Anda di halaman 1dari 20

MUKADIMAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan, seta perlindungan-Nya. Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
swt. Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan
sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya, dapat diberi
keizinan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam mengumpul bahan bahan dan
maklumat untuk di jadikan teras penulisan ini terutamanya kepada pensyarah kursus Pengantar
Syariah, Ustaz Mohd Taqiuddin bin Arosdiee yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar
agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna.

Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu "Qazaf", skop penulisan ini berkisarkan
tentang salah satu tajuk dalam kursus ini iaitu merangkumi definisi, dalil berdasarkan al-Quran
dan hadith, sejarah qazaf, rukun yang ada dalam qazaf, hukuman terhadap kesalahan qazaf,
hukuman qazaf, dan sebagainya. Segala penulisan ini berlandaskan kajian dan pembacaan dalam
sumber, nas dan dalil yang sahih.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini, dapat memberi
manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca.

1
1.0 PENDAHULUAN

Bermula sejak zaman Rasulullah lagi, isu berkaitan tuduhan zina telah muncul. Jika kita telusuri
sirah baginda Nabi Muhammad SAW, maka kita akan dapati bahawa isu tuduhan zina atau lebih
dikenali sebagai qazaf ini sangat rapat kepada baginda Nabi kerana terdapat satu peristiwa al-ifki
yang melibatkan salah seorang isteri Rasulullah SAW iaitu, Saidatina Aisyah RA.

Diceritakan peristiwa al-ifki ini berlaku pada tahun keenam hijrah setelah tamatnya perang Bani
Mustoliq. Ianya merupakan satu peristiwa di mana orang-orang munafik menuduh Aisyah RA
melakukan zina dengan seorang sahabat yang Bernama Safwan bin Mu'attol RA. Perkara ini
telah menimbulkan kacau bilau dalam masyarakat di Madinah ketika itu. Ada di antara sahabat
yang tidak mempercayai berita itu. Ada juga tidak mengeluarkan apa-apa pendirian dan ada juga
yang percaya bahawa Aisyah RA benar-benar berzina Bersama Safwan bin Mu'attol RA.
Diantara sahabat yang mempercayai berita ini dan terlibat dalam penyebaran ialah Mistoh bin
Uthathat, Hammanah binti Jahsyi dan Hasan bin Thabit. Keadaan ini berlarutan sehingga sebulan
lamanya dan wahyu tertahan tidak turun. Sehinggalah kemudiannya Allah menurunkan ayat ke
11 daripada surah An-Nur yang membebaskan Aisyah daripada tuduhan jahat kaum munafik.

Apabila kita telusuri satu persatu ayat daripada Surah Al-Nur kita akan dapati bahawa Al-Quran
memberikan saranan dan cara bagaimana menghadapi fitnah yang sedang melanda. Saranan-
saranan ini datang sejurus selepas Allah membebaskan Saidatina Aisyah daripada tuduhan zina
bersama Sofwan Bin Mu’attol pada ayat yang ke 11. Antara saranan tersebut ialah :

Pertama : Sentiasa bersangka baik dengan orang mukmin. Ini dapat dilihat melalui firman Allah
SWT :

۟
ٌ ْ‫ت بَِأن ُف ِس ِه ْم َخْيًرا َوقَالُوا َهـٰ َذآ ِإف‬
ٌ ِ‫ك ُّمب‬
‫ني‬ ِ ِ ِ
ُ ٰ‫لَّْوآَل ِإ ْذ مَس ْعتُ ُموهُ ظَ َّن ٱلْ ُمْؤ منُو َن َوٱلْ ُمْؤ منَـ‬

Maksudnya :” Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman -
lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan
berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". (Surah Al-Nur : 12)

Inilah yang dilakukan oleh sebahagian sahabat Nabi ketika mereka mendengar berita tentang
Aisyah dan Sofwan Bin Mu’attol. Di antaranya ialah Abu Ayub Al-Ansari dan keluarganya.

2
Mereka tidak langsung terlibat dalam komplot penyebaran mahupun mempercayainya. (Rujuk
Al-Kasyaf ‘An Haqaiq Ghawamid Al-Tanzil, 3/212)

Kedua : Datangkan bukti atas setiap berita yang datang. Firman Allah SWT :

‫ند ٱللَّ ِـه ُه ُم ٱلْ َكـٰ ِذبُو َن‬ ِ ‫لَّواَل جآءو علَي ِه بَِأربع ِة شهدآء ۚ فَِإ ْذ مَل يْأتُو ۟ا بِٱلش‬
َ ‫ك ِع‬
َ ‫ُّه َدآء فَُأ ۟ولَ ٰـ ِٓئ‬
َ َْ َ َ َ ُ ََ ْ ْ َ ُ َ ْ

Maksudnya :” Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan
tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada
sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Nur : 13)

Ketiga :Jangan sesekali memperkecilkan dan meremehkan fitnah yang berlaku. Ini adalah
perkara yang amat penting untuk diamati. Sikap orang Islam sepatutnya tidak melibatkan diri
dalam apa-apa komplot untuk memburukkan orang lain dengan melemparkan tuduhan yang tidak
berasas. Ini dapat dilihat melalui firman Allah :

ِ ِ َ ‫ِإ ْذ َتلَقَّونَهۥ بَِألْ ِسنَتِ ُكم و َت ُقولُو َن بَِأ ْفو ِاه ُكم َّما لَيس لَ ُكم بِِهۦ ِع ْلم وحَتْسبونَهۥ هِّينًا وهو ِع‬
ٌ ‫ند ٱللَّـه َعظ‬
‫يم‬ َ ُ َ َ ُ َُ َ ٌ َ ْ َ َْ ُْ

Maksudnya :” Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu,
dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum
Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah Al-Nur : 15)

Keempat : Nasihat orang ramai agar jangan bercakap dan menyebarkan fitnah. Ini juga adalah
sikap yang paling penting dalam menghadapi fitnah yang sedang melanda. Orang beriman
lidahnya penuh dengan tanggungjawab. Dia tidak akan sewenangnya percaya dan menyebarkan
berita fitnah yang datang. Dia juga menasihati orang lain agar jangan terlibat dalam penyebaran
fitnah yang tidak diketahui kebenarannya. Firman Allah SWT :

‫يم‬ ِ َ َ‫َولَ ْوآَل ِإ ْذ مَسِ ْعتُ ُموهُ ُق ْلتُم َّما يَ ُكو ُن لَنَآ َأن نَّتَ َكلَّ َم هِب ـَٰ َذا ُسْب َحـٰن‬
ٌ ‫ك َهـٰ َذا بُ ْهتَـٰ ٌن َعظ‬

Maksudnya :” Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah
layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama
baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". (Surah Al-Nur : 16)

3
Dan termasuklah menyebarkan berita melalui media massa tanpa usul periksa di samping
masing-masing mengutarakan pendapat tanpa pengetahuan yang sebenar.

2.0 DEFINISI QAZAF

2.1 Dari Segi Bahasa

- Dari segi bahasa, qazaf berasal daripada perkataan masdar iaitu qazafa dan juga bermaksud,
melempar ataupun melontar batu atau seumpamanya. Apa yang dimaksudkan dengan melempar
dan melontar ialah membawa maksud melemparkan atau melontarkan tuduhan terhadap sesorang
muslim yang baik dengan tuduhan ataupun perkara-perkara yang boleh memburukkan maruah
mereka. Qazaf ini menyakiti mangsanya dengan kata-kata. Qazaf juga adakalanya digelar
sebagai pembohongan serta fitnah terhadap seseorang.

2.2 Dari Segi Istilah

- Dari segi istilah, qazaf membaa maksud melemparkan tuduhan ataupun menuduh seseorang
yang suci dengan tuduhan zina. Hal ini bermaksud, seseorang itu menuduh seseorang muslim
yang suci serta baik dengan tuduhan zina.

2.3 Dari Segi Istilah Syarak

- Tuduhan berzina yang dilontarkan dengan tujuan membuat seseorang malu dan beraib atau juga
untuk menafikan keterunannya.

- Abu alHusain menjelaskan bahwa qazaf adalah berarti melempar. Pengertian ini bersifat umum
mencakup semua bentuk lemparan, baik dengan benda keras atau bukan

4
3.0 DALIL UNTUK QAZAF

3.1 Dalil daripada al-Quran

Firman Allah dalam surah al-Nur ayat ke-4

‫تـ مُثَّ ـ مَلْـ يـَ ـ ـْأ تُـوـاـ بِــَأ ْـرـ َبـ َعـ ـ ِةـ ُشـ ـ َهـ َدـ اـءَـ فَـاـ ْجـ لِ ـ ـ ُدـ وـ ُهـ ْمـ مَثَ ـ ـ اـنِـ َـ‬
‫ني ـ َجـ ْلـ ـ َدـ ًةـ َوـ اَل َتـ ْقـ َبـ لُـ ـوـاـ‬ ‫ص ـ ـ نَـ اـ ِـ‬ ِ
َ ‫َـوـ اـلَّ ـذـ يـ َنـ َيـ ْـرـ ُمـ ـ وـ َنـ اـلْـ ُمـ ْحـ‬
‫ـ‬. ‫كـ ُهـ ُمـ اـلْـ َفـ اـ ِـسـ ُقـ وـ َنـ‬
‫هَلُـ ْمـ َشـ َهـ اـ َدـ ًةـ َأ بَـ ًدـ اـ ۚـ َوـ ُأوـلَـٰـِئ َـ‬

Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan


yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu
menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-
orang yang fasik.

Surah al-Nur (4)

Ibn al-Arabi berkata, dua syarat pada yang dituduh daripadanya iaitu, bahawa dia
menuduhnya dengan wati' yang melazimi hukuman had sama ada zina atau liwat,
atau menafikannya daripada ayahnya.

Imam Ibnu Kathir di dalam menghuraikan ayat ini berkata bahawa maksud  ‘al-
Muhsonah’ ialah wanita yang merdeka, baligh dan terpelihara maruahnya.

Menurut Imam al-Nawawi, para fuqaha telah bersepakat bahawa Qazaf berlaku sama
ada yang dituduh itu perempuan atau pun lelaki.

5
3.2 Dalil daripada Hadith

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (3/427) menyebut, haram ke atas seorang


muslim untuk menuduh saudara seislamnya dengan tuduhan melakukan perbuatan
yang keji (‫ )اـلـفـاـحـشـةـ‬sama ada tuduhannya itu benar atau pun dusta dari pihak dirinya.
Dalam keadaan dusta, sesungguhnya hal tersebut adalah suatu fitnah dan kezaliman
dan pendustaan merupakan antara perkara haram yang paling keji. Manakala dalam
keadaan tuduhan itu benar, seseorang itu membuka perkara yang tersembunyi serta
mencemarkan maruah. Oleh yang demikian, Syarak menganggap
perbuatan qazaf termasuk antara dosa-dosa besar. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

‫اـ ْجـ تَـ نِـ بُـوـاـ اـلـ َّسـ ْبـ َعـ اـلْـ ُمـ وـبِـ َقـ اـ ِـ‬
‫تـ قَـاـلُـوـاـ يَـاـ َرـ ُسـ وـ َـلـ اـلـلَّ ـ ِهـ َـوـ َمـ اـ ُهـ َّنـ قَ ـاـ َـلـ اـلـشِّـ ْـرـ ُـكـ بِـاـلـلَّ ـ ِهـ َـوـ اـلـسِّـ ْحـ ُرـ َـوـ َقـ ْت ـ ُلـ اـل َّـنـ ْفـ ِـ‬
‫سـ‬

‫ف‬ ‫اـلَّ ـيِت َحـ ـ ـ ـ َّرـ َمـ اـلـلَّ ـهُـ ِإ اَّل بِ ـ ـ ـ ـاـحْلَـ قِّـ َـوـ َأ ْكـ ـ ـ ـ ُلـ اـلـِّرـ بـَ ـ ـ ـ ـاـ َـوـ َأ ْكـ ـ ـ ـ ُلـ َمـ ـ ـ ـ اـ ِـلـ اـلْـ يَـ تِـ يـ ِمـ َـوـ اـل َّـتـ َوـ يِّل َي ـ ـ ـ ـ ْـوـ َمـ اـلـَّزـ ْحـ ـ ـ ـ ِـ‬
ُ ‫ َو قَ ْذ‬  ‫فـ‬

‫ت‬ ِ َ‫ات الْم ْؤ ِم ن‬


ِ ‫ات الْغَ افِ اَل‬ ِ َ‫الْم ْح ص ن‬
ُ َ ُ

Maksudnya: Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Lalu para sahabat


bertanya: Apakah perkara-perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda bersabda:
Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan melainkan dengan
adanya hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang,
dan  menuduh wanita yang telah berkahwin yang beriman melakukan zina.

Riwayat al-Bukhari (2766) dan Muslim (89)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Imam al-Nasafi telah menyebut bahawa ayat tuduhan
terhadap wanita dan juga ayat yang pertama menerangkan had qazaf sedangkan ayat
yang kedua menerangkan qazaf termasuk dalam dosa besar. Ini kerana setiap
perbuatan qazaf dijanjikan dengan balasan laknat atau azab atau dikenakan hukuman
had. Justeru, ia (qazaf) termasuk dalam dosa besar. Inilah yang muktamad. Telah
berlaku ijma' bahawa hukum qazaf terhadap lelaki yang  muhsan (yang memelihara
maruah dan yang baik) sama seperti hukum qazaf terhadap wanita
yang muhsanah (yang memelihara maruah dan yang baik).

6
4.0 SYARAT DALAM QAZAF

Dalam setiap perkara sudah semestinya terdapat beberapa elemen yang diperlukan
walaupun perkara tersebut merupakan satu kesalahan. Apabila ada syarat ataupun
perkara yang wajib ada, maka mudah bagi kita ataupun pihak yang
bertanggungjawab dapat mensabitkan kesalahan qazaf. Antara syarat-syratnya ialah:

4.1 Pihak yang Menuduh (Qazif)

Dalam syarat qazif juga terdapat juga beberapa pecahan syarat yang mesti ada
supaya pelaku yang menuduh dapat disabitkan kesalahan serta kesalahan yang
dilakukan juga dapat diterima serta cukup logic akal untuk mensabitkan kesalahan
keatas pihak yang menuduh. Antaranya ialah:

1. Baligh

- Membawa maksud orang yang sudah cukup umurnya. Hal ini kerana jika umurnya
belum mencapai tahap baligh, maka setiap perbuatannya belum masih dikira dan
mereka juga belum bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Sebagai contoh, Ali
yang berumur 6 tahun menuduh jirannya iaitu Siti berzina. maka tidak dikenakan
hudud Qazaf kepada mereka yang belum cukup umur tetapi sekiranya sudah
mumayyiz hendaklah dikenakan Takzir.

2. Berakal

- Membawa maksud seseorang itu sudah cukup berakal untuk memikirkan serta
bertaggungjawab keatas setiap perbuatan yang dilakukannya. Hal ini kerana jika
seseorang itu gila ataupun tidak waras, maka setiap keputusan ataupun kata-kata
daripada merek adalah sukar untuk dipercayai. Oleh sebab itulah berakal merupakan
syarat dalam qazif. Oleh itu, tidak dikenakan kepada orang gila, tetapi dikecualikan
orang mabuk kerana sengaja minum arak.

7
3. Bukan berasal daripada keluarga

- Bukan dari ‘asal’ keluarga seperti bapa, datuk dan ke atas, dan juga ibu, nenek dan
ke atas. Iaitu mereka yang tersebut tidak kenakan hudud Qazaf sekiranya dilakukan
terhadap anak dan ke bawah.

4. Tanpa paksaan

- Membawa maksud orang yang melemparkan tuduhan terhadap seseorang itu dalam
keadaan rela melakukannya. Hal ini kerana, jika dalam paksaan maka perbuatan
menuduh seseorang tersebut bukan atas kehendaknya akan tetapi dipaksa oleh orang
lain. Sebagai contoh ali yang memaksa abu untuk menuduh bakar berzina. Abu
terpaksa menuruti sebab berkemungkinan mempunyai hutang ataupun pernah
terhutang budi dan sebagainya. Bagi orang yang terpaksa tidak dikenakan hudud
kerana bukan kehendaknya dan begitu juga bagi yang memaksa kerana dia tidak
dinamakan qazif.

5. Mengetahui Hukum Hakam

- Membawa maksud bahawa orang yang menuduh ataupun lebih mudah digelar qazif
mesti mengetahui hukum melakukan qazaf. Hal ini kerana, jika penuduh tidak tahu
maka penuduh dibaratkan orang yang jahil. Jika pelaku qazaf itu jahil mengenainya
kerana baru memeluk Islam atau kerana jauh dari ulama maka hudud Qazaf tidak
dilaksanakan. Tetapi sekiranya pelaku tahu haramnya cuma jahil tentang
hukumannya, maka hukum hudud Qazaf tetap dilaksanakan

8
4.2 Pihak yang Dituduh Zina (Maqzuf)

Seperti pihak yang menuduh zina(qazif) yang ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi
sebelum layak untuk menjadi qazif, pihak yang dituduh zina juga ada syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Hal ini demikian supaya pihak yang
dituduh zina boleh dituduh ataupun tidak.

1. Islam

-Tidak seperti qazif, pihak yang dituduh zina perlu seorang yang beragama Islam.
Hal ini demikian kerana qazaf tidak dapat dilaksanakan kepada orang yang bukan
beragama Islam. Seperti yang kita sedia maklum, hukum-hakam yang diperintahkan
oleh Allah dan Rasulullah adalah khas kepada mereka yang beragama Islam.

2. Berakal

-Seperti qazif juga, pihak yang dituduh zina juga mestilah orang yang berakal. Hal
ini demikian kerana orang yang tidak berakal atau boleh kita panggil gila ini tidak
mampu untuk mengawal dirinya sendiri. Sekiranya kita lihat dalam hukuman sivil,
apabila seseorang yang disahkan gila oleh pihak perubatan, maka hukumannya tidak
akan dijatuhkan walaupun orang gila tersebut telah membunuh orang lain.

3. Merdeka

-Seseorang yang dituduh zina mestilah berstatus merdeka. Hal ini untuk
mengelakkan diri tertuduh tersebut tidak tertakluk kepada mana-mana pihak dalam
usahanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan zina. Cuba kita bayangkan
sekiranya yang dituduh itu seorang hamba, dan yang menuduhnya pula tuannya
sendiri, pasti hamba tersebut terpaksa mengaku melakukan zina walaupun pada
hakikatnya dirinya tidak melakukannya.

9
4. Cukup umur

-Seseorang yang dituduh zina hendaklah cukup umur. Cukup umur yang
dimaksudkan disina ialah tertuduh hendaklah sudah baligh. Seperti yang kita sedia
maklum, apabila seseorang itu belum baligh, maka dosanya akan ditanggung oleh
ibubapanya dan dalam hal ini seseorang itu mestilah baligh untuk melayakkannya
dituduh melakukan zina.

5. Tidak bisu

Seseorang tertuduh zina juga hendaklah tidak bisu. Bisu adalah ketidak upayaan
untuk bertutur disebabkan oleh masalah pertuturan. Bisu merujuk kepada orang
yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap. Sekiranya seseorang itu
disahkan bisu tidak kira samada bisu terpilih atau bisu akinetik, maka orang tersebut
tidak boleh disabitkan dengan kesalahan qazaf.

4.3 Lafaz Qazaf

Lafaz qazaf terbahagi kepada dua bahagian iaitu lafaz secara jelas dan lafaz secara
sindiran.

1. Jelas

Yang dikatakan jelas ialah tuduhan yang menggunakan perkataan tuduhan yang
menggunakan perkataan yang jelas yang tidak mengundang makna selain daripada
zina dan penafian nasab. Jika seseorang berkata "wahai penzina" atau "hai kamu
yang berzina" atau "bapamu berzina" atau "ibumu berzina", semuanya itu adalah
jenis lafaz qazaf dalam bentuk sindiran. Semua ulama bersepakat mengatakan
bahawa orang yang melakukan kesalahan qazaf dengan perkataan yang jelas wajib
dikenakan hukuman had.

10
2. Sindiran

Tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak terang atau dalam bentuk sindiran
yang boleh membawa erti zina atau selainnya maka dinamakan kinayah atau ta'ridh.
Sebagai contoh, dengan melemparkan tuduhan dengan perkataan seperti "wahai
pelacur", "wahai orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk", "wahai orang
yang keji", "isterimu sudahku rosakkan" dan sebagainya adalah dari jenis lafaz
qazaf dalam bentuk sindiran.

Untuk lafaz qazaf berbentuk sindiran ini, ulama tidak sependapat terhadap
hukumannya. Mengikut mazhab Hanafi dan satu riwayat daripada mazhab Hanbali
bahawa hukuman had tidak diwajibkan keatas pesalah-pesalah qazaf jenis sindiran
ini bahkan yang diwajibkan ialah hukuman takzir.

Menurut mazhab Syafie pula sekiranya tuduhan zina dengan cara sindiran itu disertakan niat
daripada orang yang melemparkan tuduhan maka hukuman sama seperti lafaz qazaf jelas iaitu
wajib dikenakan hukuman had tetapi kalau tidak ada niat yang tuduhan itu ialah qazaf, maka
tidak wajib dihukum dengan had bahkan dikenakan hukuman takzir sahaja.

Imam Malik pula berpendapat tuduhan qazaf dengan lafaz sindiran boleh dikenakan hukuman
had sekiranya tuduhan dengan sindiran dapat difahami bahawa maksudnya ialah qazaf atau ada
bukti yang mengaitkan bahawa orang yang menuduh dengan perkataan yang tidak jelas itu
memang bermaksud qazaf.

11
5.0 KES KLASIK

Dalam satu hadis sahih Muslim daripada Abu Hurairah diriwayatkan Saad bin Ubadah
bertanya kepada Rasulullah s.a.w jika dia (Saad) terserempak dengan isterinya sedang berzina
dengan seorang lelaki, adakah dia masih perlu menunggu sehingga terdapat empat orang saksi?
Rasulullah s.a.w menjawab, “Ya.” Namun, dengan gugurnya hukum hudud tidaklah bermakna
mereka yang melakukan kesalahan tanpa bukti terlepas daripada sebarang hukuman, sebaliknya
ia digantikan dengan hukuman takzir yang ditetapkan pemerintah atau hakim. Sama ada
hukuman itu dalam bentuk penjara atau sebatan yang lebih ringan daripada hukuman hudud.
Perkara yang menggugurkan hukum hudud bagi jenayah qazaf apabila diwujudkan ‘al-Bayyinah’
iaitu empat orang saksi yang boleh diterima kesaksian mereka atau ‘al-Maqzuf’ (tertuduh)
membuat pengakuan, hukuman hudud berpindah daripada al-qazif kepada al-maqzuf. Hudud
qazaf berkaitan hak manusia dan ia gugur apabila manusia menggugurkannya. Li ‘an pula jika
pelaku qazaf itu adalah suami dan tertuduh adalah isteri.

Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 6-9 yang bermaksud: “Dan orang
yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi (yang mengesahkan tuduhannya
itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu
hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali bahwa sesungguhnya dia orang yang
benar. Sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya
jika dia orang yang dusta. Bagi menghindarkan hukuman kepada isteri (yang kena tuduh) dia
hendaklah bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu
sesungguhnya adalah orang yang berdusta. Sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata) bahawa
kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya orang yang benar.” Untuk memastikan
kesaksian dalam kes tuduhan zina itu adil, ditetapkan syarat iaitu saksi dalam tuduhan zina
mestilah empat lelaki dan jika yang menjadi saksi itu empat wanita, maka semuanya dikenakan
qazaf.

Kedua, mereka hendaklah merdeka dan jika hamba menjadi saksi, akan dikenakan hudud,
tetapi separuh sahaja iaitu 40 sebatan. Ketiga, saksi hendaklah daripada kalangan Muslim dan
jika kafir tidak diterima kesaksiannya. Terdapat kisah fitnah yang membabitkan Aisyah r.a, isteri
Rasulullah. Ada sahabat yang dihukum 80 sebatan kerana kesalahan qazaf kerana bercakap

12
perkara itu sedangkan Abdullah bin Ubai yang memulakannya terlepas daripada tuduhan. Seperti
berikutlah perkara yang berkaitan qazaf pada zaman dahulu.

6.0 KES MODEN

Terdapat satu kes moden yang berkaitan dengan qazaf yang berlaku di Malaysia yang
telah dikenalpasti, iaitu yang pertama melibatkan seorang ahli politik iaitu Anwar Ibrahim dan
pembantu peribadinya, Saiful Bukhari. Telah beberapa kali laporan mengenai qazaf telah dibuat.
Pihak Anwar Ibrahim telah pun membuat laporan Qazaf terhadap Saiful Bukhari kerana gagal
membawa empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar). Namun, Mahkamah
Rayuan Syariah telah menolak permohonan Qazaf itu kerana panel hakim mendapati Anwar
gagal mengemukakan bukti pendakwaan. Setelah tidak mampu memenuhi syarat iaitu
mengemukakan bukti bagi dakwaannya, terdapat lagi laporan qazaf yang dibuat seterusnya. Pada
17 Februari 2015, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan
berkaitan kes liwat Anwar dalam satu program dialog terbuka di Kelana Jaya, Petaling Jaya. Dia
didakwa menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.

Maka, Anwar Ibrahim dah membuat laporan Qazaf di bahagian penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) melalui isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Selepas beberapa
ketika, Mahkamah Syariah Tinggi dah menolak permohonan Anwar untuk meneruskan prosiding
Qazaf terhadap Shafee Abdullah. Menurut Hakim Syarie ketika tu, Mohamed Fouzi Mokhtar
mengatakan bahawa keputusan tu diambil kerana mendapati mahkamah tu tidak mempunyai
bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Ini kerana liwat tidak termasuk dalam
kesalahan Qazaf dalam Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

13
7.0 PANDANGAN ULAMA

Media arus perdana televisyen dan akhbar mahupun media baru dan seumpamanya seolah-olah
bersaing dalam menyebarkan versi fitnah masing-masing. Begitu juga tentang qazaf yang
membawa maksud tuduhan berzina pada tempat selaan dan mengaibkan. Dalam konteks undang-
undang Islam, tokoh-tokoh ulama kontemporari berganding bahu mengeluarkan fatwa dan
pandangan tentang perbuatan menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam negara ini lebih-lebih
lagi tentang zina. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebutkan adalah haram ke atas seorang
muslim untuk menuduh saudara seislamnya dengn tuduhan melakukan perbuatan yang keji sama
ada tuduhannya itu benar atau pun dusta dari pihak dirinya. Firman Allah dalam surah an-Nur
ayat 19:

‫الد ْنيَا َوااْل ٰ ِخَر ۗ ِة َوال ٰلّهُ َي ْعلَ ُم َواَْنتُ ْم اَل َت ْعلَ ُم ْو َن‬
ُّ ‫اب اَلِْي ۙ ٌم ىِف‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ٌ ‫ا َّن الَّذيْ َن حُي ُّب ْو َن اَ ْن تَشْي َع الْ َفاح َشةُ ىِف الَّذيْ َن اٰ َمُن ْوا هَلُ ْم َع َذ‬

Maksunya; “Sesungguhnya mereka yang suka menyebar perkara keji di kalangan orang yang
beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah maha mengetahui sedangkan
kalian tidak mengetahuinya”.

Ayat di atas mengancam mereka yang suka menyebarkan perkara keji dalam masyarakat.
Lafaz suka pada ayat tersebut sudah cukup menggerunkan, menunjukkan kepada hanya berniat
hendak melakukan Allah sudah mengancam dengan azab yang pedih apatah lagi melakukan
perkara tersebut. Antara perkara yang menghalang insan daripada kerosakan adalah rasa amat
takut melakukan perkara keji. Dalam pada itu juga memalingkan fikiran mereka daripada
memikirkan perkara keji apatah lagi melakukannya, sedikit demi sedikit sehingga ia dilupakan
perbuatan tersebut lalu hilang dari jiwa. Namun, jika tersebar di kalangan umat akan kelakuan
keji tersebut maka hati akan mula memikirkan lalu telinga ringan mendengarnya. Oleh kerana
itu, banyak berlaku perkara keji kerana menjadikan perkara tersebut sebagai kebiasaan dalam
diri.

Dalam mentakrifkan qazaf, Imam Nawawi daripada Mazhab Syafi’e menyatakan bahawa
qazaf merupakan tuduhan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya. Daripada pandangan ini
dapat disimpulkan bahawa tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina atau
menafikan keturunannya yang sah. Ibn Arafah pula berpandangan bahawa qazaf ialah seseorang
mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, muslim yang baligh atau kanak-kanak
14
melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah. Dalam kitab Mazhab Syafi’e juga
menyatakan bahawa persetubuhan dubur atau liwat adalah sama dengan persetubuhan di faraj
iaitu zina. Berdasarkan penjelasan tersebut, majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa liwat adalah
sama dengan zina kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya
kepuasan seperti zina, maka sama dengan hukum zina.

Sesungguhnya perkara tersebut adalah suatu fitnah dan kezaliman serta pendustaan
merupakan antara perkara yang paling keji. Manakala dalam keadaan tuduhan itu benar,
seseorang itu membuka perkara yang tersembunyi serta mencemarkan maruah. Oleh yang
demikian, syarak menganggap perbuatan bahawa qazaf termasuk antara dosa-dosa besar.
Berdasarkan sabda Nabi SAW:

‫اـ ْجـ تَـ نِـ بُـوـاـ اـلـ َّسـ ْبـ َعـ اـلْـ ُمـ وـبِـ َقـ اـ ِـ‬
‫تـ قَـاـلُـوـاـ يَـاـ َرـ ُسـ وـ َـلـ اـلـلَّ ـ ِهـ َـوـ َمـ اـ ُهـ َّنـ قَـاـ َـلـ اـلـشِّـ ْـرـ ُـكـ بِـاـلـلَّ ـ ِهـ َـوـ اـلـسِّـ ْحـ ُرـ َـوـ َقـ ْتـ ُلـ اـل َّـنـ ْفـ ِـ‬
‫سـ‬

‫ف‬ ‫اـلَّ ـيِت َحـ َّرـ َمـ اـلـلَّ ـهُـ ِإ اَّل بِـاـحْلَـ قِّـ َـوـ َأ ْكـ ُلـ اـلـِّرـ بَـاـ َوـ َأ ْكـ ُلـ َمـ اـ ِـلـ اـلْـ يَـ تِـ يـ ِمـ َـوـ اـل َّـتـ َوـ يِّل َيـ ْـوـ َمـ اـلـَّزـ ْحـ ِـ‬
ُ ‫ َو قَ ْذ‬  ‫فـ‬

‫ت‬ ِ َ‫ات الْم ْؤ ِم ن‬


ِ ‫ات الْغَ افِ اَل‬ ِ َ‫الْم ْح ص ن‬
ُ َ ُ

Maksudnya: Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Lalu para sahabat bertanya: Apakah
perkara-perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, sihir,
membunuh jiwa yang Allah haramkan melainkan dengan adanya hak, makan riba, makan harta
anak yatim, berpaling dari medan perang, dan menuduh wanita yang telah berkahwin yang
beriman melakukan zina.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pendapat Para ulama’ telah bersepakat akan pengharaman liwat dan


menyatakan bahawa ia merupakan antara sebesar-besar perbuatan yang keji.
Daripada Ibn Abbas ra, dari Rasulullah SAW bersabda:

ٍ ُ‫ لَعن اللَّه من ع ِمل عمل َقوِم ل‬، ‫وط‬


‫وط‬ ٍ ُ‫ لَعن اللَّه من ع ِمل عمل َقوِم ل‬، ‫وط‬
ٍ ُ‫لَعن اللَّه من ع ِمل عمل َقوِم ل‬
ْ َ ََ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ ََ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ ََ َ َ ْ َ ُ َ َ

15
Maksudnya: “Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. Allah melaknat
mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan
kaum Lut.”

(Riwayat al-Nasa’ie)

Hadis di atas menunjukkan bahawa pelaku bagi perbuatan liwat adalah dilaknat oleh
Allah SWT dan amaran laknat ke atas sesuatu perbuatan tersebut

8.0 KESAN QAZAF KEPADA DIRI, MASYARAKAT DAN NEGARA

Kesan qazaf kepada diri ialah, kita akan dipandang rendah oleh bangsa dan agama lain.
Seterusnya, aktiviti harian kita akan terganggu disebabkan emosi yang terganggu dan tidak stabil
serta turut berpotensi untuk menghidap pelbagai penyakit fizikal atau mental. Selanjutnya, akan
timbul fitnah dan khabar-khabar angin yang tidak baik mengenai diri orang tersebut. Di samping
itu, maruah diri dan harga diri akan jatuh dan berkurangan.

Kesan qazaf terhadap masyarakat pula ialah mewujudkan permusuhan yang akan
memecahbelahkan, memutuskan silaturrahim yang baik serta memporak porandakan masyarakat.
Seterusnya ialah menimbulkan salah faham atau pergaduhan antara kedua-dua belah pihak iaitu
terhadap pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh. Selanjutnya, rumahtangga yang aman
mawaddah warahmah akan menjadi retak dan porak poranda serta institusi perkahwinan akan
runtuh. Selain itu, pihak yang tertuduh juga akan mengalami ganguan tekanan jiwa atau mental
serta perasaan yang boleh membawa kepada kejadian-kejadian yang kita tidak ingini. Dengan
ini, masyarakat yang harmoni tidak dapat diwujudkan kerana sering berlaku salah faham serta
perbalahan.

Seterusnya, kesan qazaf terhadap negara ialah negara lain akan memandang rendah
terhadap negara yang mempunyai kes-kes sebegini yang banyak. Selanjutnya, ekonomi negara
akan terjejas kerana akan terdapat negara yang tidak mahu melakukan proses jual beli dengan
negara yang berkenaan. Selain itu, negara bukan islam akan memandang rendah terhadap sistem
permerintahan Islam sebenar. Hal ini sedemikian akan menyebabkan kemunduran sesebuah
negara kearah kemajuan.
16
9.0 HIKMAH PENSYARIATAN QAZAF

Antara hikmah disyariatkan hukuman hudud terhadap perbuatan Qazaf adalah kerana
Islam menggesa ke arah penjagaan maruah daripada perkara-perkara yang mencemar dan
memburukkan maruah. Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ menyebut bahawa pensyariatan
hudud Qazaf adalah bagi memelihara masyarakat Islam dari terjebak ke lembah kehinaan akibat
dari tuduh-menuduh dalam soal kelucahan dan begitu mudah mengungkapkannya.

Bayangkan tanpa hukuman qazaf, sudah barang tentu dengan sewenang-wenangnya


seseorang boleh menuduh seseorang yang lain sehingga mengaibkan maruah dan
menjatuhkannya. Isu seperti ini amat sukar untuk dibuktikan atau disanggah oleh orang yang
kena tuduh. Justeru, pada peringkat awal lagi, mereka diberi peringatan supaya tidak bermudah-
mudahan dalam menuduh seseorang.

10.0 KESIMPULAN

Peristiwa fitnah yang pernah berlaku terhadap keluarga Rasulullah SAW merupakan antara kisah
yang sangat memberikan kepada baginda dan seluruh umat Islam pada waktu itu. Ia hampir
melibatkan pertumpahan darah serta faktor utama perselisihan faham dan perpecahan umat.
Maka tidak hairanlah kesalahan qazaf ini disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran secara
spesifik berserta dengan hukuman yang sangat berat termasuk tidak diterima kesaksian selama-
lamanya. Amaran Allah SWT dan Rasulullah SAW seumpama dipandang enteng dan remeh
pada hari ini, di mana sudah ramai yang secara terang-terangan menganjurkan program berunsur
qazaf yang berpotensi untuk menjerumuskan ramai umat Islam secara tidak sedar boleh
melakukan kesalahan qazaf.

Hikmah dari qazaf ialah bagi memelihara masyarakat Islam daripada terjebak kepada
lembah kehinaan akibat dari tuduh-menuduh dalam soal kelucahan. Ia juga merupakan
pendekatan syarak yang terbaik dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan saling
menghormati akan keaiban atau perkara sensitif tentang seseorang individu. Hukuman berat atau

17
keras kepada individu yang suka menabut fitnah dan menyebarkan aib seseorang dengan
bertujuan untuk menyekat mereka yang suka menjadikan celaan berbentuk tuduhan seksual
meneruskan amalan jahat bagi menjatuhkan dan memalukan sesama muslim.

Ia bukan semata-mata untuk menyeksa pelaku jenayah, malah pendekatan hukuman


qazaf ini adalah sebagai salah satu kaedah bagi mengekang perkara seperti ini daripada terus
berleluasa dan tidak menjadikan perkara ini sebagai perkara biasa. Ia juga bertujuan bagi
menjaga kesucian agama Islam agar penganut agama lain tidak memandang remeh terhadap
perbuatan keji yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Perbuatan mendedahkan seksual mana-
mana pihak atau individu lain adalah perlakuan yang tidak bermoral kerana boleh membawa
kepada jenayah qazaf.

Hukum-hakam yang ditetapkan ini juga mempunyai syarat-syarat yang perlu untuk
seseorang itu dapat disabitkan dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh syariat.
Hal ini dibuat supaya sekiranya seseorang itu disahkan melakukan kesalahan, dia
akan dikenakan hukuman yang setimpal dan begitu juga sekiranya seseorang itu
tidak melakukan kesalahan dan terbukti tidak melakukannya maka dirinya akan
terlepas dari tuduhan kesalahan tersebut. Semoga Allah tunjukkan kita perkara yang
sebenar. Banyakkan berdoa :

ِ ِ ‫ وارز ْقنَـا‬، ‫ـاطاًل‬


ِ ‫اطــل ب ـ‬
ِ
ْ ‫ َو‬،‫ َواَل جَتْ َع ْلــهُ ُم ْلتَبِ ًسـا َعلَْينَـا َفنَضـ َّل‬،ُ‫اجتناَبَــه‬
‫اج َع ْلنَـا‬ ْ ُْ َ َ َ َ‫ َوَأ ِرنَــا الْب‬،ُ‫اعـه‬
َ َ‫ َو ْار ُز ْقنَا اتِّب‬،‫اللَّ ُه َّم َأ ِرنَا احْلَ َّق َحقًّا‬
‫ني ِإ َم ًاما‬ ِ ِ
َ ‫ل ْل ُمتَّق‬

Maksudnya :” Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai


kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami
kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan
jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang
bertaqwa sebagai pemimpin.”

18
RUJUKAN

AT-TANZIL AL-QUR’AN AL-KARIM TERJEMAHAN AL-HIDAYAH Rasm Uthmani


Dalam Bahasa Melayu, AL-HIDAYAH HOUSE OF QUR’AN SDN BHD, 27 Jalan
DBP, Batu Caves, Selangor.

SUMPAH DALAM KESALAHAN QAZAF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. 2011.


Azman Ab.Rahman. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/117/97

Memahami Konsep Qazaf. T.H. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
https://jksnpp.penang.gov.my/index.php/en/18-penerbitan-mahkamah/79-
memahami-konsep-qazaf

BAYAN LINNAS SIRI KE 183: ISU QAZAF: ADAKAH TERMASUK TUDUHAN


LIWAT?. 2019. Admin Pmwp.
Https://Muftiwp.Gov.My/Perkhidmatan/Artikel-Soal-Jawab/3484Bayan
Linnas-Siri-Ke-183-Isu-Qazaf-Adakah-Termasuk-Tuduhan-Liwat

Tuduhan Liwat dan Qazaf menurut perspektif undang-undang . 2015. Zulkifli Hasan.
Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/349552938_Liwat_and_Qazaf_in_th
e_Shariah_Court

Kata Ulama Tentang Qazaf dan Kes Liwat . 2015. Amidi Abdul Manan. Petaling
Jaya. Selangor.

Isu Qazaf. 2019. Dato' Seri Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Had Qazaf. 2019. Prof.Doktor Muhammad Al-Zuhaili. Puchong Selangor.


19
Hukum Qazaf Elak Tersebarnya Fitnah. 2011. Epondok.
https://epondok.wordpress.com/2011/06/20/hukum-qazaf-elak-tersebarnya-
fitnah/

DULU ANWAR BUAT LAPORAN QAZAF, KINI AZMIN. INI PENERANGAN QAZAF YANG
KORANG TAK TAU. 2019. A. Zahid Amran. https://soscili.my/mahkamah-syariah-
pernah-tolak-laporan-qazaf-anwar-ibrahim-tapi-kenapa/

20

Anda mungkin juga menyukai