Anda di halaman 1dari 4

1.

APLIKASI

4.1 MUAMALAT
Kaedah ‘al umur bi maqasadiha juga dipraktikkan dalam fiqh muamalat yang
merangkumi ekonomi Islam dan perbankan syariah. Antara cabang-cabang muamalat
yang menggunakan kaedah ini adalah seperti transaksi ekonomi, dhaman (ganti rugi),
wakalah dan amanah.

4.1.1 Rahn niat hilah


Gadaian atau rahn adalah sebuah akad yang bertujuan untuk mendapatkan
kepastian dan jaminan hutang. Tujuan gadaian atau rahn adalah bukan untuk
menumbuhkan harta atau mendapatkan keuntungan, sebaliknya hanya untuk
menjamin atau memastikan pembayaran hutang.

Justeru, orang yang memberi hutang tidak dibenarkan untuk mengambil


manfaat atas barang yang digadaikan walaupun diberikan keizinan oleh orang yang
berhutang. Ilustrasi boleh dilihat seperti dalam keadaan berikut:-

Aisyah memerlukan wang sebanyak RM2,000.00. Aisyah meminta


pertolongan Bedah untuk meminjamkan wang. Aisyah menggadaikan gelang
emas sebagai cagaran kepada RM2,000.00 yang dipinjam. Bedah setuju untuk
meminjamkan wang RM2,000.00 dengan syarat gelang emas tersebut boleh
digunakan oleh Bedah untuk keperluan harian. Aisyah bersetuju dengan syarat
yang diberikan oleh Bedah.

Berdasarkan situasi di atas, terdapatnya persetujuan gadaian antara Aisyah


dan Bedah di mana Aisyah bersetuju untuk menggadaikan gelang emas beliau
kepada Bedah sebagai jaminan kepada wang yang dipinjam beliau daripada Bedah.
Walaubagaimanapun, Bedah mengenakan syarat kepada Aisyah di mana Bedah
mendapat keuntungan atas gadaian tersebut iaitu Bedah dapat menggunakan gelang
emas tersebut untuk keperluan harian.

Hal ini menjadikan transaksi antara Aisyah dan Bedah tidak sesuai dan/atau
bertentangan dengan tujuan gadaian kerana tujuan penggunaan gelang emas
tersebut sebagai cagaran adalah untuk mendapatkan keuntungan, dan bukan
semata-mata untuk memastikan dan/atau menjamin pembayaran semula wang.
Kewujudan niat untuk menggunakan gelang emas tersebut untuk mendapatkan
keuntungan boleh dikaitkan dengan kaedah ‫العـبرة فـي الـعــقود للمقــاســد والمعــاني أل لأللفـــاظ‬
‫ والمعـــانـي‬iaitu "Yang diambilkira dalam masalah aqad atau kontrak ialah tujuan dan
matlamatnya, bukan berdasarkan lafaz dan kalimahnya". Hal ini boleh disimpulkan
bahawa kedua-dua mereka berniat untuk melanggar salah satu prinsip gadaian iaitu
mendapatkan manfaat daripada barag gadaian.

Majoriti fuqaha berpendapat bahawa pemanfaatan barang gadaian tersebut


adalah dilarang. Hal ini kerana pemanfaatan barang gadaian adalah satu cara atau
hilah untuk mengesahkan (“legitimate”) dan/atau menghalalkan riba.

4.1.2 Akad Hibah untuk menghindari zakat


Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan merupakan salah satu punca
asas bagi menegakkan syariat Islam. Justeru, umat Islam yang telah cukup syarat-
syarat zakat adalah berkewajipan untuk menunaikan zakat.

Seseorang dikatakan sebagai muzakki iaitu telah wajib untuk membayar zakat
sekiranya beliau (i) mempunyai kekayaan dengan pemilikan sempurna, (ii) hartanya
berkembang, (iii) mencapai nisab, (iv) memenuhi keperluan asas, (v) bebas dari
hutang dan (vi) harta tersebut telah dimiliki selama satu tahun penuh (haul).

Walaubagaimanapun, kewajipan membayar zakat seringkali diubahsuai


dengan cara melakukakan sesuatu yang sah di sisi syarak, tetapi bertentangan
dengan semangat dan hikmah zakat. Ilustrasi boleh dilihat seperti dalam keadaan
berikut:-

Abu mempunyai beberapa jenis harta simpanan yang dapat dikategorikan


sebagai emas dan perak seperti wang simpanan, cek saham atau surat
berharga. Nisab dan zakatnya sama dengan ketentuan emas dan perak.
Sekiranya segala bentuk harta simpanan Abu jumlahnya melebihi atau sama
dengan nisab harga emas, maka diwajibkan untuk membayar zakat. Sebulan
sebelum cukup setahun, Abu dengan sengaja menghibahkan 80% hartanya
kepada Siti. Justeru, harta kekayaan Abu tidak mencapai nisab harga emas.
Oleh itu, walaupun harta Abu mencapai satu haul, tetapi kekayaan beliau tidak
mencapai nisab kerana Abu dengan sengaja telah menghibahkan hartanya
kepada Siti.

Tindakan Abu dalam menghibahkan harta simpanan beliau bagi mengelakkan


bayaran zakat dikenali sebagai praktik hilah. Al-Hilah atau secara jamaknya al-hiyal
bermaksud satu tipu daya, kecerdikan, muslihat atau alasan bagi melepaskan diri dari
sesuatu tanggungjawab atau beban. Menurut al-Syatibi, al-hilah adalah melakukan
sesuatu perbuatan yang pada dasarnya dibolehkan dengan tujuan untuk
membatalkan hukum syarak yang lain.

Berdasarkan ilustrasi di atas, tindakan Abu menghibahkan hartanya kepada Siti


bagi tujuan untuk mengurangkan nisab kekayaannya merupakan satu tindakan yang
sah, walau bagaimanapun, tindakan tersebut pada asanya adalah kontraproduktif
kerana secara sengaja mengelakkan tanggungjawab membayar zakat.

Fuqaha’ berpendapat bahawa niat menghibahkan harta bagi tunjuan untuk


membebaskan diri daripada kewajiban membayar zakat adalah merupakan hilah yang
dilarang kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan hikmah zakat. Oleh itu, niat
menghibahkan harta bagi mengelakkan bayaran zakat adalah selari dengan kaedah
‘al-umuru bi maqasadiha.

Sebaliknya, sekiranya perbuatan hibah tersebut tidak didorong dengan niat


untuk menghindarkan kewajiban membayar zakat, maka tindakan hibah tersebut
adalah sah secara hukum fiqhnya.

4.1.3 Penggunaan Bank Konvensional

Sekiranya seseorang menabung di Bank Konvensional dengan tujuan atau niat


untuk menyimpan wang kerana tiada bank syariah di daerahnya, maka dibolehkan
untuk menyimpan wang di bank konvensional kerana keadaan darurat ketiadaan bank
syariah. Hal ini selari dengan kaedah ‫العـبرة فـي الـعــقود للمقــاســد والمعــاني أل لأللفـــاظ والمعـــانـي‬
iaitu "Yang diambilkira dalam masalah aqad atau kontrak ialah tujuan dan
matlamatnya, bukan berdasarkan lafaz dan kalimahnya".

Walaubagaimanapun, sekiranya tujuan penyimpanan wang di bank


konvensional adalah diniatkan untuk memperoleh bunga atau memakmurkan bank
konvensional, maka hukumnya adalah haram.

Anda mungkin juga menyukai