Anda di halaman 1dari 82

TAJUK 1

SEJARAH, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ASAS PERMAINAN HOKI

1.0 Sinopsis Tajuk 1dalam modul ini merangkumi sejarah perkembangan permainan,peraturan asas permainan dan undang-undang asas permainan dalam permainan hoki. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan

1.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menyatakan dan memerihalkan sejarah perkembangan permainan hoki. 2. Menjelaskan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan hoki

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sub Tajuk 1 : Sejarah Perkembangan Hoki

Sebelum kita meneroka sejarah perkembangan hoki secara mendalam, cuba teka siapakah yang mencipta permainan hoki ?

1.2

Sejarah Perkembangan Hoki

Permainan hoki merupakan permainan yang dimainkan sejak tahun 1890-an selepas ia mula diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris.Pada 1928 sukan permainan hoki telah dipertandingkan secara rasmi di Sukan Olimpik Amsterdam. Selepas itu sukan ini telah menjadi sukan yang diminati ramai dan popularitinya meningkat dari masa ke semasa. Dalam tempoh satu abad permainan hoki telah melalui banyak perubahan dari segi peraturan, permukaan permainan mahupun dari segi alatan yang digunakan. Kini hoki bukan lagi satu permainan bermusim tetapi permainan yang dimainkan disebahagian besar dunia. Permainan hoki menjadi salah satu permainan yang selalu menyumbangkan pingat kepada negara serta sangat diminati oleh rakyat negara kita. Malaysia boleh dianggap antara 20 buah negara yang terbaik dalam sukan hoki dunia. Dalam Sukan Asia yang ke 16 baru-baru ini pasukan negara hampir mencatatkan, sejarah namun tewas kepada Pakistan dalam perlawanan akhir. Permainan hoki telah dimulakan di England pada tahun 1865 setelah sekian lama permainan ini mengalami zaman gelapnya. Menurut catatan sejarah, permainan hoki telah dimainkan oleh orang-orang Greek,Rom dan Parsi sejak tahun 2000 SM lagi.Di Mesir iaitu di salah satu dinding makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir terdapat sebuah lukisan yang menunjukkan dua orang sedang melakukan buli seperti mana yang terdapat dalam permainan hoki.

Catatan sejarah juga menunjukkan permainan hoki berasal daripada permainan polo. Sekitar tahun 500 S.M orang Parsi dikatakan menunggang kuda untuk bermain polo, oleh itu ada juga mengatakan hoki berasal daripada permainan polo namun ada sejarawan berpendapat polo wujud lebih awal.

Permainan hoki juga dikenalpasti bertapak di Mexico dalam kalangan orang India Aztec yang menggunakan kayu dan bola berat serta menyebabkan kecederaan fizikal yang teruk. Dalam permainan hoki ini 1000 orang terlibat.Sila dapatkan maklumat lanjut. Asal-usul nama hoki dikatakan diambil dari bahasa Peranchis hoquet.Kehadiran permainan hoki di England menyebabkan perubahan nama menjadi hockey (hoki). Pada suatu ketika dahulu, Britain pernah mengharamkan permainan ini kerana penggunaan kayu hoki mengundang pertumpahan darah dan pergaduhan.Era moden permainan hoki bermula di Britain selepas pemerintah England menarik balik pengharaman permainan ini.

Peraturan dan undang-undang permainan dikaji dan diubahsuai supaya tidak membawa apa-apa kecelakaan kepada pemain. Selain itu, pendekatan baharu dalam permainan hoki yang lebih mesra menarik lebih ramai orang dan diterima pakai oleh kebanyakan negara.

Britain merupakan negara pertama yang menubuhkan pasukan hoki secara rasmi pada tahun 1840.Hoki menjadi satu permainan yang terkenal dalam kalangan pelajarpelajar sekolah malah turut dimainkan oleh pelajar perempuan.Kelab Blackheath di selatan London dan Kelab Hoki Wimbledon merupakan kelab-kelab yang yang ditubuh pada penghujung tahun 1880an.Hasil kemunculan kelab yang banyak ini telah menyebabkan tertubuhnya Persatuan Hoki British (PHB) pada tahun 1886 serta pengenalan peraturan dan undang-undang permainan yang kemaskini.

Langkah

British

ini

telah

menambat

hati

negara-negara

jiran

seperti

Scotland,Ireland,Wales dan Peranchis untuk mempopularkan sukan hoki ini serta menggunakan undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh PHB.Semakin hari semakin banyak negara terlibat dalam penubuhan pasukan hoki.Perkembangan ini telah menyebabkan perlawanan hoki antarabangsa yang pertama antara England dan Ireland yang diadakan di London pada tahun 1894.

Permainan Antarabangsa

Sukan hoki ini terus berkembang serta menular dengan pesatnya ke seluruh pelusuk dunia. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.

Seperti juga permainan-permainan yang lain, permainan hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaras dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan sukan hoki. Pada tahun 1924, Persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) ditubuhkan atas usaha negara-negara Eropah yakni Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengelola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Antara usaha terpenting badan ini ialah mengemaskini undang-undang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.

Di peringkat dunia, antara pasukan dari Asia yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India, Pakistan, Korea, Jepun dan Malaysia. Selain Asia, Belanda, Jerman , Sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand, Negara-negara tersebut turut memberikan cabaran dan merancakkan arena pertandingan di persada sukan hoki antarabangsa

Hoki Di Malaysia

Sukan hoki telah diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920, permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua peringkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri pada tahun 1923. Ini berlaku sebagai usaha untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Pada Tahun 1946, liga hoki dimulakan di negara kita, di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. MHF telah diterima sebagai ahli gabungan FIH pada tahun 1952. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951. Kejohanan ini diadakansehingga kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) dan beliau telah menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri. Piala ini dinamakan Piala Razak. Namun demikian pertandingan ini hanya Berjaya dianjurkan mulai tahun 1963

1.3

Peraturan-Peraturan Asas Hoki

Penekanan Permainan Hoki Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspekaspek :-

i. penguasaan kemahiran ii. pengembangan pengetahuan iii. pembentukan moral

Bilangan Pemain Dan Cara Permainan Seperti juga permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan adalah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada manamana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.

Kawasan Permainan Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh. 6

Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4

meter(100ela) dan lebarnya 54.7meter(60ela). Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan.

Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Kayu Hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain 7

kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Rajah: Kayu Hoki

Bulatan Jaringan (Striking Circle) Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

Rajah: Bulatan Jaringan

Jangkamasa Permainan

Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

Setiap guru pelatih perlu mengetahui cara bermain dan peraturan asas yang betul supaya mendapat kepuasan dan keseronokan ketika didedahkan dengan permainan ini. Setiap Demikianlah permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri.

juga sukan hoki.

Antara peraturan-peraturan asas yang perlu

dititikberatkan ialah:

i) Komposisi pasukan - Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. 9

- Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli. - Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. - Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya

tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain. - Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan. tersebut perlu

ii) Mengganti pemain - Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. - Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil. - Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. - Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang. - Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan

diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol. - Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

iii) Ketua pasukan - Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka. - Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten. - Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.

iv) Pakaian dan peralatan pemain - Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan 10

lawan. - Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. - Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke. v) Perlawanan dan keputusannya - Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. - Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. - Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang. - Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri. Masa rehat tambahan

vi) Permulaan permainan - Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang. - Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar. - Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. - Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan. - Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah. - Ciri-ciri hantaran tengah: - dilakukan di tengah padang - bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut. - apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli. - selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

vii)Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan - Bermain bola dengan back stick 11

- Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan. - Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki. - Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan. - Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol. - Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu. - Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh

menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang. - Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol. - Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti. - Membuang masa dengan sengaja. - Menghalang pemain. - Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan. - Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola. - Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil. - Penjaga gol baring di atas bola. - Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan. - Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian bada.

12

Aktiviti 2 Latihan

Pengetahuan terhadap cara bermain dan peraturan asas permaianan hoki bukan sahaja penting kepada pengadil malahan seseorang menjadi pemain hoki,jurulatih dan juga guru perlu mengetahuinya. Berdasarkan kenyataan di atas, jelaskan peraturan-peraturan asas seperti i. Komposisi pasukan ii. Mengganti pemain iii. Ketua pasukan iv. Pakaian dan peralatan pemain v. Perlawanan dan keputusannya vi. Permulaan permainan vii. Bola keluar dari kawasan permainan viii. Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan ix. Pemberian penalti untuk faul

13

TAJUK 2

: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.0 Sinopsis Tajuk 2 akan membincangkan berkaitan kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran Permainan Hoki yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun dalam tajuk ini kita akan membincangkan topik penting yang berkaitan dengan hoki. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan.

2.1 Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pendidikan jasmani. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

14

2.2 Definisi Kaedah, Teknik,dan Pendekatan 2.2.1 Kaedah bagaimana aktiviti pengajaran

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan

Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). Jenis kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah 1. Kaedah Tradisional Ia meliputi Tugasan membaca buku teks Kuliah Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula(review) Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan 15

3. Kaedah kumpulan perbincangan kumpulan kuliah perbincangan kerja jawatankuasa main peranan Sesi Buzz Sumbangsaran Wawancara Konferen

4. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab kesihatan Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Menganalisis dan memahami masalah Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat. Membentuk jawapan yang mungkin. Pilih dan uji penyelesaian alternatif. Pilih penyelesaian yang sesuai. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan 1.Menggalakkan interaksi antara pelajar 2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

16

Kelemahan 1. 2. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

5. Kaedah Kolaboratif Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan. 6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 1. 2. 3. 4. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

5.

6.

17

2.2.2 Latihan. Berdasarkan kepada huraian di atas jelaskan dengan contoh kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran permainan hoki 2.2.2 Teknik

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lainlain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Teknik main peranan Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

18

Teknik latih tubi Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

Teknik demonstrasi Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara membuat hantaran bola hoki mengikut teknik yang betul di padang. Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu 1. 2. A. B. C. D. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. 19

Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya. 2.2.3 Pendekatan : Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran; konkrit ke abstrak mudah ke kompleks keseluruhan ke sebahagian umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan mengajar Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. 2.2.5 Latihan. Huraikan pendekatan berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran mudah ke kompleks dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas hoki.

20

Aktiviti 2.2.6

1. 2.

Bincangkan perbezaan di antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti dalam permainan badminton dan hoki untuk setiap jenis pendekatan.

Jenis Pendekatan Induktif

Prinsip Pembelajaran

Contoh pelajaran / aktiviti

Mengajar dari spesifik ke umum

Deduktif

Mengajar dari umum ke spesifik

Integratif

Mengintegrasi isi kandungan & kemahiran ke dalam satu pelajaran

Eklektif

Kombinasi deduktif, induktif atau integratif

Tematik

Mengajar pelajaran menikut satu tema sahaja

21

TAJUK 3

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

3.0 Sinopsis

3.1 Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini, pelajar dapat 1. 2. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan hoki; dan Menguasai dan mempraktikkan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan hoki.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

KEMAHIRAN ASAS

STRATEGI & TAKTIKAL

22

3.2 Pegangan Kayu Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat. Pegangan Kayu: Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri memegang kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola saja. Bola: Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di luar kaki kanan. Bola hendaklah di hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan mengganggu pergerakan dan jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untuk mengawalnya. Kaki dan Badan: Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa membawa bola. Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berdiri. Kaedah ini menggalakkan seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat mengatasi kawasan permainan yang lebih luas. Kayu pemain mesti menyentuh tanah supaya ia dapat melihat kehadapan semasa ia berlari dan menggelecek bola.

3.3 Hantaran (Pukulan) Hantaran (Memukul) juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

3.4 Tolakan 23

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

3.5 Menerimadan menahan bola Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak. 3.6 Kawalan Bola Menggelecek adalah salah satu cara mengawal yang sedang menggelecek. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dan bola daripada kawalan pemain lawan. 3.7 Menggelecek Kemahiran menggelecek adalah bertujuan mengekalkan kawalan bola, persediaan untuk menghantar dan menjaringkan gol serta mencari ruang dan menukar arah bagi menghantar bola kepada rakan sepasukan. 3.7.1 Cara-cara Menggelecek

24

(a) Menggelecek Longgar Kemahiran menggelecek longgar ( open/loose dribble) boleh digunakan apabila hendak menggelecek bola dengan pantas bagi tujuan melepaskan diri dengan bola daripada lawan dan berlari dengan bola ke arah pintu gol. (b) Mengelecek Rapat Kemahiran menggelecek rapat digunakan semasa hendak mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabila anda tidak pasti sama ada situasi bermain selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan. (c) Menggelecek Indian Kemahiran menggelecek Indian digunakan jika anda hendak menukar arah dari kiri ke kanan atau sebaliknya.

3.8 Menjaring Gol Jaringan boleh dibuat dengan cara menolak, menguis atau memukul bola. Jaringan akan dianggap sah oleh pengadil apabila bola melintasi garisan gol dan masuk ke gol lawan. Bola yang tidak melintasi garisan gol tidak dikira gol. Jaringan boleh dilakukan berpunca daripada gerakan serangan ataupun melalui pukulan sudut dekat atau pukulan sudut jauh. Pukulan penalti dianggap sebagai cara menjaringkan gol yang mudah pemainhanya perlu menguis bola untuk menewaskan penjaga gol dari jarak tujuh meter 3.9 Penjagaan Gawang Kemahiran menjaga gol perlu diberi perhatian sewajarnya supaya para pemain didedahkan kepada teknik-teknik asas menjaga gol. Antara kemahiran asas menjaga gol ialah: 25

menahan bola dengan kedua-dua pelapik kaki menggelongsor untuk menahan bola menendang bola menggunakan tapak tangan untuk menahan bola

3.10 Formasi Permainan Sistem permainan merujuk kepada formasi pasukan. Sebagai contoh, jika pasukan anda bermain dengan lima orang pemain penyerang, tiga orang pemain pertengahan, dua orang pemain pertahanan dan seorang penjaga gol. Ini adalah system 5-3-2-1 atau dipanggil sistem piramid.

26

Rajah: Formasi sistem 5-3-2-1 atau piramid

Rajah: Formasi sistem 3-3-3-1-1 Walaupun sistem di atas banyak digunakan di Malaysia, tetapi ada juga sistem lain yang seriang digunakan oleh jurulatih seperti: (a) Sistem 3-3-3-1-1 iaitu yang menggunakan 3 orang pemain penyerang, 3 orang pemain tengah, 3 orang pemain pertahanan, seorang pertahanan terakhir dan seorang penjaga gol. (b) Sistem 4-2-4-1 yang menggunakan 4 orang pemain penyerang, 2 orang pemain tengah, 4 orang pemain pertahanan dan seorang penjaga gol. 27

(c) Sistem 4-2-3-1-1 yang menggunakan 4 orang penyerang, 2 orang pemain tengah, 3 orang pemain pertahanan, seorang pertahanan terakhir dan seorang penjaga gol

Rajah: Formasi sistem 4-2-4-1

3.11 Strategi dan Taktikal Permainan

Rajah: Posisi Pemain di Padang

Goal Fullback

Penjaga gol Pemain pertahanan kiri dan kanan 28

Midfield Forward

Pemain tengah Pemain penyerang

Jadual: Panggilan Pemain Dalam Permainan Hoki

Pertahanan: Posisi, Pergerakan dan Formasi

Tugas pemain pertahanan adalah untuk merebut bola daripada pemain penyerang pasukan lawan. Pertahanan nombor 2 dan 3 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah tidak berdiri secara menegak untuk merebut bola daripada lawan mereka. Posisi yang mereka gunakan adalah seperti di dalam gambar Rajah. Seorang pemain pertahanan akan mengawal penyerang yang membawa bola manakala pemain pertahanan yang lain berada di belakang untuk melindunginya. Jika pemain sayap kiri lawan berjaya menghantar bola kepada pemain sayap kanan, pertahan kiri akan bergerak untuk merebut bola daripada pemain itu dan pertahanan kanan turun ke bawah untuk melindungi kawannya. Perlindungan ini amat penting kerana, jika penyerang pihak lawan Berjaya menggelecek pertahanan, tidak ada lagi pemain pertahanan yang boleh menahan penyerang lawan membawa bola terus ke gol.

Melalui pergerakan di atas, pemain pertahanan akan membiarkan penyerang lawan jika ia tidak membawai bola. Pemain tidak perlu risau kerana pemain lawan masih belum mengatasinya. Pemain pertahanan yang berada di bawah, bukan hanya memberi perlindungan kepada bekbek yang lain tetapi juga kepada pemain tengah.

29

Rajah: Posisi bek belakang untuk merebut bola Dalam Rajah, penyerang-penyerang bernombor 7, 8, 9, 10, dan 11 sedang menyerang dengan bola dibawa oleh pemain bernombor 8. Pertahanan kiri telah bergerak ke atas untuk mencabar lawannya dan pertahanan kanan pula telah turun untuk menyokongnya. Jika pemain bernombor 8 menghantar bola kepadapemain bernombor 10, kedua-dua pemain pertahanan akan bergerak seperti yang sudah dinyatakan di atas.

Sekiranya bola itu dihantar kepada penyerang sayap kanan bernombor 7, dia sudah berjaya melepasi pemain pertahanan bernombor 6. Pemain pertahanan lain pula perlu untuk menahannya daripada terus menyerang. Pemain tengah bernombor 4 kemudian perlu bergerak turun untuk memberi sokongan kepada pemain pertahanan bernombor 2. Apa yang perlu dilakukan ialah, tinggalkan penyerang bernombor 11 untuk menahan daripada penyerang bernombor 7 terus mara ke dalam kawasan D yang akan cuba membuat jaringan gol.

30

Rajah:Formasi pemain tengah yang akan melindungi pertahanan belakang

Jika penyerang-penyerang bernombor 7, 8, 9, 10 dan 11 sedang menyerang dengan bola dibawa oleh penyerang sebelah kanan, pertahanan sebelah kiri mesti bergerak ke atas untuk menyekatnya dan pertahanan sebelah kanan pula perlu turun untuk menyokongnya. Dalam situasi pemain bernombor 8 menghantar bola kepada pemain bernombor 10, kedua-dua pertahanan perlu akan bergerak seperti tadi.

Tetapi, sekiranya bola itu telah diberikan kepada penyerang sebelah kanan yang bernombor 7 dan dia sudah melepasi pemain pertahanan bernombor 6, pemain pertahanan yang lain harus memberi sokongan dan menghalang pergerakan lawan. Pemain tengah kanan bernombor 4 pula mesti kemudian bergerak turun untuk memberi sokongan kepada pemain pertahanan bernombor 2. Dia seharusnya meninggalkan penyerang bernombor 11 kerana penyerang bernombor 7 sedang bergerak ke dalam kawasan D untuk melakukan cubaan menjaringkan gol.

31

Rajah: Formasi pergerakan serangan oleh pemain serangan Memberi pertolongan dan pelindungan bukan sahaja menjadi tugas pemain pertahanan tetapi pemain sayap tengah juga turut memainkan peranan yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah. Apabila bola berada di posisi yang bertentangan, pemain sayap tengah mesti bergerak turun untuk melindungi pemain jika perlu. Sambil menyekat hantaran-hantaran kepada sayap lawan atau berlari ke atas untuk merebut bola daripada pemain sayap lawan.

Pemain 40 adalah sayap kiri yang bertanggungjawab untuk menjaga sayap kiri 11x. Jika bola berada di posisi yang bertentangan dengan pemain sayap kanan, iaitu pemain bernombor 4 akan meninggalkan pemain 11 dan mengambil kedudukan menahan yang membolehkannya:

(a) Menyekat hantaran sisip yang jauh kepada pemain sayap kiri daripada pemain sayap kanan. (b) Berlari ke atas dan masih boleh mencabar pemain sayap kiri lawan jika pemain itu telah mendapat bola. (c) Berlari turun ke posisi 4o untuk melindungi bek 20 jika perlu.

32

Rajah: Formasi pergerakan pemain tengah

33

TAJUK 4

KEMAHIRAN TEKNIKAL MENYEDIAKAN GELANGGANG HOKI

4.0 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kemahiran teknikal menyediakan padang hoki. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

4.1 Hasil Pembelajaran

1. menyediakan satu padang hoki yang sempurna, serta beberapa prosedur atau langkahlangkah yang perlu diikut. Setiap prosedur atau langkah-langkah ini perlu diikuti agar proses menyiapkan sebuah padang hoki yang mengikut ukuran yang betul menjadi lancar.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kriteria Penyediaan Gelanggang

Menyediakan Gelanggang Hoki

34

4.2 Prosedur Menyediakan Padang Hoki Padang hoki yang standard berbentuk segi empat tepat dengan ukuran panjangnya ialah 91.40 meter dan lebarnya pula berukuran 55 meter. Garisan panjang ini lebih dikenali dengan nama garisan tepi dan garisan belakang pula merupakan garisan lebar padang hoki tersebut. Setiap padang hoki mempunyai empat bahagian secara keseluruhannya. Setiap dua bahagian dibahagikan dengan garisan tengah, dan dua garisan tadi dibahagikan dengan garisan yang dikenali sebagai garisan 23 meter. Bulatan jaringan pula merupakan satu garisan panjang yang selari dengan garisan gol sepanjang 3.66 meter. Garisan ini ditanda dengan dua suku bulatan berradius 14.63 meter. Bagi suku bulatan sebelah kiri, tiang gol sebelah kiri digunakan sebagai pusat suku bulatan tersebut. Begitu juga dengan sebelah kanan, maka tiang kanan digunakan sebagai pusatnya. Separa bulatan ini lebih dikenali sebagai kawasan D.Selain itu, terdapat juga pukulan penalti yang berukuran 6.4 meter daripada garian gol, dan sudut penalti yang berukuran 5 meter dan 10 meter daripada tiang gol kiri untuk sebelah kiri, dan kana untuk sudut penalti sebelah kanan. Manakala ukuran gol hoki ialah 2.14 meter tinggi dan jarak antara dua tiang gol pula 3.66 meter. Untuk menyediakan satu padang hoki yang sempurna, terdapat beberapa prosedur atau langkah-langkah yang perlu diikut. Setiap prosedur atau langkah-langkah ini perlu diikuti agar proses menyiapkan sebuah padang hoki yang mengikut ukuran yang betul menjadi lancar. Selain itu, pemilihan padang yang sesuai juga amat perlu. Padang yang hendak digunakan mestilah mempunyai keluasan yang lebih daripada sebuah padang hoki, iaitu sekurangkurangnya 92 meter panjang dan 56 meter lebar. Padang yang rata dan tidak berlopak adalah lebih sesuai kerana bola hoki akan bergerak dengan lebih lancar dan kurang halangan. Untuk memudahkan cara membuat satu padang hoki, kita boleh membuat bahagian sebelah padang dahulu. In bermakna kita membuat ukuran 45.70 meter kali 55 meter. Untuk menjadikan padang tersebut bersudut tepat, kila boleh menggunakan teoram pentagoras. Ini bermakna, kita akan mencari garisan silang padang tersebut. 55m, 71.50m, 45.70m.Seterusnya, kita akan menjadikan segi tiga tersebut menjadi satu segi empat tepat

35

yang merupakan separuh daripada kawasan padang hoki tersebut. Selepas itu, kita akan membuat separuh lagi padang tersebut. Ini menjadikan padang hoki yang sempurna mengikut ukuran sebenar 55m dan 91.40m. Selepas siap satu segi empat tepat untuk satu padang hoki, maka kita perlu mencari garisan 23 meter. Untuk mencari garisan 23 meter ini, kita perlu mengukur jarak 22.90 meter daripada garisan belakang. Maka, ini akan menjadikan garisan 23 meter yang mengikut ukuran. 22.90m

Kini padang tersebut sudah pun terbahagi kepada empat bahagian seperti padang hoki yang sebenar. Selepas itu, kita akanmeletakkan tiang gol yang berada tengah-tengah garisan belakang. Panjang tiang gol berukuran 3.66 meter, maka titik tengah tiang gol tersebut ialah 1.83 meter mesti berada pada titik tengah garisan belakang. Garisan tengah titik belakang ialah 27.5 meter.

Selepas meletakkan gol, garisan sudut penalti yang berukuran 5 meter dan 10 meter dari tiang gol sebelah kiri dan kanan di buat. Garisan ini dibuat dengan menarik meter pengukur dari tiang gol dan tandakan padagarisan5meterdan10meter. Seterusnya ialah langkah untuk membuat kawasan D. Kawasan D adalah seperti separa bulatan, tetapi ada garisan lurus yang selari dengan garisan belakang yang berukuran 3.66meter.Buat suku bulatan yang berjejari 14.63 meter berpusat pada tiang gol sebelah kanan. Suku bulatan juga dibuat pada sebelah kiri dengan tiang kiri sebagai pusat dan ukuran jejarinya juga sama.

Seterusnya kita akan membuat kawasan D yang bergaris putus-putus. Caranya juga sama seperti kawasan D, Cuma jejarinya adalah lebih panjang lagi, iaitu ditambah 5 meter. Ini bermakna jejari untuk kawasan Dputus-putusialah19.63meter.Apabila siap pada bahagian kedua-dua padang, ini bermakna padang untuk permainan hoki sudah siap sepenuhnya. Cuma perlu diletakkan bendera pada setiap sudut padang permainan. Bendera ini juga dikenali sebagai bendera sudut. Tinggi untuk tiang bendera ini di antara 120 sentimeter

36

hingga 150 sentimeter. Rajah :Padang Hoki dalam ukuran ela dan kaki

Aktiviti 4.1

Kenal pasti dan bentangkan dengan gambarajah

ukuran padang hoki, kayu hoki,

bulatan jaringan dan pintu golserta tiang-tiang bendera berdasarkan ukuran sentimeter dan meter.

37

TAJUK 5

: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.0 Sinopsis Tajuk 5 akan membincangkan berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran Permainan Hoki yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Selain itu topik ini akan menumpukan strategi penyampaian, penyediaan rancangan pengajaran serta pengajaran mikro.Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan.

5.1 Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti strategi penyampaian 2. menyediakan satu rancangan pengajaran 3. menjalankan pengajaran mikro

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

38

5.2

Strategi Penyampaian Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ; Kebijaksanaan memilih pendekatan Kecekapan merancang kaedah dan teknik Berdasarkan objektifnya

5.2.1 Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan : Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif. Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek. Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut; Kemahiran yang khusus Boleh diukur Boleh dicapai 39

Munasabah Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran. Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait. Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang. Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ; P1- Penerangan (semasa, maklum balas) P2- Praktik (pengelolaan) P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang) P4- Permainan atau pertandingan P5- Penyeliaan atau pembetulan Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu. Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid. Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran. 5.3 Penyediaan Rancangan Pengajaran 40

Panduan untuk Satu Sesi Latihan

Dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) perlu mengandungi empat bahagian, iaitu: a) b) c) d) Memanaskan badan atau satu aktiviti pengenalan Pengajaran kemahiran dan latihan Permainan kecil dimana kemahiran yang telah dipelajari boleh digunakan Menyejukkan badan.

Keempat-empat bahagian yang disebut diatas adalah lebih asas.Komponenkomponen lain juga boleh digunakan semasa sesi latihan seperti latihan berkumpulan untuk melatih kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dan juga untuk latihan kecergasan. Memanaskan badan Bahagian ini adalah untuk menyediakan dari segi fisiologi dan psikologi. Aktiviti-aktiviti yang disedikan harus mendorong pemain menyegarkan badan mereka dan menyediakan mereka untuk aktiviti yang lebih mencabar dan sukar. Oleh itu, motivasi dan mood adalah sangat rendah sebalum sesi latihan bermula. Jadi kerja aktiviti yang sama dan membosankan serta kurang menarik akan menjejaskan tugas jurulatih menyebabkan kerjanya menjadi lebih sukar.Bayangkan jenis permulaan yang biasa digunakan oleh jurulatih iaitu berlari empat pusingan keliling padang.Permulaan seperti ini akan membosankan.Sebagai tenaga pengajar anda harus menggunakan pelbagai jenis pergerakan, bentuk dan aktiviti untuk mengurangkan kesamaan atau kebiasaan.Boleh memulakan sesi ini dengan aktiviti bertanding atau aktiviti berganti-ganti atau permainanmenggunakan kemahiran yang telah diajar lebih awal untuk menggantikan aktiviti berlari empat pusigan keliling padang. Pastikan aktiviti yang dipilih mengandungi banyak pergerakan seperti berlari, meregang dan melentur pada masa memanaskan badan. Pengajaran Kemahiran dan Latihan. Kemahiran baharu diajar apabila pemain sudah memanaskan badan dan sedia untuk belajar. Prinsip-prisip dan langkahlangkah yang digunakan untuk mengajar kemahiran telah dinyatakan lebih awal lagi. Bahagian ini adalah kemuncak pada sesi latihan. Jadi sebagai guru pendidikan jasmani anda 41

harus mengambil banyak perhatian kepada persediaan dan pengelolaan bahagian ini. Selepas mengajar satu kemahiran, tidak bermakna pemain telah memperolehi kemahiran itu dan mereka boleh menggunakannya dendan baik dan berjaya. Ini adalah sebabnya mengapa latihan dijalankan selepas pengajaran.

Latihan melibatkan melatih kemahiran berulangkali, beransur maju; daripada situasi statik ke situasi dinamik; melatih tanpa tentangan (opposition) daripada halangan pasif kepada halangan aktif, latihan fungsian (function training) dan latihan tekanan (pressure training) juga penting digunakan dalam proses menyediakan pemain menggunakan kemahiran baharu. Tidak boleh melakukan semua langkah pada satu sesi. Bilangan peringkat yang akan anda gunakan sebagai guru PJ (jurulatih hoki) untuk mengajar bergantung pada masa yang ada dan kebolehan.

Permainan Kecil atau Permainan Bersyarat (Conditional Games)

Hanya belajar dan berlatih satu kemahiran sahaja tidak mencukupi. Anda mengajar kemahiran untuk digunakan dalam permainan. Jadi satu permainan kecil perlu dikelolakan pada akhir sesi latihan. Permainan ini harus menekankan kepentingan menggunakan kemahiran yang telah diajar dan membiasakan dengan situasi permainan dimana kemahiran itu perlu digunakan.

Sebagai contoh, selepas kemahiran menolak dan menyerkap telah diajar, pemain boleh bermain dalam satu permainan 4 lawan 4 menggunakan hanya kemahiran menolak dan menyerkap sahaja. permainan ini dinamakan permainan kecil kerana ia adalah lebih kecil daripada situasi permainan yang sebenarnya dari segi kawasa bermain, bilangan pemain, masa bermain dan undang-undang yang ditetapkan. Walaupun ia dipanggil permainan kecil ia adalah penting dari segi pembelajaran kemahiran.cBermain di dalam kumpulan kecil member peluang untuk penyertaan yang lebih berkesan dan penyertaan oleh pemain tanpa gangguan daripada terlalu pemain. Menyejukkan Badan Sesi menyejukkan badan harus dilakukan pada akhir setiap sesi latihan dan bukan hanya selepas perlawanan sahaja. Selepas satu sesi, sama ada latihan atau perlawanan, menyejukkan badan yang sempurna akan memulihkan seseorang dengan cepat dan 42

mengurangkan kesakitan akibat keletihan yang dirasai pada hari seterusnya.

Latihan 1 Berdasarkan kepada penerangan format untuk satu sesi penyediaan rancangan pengajaran, sediakan satu rancangan pengajaran harian(RPH) untuk satu sesi latihan kemahiran hoki selama setengah jam(1/2 jam) dengan masa yang ditetapkan untuk setiap bahagian.

5.4 Pengajaran Mikro

1. Konsep Pengajaran Mikro

Mikro bermaksud kecil atau halus

Merupakan aktiviti latihan pengajaran sebelum sesi sebenar pengajaran di bilik darjah

Memberi fokus / tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya akan menjadi satu pengajaran yang lengkap

Terdapatlapan kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro Masa untuk mengajar sesuatu kemahiran : antara 5 10 minit

Bilangan murid : 5 - 10 orang ( rakan pelatih ) sahaja

Rakan pelajar memainkan peranan penting : sebagaimurid dan pemerhati ( untuk menilai kekuatan dan kelemahan guru semasa sesi p&p berlangsung dan seterusnya memberi komenmem bina )

Segala yang

aktiviti dipraktikkan

akan itu

dilihat

untuk

menilai

sama atau

ada (

sesuatu oleh

kemahiran sendiri

memenuhi

konsepnya

tidak

guru

melalui sesi refleksi, rakan-rakan pemerhati dan pensyarah pembimbing ) 43

Tujuan Pengajaran Mikro:

Mempraktikkan setiap pengajaran dalam satu situasi terancang dan dipermudahkan Mempelajari teknik p&p dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks Mengamalkan teori p&p yang baru dipelajari Mengurangkan masalah berbanding dengan pengajaran biasa di sekolah Mengkaji sendiri kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran Membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Melakukan perbincangan selepas sesi pengajaran bagi mengenal pasti kelemahan dan kesalahan dan seterusnya membaikinya Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi pengajaran yang sebenar di kelas Kemahiran-Kemahiran Asas Pengajaran Mikro Kemahiran Set Induksi Kemahiran Variasi Pelbagai Rangsangan Kemahiran Menerang Kemahiran Menyoal Kemahiran Penggunaan Papan Tulis Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Peneguhan Kemahiran Penutup

5.5 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KBSR] 44

Tarikh Masa Tempat

: : :

1 Mac 2012 (Khamis) 0800 - 0830 Padang Bola Sepak Tahun 5 Mesra 30 orang

Tahun(Kelas) : Bilangan Murid:

Tunjang Pembelajaran : 2. Kemahiran Asas Tajuk Subtajuk : a. Hoki : iii. Menguis

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid dapat: Psikomotor : i. menguis bola hoki dengan teknik yang betul dan tepat setinggi 1.5 meter sejauh lima meter sebanyak lapan daripada 10 percubaan. ii. menguis bola hoki dengan teknik yang betul dan tepat dalam situasi permainan ubahsuai dan perlawanan hoki. Kognitif : i. menerangkan urutan kemahiran menguis bola hoki yang betul dan tepat. ii. mengenalpastipasti teknik menguis bola hoki yang sesuai dengan situasi permainan atau latihan. Afektif: i. menunjukkan kesungguhan melakukan aktiviti pembelajaran bersama rakan sebaya. ii. bersedia dan sanggup menerima cabaran aktiviti pembelajaran.

Kemahiran Berfikir:

Membuat sekuen/urutan

Pengalaman sedia ada: Murid-murid sudah belajar kemahiran menolak dalam hoki pada pelajaran lepas Penerapan nilai : Bertoleransi, Bertanggungjawab dan bekerjasama

Penggabungjalinan : Sains BSPP : Bola hoki (15), Kayu hoki (15), bibs (15), skital (30), bola tampar (15), lambaran kerja (30), lap top(1), tali 50 meter panjang (1), dan gambar (5)

BAHAGIAN

AKTIVITI

BUTIRAN 45

ORGANISASI

ALATAN/

/MASA

MENGAJAR/ FOKUS P&P

CATATAN

Memanaskan Badan (3 minit)

1. Latihan bebas menolak bola hoki. 1. Berhadapan dengan rakan. 2. Gunakan teknik kemahiran menolak yang dipelajari pada pelajaran lepas. 3. Tolak bola kepada rakan. 4. Jarak diubah sehingga 15 meter.

Berpasangan Kon (4)

M M M

Bola getah kecil (20) Bola kertas

(16)

M M M

Petunjuk: G Guru M Murid arah tolakan Separuh bulatan DVD Muzik

2. Aktiviti regangan dari kepala ke kaki Lakukan regangan dinamik. (Rujuk lampiran) dari (regangan dinamik) bahagian kepala hingga bahagian kaki. M M M M

Lap-top (1)

Kayu hoki (30)

atau Regangan menggunakan bantuan kayu hoki (rujuk lampiran) Perkembangan Kemahiran (12 minit) menguis 46 Petunjuk: G = Guru M = Murid Semasa demonstrasi Separuh bulatan

1. Letak bola di 1.0 Demonstrasi hadapan kaki hadapan. 2. Berdiri dengan kaki menampung berat badan sehingga kayu hoki diletakkan di bawah bola, sebelum berat badan dipindahkan ke kaki hadapan (supaya bola dapat diluncurkan dengan baik untuk melakukan sesuatu hantaran panjang atau jaringan). 3. Semasa menguis, satu pergerakan putaran yang cepat dengan pergelangan tangan menghasilkan kuisan itu berputar. 4. Semasa menyentuh bola, kayu hoki hendaklah menghadap ke atas sedikit.(Bahagian rata kayu 47 Berpasangan(Dua M M M Petunjuk: G M = guru = murid G M M M M M M M

Kayu hoki (30) Bola Tampar (15) Skital (30)

hoki adalah tempat barisan memanjang) Latih Tubi 1 - Menguis secara bayangan (tanpa bola) 5. Semasa menguis, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh. Sentuhan bermula dengan sebelah kanan bola, kemudian Latih Tubi 2 - Menguis bola hoki sebelah bawah bola, sebelah kiri bola dan akhirnya kuis dengan jari kayu hoki. M M M M G M M M M Berpasangan (Berhadapan dengan rakan) Kayu hoki (30) Bola Tampar (15) Skital (30) Tali 50 meter panjang (1) 1. Lakukan aksi menguis bola menggunakan teknik dalam langkah-langkah nombor 1 hingga nombor 5 di atas tanpa menggunakan Latih Tubi 3 - Bergerak bola) 2. Lakukan secara 48 M M M M Kayu hoki (30) Berpasangan (Berhadapan dengan rakan) Petunjuk: G M = guru = murid M M M M yang digunakan untuk melakukan putaran. G M M M M

tiga langkah dan menguis bola hoki

perlahan dahulu dan kemudian dengan kelajuan biasa. 2. Lakukan sebanyak 15 kali percubaan. 1. Berhadapan dengan pasangan. 2. Kuis bola menggunakan teknik dalam langkah-langkah nombor 1 hingga nombor 5 di atas.

Bola hoki (15) M M M M Skital (30) Tali 50

Petunjuk: G M = guru = murid

meter panjang (1)

3. Lakukan sebanyak 15 kali percubaan. 4. Pelbagaikan - jarak (dekat kepada jauh) - menggunakan pelbagai saiz bola (bola besar kecil atau ringan kepada berat)

1. Berdiri tiga langkah di belakang bola. 49

2. Bergerak tiga langkah dan menguis bola hoki menggunakan teknik yang telah dipelajari. 3. 15 kali percubaan secara perlahan. 4. 15 kali percubaan secara cepat. Kemuncak (5 minit) Perlawanan Bersyarat - Mini Hoki 5 lawan 5 Melambung, berpusing dan menyambut bola kecil 1. Setiap ahli pasukan dikehendaki menghantar bola dengan cara menolak dan menguis kepada rakan dan seterusnya menjaringkan gol dengan teknik menguis ke dalam B1 gelung pihak lawan yang diletakkan 3 meter di luar kawasan permainan. 2. Gol hanya dikira apabila bola jatuh ke dalam gelung sahaja. Bola yang bergolek atau 50 A1, A2 - pemain pasukan A B1, B2 - pemain pasukan B gelung (gol) B3 B2 A3 A5 B5 A2 Skital (12) A1 A4 B4 Gelung rotan (6) Enam pasukan (5 orang) 5 orang lawan 5 orang Selepang dalam kawasan padang permainan seluas 10 meter X 20 meter Bola getah kecil (6) berwarna (36)

melantun ke dalam gelung tidak dikira gol. 3. Selepas jaringan gol permainan hendaklah dimulakan oleh pihak yang dijaringkan di hadapan gelung pasukan.

4. Pemain hanya dibenarkan menolak dan menahan bola. mengelecek tidak dibenarkan. 5. Setiap pemain hanya dibenarkan menyentuk bola sebanyak tiga kali berturut-turut sahaja. Selepas itu bola tersebut mesti dilepaskan atau dihantar kepada rakan sepasukan. 6. Pasukan yang menjringkan gol terbanyak menjadi pemenang. Penutup 1. 1. Joging selama 51 Dalam bentuk ladam

(5 minit)

Menyejukkan satu minit Badan 2. Aktiviti gerak kendur sama dengan memanaskan badan tetapi kira hingga empat sahaja. 3. Kiraan sehingga empat sahaja. 4. Tarik nafas dan 2. Rumusan Pelajaran 2.1 Rumusan kognitif & Seorang murid yang Psikomotor telah melakukan kemahiran dengan cara yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran dimintamurid menerangkan sambil menunjukkan teknik menguis bola hoki yang betul dan tepat . (Rujuk butiran mengajar bahagian 2.2 Rumusan Afektif demonstrasi) Gambar dipamerkan. Fungsi daya yang dikenakan ke atas 52 hembus perlahan tiga kali.

kuda

G M M M M M M M M M Kayu Hoki (1) Bola Hoki (1) Petunjuk: Gambar urutan G M = Guru = Murid pergerakan kemahiran menguis bola hoki

Penerapan Nilai - Pujian / Teguran

bola hoki supaya dapat melambung.

Kita perlu bertoleransi dengan rakan yang tidak begitu pandai atau cepat dalam permainan.

3. Kerja Susulan

Salah satu sebab kejayaan dalam sesuatu aktiviti adalah kerjasama dan tanggungjawab ahli dalam pasukan.

Lukiskan gambarajah urutan perlakuan kemahiran menguis bola hoki.

Latihan 5.1

1.

Rancangkan satu rancangan pengajaran harian (RPH) selama 30 minit untuk kemahiran permainan hoki berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5.

TAJUK 6

: KAEDAH PENILAIAN 53

6.0 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang spesifikasi penilaian dan rubrik pemarkahan bagi permainan badminton serta menyatakan cara melaksanakan penilaian sesuatu kemahiran. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti.

6.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. merancang dan menyenaraikan kriteria kriteria penilaian memahami dan melaksanakan cara membuat penilaian dalam pengajaran permainan hoki

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kaedah Penilaian

Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan

6.2 Prosedur Perlaksanaan Ujian Amali Hoki 54

BIL

AKTIVITI

TEMPOH

TINDAKAN

1
2

Perancangan pelaksanaan ujian amali

1 minggu

Guru PJK

Taklimat Ketua Penitia PJK kepada guru PJK yang membuat penilaian

Sehari

Ketua Penitia PJK

Pentaksiran Berasaskan Sekolah / pemantauan

2 Hari

Ketua Penitia PJK /Guru PJK Pelajar Guru PJK

Sesi refleksi

1 hari

Mencatat markah dalam folder murid dan membuat tindakan susulan

2 hari

Guru PJK

55

6.3

SPESIFIKASI PENTAKSIRAN HOKI

Pelaksanaan Penilaian Komponen

Hasil Pembelaja ran Genggam kedua a. Peserta mula belah tangan membuat ujian rapat memegang menolak bola pangkal kayu Berdiri kaki rapat apabila telah dan berat badan bersedia. lebih berada di kaki belakang. b. Hanya 5 Bahu kiri percubaan menghala ke arah pukulan. diberi Bongkokkan c. Gunakan skor badan sedikitdan mata yang disediakan memandang bola. Pukul bola Alatan : dengan kuat di 10 biji bola hoki belakangnya Berat badan 10 skitel dipindahkan ke kaki hadapan semasa memukul bola. Kayu turut ikut lajak dan mata memerhatikan bola yang bergerak Indikator Prestasi Prosedur Markah

Memukul

KEMAHIRAN HOKI

56

Menolak

Tangan kiri a. Peserta mula pegang membuat ujian bahagian atas menolak bola kayu, tangan kanan di tengah apabila telah kayu bersedia. Hujung kaki hadapan b. Hanya 5 mengarah percubaan sasaran. Badan direndahkan diberi Bahu kiri mengarah ke c. Gunakan skor sasara yang disediakan Bola ditolak dengan meluruskan Alatan : tangan kanan dan ikut lajak. 10 biji bola hoki 10 skitel Genggam kayu dengan keduadua belah tangan berjarak dan longgarkan genggaman tangan kanan Rendahkan badan (condong) dengan lutut bengkok Mata memerhatikan bola yang dikawal (tumpuan) Aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang Bola sentiasa di hadapan dengan jarak terkawal a. Apabila wisel dibunyikan, peserta mula melakukan ujian . b. Hanya 5 percubaan diberi c. Gunakan skor yang disediakan Alatan : 10 biji bola hoki 10 skitel

Mengelece k

Menerima dan

Mengadap bola, berdiri kaki dibuka seluas bahu mata pandang bola

a. Apabila wisel dibunyikan, peserta mula melakukan ujian .

57

mengawal

b. Hanya 5 Badan percubaan direndahkan diberi dengan membengkokkan c. Gunakan skor yang disediakan lutut Semasa bola disentuh, Alatan : 10 biji genggaman dikemaskan dan bola hoki sudut kayu 10 skitel dicondongkan ke hadapan Badan bongkok sedikit dan serap daya

6.3.1

RUBRIK PENTAKSIRAN HOKI

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang (14 - 20 Markah) Genggam kedua belah tangan rapat memegang pangkal kayu Berdiri kaki rapat dan berat badan lebih berada di kaki belakang. Bahu kiri menghala ke arah pukulan. Bongkokkan badan sedikitdan mata memandang bola. Pukul bola dengan kuat. Berat badan dipindahkan ke Sederhana ( 7 - 13 Markah) Kedua belah tangan tidak digenggam rapat dan memegang pangkal kayu Berdiri kedua kaki tidak rapat dan berat badan berada di kaki belakang. Bahu kiri menghala ke arah pukulan. Badan tidak dibongkokkan sedikit dan mata memandang bola. Bola tidak dipukul dengan kuat Berat badan tidak dipindahkan ke kaki hadapan semasa memukul bola. Kayu tidak ikut lajak dan mata memerhatikan bola Lemah ( 1- 6 Markah) Kedua belah tangan tidak digenggam rapat dan tidak memegang pangkal kayu Berdiri kedua kaki tidak rapat dan berada terlalu jauh dengan bola. Berat badan tidak berada di kaki belakang. Bahu kiri tidak menghala ke arah pukulan. Badan terlalu tegak dan mata tidak memandang bola. Bola tidak dipukul dengan kuat. Berat badan tidak dipindahkan ke kaki hadapan semasa memukul bola. Kayu tidak ikut lajak dan mata tidak memerhatikan bola yang bergerak

Memukul

58

kaki hadapan semasa memukul bola. Kayu turut ikut lajak dan mata memerhatikan bola yang bergerak

yang bergerak

Menolak

Tangan kiri pegang bahagian atas kayu dan tangan kanan di tengah kayu *(jari telunjuk tangan kanan menyokong kayu serta menunjuk ke arah bawah kayu) dengan kemas/betul. Hujung kaki kiri hadapan mengarah sasaran. Badan direndahkan. Bahu kiri mengarah ke sasaran. Bola ditolak dengan meluruskan tangan kanan dan ikut lajak. Dapat melakukan 3 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul

Teknik memegang kayu yang ditunjukkan kurang kemas. Hujung kaki hadapan tidak mengarah sasaran. Badan tidak direndahkan. Selepas menolak bola tangan tidak lurus (ikut lajak). Hanya dapat melakukan 2 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat.

Teknik memegang kayu yang ditunjukkan tidak kemas. Hujung kaki hadapan tidak mengarah sasaran. Badan tidak direndahkan. Selepas menolak bola tangan tidak lurus (ikut lajak). Hanya dapat melakukan 1daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat.

59

dan tepat. Menggelecek Genggam kayu dengan kedua-dua belah tangan berjarak dan longgarkan genggaman tangan kanan. Rendahkan badan (condong) dengan lutut bengkok. Mata memerhatika n bola yang dikawal (tumpuan). Aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang. Bola sentiasa di hadapan dengan jarak terkawal. Kedua-dua belah tangan yang mengenggam kayu kurang dijarakkan serta gengaman terlalu ketat. Tidak merendahkan badan (condong) dan lutut kurang bengkok. Mata kurang memerhatikan bola yang dikawal (tumpuan). Kurang Aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang. Kedua-dua belah tangan yang mengenggam kayu kurang dijarakkan serta gengaman terlalu ketat. Tidak merendahkan badan (condong) dan lutut kurang bengkok Mata kurang memerhatikan bola yang dikawal (tumpuan) Kurang Aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang

Bola tidak di hadapan dengan jarak yang kurang terkawal. Hanya dapat melakukan 2 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat..

Bola tidak di hadapan dengan jarak yang kurang terkawal Hanya dapat melakukan 1 daripada 3 percubaan yang diberi dengan tepat

Menerima dan mengawal

Dapat melakukan 3 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat.. Mengadap bola, berdiri kaki dibuka seluas bahu mata pandang bola. Badan direndahkan dengan membengko

Kurang mengadap bola, kedudukan kaki tidak dibuka seluas bahu dan mata kurang memandang bola. Badan kurang direndahkan serta kurang membengkokkan lutut.

Tidak mengadap bola, kedudukan kaki tidak dibuka seluas bahu dan mata tidak memandang bola. Badan tidak direndahkan serta tidak membengkokkan lutut Semasa bola disentuh, genggaman tidak

60

kkan lutut. Semasa bola disentuh, genggaman dikemaskan dan sudut kayu dicondongka n ke hadapan. Badan bongkok sedikit dan serap daya. Dapat melakukan 3 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat..

Semasa bola disentuh, genggaman dikemaskan dan sudut kayu dicondongkan ke hadapan. Badan bongkok sedikit dan serap daya Hanya dapat melakukan 2 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat.

dikemaskan dan sudut kayu tidak dicondongkan ke hadapan Badan bongkok sedikit dan serap daya Hanya dapat melakukan 1 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat.

6.3.2 RUBRIK PENTAKSIRAN SAHSIAH


Cemerlang KOMITMEN TUGASAN DAN SAHSIAH (10 Markah) Menunjukkan komitmen,sahsiah dan kolaborasi yang tinggi terhadap tugasan yang diberi. Ada komitmen,sahsiah dan kolaborasi terhadap tugasan. Kurang menunjukkan komitmen,sahsiah dan tiada kolaborasi. ( 8 10 Markah) Sederhana ( 4 7 Markah) Lemah ( 1 3 Markah)

Aktiviti 6.1

1.

Buat satu penilaian untuk satu kemahiran permainan hoki dikalangan murid anda dan buat rumusan prestasi mereka.

1.

Sediakan satu prosedur pentaksiran untuk bidang sikap dan sahsiah.

61

TAJUK 7

: PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN.

7.0 Sinopsis Tajuk 7 akan membincangkan berkaitan pengurusan dan pengelolaan pertandingan dalam Permainan Hoki yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Selain itu topik ini akan menumpukan kepada pembentukkan jawatankuasa, system pertandingan serta kepengadilan dan kepegawaian.Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan

7.1 Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. Mengetahui pembentukkan jawatankuasa 2. Mengenali system pertandingan 3. Mengetahui kepengadilan dan kepegawaian

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan

Pembentukan jawatankuasa

Sistem pertandingan

Kepengadilan dan kepegawaian

62

7.3 Pembentukan Jawatankuasa ( Contoh ) JAWATAN KUASA BAGI KEJOHANAN HOKI PIALA PUSINGAN PERINGKAT DAERAH BIL NAMA 1 Sathiskumar a/l Supramaniam 2 Mohamad bin Abd Samat 3 Zainal Abidin bin Yahaya 4 Mohd Fozi bin Hasim 5 Rosly bin Ahmad 6 Pubalan a/l Ramachandran 7 Ab Khalid bin Yahya 8 Nor Azni bin Shuib 9 Ramli bin Othman 10 Lee Chong Wei 11 Zahari bin Zainol 12 Hong Pang Kiat 13 Hasniah binti Md Saboo 14 Saravanan a/l Ramachandran 15 Rahimah binti Akib 16 Ghazali Abd Hamid 17 Zakiah Hanim Abd Rahman 18 Mohd Hasri Hassan 19 Yehambram a/l Suppan 20 Mansor bin Mat Isa JAWATAN Pengerusi Naib Pengerusi PTPS Setiausaha Naib Setiausaha/Sambutan Bendahari AJK Panel Pemilihan/Data AJK Persiapan Gelanggang AJK - Juruacara AJK Persiapan Gelanggang AJK Persiapan Gelanggang AJK Persiapan Gelanggang AJK Hadiah AJK Hadiah AJK Sambutan AJK Persiapan Gelanggang AJK Juruacara AJK Data /Persiapan Gelanggang Ketua Pengadil AJK Minuman SEKOLAH Unit Sukan,JPN PPD Utara Tengah

Catatan : AJK juga bertugas sebagai pengadil pertandingan. KETUA UNIT SUKAN 7.3.1 Bidang Tugas Jawatankuasa i. Pengerusi mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat; meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. Naib Pengerusi membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi; 63

ii.

mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi; dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 16 iii. Setiausaha mengurus hal-hal surat menyurat; mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan- kegiatan; mencatat kehadiran ahli; menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. iv. Penolong Setiausaha membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya; dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. Bendahari bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab; melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya; menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya; melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa; menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung; dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. Penolong Bendahari membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya; dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

v.

vi.

vii. Ahli Jawatankuasa membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan; mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. viii. Pemeriksa Kira-Kira memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya; dan memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul. 64

17

Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Guru penasihat perlulah memberi maklumat dan dorongan

kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.

KEJOHANAN HOKI PIALA PUSINGAN DAERAH


KELOLAAN JAWATANKUASA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEKOLAH:. ALAMAT SEKOLAH: . NO.FAX: NO. TEL: NAMA PENGURUS : TEL. PENGURUS: BIL NAMA KAD PENGENALAN TARIKH LAHIR

TANDATANGAN PENGETUA/GURU BESAR COP SEKOLAH ..

65

7.3 SISTEM PERTANDINGAN Mempelajari sistem-sistem pertandingan Jenis atau sistem pertandingan yang sesuai untuk sesuatu majlis adalah b gantung kepada beberapa faktor yang saling berkait. Sese orang pengell perlu memikirkan perkara-perkara berikut: 1 Tujuan pertandingan. 2 Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan. 3 Peruntukan kewangan yang disediakan. 4 Tenaga/Sumber personel untuk menguruskan pertandingan. 5 Kemudahan yang sedia ada. 6 Bilangan Pasukan/Peserta (Petanding) yang mengambil bahagian.

7.3.1 Sistem Liga Sekiranya peruntukan masa dan kemudahan untuk menjalankan pertandingan mencukupi, maka cara liga merupakan jenis pertandingan yang sangat sesuai dan digalakkan. Pertandingan cara liga adalah berpandu prinsip bahawa setiap petanding akan bertemu dengan setiap petanding yang lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan. Jumlah bilangan p lawanan bagi setiap petanding adalah sama. Lazimnya, petanding yang berjaya memperoleh kemenangan yang banyak sekali menjadi johan. Ini bererti kelebihan jenis pertandingan liga ialah ia menghasilkan johan yang sebenar-

benarnya. Berbanding dengan pertandingan jelas kalah-mati sekali, pertandingan liga tidak menyingkirkan sesuatu petanding dari pertanding apabila tewas dalam perlawanan pertama. Sistem Liga Biasa dilakukan mengikut keperluan masa yang diberikan dan bilangan penyertaan. Jika masa yang diberikan tidak dapat menampung bilangan penyertaan maka perlawanan akan di lakukan dalam bentuk Liga Berkumpulan. Lihat Rajah. BI L 1 2 3 4 5 MERAH KUNING BIRU HIJAU PUTIH 4 4 4 4 4 66 4 2 2 1 0 0 1 1 0 0 0 1 1 3 4 16 10 9 -3 -14 12 7 7 3 0 PASUKAN MAIN MENANG SERI KALAH AVG MATA

POS

Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan.Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu :

(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata.

(b) Pertandingan melawan individu lain.

Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

Jenis pertandingan Masa yang diperlukan Alatan dan kemudahan yang ada Agihan perlawanan yang adil Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan Kewangan Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan.

Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:

67

Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan 4kumpulan) Pertandingan kalah mati Pertandingan cabar mencabar

Pertandingan berbentuk kejohanan


Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada. Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti olahraga, renang dan gimnastik.

Sistem Liga
(Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Contoh bilangan perlawanan

Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah :

N(N-1) 2

di mana N = jumlah pasukan yang mengambil bahagian

Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian

N (N-1) 2

6 (6-1) 2

68

= 6x5 2

= 30 2

= 15 perlawanan

Atau

Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, Potongkan angka tertinggi iaitu 6 Campurkan kesemua nombor tersebut Jumlah yang diperolehi ialah 15 Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15.

Contoh penyusunan pertandingan liga

Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1 dikekalkan kedudukannya, manakala angkaangka lain akan beralih mengikut pusingan jam atau sebaliknya.

Contoh:

1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4 atau

1 lwn 2

6 lwn 3

5 lwn 4

Contoh susunan perlawanan 6 pasukan:

1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4

1 lawan 6 5 lawan 2 4 lawan 3

1 lawan 5 4 lawan 6 3 lawan 2

69

susunan perlawanan 1

susunan perlawanan 2

susunan perlawanan 3

Contoh menentukan kedudukan

Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut dalam jadual 1 : P - Jumlah pertandingan M - Bilangan menang S - Bilangan seri K - Bilangan kalah J - Bilangan jaringan dibuat G - Bilangan gol kena

Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri satu mata dan kalah tiada mata.

Jadual 1 : Menentukan Kedudukan

Pasukan Pahlawan Perkasa Perwira Panglima

P 3 3 3 3

M 2 2 1 0

S 1 1 0 0

K 0 0 2 3

J 9 5 2 0

G 1 0 9 5

Mata 5 5 2 0

Kedudukan 1 2 3 4

7.3.2 Sistem Separuh liga


(a) Liga 4 Kumpulan

Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih)


Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam 70

pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :-

Kumpulan A 1. Johan 2. Undi 3. Undi 4. Undi

Kumpulan B 1. Naib Johan 2. Undi 3. Undi 4. Undi

Kumpulan C 1. Ketiga 2. Undi 3. Undi 4. Undi

Kumpulan D 1. Keempat 2. Undi 3. Undi 4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua ( suku akhir)


Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7.

ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

71

(b) Liga 3 kumpulan

Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan)


Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Kumpulan A 1. Johan 2. Undi 3. Undi

Kumpulan B 1. Naib Johan 2. Undi 3. Undi

Kumpulan C 1. Ketiga 2. Undi 3. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua
72

i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua ditempatkan dalam Kumpulan Y.

iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya. Contoh:

Kumpulan X

Kumpulan Y

Johan B

Johan A

Naib Johan A

Johan C

Naib Johan C

Naib Johan B

Pusingan akhir
Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan. Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4.

(c) Liga 2 kumpulan

Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan)


Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B. 73

Kumpulan A 1. Johan 2. Tempat ke-4 3. Undi 4. Undi

Kumpulan B 1. Naib Johan 2. Tempat ke-3 3. Undi 4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua

Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara kalahmati.

Pusingan akhir
Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib johan. Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga 74

dan keempat.

(d) Liga 1 kumpulan

Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan.

Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.

Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan apabila :

(i) Bilangan pasukan yang kecil (ii) Masa (iii) Sumber kewangan (iv) Kemudahan dan (v) Bilangan pegawai

7.3.3

Pertandingan kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali.

(a) Kalah mati sekali

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

(b) Bilangan peserta menunggu/bye

75

Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Contohnya: 14 pasukan bertanding

Bilangan penyertaan 14 pasukan Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16 Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/bye Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah. Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

(ii) Bilangan perlawanan

Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan. (iii) Penempatan pilihan atau seeded Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut :

Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan: Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas. Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di 76

atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

7.4 Kepegawaian dan Kepengadilan (Contoh) UNDANG-UNDANG ASAS CONTOH UNDANG-UNDANG ASAS PERMAINAN HOKI 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Hoki Antarabangsa(FIH) yang sedang dikuatkuasakan dan akan diikuti sapanjang masa kejohanan ini. 2. PERATURAN PERTANDINGAN Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini. 3. PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PEMAIN Mengikut Peraturan Am Sukan MASUM (Perkara 3.0). 4. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI 4.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum 18 orang pemain serta dua (2) orang pegawai di dalam Borang Pendaftaran Perlawanan seperti berikut:4.1.1 Pemain - 18 orang 4.1.2 Pengurus - Seorang (1) 4.1.3 Jurulatih - Seorang (1) 4.2 Borang Pendaftaran Pemain dan Borang Pendaftaran Perlawanan 4.2.1 Borang Pendaftaran Pemain yang lengkap dengan nama peserta dan lain-lain maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sebelum Taklimat Pengurus Pasukan. Sebarang pertukaran pemain tidak dibenarkan selepas taklimat tersebut. 4.2.2 Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada pegawai teknikal yang bertugas di meja teknikal 15 minit sebelum perlawanandimulakan. 4.2.3 Hanya pemain yang berdaftar di dalam Borang Pendaftaran Pemain sahaja dibenarkan mendaftar di dalam Borang Pendaftaran Perlawanan. 4.2.4 Semua borang hendaklah ditandatangani dan disahkan oleh Pengarah Sukan atau Ketua Pusat/ Unit Sukan universiti berkenanan. 5. PAKAIAN DAN WARNA PASUKAN 5.1 Setiap pasukan diminta menyediakan dua (2) set pakaian pasukan yang berlainan warna. Pakaian warna ini hendaklah meliputi seperti berikut: 77

5.1.1 Baju 5.1.2 Seluar 5.1.3 Stoking 5.2 Nombor jersi mestilah terdiri daripada nombor satu (1) hingga nombor 18 sahaja. 5.3 Sekiranya pengadil mendapati kedua-dua pasukan dalam sesuatu perlawanan memakai jersi yang mengelirukan, home team/first mention team wajib menukarwarna jersi. 5.4 Penjaga gol diwajibkan memakai face mask/goalkeeper helmet. 5.5 Semua pemain diwajibkan memakai shin pad ketika bermain. 5.6 Pakaian yang sesuai untuk pemain hoki. 6. PENGADIL Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bermuladaripada pusingan awal hingga ke perlawanan akhir. 7. TEMPAT PERTANDINGAN (VENUE) DAN NOMBOR PERTUKARAN Tempat pertandingan (venue) akan disediakan dan ditentukan oleh JawatankuasaPengelola dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh (FIH) Menubuhkan Jawtankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kecil. Bagi menyediakan kejohanan peringkat kelab atau komuniti perumahan kita tidak perlu untuk membuat satu jawatankuasa yang besar. Ini memandangkan kepada corak pertandingan yang akan dilakukan. Kalau kita membuat kejohanan satu sukan sahaja seperti Kejohanan hoki 9 Sebelah maka jawatankuasa yang diperlukan tidaklah besar. Tetapi jika kita membuat kejohanan berbentuk karnival yang melibatkan beberapa jenis sukan maka kita perlu menubuhkan jawatankuasa yang lebih besar. Contoh Jawatankuasa Pengelola bagi kejohanan satu sukan adalah seperti berikut: Jawatankuasa Pengelola Sekretariat Kejohanan Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan Jawatankuasa Kecil Kewangan i) Mengenalpasti peranan Jawatankuasa-Jawatankuasa Yang Telah di Bentuk Sekretariat Kejohanan a. b. Pentadbiran Hadiah dan Cenderamata 78

c. d. e. f. g. h.

Upacara Pembukaan dan Penutupan Makan dan Penginapan Perubatan dan Kawalan Doping Keselamatan dan Kawalan Trafik Pengangkutan Jemputan, Sambutan dan Protokol

Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan a. b. c. d. e. f. Pengadil dan Pegawai Teknikal Sistem Pertandingan dan Peraturan Pertandingan Penyertaan Kemudahan dan Peralatan Sukarelawan Teknologi Maklumat

Jawatankuasa Kecil Kewangan a. b. c. Kewangan Promosi, Publisiti dan Siaraya Tajaan dan Pemasaran

Struktur Jawatankuasa Kecil boleh dibentuk seperti berikut: a. b. c. Pengerusi Setiausaha Ahli-Ahli (Bilangan ahli mengikut keperluan jawatankuasa tersebut)

Dalam peringkat kelab atau Jawatankuasa Komuniti Perumahan kita tidak perlu membentuk terlalu banyak Jawatankuasa Kecil kerana ini akan menyusahkan perjalanan kejohanan. Kadang-kala kita lihat diperingkat ini setiausaha memainkan peranan penting dan di panggil One Man Show.

Jawatankuasa Kecil dalam peringkat ini ialah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan. Jawatankuasa ini yang akan menentukan kejohanan itu berjalan dengan lancar atau tidak. Jika jawatankuasa ini mempunyai satu pasukan yang baik 79

dan cekap maka mereka akan dapat menjalankan pertandingan dengan baik dan mendapat pujian dari semua yang terlibat. Jika jawatankuasa ini lemah maka kejohanan tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan akan mendapat cemohan dari pegawai dan peserta..

ii) Membuat senarai semakan kerja Sekretariat a. Bertanggungjawab sepenuhmasa kepada Jawatankuasa

Pengelola/Induk sukan tersebut. b. Menyelaras dan membantu semua Jawatankuasa Kecil bagi menentukan semua tindakan mengikut jadual dan perancangan. c. d. e. f. g. Menghadiri di dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil Menyediakan garis panduan tugas bagi semua Jawatankuasa Kecil. Menyediakan Jadual Kejohanan dan Jadual Tindakan Kerja. Menempah kad jemputan dan membuat buku cenderamata. Mengawalselia semua Jawatankuasa Kecil dengan memberikan

maklumat dan panduan yang diperlukan. h. Menentukan semua surat menyurat dan pentadbiran sekretariat dapat berjalan lancar. i. Membuat perhubungan dengan semua Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan dan pihak swasta yang terlibat untuk melicinkan perjalanan tugas. j. Membuat bajet untuk keperluan pengelolaan pertandingan dan meminta Jawatankuasa Kecil memberikan anggaran perbelanjaan mereka.

Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan a. Bertanggongjawab sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pengelola/Induk sukan tersebut segala yang berkaitan dengan perjalanan pertandingan. b. c. Membuat bajet bagi keperluan untuk menjalankan pertandingan tersebut. Menyediakan Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan dan Sistem Pertandingan bagi sukan yang akan dipertandingkan. d. e. Menentukan jumlah penyertaan atau penyertaan tidak terhad. Menentukan jumlah acara yang akan di pertandingkan. 80

f. g. h.

Menentukan bilangan pingat yang perlu disediakan. Menentukan bilangan pengadil dan pegawai teknikal yang diperlukan. Menentukan diperlukan. jumlah pembantu teknikal dan sukarelawan yang

i. j.

Menentukan borang penyertaan dan borang teknikal disedikan. Menempah dan Menentukan tempat pertandingan dan latihan dapat digunakan dengan selamat.

k. l. m. n.

Menyediakan Jadual Pertandingan. Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat pengurus pasukan. Mengendalikan perjalanan kejohanan mengikut jadual. Bertanggungjawab atas hospitality di venue pertandingan termasuk makan dan minum pegawai teknikal.

o.

Menentukan elaun pegawai teknikal dan sukarelawan dijelaskan sebelum tamat kejohanan.

p. q.

Membuat laporan kejohanan dan keputusan resmi. Memastikan semua kemudahan termasuk peralatan untuk kejohanan mencukupi bagi menjalan kejohanan tersebut.

r.

Memastikan kemudahan asas seperti tandas dan tempat pertandingan bersih dan boleh digunakan dengan selesa.

s.

Menyediakan peralatan keperluan sekretariat teknikal dan keputusan dapat menggunakan kemudahan asas seperti computer, telefon, fax dan mesin pendua.

t.

Bekerjasama dengan sekretariat/JKK Penyampaian Hadiah bagi upacara penyampaian hadiah.

u.

Memastikan semua sukarelawan diberikan taklimat mengenai tugas mereka masing-masing dan tatatertib mereka semasa kejohanan.

81

Aktiviti 1. Sediakan satu jadual pertandingan Liga dan kalah mati untuk 10 pasukan yang menyertai kejohanan pertandingan antara rumah sukan Sek Kebangsaan B.

Tugasan Terarah 1 Rancang dan anjurkan satu kejohanan hoki antara rumah sukan di sekolah anda. Format kejohanan adalah berdasarkan format kejohanan peringkat daerah antara sekolah-sekolah dikawasan anda. Segala bahan seperti kertas kerja, minit mesyuarat, pelaksanaan (bukti bergambar) dan laporan hendaklah disediakan dalam bentuk folio.

Rumusan Dalam modul ini, pelbagai perkara mengenai permainan hoki telah dibincangkan antaranya ialah sejarah perkembangan permainan badminton, undang-undang dan peraturan permainan hoki, kaedah pengajaran dan pembelajaran, cara

menyediakan padang hoki, penilaian, dan pengurusan pengelolaan pertandingan. Topik-topik ini dapat menbantu pembaca menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam permainan sukan hoki.

82

Anda mungkin juga menyukai