Tiket flight blh cuba beli dari wego.com, Google Flight, Skyscanner dan Kayak atau third party /
search engine yg lain biasanya cheaper, insyaAllah.
Sbb diorg dpt komisen dari syarikat penerbangan jika tiket terjual. Peratusan komisen jadi peranan
utk merendahkan harga tiket. Ramai yg terkejut bila dpt harga tiket lg murah dr yg ditawarkan dlm
web rasmi penerbangan... Mmg itu permainan dia :)
Anna pernah beli guna melalui wego.com dan lain2 third party seperti budget air, mytrip, tripsta,
bravo tp blh jgk check direct website airlines, sometimes they do have better offer.

Then bila dh beli ticket, blh start uruskan documents yg perlu utk visa & survey hotel.
Documents for visa;
Sijil nikah (jika bawa isteri 45 tahun ke bawah) dptkan pengesahan:
- Pejabat Agama
- Wisma Putra
Sijil lahir anak2 (jika bawa anak2) dptkan pengesahan:
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Wisma Putra
Submit pada TA untuk urusan visa bersama;
- gambar visa umrah (background putih) 4keping
- buku suntikan umrah
- passport original
- details of flight and hotel booking

WANITA BAWAH 45 TAHUN/LELAKI BAWAH 18 TAHUN:


PERGI BERSAMA MAHRAM
- Salinan sijil nikah bagi wanita yg sudah berkahwin.
(Cop pengesahan Pejabat Agama & Wisma Putra)
- Bagi wanita bawah 45 tahun & lelaki bawah 18 tahun bermahramkan bapa. Salinan Sijil lahir.
(Cop pengesahan JPN & Wisma Putra)
- Bagi wanita yg bermahramkan adik-beradik lelaki kandung;
**Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-duanya.
(Cop pengesahan JPN & Wisma Putra)
**LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik-beradik kandung/suami/bapa saudara sebelah bapa.
(Cop dari PESURUHJAYA SUMPAH & Wisma Putra)
**Kebenaran abang @ adik lelaki (18 tahun ke atas). Salinan Sijil Lahir adik-beradik kandung.
(Cop pengesahan JPN & Wisma Putra)
serta kad pengenalan ibu ATAU
**Kebenaran suami. Salinan Sijil Nikah.
(Cop pengesahan Pejabat Agama & Wisma Putra)
serta kad pengenalan suami
**Jika bapa kandung meninggal dunia, perlu surat mati.
(Cop pengesahan JPN & Wisma Putra)
- Bagi wanita yg bermahramkan anak lelaki. Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut.
(Cop pengesahan JPN & Wisma Putra)

Utk pengesahan salinan sijil lahir & sijil nikah setelah disahkan oleh JPN & Pejabat Agama;
Wisma Putra,
Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

HOTEL
Boleh check di Agoda, Booking website. Blh juga check kat HotelsCombined utk compare rate. Agoda
apps biasanya lebih murah dr website. Jgn lupa jg check dgn direct hotel website mungkin hotel ada
offer lbh murah.
Dari Agoda & Booking website boleh booking hotel yg FREE CANCELATION and PAY LATER, so bila
rate lebih murah blh book dgn rate yg lebih rendah, then cancel booking yg lama. Book yg baru dulu
baru cancel yg lama, takut nnt dgr guruh dilangit air ditempayan dicurah, sudahnya yg dikejar x dpt
yg dikendong tercicir..
MORE DISCOUNT OPTIONS
Citibank 10% off expedia Expedia.com.my/citibank
RHB 5-7% off Agoda http://www.agoda.com/rhb
UOB 5-7% off Agoda http://www.agoda.com/uobmy
ALTERNATIVE HOTEL (BUDGET)
http://www.kabarmakkah.com/2015/02/alternatif-hotel-hotel-murah-di-mekkah.html?m=1
HOTELS NEAR HARAM sebagai gambaran & panduan.
Anna download video ni dari YouTube sbb nk tgk ulang kali kedudukan hotel. Download guna apps
TubeMate (klo dari tab android) and download guna kaedah letak ss pada alamat URL video tu (klo
dari pc) contohnya
http://ssyoutu.be/vNyrLt7Or-c then tekan ENTER
http://youtu.be/vNyrLt7Or-c

HOTEL NEAR HARAM


http://youtu.be/vNyrLt7Or-c

Hotel @ clock tower, Makkah;

- Pullman Zam Zam


- Raffles Makkah Palace
- Al Marwah Reyhaan Rotana
- Royal Clock Tower Fairmont
- Movenpick Hotel
- Retaj Al Bayt
- Swissotel
- Safwah Royal Orchid
- Royal Dar Al Eiman

Hotel Madinah yg dkt dgn pintu 25 (gate wanita);


(ada food court juga berdekatan)

- Hotel Dar Al Taqwa (turun lift, kuar hotel je terus gate 25) masyaAllah
- Hotel Al Andalus Suites
- Al Ansar Golden Hotel
- Al Fayroz Shatta Hotel
- Dallah Taibah Hotel

TRANSPORT / Taxi Range


Madinah Airport - Madinah Hotel : 50sar - 70sar
Jeddah Airport Terminal Hajj - South Terminal : 150sar - 200sar
Jeddah Airport - Makkah : 200-250sar (car)
Makkah - Madinah : 400-500sar (car)
Madinah - Makkah : 600sar (gmc)
Makkah - Jeddah Airport : 300sar (gmc)
Makkah - Tanaim (return) : 50sar (car)

KURSUS UMRAH
Hadiri kursus2 umrah percuma anjuran Tabung Haji.
Kalau blh, attend lebih dari sekali utk kita faham betul2. Belajar agama ni kene berguru. Utk elakkan
khilaf pd ibadah kita nnt.
Macam kat Masjid Besi, kursus ada setiap Sabtu pagi. Check dgn Tabung Haji tentang jadual kursus.
Tabung Haji juga mengadakan kursus umrah di Cawangan Kelana Jaya dan Jalan Tun Razak.
Boleh juga hadiri kursus2 umrah yg disediakan oleh mana2 cawangan Andalusia.

MUTAWIF
Blh dptkan service mutawif bila kita umrah secara persendirian. Lg ramai group kita yg pergi, lg
murah kos sbb kita share bayar. Tp ada jgk yg x ambik mutawif especially yg dh pergi bnyk kali.
Mutawif rate per ziarah trip sbg rujukan;
Mutawif Umrah - sar250
Mutawif Ziarah Makkah (Manasik) - sar200
Mutawif Ziarah Makkah (Hudaibiyah) - sar250
Mutawif Ziarah Madinah - sar200

**ziarah Thaif biasanya sar200-180 per person includes transport, mutawif & makan.
minimum 10pax.

HARGA SUNTIKAN UMRAH, PASSPORT & VISA


Passport :
RM200 (5 tahun, dewasa)
RM100 (5 tahun, kanak2)
Suntikan Umrah : Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
RM150 (tempoh 2 tahun)
*anak bawah 2 tahun x perlu
Visa :
RM350 (normal season)
RM450 (Ramadhan)

INSURANS
http://www.eikhlas.com.my/services/available-online/ikhlas-kembara-takaful
ikhlas takaful online - discount 25%
Dewasa - RM 25
Kanak2 - RM 12.50
Blh juga apply takaful ikhlas kembara melalui Myeg. Call agen Myeg yg berdekatan, agen akan
whatsapp yuran yg dikenakan.
Murah je utk 10 hari umrah, 4 dewasa dan 1 kanak2 dlm rm135.00. Bayar via internet banking. Then
agen akan email polisi pd kita.
Mcm kita renew insurance kete dgn Myeg juga kaedahnya lebih kurang :)

PESAKIT BUAH PINGGANG & RAWATAN DIALYSIS


pesakit buah pinggang dgn rawatan dialysis :
- bawa surat dr doctor menyatakan detail penyakit dan ubat apa digunakan, berapa kali seminggu
perlu rawatan
- sampai Madinah / Makkah perlu ke hospital dptkan appointment / giliran
- kos rawatan free / government (Hospital King Malik Fahd Madinah & Hospital Abdul Aziz Makkah)

***jika tidak ambik giliran / buat appointment takut full


Hospital Malik Fahd, Madinah
Naik taxi dari Taiba Arac Suites hotel Madinah ke hospital, 20 riyal. Kami naik Innova, 35-40 riyal.
Dlm 10-15minit perjalanan.

Banyak lagi yg ingin dikongsikan tapi mungkin tak sempat untuk dikongsikan semuanya di sini.
InsyaAllah akan cuba usahakan sesuatu yg lebih detail sebagai rujukan bersama especially on the
contact and arrangement.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Anna di telegram @FarhanaSairuji


Atau boleh email ke farhana.sairuji@yahoo.com

Jaafaria Souq (MAKKAH)


Sape nak membeli beli souvenir or jubah murah blh ke sini
Naik taxi dari Haram area ke sini sar15 - sar20
- Jubah lelaki dewasa cantik kemas blh dpt harga sar45.
- Jubah budak kecik blh dpt sar10.
- Fridge magnet / keychain blh dpt 7pcs sar20.

Nasi Unta (MAKKAH)


Sape nak try nnt blh ke sini, Jalan Aziziyah
Naik taxi sar15-sar20
Satu hidangan sar45 (big portion, boleh makan 4-5 orang)

Rombongan ke Hospital Malik Fahd, Madinah (menghantar jemaah utk rawatan dialysis)

MASJID NABAWI, MADINAH

Di kawasan Masjid Nabawi, Madinah ada tiga dewan yg boleh dilawati;


1. Gate 5: Museum Quran.
2. Gate 11: The Exhibition of Mohammad, the Messenger of ALLAH pbuh.
3. Gate 13: The beautiful names of ALLAH. Asma ulhusna.
4. Pasar kurma 200m dr gate 6.

Thaif

Makkah Al Mukarramah

Anda mungkin juga menyukai