Anda di halaman 1dari 248

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MANUAL LATIHAN

MANUAL LATIHAN

PROSTAR

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Manual Latihan PROSTAR. ISBN 983-9417-48-7 1. AIDS (Diseases)-Prevention-Handbooks, manuals, etc. 2. HIV infections-Handbooks, manuals, etc. I. Malaysia. Kementerian Kesihatan. Cawangan AIDS/STD.

Cawangan AIDS/STD Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia Tingkat 1, Blok A, Jalan Cenderasari 50490 Kuala Lumpur Tel: 03-26946601 Faks: 03-26946482 http://www.prostar.com.my

Dicetak oleh: AG Grafik Sdn Bhd No. 24, Jalan Mawar Taman P. Ramlee Setapak, 53000 Kuala Lumpur

SEKALUNG BUDI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Saya mengambil kesempatan ini menghulurkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan penyunting Manual Latihan PROSTAR. Setelah tujuh tahun Latihan PROSTAR dilaksanakan di seluruh negara, lebih 50,000 orang remaja telah dapat dilatih. Namun, seiring dengan perkembangan program PROSTAR, keperluan latihan turut sama mengalami perubahan. Dua manual baru iaitu Manual Latihan Fasilitator PROSTAR dan Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR telah dibentuk pada tahun ini. Ini merupakan tambahan kepada dua manual latihan sedia ada iaitu Manual Latihan Remaja PROSTAR dan Manual Latihan PROSTAR Sekolah menjadikan jumlah keseluruhan manual untuk program latihan PROSTAR kepada empat jenis. Manual latihan PROSTAR ini merupakan kompilasi daripada ke empatempat manual latihan PROSTAR ke dalam satu buku. Saya berharap manual ini akan dijadikan panduan kepada fasilitator PROSTAR dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Di samping itu, manual ini juga diharap dapat memudahkan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain anggota yang terlibat dengan program PROSTAR terutamanya pegawai-pegawai penyelaras serta fasilitator membuat rujukan dan mengetahui perkembangan skop aktiviti PROSTAR yang juga meliputi rangkaian pusat jagaan dan perkhidmatan serta aktiviti outreach kepada remaja khususnya yang berisiko. Alhamdullilah, pada tahun 2003, Manual Latihan ini dapat dibukukan dan sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan usaha yang dilaksanakan, remaja Malaysia terbimbing dan AIDS terbendung. Sekian Wassalam.

Tan Sri Datu Dr. Hj. Mohamad Taha bin Arif Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Edisi Pertama 2003


Pengguna manual ini bebas membuat salinan penerbitan dengan memaklumkan kepada sumber.

Manual ini adalah hasil gabungan daripada keempat-empat Manual Latihan PROSTAR iaitu: 1) 2) 3) 4) Manual Latihan Fasilitator PROSTAR Manual Latihan Remaja PROSTAR Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR Manual Latihan PROSTAR Sekolah

SENARAI PENYUMBANG: Dr. Abdul Rasid Kasri Pn. Suraiya Syed Mohamed Dr. Anita Suleiman Dr. Mahanim Md Yusof Dr. Hayati Abdullah Dr. Shaari bin Ngadiman En. Mohd. Nasir Abdullah En. Mohd Yusof Pandak En. Zuber Md Saad En. Ahmad Jamaluddin bin Mohamed Pn. Arizah Zainuddin PENYUNTING: Dr. Abdul Rasid bin Kasri Pn. Suraiya bt. Syed Mohamed

MAKSUD SINGKATAN PERKATAAN


PROSTAR KKM AIDS HIV PRS AIDSED Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Kementerian Kesihatan Malaysia Acquired Immuno Deficiency Syndrome Human Immuno Deficiency Syndrome Pembimbing Rakan Sebaya Laporan Pencapaian Aktiviti Pencegahan & Pengawalan HIV/AIDS Sistem Maklumat PROSTAR berkomputer Pusat Khidmat PROSTAR

PROSTARNET PKP -

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

KANDUNGAN MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR BAB 1


LATAR BELAKANG PROSTAR
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Pengenalan Penubuhan Konsep Objektif Formula Kumpulan Sasar Strategi Pengurusan Perancangan Masa Depan 1 1 2 2 2 2 3 4 5 6

1.10 Penutup

BAB 2

LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Objektif Latihan Pemilihan Calon Fasilitator Kriteria Pengiktirafan Fasilitator Ciri-ciri Fasilitator Jadual Latihan Fasilitator 7 7 7 7 7

BAB 3

PANDUAN KEPADA FASILITATOR


3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Pengenalan Penggunaan Manual Pemilihan Peserta Nisbah Fasilitator:Peserta Objektif Latihan Jadual Latihan Pendekatan Latihan Pengendalian Latihan Kaedah Pengajaran 9 9 9 10 10 10 10 10 10 10 11 11 11 12

3.10 Pengendalian Peserta 3.11 Penglibatan Peserta 3.12 Tingkahlaku Peserta dan Cara Atasi 3.13 Menangani Soalan Rumit 3.14 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

BAB 1 LATAR BELAKANG PROSTAR


1.1 Pengenalan
AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu, jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002 sebanyak 51,256 kes HIV dilaporkan di Malaysia1. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah. Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada perebakan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas dan 14% menyalahgunakan dadah2. Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas dan 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah3. Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkahlangkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

1.2

Penubuhan
PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

2 3

Laporan Tahunan Cawangan AIDS/STD, Kementerian Kesihatan Malaysia,2002 Kajian Tingkahkahlaku Lepak, 1994 Kajian Remaja dan AIDS, 1996

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


1

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

1.3

Konsep
PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

1.4

Objektif
1.4.1 Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya. Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa ini. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV. Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja.

1.4.2

1.4.3

1.4.4

1.4.5

1.5

Formula
Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut:-: + tambah maklumat bahagi tanggungjawab x gandakan usaha - tolak risiko = hidup sihat tanpa AIDS

1.6

Kumpulan Sasar
Secara umumnya, program ini ditujukan kepada remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, remaja lepasan sekolah dan remaja harapan (berisiko).

1.7

Strategi
Bagi mencapai objektif program, strategi berikut digunakan; 1.7.1 Pengukuhan Jaringan Kerjasama Pelbagai Agensi Melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan korporat, badan profesional dan lain-lain dalam merancang, melaksana dan menilai program PROSTAR secara perkongsian pintar. Jaringan kerjasama meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia, perkhidmatan dan kewangan. 1.7.2 Pendekatan Komunikasi Secara Intensif Menggunakan kaedah komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah lain termasuk media massa yang bersesuaian secara meluas di setiap peringkat. 1.7.3 Promosi Menggunakan pelbagai jenis media seperti media cetak, media elektronik, media luar (out door media) dan teknologi maklumat dalam menyebarkan maklumat bagi mempromosi PROSTAR. 1.7.4 Latihan PROSTAR Melalui latihan PROSTAR, remaja menjalani latihan secara intensif menggunakan manual latihan khas mengikut kumpulan sasar. Sebanyak 4 manual latihan telah dihasilkan iaitu Manual Manual Manual Manual Latihan Fasilitator PROSTAR Latihan Remaja PROSTAR Latihan PROSTAR Sekolah Latihan Remaja Harapan PROSTAR

Latihan PROSTAR dijalankan mengikut kumpulan sasar iaitu Latihan Fasilitator PROSTAR untuk fasilitator, Latihan Remaja PROSTAR untuk remaja umum, Latihan PROSTAR Sekolah untuk pelajar sekolah dan Latihan Remaja Harapan PROSTAR untuk remaja berisiko. Kesemua latihan dilaksanakan di peringkat negeri bagi tujuan penyeragaman serta diawasi oleh Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri. 1.7.5 Kelab PROSTAR Untuk menggerakkan aktiviti PROSTAR, selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kelab PROSTAR juga memainkan peranan di dalam program ini. Kelab ini telah ditubuh dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 30 Jun 1997. a) Rangkaian Kelab PROSTAR Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


3

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

b)

Pengurusan kelab Pengurusan kelab dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang dipilih menerusi mesyuarat agung. Kelab bertanggungjawab menguruskan daftar keahlian, merancang dan melaksana aktiviti yang dirancang.

c)

Rumah Kelab Merupakan suatu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli kelab PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan PROSTAR. Pengurusan rumah Kelab adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatankuasa kelab.

1.8

Pengurusan
1.8.1 Penyelaras PROSTAR Pegawai Pendidikan Kesihatan di peringkat KKM merupakan penyelaras PROSTAR peringkat kementerian, Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri/ AIDS atau Pegawai Kesihatan AIDS sebagai penyelaras PROSTAR di peringkat negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah atau pegawai lain yang diarahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah merupakan penyelaras PROSTAR di peringkat daerah. 1.8.2 Fungsi Penyelaras Penyelaras PROSTAR Kementerian bertanggungjawab kepada polisi dan pengurusan yang meliputi pemantauan dan memberi maklum balas serta membuat penilaian serta bertindak sebagai penasihat di peringkat kementerian. Penyelaras PROSTAR Negeri bertanggungjawab menyelaras dan menggerakkan aktiviti menganjur latihan, memantau, memberi maklumbalas, membuat penilaian serta bertindak sebagai penasihat di peringkat negeri. Penyelaras PROSTAR Daerah bertanggungjawab sebagai penyelaras, pegawai pengantara, mendaftar kelab serta keahlian, memantau aktiviti di daerah, memberi maklumbalas dan membuat penilaian serta bertindak sebagai penasihat di peringkat daerah. 1.8.3 Pemantauan Pemantauan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan secara berterusan melalui reten/format AIDSED yang perlu dihantar kepada penyelaras menurut jangka masa yang telah ditetapkan iaitu setiap tiga bulan. Sistem Maklumat PROSTAR berkomputer (PROSTARNet) perlu dikemaskini oleh penyelaras bagi setiap negeri/daerah untuk tujuan pemantauan setiap minggu. Penilaian impak ke atas tingkah laku dibuat melalui kajian setiap lima tahun.

1.9

Perancangan Masa Depan


Beberapa kaedah dilaksana untuk mempastikan program ini dapat diteruskan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di antaranya adalah; 1.9.1 Memperkukuhkan Aktiviti PROSTAR a) Latihan PROSTAR Latihan PROSTAR yang lebih berkualiti dengan menggunakan manual yang telah dikaji semula, pemilihan peserta yang berkaliber dan latihan hanya dijalankan oleh fasilitator PROSTAR. b) Pusat Khidmat PROSTAR (PKP) Memperluaskan aktiviti PROSTAR dengan melaksanakan aktiviti temuseru (outreach) mendekati remaja yang bermasalah untuk tampil ke PKP. Menyediakan perkhidmatan berbentuk pendidikan AIDS, khidmat nasihat, dan bertindak sebagai kumpulan sokongan kepada remaja di pusat tersebut. 1.9.2 Memperkasa Kelab PROSTAR Kelab harus mampu berdikari tanpa perlu bergantung kepada KKM dari segi sumber tenaga, kewangan dan sebagainya. Ini boleh dicapai dengan mempelbagaikan sumber termasuk menjalinkan perkongsian pintar dengan pelbagai agensi. 1.9.3 Sistem Maklumat PROSTAR berkomputer a) PROSTARNet (www.prostar.com.my/prostarnet) Mengemaskini maklumat mengenai profil kelab, daftar keahlian dan aktiviti PROSTAR secara berkomputer. Ini dapat mengesan dan memantau status terkini mengenai keahlian PROSTAR serta aktiviti yang dijalankan. b) PROSTAR homepage (www. prostar.com.my) Mengemaskini maklumat di laman web PROSTAR dan menyediakan ruangan chatting melalui internet. 1.9.4 Kajian keberkesanan (impak) program PROSTAR Kajian keberkesanaan perlaksanaan program PROSTAR telah dijalankan pada tahun 2000/01 oleh kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil kajian menunjukkan PROSTAR telah berjaya meningkatkan pengetahuan remaja tentang HIV/AIDS namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki4.

Penilaian Intervensi Sosial PROSTAR Terhadap Kesedaran AIDS Di Kalangan Remaja, KKM, 2001

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


5

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

1.10

Penutup
Program ini menggerakkan remaja kepada amalan cara hidup sihat yang berteraskan nilai-nilai murni. Organisasi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk persatuan dan pertubuhan beruniform turut melaksana atau menyisipkan aktiviti PROSTAR di dalam aktiviti semasa masing-masing. Kementerian Kesihatan berkeyakinan penuh program ini dapat dijalankan dengan jaya serta mencapai objektif dan menjadi model yang boleh dicontohi. Program ini dapat menggerakkan satu perubahan tingkahlaku yang positif di kalangan remaja dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia, prihatin akan akibat gejala sosial yang melanda remaja serta ancaman AIDS. Di samping itu menyumbang ke arah merealisasikan cabaran wawasan 2020 mengwujudkan suatu masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika di mana rakyatnya berpegang teguh kepada agama dan nilai spiritual juga satu masyarakat penyayang berpusat kepada sistem keluarga yang kuat dan kukuh.

BAB 2 LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


2.1 Objektif latihan
Latihan Fasilitator PROSTAR bertujuan memberi kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi membolehkan fasilitator menjalankan latihan PROSTAR ke atas remaja awam, remaja berisiko, pelajar sekolah dan lain-lain mengenai HIV/AIDS.

2.2

Pemilihan Calon Fasilitator


Calon fasilitator hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan telah menyertai latihan PRS PROSTAR dan berpengalaman mengendalikan latihan PRS PROSTAR. Berdaftar sebagai ahli kelab PROSTAR dan aktif dalam mana-mana persatuan. Mempunyai minat yang mendalam terhadap program PROSTAR dan kerja-kerja sukarela.

2.3

Kriteria Pengiktirafan Fasilitator


Calon fasilitator yang telah berjaya menjalani Latihan Fasilitator PROSTAR dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Pemilihan (Penyelaras Peringkat Negeri) akan dianugerahkan Sijil Fasilitator PROSTAR. Fasilitator digalakkan untuk mengikuti latihan tambahan seperti Pengurusan Organisasi, Kepimpinan, Motivasi yang dianjurkan oleh KKM atau agensi lain.

2.4

Ciri-ciri Fasilitator
Sepanjang latihan, fasilitator perlu berdisiplin seperti tidak merokok semasa latihan, berhemah tinggi, berpakaian kemas dan bersopan. Fasilitator sentiasa peka kepada perkembangan semasa yang berkaitan dengan latihan. Kemahiran seperti mengendalikan senamrobik, sukaneka, tazkirah dan bermain alat musik boleh membantu fasilitator mengendalikan latihan.

2.5

Jadual Latihan Fasilitator

Setiap Hari MASA 0600-0700 0700-0800 1030-1045 1245-1400 AKTIVITI Solat Subuh &Tazkirah Sarapan Pagi Minum Pagi Makan Tengahari & Solat Zohor MASA 1630-1700 1730-1900 1900 -2000 2000-2030 AKTIVITI Minum Petang & Solat Asar Sukaneka/Rekreasi Solat Maghrib & Makan Malam Solat Ishak

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


7

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

HARI PERTAMA

MASA Pagi 2.00 3.00 ptg 3.00 5.00 ptg 8.30 - 10.30 mlm

AKTIVITI Perjalanan Pendaftaran Taklimat & Suai kenal Taklimat PROSTAR Latihan & Panduan Fasilitator Fikir-Fikir (HIV/AIDS) Senario (Tingkahlaku Berisko) Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya Menerokai Nilai Perbincangan Kumpulan Komunikasi (Simulasi) Mari Merancang Perubahan Persepsi Aku & Dia (Perhubungan) Cermin Diri Ceramah Dadah & Rokok Ceramah Motivasi Luahan Hati & Penyampaian Sijil Bertolak balik

HARI KEDUA

8.00 - 10.30 pg 10.45 - 11.45 pg 11.45 12.45 tgh 2.00 - 3.30 ptg 3.30 4.30 ptg 8.30 9.30 mlm 9.30 10.30 mlm 8.00 - 9.30 pg 9.30 10.30 pg 10.45 - 11.45 pg 11.45 12.45 tgh 2.00 - 3.30 ptg 3.30 4.30 ptg 8.30 10.30 mlm Pagi

HARI KETIGA

HARI KEEMPAT

BAB 3 PANDUAN KEPADA FASILITATOR


3.1 Pengenalan
Melalui latihan PRS PROSTAR, remaja dilatih dengan kemahiran khusus bagi membolehkan mereka menjana aktiviti serta mempengaruhi remaja lain agar memahami dan prihatin tetang isu serta permasalahan AIDS. Dengan usaha yang dijanakan oleh remaja sendiri, akan lahirlah remaja Malaysia bermaklumat, berketerampilan dan tahan menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani masalah sosial yang melanda remaja serta berusaha menanam sikap positif di kalangan remaja supaya menghindari tingkahlaku berisiko bagi mengwujudkan remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat tanpa AIDS.

3.2

Penggunaan Manual
Terdapat tiga manual latihan PRS PROSTAR disediakan mengikut kumpulan sasar: 3.1.1 3.1.2 3.1.3 Manual Latihan Remaja PROSTAR Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR Manual Latihan PROSTAR Sekolah

Fasilitator perlu merujuk kepada manual yang dibekalkan mengikut kumpulan sasar. Fasilitator juga perlu memahami keseluruhan kandungan manual, terutama sesi yang akan mereka kendalikan. Mereka perlu menambah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman sediada dan pembacaan tambahan untuk setiap sesi yang bakal dikendalikan. Watak dan sebutan nama yang terdapat dalam manual ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian aktiviti, masa dan tempat. Di sesetengah negeri, daerah atau tempat audien latihan ini memerlukan informasi dan penekanan tambahan. Sebagai contoh, sekiranya masalah perkongsian jarum suntikan dadah merupakan masalah besar, maka fakta-fakta perlulah diubahsuai mengikut masalah ini.

3.3

Pemilihan Peserta
Peserta merupakan bakal Pembimbing Rakan Sebaya yang akan menjana aktiviti atau projek bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Bagi mempastikan kualiti Pembimbing Rakan Sebaya yang dihasilkan serta penjanaan aktiviti PROSTAR yang berkualiti dan berterusan, disenaraikan beberapa panduan dan kriteria yang boleh membantu di dalam pemilihan calon Pembimbing Rakan Sebaya PROSTAR. aktif di dalam kegiatan persatuan mempunyai ciri kepimpinan mempunyai minat yang tinggi di dalam kerja sukarela berumur di antara 13-25 tahun

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


9

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

3.4

Nisbah Fasilitator: Peserta


Seorang fasilitator mengendalikan 10 orang peserta tidak termasuk seorang ketua fasilitator, pembantunya dan penceramah jemputan. Peserta hendaklah tidak melebihi 30 orang setiap latihan.

3.5

Objektif Latihan
Untuk membentuk sekumpulan remaja yang mahir dalam merancang, melaksana serta menilai aktiviti PROSTAR yang sesuai untuk rakan sebaya di mana mereka akan dapat; a) b) c) d) Meningkatkan pengetahuan mengenai HIV/AIDS serta kaitannya dengan remaja Meningkatkan kemahiran komunikasi Merancang pelan tindakan untuk aktiviti PROSTAR Membentuk tingkahlaku yang positif bagi mengelakkan risiko jangkitan HIV

10

3.6

Jadual Latihan
Latihan dijalankan selama 4 hari secara sepenuh masa. Cara ini akan memberi peluang kepada peserta dan fasilitator melibatkan diri sepenuh masa serta memberi tumpuan kepada latihan tersebut. Cara ini juga membolehkan aktiviti pembelajaran tambahan dilaksanakan pada waktu subuh dan malam untuk memberi peluang yang lebih bagi peserta berinteraksi.

3.7

Pendekatan Latihan
Latihan ini menggunakan pendekatan pembelajaran yang ceria sesuai dengan citarasa remaja. Fasilitator harus membina persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

3.8

Pengendalian Latihan
Semasa mengendalikan latihan, fasilitator perlu memperkenalkan diri dan tajuk sesi. Seterusnya menerangkan objektif pembelajaran dan membincangkan isi kandungan topik. Perlu pendekatan yang khusus dan tidak terlalu umum serta tidak mengulangi apa yang telah diperkatakan di permulaan program latihan atau apa yang akan dibincangkan oleh fasilitator yang lain. Gunakan contoh daripada pengalaman ataupun daripada maklumat yang dikongsi bersama oleh peserta. Fasilitator perlu menerangkan istilah yang tidak difahami oleh peserta. Bagi mendapatkan penglibatan yang bermakna tanya soalan secara individu ataupun berkumpulan. Buka sesi soal jawab yang berkaitan dengan topik dan akhiri dengan sesi imbasan (summary).

3.9

Kaedah Pengajaran
Beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan semasa latihan termasuklah ceramah, perbincangan, sumbang saran, kerja kumpulan, simulasi, main peranan, kajian kes dan rekreasi. Fasilitator PROSTAR digalakkan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran secara interaktif.

3.10

Pengendalian Peserta
Fasilitator perlu mewujudkan suasana yang selesa dan informal agar peserta lebih mudah mesra. Latihan dimulakan dengan sesi pengenalan iaitu sesi taklimat dan suai kenal. Sesi ini sangat penting untuk;

i.

mengetahui tahap pengetahuan dan sikap peserta di dalam perkara AIDS dan harapan mereka daripada program latihan ini. mengwujudkan persekitaran yang informal dan selesa. memaklumkan kepada peserta isi kandungan latihan serta harapan KKM.

ii. iii.

Fasilitator perlulah peka dan bertolak ansur terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh peserta apabila topik sensitif berkaitan hubungan manusia dibincangkan. Fasilitator tidak boleh mempersendakan peserta atau merangsang mereka untuk mempersendakan peserta yang lain.

3.11

Penglibatan Peserta
Penekanan perlu diberi kepada mengemukakan soalan atau permasalahan kepada peserta untuk dijawab atau diselesaikan menggunakan pemikiran kritis dan kreativiti mereka. Melalui kaedah sebegini, mereka dibiasakan untuk menggunakan pengetahuan yang diperolehi di dalam berbagai situasi yang mungkin tidak dibincangkan di dalam sesi latihan. Ini juga membuatkan mereka lebih komited. Fasilitator hendaklah sedaya upaya mewujudkan keadaan yang merangsang penyertaan daripada peserta. Pastikan juga setiap peserta di dalam kumpulan mengambil bahagian. Fasilitator perlu sentiasa awas dan peka serta menggalakan peserta yang tidak aktif untuk mengambil bahagian. Fasilitator juga perlu mempastikan setiap peserta faham yang perbincangan semasa latihan adalah sulit dan perlu dijaga.

3.12

Tingkahlaku Peserta Dan Cara Atasi


Bercakap tanpa berhenti - mencelah bila berpeluang dan tanya pandangan peserta yang lain. Pencelah - mencadangkan supaya beliau hanya memberikan pendapat selepas peserta yang diajukan soalan selesai memberikan pandangan. - (keluar dari tajuk perbincangan) - Ulangi soalan dan komen untuk membawa perbincangan kepada persoalan asal. - (menganggu perbincangan kumpulan) - Ajak peserta berkongsi idea dengan semua ahli kumpulan bukan peserta disebelahnya saja. - beri peluang untuk diskusi dua hala. Cuba cari jalan untuk merangsang peserta itu bercakap.

The rambler

Pembisik

Pendiam

3.13

Menangani Soalan Rumit


Soalan janggal dan rumit adalah perkara biasa semasa membincangkan HIV/AIDS dan isu seksualiti. Peserta kadangkala menanyakan soalan berbentuk peribadi seperti adakah anda menggunakan kondom?, adakah anda telah menjalani ujian HIV?, adakah anda berpengalaman dalam seksual? dan lain-lain. Adalah penting menangani dengan bersahaja dan yakin di samping merasa selesa dengan kemungkinan tidak dapat

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


11

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

menjawab sesetengah soalan yang diajukan oleh peserta atau fasilitator boleh berterus terang dengan menyatakan yang ia tidak selesa untuk membincangkan hal-hal peribadinya, atau boleh mengatakan yang ia tidak mahu mempengaruhi peserta dengan pilihannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kadangkala pendedahan hal peribadi pada masa yang sesuai boleh mendatangkan kebaikan. Peserta menanyakan permasalahan perubatan yang rumit dan tidak dapat dijawab oleh fasilitator. Biasanya ia menunjukkan minat peserta yang tinggi. Fasilitator perlulah berterus terang dan jangan memberi jawapan yang salah hanya untuk melindungi kelemahan sendiri. Catatkan soalan, dapatkan jawapan sebenar di lain masa dan beritahu kepada peserta.

12

3.14

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Apa Dia Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
LDK lazimnya dianggap oleh umum sebagai satu masa di mana proses mendera atau torture akan berlaku dan dilakukan fasilitator kepada peserta. Sebenarnya LDK mempunyai matlamat dan falsafahnya yang tersendiri yang merangkumi berbagai aspek yang baik dan konstruktif terhadap sifat-sifat kemanusiaan seperti: yakin akan diri sendiri berani sedar diri insaf simpati jujur rasional mengawal perasaan perasaan rendah diri dan meninggi diri

Menimbulkan keadaan dan suasana di mana para peserta dapat mengukur diri sendiri secara lebih mendalam akan kelemahan, kekuatan dan keistimewaan yang ada pada dirinya. Proses LDK adalah seperti membawa seseorang manusia dari berbagai latarbelakang, pengalaman, kemampuan berfikir, perasaan dan pengajaran ke dalam makmal untuk diproses.Fasilitator merupakan atau berperanan sebagai mangkin, catalyst atau penggerak. Beliau juga merupakan Pendengar Yang Setia.

Undang-Undang LDK
LDK mesti berjalan secara Marathon (terus menerus). Para peserta mesti mengikuti tiap-tiap SLOT yang dijalankan. Semua peserta dan fasilitator (pemudahcara) mesti bersikap jujur dan ikhlas sepanjang LDK berjalan. Peserta tidak boleh dipaksa memberi pendapat atau komen. Peranan peserta hendaklah berfungsi secara sukarela.

Semua maklumat dan aktiviti di dalam satu-satu kumpulan adalah Rahsia kepada kumpulan lain atau umum. Fasilitator tidak boleh meninggalkan kumpulannya semasa aktiviti sedang berjalan. Peserta mesti berminat dalam memainkan dan menghidupkan peranannya.

Peranan Fasilitator LDK


Fasilitator hendaklah sihat tubuh badan. Fasilitator merupakan orang yang dipercayai oleh kumpulannya. Ia mungkin berfungsi sebagai Emak, Ayah, Abang, Kakak atau Guru yang Penyayang. Fasilitator adalah Penggerak kepada kumpulannya dan BUKAN ketua kepada kumpulannya. Fasilitator mesti pandai menyesuaikan diri dengan kumpulannya. Fasilitator harus dapat membuat Tanggapan Awal terhadap ahli kumpulannya - tanggapan ini diperlukan kelak di dalam proses LDK seterusnya. Sepanjang tempoh kursus/LDK fasilitator harus mempamerkan sifat-sifat yang baik sesama Fasilitator dan juga peserta. Fasilitator harus berusaha agar matlamat LDK tercapai mengikut kumpulan peserta samada - kumpulan pelajar, belia, guru, ahli politik, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan lain-lain. Fasilitator harus mengikis perasaan syak wasangka terhadap mana-mana peserta. Fasilitator mesti pandai dan tahu memerhati dan menganalisa terus menerus dalam aspek perkembangan perwatakan peserta. Bagi peserta yang tidak tahan dikritik - kalau dikritik akan menjadi lemah dan tidak bersemangat - dianya harus di bina keyakinan secara tidak langsung (pemulihan). Fasilitator perlu wujudkan suasana yang baik dan hidup kerana ini akan menjayakan LDK. Tahu menggunakan budibicara di mana dan bila perlu.

Menyediakan Peserta Kumpulan


Kumpulan yang sesuai adalah antara 8-12 orang. Sepuluh orang adalah paling baik. Kumpulan terdiri dari lelaki atau perempuan atau campuran. Ahli kumpulan mempunyai latarbelakang yang lebih kurang sama agar timbul pertandingan.

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


13

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

Biar ahli kumpulan datang dari kawasan yang berlainan agar tmbul perasaan ingin tahu. Tempat untuk LDK biarlah bersih, selesa, terang dan jauh dari gangguan.

Etika Fasilitator LDK


Keyakinan diri - Yakin diri yang kita lebih tahu bidang ini daripada ahli-ahli dalam kumpulan. Menerima idea orang lain - Ini akan menambah pengetahuan dan boleh diguna dalam LDK seterusnya. Hapuskan tanggapan hak mendera atau menyeksa peserta. Pendekatan ( approach) harus flexible - Pandai berperanan seperti memujuk, merendah diri, serius dan menyerang pada ketika yang sesuai. Hindar pertalian emosi dengan peserta sepanjang LDK. Elakkan berhubungan dengan peserta. Jangan putus asa. Ceritakan kepada isteri segala perlakuan kita sebagai fasilitator LDK sebagai langkah memelihara kerukunan rumahtangga.

14

Perancangan Permainan Dalam LDK


1. 2. 3. 4. 5. 6. Tujuan : Pastikan dulu apakah tujuan permainan hendak yang nak dimainkan Pastikan langkah-langkah permainan itu betul dan tersusun. Berbincang dan minta pendapat/komen dari ahli kumpulan. Sampaikan falsafah-falsafah yang terkandung dalam permainan itu. Kalau sesuai dengan keadaan. Pastikan peralatan-peralatan cukup dan lengkap. Tentukan masa yang sesuai untuk memberhentikan sesuatu permainan atau perbincangan. Yang idealnya berhenti di tahap climax.

Langkah-langkah : Perbincangan Falsafah Peralatan Masa : : : :

Dasar Latihan Dalam Kumpulan


1. Tujuan 1.1. 1.2. Untuk mewujudkan perpaduan Untuk membina individu-individu yang lebih dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sebenarnya.

1.3. 1.4. 1.5

Untuk membina sifat-sifat individu yang lebih tinggi moralnya. Untuk membina individu yang ada keyakinan kepada diri sendiri. Untuk menggalakkan sikap tegur menegur untuk melahirkan satu masyarakat yang benar-benar saling memahami di antara satu sama lain.

2.

Latihan ini adalah berbentuk latihan dalam perkara-perkara berikut:2.1. 2.2. 2.3. 2.4. Hubungan manusia. Dinamika perkumpulan Perhubungan Organisasi Beberapa proses lisan dan bukan lisan dalam pelajaran eksperimental.
15

3.

Latihan ini cuba 3.1. Melebihkan kesedaran dan fahaman individu mengenai faktor-faktor manusia dan sosial. Melebihkan keyakinan dan kesanggupan individu untuk berhubung. Melebihkan keupayaan menyelesaikan masalah secara ramai. Melebihkan keupayaan meyelesaikan konflik dan seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Melebihkan tingkat kepercayaan dan kesanggupan menghadapi kenyataan dalam masyarakat.

3.2. 3.3. 3.4.

3.5

4.

Latihan ini bertujuan untuk melebihkan tingkat kesedaran dan untuk melahirkan bakat manusia.

Fungsi Fasilitator (Pemudahcara)


STIMULUS PERASAAN PEMBAWAAN SIFAT YANG BERMAKNA FUNGSI EKSEKUTIF Cabaran Penerima Timbal Balik Penjaga Pintu Pertentangan Persefahaman Penterjemah Mendapat Mutu Melepaskan Emosi

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

Memahami Memberi Penerangan Memberi Arahan Mempercepatkan Interaksi Membantu Menghalang Memandu Arah

16

Fungsi Satu-satu Kumpulan 1.1. Membolehkan satu-satu kumpulan bergerak lancar. 1.2. Menjalankan perbincangan secara lancar. 1.3. Bekerja untuk mencapai matlamat. 1.4. Mententeramkan keadaan 1.5. Menguruskan sesi. Melalui: 2.1. Motivasi. 2.2. Srtuktur. 2.3. Memberi tindakbalas. 2.4. Menggalakkan penyertaan. 2.5. Melancarkan komunikasi Sebab: 3.1. Ada perbezaan antara individu. 3.2. Perbezaan persepsi. 3.3. Penerimaan baik pendapat orang lain berbeza. Guna: 4.1. Menolong kumpulan atau individu mendapatkan hasilnya. 4.2. Mendapatkan persetujuan kepada semua keputusan yang diterima. 4.3. Membina synergy.

Apakah yang Dimaksudkan Dengan Fasilitator Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


1. Definasi Fasilitator. Secara amnya Fasilitator adalah seorang yang menjalankan kerja-kerja seliaan bagi mencapai objektif sesuatu projek yang telah dirancang dan ditetapkan. 2. Definasi Fasilitator LDK. Pemudahcara atau penggerakcara.

2.1

Tugas-tugas Fasilitator Penyelaras Menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti peserta dalam kumpulan. Melaksana dan menjalankan semua tugas-tugas berhubung dengan semua aktiviti-aktiviti dalam kumpulan. Mengawas semua peserta-peserta supaya aktif dan tidak menyeleweng di dalam kumpulan. Membimbing semua peserta ke arah kejayaan/ matlamat LDK. Memprovok atau meransangkan peserta bagi mendedahkan sesuatu yang patut didedahkan atau untuk mendapatkan kebenaran. Menguruskan kumpulan supaya ia selaras dengan kehendak-kehendak LDK. Menilai tentang keadaan dan sifat yang ada pada tiaptiap peserta. Menyampaikan segala maklumat yang dikeluarkan oleh peserta-peserta atau kumpulan. Fasilitator merupakan orang Perantaraan antara Penganjur LDK dengan peserta atau kumpulan.

Pelaksana

Pengawas

Pembimbing

Provokasi

Pengurus

Penilai

Penyampai maklumat-

Orang Perantaraan

Ciri-ciri Fasilitator Yang Baik


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Bertimbang rasa - Iklas dan jujur. Berkebolehan serta cekap mengendalikan sesuatu. Memiliki adap sopan yang baik serta bertanggungjawab. Bersifat sabar, bertoleransi dan tidak emosional. Mengamalkan sikap kepimpinan melalui teladan serta bersih, cekap dan amanah. Berminat dan bersungguhan serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mempunyai pengetahuan agama yang sesuai. Menerima dan melayan semua peserta tanpa pilih kasih. Dapat bertutur dengan fasih dan terang serta mudah difahami. Mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas. Boleh berkomunikasi dengan semua peringkat peserta. Mempunyai daya kreatif dan inovatif.

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR


17

MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR

13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21.

Seorang yang boleh menjadi penggerak utama dan lebih praktikal dari teori. Sentiasa berfikiran terbuka, sanggup menerima pendapat serta teguran membina dari orang lain. Mempunyai pandangan yang luas dan boleh dipercayai. Tidak bermasalah dan boleh menyelesaikan masalah. Boleh memimpin dan dipimpin, boleh memberi nasihat dan boleh diberi nasihat serta boleh membimbing dan diberi bimbingan. Mempunyai keadaan fizikal, mental serta kesihatan yang baik. Seorang bersemangat Patriotik dan Nasionalisme. Bersimpati dan tidak ego. Bersedia, Berkhidmat dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

18

Kepimpinan Fasilitator
1. 2. 3. 4. Mempunyai sifat kepimpinan. Bersih adil dan liberal. Dapat memahami falsafah LDK. Pandai memainkan peranan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan semua bidang. 5. 6. 7. 8. Dapat mengawal sesuatu dengan baik dan selalu peka dengan persekitaran. Dapat menilai kebolehan dan kemahiran peserta. Sanggup mengubahsuai mengikut keadaan semasa. Mempunyai kesedaran tentang: a) Diri Sendiri b) Agama c) Bangsa d) Negara

BAB 1 RINGKASAN MANUAL LATIHAN


Latihan Remaja PROSTAR ini dibahagikan kepada lima modul latihan. Modul-modul latihan yang terdapat dalam panduan ini saling berkait antara satu sama lain. lanya dipilih dan diolah sebegitu rupa dengan mengambil kira keperluan memberi pemahaman yang komprehensif dan tepat tentang HIV/AIDS serta isu-isu yang berkaitan di dalam kontek sosio-budaya tempatan. Oleh itu adalah perlu keseluruhan modul latihan (1-5) dilaksanakan.

1.1

Modul Latihan I : Remaja Tanpa AIDS


Melalui modul ini peserta akan didedahkan kepada situasi semasa HIV dan AIDS di seluruh dunia dan juga situasi semasa di Malaysia. Mereka juga akan diberi kefahaman tentang virus HIV (penyebab penyakit AIDS), jangkitan HIV dan AIDS, bagaimana mekanisma badan melawan penyakit, dan bagaimana virus HIV membiak dan seterusnya melumpuhkan daya tahan tubuh melawan penyakit. Peserta juga diberi kefahaman tentang perkembangan penyakit daripada mula dijangkiti sehingga peringkat AIDS dan seterusnya meninggal dunia. Begitu juga dengan ujian HIV serta makna daripada keputusan negatif atau positif, cara manusia boleh atau tidak boleh dijangkiti HIV serta bagaimana jangkitan boleh dicegah.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
19

1.2

Modul Latihan 2 : Kehidupan Bermaruah dan Sihat


Modul ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu pendidikan kekeluargaan, penilaian tingkahlaku berisiko, mengambil risiko dan membuat pilihan, menghadapi tekanan rakan sebaya. 1.2.1 Pendidikan Kekeluargaan Peserta diajar berkaitan aspek perkembangan lelaki dan wanita. Penekanan diberikan kepada aspek perubahan anatomi dan fisiologi remaja apabila mencapai baligh. Ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai seks dan seksualiti juga supaya mereka memahami proses pembiakan dari perspektif anatomi. Penekanan juga diberikan kepada kaitan antara seksualiti dan konsep perkahwinan. Dihuraikan juga perkara yang berkaitan dengan agen penyebab dan penyebaran penyakit kelamin (STD). 1.2.2 Penilaian Tingkahlaku Berisiko Melalui modul ini peserta diajar bagi mengenalpasti tahap risiko dijangkiti HIV bagi tingkahlaku tertentu. Ini penting kerana remaja akan sentiasa terdedah kepada tingkahlaku tertentu yang mungkin mendedahkan mereka atau rakan sebaya mereka kepada jangkitan HIV. 1.2.3 Mengambil Risiko dan Membuat Pilihan Di dalam kehidupan harian setiap orang perlu mengambil risiko dan bukanlah mudah membuat pilihan. Dalam hal jangkitan HIV, ada beberapa tingkahlaku berisiko tinggi yang mesti dijauhi dan remaja perlu berhatihati menghadapi tekanan-tekanan yang boleh menjerumuskan mereka kepada risiko tersebut. Melalui modul ini peserta akan memahami kesukaran proses membuat keputusan dan dapat membezakan di antara risiko yang munasabah dan tidak munasabah.

1.2.4.

Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya Aspek penting dalam mengukuhkan penghayatan cara hidup sihat bergantung rapat dengan kebolehan menghadapi tekanan rakan sebaya ke arah melakukan perbuatan mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti HIV. Ini termasuklah menjauhi dari minum arak, penyalahgunaan dadah, melanggani pelacur dan lain-lain bentuk aktiviti berisiko. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya walaupun mereka tahu ajakan mereka itu adalah merosakkan diri sendiri. Modul ini mendedahkan peserta kepada strategi menolak tekanan tertentu.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

1.3

Modul Latihan 3: Isu-Isu Berkaitan HIV/AIDS


Oleh kerana kemunculan penyakit ini sering dikaitkan dengan tingkahlaku yang tidak sesuai dengan sosiobudaya masyarakat maka seringkali ia menimbulkan konflik di antara pesakit, serta komuniti. Kebanyakan masalah dan konflik itu adalah di sebabkan silap faham akan isu sebenar permasalahan AIDS ini. Oleh itu perlulah remaja diberi sepenuh kefahaman akan isu sosial yang sering dikaitkan dengan pesakit HIV/AIDS dan masyarakat. Modul ini dipecahkan kepada bahagianbahagian tertentu seperti berikut; 1.3.1 Menerokai Nilai dan Sikap Remaja Melalui modul ini peserta akan didedahkan kepada isu-isu yang dikaitkan dengan wabak dan jangkitan HIV. Kefahaman, nilai dan sikap peserta akan diterokai dan salah faham akan diperjelaskan. Ini adalah penting memandangkan peserta mempunyai peranan penting dalam memberi maklumat tentang penyakit AIDS dan mengurangkan salah tanggapan di kalangan masyarakat terhadap pembawa HIV/pesakit AIDS. 1.3.2 Kesan HIV/AIDS AIDS sering dikaitkan dengan aktiviti yang tidak dapat diterima oleh kebanyakkan masyarakat. Sehingga ini ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini masih belum ditemui. Oleh itu AIDS telah memberi kesan yang sangat besar kepada pesakit, keluarga dan orang yang di sekitarnya, masyarakat dan negara. Melalui modul ini peserta dapat menyelami pengalaman sebagai pembawa HIV dan reaksi keluarga, rakan serta masyarakat sekeliling dan menyedari akan kesan atau impak HIV/AIDS. 1.3.3 Masalah Jangkitan HIV dan Remaja Topik ini membincangkan masalah HIV/AIDS di kalangan remaja secara khusus. Pendedahan mengenai permasalahan AIDS di Malaysia dan di dunia merupakan satu kaedah untuk menyedarkan golongan remaja dan membuktikan betapa seriusnya ancaman AIDS dewasa ini. Seterusnya remaja didedahkan dengan perlakuan-perlakuan remaja yang boleh digolongkan sebagai perlakuan berisiko tinggi. Remaja juga diajak untuk membincangkan faktor-faktor yang mendorong remaja terjerumus kepada melakukan tingkahlaku berisiko serta peranan yang boleh mereka lakukan untuk menangani masalah tersebut.

20

1.4

Modul Latihan 4: Komunikasi


Kemahiran berkomunikasi adalah penting dan perlu ditekankan kerana PRS PROSTAR adalah agen menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan lain. Tanpa kemahiran berkomunikasi yang baik proses penyebaran maklumat tidak akan berkesan. Modul ini dibahagikan kepada tiga babagian menurut topik utama berikut; 1.4.1 Asas Penting dalam Komunikasi PRS PROSTAR akan didedahkan kepada beberapa komponen asas komunikasi. Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi rakan sebaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran serta kepercayaan tentang AIDS di samping menyuarakan perasaan pendapat, pandangan dan tanggapan terhadapnya. Melalui modul ini peserta akan diberi kefahaman tentang tujuan berkomunikasi dalam pendidikan rakan sebaya serta aspek-aspek penting dalam komunikasi. 1.4.2 Mengenalpasti dan Mengatasi Halangan Komunikasi Halangan luar (external) dan halangan dalaman menjadi masalah utama untuk mencapai komunikasi berkesan. la boleh berlaku di semua peringkat dalam proses komunikasi. Kepekaan mengenalpasti halangan dan keupayaan mengurangkannya membolehkan komunikasi berlangsung dengan jaya dan berkesan. Melalui modul ini, peserta didedahkan kepada halangan-halangan semasa berkomunikasi dan cara-cara mengatasinya. 1.4.3 Kaedah Penyampaian Maklumat PRS PROSTAR didedahkan dengan kaedah-kaedah komunikasi yang sesuai supaya proses pengajaran tidak membosankan. Penekanan diberikan kepada kaedah komunikasi interpersonal seperti pembujukan. Mereka juga didedahkan dengan kaedah-kaedah komunikasi kumpulan seperti Small group discussion, perbincangan sindikit, sumbang saran, debat, kuiz, panel, dan pengucapan awam.

1.5

Modul Latihan 5 : Perancangan


Dalam modul 5, lebih menekankan kepada melatih para remaja di dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan AIDS. Bab ini juga memberi penekanan tentang perkara-perkara asas dalam perancangan seperti maksud perancangan, faedah perancangan serta elemen-elemen penting dalam perancangan. Seterusnya modul ini menghuraikan cara-cara menyediakan pelan program atau pelan pelaksanaan untuk sesuatu program/aktiviti yang dirancang serta menjelaskan kaedah-kaedah untuk menilai sesuatu program/aktiviti berkenaan.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


21

BAB 2 MODUL 1: REMAJA TANPA AIDS


2.1 Pengenalan
AIDS merupakan satu penyakit yang amat berbahaya pernah melanda umat manusia sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS menyukarkan lagi usaha untuk mengawal wabak AIDS. Tambahan pula jangkitan HIV berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu yang amat sensitif dan peribadi.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

AIDS telah menyebabkan tiga bentuk wabak besar melanda dunia iaitu wabak jangkitan HIV, wabak AIDS dan yang lebih besar lagi wabak reaksi sosial, budaya, ekonomi, dan politik ke atas kedua-dua wabak di atas. Wabak pertama (jangkitan HIV) bermula pada tahun 1970an dan masih berlangsung sehingga sekarang. Wabak kedua iaitu wabak penyakit AIDS yang mula dikenalpasti di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Adalah dianggarkan untuk setiap kes AIDS, 25-100 orang telah dijangkiti HIV. Wabak ketiga baru bermula iaitu reaksi besar-besaran seluruh dunia terhadap jangkitan HIV serta penyakit AIDS. la memberi kesan besar ke atas diri sendiri, keluarga serta masyarakat. Orang yang telah dijangkiti HIV sering disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Adalah diharapkan, dengan pendedahan remaja kita kepada fakta sebenar HIV dan AIDS, kita dapat mengimbangi kesan wabak di atas.

22

2.2

Objektif Pembelajaran
Di akhir sessi peserta dapat memahami ciri-ciri penting mengenai HIV dan AIDS termasuklah; a) b) c) d) e) f) Menerangkan apa itu virus HIV, jangkitan HIV/AIDS dan situasi semasa wabak HIV/AIDS. Menerangkan sistem daya tahan tubuh badan manusia melawan penyakit (system imun) dan bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia. Menerangkan dan membincangkan setiap peringkat jangkitan HIV. Menyatakan bagaimana mendapatkan ujian HIV serta tafsiran hasil ujian HIV (positif dan negatif). Menerangkan bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV. Menerangkan bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah.

2.3

Topik Utama
2.3.1 Pendahuluan Kepada HIV/AIDS a) b) c) Takrif AIDS. Apa itu jangkitan HIV. Sejarah HIV/AIDS.

2.3.2

Senario Wabak HIV/AIDS a) b) c) Global. Regional (WPRO). Malaysia.

2.3.3

Jangkitan HIV a) b) c) Bagaimana HIV boleh berjangkit dan tidak boleh berjangkit.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
23

Bagaimana HIV memusnahkan sistem daya tahan tubuh melawan penyakit. Spektrum jangkitan HIV. Window period. Jangkitan HIV primer. Jangkitan HIV asymptomatik (tempoh pengeraman) Penyakit AIDS.

2.3.4

Pengurusan Jangkitan HIV a) b) c) Ujian HIV. Kaunseling. Rawatan jangkitan HIV.

2.3.5 2.3.6

Kaitan penyakit kelamin (STD) dengan jangkitan HIV Pencegahan jangkitan HIV

2.4

Metod
Ceramah, menonton video dan perbincangan kumpulan.

2.5

Proses
a) Sesi dimulai dengan memperkenalkan diri masing-masing. Tunjukkan video Layar lara b) Menerangkan skop ceramah. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Apa itu HIV, jangkitan HIV dan AIDS. Situasi semasa HIV/AIDS seluruh dunia, Pasifik Barat dan Malaysia. Bagaimana tubuh badan manusia melawan penyakit. Bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia. Peringkat-peringkat jangkitan HIV. Ujian HIV serta makna daripada keputusan positif dan negatif. Bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV.

viii. Bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah. c) Pendahuluan kepada HIV/AIDS. Jemput beberapa peserta untuk menerangkan apa yang mereka faham tentang penyakit AIDS serta perbezaan di antara AIDS, HIV (iaitu virus)

dan jangkitan HIV. Tanyakan juga kepada beberapa peserta lain sejarah HIV/AIDS seperti bilakah AIDS mula dikenalpasti, di mana dan golongan manakah yang mula-mula terlibat. Bilakah virus HIV mula dikenalpasti dan oleh siapa. Jelaskan dan bincangkan dengan lebih lanjut Virus HIV dan takrif AIDS slaid. d)
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Senario wabak HIV/AIDS. Jelaskan kepada peserta wabak HIV/AIDS telah menular ke semua golongan dan keseluruhan dunia walaupun jangkitan HIV bermula di kalangan gay di U.S. di awal tahun 1980an. Kawasan yang paling teruk adalah Sub Sahara Afrika diikuti oleh Asia Selatan (India) dan Asia Tenggara (jiran kita Thailand). Jelaskan cara pengumpulan data(saringan secara aktif), kadar peningkatan kes mengikut tahun (HIV berbanding AIDS), jangkitan HIV banyak berlaku pada golongan lelaki, melayu, remaja dan tingkahlaku (kaitkan juga dengan cara data dikumpul). Jelaskan peningkatan tren kadar jangkitan HIV di kalangan penagih dadah secara suntikan dan hubungan seksual. Jelaskan kaitan antara paras tingkahlaku berisiko tinggi di kalangan remaja dan risiko dijangkiti HIV.

24

e)

Jangkitan HIV. Jelaskan kepada pelatih bahawa badan kita dilengkapi dengan dua sistem daya tahan tubuh melawan penyakit (tidak spesifik dan spesifik). Contoh daya tahan tubuh tidak spesifik seperti species resistant (HIV hanya hidup dalam tubuh manusia tidak nyamok), halangan mekanikal (kulit, lapisan mucus), enzim (jus perut, air mata) interferon (sejenis kimia yang dapat melawan virus), radangan dan phagositosis (sel darah putih). Jelaskan daya tahan tubuh spesifik melawan penyakit (Sistem daya tahan tubuh spesifik). Limfosit dihasilkan di dalam sumsum tulang dan dibebaskan ke dalam darah. Sebahagian (70-80%) menjadi T-limfosit dan selebihnya B-limfosit. T-limfosit menyerang antigen (kuman) secara langsung. Ia juga membebaskan limfokin yang berfungsi menarik fagosit, merangsang produksi antibodi dan interferon. B-limfosit menghasilkan antibodi yang memusnahkan antigen (kuman) secara khusus atau spesifik. Seterusnya jelaskan proses HIV membiak dengan bantuan Iutsinar . Bincangkan spektrum jangkitan HIV. Jelaskan peringkat-peringkat berikut; Window period - peringkat di mana walaupun virus HIV terdapat di dalam darah pesakit tetapi tahap antibodi terhadap HIV tidak mencukupi untuk dikesan melalui ujian pengesanan antibodi terhadap HIV. Tubuh mengambil masa antara 6 minggu hingga 3 bulan untuk mengeluarkan sejumlah antibodi yang mampu dikesan oleh ujian tertentu.

Asymptomatic HIV - peringkat di mana ujian HIV telah dapat mengesan kehadiran antibodi terhadap kuman HIV tetapi pesakit nampak sihat tanpa tanda-tanda tertentu. 50% daripada mereka mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menunjukkan tanda-tanda AIDS, tetapi jangkamasa ini mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan pesakit rendah. AIDS - peringkat di mana tahap daya tahan diri melawan penyakit telah lumpuh dan pesakit menunjukkan tanda-tanda tertentu. Kira-kira 50% pesakit AIDS akan mati dalam masa kurang 2 tahun. Di dalam semua peringkat di atas, pesakit adalah berbahaya kerana boleh menjangkitkan HIV kepada orang lain. f) Berhenti ceramah di peringkat ini dan jalankan aktiv iti simulasiproses jangkitan serta-fungsi sistem pertahanan badan.(Lampiran ML 1.1) Tayangkan semula video Layar lara g) Pengurusan jangkitan HIV Jelaskan kepada pelatih dengan bantuan lutsinar prosidur untuk ujian antibodi HIV dan terangkan juga akan perbezaan antara ujian saringan dan ujian pengesahan serta maksud HIV positif dan negatif. Jelaskan juga di mana perkhidmatan ujian darah untuk HIV boleh didapati. Jelaskan kepada pelatih dengan bantuan lutsinar kenapa, apa dan bila kaunseling dalam HIV/AIDS perlu kepada orang yang bimbang dijangkiti (worried well), berisiko tinggi, terutama yang tidak mahu menjalani ujian HIV, mereka yang telah dijangkiti dan pesakit AIDS, mereka yang merawat pesakit HIV/AIDS, mangsa rogol, penderaan seks dan remaja yang terlibat dengan seks bebas atau perkongsian dadah secara suntikan. Jelaskan dengan bantuan lutsinar bahawa pada masa ini belum ada ubat yang boleh menyembohkan atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus HIV. Oleh itu rawatan adalah terhad kepada merawat komplikasi daripada jangkitan HIV iaitu jangkitan oportunis dan penyakit barah. h) Kaitan penyakit kelamin (STD) dengan jangkitan HIV (Lampiran ML 1.2) Jelaskan akan kaitan di antara STD dengan jangkitan HIV. i) Pencegahan jangkitan HIV Bincangkan bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV dan bincangkan juga cara-cara jangkitan HIV dapat dicegah.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
25

2.6

Setting
Bilik darjah/dewan.

2.7

Bahan
Komputer dan LCD / lutsinar, slaid, ohp, slaid projektor, video dan papan tulis.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

2.8

Jangkamasa
4 jam.

2.9

Penilaian
Pelatih dapat menerangkan; Situasi semasa HIV/AIDS berpandukan kepada lutsinar serta menyatakan makna daripada perkataan HIV, jangkitan HIV dan AIDS. Sistem daya tahan tubuh badan manusia melawan penyakit dan bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia berpandukan kepada komputer dan LCD / lutsinar. Peringkat-peringkat jangkitan HIV berpandukan kepada komputer dan LCD/lutsinar serta bagaimana mendapatkan ujian HIV. Bagaimana HIV boleh menjangkiti dan cara-cara mencegah jangkitan HIV.

26

Lampiran ML 1.1 PENGLIPUR LARA (Jangkitan HIV) Metod


Bercerita

Bahan
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
27

Kad Bergambar Proses


1. 2. 3. Setiap kumpulan diberi 1 set kad yang telah disediakan (7 keping). Setiap kad mempunyai gambar atau simbol yang mengandungi makna tersendiri. Ahli-ahli kumpulan dikehendaki berbincang dan berinteraksi dalam menterjemahkan apakah makna simbol bagi setiap kad. Ahli kumpulan bebas menggunakan mana-mana kad sebagai permulaan untuk memulakan atau memberikan persembahan. Di akhir perbincangan setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan ramai. Fasilitator akan merumuskan makna yang tersirat pada setiap kad dan fungsinya pada tubuh badan manusia.

4.

5.

6.

Jangkamasa
1 jam

Penilaian
Pada akhir sesiapa peserta akan dapat mengetahui dan memberi penjelasan tentang apakah fungsi antibodi atau lain-lain sel yang terdapat dalam tubuh badan sebelum dan selepas diserang Virus HIV.

Keterangan
1. 2. Boleh dimulakan dengan mana-mana kad. Dalam keadaan biasa (sihat) tubuh kita mempunyai suatu kilang yang menghasilkan antibodi dan lain-lain sel sebagai satu sistem pertahanan dalam tubuh bagi menahan serangan antigen (virus).

3.

Jika antigen menyerang, kilang antibodi akan mengerahkan lebih ramai atau menghasilkan lebih ramai askar (antibodi dan lain-lain sel) bagi menahan serangan antigen. Maka satu mekanisme digunakan (kunci) bagi menahan serangan antigen dan ini berlansung secara rutin. Tetapi bila LANUN (virus HIV) datang, kilang antibodi telah menggunakan cara yang sama dalam menahan serangan LANUN dengan menggunakan mekanisme yang sama. Tetapi segala usaha gagal. Teruskan dengan ceramah selanjutnya.

4.

5.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

6. 7.

28

29

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

30

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

31

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

32

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

33

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

34

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

35

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Lampiran ML 1.2 Apa itu penyakit STD?

PENYAKIT KELAMIN (STD)

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Penyakit STD adalah penyakit yang ditularkan melalui membran mukus dan cecair kelamin lelaki dan wanita, tekak dan dubur. Kebanyakan penyakit STD mudah dirawat. Sekiranya penyakit ini dikesan dari awal dan dirawat dengan awal, ia tidak akan menyebabkan masalah yang serius. Sekiranya tidak, infeksi akan merebak dan komplikasi seperti kemandulan boleh terjadi. Penyakit ini mudah dijangkiti, oleh itu pengetahuan mengenai penyakit, tanda-tanda penyakit dan cara mendapat rawatan adalah penting.

Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika saya sedang menghidapi penyakit STD?
Penyakit STD lazimnya tidak banyak tanda-tanda. Anda mungkin menghidapi penyakit tersebut tanpa menyedarinya. Oleh itu anda mungkin menjangkiti orang lain tanpa disedari. Berikut adalah ringkasan beberapa penyakit STD yang sering ditemui dan cara merawatnya.

1.

Gonorea
Tanda akan muncul 3-5 hari selepas jangkitan terjadi. Bagi lelaki, discaj yang berwarna hijau kuning akan terjadi dan kesakitan akan dirasai sewaktu kencing. Discaj juga akan ditemui pada wanita. Adakalanya kedua lelaki dan wanita tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda. Rawatan: Antibiotik. Kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah tamat. Sekiranya jangkitan tidak dikesan dan tidak dirawat, jangkitan akan merebak dan menyebabkan kemandulan pada lelaki dan wanita.Terdapat beberapa jenis gonorea yang resistan kepada antibiotik, oleh itu adalah penting untuk seseorang itu dirawat oleh pengamal perubatan yang sah dengan rawatan yang sesuai.

36

Risiko:

2.

Chlamydia
Disebabkan oleh bakteria dan lazimnya tiada tanda. lnfeksi mungkin tidak disedari sehingga ianya mula menyebabkan masalah. Tanda seperti discaj dan kepedihan sewaktu kencing mungkin terjadi. Penyakit ini boleh terjadi bersama penyakit gonorea. Rawatan: Antibiotik. Adalah penting agar kedua pasangan mengambil rawatan dan menghentikan hubungan seks sehingga rawatan telah sempuma. Sekiranya penyakit tidak dirawat, infeksi akan merebak dan menyebabkan radang dan rahim dan kemandulan boleh terjadi. Infeksi ini kerap berlaku.

Risiko:

3.

Sifllis
Tanda pertama infeksi ini adalah luka kecil (ulser) yang tidak menyebabkan kesakitan pada tempat yang dijangkiti (chancre). Biasanya ini terdapat pada kelamin atau mulut. Ini akan dapat dilihat selepas 9 hingga 90 hari selepas jangkitan terjadi. Ini akan hilang selepas beberapa hari dan mungkin tidak dikesan. Infeksi akan terpendam dalam badan untuk jangkamasa tertentu sehingga ruam merah terjadi pada seluruh badan. Ini juga mungkin tidak dapat dikesan/disedari. Rawatan: Antibiotik. Kedua-dua pasangan mesti dirawat dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempuma. Sekiranya ulser itu tidak dikesan, ujian darah perlu dilakukan untuk mengesan penyakit ini. Sekiranya siflis dibiarkan ia akan menyebabkan masalah pada masa depan. Antara komplikasi yang kerap ditemui adalah penyakit jantung terutamanya pada peringkat akhir. Dementia juga berlaku akibat infeksi pada otak. Wanita boleh menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkan kecacatan. Rawatan boleh dimulakan pada bilabila masa dan kejayaan lebih terjamin dan lebih cepat sekiranya rawatan dapat dimulakan lebih awal.

Risiko:

4.

Chancroid
Infeksi ini menyebabkan luka-luka kecil yang menyebabkan kesakitan di luka tersebut dan di kawasan sekeliling kelamin. Luka ini akan membesar dan tidak akan sembuh dengan sendirinya. Rawatan: Antibiotik. Kedua-dua pasangan perlu dirawat dan mesti menghentikan semua hubungan seks sehingga rawatan telah sempuma.

5.

Herpes
Disebabkan oleh virus Herpes yang menyerang hujung-hujung saraf. Tanda awal selepas jangkitan lazimnya disertai dengan kesakitan. Lecuran (blister) kecil akan terjadi pada kawasan yang dijangkiti - mulut dan kelamin - lebih kurang 2 - 20 hari selepas jangkitan terjadi. Ini mungkin disertai dengan demam tinggi, kesakitan am pada badan dan bengkak kelenjar limfa. Lecuran ini akan pecah selepas 2- 4 hari dan akan sembuh dengan sendirinya. Serangan berikutnya akan terjadi 3 - 4 kali setahun dan intensiti serangan ini akan berkurangan apabila jangkitan menjadi lama (kronik). Rawatan: Risiko: Antiviral. Kedua-dua pasangan perlu dirawat dan hubungan seks dihentikan sehingga rawatan telah sempuma. Wanita yang hamil boleh menjangkiti anak dalam kandungan. Infeksi ini boleh menjangkiti otak dan menyebabkan kecacatan pada bayi.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


37

6.

Trichomoniasis
Wanita kerap mengadu bahawa terdapat discaj yang busuk, gatal dan rasa sengal pada kelamin. Lelaki pula tiada tanda langsung. Tanda akan terjadi 2 - 3 hari selepas jangkitan terjadi. Rawatan: Kedua-dua pasangan perlu dirawat. Hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

7.

Candidiasis
Infeksi ini terjadi pada faraj dan disebabkan oleh fungus. la menyebabkan discaj putih dan rasa gatal di faraj. Penyakit ini tidak semestinya terjadi akibat hubungan seks kerana ia boleh terjadi dengan sendirinya. Rawatan: Ubat antifungus yang dimasukkan ke dalam faraj.

8.

Condyloma
Sejenis virus yang menyebabkan warts yang akan dapat dilihat pada alat kelamin atau di sekeliling alat kelamin. Wart ini adalah ketulan yang berwarna seakan kulit dan ini menyulitkan deteksi terutama dirongga kelahiran pada wanita. Tanda ini kerap dapat dilihat 3 - 9 bulan selepas jangkitan terjadi. Masa inkubasi yang panjang menyukarkan penetapan asal usul infeksi ini dan ini juga menyenangkan tularan terjadi. Rawatan: la boleh dirawat dengan sejenis larutan yang dikenali sebagai podophyllin. Wart akan disapu dengan ubat ini dan dibiarkan selama 4 jam. Selepas 4 jam, ubat ini boleh menyebabkan iritasi (gatal-gatal). Hubungan seks tidak boleh dilakukan sehingga semua wart telah dimusnahkan. Kedua-dua pasangan perlu diperiksa. Wanita yang telah dijangkiti oleh virus Condyloma perlu menjalani pemeriksaan pangkal rahim secara berkala. Ini adalah kerana virus boleh menyebabkan barah pangkal rahim. Jangkitan oleh virus ini amat kerap terjadi.

38

Risiko:

Rawatan yang sempurna bagi penyakit-penyakit ini amat penting kerana sekiranya tidak, ia akan menjadi kronik dan menyebabkan komplikasi yang serius. Untuk rawatan yang sempuma, ia mesti didapati dari pengamal perubatan yang sah. Rawatan sendiri dan rawatan oleh pengamal perubatan yang tidak sah tidak mencukupi dan boleh membahayakan diri.

BAB 3 MODUL 2: KEHIDUPAN BERMARUAH DAN SIHAT


3.1 Pengenalan
Jangkitan HIV berkait rapat dengan keruntuhan akhlak dan moral iaitu tingkahlaku serta cara hidup yang melibatkan penyalahgunaan dadah melalui suntikan dan hubungan seks. Gejala sosial dan keruntuhan moral di kalangan remaja amat membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak pada tahun 1994 mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja telah mempunyai pengalaman melakukan seks bebas (75.1% berusia antara 16-21 tahun). Satu lagi kajian ke atas 1,900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur (berumur 16 dan 18 tahun) mendapati 2.1% telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan 4.6% telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian Remaja dan AIDS pada tahun 1996 yang lalu keatas 4,347 remaja berusia 1325 tahun mendapati 5% telah mencuba dadah, 6% telah terlibat dengan seks bebas. Persekitaran yang dialami oleh remaja masa ini juga amat berbeza dengan apa yang telah dialami oleh remaja generasi dahulu. Oleh kerana perkembangan sosioekonomi yang amat pesat, remaja pada masa ini lebih terdedah kepada persekitaran yang sangat mencabar. Mereka lebih mudah terdedah kepada unsur negatif seperti bahan lucah dan filem-filem yang memaparkan budaya seks kasual. Pengawasan masyarakat juga amat longgar terutama di bandar. Semangat kejiranan serta budaya bantu membantu, serta tegur menegur juga sudah semakin luntur. Oleh itu remaja perlu dirangsang kepada perubahan tingkahlaku positif ke arah kehidupan bermaruah dan sihat.

3.2

Objektif Pembelajaran
Di akhir sessi peserta dapat; 1. 2. Menerangkan proses perkembangan kesihatan remaja dari sudut reproduksi dan anatomi. Menjelaskan hubungan seks dalam perkahwinan

3.3

Topik Utama
i. ii. iii. iv. Pendidikan Kekeluargaan Penilaian tingkahlaku berisiko Mengambil risiko dan membuat pilihan Menghadapi tekanan rakan sebaya

3.4

Pendidikan Kekeluargaan Metod


Ceramah, perbincangan dan soal-jawab.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


39

Proses
1. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil (5 orang atau kurang). Jika perlu asingkan peserta lelaki dan perempuan. Tanya kepada kumpulan untuk menyenaraikan perubahan-perubahan emosi yang berlaku semasa baligh. Simpulkan dengan menekankan yang proses membesar adalah satu proses yang semulajadi dan pengalaman berbeza akan dialami oleh lain orang. Kesihatan yang baik, bersih, berfikiran positif, perhubungan sosial yang baik dalam keluarga, rakan sebaya dan diterima oleh masyarakat akan memastikan hidup yang bahagia. Terangkan kepada peserta bahawa mereka tidak patut merasa malu semasa membincangkan isu ini kerana ia adalah fitrah manusia dan wajib mengetahuinya (akan fungsinya). Kemudian beritahu kumpulan yang mereka akan bermain satu permainan di mana setiap kumpulan akan diberi satu format soalan. Peserta yang mempunyai format (Lampiran A) akan membacakan kenyataan yang tertulis pada kertas tersebut kuatkuat. Ahli kumpulan akan berbincang sebentar untuk memutuskan sama ada kenyataan tersebut benar atau salah dan hebahkan keputusan kepada umum. Fasilitator akan menanyakan kepada kumpulan yang lain pendapat mereka. Beri beberapa minit untuk perbincangan. Fasilitator akan mengulas jawapan dengan berpandukan kepada kad jawapan yang disediakan. Kaitkan mana yang berkenaan dengan jangkitan HIV/AIDS.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

4.
40

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

Bahan
Carta selak / Lampiran ML 2.1 dan ML 2.2

Jangkamasa
1 jam 30 minit.

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan menerangkan proses kesihatan remaja dari sudut reproduksi dan anatomi serta menjelaskan silap faham berkaitan dengan seks dalam perkahwinan.

CHANGES IN BODY PROPORTION FROM EARLY PRENATAL PERIOD TO ADULTHOOD

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


41

HEIGHT AT DIFFERENT AGES FOR THE AVERAGE BOY AND GIRL

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


42

GAIN IN HEIGHT PER YEAR FOR AVERAGE BOY AND GIRL

TIMING OF PHYSICAL CHANGES AT PUBERTY IN BOYS AND GIRLS

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


43

PROCESSES AT PUBERTY IN MALES

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


44

SEQUENCE OF MAJOR CHANGES AT PUBERTY IN BOYS

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


45

PUBERTAL STAGES FOR PENILE GROWTH

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


46

PUBERTAL STAGES FOR PUBIC HAIR GROWTH IN MALES

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


47

PROCESSES AT PUBERTY IN FEMALES

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


48

SEQUENCE OF MAJOR CHANGES AT PUBERTY IN GIRLS

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


49

PUBERTAL STAGES FOR BREAST GROWTH

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


50

PUBERTAL STAGES FOR PUBLIC HAIR GROWTH IN FEMALES

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


51

52

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

AGE OF MENARCHE

Lampiran ML 2.1

Kenyataan (peserta) Setelah seorang wanita mengalami haid, dia boleh mengandung

Jawapan

Keterangan (fasilitator)

Tidak melakukan hubungan kelamin adalah satu-satunya cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan mengandung. Wanita dan lelaki boleh mendapat jangkitan penyakit STD tanpa apa- apa tanda dan gejala. Wanita tidak akan mengandung sekiranya mereka mengadakan hubungan seks sekali sahaja. Wanita boleh mengandung jika mereka mengadakan hubungan seks pada masa haid. Sekali dijangkini gonorea dan telah berkali-kali sembuh, kita tidak boleh dijangkiti lagi (imun). Wanita boleh mengandung walaupun tiada ejekulasi di dalam faraj. STD boleh sembuh dengan menjalin hubungan dengan dara (virgin).

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


53

Sebelum datang haid wanita boleh mengandung.

Lampiran ML 2.2 Jawapan / Keterangan Fasilitator


Kenyataan (peserta) Setelah seorang wanita mengalami haid, dia boleh mengandung
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Jawapan Benar

Keterangan (fasilitator) Organ reproduksi telah berfungsi dan boleh mengandung. Walau bagaimanapun, organ dan badan (secara fizikal dan mental) mungkin belum bersedia. Kerana ovari melepaskan telur sebelum haid. Satu cara yang pasti bagi mengelakkan mengandung adalah dengan tidak mengadakan hubungan kelamin. Begitu juga dengan HIV/AIDS dan STD. Kebanyakan jangkitan gonorea tidak menunjukkan sebarang tanda di kalangan wanita dan sering tidak dikesan pada lelaki. Penting mendapat pemeriksaan doktor jika berasa mungkin dijangkiti. Boleh mengandung dengan hanya sekali hubungan seks termasuk yang pertama. Memang berkemungkinan ia boleh mengandung pada bila-bila masa.

Sebelum datang haid wanita boleh mengandung. Tidak melakukan hubungan kelamin adalah satu-satunya cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan mengandung.

Benar

Benar

54

Wanita dan lelaki boleh mendapat jangkitan penyakit STD tanpa apa- apa tanda dan gejala.

Benar

Wanita tidak akan mengandung sekiranya mereka mengadakan hubungan seks sekali sahaja. Wanita boleh mengandung jika mereka mengadakan hubungan seks pada masa haid. Sekali dijangkini gonorea dan telah berkali-kali sembuh, kita tidak boleh dijangkiti lagi (imun).

Salah

Benar

Salah

Seseorang boleh mendapat gonorea setiap kali ia menjalin hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti gonorea. Mungkin cairan pre-seminal mengandungi sperm. STD boleh sembuh dengan ubatan. Seks hanya menular jangkitan.

Wanita boleh mengandung walaupun tiada ejekulasi di dalam faraj. STD boleh sembuh dengan menjalin hubungan dengan dara (virgin).

Benar

Salah

3.5 Penilaian Tingkahlaku Berisiko Objektif pembelajaran


Di akhir sessi peserta dapat; Mengenal tahap risiko dijangkiti HIV bagi tingkahlaku tertentu.

Metod
Permainan menentukan tahap risiko dan perbincangan sindikit.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
55

3.5.1

Permainan Menentukan Tahap Risiko Proses


1. Minta peserta berbaris dalam satu bulatan. Letakkan 4 kotak yang bertanda Risiko Tinggi, atau Risiko Rendah, atau Tiada Risiko atau Tidak Tahu di tengah bulatan. Agihkan kad kenyataan (Lampiran ML 2.3) kepada peserta dan minta membaca kenyataan yang tertulis dengan kuat dan membuat keputusan. Masukkan kad ke dalam kotak (di tengah bulatan) mengikut keputusan yang dibuat. Sebaik sahaja setiap.peserta memasukkan kad ke dalam kotak, minta mereka menerangkan sebab mereka membuat keputusan begitu. Tanyakan kepada kumpulan samada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut.

2.

3.

3.5.2

Perbincangan Sindikit Proses


1. Bahagikan kumpulan kepada kumpulan kecil 4-5 orang dan agihkan salinan kenyataan Siapakah Yang Paling Tinggi Risiko Dijangkiti HIV (Lampiran ML 2.4) kepada setiap peserta. Beri masa 5 minit untuk peserta membaca dan rninta setiap peserta menyusun keempat nama yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut mengikut tahap risiko dari rendah kepada yang paling tinggi tanpa berbincang. Setelah selesai, bincangkan dalam kumpulan kecil dan dapatkan susunan yang dipersetujui oleh kumpulan serta kriteria di mana mereka membuat susunan sedemikian. Beri 30 minit untuk mereka berbincang. Kumpulkan semula semua kumpulan dan minta setiap kumpulan kecil tadi untuk melapurkan susunan mengikut tahap risiko serta sebabsebab mereka membuat keputusan sedemikian.

2.

3.

4.

5.

Perkara yang perlu diberi tekanan dalam perbincangan adalah; a. b. Kenalpasti faktor spesifik yang diberikan oleh kebanyakan kumpulan bagi menilai tingkahlaku yang berisiko tinggi. Bincangkan perbezaan susunan tahap risiko dari berbagai kumpulan dan cuba kenalpasti mengapa tedadinya perbezaan tersebut.

Setting
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

Bahan
Kad kenyataan, 4 kotak (permainan) dan kertas sketsa, kertas dan pensil (perbincangan sindikit).

Jangkamasa
1 jam 30 minit.

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan dapat menyatakan tahap risiko dengan tepat dengan menyatakan sebab-sebab dengan rasional dan mengikut fakta.

56

ROY

Risiko paling rendah memandangkan ia telah berazam tidak akan mengambil dadah lagi. Dia mempastikan kondom digunakan setiap kali hubungan seks, tetapi kondom tidak mencegah jangkitan 100%. Dia masih boleh dijangkiti HIV. Berisiko tinggi kerana suaminya mengamalkan cara hidup berisiko tinggi. Berisiko paling tinggi kerana mengamalkan homoseks dan tidak kesah akan risiko jangkitan HIV.

MONA

SUE

BOB

Lampiran ML 2.3
Kenyataan (keterangan) Hubungan seks di bawah pengaruh arak. (Jika sekiranya kondom dipakai mungkin tidak sempurna) Mengambil suntikan (Risiko jangkitan melalui jarum tatto umpamanya walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.) Mempunyai banyak pasangan seks. HIV positif ingin mendapatkan anak. (Mereka mungkin menjangkitkan kepada anak dan isteri/suami. Peluang anak jadi yatim piatu juga amat tinggi.) Hubungan seks dengan jiran atau kawan. (Tiada siapa yang boleh dipastikan bebas dari HIV walaupun jiran.) Menjaga pesakit AIDS. Berciuman. (Deep Kissing) Gigitan nyamok yang telah mengigit pembawa HIV. (HIV adalah virus yang menjangkiti manusia saja.) Memelok orang yang dijangkiti HIV/AIDS. Hubungan seks dengan pelacur kelas pertama. (mahal) (HIV tidak mengenal status ekonomi.) Oral seks. (Walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.) Anal seks. (Dubur tidak dibentuk untuk seks, jadi ia mudah luka dan memudahkan virus masuk ke dalam badan.) Menggunakan tandas awam. Berkongsi jarum suntikan dengan penagih dadah. Menderma darah. Abstinence / menjauhi hubungan seks. Hubungan seks hanya dengan pasangan yang tidak dijangkiti HIV. Tidak berkongsi jarum dan hanya menggunakan jarum disposable dalam semua keadaan. Menyembahyangkan jenazah AIDS. Tahap Risiko Tinggi Rendah

Tinggi Tinggi

Tinggi Tiada Rendah Tiada Tiada Tinggi Rendah Tinggi

Tiada Tinggi Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


57

Lampiran ML 2.4 SIAPA YANG PALING TINGGI RISIKO DIJANGKITI HIV


BOB Telah berkahwin dan sesekali menjalin hubungan homoseks. Lelaki yang dihubungi kebanyakkannya tidak berapa dikenali. Bob telah mendengar tentang AIDS dan sedar yang ia mungkin telah dijangkiti HIV. Dia tidak merasakan perlu untuk menjalani ujian darah dan menyerahkannya pada takdir. Telah berkahwin dengan Subramaniam lebih 15 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Selepas kelahiran anak mereka yang kedua, Subra menjalani vasectomy. Subra kerap bertugas di luar dan sering berjauhan dengan isteri. Beliau berjumpa dengan bekas kekasih lamanya Prema dan menjalin semula hubungan setiap kali beliau bertugas di bandar tempat Prema tinggal. Prema juga menjalin hubungan dengan ramai lagi lelaki. Berumur 18 tahun, dan baru-baru ini putus hubungan dengan kekasihnya. Beberapa temannya mengajak beliau ke disko dan minum sampai mabuk. Dia juga menyuntik dadah atas desakan kawan. Roy tidak pernah menyuntik dadah sebelum ini dan berazam tidak akan mengulangi lagi. Sekarang dia berasa bimbang dijangkiti HIV. Seorang pelacur. Dia mendapat tahu tentang AIDS dua tahun yang lalu. Dia amat takut akan dijangkiti HIV tetapi tidak dapat keluar dari pelacuran kerana dipaksa oleh suami yang juga seorang bapa ayam. Walau bagaimanapun, dia telah mendapat persetujuan bapa ayam untuk mempastikan kondom digunakan bagi setiap hubungan seks dengan pelanggan dan suaminya.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

SUE

ROY

58

MONA

3.6

Mengambil Risiko dan Membuat Pilihan


Di dalam kehidupan harian setiap orang perlu mengambil risiko dan bukanlah mudah membuat pilihan. Walau bagaimanapun, setiap orang tidak boleh lari dari tingkahlaku yang melibatkan sedikit risiko (seperti risiko kemalangan jika memandu dsb). Dalam hal jangkitan HIV, ada beberapa tingkahlaku berisiko tinggi yang mesti dijauhi dan remaja perlu berhati-hati menghadapi tekanan-tekanan yang boleh menjerumuskan mereka kepada risiko tersebut.

Objektif pembelajaran
Di akhir sessi peserta dapat; 1. 2. Memahami kesukaran proses membuat keputusan. Membezakan di antara risiko yang munasabah dan tidak munasabah.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
59

Metod
Perbincangan sindikit

Proses
1. Edarkan senarai aktiviti (ML 2.5) dan minta peserta menelitinya serta minta peserta menanda tanpa membincang dengan peserta lain, tahap risiko untuk dijangkiti HIV bagi setiap aktiviti yang disenaraikan berasaskan skala 1 (amat bahaya) hingga 4 (tidak bahaya langsung). Kemudian bentuk kumpulan kecil dan bincangkan bagi mendapat persetujuan umum tahap risiko bagi setiap aktiviti yang disenaraikan. Bincangkan respon setiap kumpulan kecil dalam satu sesi plenari. Mulakan dengan meminta ketua kumpulan untuk menyatakan aktiviti yang mereka kategorikan sebagai sangat berisiko dan yang mana paling kurang risiko. Terokai mengapa mereka membuat keputusan seperti yang mereka nyatakan. Bincangkan perbezaan pendapat di antara peserta.

2.

3. a.

b.

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor)

Bahan
Senarai (Lampiran ML 2.5) dan pensil

Jangkamasa
45 minit

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan dapat menyatakan tahap risiko dengan tepat dengan menyatakan sebab-sebab dengan rasional dan mengikut fakta.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
60

Lampiran ML 2.5 SENARAI UNTUK DIBUAT PILIHAN


Arahan: Bulatkan pada mana-mana nombor bagi jawapan pilihan anda. Bulatkan 1 sekiranya berpendapat aktiviti-aktiviti tersebut mempunyai risiko yang sangat tinggi menjangkitkan HIV dan 4 jika sebaliknya. Aktiviti Sangat Berbahaya 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Kurang Berbahaya Tidak Berbahaya Berbahaya 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4
61

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Menghisap ganja/dadah Mabuk Minum arak secara sederhana Kurang senaman Rasa Bersalah Tabiat makan yang buruk Menghadiri majlis di mana arak dan dadah digunakan Menggunakan dadah secara suntikan Berkongsi jarum untuk mengambil dadah

10. Kerja lebih 11. Mengadakan hubungan seks tanpa kondom 12. Tidak mendapatkan rawatan perubatan bila diperlukan 13. Sentiasa gelisah, cemas dan merasa tertekan 14. Hubungan seks dengan orang lain yang dikenali

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

3.7

Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya


Aspek penting dalam mengukuhkan penghayatan cara hidup sihat bergantung rapat dengan kebolehan menghadapi tekanan rakan sebaya ke arah melakukan perbuatan mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti HIV. Ini termasuklah menjauhi dari minum arak, menyalahgunakan dadah, melanggani pelacur dan lain-lain bentuk aktiviti berisiko. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya walaupun mereka tahu ajakan mereka itu adalah merosakkan diri sendiri. Adalah penting bagi remaja mempelajari strategi menolak tekanan tertentu dan mempraktikkannya selalu.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Objektif pembelajaran
Di akhir sessi peserta dapat; Menyatakan cara-cara khusus menolak tekanan rakan sebaya dan mengenal keperluan menghadapi tekanan rakan sebaya yang mungkin membawa akibat buruk.

Metod
Permainan - senario tingkahlaku berisiko tinggi

Proses
I. Bahagikan peserta kepada kumpulan 4-5 orang dan minta seorang peserta membacakan nota CARA MENOLAK TEKANAN RAKAN SEBAYA (Lampiran ML 2.6) Agihkan senario (Lampiran ML 2.7) berlainan bagi setiap kumpulan dan minta peserta membincangkan bagaimana cara-cara menolak tekanan (Lampiran ML 2.6) boleh digunakan dan rancangkan skrip (20 minit). Lakonkan idea kumpulan masing-masing mengikut skrip di atas (5 minit tiap kumpulan).

62

2.

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

Bahan
Senario (lampiran ML 2.6 dan ML 2.7), kertas dan pensil.

Jangkamasa
45 minit

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan permainan.

Lampiran ML 2.6 CARA MENOLAK TEKANAN RAKAN SEBAYA


Mungkin kita telah mendengarnya seribu kali - Katakan Sahaja Tidak. Bunyinya nampak senang, tetapi pada hakikatnya adalah sukar menyatakan tidak atau tak mahu kepada ajakan atau tekanan dari rakan sebaya. Sekiranya rakan sebaya mengajak anda untuk melakukan sesuatu perbuatan yang anda tidak mahu melakukannya, mereka mungkin membuat anda berasa seolah-olah anda bersalah sekiranya anda tidak menurut ajakan itu. Bila tekanan makin kuat anda akan mula tidak pasti apa yang anda mahu. Perlu anda ingat, jika mereka menekan anda sebenarnya merekalah yang bermasalah bukan anda. Adalah penting untuk anda bersikap jujur terhadap diri sendiri. Disenaraikan cadangan cara-cara untuk anda menyatakan tidak sekiranya itu yang anda mahu; Penolakan bersopan Boleh saya tawarkan awak minuman? Beri alasan Bagaimana dengan beer? Mengulangi jawapan Nah hisap ni (dadah) Cubalah! pengecutlah awak ni! Beri pilihan Jum masuk bilik saya Pulangkan tekanan Ala, sat saja masuk bilik saya Awak tak dengar ke apa yang saya kata tadi? Saya lebih selesa menonton TV di sini Maaf terima kasih, Maaf terima kasih, Tak apalah, maaf terima kasih Saya tidak minum Maaf, terima kasih.

Tunjukkan pendirian Kalau awak benar-benar cintakan saya, buktikan... Beredar Saya ada barang, mahu belikah Buat tak kisah Saya ada barang, mahu belikah Teruskan pejalanan seolah-olah tidak mendengar terima kasih dan beredar dari situ Saya tidak boleh melakukannya. Berdosa dan belum sampai masanya lagi.

Bersatu teguh Berada bersama orang lain yang menyokong / sehaluan dengan tindakan kita Menjauhi situasi Jika anda tahu orang atau situasi di mana orang akan mempengaruhi anda untuk membuat perkara-perkara yang anda tidak mahu lakukan, jauhi situasi sebegini.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


63

Lampiran ML 2.7 SENARIO (Buat skrip dan lakonkan)


RAJ Pergi ke disko dengan kawan-kawannya. Di dalam disko ramai orang mabuk dan dadah juga ada diedarkan. Seorang rakan karib yang telah lama dikenalinya datang menghampiri Raj dengan segelas beer dan mengajak Raj minum segelas beer sahaja jika benar-benar Raj kawan sejatinya. Baru berpindah ke satu bandar yang baru. Kawan sepejabat mengajak Yaakub dan ternan-teman bujang lain ke rumah dan menjamu mereka. Selepas makan kawan sepejabat Yaakub mengajak semua yang ada untuk ronda-ronda di bandar dan menunjukkan kepada Yaakub tempat-tempat hiburan yang ada di bandar itu. lbu bapa Rebecca balik kampung, tinggal Rebecca seorang diri. Beberapa teman datang ke rumah dan berbual-bual hingga lewat malam. Setelah semuanya balik, Tony masih meneruskan perbualan dan nampak macam tidak mahu pulang dan memberi isyarat kepada Rebecca yang dia sukakan Rebecca lebih dari perempuan lain. Tinggal di asrama. Khabar angin menyatakan terdapat dadah disalahgunakan di asrama tersebut. Yazid baru saja mendapat berita kekasihnya kahwin dengan orang lain. Dia sangat sedih. Dia masuk ke bilik Lokman dan mendapati dia sedang menyiapkan perkakas untuk mengambil dadah. Lokman mempelawa Yazid untuk mengambil dadah yang boleh menghilangkan kesedihan dan khabarnya tidak menyebabkan ketagihan. Mempunyai sedikit sahaja kawan dan sering tidak bersefahaman dengan kedua ibu bapanya. Dia anak tunggal dan sering kesunyian. Hizan adalah jiran Yati dan agak rapat dengannya. Yati juga suka padanya. Hizan mempelawa Yati menemaninya ke rumah.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

YAAKUB

REBECCA

YAZID
64

YATI

BAB 4 MODUL 3: ISU-ISU BERKAITAN HIV/AIDS


4.1 Pengenalan
Masalah HIV dan AIDS melampaui bidang perubatan. Memandangkan kaitan rapat antara jangkitan HIV dengan seksualiti, penagihan dadah, kesakitan dan kematian, timbul masalah daripada segi pandangan, sikap dan nilai. HIV dan AIDS meninggalkan kesan bukan sahaja kepada individu yang dijangkiti, tetapi keluarga, masyarakat dan juga negara. Malahan, kesan atau impak dan pada jangkitan HIV boleh dalam bentuk psikologi, sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi. Sebagai remaja yang prihatin akan masalah HIV/AIDS di negara kita, perlulah kita mengenalpasti nilai serta sikap diri sendiri terhadap isu-isu berkaitan HIV dan AIDS. Remaja juga harus faham tentang nilai yang berbeza terhadap isu yang sama. Semoga dengan kefahaman sedemikian dapat menghasilkan keprihatinan dan peka terhadap keperluan perkhidmatan sokongan untuk mengimbangi kesan atau impak daripada wabak HIV/AIDS. Ini bukan hanya tertumpu kepada pesakit AIDS atau mereka yang telah dijangkiti HIV, malah meliputi juga mereka yang terlibat (affected) seperti keluarga terdekat.

4.2

Topik Utama
1. 2. 3. Menerokai nilai dan sikap remaja Kesan HIV/AIDS Remaja dan AIDS

4.3

Menerokai Nilai dan Sikap Remaja Objektif Pembelajaran


Di akhir sessi peserta dapat; Menerokai nilai dan sikap diri sendiri terhadap isu-isu yang dikaitkan dengan AIDS. Untuk mencapai objektif pembelajaran ini aktiviti Dengar dan Pilih adalah aktiviti yang wajib dilakukan dan selepas itu fasilitator boleh memilih salah satu dari 3 simulasi di bawah: a) b) c) Keizinan dan Takdir Hanyut di Lautan Memulakan Penghidupan di Dunia Baru

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


65

Metod
Permainan Dengar dan Pilih

Proses
1. Sediakan 3 keping kertas dan tulis di atas setiap keping kertas tersebut dengan perkataan setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Lekatkan kertas-kertas tadi di atas lantai atau tanah, kertas bertulis setuju di penjuru kanan, kertas bertulis tidak setuju di penjuru kiri dan kertas bertulis tidak pasti di tengah-tengah atau di antara dua penjuru. Bacakan kenyataan kontroversi seperti yang di lampiran ML 3.1 satu persatu. Setiap kali kenyataan dibaca, peserta dikehendaki pergi ke penjuru atau di tengah-tengah perkataan yang bertulis mengikut keputusan yang dipilih. Tekankan peri mustahaknya peserta mendengar dengan teliti kenyataan yang dibaca dan bertindak kepada reaksi pertama yang terlintas sebaik kenyataan dibaca. Setelah keputusan dibuat, setiap peserta diminta menyatakan kenapa mereka memilih keputusan itu. (Perbincangan dan bantahan daripada peserta lain tidak dibenarkan). Setelah semua pandangan diambilkira, ulangi dengan membaca kenyataan tersebut. Setelah bacaan pada kali kedua, peserta bolehlah mengubah keputusan mereka dengan menyatakan alasan mereka berbuat demikian. Ulangi proses pada (no. 3-6) sehingga semua kenyataan habis dibaca. Bincang dengan peserta isu atau perkara-perkara berikut: Bagaimana perasaan mereka semasa diajukan kenyataan-kenyataan di atas. Apakah yang terlintas di fikiran semasa membuat pilihan keputusan. Bagaimana pandangan dan tekanan rakan sebaya mempengaruhi keputusan peserta. Adakah mudah untuk mengubah keputusan yang telah dibuat. Sekiranya berlaku, apakah yang menyebabkan peserta mengubah fikiran. Bagaimana perasaan peserta secara individu semasa menyatakan pendirian kepada rakan sebaya terutama yang berada dalam golongan minoriti. Pernahkah peserta memikirkan nilai di sebalik kenyataan-kenyataan tersebut. Bagaimana perasaan peserta bila mereka terpaksa mendengar tanpa dapat membantah atau berbincang.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

2.

3.

4.

66

5.

6.

7. 8.

Setting
Dewan atau padang

Bahan
Kertas Maker pen Lampiran ML 3.1 dan ML 3.2
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
67

Jangkamasa
1 1/2 2 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam permainan dan mengikut peraturan.

Metod
Keizinan dan Takdir

Proses
1. 2. Peserta akan menyenaraikan nama orang-orang yang amat disayangi dalam hidupnya hari ini. (Antara 5 hingga 7 orang) Peserta diminta merenung/membayangkan setiap wajah orang-orang yang disayangi itu satu persatu, melihat jasa, pengorbanan, kasih sayang, harapan dan segalanya Fasilitator menggunakan kekuatan diri untuk membawa perasaan ahli menghayati renungan tersebut secara jelas dengan penuh penghayatan. Takdir tidak dapat ditolak, bawa perasaan ahli untuk berhadapan dengan takdir. Peserta akan memilih siapa yang akan diizinkan pergi dulu kerana takdir. Persoalan: Kenapa individu itu dipilih Mengapa Bagaimana perasaan Harapan dsb.

3.

4. 5.

Setting
Dalam dewan

Bahan
Lampiran ML 3.3 Kertas perbincangan

Jangkamasa
2 jam

Penilaian
Mencungkil, memahami dan sedar akan diri dan tangungjawab sebagai seseorang anak kepada keluarga tersayang.

Metod
Hanyut Di Lautan

Proses
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Peserta keseluruhan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar, jika kumpulan kecil dibuat perbincangan boleh dibuat secara berperingkat. Kertas kisah Hanyut DiLautan diedarkan kepada kumpulan berkenaan. Kumpulan diberi masa setengah jam untuk berbincang. Setiap kumpulan melantik seorang juru cakap yang akan menghujahkan fakta bagi kumpulan mereka. Semasa berhujah kumpulan lain mendengar dan mengemukakan bangkangan jika tidak dipersetujui. Fasilitator meminta peserta menerangkan pengajaran dari permainan ini. Fasilitator berbincang dan mengulas.

68

Setting
Dewan / bilik darjah

Bahan
Lampiran ML 3.4 Kertas perbincangan

Masa
1 jam

Penilaian
Peserta mampu berhujah dan melahirkan pendirian di atas isu atau topik yang dipertahankan. Isu yang ditimbulkan dan isu yang dibincangkan.

Metod
Memulakan Penghidupan Di Dunia Baru

Proses
1. 2. 3. Peserta duduk dalam bulatan besar dan menghadap ke dalam bulatan Bacakan arahan simulasi kepada peserta Pilih watak-watak seperti seperti yang tertera di atas kertas arahan (watak tambahan boleh disertakan)

4. 5. 6.

Peserta yang dipilih duduk di tengah bulatan dan berbincang. Setiap watak akan mempertahankan hak masing-masing Fasilitator mesti membangkitkan suasana supaya perbincangan dapat hidupkan Fasilitator membuat penghayatan dan meminta peserta menyenaraikan pengajaran dan berbincang.

Setting
Dewan /Bilik darjah

Bahan
Lampiran ML 3.5

Masa
1 - 11/ 2jam

Penilaian
Menyoal dan perbincangan, isu-isu utama ditimbulkan / isu yang dibincangkan. Menentukan sikap individu/peserta dalam sesuatu isu

4.4

Kesan HIV/AIDS Objektif pembelajaran


Di akhir sessi peserta dapat: 1. Menyelami pengalaman sebagai pembawa HIV dan reaksi keluarga, rakan serta masyarakat sekeliling. Menyedari akan kesan atau impak HIV/AIDS.

2.

Metod
Main Peranan

Proses
1. Mencipta senario dan watak pemain peranan. Fasilitator bebas mencipta senario dan watak pemain peranan tetapi watak-watak hendaklah terdiri daripada pembawa HIV, keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat. (Cadangan : Watak pembawa HIV, hendaklah mendapat sokongan serta celaan daripada watakwatak lain). Pemain watak hendaklah melakunkan watak masing-masing seperti dalam kad main peranan yang disediakan. Setelah selesai memainkan watak atau berlakon, setiap watak dikehendaki menyatakan pandangan serta perasaan mereka melakunkan watak masing-masing.

2.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


69

Tanyakan pendapat mereka tentang; a. b. reaksi seseorang semasa diberitahu dia HIV positif apa yang mereka (HIV positif) bimbangkan akan berlaku kepada diri mereka, keluarga, masyarakat, tempat kerja dan negara.

3.

Peserta-peserta lain yang bertindak sebagai pemerhati dikehendaki memberi maklumbalas mengenai kesan HIV/AIDS kepada pembawa HIV/pesakit AIDS, keluarga, rakan dan masyarakat seperti yang dilakonkan. Peserta juga digalakkan berbincang mengenai lain-lain kesan HIV/AIDS yang tidak digambarkan melalui lakonan (kesan ekonomi, sosial dan politik).

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

4.

Setting
Dewan

Bahan
Kertas, Pen, Kad main peranan

Jangkamasa
70

1 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam main peranan dan perbincangan

Metod
Perbincangan senario - Kisah Uda dan Dara

Proses
1. Peserta dibahagikan kepada kumpulan yang mengandungi antara 8-10 orang peserta Fasilitator mengedarkan kisah Uda dan Dara kepada setiap kumpulan Kumpulan akan membaca kisah Uda dan Dara dan berbincang Persoalan: siapakah yang bersalah dalam kisah ini dan paling anda benci sekali, 4. Di akhir sessi fasilitator mengambil masa 15 minit untuk berbincang dengan kumpulan besar. Fasilitator meminta peserta menyenaraikan pengajaran dari kisah ini dan membuat ulasan.

2. 3.

5.

Setting
Dewan atau luar dewan

Bahan
Lampiran ML 3.6 Kertas senario / kertas catitan

Jangkamasa
1 jam
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
71

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan, mampu mengupas dan mengenalpasti sikap masyarakat dalam kes perlakuan, tanggungjawab dan menunjukkan sikap mereka

4.5

Remaja dan AIDS Objektif pembelajaran


Di akhir sessi peserta dapat; 1. 2. 3. Membincangkan masalah-masalah di kalangan remaja yang dikaitkan dengan risiko jangkitan HIV dan AIDS. Mengupas faktor-faktor yang mendorong remaja terjerumus ke dalam kancah tersebut. Mengenalpasti peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam menangani masalah HIV/AlDS.

Metod
Perbincangan Kumpulan Kecil

Proses
1. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil iaitu kira-kira 8 - 10 peserta dalam satu kumpulan. Pilih seorang ketua kumpulan (fasilitator) dan pencatit (jururekod) bagi setiap kumpulan. Terangkan skop perbincangan yang harus meliputi tiga aspek berikut: Masalah-masalah remaja yang dikaitkan dengan HIV/AIDS. Di akhir perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan masalahmasalah tersebut.

2.

3.

Faktor-faktor yang mendorong remaja kepadanya. Di akhir perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan faktorfaktor tersebut. Peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam menangani masalah HIV/AIDS termasuklah peranan kepada diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat umum, golongan yang berisiko tinggi, pembawa HIV dan pesakit AIDS. Di akhir perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan peranan-peranan yang boleh dilakukan bagi membendung wabak HIV dan AIDS dari terus merebak di kalangan remaja.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Setting
Dewan

Bahan
Kertas, Pen

Jangkamasa
1 jam - 1 1/2jam

72

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif data perbincangan serta mampu mengupas persoalan-persoalan yang dibincangkan.

Lampiran ML 3.1 KENYATAAN KONTROVERSI


1. Ujian HIV wajib dijalankan ke atas mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko mendapat jangkitan. Status seseorang pembawa HIV harus dihebahkan.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
73

2. 3. 4. 5.

Mereka yang dijangkiti HIV patut menyalahkan diri mereka sendiri. Kondom patut mudah diperolehi oleh semua orang tanpa mengira umur. Jika seseorang yang belum berkahwin tahu yang ia HIV positif, mereka tidak harus berkahwin. Pelacur, penagih dadah dan homoseksual bertanggungjawab terhadap merebaknya AIDS. Penagih dadah secara suntikan perlu diberi jarum suntikan baru jika diminta. Pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu diasingkan daripada masyarakat untuk mengelakkan jangkitan. Seks sesama jenis (homoseksual) adalah suatu yang normal. Seks selamat (pemakaian kondom) patut diajar di sekolah, kolej dan universiti. Pembawa HIV patut dihukum sekiranya mereka tidak memberitahu orang lain yang mereka telah dijangkiti HIV. Pelacuran patut diharamkan untuk mencegah merebaknya jangkitan HIV. Pembawa HIV tidak patut melahirkan anak.

6.

7. 8.

9. 10. 11.

12. 13.

Lampiran ML 3.2 NOTA ISU-ISU BERKAITAN HIV/AIDS Ujian HIV


Ujian HIV digalakkan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko mendapat jangkitan.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Tujuan ujian adalah untuk mengetahui status seseorang itu samada telah dijangkiti atau tidak. Sekiranya telah dijangkiti, rawatan awal boleh diberikan secepat mungkin untuk memanjangkan jangkahayat serta kualiti hayat seseorang pembawa HIV. Nasihat boleh diberi bagi mengurangkan kemungkinan mereka menjangkitkannya kepada orang lain. Juga menjadi tanggungjawab individu yang didapati HIV positif, memberitahu pasangannya mengenai statusnya dan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Langkah-langkah pencegahan ialah dengan memakai kondom bagi pasangan suami isteri dan bagi penagih dadah dengan menghentikan tabiat penagihan atau menukarkan kepada menghisap/ makan sahaja.

74

Kerahsiaan Lawan Pendedahan


Apa itu kerahsiaan? Seseorang tidak berhak memaklumkan sebarang maklumat mengenai status seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS kepada orang lain yang tiada kaitan di dalam merawat atau perebakan jangkitan HIV. Apa itu pendedahan? Seseorang doktor atau individu lain berhak memaklumkan kepada orang lain tentang status seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS bagi maksud rawatan atau pencegahan. Peruntukan undang-undang mengenai kerahsiaan HIV/AIDS di Malaysia. Undangundang yang terdapat pada masa kini masih belum jelas. Kebaikan merahsiakan. Tidak ada stigma sosial/diskriminasi ke atas seseorang pesakit HIV/AIDS. Hak keperimanusiaan seseorang individu. Pembawa HIV/pesakit AIDS menghadapi kurang tekanan daripada keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

Keburukan merahsiakan. Sukar mengawal jangkitan HIV/AIDS. Tidak adil kepada orang lain atau masyarakat awam yang mungkin terdedah kepada risiko jangkitan HIV/AIDS.

Sukar menjayakan program-program/perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diatur oleh pihak tertentu (kerajaan dan badan-badan sukarela).

Kesan HIV/AIDS dan Peranan Yang Boleh Dimainkan


Seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS mengalami pelbagai tekanan psikologi (tekanan emosi dan murung). Ini lahir akibat pandangan serong keluarga, rakan sebaya dan masyarakat ke atas diri pembawa HIV/pesakit AIDS. Perasaan yakin diri akan membantu pembawa HIV/pesakit AIDS meneruskan hidup dan membantu dalam usaha-usaha pencegahan dan pengawalan HIV/AIDS. Sokongan sosial harus diberi kepada pembawa HIV/AIDS iaitu segala aktiviti, program, khidmat nasihat bagi membantu mereka meneruskan hidup. Cara-cara memberi sokongan sosial ialah dengan berinteraksi, empathy (perasaan simpati, prihatin, ambil berat, memahami perasaan dan hulurkan bantuan tenaga). Sokongan sosial juga boleh diberi dengan melibatkan diri dalam organisasi-organisasi yang membantu pembawa HIV/pesakit AIDS. Selain itu, sokongan material seperti bahan-bahan keperluan harian, pakaian dan bahan makanan.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
75

Remaja dan AIDS


Satu pertiga penduduk Malaysia terdiri daripada golongan berumur 15-20 tahun. 5% dari jangkitan HIV adalah dari kalangan yang berusia 13-19 tahun dan 48% lagi dari kalangan remaja yang berusia 20-29 tahun. Remaja sering merasakan mereka tidak akan dijangkiti dan mereka tidak takut mengambil risiko. Pada hakikatnya mereka kurang menggunakan akal fikiran sebelum membuat sesuatu dan suka meniru tingkahlaku kawan dan mengejar trend terkini. Jumlah penagih dadah terus meningkat. Terdapat kira-kira 600 penagih baru pada setiap bulan. Lebih 50% dari penagih baru ini adalah daripada kalangan umur 15 - 24 tahun. Remaja terdedah kepada seks melalui saluran seperti rakan sebaya dan majalah/ video. Pendedahan seks tanpa nasihat membina ini adalah lebih menjurus kepada aspek seronok dan ini amat merosakkan. Pengalaman seks luar nikah di kalangan remaja adalah tinggi dan meningkat. a. b. Kajian lepak (1994) - 18% (75% adalah remaja 16 - 21 tahun). Kajian Pelajar (1994) - 4.6% (24% dgn pelacur dan 6% homo).

Trend jangkitan HIV di kalangan penagih dadah dan pelacur meningkat. Tunjukkan carta selak 9 (% positif daripada ujian HIV di kalangan penagih dadah dan pelacur bagi tahun 1987 - 1999).

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Peranan yang boleh dilakukan oleh remaja bagi menangani wabak jangkitan HIV di kalangan remaja.
76

1.

Sedar akan bahaya HIV dan cara-cara ia merebak dan berjanji menghindari tingkahlaku berisiko tinggi di samping mengamalkan cara hidup berlandaskan akhlak yang mulia. Berusaha mewujudkan suasana mesra di dalam keluarga dan menyedarkan ahli keluarga akan bahaya HIV dan menghindari tingkahlaku berisiko dan mengamalkan cara hidup sihat. Mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko; a) Di dalam pergaulan hari-hari, kita seharusnya berusaha mempengaruhi kawan-kawan kepada cara hidup positif contohnya bersukan, rekreasi dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dan menghindari tingkahlaku berisiko seperti menghisap dadah, mabuk-mabuk dan seks luar nikah. Merancang dan melaksanakan prograrn-program pendidikan AIDS di kalangan rakan sebaya seperti menyertai kempen-kempen kesedaran AIDS, mengatur ceramah-ceramah AIDS, pameran, drama/sketsa, sajak/puisi dan sebagainya. Menjadi fasilitator bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Ini terutamanya dapat dilakukan melalui persatuan-persatuan atau di tempat kerja.

2.

3.

b)

c)

Lampiran ML 3.3

(KERTAS PANDUAN FASILITATOR)


Tajuk
Keizinan dan Takdir
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
77

Objektif
Fokus kepada kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada keluarga tersayang

Masa
2 jam

Aktiviti
Peserta akan menyenaraikan nama orang-orang yang amat disayangi dalam hidupnya hari ini. (Antara 5 hingga 7 orang) Peserta diminta merenung/membayangkan setiap wajah orang-orang yang disayangi itu satu persatu, melihat jasa, pengorbanan, kasih sayang, harapan dan segalanya Fasilitator menggunakan kekuatan diri untuk membawa perasaan ahli menghayati renungan tersebut secara jelas dengan penuh penghayatan. Takdir tidak dapat ditolak, bawa perasaan ahli untuk berhadapan dengan takdir. Peserta akan memilih siapa yang akan diizinkan pergi dulu kerana takdir.

Proses
Kenapa individu itu dipilih Mengapa Bagaimana perasaan Harapan dsb.

Lampiran ML 3.4 HANYUT DI LAUTAN


Anda belayar dalam sebuah kapal peranginan di Lautan Pasifik. Akibat dari satu kebakaran yang tidak diketahui puncanya, kapal tersebut dan sebahagian isinya musnah. Kapal itu kini perlahan-lahan tenggelam. Kedudukan anda kini tidak begitu jelas kerana kerosakan alatalat memandu (navigator) dan perhatian anda dan anak-anak kapal tertumpu kepada usaha memadam api itu. Agakan anda yang paling sesuai ialah anda berada seribu batu dari daratan.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Di bawah ini ialah senarai 15 barang-barang yang tidak musnah oleh api. Bersama itu juga anda mempunyai perahu penyelamat, dayung yang boleh membawa anda dan lain-lain anak kapal serta barang-barang dalam senarai itu. Di dalam poket anda terdapat sebungkus rokok, beberapa kotak mancis api dan wang seringgit-seringgit 5 keping. Tugas anda ialah meletakkan barang-barang dibawah mengikut keperluan dan mustahaknya bagi menyelamatkan anda. Letakkan No. 1 seterusnya sampai No. 15 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Sextant (teropong bintang) Cermin Mata Tangki berisi 5 gelen air Kelambu 1 peti bekalan makanan tentera Peta Lautan Pasifik Bantal pelampung Tangki berisi 2 gelen campuran minyak dan gas Radio transistor Ubat penghalau jerung (shark repellent) Kain plastik sebesar 10 kaki persegi 1 quart arak (Rum) Tali nylon sepanjang 15 kaki 2 kotak cokelat batang Alat memancing

78

Lampiran ML 3.5 MEMULAKAN PENGHIDUPAN BARU


Di sebabkan oleh peperangan nuklear, dunia ini telah menjadi padang jarak padang tekukur. Sebutir bom lagi telah dipasang dan akan meletup dalam jangka masa 15 minit sahaja lagi. Terdapat 6 orang yang masih hidup dengan sebuah roket yang hanya boleh memuatkan 4 orang penumpang sahaja.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
79

Persoalan yang timbul ialah siapakah diantara 6 orang itu yang harus berkorban dan yang patut ditinggalkan didunia ini: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ahli Sains Ahli ugama Askar yang cedera/cacat Perempuan yang mengandung Guru Artis/Hakim

Lampiran ML 3.6 KISAH UDA DAN DARA


Uda dan Dara telah terpisah akibat kapal yang mereka naiki untuk berbulan madu telah pecah akibat dipukul ribut kencang. Uda telah terdampar di sebuah pulau dan Dara pula telah terselamat di sebuah pulau yang lain jauh dari tempat Uda. Kedua-dua buah pulau ini amat sunyi dan tiada berpenghuni. Dara menangis kesunyian dan ketakutan. Ketika hampir waktu senja, singgah seorang juragan di pulau berhampiran tempat Dara tinggal. Dara memohon bantuan Juragan agar ia dapat bertemu Uda. Juragan bersetuju menemukan Dara dengan syarat Dara sanggup menyerahkan kehormatannya terlebih dahulu. Pada mulanya Dara keberatan tetapi memikirkan hari sudah hampir malam dan tiada pilihan lain lagi demi kasihnya terhadap Uda. Selepas itu seperti yang dijanjikan Juragan membawa Dara bertemu Uda. Dara kemudian menceritakan segala peristiwa yang berlaku semata-mata kerana cintanya kepada Uda. Uda naik berang lalu memukul Dara. Pukulan Uda mengenai kepala Dara dan Dara jatuh tersungkur menyembah bumi lalu mati. Berlaku pula perkelahian hebat antara Uda dan Juragan. Perkelahian ini diperhatikan oleh ahli pertapaan yang menganggap kedua-dua mereka mengganggu ketenteramannya, lalu membunuh kedua-dua mereka.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

80

Persoalan:
Berdasarkan peristiwa di atas siapakah di antara mereka yang bersalah dan watak yang paling anda benci sekali.

BAB 5 MODUL 4 : KOMUNIKASI


5.1 Pengenalan
Komunikasi adalah satu proses di mana sesuatu idea dipindahkan dari sumber kepada penerima dengan harapan akan memberi kesan kepadanya supaya dapat mengubah tingkahlakunya. Justeru itu pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi adalah penting kepada pendidikan rakan sebaya supaya penyebaran maklumat akan lebih berkesan. Modul ini memberi penekanan kepada asas berkomunikasi serta idea-idea yang boleh diaplikasikan bagi menjelaskan pelbagai kaedah komunikasi dalam penyampaian mesej AIDS kepada rakan sebaya.

5.2

Topik Utama
i. ii. iii. Aspek-aspek penting dalam komunikasi Mengenalpasti dan mengatasi halangap komunikasi Kaedah penyampaian maklumat

5.3

Aspek-Aspek Penting Dalam Komunikasi


Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi rakan sebaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran serta kepercayaan tentang AIDS di samping menyuarakan perasaan, pendapat, pandangan dan tanggapan terhadapnya. Dengan komunikasi juga diharapkan dapat mengurangkan kegelisahan remaja serta merapatkan persahabatan antara mereka.

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat; 1. 2. Memahami tujuan berkomunikasi dalam pendidikan rakan sebaya Menyatakan aspek-aspek penting dalam komunikasi

Metod
Syarahan dan soal-jawab.

Proses
1. Jelaskan aspek-aspek penting dalam komunikasi i. (a) Jenis komunikasi Verbal - Penyampaian mesej melalui pertuturan dan tulisan

(b) Non-verbal - Pernyataan mesej menerusi gerak-geri, keadaan air muka, sikap dan apa juga perlakuan.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


81

ii.

Proses komunikasi Sumber Mesej Saluran Penerima Penerima Maklumbalas

Penerangan awal

Buat huraian ke atas elemen-elemen dalam proses komunikasi

Setting
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor)

Bahan
Papan putih/transparensi (OHP)

Masa
45 minit

Penilaian
Menyoal dan perbincangan

82

5.4

Mengenalpasti dan Mengatasi Halangan Komunikasi


Halangan luar (external) dan halangan dalam menjadi masalah utama untuk mencapai komunikasi berkesan. la boleh berlaku di semua peringkat dalam proses komunikasi. Kepekaan mengenalpasti halangan dan keupayaan mengurangkannya membolehkan komunikasi berlangsung dengan jaya dan berkesan.

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat: 1. 2. Mengenalpasti halangan-halangan semasa berkomunikasi Mengetahui cara-cara mengatasinya

Metod
Gerak kerja - Bisik-Bisik

Proses
1. Jelaskan kepada peserta peringkat-peringkat komunikasi di mana halangan boleh berlaku Bentuk sekurang-kurangnya dua kumpulan peserta. Tugaskan peserta pertama dari setiap kumpulan meneliti mesej pendek yang diedarkan. Selepas 2 minit peserta diminta membisikkan mesej tersebut kepada peserta kedua dan berurutan sehingga peserta terakhir. Semasa proses ini kumpulan lain dikehendaki menimbulkan gangguan (kecuali gangguan fizikal) seperti membuat bising dan sebagainya. Peserta terakhir dari setiap kumpulan diminta mencatat semula mesej. Setelah gerakerja selesai, mesej dibaca dan dibandingkan dengan yang asal. Kemukakan pertanyaan kepada semua peserta mengenai halangan-halangan komunikasi yang dapat dikesan. Senaraikan di peringkat mana halangan terjadi dan syorkan cara mengatasinya. Buat ulasan serta perbandingan dengan carta fasilitator

2.

3.

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor)

Bahan
Carta selak, transparensi, papan putih, kertas mahjong dan flipchart stand

Jangkamasa
45 minit

Penilaian
Menyoal jenis-jenis halangan dan syor-syor mengatasinya.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


83

PERINGKAT HALANGAN

HALANGAN-HALANGAN Bahasa sukar difahami.

CARA MENGATASINYA

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

SUMBER

Penggunaan bahasa yang senang dan mudah difahami serta berillustrasi. Memerhati reaksi penerima Gaya kurang menarik. mengubahsuai gaya persembahan yang banyakkan penggunaan alat pandang dengar. Pertingkatkan kemahiran dan Penggunaan alat pandang gunakan alat pandang dengar yang dengar kurang berkesan. anda mahir. Buat tinjauan awal. Sesuaikan Jarak komunikasi yang jauh. kaedah komunikasi dengan jarak. Buat tinjauan awal. Sesuaikan topik Perbezaan fisiologi (umur, dan mesej dengan keupayaan jantina, kesempurnaan anggota khalayak. dan lain-lain). Peka dengan reaksi yang Perbezaan nilai. ditunjukkan dan beri maklumbalas kawalan. Tingkatkan keyakinan, kawal diri Sifat agresif atau pasif. dan hormati orang lain. Dorong kepada komunikasi dua Komunikasi berbentuk sehala. hala. Minimakan dengan mendapat tempat yang lebih sesuai. -sda Ubah susunatur mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan. Buat tinjauan awal. Cari alternaltif lain atau jangan gunakan langsung. Rancang penggunaan masa yang saksama.

84

MESEJ

Kacau ganggu. Hilang tumpuan kerana persekitaran yang tidak selesa (sejuk / panas). Susunatur duduk tidak menyenangkan. Gangguan mekanikal alat pandang dengar. Proses komunikasi terlalu lama.

PENERIMA

Beri / dapat maklumbalas tentang Bahasa yang sukar difahami. kebolehfahaman bahasa yang Topik kurang menarik / tidak digunakan. sesuai. Beri / dapatkan maklumbalas serta Perbezaan fisiologi respon secara jujur. (kecacatan). - sda Bersikap dogmatik. Perbezaan tanggapan dan nilai. Perbezaan tanggapan dan nilai. Gunakan kaedah berkumpulan seperti group dynamic. Rapatkan jurang melalui Perbezaan tahap pendidikan komunikasi dua hala. dan pengetahuan. Analisis pendengar / khalayak Perbezaan sosiobudaya. Gangguan psikologi dan fizikal. Wujudkan keseimbangan pendapat Gunakan budibicara.

PENERIMA

5.5

Kaedah Penyampaian Maklumat


Penerimaan ke atas pengetahuan, sikap, nilai dan amalan baru ditentukan oleh keupayaan sumber untuk mempengaruhi penerima. Kemahiran berkomunikasi dan pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai dapat membantu meningkatkan kekesanan penerimaan. Melalui pendekatan secara individu dan berkumpulan, pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan oleh pendidik rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti PROSTAR .

Pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai ditentukan oleh beberapa kriteria: i. ii. Bilangan peserta atau rakan sebaya yang terlibat dengan aktiviti Sumber yang ada seperti bahan, alat pandang dengar, tenaga manusia dan sebagainya Ciri-ciri sasaran termasuk tahap pengetahuan dan fisiologi Objektif perubahan yang diingini sama ada setakat penambahan pengetahuan atau sikap mahupun tingkahlaku Persekitaran tempat dan sosio-budaya Kombinasi kaedah

iii. iv.

v. vi.

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat; 1. Mengetahui pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti PROSTAR. Menunjukkan kemahiran menggunakan kaedah-kaedah komunikasi.

2.

Metod
Syarahan dan amali

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


85

5.6

Pemilihan Kaedah Komunikasi

Kaedah-Kaedah Dalam Komunikasi Interpersonal


(a) Interaksi Perseorangan (Nasihat Individu, Temubual dll) Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat, menyebar maklumat, menyampaikan nasihat dan mendapatkan kerjasama. Ianya memerlukan kemahiran dalam menyoal, mendengar, memerhati, mendorong, membuat penjelasan dan kemesraan. (b)
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Pemujukan Komunikasi yang bertujuan mempengaruhi dan memujuk seseorang supaya menganggap atau mempercayai sesuatu dari sudut tanggapan kita. lanya boleh dilakukan dengan; Menggunakan fakta yang sahih, benar dan pernah terjadi Menggunakan logik dan rasional (munasabah pada akal) Menyatakan faedah Menyentuh perasaan dan emosi Menggunakan unsur-unsur yang membimbang/menakutkan Menghidupkan rasa senang, jenaka, bersahaja tetapi dipercayai

Metod
86

Main Peranan Raja Borong

Proses
1. Pilih seorang peserta dalam setiap kumpulan dan aturkan sesi main peranan yang menunjukkan seorang peniaga jalanan yang berusaha untuk menjual barangannya. Setiap seorang daripada mereka diberikan sejenis produk untuk dijaja / dijual. Dengan menggunakan semua elemen komunikasi yang diketahui, peserta tersebut dikehendaki mempengaruhi audien supaya membelinya. 3. Minta peserta lain memain peranannya untuk memilih barangan yang ingin dibelinya dan nyatakan kenapa. Peserta yang lain memerhati sesi berkenaan dan memberi maklumbalas selepas tamat sesi atas kekuatan/kelemahan berdasarkan kemahiran dalam interaksi perseorangan. Peserta juga dikehendaki memberi komen di atas penggunaan unsur-unsur pemujukan di dalam sesi berkenaan. Fasilitator mengulas kemahiran dalam komunikasi perseorangan dan pemujukan.

2.

5.

Kaedah-Kaedah Dalam Komunikasi Kumpulan


(a) Perbincangan Kumpulan Kecil Aktiviti yang bertujuan menggalakkan penglibatan rakan sebaya dalam berfikir, berkongsi maklumat dan pengalaman serta meningkatkan kesefahaman dan kemesraan antara satu sama lain. Berfokus kepada sesuatu isu dengan menitikberatkan amalan demokrasi dalam pelaksanaannya. Saiz kumpulan antara 8 - 10 orang.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
87

Proses
1. 2. Bentuk kumpulan dengan ahli dan fasilitator berada dalam satu bulatan dan lantik seorang pencatat. Pengenalan - Fasilitator dan peserta memperkenalkan diri. Fasilitator memperkenalkan tajuk atau tujuan perbincangan dan rasional pemilihannya. Perbincangan - Fasilitator mengemukakan secara terbuka penyataan atau persoalan dan minta ahli kumpulan respon ke atasnya. Ulangi dan ubahsuai soalan serta tujukan kepada ahli jika perlu. Galakkan semua peserta mengambil bahagian dengan menghidupkan perbincangan dengan mengajukan soalan-soalan yang memikat. Awasi monopoli perbincangan oleh ahli tertentu sahaja. Fasilitator perlu neutral, bersahaja dan informal. Pencatat juga perlu maklum dengan tugasnya. Di setiap peringkat, penjelasan setiap isu yang dibincangkan dan buat kesimpulan ke atasnya. Buat prioriti ke atas isu-isu penting yang telah dibincangkan dan akhiri dengan penghargaan. Ulangi keseluruhan proses yang sama dengan memilih fasilitator dan pencatat dari kalangan ahli.

3.

4.

5.

6.

(b)

Perbincangan Sindikit Aktiviti yang bertujuan menggerakkan peserta supaya mempelajari sesuatu secara aktif di dalam kumpulan. Ahli kumpulan digalakkan berkongsi pendapat dan perasaan di samping meninjau apa yang telah dipelajari oleh orang-lain, mengingatinya serta memberi maklumbalas. Dengan cara ini kemahiran berkomunikasi dapat dipertingkatkan diikuti oleh pembentukan sikap yang positif

Proses
1. Bentuk beberapa kumpulan dengan setiap satunya tidak lebih dari 6 ahli. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan pencatit seterusnya membincangkan topik/isu berkaitan HIV/ AIDS secara mendalam selama 15 minit dengan diawasi/bantu oleh fasilitator. Satukan semula kumpulan sindikit di dalam kumpulan induk dan bincangkan maklumbalas dari setiap kumpulan.

2.

(c )

Sumbang Saran (brainstorming) Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan ide dari kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau pengubahsuaian sesuatu perkara. Penilaian dan maklumbalas ke atas ide adalah dibataskan.

Proses
1.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Bentuk beberapa kumpulan dengan keahlian antara 8 - 10 orang. Atur kedudukan ahli dalam satu bulatan serta lantik seorang fasilitator dan pencatat. Catatan perlu dibuat di papan tulis. Fasilitator mengemukakan soalan dan meminta setiap ahli memberi satu pendapat secara bergilir pada setiap pusingan. Catatkan semua ide. Ulangi pusingan sehingga peserta-peserta tiada lagi ide hendak disumbangkan. Di peringkat ini fasilitator dan pencatat boleh menambah ide mereka ke dalam senarai ide yang terkumpul.

2.

Peringatan: Semua ide perlu dicatatkan Ahli dilarang mempersendakan ide orang lain Ahli dibenarkan mengembangkan ide yang dikemukakan oleh ahli terdahulu Ide seharusnya bernas dan ringkas

88

3.

Cerakin semua ide mengikut keutamaan dengan mengasingkan ide-ide yang tidak rasional. Kumpulkan ide yang hampir serupa dalam satu kumpulan. Ide-ide boleh dikategorikan kepada yang boleh dilaksanakan, perlu kajian mendalam atau untuk kegunaan masa akan datang. Penilaian ide oleh mereka yang lebih mahir adalah digalakkan.

(d)

Debat Aktiviti yang bertujuan untuk membolehkan peserta mendapatkan maklumat, menyusun dan menghuraikannya di depan khalayak serta melatih peserta menjadi seorang perucap yang baik.

Proses
1. Sediakan peralatan termasuk mikrofon, pembesar suara, jam dan loceng. Meja dan kerusi pendebat di atur bertentangan dengan Pengerusi dan Penjaga Masa berada di antara keduanya. Bahagikan peserta kepada dua kumpulan dengan 3 ahli bertindak selaku pihak pencadang dan pembangkang. Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk berhujah. Selepas semua berhujah ketua kumpulan diberi masa 5 minit menggulung perdebatan didahului oleh pihak pembangkang. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali setiap kali peserta memasuki minit keempat hujahnya dan dua kali apabila masa tamat.

2. 3.

4. 5. 6. (e)

Pemerhati diberi peluang membuat ulasan ke atas tajuk selepas perbahasan selesai. Permarkahan berasaskan isi kandungan, ketepatan tajuk, kelancaran, gaya dan penampilan bahan sokongan. (Sila lihat lampiran ML 4.1). Topik-topik berkaitan dengan isu-isu sosial dan AIDS adalah digalakkan.

Perbincangan Panel
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
89

Aktiviti yang bertujuan untuk menambah kefahaman terhadap sesuatu perkara. la meliputi penjelasan dan perbincangan terhadap sesuatu topik.

Proses
1. 2. 3. Pilih sekurang-kurangnya 4 ahli panel dan seorang pengerusi. Kenalpasti tempat yang sesuai menyusun atur tataletak ahli panel, pengerusi dan audien Pengerusi memperkenalkan topik atau isu secara ringkas dan meminta panel pertama memberi pandangan. Pengerusi membuat ulasan ringkas seterusnya meminta panel kedua memberikan pendapat. Ulangi proses sehingga panel terakhir. Pengerusi membuka perbincangan untuk audien mengajukan soalan. Pengerusi menggulung sesi dengan membuat rumusan ke atas isu-isu penting yang telah dicapai/ bincangkan dan menutup perbincangan. Topik-topik seperti Pengasingan Kes HIV, Pendedahan Status HIV, Diskriminasi ke atas Pesakit AIDS, Pembawa HIV dan Kehidupan Berkeluarga.

4. 5. 6.

(f)

Main Peranan (Role play) Aktiviti yang bertujuan memberi pengalaman baru kepada peserta berkaitan sesuatu peranan yang belum pernah dialami terdahulu. Ia melibatkan emosi, penghayatan dan disiplin serta tindakbalas terhadap watak lain tanpa bantuan skrip. Melaluinya peserta dapat meningkat kemahiran berkomunikasi serta memahami tingkahlaku orang lain.

Proses
1. 2. Atur kedudukan pentas dan audien. Pilih senario dan watak yang berkait dengan wabak AIDS. Berikan panduan bertulis kepada setiap peserta. yang jelas menyatakan siapa dan apa peranan mereka serta mood yang dikehendaki. Pelakon diminta bertindakbalas kepada perlakuan watak lain dengan mengikut keperluan watak. Beri masa 5 minit untuk pelakon menyesuaikan diri dan mendapat mood. Audien perlu dimaklumkan mengenai senario ini serta perkara yang perlu diperhatikan.

3. 4.

Biarkan lakonan berlangsung sehingga penghayatan dapat ditunjukkan. Perbincangan dan penilaian. Minta pelakon menyatakan perasaan dan pendapat mereka berkaitan dengan sesi yang dilalui. Audien juga digalakkan memberi pendapat terhadap mesej dan lakonan. Umpamanya: Adakah pelakon berubah peranan dan mengapa boleh berlaku? Adakah pelakon saling memahami antara satu sama lain? Kesan lakonan? Perasaan watak sebelum, semasa dan selepas sesi.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

(g)

Kuiz Aktiviti yang bertujuan untuk memberi pengalaman kepada peserta bagaimana merangsang perbincangan, berfikir dan meningkatkan pengetahuan.

Proses
1. 2. 3. Sediakan soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan AIDS Lantik seorang Pengerusi dan Pencatat markah bagi mengendalikan kuiz. Bentuk dua kumpulan peserta. Pengerusi mengajukan soalan berselang-seli kepada semua peserta dari kedua kumpulan. Soalan mesti dijawab dalam tempoh 30 saat dengan 3 markah untuk jawapan tepat. Jika gagal peluang diberi kepada ahli lain dalam kumpulan lain dengan 2 markah jika jawapan tepat. Sekiranya gagal soalan dikemukakan kepada kumpulan lain dengan 1 markah jika jawapan betul.

90

Kaedah Pengucapan Awam


Aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran atau menambah pengetahuan. la juga berupaya meningkatkan ketrampilan diri, kemahiran interaksi depan khalayak serta menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Objektif Pembelajaran
1. 2. Memahami proses penyediaan pengucapan awam mempraktis teknik berucap

Metod
Syarah pendek

Proses
1. 2. Menjelaskan persediaan pengucapan awam yang mengandungi tiga peringkat iaitu pemikiran permulaan, penyediaan dan penyampaian. Menggariskan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemikiran permulaan:

Mengenali sasaran - Siapa, mengapa hadir, faedah dan kepentingan ceramah kepada mereka Menentukan objektif ceramah Apakah yang penceramah ingin capai samada pengetahuan, sikap mahupun amalan Menetapkan masa

Menerangkan keperluan-keperluan dalam peringkat penyediaan. Umumnya terdapat tiga tahap dalam bahan ucapan: Pembukaan - Memberi tahu tujuan dan rangka ceramah
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
91

Badan ucapan Merupakan penjelasan kepada tujuan ceramah. Sebaik-baiknya mengandungi 4/5 fakta utama sahaja, mempunyai sokongan dan mengikut susunan keutamaan. Penutup - Mengulangi ide penting secara ringkas dan memperkuatkan semula tujuan 4. Menjelaskan aspek-aspek penting penyampaian ceramah. Keutamaan adalah untuk mewujudkan hubungan dengan audien melalui: Berdiri selesa dan bertenang Melihat ke arah audien Suara tidak mendatar Bernada dan kawal kelajuan Tujukan keyakinan terutama dalam ide penting Gunakan contoh-contoh menarik Rujuk nota (Jika perlu) 5. Menunjukkan teknik berucap yang berkesan Cara penyampaian - Gunakan skrip, catitan (kad), ingatan atau impromptu Membuka ucapan - Sampaikan ucap selamat, memperkenalkan diri dan cuba cetuskan sesuatu yang menarik Pengenalan topik - Jadikan pendengar minat, sedia mendengar dan menerima Tinggikan minat Selitkan jenaka, petikan, rujukan, persoalan dan sebagainya Lain-lain - Gunakan bahasa badan, timbulkan keanehan, sesuatu yang baru, realiti, perkara hampir, suspen, penting dan gurauan. Gunakan alat pandang - dengar yang berkaitan dengan mahir 6 Menyatakan sifat-sifat yang perlu ada dan sebaliknya semasa berceramah. Sifat baik - Berpengetahuan, berkeyakinan, berkemahiran dan ada kredibiliti Sifat kurang baik - Syok sendiri, berbisik-bisik, melalut, kabur dan sering minta maaf

7.

Latihan amali pengucapan awam Pilih peserta dan minta mereka membuat persediaan pengucapan awam dan menyampaikannya di dalam kelas mengikut tatacara dan panduan yang diberikan. Fasilitator dan rakan peserta diminta memberi pendapat mengenai persembahan selepas latihamal selesai. (Sila lihat senarai semak amali pengucapan awam di Lampiran ML 4.2

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

Bahan
Carta selak, papan tulis, kertas mahjong dan transparensi.

Jangkamasa
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

5 Jam (dikurangkan kepada 3 jam sekiranya aktiviti amali kepada perbincangan sindikit, debat, kuiz dan pengucapan awam dilakukan pada modul yang berkaitan).

Penilaian
Peserta dapat menyatakan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam melaksanakan latihan PROSTAR serta mengambil bahagian aktif dalam sesi amali.

Imbasan Objektif pembelajaran

92

Mendapatkan maklumbalas daripada peserta mengenai pengajaran yang diperolehi berkaitan modul atau topik tertentu.

Metod
Soal Jawab

Setting
Setiap penghujung topik/modul.

Bahan
Produk dan ulasan topik

Proses
Pilih beberapa peserta di setiap penghujung modul atau topik Minta komentar berdasarkan apa yang; Membantu pelajaran anda hari ini Menggangu pelajaran anda hari ini Perasaan anda Apa yang boleh diguna pakai Perkara-perkara lain

Lampiran ML 4.1 BORANG PEMARKAHAN DEBAT Nama Kumpulan:


Nama Peserta Isi Gaya Intonasi Suara Kelancaran

Jumlah

Jumlah

Jumlah

Jumlah
93

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Lampiran ML 4.2 BORANG PENILAIAN LATIHAN AMALI PENGUCAPAN AWAM Nama:


Markah Aspek Pemarkahan
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

JUMLAH Cara Berdiri Gaya Intonasi suara Penggunaan Alat Pandang Dengar Interaksi dengan audien Isi: Pengenalan Badan Penutup Jumlah

94

BAB 6 MODUL 5 : MARI MERANCANG


6.1 Pengenalan
Modul ini adalah panduan untuk merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti PROSTAR. Latihan ini haruslah mengambilkira realiti setempat dari segi latar belakang, kumpulan sasar, kemudahan yang sedia ada, sumber yang ada dan boleh digunakan, kemampuan dan keupayaan fasilitator, masa yang diperuntukan dan sokongan yang diperolehi. Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori akedemik yang seminima yang boleh, sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ianya harus mudah dan praktikal.
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
95

6.2

Topik Utama
(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Apa itu program Apa itu perancangan dan elemen utama dalam perancangan Kepentingan perancangan Langkah dan peringkat perancangan Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan Penilaian aktiviti/program

Objektif Pembelajaran
Di akhir sesi latihan, para peserta dapat: Menerangkan apa itu perancangan Memperolehi kemahiran merancang program atau aktiviti pendidikan PROSTAR. Membentuk pelan program dan pelan pelaksanaan Memperoleh kemahiran melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Metod
Menyelesaikan masalah (Senario) pilih satu atau cipta senario yang sesuai (Lampiran ML 5.1) Perbincangan kumpulan dan penyampaian kumpulan Syarahan/ceramah Amali (menggunakan senario yang dipilih, gunakan borang format pelan tindakan program / pelan perlaksanaan.

Proses
1. Agihkan senario berlaianan bagi setiap kumpulan (Senario ini boleh di cipta/ direka oleh Fasilitator/penceramah).

2.

Minta setiap kumpulan berbincang dan merancang satu program bagi mengatasi masalah berkaitan. Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil perbincangan dan perancangan program yang telah dihasilkan oleh kumpulan. Setelah pembentangan di buat fasilitator/penceramah akan memberi syarahan berkaitan dengan teknik penyediaan program pelan tersebut dan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam pembentangan oleh peserta. Peserta akan berbincang dan membaiki pelan program dan pelan perlaksanaan berpandukan format yang telah diberi / disediakan oleh fasilitator.

3.

4.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

5.

Masa
1 jam -Senario 1 jam -Syarahan / ceramah 1 jam -Amali

96

Bahan/Peralatan
Papan tulis Kertas majong Markerpen Transparensi OHP Borang Format Lampiran ML 5.1

Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apa itu program melalui proses seperti pre & post test kerja kumpulan soal jawab

6.3

TOPIK 1 : Apakah itu program


Merupakan sesuatu persiapan yang terancang yang merangkumi matlamat, polisi, prosedur, peraturan, tugas, langkah yang perlu dibuat dan lain-lain elemen yang perlu terhadap sesuatu tindakan. Ianya satu kenyataan yang jelas berkaitan: masalah, isu, objektif, sasaran, aktiviti, sumber, jadual, tindakan jangka masa dan proses pemantauan.

Antara komponen sesuatu program termasuklah: Latarbelakang program Kenyataan masalah Penentuan masalah Polisi/Peraturan Objektif Strategi Aktiviti/Tugas Sumber Penilaian
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
97

6.4

TOPIK 2 : Apa itu perancangan dan elemen utama perancangan Perancangan


Merupakan satu proses untuk mencapai sesuatu matlamat dengan cara yang sistematik menggunakan sumber-sumber yang sesuai dalam tempuh masa yang ditetapkan. Perancangan adalah percubaan untuk menjawab beberapa persoalan sebelum ianya timbul. Ianya menghubungi dan merapatkan jurang antara hari ini dan masa depan. Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna kepada kita sebagai panduan dan arah tuju, sesuai untuk semua peringkat dan program. Perancangan akan menjawab semua perkara berikut: Apa Bila Yang mana Di mana Siapa Bagaimana Kenapa Berapa banyak

Dan menggunakan aspek-aspek di atas di dalam 3 komponen utama perancangan iaitu Objektif Aktiviti Sumber

Antara elemen utama perancangan


Polisi Analisis situasi

Objektif Program Prosedur Sumber

Contoh: Bagaimana anda membuat persiapan ke bengkel ini. Anda telah membuat beberapa siri pilihan dalam perancangan yang melibatkan MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Destinasi Tujuan Cara pejalanan/pengangkutan dan tempat tinggal Halangan yang ditempuhi dan bagaimana mengatasinya Peralatan Kos Jadual/masa

6.5 TOPIK 3 : Kepentingan perancangan


a) Memberi arah tuju untuk melakukan sesuatu oleh sesebuah organisasi apa yang perlu dibuat bila perlu dibuat bagaimana hendak dibuat siapa yang akan membuat b) Untuk menguruskan sesuatu perubahan yang berlaku c) perubahan teknologi perubahan dalam polisi kerajaan (pengurusan/pentadbiran) perubahan ekonomi perubahan sikap, cara hidup dan harapan (expectation) masyarakat

98

Mempastikan keberkesanan sesuatu objektif guna strategi yang sesuai guna sumber secara berkesan mudah dan praktikal

d) e) f) g)

membantu kawalan dan koordinasi secara berkesan tindakan yang diambil akan lebih jelas dan berguna memberi arahan ketua dapat kenalpasti masalah, kelemahan dan kekesanan

h) i) j)

dapat pastikan pencapaian aktiviti menyediakan skop penilaian menyediakan skop metodologi yang akan digunakan Adalah jelas perancangan perlu dilakukan secara kolektif atau secara berpasukan di semua peringkat. Sesuatu perancangan yang realistik memerlukan kerjasama, penglibatan semua pihak yang terlibat yang memiliki maklumat, pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kuasa membuat keputusan dan lainlain.

6.6

TOPIK 4 : Langkah-langkah dan peringkat perancangan Penilaian Situasi


Masalah yang dihadapi Sejauh mana masalah itu wujud Siapa yang terlibat Di mana masalah itu

Penentuan objektif Penentuan strategi dan kaedah Pemilihan strategi yang berkesan Pembentukan pelan program Penyediaan proses penyeliaan dan pemantauan Mengulangkaji/kaji semula pencapaian/pengubahsuaian

6.7

TOPIK 5 : Bagaimana menyediakan pelan program Pelan program mengandungi beberapa elemen termasuk:
Tajuk projek Objektif am Objektif khusus termasuk objektif pembelajaran Strategi/Kaedah Sumber Penilaian

(Lampiran ML 5.2)

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR


99

Pelan Pelaksanaan
Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program selesai disediakan. Pelan pelaksanaan menerangkan secara terperinci cara untuk menjaya dan menjalankan aktiviti. Pelan pelaksanaan memberi arah dan panduan tentang apakah aktiviti PROSTAR yang hendak dijalankan, bila, di mana, oleh siapa dan dengan sumber apa dan bagaimana menilaikannya. Pelan pelaksanaan merupakan satu aliran/sekuen aktiviti iaitu satu rangkaian kegiatan yang akan dilaksanakan mengikut Suasana masa, disamping aspekaspek yang berhubung dengan objektif pembelajaran. Pelan pelaksanaan, biasanya dirangka dalam bentuk jadual. Ruang-ruang dalam jadual mengandungi maklumat berikut: 100

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Objektif yang ingin dicapai dalam projek PROSTAR. Aktiviti PROSTAR yang akan dilaksanakan. Tarikh, waktu dan tempat di mana aktiviti akan dilaksanakan. Sumber yang akan digunakan untuk menjayakan aktiviti: a) Tenaga manusia (sebutkan nama atau jawatan orang akan menjalankan aktiviti tertentu baik dari segi pengurusan/ penyelarasan/penyediaan mahupun pelaksanaan aktiviti tersebut). Peralatan/bahan yang akan digunakan. Kewangan/peruntukan yang dikehendaki/punca kewangan.

b) c)

Penilaian - untuk menentukan sejauhmana pelaksanaan aktiviti telah berjaya. a) b) c) Indikator (kayu ukur) - angkubah yang patut diukur Kriteria - Tahap minima untuk menganggap sesuatu aktiviti PROSTAR itu telah berjaya dilaksanakan. Kaedah - Cara untuk mengukur atau mendapat maklumat berkaitan angkubah.

Catatan Bagi memudahkan proses pembelajaran fasilitator PROSTAR adalah dinasihatkan supaya aspek penilaian ini dipermudah dan diubahsuaikan. Apa yang dinyatakan di atas adalah baik sebagai maklumat. Yang penting adalah kaedah hendak menilai sesuatu aktiviti yang dijalankan dengan mudah. Lain-lain hanyalah akademik sahaja. Pelan pelaksanaan perlu disediakan dengan kerjasama, penglibatan dan persetujuan semua pihak yang terlibat. Pelan pelaksanaan akan menentukan jadual pelaksanaan aktiviti. (Lampiran ML 5.3)

6.8

TOPIK 6 : Penilaian aktiviti / program


Terdapat 3 jenis penilaian: Pertama : Penilaian proses Kedua : Penilaian impak Ketiga : Penilaian outcome

Penilaian proses
MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR
101

Kayu ukur bagi penilaian proses: Jumlah kehadiran kumpulan sasar Rekod aktiviti jumlah bilangan yang telah dapat dijalankan Penggunaan sumber/bahan - jumlah dan jenis/kategori

Penilaian impak
Kesan yang dapat dicapai dalam jangka masa pendek. Nilai dari segi objektif Pengetahuan Sikap, perasaan dan nilai Keupayaan/kemahiran melakukan sesuatu dengan betul

Penilaian outcome
Catatan Untuk aktiviti PROSTAR ini memadailah seseorang peserta remaja itu dapat menjalankan penilaian proses sahaja. Yang lain-lain hanya sebagai maklumat tambahan. Kesan jangka masa panjang Perubahan yang dapat dilihat dari segi mortaliti ataupun morbiditi

Lampiran ML 5.1 Senario 1


Beringin merupakan bandar satelit yang semakin berkembang. Selain taman-taman perumahan, pusat-pusat hiburan, pusat rekreasi,dan pusat membeli belah turut menunjangi perkembangan bandar dan menjadi tumpuan remaja untuk berpeleseran dan melepak. Dari laporan pihak berkuasa jelas menunjukkan kecenderungan remaja melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, merokok, dan meminum minuman keras. Malah sejak kebelakangan ini penggunaan pil khayal, penagihan dadah dan seks bebas juga dikesan. Justeru, peningkatan kes cabul, rogol, pengguguran janin, pembuangan bayi serta kes HIV /AIDS adalah membimbangkan.

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Soalan
Anda dan sekumpulan remaja yang lain telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Bertindak Bandar Beringin bagi menangani masalah remaja. Sila rancangkan program yang bersesuaian bagi menimbulkan kesedaran ke arah gaya hidup sihat di kalangan remaja berkenaan.

Senario 2
Kuala Lembu merupakan sebuah perkampungan nelayan. Terdapat lebih 60 keluarga mendiami perkampungan berkenaan dengan pekerjaan utama sebagai nelayan, pekerja kilang di kawasan perindustrian berhampiran dan bekerja sendiri (prosesan hasil perikanan). Dianggarkan terdapat seramai 120 orang remaja yang menetap di kampung berkenaan dengan 65% darinya adalah lepasan sekolah. Kebanyakkan remaja lelaki bekerja dengan bot-bot nelayan sementara remaja perempuan bekerja di kilang-kilang. Pengalaman lalu menunjukkan kumpulan remaja ini terutamanya lelaki amat mudah terdedah kepada penagihan dadah. Suasana pekerjaan tidak mengizinkan mereka berada lama bersama keluarga manakala masa rehat digunakan untuk mengunjungi pusat hiburan di bandar berhampiran dan adakalanya ke negara jiran.

102

Soalan
Apakah risiko yang dihadapi oleh remaja ini? Rancangkan program yang bersesuaian bagi mendorong remaja berkenaan mendekati diri kepada aktiviti yang lebih sihat.

Lampiran ML 5.2 Pelan Perancangan Program Tajuk :


1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengenalan Objektif Strategi Kumpulan Sasar Aktiviti Sumber 7. Tenaga Manusia Bahan Kewangan
103

Penilaian

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

104

MANUAL LATIHAN REMAJA PROSTAR

Lampiran ML 5.3 Pelan Tindakan / Perlaksanaan

Tajuk Program :.......................


Sumber Tarikh / Masa Tenaga Manusia Bahan Kewangan Tempat Penilaian Kaedah

Objektif

Aktiviti

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH


MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Edisi Pertama 2001


Pengguna manual ini bebas membuat salinan penerbitan dengan memaklumkan kepada sumber.

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan mereka. SENARAI PENYUMBANG: Dr. Haji Jalal b. Halil Khalil Dr. Shaari b. Ngadiman
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

En. Mohd Nasir b. Abdullah Dr. Abdul Rasid b. Kasri En. Hammeed Noor Norddin Dr. Rahimi bt. Hassan Pn. Suraiya bt. Syed Mohamed Pn. Hasenah bt. Hj. Muain En. Mohd Rosli b. Abd. Wahab En. Ahmad b. Kassim PENYUNTING : Pn. Suraiya Syed Mohamed En. Mohd Nasir b. Abdullah

KANDUNGAN MANUAL PROSTAR SEKOLAH BAB 1


MODUL 1 - DASAR KELAB PROSTAR SEKOLAH
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Pengenalan Rasional Matlamat Objektif Dasar Kelab PROSTAR Sekolah Tugas dan Tanggungjawab Pemantauan Penilaian dan Pencapaian Ahli Kelab Organisasi Kelab PROSTAR Sekolah 105 105 105 106 106 107 108 108 108 111 111

1.10 Strategi 1.11 Anugerah

BAB 2

MODUL 2 - APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI HIV/AIDS


2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Pengenalan Objektif Pembelajaran Topik Utama Takrif Sejarah Jangkitan HIV/AID Jangkitan HIV Bagaimana HIV Memusnahkan Sistem Pertahanan Spektrum Jangkitan HIV Peringkat AIDS 114 115 115 115 116 112 112 112 114 114 114
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

2.10 Pengurusan Jangkitan HIV 2.11 AIDS Tidak Boleh Merebak

BAB 3

MODUL 3 - PELAJAR DAN MASALAH SOSIAL


3.1 3.2 3.3 Merokok Program Anti Dadah Masalah Salah Laku Pelajar Di Sekolah 121 123 125

BAB 4

MODUL 4 KEHIDUPAN BERMARUAH DAN SIHAT


4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Pengenalan Topik Utama Kesihatan Remaja Penilaian Tingkahlaku Berisiko Mengambil Risiko Dan Membuat Pilihan Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya 127 127 127 131 136 138

BAB 5

MODUL 5 ISU-ISU BERKAITAN DENGAN AIDS


5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Pengenalan Topik Utama Menerokai Nilai dan Sikap Remaja Kesan HIV dan AIDS Remaja dan AIDS 142 142 142 146 148

BAB 6
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

MODUL 6 -KOMUNIKASI
6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 Pengenalan Aspek-aspek Penting Dalam Komunikasi Kaedah Penyampaian Maklumat Pemilihan Kaedah Komunikasi Kaedah-kaedah Dalam Komunikasi Interpersonal Kaedah-kaedah Dalam Komunikasi Kumpulan 160 160 158 158 159 159

BAB 7

MODUL 7 - MARI MERANCANG


7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 Topik Utama Apakah Itu Program Apa Itu Perancangan Dan Elemen Utama Perancangan Kepentingan Perancangan Langkah-Langkah Dan Peringkat Perancangan Bagaimana Menyediakan Pelan Program Penilaian Aktiviti/Program 170 171 172 169 170 167 168

BAB 8

MODUL 8 - BINA INSAN


8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 8.8 8.9 Pengenalan Objektif Aktiviti-aktiviti Perkhemahan PROSTAR Sukan PROSTAR Program Bersama PROSTAR Sekolah Program Motivasi Buletin PROSTAR 176 176 176 176 179 180 180 181 182 185

Program Lima MInit Bersama Rakan PROSTAR 181

8.10 Aktiviti Untuk Pemikiran Positif 8.11 Buku Log

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

BAB 1 MODUL 1: DASAR KELAB PROSTAR SEKOLAH DAN KAEDAH PELAKSANAAN


1.1 Pengenalan
Modul ini menerangkan tentang teras pelaksanaan dasar Kelab PROSTAR Sekolah yang akan digunapakai oleh sekolah-sekolah menengah bagi seluruh Malaysia. Modul ini menjelaskan dasar, definasi, matlamat, objektif, struktur organisasi dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah.

1.2

Rasional
Usaha murni untuk mewujudkan Kelab PROSTAR sekolah adalah berdasarkan kepada rasional berikut: 1.2.1 Sekolah merupakan institusi yang terdiri daripada golongan remaja yang mempunyai kriteria asasnya yang sama. Keadaan ini memudahkan pengetahuan dan maklumat yang disampaikan. Peringkat umur semasa pelajar dalam alam persekolahan merupakan masa yang sesuai untuk diberi pendedahan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penyakit AIDS dan cara-cara mengelakkan diri dari jangkitan tersebut.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
105

1.2.2

1.2.3

Sebelum pelajar-pelajar meninggalkan alam persekolahan mereka wajar dibekalkan dengan pengetahuan tentang penyakit AIDS dan pentingnya mengamalkan cara hidup sihat. Pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar akan dapat merangsang pembinaan daya tahan diri menghadapi ancaman dan pengaruh kepada aktiviti kurang sihat yang menjurus kepada jangkitan HIV/AIDS. Pelajar adalah golongan yang dianggap mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus HIV. Di antara faktor yang menyokong andaian tersebut adalah perkembangan psikologikal remaja yang menonjolkan naluri percubaan seksual, peningkatan kepekaan terhadap aspek-aspek anatomi, percubaan menikmati dadah dan tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka boleh dijangkiti virus HIV.

1.2.4

1.2.5

1.3

Matlamat
PROSTAR ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS di kalangan pelajar agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni. Di samping itu ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah dan bertanggung jawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara, seterusnya memupuk minat para pelajar untuk meneruskan penyertaannya di dalam program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alam persekolahan mereka.

1.4

Objektif
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar akan bahayanya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya dengan :1.4.1 Menggalakkan pelajar mengamalkan cara hidup sihat berteraskan ajaran agama dan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi pelajar-pelajar lain ke arah amalan cara hidup sihat dan bermoral. Melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental dan spritual. Membentuk generasi pelajar yang bermaruah, dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Memupuk daya kepimpinan yang berkualiti, inovatif, kreatif, kritis dan berwawasan dikalangan pelajar.

1.4.2

1.4.3

1.4.4

1.5

Dasar Kelab PROSTAR Sekolah


1.5.1 Definasi Kelab PROSTAR Sekolah Kelab PROSTAR Sekolah (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) ialah sebuah kelab di sekolah- sekolah menengah yang menjalankan aktivitiaktiviti berkaitan pendidikan pencegahan HIV/AIDS di samping menggalakkan amalan cara hidup yang sihat. 1.5.2 Penubuhan Kelab PROSTAR Sekolah perlu ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah berdasarkan kolabrasi dan persetujuan antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 1.5.3 Keahlian Kelab ini dianggotai oleh pelajar-pelajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun ke atas. Minima keahlian ialah 30 orang bagi sesebuah sekolah. 1.5.4 Pengiktirafan Kelab PROSTAR Kelab PROSTAR Sekolah diiktiraf sebagai suatu aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah. 1.5.5 Naungan Kelab PROSTAR Kelab PROSTAR Sekolah diletakkan di bawah naungan Pengetua sekolah. Pengetua sekolah melantik seorang guru sebagai penasihat kelab. Ahliahli jawatankuasa dianggotai sepenuhnya oleh pelajar sekolah. 1.5.6 Taraf Ahli Kelab PROSTAR Semua ahli kelab PROSTAR sekolah adalah ahli kelab PROSTAR sekolah dengan mengisi borang keahlian dan pengurusan kelab di peringkat

106

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

sekolah adalah di bawah bidang kuasa penaung, penasihat dan ahli jawatankuasa kelab PROSTAR sekolah sepenuhnya. 1.5.7 Yuran Kelab PROSTAR Yuran bulanan (jumlah yuran bulanan bergantung kepada Kelab Sekolah) boleh diwujudkan untuk menjalankan aktiviti kelab di peringkat sekolah dan duit tersebut hendaklah disimpan oleh Bendahari Kelab Sekolah dan dibentangkan penyata kewangannya kepada ahli-ahli kelab. 1.5.8 Kebenaran Aktiviti Setiap aktiviti kelab PROSTAR yang melibatkan pelajar yang diadakan di luar sekolah perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah dan penjaga. 1.5.9 Sumber Kewangan Kelab PROSTAR boleh mendapat sumber kewangan daripada; a. b. c. d. Peruntukan aktiviti ko-kurikulum sekolah Yuran bulanan dari ahli kelab Peruntukan dari Kelab PROSTAR daerah dan negeri Sumber daripada aktiviti pungutan derma (fund raising activities) serta lain-lain sumber.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
107

1.5.10

Buku Log Aktiviti Buku log dibekalkan kepada setiap ahli . Segala aktiviti perlu dicatatkan dalam buku log dan hendaklan disemak oleh Guru Penasihat Kelab dan Penyelaras Kelab PROSTAR Daerah. ( Contoh buku log seperti lampiran ).

1.5.11

Laporan Aktiviti Laporan pemantauan bulanan hendaklah dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah. Laporan ini disediakan oleh Pengerusi Kelab Sekolah dan disemak oleh guru penasihat.

1.6

Tugas Dan Tanggungjawab


1.6.1 Pegawai Kesihatan AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan(AIDS) bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah di peringkat negeri. Pegawai Kesihatan Daerah bertanggungjawab memberi nasihat dalam merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah di peringkat daerah dengan dibantu oleh Inspektor Kesihatan. Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengetua sekolah berperanan memberi sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli kelab dalam melaksana/menyertai aktiviti kelab PROSTAR.

1.6.2

1.6.3

1.6.4

Guru Penasihat bertanggungjawab membimbing, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti kelab PROSTAR Sekolah dan memberi maklumbalas aktiviti kelab serta permasalahan kepada Pegawai Kesihatan Daerah & Pegawai Pendidikan Daerah. Ahli Jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah bertanggungjawab melaksana serta menjalankan aktiviti kelab dan memberi maklumbalas kepada guru penasihat.

1.6.5

1.7

Pemantauan
1.1.1 Pemantauan aktiviti kelab akan dibuat dengan menggunakan format KPS-01/01. Laporan ini disediakan oleh guru penasihat dan dihantar kepada Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah pada setiap bulan ( sebelum 10 hb) Laporan bulanan ini dikompail oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri sebelum 15hb. Laporan daripada daerah dikompail oleh Pegawai Kesihatan AIDS dan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan sebelum 20 hb.

1.7.2

1.7.3

1.7.4

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

1.8

Penilaian Pencapaian Ahli Kelab


1.8.1 Penilaian keberkesanan aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah akan dilakukan pada setiap penghujung tahun. Penilaian akan dilakukan oleh guru penasihat berdasarkan buku log ahli. Penilaian juga dibuat dengan menggunakan borang ujian pengetahuan dan sikap mengenai HIV/AIDS ke atas pelajar terpilih melalui kaedah pensampelan. Peratus pencapaian keseluruhan ahli berdasarkan buku log akan dibandingkan dengan pencapaian melalui ujian

1.8.2

1.8.3

1.8.4
108

1.9

Organisasi Kelab PROSTAR Sekolah


Kelab ini beroperasi dan dinilai sebagaimana kelab-kelab ko-korikulum yang lain di sekolah. Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah memainkan peranan membentuk organisasi kelab PROSTAR di sekolah-sekolah seperti yang ditunjukkan dicarta-carta dibawah: Carta 1: Carta 2: Carta 3: Carta 4: Penganjur Kelab PROSTAR Sekolah. Peranan dan Tanggung Jawab Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah. Aliran Penubuhan kelab PROSTAR sekolah. Organisasi Kelab PROSTAR sekolah.

Carta 1: Penganjur Kelab PROSTAR Sekolah.


Pej. Kesihatan Daerah (MOH/Unit Sekolah) Pejabat Pendidikan Daerah

Penyelaras Kelab PROSTAR Daerah (Insp. Kes. AIDS)

Guru Penasihat Kelab Sekolah

Kelab PROSTAR Sekolah

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH) memberi kerjasama kepada Pegawai Kesihatan Daerah/ IK dalam urusan penubuhan kelab PROSTAR di sekolah. mengadakan perbincangan dengan PKD dan IK dalam usaha memantapkan operasi kelab. memantau pengurusan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti kelab dari masa ke semasa. bekerjasama dengan PKD untuk menganjur konvensyen PROSTAR peringkat daerah.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PEGAWAI KESIHATAN DAERAH/ PENYELARAS PROSTAR IK AIDS) mengadakan mensyuarat 3 kali setahun bersama PPD dan guru-guru penasihat PROSTAR. merancang dan menyelaras aktiviti PROSTAR sekolah di peringkat daerah. memberi khidmat pengurusan dan teknikal kepada guru penasihat kelab PROSTAR sekolah. memantau aktiviti PROSTAR sekolah.

109

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Carta 2: Peranan dan Tanggung Jawab Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Carta 3: Aliran Penubuhan Kelab PROSTAR sekolah.


Persetujuan Penubuhan Kelab PROSTAR di sekolah antara PPD dan PKD

Taklimat pengurusan dan operasi kelab kepada Pengetua dan Guru penasihat Penolong PPD sektor kemanusiaan Penubuhan kelab di peringkat sekolah Inspektor Kesihatan Unit AIDS

Perlantikan ahli jawatankuasa kelab

Perlaksanaan aktiviti kelab.

Carta 4: Organisasi Kelab PROSTAR Sekolah


MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

J A W A T A N K U A S A K E L A B
Bendahari

PENAUNG (PENGETUA SEKOLAH)

GPK (HEM)

Guru Penasihat Kelab

Pengerusi

110

Naib Pengerusi

Setiausaha

Pen. Setiausaha 7 Orang Ahli Jawatankuasa

1.10 Strategi
Memberi pendedahan kepada guru-guru penasihat tentang pengurusan dan operasional kelab melalui kursus fasilitator Kelab PROSTAR yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Membentuk jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah di kalangan pelajar- pelajar. Membuat penilaian dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab sebagaimana yang dilakukan oleh kelab-kelab ko-kurikulum yang lain di sekolah. Mendapat khidmat nasihat pengurusan dan teknikal daripada pegawai penyelaras Kelab PROSTAR Daerah. Merancang takwim aktiviti dan melaksanakannya secara berkesan dan berterusan. Mewujud dan meningkatkan kerjasama dengan agensi luar yang berkaitan dalam melaksanakan aktiviti Kelab PROSTAR.

1.11 Anugerah
Ahli-ahli Kelab PROSTAR dianugerahkan lencana kecemerlangan berdasarkan tahap penglibatan mereka.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
111

Lencana PROSTAR Diamond Mewakili negara Lencana PROSTAR Emas Penglibatan di peringkat kebangsaan. Lencana PROSTAR Perak Penglibatan di peringkat negeri. Lencana PROSTAR Gangsa Penglibatan yang aktif di peringkat sekolah. Dikurniakan sijil penghargaan/penyertaan Penglibatan dalam aktiviti yang dianjur oleh Kelab PROSTAR.

BAB 2 MODUL 2 : APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI HIV / AIDS
2.1 Pengenalan
AIDS merupakan satu penyakit yang amat berbahaya dan mengancam manusia sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS menyukarkan lagi usaha untuk mengawal wabak AIDS. Jangkitan HIV berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu yang amat sensitif serta peribadi. AIDS telah menyebabkan tiga bentuk wabak besar melanda dunia iaitu wabak jangkitan HIV, wabak AIDS dan yang lebih besar lagi wabak reaksi sosial, budaya, ekonomi, dan politik. Kajian sains menunjukkan jangkitan HIV bermula pada tahun 1970an diikuti kes AIDS pertama pada tahun 1981. Orang yang telah dijangkiti HIV sering disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Adalah diharapkan, dengan pendedahan ini, kita dapat mengimbangi kesan wabak di atas.

2.2

Objektif Pembelajaran
a) Objektif Umum Memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai HIV / AIDS. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai penyakitpenyakit lain.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

b)

Objektif Khusus Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para pelajar akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para pelajar akan tandatanda penyakit yang berkaitan dengan jangkitan HIV. Memberikan maklumat / input tentang penyakit-penyakit lain yang seringkali dihidapi oleh komuniti bergantung kepada masa dan tempat. Menggalakkan para remaja mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan nilai-nilai murni dan agama.

112

2.3

Topik Utama
a) Pendahuluan kepada HIV/AIDS. b) Takrif AIDS. Apa itu jangkitan HIV. Sejarah HIV/AIDS.

Senario wabak HIV/AIDS. Global. Regional (WPRO). Malaysia.

c)

Jangkitan HIV. Bagaimana HIV boleh berjangkit dan tidak boleh berjangkit. Bagaimana HIV memusnahkan Spektrum jangkitan HIV. Window period. Jangkitan HIV primer Jangkitan HIV asymptomatik (tempoh pengeraman) Penyakit AIDS.

d)

Pengurusan jangkitan HIV. Ujian HIV. Kaunseling. Rawatan jangkitan HIV.

e) f)

Kaitan penyakit kelamin (STD) dengan jangkitan HIV. Pencegahan jangkitan HIV.

Metod
Ceramah, menonton video dan perbincangan kumpulan.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
113

Proses
Sesi dimulai dengan sesi fikir-fikir dimana semasa sesi ini para pelajar diminta untuk menyatakan pendapat mereka mengenai jangkitan HIV/AIDS setakat yang mereka ketahui. Selesai sesi fikir-fikir peserta akan ditunjukkan dengan video`Layar lara a) Menerangkan skop ceramah. b) Apa itu HIV, jangkitan HIV dan AIDS. Situasi semasa HIV/AIDS seluruh dunia, Pasifik Barat dan Malaysia. Bagaimana tubuh badan manusia melawan penyakit. Bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia. Peringkat-peringkat jangkitan HIV. Ujian HIV serta makna daripada keputusan positif dan negatif. Bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV. Bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah.

Pendahuluan kepada HIV/AIDS. Jemput beberapa pelajar untuk menerangkan apa yang mereka faham tentang penyakit AIDS serta perbezaan di antara AIDS, HIV (iaitu virus) dan jangkitan HIV. Tanyakan juga kepada beberapa pelajar lain sejarah HIV/AIDS seperti bilakah AIDS mula dikenalpasti, di mana dan golongan manakah yang mulamula terlibat. Bilakah virus HIV mula dikenalpasti dan oleh siapa.

Jelaskan dan bincangkan dengan lebih lanjut Virus HIV dan takrif AIDS slaid.

2.4

Takrif
a) AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrom) AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Peringkat ini adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada peringkat ini sistem daya tahan tubuh melawan penyakit dan kanser telah lumpuh. Pesakit akan mendapat gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu. b) HIV (Human Immunodeficiency Virus) HIV adalah singkatan bagi sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit.

2.5

Sejarah Jangkitan HIV/AIDS


Kes jangkitan HIV pertama telah dikesan pada tahun 1981 di California Amerika Syarikat. Jangkitan ini bermula di kalangan golongan homoseksual diikuti biseksual dan heteroseksual. Kawasan yang paling teruk adalah Sub Sahara Afrika diikuti oleh Asia Selatan (India) dan Asia Tenggara (Negara Thai). Di Malaysia, kes pertama HIV dikesan pada tahun 1986. Sehingga akhir tahun 2002, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat lebih 50,000 kes dikesan.

2.6
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Jangkitan HIV
Cara Jangkitan HIV Terdapat tiga cara yang boleh menyebabkan penyebaran HIV iaitu: a) Hubungan seksual HIV merebak melalui pemindahan cecair badan daripada seorang yang telah dijangkiti kepada seorang yang lain, apabila mereka mengadakan hubungan seks b) Penggunaan dadah HIV merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan untuk menyuntik dadah c) Jangkitan ibu kepada bayi Ibu yang telah dijangkiti HIV boleh merebakan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan

114

2.7

Bagaimana HIV Memusnahkan Sistem Pertahanan


Apabila virus HIV menyerang sel-sel darah putih dalam tubuh manusia, sel-sel tersebut akan musnah dan menyebabkan sistem daya tahan penyakit tidak mampu lagi menahan serangan-serangan penyakit lain.

2.8

Spektrum Jangkitan HIV


Window period peringkat di mana walaupun virus HIV terdapat di dalam darah pesakit tetapi tahap antibodi terhadap HIV tidak mencukupi untuk dikesan melalui ujian pengesanan antibody terhadap HIV. Tubuh mengambil masa antara 6 minggu hingga 3 bulan untuk mengeluarkan sejumlah antibodi yang mampu dikesan oleh ujian tertentu. Asymptomatic HIV peringkat di mana ujian HIV telah dapat mengesan kehadiran antibodi terhadap kuman HIV tetapi pesakit nampak sihat tanpa tanda-tanda tertentu. Kebanyakkan mereka mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menunjukkan tanda-tanda AIDS, tetapi jangkamasa ini mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan pesakit rendah. AIDS adalah peringkat di mana tahap daya tahan diri melawan penyakit telah lumpuh dan pesakit menunjukkan tanda-tanda tertentu. Kira-kira 50% pesakit AIDS akan mati dalam masa kurang 2 tahun. Di semua peringkat di atas, pesakit adalah berbahaya kerana boleh menjangkitkan HIV kepada orang lain.

2.9

Peringkat AIDS: Tanda-tanda


Di antara tanda-tanda penyakit AIDS ialah: a) Berat badan berkurangan tanpa sebab b) Cirit-birit yang berlanjutan c) Demam yang berpanjangan d) Batuk-batuk yang berterusan e) Bengkak-bengkak di leher, ketiak atau pangkal peha f) Berlaku penyakit kandidiasis (penyakit kulit) yang disebabkan oleh sejenis kulat di bahagian mulut dan tekak g) Mempunyai penyakit jangkitan paru-paru yang disebabkan kelumpuhan daya tahan pesakit

2.10 Pengurusan Jangkitan HIV


Jelaskan kepada pelajar dengan bantuan lutsinar prosedur untuk ujian antibodi HIV dan terangkan juga akan perbezaan antara ujian saringan dan ujian pengesahan serta maksud HIV positif dan negatif. Jelaskan juga dimana perkhidmatan ujian darah untuk HIV boleh didapati. Jelaskan kepada pelajar dengan bantuan lutsinar kenapa, apa dan bila kaunseling dalam HIV/AIDS perlu kepada orang yang bimbang dijangkiti (worried well), berisiko tinggi, terutama yang tidak mahu menjalani ujian HIV, mereka yang telah dijangkiti dan pesakit AIDS, mereka yang merawat pesakit HIV/AIDS, mangsa rogol, penderaan seks dan pelajar yang terlibat dengan seks bebas atau perkongsian dadah secara suntikan. Jelaskan dengan bantuan lutsinar bahawa pada masa ini belum ada ubat yang boleh menyembohkan atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus HIV. Oleh itu rawatan adalah terhad kepada merawat komplikasi daripada jangkitan HIV iaitu jangkitan oportunis dan penyakit barah.

115

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

2.11 AIDS Tidak Boleh Merebak


Penyakit AIDS tidak boleh merebak melalui : Menyentuh seorang yang dijangkiti Duduk bersebelahan dengan pesakit Bekerja dalam satu pejabat Bermain atau berkawannya Makan makanan yang dimasak atau dihidangkan oleh pesakit AIDS. Berkongsi pengangkutan awam Berkongsi bilik air ataupun tandas. Menderma darah untuk pesakit AIDS.

Bahan
Komputer dan LCD / Lutsinar, slaid, OHP

Jangkamasa
4 jam.

Penilaian
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Pelajar dapat menerangkan; Situasi semasa HIV/AIDS berpandukan kepada lutsinar serta menyatakan makna daripada perkataan HIV, jangkitan HIV dan AIDS. Sistem daya tahan tubuh badan manusia melawan penyakit dan bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia berpandukan kepada komputer dan LCD / lutsinar. Peringkat-peringkat jangkitan HIV berpandukan kepada komputer dan LCD/ lutsinar serta bagaimana mendapatkan ujian HIV. Bagaimana HIV boleh menjangkiti dan cara-cara mencegah jangkitan HIV.

116

Nota Tambahan: Penyakit-Penyakit Yang Berkaitan Dengan HIV/AIDS Penyakit Tibi


Penyakit ini merebak melalui titisan udara yang mengandungi kuman (mycobacterium tuberculosis). Penyakit ini mudah merebak kepada pesakit AIDS kerana sistem daya tahan tubuh bagi melawan penyakit telah lumpuh. Penyakit Tibi boleh dirawat jika dikesan awal. Walaupun begitu rawatan yang diperlukan adalah lama iaitu 6 bulan atau lebih

Kaposi Sarcoma
Pembawa HIV adalah lebih mudah mengidapi ketumbuhanatau barah contohnya Kaposis Sarcoma , Lymphoma dan Squamoul Cell Carcinoma. Kaposis Sarcoma adalah barah saluran darah yang biasanya berlaku di kalangan lelaki tua berketurunan Mediteranean. Barah ini biasanya terdapat di bahagian kaki. Walau bagaimanapun sekiranya Kaposi Sarcoma timbul di kalangan lelaki muda yang sihat , kita harus mensyaki terdapat jangkitan HIV pada mereka. Di kalangan pembawa HIV lesi Kaposi Sarcoma tidak terhad kepada kulit sahaja, tetapi akan melibatkan organ lain sperti paru-paru.

Jangkitan Opotunis
Jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, virus dan fungi yang kerap terjadi kepada pesakit yang mempunyai daya tahan melawan penyakit yang rendah seperti pembawa HIV. Jangkitan ini berlaku dengan penurunan CD4 + T-Cell Counts. Jangkitan Opotunis yang biasanya berlaku di kalangan pembawa HIV adalah Pneumocystis Carinii Pneumonia (PCP). Lain lain jangkitan adalah toxoplasmosis , candidiasis, herpes dan lain-lain.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
117

Penyakit Kelamin (STI)


Penyakit ini berkait rapat dengan HIV . Terdapat lebih daripada 14 jenis penyakit STI seperti siflis , gonoera, chancroid , chlanydia, candidiasis dan lain-lain. Bagi mereka yang dijangkiti STI , biasanya kadar untuk dijangkiti HIV adalah 4 kali ganda lebih tinggi daripada masyarakat umum. Ini disebabkab terdapatnya lesi, luka dan keradangan di tempat jangkitan tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting bagi mereka untuk mencegah daripada jangkitan STI dan mendapat rawatan segera untuk STI sekiranya telah dijangkiti.

Apa itu penyakit STI dan kaitannya dengan HIV?


Penyakit STI adalah penyakit yang ditularkan melalui membran mucus dan cecair kelamin lelaki dan wanita, tekak dan dubur. Kebanyakkan penyakit STI mudah dirawat. Sekiranya penyakit ini dikesan dan dirawat awal, ianya tidak akan menyebabkan masalah yang serius. Sekiranya tidak, infeksi ini akan merebak dan komplikasi seperti kemandulan, infeksi jangkitan yang lama dan teruk akan berlaku. Penyakit ini mudah dijangkiti dari seseorang kepada orang yang lain. Oleh itu, pengetahuan mengenai penyakit, tanda-tanda penyakit dan cara mendapatkan rawatan adalah penting.

Penyakit STI lazimnya tidak mempunyai banyak tanda-tanda. Seseorang itu mungkin menghidapi penyakit tersebut tanpa menyedarinya. Oleh itu, anda mungkin menjangkiti orang lain tanpa disedari. Jangkitan STI mempunyai kaitan dengan HIV. Bagi seseorang yang dijangkiti STI, kadar untuk dijangkiti HIV adalah empat kali ganda lebih jika dibandingkan dengan masyarakat umum. Ini disebabkan terdapatnya lesi, luka dan keradangan dikawasan yang dijangkiti oleh kuman penyakit STI tersebut. Terdapat berbagai-bagai jangkitan yang dirangkumkan sebagai penyakit STI. Berikut adalah penyakit-penyakit tersebut:

Gonorea
Tanda akan muncul 3-5 hari selepas jangkitan terjadi. Bagi lelaki, discaj yang berwarna hijau kuning akan terjadi dan kesakitan akan dirasai semasa kencing. Discaj juga boleh ditemui dikalangan pesakit wanita. Ada kalanya kedua-dua pesakit lelaki dan wanita ini tidak menunjukkan sebarang tanda. Rawatan: Antibiotik. Kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah tamat.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Risiko :

Sekiranya jangkitan tidak dikesan dan tidak dirawat, jangkitan akan merebak dan menyebabkan kemandulan kepada lelaki dan wanita. Terdapat beberapa kuman gonorea yang resistan terhadap rawatan antibiotik. Olehitu adalah amat penting untuk seseorang itu dirawat oleh pengamal perubatan yang sah dengan rawatan yang sesuai.

Chlamydia
Lazimnya jangkitan ini tidak mempunyai sebarang tanda. Infeksi mungkin tidak disedari sehingga ianya mula menyebabkan masalah. Tanda seperti discaj dan kepedihan semasa kencing mungkin terjadi. Jangkitan penyakit ini boleh berlaku bersama-sama jangkitan gonorea. Rawatan: Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna. Risiko : Sekiranya jangkitan tidak dikesan dan tidak dirawat, jangkitan akan merebak dan menyebabkan keradangan pada rahim sehingga boleh menyebabkan kemandulan.

118

Sifilis
Terdapat jangkitan sifilis yang tidak disedari oleh pesakit. Tanda utama infeksi ini adalah luka kecil (ulcer) yang tidak sakit (chancre) pada tempat yang dijangkiti. Biasanya chancre

ini terdapat di kawasan kelamin dan mulut. Ianya dapat dikesan selepas 9 hingga 90 hari selepas jangkitan terjadi. Ia akan hilang selepas beberapa hari dan mungkin tidak dikesan. Infeksi akan terpendam didalam badan untuk jangkamasa yang tertentu sehingga ruam merah terjadi pada seluruh badan. Ini juga mungkin disedari atau tidak oleh pesakit. Rawatan: Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna. Rawatan boleh dimulakan pada bila-bila masa dan kejayaan akan lebih terjamin dan cepat sekiranya rawatan dapat dimulakan lebih awal. Risiko : Sekiranya jangkitan sifilis ini dibiarkan tanpa rawatan, ianya akan menyebabkan masalah pada masa hadapan. Antara komplikasi yang kerap ditemui adalah penyakit jantung, terutamanya bagi jangkitan sifilis peringkat akhir. Penyakit Dementia juga berlaku disebabkan infeksi sifilis di otak. Wanita yang dijangkiti sifilis boleh menjangkiti anak yang dikandung dan menyebabkan kecacatan.

Chancroid
Infeksi ini menyebabkan luka-luka kecil di alat kelamin dan terasa sakit. Luka ini akan membesar dan tidak sembuh dengan sendirinya. Rawatan : Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
119

Herpes
Disebabkan oleh Virus Herpes yang menyerang hujung-hujung saraf. Tanda awal selepas jangkitan lazimnya disertai dengan kesakitan. Lecuran (blister) kecil akan terjadi di kawasan yang dijangkiti seperti di mulut dan alat kelamin yang biasanya berlaku 2 hingga 20 hari selepas jangkitan terjadi. Ini mungkin disertai dengan demam yang tinggi, kesakitan pada badan serta pembengkakan kelenjar.Lecuran ini akan pecah selepas 2 hingga 4 hari dan akan sembuh dengan sendirinya. Serangan berikutnya akan berlaku 3 hingga 4 kali setahun dan intensiti serangan ini akan berkurangan apabila jangkitan ini menjadi lama (kronik). Rawatan : Antiviral. Adalah penting kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna. Risiko : Wanita yang hamil boleh menjangkiti anak dalam kandungan. Infeksi ini boleh menjangkiti otak dan menyebabkan kecacatan pada bayi.

Trichomoniasis
Jangkitan oleh sejenis protozoa. Wanita kerap mengadu bahawa terdapat discaj yang busuk, gatal dan rasa sengal di kelamin. Bagi pesakit lelaki, tiada sebarang tanda langsung. Tanda akan terjadi 2 hingga 3 hari selepas jangkitan terjadi. Rawatan : Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.

Candidiasis
Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis fungus. Biasanya infeksi ini berlaku di faraj. Ia menyebabkan discaj berwarna putih dan gatal. Penyakit ini boleh berlalu dengan sendirinya. Rawatan : Ubat antifungus yang dimasukkan ke dalam faraj.

Condyloma
Sejenis virus yang menyebabkan warts yang akan dapat dilihat pada alat kelamin atau disekeliling alat kelamin. Wart ini adalah ketulan yang berwarna seakan-akan kulit dan ini boleh menyukarkan untuk dikesan. Tanda ini kerap dilihat selepas 3 hingga 9 bulan selepas jangkitan terjadi. Masa inkubasi yang panjang menyukarkan untuk mengesan kontek. Disamping itu, masa inkubasi yang panjang memudahkan perebakkan penyakit ini. Rawatan : Ia boleh dirawat dengan menggunakan larutan podophyllin. Larutan ini akan disapu diatas wart dan dibiarkan selama 4 jam. Selepas 4 jam, ubat ini akan menyebabkan rasa gatal-gatal (irilasi). Adalah penting kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna. Risiko : Wanita yang dijangkiti Condyloma perlu menjalani pemeriksaan pangkal rahim secara berkala. Ini kerana jangkitan ini boleh menyebabkan barah pangkal rahim. Jangkitan virus ini kerap berlaku.

120

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

BAB 3 MODUL 3 : PELAJAR DAN MASALAH-MASALAH SOSIAL


Pelajar merupakan golongan yang seringkali terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Pada masa sekarang , golongan ini semakin kurang mendapat perhatian daripada ibubapa mereka sendiri dan masyarakat sekeliling. Justeru itu , mereka perlu dibimbing serta diberi perhatian secukupnya supaya generasi berwibawa dapat dilahirkan di tengah-tengah kemajuan dunia. Kurangnya pengawasan daripada ibubapa ini, telah menyebabkan pelajar terdedah kepada banyak masalah sosial seperti : a) Merokok b) Penagihan Dadah c) Lain-lain Akitiviti Bohsia , Bohjan, Gangsterism, Pelacuran , Peras Ugut dan Kongsi Gelap.

3.1

Merokok
Modul ini bertujuan melindungi warga sekolah daripada bahaya asap rokok. Merokok menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia samada secara langsung atau tidak langsung. Terdapat lebih kurang 25 jenis penyakit terutamanya penyakit kanser, jantung dan saluran pernafasan yang dikaitkan dengan merokok. Semenjak dua dekad yang lalu, penggunaan tembakau telah menjadi masalah kesihatan awam yang serius di Malaysia. Tiga jenis penyebab kematian utama di Malaysia adalah akibat penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau iaitu penyakit jantung iskemia, angin ahmar ( stroke ) dan kanser. Melalui Laporan WHO, dianggarkan terdapat 1.1 bilion penduduk di seluruh dunia merokok iaitu 47 % adalah lelaki dan 12 % wanita dewasa. Kadar prevalens merokok di Malaysia dalam satu dekad yang lalu, menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 1986 , prevalens merokok di kalangan penduduk di Semenanjung Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah 21% . Prevalens merokok di kalangan lelaki adalah 41% manakala wanita adalah 4%. Berdasarkan tinjuan Kesihatan dan Morbiditi 1996, prevalens di kalangan dewasa lelaki adalah 49.2 % dan wanita dewasa 3.5 % manakala di kalangan remaja 12-18 tahun ialah 16.7 %.Prevalens di kalangan remaja lelaki ialah 30.7% dan di kalangan remaja wanita ialah 4.8%. 3.1.1 Objektif Menyedarkan pelajar khususnya yang merokok mengenai kesan-kesan buruk akibat rokok. Membantu pelajar-pelajar yang merokok membuat keputusan untuk berhenti merokok. Membantu pelajar-pelajar yang merokok menghentikan tabiat merokok secara teratur dan kekal tidak merokok.
121

3.1.2

Topik Utama Terdapat beberapa sebab seseorang itu merokok dan di antaranya ialah : Ingin menonjolkan imej yang hebat dan anggun Ingin menonjolkan kedewasaan

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

3.1.3

Ingin mencuba Ingin mengikut tingkah-laku ibu-bapa Pengaruh rakan sebaya Pengaruh iklan Berkemampuan untuk membeli rokok Mudah diperolehi di pasaran

Methodologi Pencegahan Amalan Merokok Pelajar-pelajar perlu didedahkan mengenai: a) b) c) d) e) Bahaya tembakau kepada Menghisap rokok bukanlah perlakuan yang hebat Amalan merokok adalah sesuatu perlakuan yang sia-sia Kaedah-kaedah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan tabiat merokok. Melalui perundangan iaitu salah satu strategi yang berkesan untuk mengawal penggunaan tembakau di kalangan pelajar. Antara peruntukan perundangan tersebut ialah : Sekolah merupakan kawasan larangan merokok Remaja yang berumur 18 tahun kebawah adalah dilarang merokok atau mengunyah hasil tembakau atau membeli atau mempunyai dalam milikannya samada untuk kegunaan sendiri atau tidak, apa-apa hasil tembakau. Perlu meletakkan papan tanda dilarang merokok di kawasan sekolah Larangan menjual hasil tembakau kepada mereka berumur 18 tahun ke bawah.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

3.1.4

Pendidikan Kesihatan Untuk Pencegahan Merokok Para pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai aktiviti pendidikan untuk mengelakkan mereka merokok dan di antara topik-topik pendidikan tersebut adalah : a) Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok kebanyakannya membahayakan kesihatan b) Penyakit-penyakit dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan tembakau kerana penyakit-penyakit ini memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan dan selalunya penyakit ini adalah penyakit kronik yang mungkin akan berterusan sepanjang hayat. Maksud iklan yang disampaikan oleh syarikat rokok perlu diterangkan kepada para pelajar sebenarnya. Pelajar-pelajar sekolah perlu diberitahu mengenai peraturanperaturan kawalan hasil tembakau supaya mereka tidak melakukan kesalahan.

122

c) d)

3.1.5

Kaedah Penyampaian Maklumat a) b) c) d) Ceramah anti merokok Pameran Kuiz Pertandingan Melukis Poster

3.1.6

Bahan Pendidikan a) b) LCD dan Tranpirasi Buku rujukan manual berhenti merokok

3.1.7

Jangkamasa Waktu: 1 - 11/2jam

3.1.8

Penilaian Pelatih dapat menerangkan : a) Bahaya merokok terhadap diri mereka dan masyarakat sekitar b) Pelajar dapat mengurangkan tabiat merokok

3.2

Program Anti Dadah


Masalah dadah bermula pada kurun ke-19 lagi dengan kedatangan buruh dan kumpulan imigran yang mencari peluang pekerjaan. Tabiat ini menular kepada rakyat tempatan. Pada pertengahan abad ke- 20 masalah candu telah dikesan di negara ini dan diikuti oleh masalah heroin di awal tahun 70 an. Pada masa ini masalah dadah telah merebak hampir ke seluruh pelusuk negara. Peningkatan insiden penagihan dadah di Malaysia sejak tahun 1970 an disebabkan kerana ianya mudah diperolehi di mana-mana. Jumlah penagihan dadah yang berulang telah direkodkan oleh sistem NADI sejak tahun 1988 purata sebanyak 40 % dari jumlah penagih yang dikesan. Bagi mengatasi masalah ini, Agensi Dadah Kebangsaan telah diluluskan pada Februari 1996. Agensi Dadah Kebangsaan ini berperanan untuk memerangi ancaman dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Di antara bidang tugasnya yang lain ialah melaksanakan program pencegahan, rawatan dan pemulihan. Di sekolah program pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan melalui kurikulum, ko-kurikulum, latihan guru, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 3.2.1 Objektif Pembelajaran a) b) c) Membentuk pemikiran pelajar supaya membenci dadah Mengubah sikap dan persepsi pelajar terhadap kegiatan dadah Melibatkan masyarakat keseluruhannya dalam mekanisma pencegahan dadah.

123

3.2.2

Metod a) b) c) d) Ceramah Pameran anti dadah Lawatan ke Pusat Serenti Perbincangan kumpulan

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

3.2.3

Kaedah Perlaksanaan 1. Sesi ini dimulakan dengan slot fikir-fikir yang mana para pelajar diminta mengeluarkan pendapat mereka mengenai dadah dan kaitannya dengan jangkitan HIV/AIDS Menerangkan skop ceramah mengenai : a) Situasi semasa penagihan dadah di Malaysia b) Jenis-jenis dadah yang digunakan c) Data-data mengenai profil pekerjaan penagih dadah d) Taraf pendidikan penagih dadah e) Cara-cara penagihan dadah f) Tanda-tanda dan kesan penagihan dadah g) Bagaimana pelajar boleh terlibat dengan dadah h) Bagaimana menghindar diri dari terjebak dengan penagihan dadah Kandungan ceramah adalah seperti berikut: a) Senario Pemasalahan Dadah di Malaysia Dianggarkan bilangan penagih yang dapat dikesan dari tahun 1988-1995 ialah seramai 197,747 kes. Dari jumlah ini 61.5% adalah mereka yang kembali menagih setelah berjaya dipulihkan,manakala 38.5% adalah mereka yang baru melibatkan diri di dalam penagihan dadah. Jenis-jenis dadah yang kerap kali disalahgunakan adalah seperti berikut: Heroin - 69.5% Cannabis - 16.36% Morphine - 12.16% Pil - 0.47% Opium - 0.22% Inhalation - 0.02% Lain-lain - 1.21% Data-data mengenai profil pekerjaan penagih dadah pada tahun 1995 adalah seperti berikut: Buruh/Pekerja Am - 26.6% Tiada pekerjaan - 12.2% Sales - 11.1% Pertanian - 10.4% Pembinaan - 10.4% Pengeluaran - 8.6% Pengangkutan - 7.7% Perkhidmatan kerajaan/swasta - 9.6% Data mengenai taraf pendidikan bagi penagih dadah yang baru dikesan sebagaimana berikut: Tidak bersekolah - 3.2% Sekolah rendah - 22.5% Menengah rendah - 46.0% Menengah atas - 26.5% IPT - 1.8%

2.

3.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

b)

c)

124

d)

e)

Cara-cara penagihan dadah Chasing 49.83% Smoking 24.21% Injecting 23.5% Drinking 1.7% Swallow 0.7% Sniffing 0.06%

3.2.4

Bahan-bahan Overhead Projektor, Slaid Projektor, Komputer dan LCD

3.2.5

Jangkamasa Ceramah Masa : 1 - 11/2 jam

3.3

Salahlaku Pelajar Di Sekolah


Kes salahlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah semakin meningkat kebelakangan ini. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) membuktikan bahawa pelajar-pelajar di kawasan Felda lebih banyak terlibat dengan masalah salahlaku berbanding dengan pelajar-pelajar di kawasan kampung. 3.3.1 Situasi Salahlaku Pelajar-Pelajar Di Malaysia Menurut laporan Cawangan Dasar / Pencegahan Jenayah Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, sebanyak 11041 pelajar telah ditangkap sepanjang tahun 1993 hingga 1995 kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah. Kebanyakan mereka yang terlibat adalah berumur di antara 16 18 tahun (paling ramai) diikuti 13-15 tahun dan 10-12 tahun. Antara salahlaku yang kerapkali dlakukan daripada pelajar antaranya ialah mengedar dan menagih dadah, merogol, memeras ugut, pelacuran, memalsukan dokumen dan menyertai kongsi gelap. 3.3.2 Objektif Pembelajaran Memberi input/maklumat kepada pelajar mengenai senario salahlaku yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah masakini Memberi keinsafan kepada pelajar agar menghindarkan diri daripada terlibat dengan kegiatan salahlaku di samping menekankan aspekaspek keagamaan.
125

3.3.3

Topik Utama 1. Faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dengan salahlaku Pengaruh rakan sebaya Pendedahan nilai-nilai negatif dari luar melalui media cetak dan elektronik Ibu-bapa kurang memberi perhatian kepada masalah anak-anak dan pendidikan agama.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

2.

Keruntuhan institusi kekeluargaan Menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah Ketiadaan role model di kalangan pelajar

Kaedah Pencegahan Cara mencegah/menghindar diri dari terlibat dengan salahlaku : Berhati-hati di dalam memilih kawan Melakukan aktiviti yang dapat memberi manfaat di masa lapang Menceburkan diri dalam persatuan/kelab yang memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah, ketahanan dan keyakinan diri. Menginsafi diri dengan taat dan patuh kepada suruhan agama. Kaitannya dengan masalah sosial yang lain di kalangan remaja seperti dadah, HIV/AIDS dan lain-lain.

3.

3.3.4

Metod Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan (5-10 orang) dan fasilitator meminta pelajar mendedahkan secara jujur salahlaku yang pernah dilakukan dengan menyatakan perkara-perkara berikut: Perasaan semasa melakukan salahlaku Kesedaran yang timbul hasil daripada perbuatan tersebut Keinsafan antara dosa dan pahala

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Respon daripada pendedahan mereka, fasilitator mengajukan soalan tentang perasaan mereka jika salah laku tersebut dilakukan oleh ahli keluarga mereka yang lain. Akhirnya fasilitator merumuskan bahawa salahlaku yang telah dilakukan adalah salah dari segi moral serta nilainilai ketimuran serta agama. 3.3.5 Penilaian Penilaian dilakukan dengan cara pemerhatian terhadap penglibatan pelajar dalam sesi LDK dan pendedahan secara jujur oleh mereka.

126

BAB 4 MODUL 4 : KEHIDUPAN BERMARUAH DAN SIHAT


4.1 Pengenalan
Jangkitan HIV adalah berkaitan rapat dengan keruntuhan akhlak dan moral seperti tingkahlaku serta cara hidup yang melibatkan penyalahgunaan dadah melalui suntikan dan hubungan seks. Gejala sosial dan keruntuhan moral di kalangan remaja adalah amat membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak pada tahun 1994 mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja telah mempunyai pengalaman melakukan seks bebas (75.1 % berusia antua 16-21 tahun). Satu lagi kajian ke atas 1,900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur (berumur 16 dan 18 tahun) mendapati 2.1 % telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan 4.6% telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian Remaja dan AIDS pada tahun 1996 yang lalu ke atas 4,347 remaja berusia 13-25 tahun mendapati 5% telah mencuba dadah, 6% telah terlibat dengan seks bebas. Persekitaran yang dialami oleh remaja masa ini juga amat berbeza dengan apa yang telah dialami oleh remaja generasi dahulu. Oleh kerana perkembangan sosioekonomi yang amat pesat, remaja pada masa ini lebih terdedah kepada persekitaran yang sangat mencabar. Mereka lebih mudah terdedah kepada unsurunsur negatif seperti bahan lucah dan filem-filem yang memaparkan budaya seks kasual. Pengawasan masyarakat juga amat longgar terutamanya di bandar. Semangat kejiranan serta budaya bantu membantu serta tegur menegur juga sudah semakin luntur. Oleh itu remaja perlu dirangsang kepada perubahan tingkahlaku yang positif ke arah kehidupan bermaruah dan sihat.

4.2

Topik Utama
i. ii. iii. iv. Kesihatan Remaja Penilaian Tingkahlaku Berisiko Mengambil Risiko dan Membuat Pilihan Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya

4.3

Kesihatan Remaja Objektif pembelajaran


Di akhir sesi peserta dapat; 1. Menerangkan proses perkembangan kesihatan remaja dari sudut reproduksi dan anatomi. Menjelaskan hubungan seks dalam perkahwinan

127

2.

Metod
Ceramah, perbincangan dan soal-jawab.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Proses
1. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil (5 orang atau kurang). Jika perlu asingkan peserta lelaki dan perempuan. Tanya kepada kumpulan untuk menyenaraikan perubahan-perubahan emosi yang berlaku semasa baligh. Simpulkan dengan menekankan yang proses membesar adalah satu proses yang semulajadi dan pengalaman berbeza akan dialami oleh lain orang. Kesihatan yang baik, bersih, berfikiran positif, perhubungan sosial yang baik dalam keluarga, rakan sebaya dan diterima oleh masyarakat akan memastikan hidup yang bahagia. Terangkan kepada peserta bahawa mereka tidak patut merasa malu semasa membincangkan isu ini kerana ia adalah fitrah manusia dan wajib mengetahuinya (akan fungsinya). Kemudian beritahu kumpulan yang mereka akan bermain satu permainan di mana setiap kumpulan akan diberi satu format soalan. Peserta yang mempunyai format (Lampiran ML 4.1) akan membacakan kenyataan yang tertulis pada kertas tersebut kuat-kuat. Ahli kumpulan akan berbincang sebentar untuk memutuskan sama ada kenyataan tersebut benar atau salah dan hebahkan keputusan kepada umum. Fasilitator akan menanyakan kepada kumpulan yang lain pendapat mereka. Beri beberapa minit untuk perbincangan. Fasilitator akan mengulas jawapan dengan berpandukan kepada kad jawapan yang disediakan. Kaitkan mana yang berkenaan dengan jangkitan HIV/AIDS.

2.

3.

4.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

Bahan
lampiran ML 4.1

Jangkamasa
1 jam 30 minit.

128

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan menerangkan proses kesihatan remaja dari sudut reproduksi dan anatomi serta menjelaskan silap faham berkaitan dengan seks dalam perkahwinan.

Lampiran ML 4.1
Kenyataan (peserta) Setelah seorang wanita mengalami haid, dia boleh mengandung Sebelum datang haid wanita boleh mengandung. Tidak melakukan hubungan kelamin adalah satu-satunya cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan mengandung. Wanita dan lelaki boleh mendapat jangkitan penyakit STD tanpa apa- apa tanda dan gejala. Wanita tidak akan mengandung sekiranya mereka mengadakan hubungan seks sekali sahaja. Wanita boleh mengandung jika mereka mengadakan hubungan seks pada masa haid. Sekali dijangkiti gonorea dan telah berkali-kali sembuh, kita tidak boleh dijangkiti lagi (imun). Wanita boleh mengandung walaupun tiada ejakulasi di dalam faraj. STD boleh sembuh dengan menjalin hubungan dengan dara (virgin). Jawapan Ulasan

129

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran ML 4.2
Jawapan / Keterangan Fasillitator Kenyataan (peserta) Setelah seorang wanita mengalami haid, dia boleh mengandung Sebelum datang haid wanita boleh mengandung. Tidak melakukan hubungan kelamin adalah satu-satunya cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan mengandung. Wanita dan lelaki boleh mendapat jangkitan penyakit STD tanpa apa- apa tanda dan gejala. Wanita tidak akan mengandung sekiranya mereka mengadakan hubungan seks sekali sahaja. Wanita boleh mengandung jika mereka mengadakan hubungan seks pada masa haid. Sekali dijangkini gonorea dan telah berkali-kali sembuh, kita tidak boleh dijangkiti lagi (imun). Wanita boleh mengandung walaupun tiada ejakulasi di dalam faraj. STD boleh sembuh dengan menjalin hubungan dengan dara (virgin). Benar Keterangan (fasilitator) Organ reproduksi telah berfungsi dan boleh mengandung. Walau bagaimana pun, organ dan badan (secara fizikal dan mental) mungkin belum bersedia. Kerana ovari melepaskan telur sebelum haid. Satu cara yang pasti bagi mengelakkan mengandung adalah dengan tidak mengadakan hubungan kelamin. Begitu juga dengan HIV/AIDS dan STD. Kebanyakan jangkitan gonorea tidak sebarang tanda di kalangan wanita dan sering tidak dikesan pada lelaki. Penting mendapat pemeriksaan doktor jika berasa mungkin dijangkiti. Boleh mengandung dengan hanya sekali hubungan seks termasuk yang pertama. Memang berkemungkinan ia boleh mengandung pada bila-bila masa. Seseorang boleh mendapat gonorea setiap kali ia menjalin hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti gonorea. Mungkin cairan pre-seminal mengandungi sperm. STD boleh sembuh dengan ubatan. Seks hanya menular jangkitan.

Benar Benar

Benar

Salah

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Benar

Salah

Benar

130

Salah

4.4

Penilaian Tingkahlaku Berisiko Objektif Pembelajaran


Di akhir sesi ini, peserta dapat mengenal tahap risiko dijangkiti HIV bagi tingkahlaku tertentu.

Metod
Permainan menentukan tahap risiko dan perbincangan sindikit.

Permainan menentukan tahap risiko Proses


1. Minta peserta berbaris dalam satu bulatan. Letakkan 4 kotak yang bertanda Risiko Tinggi, atau Risiko Rendah, atau Tiada Risiko atau Tidak Tahu di tengah bulatan. Agihkan kad kenyataan (Lampiran ML4.3) kepada peserta dan minta membaca kenyataan yang tertulis dengan kuat dan membuat keputusan. Masukkan kad ke dalam kotak (di tengah bulatan) mengikut keputusan yang dibuat. Sebaik sahaja setiap peserta memasukkan kad ke dalam kotak, minta mereka menerangkan sebab mereka membuat keputusan begitu. Tanyakan kepada kumpulan samada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut.

2.

3.

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

Bahan
Kad, kotak (Lampiran ML 4.3 dan ML 4.4)

Jangkamasa
1 jam 30 minit.
131

Perbincangan Sindikit Proses


1. Bahagikan kumpulan kepada kumpulan kecil 4-5 orang dan agihkan salinan kenyataan Siapakah Yang Paling Tinggi Risiko Dijangkiti HIV (Lampiran ML4.5) kepada setiap peserta. Beri masa 5 minit untuk peserta membaca dan minta setiap peserta menyusun keempat nama yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut mengikut tahap risiko dari rendah kepada yang paling tinggi tanpa berbincang.

2.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

3.

Setelah selesai, bincangkan dalam kumpulan keeil dan dapatkan susunan yang dipersetujui oleh kumpulan serta kriteria di mana mereka membuat susunan sedemikian. Beri 30 minit untuk mereka berbincang. Kumpulkan semula semua kumpulan dan minta setiap kumpulan kecil tadi untuk melapurkan susunan mengikut tahap risiko serta sebab-sebab mereka membuat keputusan sedemikian. Perkara yang perlu diberi tekanan dalam perbincangan adalah; a. Kenalpasti faktor spesifik yang diberikan oleh kebanyakan kumpulan bagi menilai tingkahlaku yang berisiko tinggi. b. Bincangkan perbezaan susunan tahap risiko dari berbagai kumpulan dan cuba kenalpasti mengapa terjadinya perbezaan tersebut.

4.

5.

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan dapat menyatakan tahap risiko dengan tepat dengan menyatakan sebab-sebab dengan rasional dan mengikut fakta.

132

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran ML 4.3
Kenyataan (keterangan) Hubungan seks di bawah pengaruh arak (Jika sekiranya kondom dipakai mungkin tidak sempurna) Mengambil suntikan (Risiko jangkitan melalui jarum tatto umpanya walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan). Mempunyai banyak pasangan seks. HIV positif ingin mendapatkan anak. (Mereka mungkin menjangkitkan kepada anak dan isteri/suami. Peluang anak jadi yatim piatu juga amat tinggi) Hubungan seks dengan jiran atau kawan. (Tiada siapa yang boleh dipastikan bebas dari HIV walaupun jiran.) Menjaga pesakit AIDS. Berciuman (Deep Kissing) Gigitan nyamok yang telah mengigit pembawa HIV. (HIV adalah virus yang menjangkiti manusia saja.) Memelok orang yang dijangkiti HIV/AIDS. Hubungan seks dengan pelacur kelas pertama (mahal) (HIV tidak mengenal status ekonomi.) Oral seks. (Walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.) Anal seks. (Dubur tidak dibentuk untuk seks, jadi ia mudah luka dan memudahkan virus masuk ke dalam badan) Menggunakan tandas awam Berkongsi jarum suntikan dengan penagih dadah. Menderma darah Abstinence / menjauhi hubungan seks. Hubungan seks hanya dengan pasangan yang tidak dijangkiti HIV. Tidak berkongsi jarum dan hanya menggunakan jarum disposable dalam semua keadaan. Menyembahyangkan jenazah AIDS
133

Tahap Risiko

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran ML 4.4
Kenyataan (keterangan) Hubungan seks di bawah pengaruh arak (Jika sekiranya kondom dipakai mungkin tidak sempurna) Mengambil suntikan (Risiko jangkitan melalui jarum tatto umpanya walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.) Mempunyai banyak pasangan seks. HIV positif ingin mendapatkan anak. (Mereka mungkin menjangkitkan kepada anak dan isteri/suami. Peluang anak jadi yatim piatu juga arnat tinggi) Hubungan seks dengan jiran atau kawan. (Tiada siapa yang boleh dipastikan bebas dari HIV walaupun jiran.) Menjaga pesakit AIDS. Berciuman (Deep Kissing) Gigitan nyamok yang telah mengigit pembawa HIV. (HIV adalah virus yang menjangkiti manusia saja.) Memelok orang yang dijangkiti HIV/AIDS.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Tahap Risiko Tinggi Rendah Tinggi Tinggi

Tinggi Tiada Rendah Tiada Tiada Tinggi Rendah Tinggi Tiada Tinggi Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada

Hubungan seks dengan pelacur kelas pertama (mahal) (HIV tidak mengenal status ekonomi.) Oral seks. (Walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.) Anal seks. (Dubur tidak dibentuk untuk seks, jadi ia mudah luka dan memudahkan virus masuk ke dalam badan) Menggunakan tandas awam Berkongsi jarum suntikan dengan penagih dadah. Menderma darah

134

Abstinence / menjauhi hubungan seks. Hubungan seks hanya dengan pasangan yang tidak dijangkiti HIV. Tidak berkongsi jarum dan hanya menggunakan jarum disposable dalam semua keadaan. Menyembahyangkan jenazah AIDS

Lampiran ML 4.5 Siapa Yang Paling Tinggi Risiko Di Jangkiti HIV


BOB Telah berkahwin dan sesekali menjalin hubungan homoseks. Lelaki yang dihubungi kebanyakkannya tidak berapa dikenali. Bob telah mendengar tentang AIDS dan sedar yang ia mungkin telah dijangkiti HIV. Dia tidak merasakan perlu untuk menjalani ujian darah dan menyerahkannya pada takdir. Telah berkahwin dengan Subramaniam lebih 15 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Selepas kelahiran anak mereka yang kedua, Subra menjalani vasectomy. Subra kerap bertugas di luar dan sering berjauhan dengan isteri. Beliau berjumpa dengan bekas kekasih lamanya Prema dan menjalin semula hubungan setiap kali beliau bertugas di bandar tempat Prema tinggal. Prema juga menjalin hubungan dengan ramai lagi lelaki. Berumur 18 tahun, dan baru-baru ini putus hubungan dengan kekasihnya. Beberapa temannya mengajak beliau ke disko dan minum sampai mabuk. Dia juga menyuntik dadah atas desakan kawan. Roy tidak pemah menyuntik dadah sebelum ini dan berazam tidak akan mengulangi lagi. Sekarang dia berasa bimbang dijangkiti HIV. Seorang pelacur. Dia mendapat tahu tentang AIDS dua tahun yang lalu. Dia amat takut akan dijangkiti HIV tetapi tidak dapat keluar dari pelacuran kerana dipaksa oleh suami yang juga seorang bapa ayam. Walau bagaimanapun, dia telah mendapat persetujuan bapa ayam untuk mempastikan kondom digunakan bagi setiap hubungan seks dengan pelanggan dan suaminya. Jawapan ROY MONA SUE BOB Risiko paling rendah memandangkan ia telah berazam tidak akan mengambil dadah lagi. Dia mempastikan kondom digunakan setiap kali hubungan seks, tetapi kondom tidak mencegah jangkitan 100%. Dia masih boleh dijangkiti HIV. Berisiko tinggi kerana suaminya mengamalkan cara hidup berisiko tinggi. Berisiko paling tinggi kerana mengamalkan homoseks dan tidak kesah akan risiko jangkitan HIV.

SUE

ROY

MONA

135

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

4.5

Mengambil Risiko Dan Membuat Pilihan


Di dalam kehidupan harian setiap orang perlu mengambil risiko dan bukanlah mudah membuat pilihan. Walau bagaimanapun, setiap orang tidak boleh lari dari tingkahlaku yang melibatkan sedikit risiko (seperti risiko kemalangan jika memandu dsb). Dalam hal jangkitan HIV, ada beberapa tingkahlaku berisiko tinggi yang mesti dijauhi dan remaja perlu berhati-hati menghadapi tekanan-tekanan yang boleh menjerumuskan mereka kepada risiko tersebut.

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat; 1. Memahami kesukaran proses membuat keputusan. 2. Membezakan di antara risiko yang munasabah dan tidak munasabah.

Metod
Perbincangan sindikit

Proses
1. Edarkan senarai aktiviti (Lampiran ML 4.6) dan minta peserta menelitinya serta minta peserta menanda tanpa membincang dengan peserta lain, tahap risiko untuk dijangkiti HIV bagi setiap aktiviti yang disenaraikan berasaskan skala 1 (amat bahaya) hingga 4 (tidak bahaya langsung). Kemudian bentuk kumpulan kecil dan bincangkan bagi mendapat persetujuan umum tahap risiko bagi setiap aktiviti yang disenaraikan. Bincangkan respon setiap kumpulan kecil dalam satu sesi plenari. a. Mulakan dengan meminta ketua kumpulan untuk menyatakan aktiviti yang mereka kategorikan sebagai sangat berisiko dan yang mana paling kurang risiko. Terokai mengapa mereka membuat keputusan seperti yang mereka nyatakan. Bincangkan perbezaan pendapat di antara peserta.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

2. 3.

b.

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

136

Bahan
Senarai (lampiran ML 4.6) dan pensil

Jangkamasa
45 minit

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan dapat menyatakan tahap risiko dengan tepat dengan menyatakan sebab-sebab dengan rasional dan mengikut fakta.

Lampiran ML 4.6 SENARAI UNTUK DIBUAT PILIHAN


Arahan: Bulatkan pada mana-mana nombor bagi jawapan pilihan anda. Bulatkan 1 sekiranya berpendapat aktiviti-aktiviti tersebut mempunyai risiko yang sangat tinggi menjangkitkan HIV dan 4 jika sebaliknya.
Aktiviti Sangat Merbahaya Merbahaya Kurang Merbahaya Tidak Merbahaya

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Menghisap ganja/dadah Mabuk Minum arak secara sederhana Kurang senaman Rasa Bersalah Tabiat makan yang buruk Menghadiri majlis di mana arak dan dadah digunakan

1 1 1 1 1 1 1

2 2 2 2 2 2 2

3 3 3 3 3 3 3

4 4 4 4 4 4 4

8.

Menggunakan dadah secara suntikan

9.

Berkongsi jarum untuk mengambil dadah

10. Kerja lebih 11. Mengadakan hubungan seks tanpa kondom

1 1

2 2

3 3

4 4

137

12. Tidak mendapatkan rawatan perubatan bila diperlukan 13. Sentiasa gelisah, cemas dan merasa tertekan 14. Hubungan seks dengan orang yang lain dikenali

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

4.6

Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya


Aspek penting dalam mengukuhkan penghayatan cara hidup sihat bergantung rapat dengan kebolehan menghadapi tekanan rakan sebaya ke arah melakukan perbuatan mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti HIV. Ini termasuklah menjauhi dari minum arak, menyalahgunakan dadah, melanggani pelacur dan lain-lain bentuk aktiviti berisiko. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya walaupun mereka tahu ajakan mereka itu adalah merosakkan diri sendiri. Adalah penting bagi remaja mempelajari strategi menolak tekanan tertentu dan mempraktikkannya selalu.

Obiektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat menyatakan cara-cara khusus menolak tekanan rakan sebaya dan mengenal keperluan menghadapi tekanan rakan sebaya yang mungkin membawa akibat buruk.

Metod
Permainan - Senario Tingkahlaku Berisiko Tinggi

Proses
i. Bahagikan peserta kepada kumpulan 4-5 orang dan minta seorang peserta membacakan nota cara menolak tekanan rakan sebaya (Lampiran ML 4.7) Agihkan senario (Lampiran ML 4.8) berlainan bagi setiap kumpulan dan minta peserta membincangkan bagaimana cara-cara menolak tekanan (Lampiran ML 4.7) boleh digunakan dan rancangkan skrip (20 minit). Lakonkan idea kumpulan masing-masing mengikut skrip di atas (5 minit tiap kumpulan).

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

ii.

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

Bahan
Senario (lampiran ML 4.7 dan ML 4.8), kertas dan pensil.

138

Jangkamasa
45 minit

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan permainan. Lampiran ML 4.7

Cara Menolak Tekanan Rakan Sebaya


Mungkin kita telah mendengarnya seribu kali - Katakan Sahaja Tidak. Bunyinya nampak senang, tetapi pada hakikatnya adalah sukar menyatakan tidak atau tak mahu kepada ajakan atau tekanan dari rakan sebaya. Sekiranya rakan sebaya mengajak anda untuk melakukan sesuatu perbuatan yang anda tidak mahu melakukannya, mereka mungkin membuat anda berasa seolah-olah anda bersalah sekiranya anda tidak menurut ajakan itu. Bila tekanan makin kuat anda akan mula tidak pasti apa yang anda mahu. Perlu anda ingat, jika mereka menekan anda sebenarnya merekalah yang bermasalah bukan anda. Adalah penting untuk anda bersikap jujur terhadap diri sendiri. Disenaraikan cadangan cara-cara untuk anda menyatakan tidak sekiranya itu yang anda mahu. (Lampiran ML 4.7)

139

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran ML 4.7
Penolakan bersopan. Boleh saya tawarkan awak minuman? Beri alasan Bagaimana dengan beer? Mengulangi jawapan Nah hisap ni (dadah) Cubalah! pengecutlah awak ni! Beri pilihan Jum masuk bilik saya Pulangkan tekanan Ala, sat saja masuk bilik saya Tunjukkan pendirian
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Maaf, terima kasih.

Saya tidak minum

Maaf terima kasih, Maaf terima kasih, Tak apalah, maaf terima kasih

Saya lebih selesa menonton TV di sini

Awak tak dengar ke apa yang saya kata tadi?

Kalau awak benar-benar cintakan saya, buktikan... Beredar Saya ada barang, mahu belikah Buat tak kisah Saya ada barang, mahu belikah Bersatu teguh

Saya tidak boleh melakukannya. Berdosa dan belum sampai masanya lagi.

terima kasih dan beredar dari situ

Teruskan pejalanan seolah-olah tidak mendengar

Berada bersama orang lain yang menyokong / sehaluan dengan tindakan kita
140

Menjauhi situasi Jika anda tahu orang atau situasi di mana orang akan mempengaruhi anda untuk membuat perkara-perkara yang anda tidak mahu lakukan, jauhi situasi sebegini.

Lampiran ML 4.8 SENARIO (Buat skrip dan lakonkan)


RAJ Pergi ke disko dengan kawan-kawannya. Di dalam disko ramai orang mabuk dan dadah juga ada diedarkan. Seorang rakan karib yang telah lama dikenalinya datang menghampiri Raj dengan segelas beer dan mengajak Raj minum segelas beer sahaja jika benar-benar Raj kawan sejatinya. Baru berpindah ke satu bandar yang baru. Kawan sepejabat mengajak Yaakub dan ternan-teman bujang lain ke rumah dan menjamu mereka. Selepas makan kawan sepejabat Yaakub mengajak semua yang ada untuk rondaronda di bandar dan menunjukkan kepada Yaakub tempat-tempat hiburan yang ada di bandar itu. lbu bapa Rebecca balik kampung, tinggal Rebecca seorang diri. Beberapa teman datang ke rumah dan berbual-bual hingga lewat malam. Setelah semuanya balik, Tony masih meneruskan perbualan dan nampak macam tidak mahu pulang dan memberi isyarat kepada Rebecca yang dia sukakan Rebecca lebih dari perempuan lain. Tinggal di asrama. Khabar angin menyatakan terdapat dadah disalahgunakan di asrama tersebut. Yazid baru saja mendapat berita kekasihnya kahwin dengan orang lain. Dia sangat sedih. Dia masuk ke bilik Lokman dan mendapati dia sedang menyiapkan perkakas untuk mengambil dadah. Lokman mempelawa Yazid untuk mengambil dadah yang boteh menghilangkan kesedihan dan khabamya tidak menyebabkan ketagihan. Mempunyai sedikit sahaja kawan dan sering tidak bersefahaman dengan kedua ibu bapanya. Dia anak tunggat dan sering kesunyian. Hizan adalah jiran Yati dan agak rapat dengannya. Yati juga suka padanya. Hizan mempelawa Yati menemaninya ke rumah.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
141

YAAKUB

REBECCA

YAZID

YATI

BAB 5 MODUL 5 : ISU-ISU BERKAITAN HIV/AIDS


5.1 Pengenalan
Masalah HIV dan AIDS melampaui bidang perubatan. Memandangkan kaitan rapat antara jangkitan HIV dengan seksualiti, penagihan dadah, kesakitan dan kematian, timbul masalah daripada segi pandangan, sikap dan nilai. HIV dan AIDS meninggalkan kesan bukan sahaja kepada individu yang dijangkiti, tetapi keluarga, masyarakat dan juga negara. Malahan, kesan atau impak dan pada jangkitan HIV boleh dalam bentuk psikologi, sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi. Sebagai remaja yang prihatin akan masalah HIV/AIDS di negara kita, perlulah kita mengenalpasti nilai serta sikap diri sendiri terhadap isu-isu berkaitan HIV dan AIDS. Remaja juga harus faham tentang nilai yang berbeza terhadap isu yang sama. Semoga dengan kefahaman sedemikian dapat menghasilkan keprihatinan dan peka terhadap keperluan perkhidmatan sokongan untuk mengimbangi kesan atau impak daripada wabak HIV/AIDS. Ini bukan hanya tertumpu kepada pesakit AIDS atau mereka yang telah dijangkiti HIV, malah meliputi juga mereka yang terlibat (affected) seperti keluarga terdekat.

5.2

Topik Utama
i. ii. iii. Menerokai nilai dan sikap remaja Kesan HIV/AIDS Remaja dan AIDS

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

5.3

Menerokai Nilai Dan Sikap Remaja Objektif Pembelajaran


Menerokai nilai dan sikap diri sendiri terhadap isu-isu yang dikaitkan dengan AIDS. Bagi mencapai objektif pembelajaran ini aktiviti Dengar dan Pilih adalah aktiviti yang wajib dilakukan dan selepas itu fasililitator boleh memilih salah satu dari 3 simulasi dibawah; Keizinan Dan Takdir Hanyut Lautan Memulakan Penghidupan Di Dunia Baru

142

Metod 1
Permainan Dengar dan Pilih

Proses
a) Sediakan 3 keping kertas dan tulis di atas setiap keping kertas tersebut dengan perkataan setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Lekatkan kertas-kertas tadi di atas lantai atau tanah, kertas bertulis setuju di penjuru kanan, kertas bertulis tidak setuju di penjuru kiri dan kertas bertulis tidak pasti di tengah-tengah atau di antara dua penjuru.

b)

c)

Bacakan kenyataan kontroversi seperti yang di lampiran ML 3.1 satu persatu. Setiap kali kenyataan dibaca, peserta dikehendaki pergi ke penjuru atau di tengah-tengah perkataan yang bertulis mengikut keputusan yang dipilih. Tekankan peri mustahaknya peserta mendengar dengan teliti kenyataan yang dibaca dan bertindak kepada reaksi pertama yang terlintas sebaik kenyataan dibaca. Setelah keputusan dibuat, setiap peserta diminta menyatakan kenapa mereka memilih keputusan itu. (Perbincangan dan bantahan daripada peserta lain tidak dibenarkan). Setelah semua pandangan diambilkira, ulangi dengan membaca kenyataan tersebut. Setelah bacaan pada kali kedua, peserta bolehlah mengubah keputusan mereka dengan menyatakan alasan mereka berbuat demikian. Ulangi proses pada (no. 3-6) sehingga semua kenyataan habis dibaca. Bincang dengan peserta isu atau perkara-perkara berikut: Bagaimana perasaan mereka semasa diajukan kenyataan-kenyataan di atas. Apakah yang terlintas di fikiran semasa membuat pilihan keputusan. Bagaimana pandangan dan tekanan rakan sebaya mempengaruhi keputusan peserta.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
143

d)

e)

f)

g) h)

Adakah mudah untuk mengubah keputusan yang telah dibuat. Sekiranya berlaku, apakah yang menyebabkan peserta mengubah fikiran. Bagaimana perasaan peserta secara individu semasa menyatakan pendirian kepada rakan sebaya terutama yang berada dalam golongan minoriti. Pernahkah peserta memikirkan nilai di sebalik kenyataan-kenyataan tersebut. Bagaimana perasaan peserta bila mereka terpaksa mendengar tanpa dapat membantah atau berbincang.

Setting
Dewan atau padang

Bahan
Kertas Maker pen

Jangkamasa
1 1/2 2 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam permainan dan mengikut peraturan.

Metod 2
Keizinan / Takdir (ML 5.3)

Proses
a) b) Peserta akan menyenaraikan nama orang-orang yang amat disayangi dalam hidupnya hari ini. (Antara 5 hingga 7 orang) Peserta diminta merenung/membayangkan setiap wajah orang-orang yang disayangi itu satu persatu, melihat jasa, pengorbanan, kasih sayang, harapan dan segalanya Fasilitator menggunakan kekuatan diri untuk membawa perasaan ahli menghayati renungan tersebut secara jelas dengan penuh penghayatan. Takdir tidak dapat ditolak, bawa perasaan ahli untuk berhadapan dengan takdir. Peserta akan memilih siapa yang akan diizinkan pergi dulu kerana takdir. Persoalan: Kenapa individu itu dipilih Mengapa Bagaimana perasaan Harapan dsb.

c)

d) e)

Setting
Dalam dewan
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Bahan
Kertas perbincangan

Jangkamasa
2 jam

Penilaian
Mencungkil , memahami dan sedar akan diri dan tangungjawab sebagai seseorang anak kepada keluarga tersayang

144

Metod 3
Hanyut dilautan (ML 5.4)

Proses
a) Peserta keseluruhan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar, jika kumpulan kecil dibuat perbincangan boleh dibuat secara berperingkat. Kertas kisah Hanyut Di Lautan diedarkan kepada kumpulan berkenaan. Kumpulan diberi masa setengah jam untuk berbincang.

b) c)

d)

Setiap kumpulan melantik seorang juru cakap yang akan menghujahkan fakta bagi kumpulan mereka. Semasa berhujah kumpulan lain mendengar dan mengemukakan bangkangan jika tidak dipersetujui. Fasilitator meminta peserta menerangkan pengajaran dari permainan ini. Fasilitator berbincang dan mengulas.

e)

f) g)

Setting
Dewan / bilik darjah

Bahan
Kertas perbincangan

Masa
1 jam

Penilaian
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
145

Peserta mampu berhujah dan melahirkan pendirian di atas isu/ topik dipertahankan, isu yang ditimbulkan dan isu yang dibincangkan.

Metod 4
Memulakan Penghidupan di dunia baru (ML 5.4)

Proses
a) b) c) Peserta duduk dalam bulatan besar dan menghadap kedalam bulatan Bacakan arahan simulasi kepada peserta Pilih watak-watak seperti seperti yang tertera diatas kertas arahan (watak tambahan boleh disertakan) Pesrta yang dipilih duduk ditengah bulatan dan berbincang. Setiap watak akan mempertahankan hak masing-masing Fasilitator mesti membangkitkan suasana supaya perbincangan dapat hidupkan Fasilitator membuat penghayatan dan meminta peserta menyenaraikan pengajaran dari pengajaran ini.

d)

e) f)

Setting
Dewan /Bilik darjah

Masa
1 - 1 1/2 jam

Penilaian
Menyoal dan perbincangan, isu-isu utama ditimbulkan / isu yang dibincangkan.

5.4

Kesan HIV/AIDS Objektif pembelajaran


Di Akhir Sesi Peserta Dapat: i. Menyelami pengalaman sebagai pembawa HIV dan reaksi keluarga, rakan serta masyarakat sekeliling. Menghayati sikap dan persepsi masyarakat terhadap masaalah berkaitan HIV/ AIDS. Menyedari akan kesan atau impak HIV/AIDS.

ii.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

iii.

Metod 1
Main Peranan

Proses
a) Mencipta senario dan watak pemain peranan. Fasilitator bebas mencipta senario dan watak pemain peranan tetapi watak-watak hendaklah terdiri daripada pembawa HIV, keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat. (Cadangan : Watak pembawa HIV, hendaklah mendapat sokongan serta celaan daripada watak- watak lain). Pemain watak hendaklah melakunkan watak masing-masing seperti dalam kad main peranan yang disediakan. Setelah selesai memainkan watak atau berlakon, setiap watak dikehendaki menyatakan pandangan serta perasaan mereka melakunkan watak masing-masing. Tanyakan pendapat mereka tentang; a. reaksi seseorang semasa diberitahu dia HIV positif b. apa yang mereka (HIV positif) bimbangkan akan berlaku kepada diri mereka, keluarga, masyarakat, tempat kerja dan negara.

146

b)

c)

d)

Peserta-peserta lain yang bertindak sebagai pemerhati dikehendaki memberi maklumbalas mengenai kesan HIV/AIDS kepada pembawa HIV/pesakit AIDS, keluarga, rakan dan masyarakat seperti yang dilakonkan. Peserta juga digalakkan berbincang mengenai lain-lain kesan HIV/AIDS yang tidak digambarkan melalui lakonan (kesan ekonomi, sosial dan politik).

e)

Setting
Dewan

Bahan
Kertas, Pen, Kad main peranan

Jangkamasa
1 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam main peranan dan perbincangan

Metod 2
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
147

Perbincangan senario Kisah Uda dan Dara (ML 5.6)

Proses
a) Peserta dibahagikan kepada kumpulan yang mengandungi antara 8-10 orang peserta Fasilitator mengedarkan kisah Uda dan Dara kepada setiap kumpulan Kumpulan akan membaca kisah Uda dan Dara dan berbincang Persoalan: siapakah yang bersalah dalam kisah ini dan paling anda benci sekali, Di akhir sesi fasilitator mengambil masa 15 minit untuk berbincang dengan kumpulan besar. Fasilitator meminta peserta menyenaraikan pengajaran dari kisah ini dan berbincang.

b) c) d)

e)

f)

Setting
Dewan atau luar dewan

Bahan
Kertas senario / kertas catitan

Jangkamasa
1 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan, mampu mengupas dan mengenalpasti sikap masyarakat dalam kes perlakuan, tangguingjawab dan menunjukkan sikap mereka.

5.5

Remaja Dan AIDS Objektif pembelajaran


Diakhir sesi peserta dapat; a) Membincangkan masalah-masalah di kalangan remaja yang dikaitkan dengan risiko jangkitan HIV dan AIDS. Mengupas faktor-faktor yang mendorong remaja terjerumus ke dalam kancah tersebut. Mengenalpasti peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam menangani masalah HIV/AlDS.

b)

c)
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Metod
Fokus Group Discussion (FGD)

Proses
i. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil iaitu kira-kira 8 - 10 peserta data satu kumpulan. Pilih seorang ketua kumpulan (fasilitator) dan pencatit (jururekod) bagi setiap kumpulan. Terangkan skop perbincangan yang harus meliputi tiga aspek berikut: Masalah-masalah remaja yang dikaitkan dengan HIV/AIDS. Di akhir perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan masalahmasalah tersebut. Faktor-faktor yang mendorong remaja kepadanya. Di akhir perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan faktor-faktor tersebut. Peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam menangani masalah HIV/AIDS termasuklah peranan kepada diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat umum, golongan yang berisiko tinggi, pembawa HIV dan pesakit AIDS. Di akhir perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan peranan-peranan yang boleh dilakukan bagi membendung wabak HIV dan AIDS dari terus merebak di kalangan remaja.

ii.

iii.
148

Setting
Dewan

Bahan
Kertas, Pen

Jangkamasa
1 jam - 1 1/2 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif data perbincangan serta mampu mengupas persoalan-persoalan yang dibincangkan.

149

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran ML 5.1 Kenyataan Kontroversi


1. Ujian HIV wajib dijalankan ke atas mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko mendapat jangkitan. Status seseorang pembawa HW harus dihebahkan. Mereka yang dijangkiti HIV patut menyalahkan diri mereka sendiri. Kondom patut mudah diperolehi oleh semua orang tanpa mengira umur. Jika seseorang yang belum berkahwin tahu yang ia HIV positif, mereka tidak harus berkahwin. Pelacur, penagih dadah dan homoseksual bertanggungjawab terhadap merebaknya AIDS. Penagih dadah secara suntikan perlu diberi jarum suntikan baru jika diminta. Pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu diasingkan daripada masyarakat untuk mengelakkan jangkitan. Seks sesama jenis (homoseksual) adalah suatu yang normal. Seks selamat (pemakaian kondom) patut diajar di sekolah, kolej dan universiti. Pembawa HIV patut dihukum sekiranya mereka tidak memberitahu orang lain yang mereka telah dijangkiti HIV. Pelacuran patut diharamkan untuk mencegah merebaknya jangkitan HIV. Pembawa HIV tidak patut melahirkan anak.

2. 3. 4. 5.

6. 7. 8.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

9. 10. 11.

12. 13.

150

Lampiran ML 5.2 Nota lsu-isu berkaitan HIV/AIDS Ujian HIV


Ujian HIV digalakkan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko mendapat jangkitan. Tujuan ujian adalah untuk mengetahui status seseorang itu samada telah dijangkiti atau tidak. Sekiranya telah dijangkiti, rawatan awal boleh diberikan secepat mungkin untuk memanjangkan jangkahayat serta kualiti hayat seseorang pembawa HIV. Nasihat boleh diberi bagi mengurangkan kemungkinan mereka menjangkitkannya kepada orang lain. Juga menjadi tanggungjawab individu yang didapati HIV positif, memberitahu pasangannya mengenai statusnya dan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Langkah-langkah pencegahan ialah dengan memakai kondom bagi pasangan suami isteri dan bagi penagih dadah dengan menghentikan tabiat penagihan atau menukarkan kepada menghisap/ makan sahaja. Ujian HIV pada ibu-ibu mengandung digalakkan supaya rawatan kepada janin dapat dilakukan sekurang-kurangnya jika ibu di dapati positif HIV.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
151

Kerahsiaan Lawan Pendedaban


Apa itu kerahsiaan? Seseorang tidak berhak memaklumkan sebarang maklumat mengenai status seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS kepada orang lain yang tiada kaitan di dalam merawat atau perebakan jangkitan HIV. Apa itu pendedahan? Seseorang doktor atau individu lain berhak memaklumkan kepada orang lain tentang status seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS bagi maksud rawatan atau pencegahan. Peruntukan undang-undang mengenai kerahsiaan HIV/AIDS di Malaysia. Undang-undang yang terdapat pada masa kini masih belum jelas. Kebaikan merahsiakan. Tidak ada stigma sosial atau diskriminasi ke atas seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS. Hak keperimanusiaan seseorang individu. Pembawa HIV/pesakit AIDS menghadapi kurang tekanan daripada keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

Keburukan merahsiakan. Sukar mengawal jangkitan HIV/AIDS. Tidak adil kepada orang lain atau masyarakat awam yang mungkin terdedah kepada risiko jangkitan HIV/AIDS. Sukar menjayakan program-program/perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diatur oleh pihak tertentu (kerajaan dan badan-badan sukarela).

Kesan HIV/AIDS dan peranan yang boleh dimainkan


Seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS mengalami pelbagai tekanan psikologi (tekanan emosi dan murung). Ini lahir akibat pandangan serong keluarga, rakan sebaya dan masyarakat ke atas diri pembawa HIV/pesakit AIDS. Perasaan yakin diri akan membantu pembawa HIV/pesakit AIDS meneruskan hidup dan membantu dalam usaha-usaha pencegahan dan pengawalan HIV/AIDS. Sokongan sosial harus diberi kepada pembawa HIV/AIDS iaitu segala aktiviti, program, khidmat nasihat bagi membantu mereka meneruskan hidup. Cara-cara memberi sokongan sosial ialah dengan berinteraksi, empathy (perasaan simpati, prihatin, ambil berat, memahami perasaan dan hulurkan bantuan tenaga). Sokongan sosial juga boleh diberi dengan melibatkan diri dalam organisasi-organisasi yang membantu pembawa HIV/pesakit AIDS. Selain itu, sokongan material seperti bahan-bahan keperluan harian, pakaian dan bahan makanan.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Remaja dan AIDS


Satu pertiga penduduk Malaysia terdiri daripada golongan berumur 15-20 tahun. Lima peratus dari jangkitan HIV adalah dari kalangan yang berusia 13-19 tahun dan 48% lagi dari kalangan remaja yang berusia 20-29 tahun. Remaja sering merasakan mereka tidak akan dijangkiti dan mereka tidak takut mengambil risiko. Pada hakikatnya mereka kurang menggunakan akal fikiran sebelum membuat sesuatu dan suka meniru tingkahlaku kawan dan mengejar trend terkini. Jumlah penagih dadah terus meningkat. Terdapat kira-kira 600 penagih baru pada setiap bulan. Lebih 50% dari penagih baru ini adalah daripada kalangan umur 15 - 24 tahun. Remaja terdedah kepada seks melalui saluran seperti rakan sebaya dan majalah/video. Pendedahan seks tanpa nasihat membina ini adalah lebih menjurus kepada aspek seronok dan ini amat merosakkan. Pengalaman seks luar nikah di kalangan remaja adalah tinggi dan meningkat. a. Kajian lepak (1994) - 18% (75% adalah remaja 16 - 21 tahun). b. Kajian Pelajar (1994) - 4.6% (24% dgn pelacur dan 6% homo) Trend jangkitan HIV di kalangan penagih dadah dan pelacur meningkat. Tunjukkan carta (% positif daripada ujian HIV di kalangan penagih dadah dan pelacur bagi tahun 1987 1999).

152

Peranan yang boleh dilakukan oleh remaja bagi menangani wabak jangkitan HIV di kalangan remaja. 1. Sedar akan bahaya HIV dan cara-cara ia merebak dan berjanji menghindari tingkahlaku berisiko tinggi di samping mengamalkan cara hidup berlandaskan akhlak yang mulia. 2. Berusaha mewujudkan suasana mesra di dalam keluarga dan menyedarkan ahli keluarga akan bahaya HIV dan menghindari tingkahlaku berisiko dan mengamalkan cara hidup sihat. 3. Mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko; a) Di dalam pergaulan hari-hari, kita seharusnya berusaha mempengaruhi kawan-kawan kepada carahidup positif contohnya bersukan, rekreasi dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dan menghindari tingkahlaku berisiko seperti menghisap dadah, mabukmabuk dan seks luar nikah. b) Merancang dan melaksanakan prograrn-program pendidikan AIDS di kalangan rakan sebaya seperti menyertai kempen-kempen kesedaran AIDS, mengatur ceramahceramah AIDS, pameran, drama/sketsa, sajak/puisi dan sebagainya. c) Menjadi fasilitator bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Ini terutamanya dapat dilakukan melalui persatuan-persatuan atau di tempat kerja.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
153

Lampiran ML 5.3 (Kertas Panduan Fasilitator) Tajuk


Keizinan / Takdir

Objektif
Fokus kepada kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada keluarga tersayang

Masa
2 jam

Aktiviti
Peserta akan menyenaraikan nama orang-orang yang amat disayangi dalam hidupnya hari ini. (Antara 5 hingga 7 orang) Peserta diminta merenung/membayangkan setiap wajah orang-orang yang disayangi itu satu persatu, melihat jasa, pengorbanan, kasih sayang, harapan dan segalanya. Fasilitator menggunakan kekuatan diri untuk membawa perasaan ahli menghayati renungan tersebut secara jelas dengan penuh penghayatan. Takdir tidak dapat ditolak, bawa perasaan ahli untuk berhadapan dengan takdir. Peserta akan memilih siapa yang akan diizinkan pergi dulu kerana takdir.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Proses
Kenapa individu itu dipilih Mengapa Bagaimana perasaan Harapan dsb.

154

Lampiran ML 5.4 HANYUT DILAUTAN


Anda belayar dalam sebuah kapal peranginan di Lautan Pasifik. Akibat dari satu kebakaran yang tidak diketahui puncanya, kapal tersebut dan sebahagian isinya musnah. Kapal itu kini perlahan-lahan tenggelam. Kedudukan anda kini tidak begitu jelas kerana kerosakan alatalat memandu (navigator) dan perhatian anda dan anak-anak kapal tertumpu kepada usaha memadam api itu. Agakkan anda yang paling sesuai ialah anda berada seribu batu dari daratan. Di bawah ini ialah senarai 15 barang-barang yang tidak musnah oleh api. Bersama itu juga anda mempunyai perahu penyelamat, dayung yang boleh membawa anda dan lain-lain anak kapal serta barang-barang dalam senarai itu. Di dalam poket anda terdapat sebungkus rokok, beberapa kotak mancis api dan wang seringgit-seringgit 5 keping. Tugas anda ialah meletakkan barang-barang di bawah mengikut keperluan dan mustahaknya bagi menyelamatkan anda. Letakkan No. 1 seterusnya sampai No. 15 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Sextant (teropong bintang) Cermin Mata Tangki berisi 5 gelen air Kelambu 1 peti bekalan makanan tentera Peta Lautan Pasifik Bantal pelampung Tangki berisi 2 gelen campuran minyak dan gas Radio transistor Ubat penghalau jerung (shark repellent) Kain plastik sebesar 10 kaki persegi 1 quart arak (Rum) Tali nylon sepanjang 15 kaki 2 kotak cokelat batang Alat memancing
155

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran ML 5.5 MEMULAKAN PENGHIDUPAN BARU


Di sebabkan oleh peperangan nuklear, dunia ini telah menjadi padang jarak padang tekukur. Sebutir bom lagi telah dipasang dan akan meletup dalam jangka masa 15 minit sahaja lagi. Terdapat 6 orang yang masih hidup dengan sebuah roket yang hanya boleh memuatkan 4 orang penumpang sahaja. Persoalan yang timbul ialah siapakah diantara 6 orang itu yang harus berkorban dan yang patut ditinggalkan didunia ini: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ahli sains Ahli ugama Askar yang cedera/cacat Perempuan yang mengandung Guru Artis/Hakim

156

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran ML 5.6 KISAH UDA DAN DARA


Uda dan Dara telah terpisah akibat kapal yang mereka naiki untuk berbulan madu telah pecah akibat dipukul ribut kencang. Uda telah terdampar di sebuah pulau dan Dara pula telah terselamat di sebuah pulau yang lain jauh dari tempat Uda. Kedua-dua buah pulau ini amat sunyi dan tiada berpenghuni. Dara menangis kesunyian dan ketakutan. Ketika hampir waktu senja, singgah seorang juragan di pulau berhampiran tempat Dara tinggal. Dara memohon bantuan Juragan agar ia dapat bertemu Uda. Juragan bersetuju menemukan Dara dengan syarat Dara sanggup menyerahkan kehormatannya terlebih dahulu. Pada mulanya Dara keberatan tetapi memikirkan hari sudah hampir malam dan tiada pilihan lain lagi dari kasihnya terhadap Uda. Selepas itu seperti yang dijanjikan Juragan membawa Dara bertemu Uda. Dara kemudian menceritakan segala peristiwa yang berlaku semata-mata kerana cintanya kepada Uda. Uda naik berang lalu memukul Dara. Pukulan Uda mengenai kepala Dara dan Dara jatuh tersungkur menyembah bumi lalu mati. Berlaku pula perkelahian hebat antara Uda dan Juragan. Perkelahian ini diperhatikan oleh ahli pertapaan yang menganggap kedua-dua mereka mengganggu ketenteramannya, lalu membunuh kedua-dua mereka.

Berdasarkan peristiwa di atas siapakah di antara mereka yang bersalah dan paling anda benci sekali

157

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Persoalan

BAB 6 MODUl 6 : KOMUNIKASI


6.1 Pengenalan
Komunikasi adalah satu proses di mana sesuatu ideaa dipindahkan dari sumber kepada penerima dengan harapan akan memberi kesan kepadanya supaya dapat mengubah tingkahlakunya. Justeru itu pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi adalah penting kepada pelajar supaya penyebaran maklumat akan lebih berkesan. Modul ini memberi penekanan kepada asas berkomunikasi serta ideaa-idea yang boleh diaplikasikan bagi menjelaskan pelbagai kaedah komunikasi dalam penyampaian mesej AIDS kepada rakan sebaya.

6.2

Aspek-Aspek Penting Dalam Komunikasi


Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi pelajar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran serta kepercayaan tentang AIDS di samping menyuarakan perasaan, pendapat, pandangan dan tanggapan terhadapnya. Dengan komunikasi juga diharapkan dapat mengurangkan kegelisahan pelajar serta merapatkan persahabatan antara mereka.

Objektif pembelajaran
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Di akhir sesi pelajar dapat :a) b) Mempertingkatkan amalan berkomunikasi dengan rakan sebaya dan anggota masyarakat secara yang lebih efektif. Menyatakan aspek-aspek penting dalam komunikasi

Metod
Gerak kerja - Bisik-Bisik

Proses
Jelaskan kepada peserta peringkat-peringkat komunikasi di mana halangan boleh berlaku Bentuk sekurang-kurangnya dua kumpulan peserta. Tugaskan peserta pertama dari setiap kumpulan meneliti mesej pendek yang diedarkan. Selepas 2 minit peserta diminta membisikkan mesej tersebut kepada peserta kedua dan berurutan sehingga peserta terakhir. Semasa proses ini kumpulan lain dikehendaki menimbulkan gangguan (kecuali gangguan fizikal) seperti membuat bising dan sebagainya. Peserta terakhir dari setiap kumpulan diminta mencatat semula mesej. Setelah gerakerja selesai, mesej dibaca dan dibandingkan dengan yang asal. Kemukakan pertanyaan kepada semua peserta mengenai halangan-halangan komunikasi yang dapat dikesan. Senaraikan di peringkat mana halangan terjadi dan syorkan cara mengatasinya. Buat ulasan serta perbandingan dengan carta fasilitator

158

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor)

Bahan
Carta selak, transparensi, papan putih, kertas mahjong dan flipchart stand

Jangkamasa
45 minit

Penilaian
Menyoal jenis-jenis halangan dan syor-syor mengatasinya.

6.3

Kaedah Penyampaian Maklumat


Penerimaan ke atas pengetahuan, sikap, nilai dan amalan baru ditentukan oleh keupayaan sumber untuk mempengaruhi penerima. Kemahiran berkomunikasi dan pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai dapat membantu meningkatkan kekesanan penerimaan. Melalui pendekatan secara individu dan berkumpulan, pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan oleh pembimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti PROSTAR.

6.4

Pemilihan Kaedah Komunikasi


Pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai ditentukan oleh beberapa kriteria: Bilangan peserta atau rakan sebaya yang terlibat dengan aktiviti Sumber yang ada seperti bahan, alat pandang dengar, tenaga manusia dan sebagainya Ciri-ciri sasaran termasuk tahap pengetahuan dan fisologi Objektif perubahan yang diingini sama ada setakat penambahan pengetahuan atau sikap mahupun tingkahlaku Persekitaran tempat dan sosio-budaya Kombinasi kaedah

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi pelajar dapat: a) b) Mengetahui pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti PROSTAR. Menunjukkan kemahiran menggunakan kaedah-kaedah komunikasi

159

Metod
Syarahan dan amali

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

6.5

Kaedah-Kaedah Dalam Komunikasi Interpersonal Interaksi Perseorangan (Nasihat Individu, Temubual dll)
Aktitiviti yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat, menyebar maklumat, menyampaikan nasihat dan mendapatkan kerjasama. Ianya memerlukan kemahiran dalam menyoal, mendengar, memerhati, mendorong, membuat penjelasan dan kemesraan.

Pemujukan
Komunikasi yang bertujuan mempengaruhi dan memujuk seseorang supaya menganggap atau mempercayai sesuatu dari sudut tanggapan kita. Ianya boleh dilakukan dengan : Menggunakan fakta yang sahih, benar dan pernah terjadi Menggunakan logik dan rasional (munasabah pada akal) Menyatakan faedah Menyentuh perasaan dan emosi Menggunakan unsur-unsur yang membimbang/menakutkan Menghidupkan rasa senang, jenaka, bersahaja tetapi dipercayai

Main Peranan Raja Borong Proses


MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Pilih seorang peserta dalam setiap kumpulan dan aturkan sesi main peranan yang menunjukkan seorang peniaga jalanan yang berusaha untuk menjual barangannya. Setiap seorang daripada mereka diberikan sejenis produk untuk dijaja / dijual. Dengan menggunakan semua elemen komunikasi yang di ketahui, peserta dikehendaki mempengaruhi audien supaya membelinya. Minta peserta lain memain peranannya untuk memilih barangan yang ingin dibelinya dan nyatakan kenapa. Peserta yang lain memerhati sesi berkenaan dan memberi maklumbalas selepas tamat sesi atas kekuatan/kelemahan berdasarkan kemahiran dalam interaksi perseorangan. Peserta juga dikehendaki memberi komen di atas penggunaan unsur-unsur pemujukan di dalam sesi berkenaan. Fasilitator mengulas kemahiran dalam komunikasi perseorangan dan pemujukan.

160

6.6

Kaedah-Kaedah Dalam Komunikasi Kumpulan Perbincangan Kumpulan Kecil


Aktiviti yang bertujuan menggalakkan penglibatan rakan sebaya dalam berfikir, berkongsi maklumat dan pengalaman serta meningkatkan kesefahaman dan kemesraan antara satu sama lain.

Berfokus kepada sesuatu isu dengan menitikberatkan amalan demokrasi dalam pelaksanaannya. Saiz kumpulan antara 8 10 orang.

Proses
Bentuk kumpulan dengan ahli dan fasilitator berada dalam satu bulatan dan lantik seorang pencatat. Pengenalan Fasilitator dan peserta memperkenalkan diri. Fasilitator memperkenalkan tajuk atau tujuan perbincangan dan rasional pemilihannya. Perbincangan Fasilitator mengemukakan secara terbuka penyataan atau persoalan dan minta ahli kumpulan respon ke atasnya. Ulangi dan ubahsuai soalan serta tujukan kepada ahli jika perlu. Galakkan semua peserta mengambil bahagian dengan menghidupkan perbincangan dengan mengajukan soalan-soalan yang memikat. Awasi monopoli perbincangan oleh ahli tertentu sahaja. Fasilitator perlu neutral, bersahaja dan informal. Pencatat juga perlu maklum dengan tugasnya. Di setiap peringkat, penjelasan setiap isu yang dibincangkan dan buat kesimpulan ke atasnya. Buat prioriti ke atas isu-isu penting yang telah dibincangkan dan akhiri dengan penghargaan. Ulangi keseluruhan proses yang sama dengan memilih fasilitator dan pencatat dari kalangan ahli.

Perbincangan sindikit
Aktiviti yang bertujuan menggerakkan peserta supaya mempelajari sesuatu secara aktif di dalam kumpulan. Ahli kumpulan digalakkan berkongsi pendapat dan perasaan di samping meninjau apa yang telah dipelajari oleh orang-lain, mengingatinya serta memberi maklumbalas. Dengan cara ini kemahiran berkomunikasi dapat dipertingkatkan diikuti oleh pembentukan sikap yang positif .

Proses
Bentuk beberapa kumpulan dengan setiap satunya tidak lebih dari enam ahli. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan pencatit seterusnya membincangkan topik/isu berkaitan HIV/ AIDS secara mendalam selama 15 minit dengan diawasi/bantu oleh fasilitator. Satukan semula kumpulan sindikit di dalam kumpulan induk dan bincangkan maklumbalas dari setiap kumpulan.

161

Sumbang saran (brainstorming)


Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan idea dari kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau pengubahsuaian sesuatu perkara. Penilaian dan maklumbalas ke atas idea adalah dibataskan.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Proses
Bentuk beberapa kumpulan dengan keahlian antara 8 10 orang. Atur kedudukan ahli dalam satu bulatan serta lantik seorang fasilitator dan pencatat. Catatan perlu dibuat di papan tulis. Fasilitator mengemukakan soalan dan meminta setiap ahli memberi satu pendapat secara bergilir pada setiap pusingan. Catatkan semua idea. Ulangi pusingan sehingga peserta-peserta tiada lagi idea hendak disumbangkan. Di peringkat ini fasilitator dan pencatat boleh menambah idea mereka ke dalam senarai idea yang terkumpul.

Peringatan: Semua idea perlu dicatatkan Ahli dilarang mempersendakan idea orang lain Ahli dibenarkan mengembangkan idea yang dikemukakan ahli terdahulu Idea seharusnya bernas dan ringkas

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Cerakin semua idea mengikut keutamaan dengan mengasingkan idea-idea yang tidak rasional. Kumpulkan idea yang hampir serupa dalam satu kumpulan. Idea-idea boleh dikategorikan kepada yang boleh dilaksanakan, perlu kajian mendalam atau untuk kegunaan masa akan datang. Penilaian idea oleh mereka yang lebih mahir adalah digalakkan.

Debat
Aktiviti yang bertujuan untuk membolehkan peserta mendapatkan maklumat, menyusun dan menghuraikannya di depan khalayak serta melatih peserta menjadi seorang perucap yang baik.

Proses
Sediakan peralatan termasuk mikrofon, pembesar suara, jam dan loceng. Meja dan kerusi pendebat di atur bertentangan dengan Pengerusi dan Penjaga Masa berada di antara keduanya. Bahagikan peserta kepada dua kumpulan dengan tiga ahli bertindak selaku pihak pencadang dan pembangkang. Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk berhujah. Selepas semua berhujah ketua kumpulan diberi masa 5 minit menggulung perdebatan didahului oleh pihak pembangkang. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali setiap kali peserta memasuki minit keempat hujahnya dan dua kali apabila masa tamat. Pemerhati diberi peluang membuat ulasan ke atas tajuk selepas perbahasan selesai.

162

Permarkahan berasaskan isi kandungan, ketepatan tajuk, kelancaran, gaya dan penampilan bahan sokongan. Topik-topik berkaitan dengan isu-isu sosial dan AIDS adalah digalakkan.

Perbincangan Panel
Aktiviti yang bertujuan untuk menambah kefahaman terhadap sesuatu perkara. Ia meliputi penjelasan dan perbincangan terhadap sesuatu topik.

Proses
Pilih sekurang-kurangnya empat ahli panel dan seorang pengerusi. Kenalpasti tempat yang sesuai menyusun atur tataletak ahli panel, pengerusi dan audien. Pengerusi memperkenalkan topik/isu secara ringkas dan rneminta panel pertama memberi pandangan. Pengerusi membuat ulasan ringkas seterusnya meminta panel kedua mernberikan pendapat. Ulangi proses sehingga panel terakhir. Pengerusi membuka perbincangan untuk audien mengajukan soalan.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
163

Pengerusi menggulung sesi dengan membuat rumusan ke atas isu-isu penting yang telah dicapai/ bincangkan dan menutup perbincangan. Topik-topik seperti Pengasingan Kes HIV, Pendedahan Status HIV, Diskriminasi Ke Atas Pesakit AIDS, dan Pembawa HIV dan Kehidupan Berkeluarga.

Main Peranan (Role Play)


Aktiviti yang bertujuan memberi pengalaman baru kepada peserta berkaitan sesuatu peranan yang belum pernah dialami terdahulu. Ia melibatkan emosi, penghayatan dan disiplin serta tindakbalas terhadap watak lain tanpa bantuan skrip. Melaluinya peserta dapat meningkat kemahiran berkomunikasi serta memahami tingkahlaku orang lain.

Proses
Atur kedudukan pentas dan audien. Pilih senario dan watak yang berkaitan dengan wabak AIDS. Berikan panduan bertulis kepada setiap peserta. Yang jelas menyatakan siapa dan apa peranan mereka serta mood yang dikehendaki. Pelakon diminta bertindakbalas kepada perlakuan watak lain dengan mengukut keperluan watak. Beri masa 5 minit untuk pelakon menyesuaikan diri dan mendapat mood. Audien perlu dimaklumkan mengenai senario ini serta perkara yang perlu diperhatikan. Biarkan lakonan berlangsung sehingga penghayatan dapat ditunjukkan.

Perbincangan dan penilaian. Minta pelakon menyatakan perasaan dan pendapat mereka berkaitan dengan sesi yang dilalui. Audien juga digalakkan memberi pendapat terhadap mesej dan lakonan. Umpamanya: Adakah pelakon berubah peranan dan mengapa boleh berlaku? Adakah pelakon saling memahami antara satu sama lain? Kesan lakonan? Perasaan watak sebelum, semasa dan selepas sesi.

Kuiz
Aktiviti yang bertujuan untuk memberi pengalaman kepada peserta bagaimana merangsang perbincangan, berfikir dan meningkatkan pengetahuan.

Proses
Sediakan soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan HIV/AIDS Lantik seorang Pengerusi dan Pencatat markah bagi mengendalikan kuiz. Bentuk dua kumpulan peserta. Pengerusi mengajukan soalan berselang-seli kepada semua peserta dari kedua kumpulan. Soalan mesti dijawab dalam tempoh 30 saat dengan 3 markah untuk jawapan tepat. Jika sekali lagi peluang diberi kepada ahli lain dalam kumpulan yang sama 2 markah diberi untuk jawapan tepat. Sekiranya gagal soalan dikemukakan kepada kumpulan yang lain dengan 1 markah jika jawapannya betul.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Kaedah Pengucapan Awam


Aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran atau menambah pengetahuan. la juga berupaya meningkatkan ketrampilan diri, kemahiran interaksi depan khalayak serta menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Proses
Menjelaskan persediaan pengucapan awam yang mengandungi tiga peringkat iaitu pemikiran permulaan, penyediaan dan penyampaian. Menggariskan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemikiran permulaan: Mengenali sasaran - Siapa, mengapa hadir, faedah dan kepentingan ceramah kepada mereka Menentukan objektif ceramah Apakah yang penceramah ingin capai samaada pengetahuan, sikap mahupun amalan Menetapkan masa

164

Menerangkan keperluan-keperluan dalam peringkat penyediaan. Umumnya terdapat tiga tahap dalam bahan ucapan: Pembukaan - Memberi tahu tujuan dan rangka ceramah

Badan ucapan Merupakan penjelasan kepada tujuan ceramah. Sebaikbaiknya mengandungi 4 atau 5 fakta utama sahaja, mempunyai sokongan dan mengikut susunan keutamaan Penutup - Mengulangi idea penting secara ringkas dan memperkuatkan semula tujuan

Menjelaskan aspek-aspek penting penyampaian ceramah. Keutamaan adalah untuk mewujudkan hubungan dengan audien melalui: Berdiri selesa dan bertenang Melihat ke arah audien Suara tidak mendatar Bernada dan kawal kelajuan Tunjukkan keyakinan terutama dalam idea penting Gunakan contoh-contoh menarik Rujuk nota (Jika perlu)

Menunjukkan teknik berucap yang berkesan Cara penyampaian - Gunakan skrip, catitan (kad), ingatan atau impromptu Membuka ucapan - Sampaikan ucap selamat, memperkenalkan diri dan cuba cetuskan sesuatu yang menarik
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
165

Pengenalan topik - Jadikan pendengar minat, sedia mendengar dan menerima Tinggikan minat Selitkan jenaka, petikan, rujukan, persoalan dan sebagainya Lain-lain - Gunakan bahasa badan, timbulkan keanehan, sesuatu yang baru, realiti, perkara hampir, suspen, penting dan gurauan. Gunakan alat pandang - dengar yang berkaitan dengan mahir

Menyatakan sifat-sifat yang perlu ada dan sebaliknya semasa berceramah Sifat baik - Berpengetahuan, berkeyakinan, berkemahiran dan ada kredibiliti Sifat kurang baik - Syok sendiri, berbisik-bisik, melalut, kabur dan sering minta maaf

Latihan amali pengucapan awam Pilih peserta dan minta mereka membuat persediaan pengucapan awam dan menyampaikannya di dalam kelas mengikut tatacara dan panduan yang diberikan. Fasilitator dan rakan peserta diminta memberi pendapat mengenai persembahan selepas latihamal selesai.

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor)

Bahan
Carta selak, papan tulis, kertas mahjong dan transparensi

Jangkamasa
5 Jam (Dikurangkan kepada 3 jam sekiranya aktiviti amali kepada perbincangan sindikit, debat, kuiz dan pengucapan awam dilakukan pada modul yang berkaitan)

Penilaian
Peserta dapat menyatakan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam melaksanakan dalam sesuatu aktiviti.

166

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

BAB 7 MODUL 7 : MARI MERANCANG


Modul ini adalah panduan untuk merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti PROSTAR. Latihan ini haruslah mengambilkira realiti setempat dari segi latar belakang, kumpulan sasar, kemudahan yang sedia ada, sumber yang ada dan boleh digunakan, kemampuan dan keupayaan fasilitator, masa yang diperuntukan dan sokongan yang diperolehi. Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori akedemik yang seminima yang boleh, sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ianya harus mudah dan praktikal.

7.1

Topik Utama
Apa itu program Apa itu perancangan dan elemen utama dalam perancangan Kepentingan perancangan Langkah dan peringkat perancangan Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan Penilaian aktiviti/program

Objektif
Di akhir sesi latihan, para peserta dapat: Menerangkan apa itu perancangan Memperolehi kemahiran merancang program atau aktiviti pendidikan PROSTAR. Membentuk pelan program dan pelan pelaksanaan Memperoleh kemahiran melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
167

Kaedah
Menyelesaikan Masalah (Lampiran ML 7.1) pilih satu atau cipta senario yang sesuai Perbincangan kumpulan dan Penyampaian kumpulan Syarahan/ceramah Amali (menggunakan senario yang dipilih, gunakan borang format pelan tindakan program / pelan perlaksanaan.

Proses
Agihkan senario berlainan bagi setiap kumpulan (Senario ini boleh di cipta/ direka oleh Fasilitator/penceramah). Minta setiap kumpulan berbincang dan merancang satu program bagi mengatasi masalah berkaitan. Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil perbincangan dan perancangan program yang telah dihasilkan oleh kumpulan.

Setelah pembentangan dibuat fasilitator/penceramah akan memberi syarahan berkaitan dengan teknik penyediaan program pelan tersebut dan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam pembentangan oleh peserta. Peserta akan berbincang dan membaiki pelan program dan pelan perlaksanaan berpandukan format yang telah diberi / disediakan oleh fasilitator.

Masa
1 jam 1 jam 1 jam Senario Syarahan / ceramah Amali

Bahan/Peralatan
Papan tulis Kertas majong Markerpen Transparensi OHP Borang Format

Penilaian
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apa itu program melalui proses seperti : pre & post test kerja kumpulan soal jawab

7.2

Apakah Itu Program


Merupakan sesuatu persiapan yang terancang yang merangkumi matlamat, polisi, prosedur, peraturan, tugas, langkah yang perlu dibuat dan lain-lain elemen yang perlu terhadap sesuatu tindakan. Ianya satu kenyataan yang jelas berkaitan: masalah, isu, objektif, sasaran, aktiviti, sumber, jadual, tindakan jangka masa dan proses pemantauan. Antara komponen sesuatu program termasuklah: Latarbelakang program Kenyataan masalah Penentuan masalah Polisi/Peraturan Objektif Strategi Aktiviti/Tugas Sumber Penilaian

168

7.3

Apa Itu Perancangan Dan Elemen Utama Perancangan Perancangan


Merupakan satu proses untuk mencapai sesuatu matlamat dengan cara yang sistematik menggunakan sumber-sumber yang sesuai dalam tempuh masa yang ditetapkan. Perancangan adalah percubaan untuk menjawab beberapa persoalan sebelum ianya timbul. Ianya menghubungi dan merapatkan jurang antara hari ini dan masa depan. Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna kepada kita sebagai panduan dan arah tuju, sesuai untuk di semua peringkat dan program. Perancangan akan menjawab semua perkara berikut: Apa Bila Yang mana Di mana Siapa Bagaimana Kenapa Berapa banyak

Tiga komponen utama perancangan ialah : Objektif Aktiviti Sumber


MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
169

Antara elemen utama perancangan


Polisi Analisis situasi Objektif Program Prosedur Sumber

Contoh: Bagaimana anda membuat persiapan ke bengkel ini. Anda telah membuat beberapa siri pilihan dalam perancangan yang melibatkan
destinasi tujuan cara pejalanan/pengangkutan dan tempat tinggal Halangan yang ditempuhi dan bagaimana mengatasinya peralatan kos Jadual/masa

7.4

Kepentingan Perancangan
a) Memberi arah tuju untuk melakukan sesuatu oleh sesebuah organisasi b) apa yang perlu dibuat bila perlu dibuat bagaimana hendak dibuat siapa yang akan membuat

Untuk menguruskan sesuatu perubahan yang berlaku perubahan perubahan perubahan perubahan teknologi dalam polisi kerajaan (pengurusan/pentadbiran) ekonomi sikap, cara hidup dan harapan (expectation) masyarakat

c)

Mempastikan keberkesanan sesuatu objektif guna strategi yang sesuai guna sumber secara berkesan mudah dan praktikal

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

d) e) f) g) h) i) j)

membantu kawalan dan koordinasi secara berkesan tindakan yang diambil akan lebih jelas dan berguna memberi arahan ketua dapat kenalpasti masalah, kelemahan dan kekesanan dapat pastikan pencapaian aktiviti menyediakan skop penilaian menyediakan skop metodologi yang akan digunakan

Adalah jelas perancangan perlu dilakukan secara kolektif atau secara berpasukan di semua peringkat. Sesuatu perancangan yang realistik memerlukan kerjasama, penglibatan semua pihak yang terlibat yang memiliki maklumat, pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kuasa membuat keputusan dan lain-lain.

7.5

Langkah-Langkah Dan Peringkat Perancangan


Penilaian Situasi Masalah yang dihadapi Sejauh mana masalah itu wujud Siapa yang terlibat Di mana masalah itu Penentuan objektif Penentuan strategi dan kaedah Pemilihan strategi yang berkesan Pembentukan pelan program Penyediaan proses penyeliaan dan pemantauan Mengulangkaji/kaji semula pencapaian/pengubahsuaian

170

7.6

Bagaimana Menyediakan Pelan Program


Pelan program mengandungi beberapa elemen termasuk: Tajuk projek Objektif am Objektif khusus termasuk objektif pembelajaran Strategi/Kaedah Sumber Penilaian

Pelan Pelaksanaan
Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program selesai disediakan. Pelan pelaksanaan menerangkan secara terperinci cara untuk menjaya dan menjalankan aktiviti. Pelan pelaksanaan memberi arah dan panduan tentang apakah aktiviti PROSTAR yang hendak dijalankan, bila, di mana, oleh siapa dan dengan sumber apa dan bagaimana menilaikannya. Pelan pelaksanaan merupakan satu aliran/urutan aktiviti iaitu satu rangkaian kegiatan yang akan dilaksanakan mengikut suasana masa, di samping aspekaspek yang berhubung dengan objektif pembelajaran. Pelan pelaksanaan, biasanya dirangka dalam bentuk jadual. Ruang-ruang dalam jadual mengandungi maklumat berikut: Objektif yang ingin dicapai dalam projek PROSTAR. Aktiviti PROSTAR yang akan dilaksanakan Tarikh, waktu dan tempat dimana aktiviti akan dilaksanakan Sumber yang akan digunakan untuk menjayakan aktiviti: * Tenaga manusia * Peralatan/bahan yang akan digunakan * Kewangan/peruntukan yang dikehendaki/punca kewangan Penilaian - untuk menentukan sejauhmana pelaksanaan aktiviti telah berjaya Indikator (kayu ukur) - angkubah yang patut diukur Kriteria - Tahap minima untuk menganggap sesuatu aktiviti PROSTAR itu telah berjaya dilaksanakan. Kaedah - Cara untuk mengukur atau mendapat maklumat berkaitan angkubah. MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
171

Catatan
Bagi memudahkan proses pembelajaran fasilitator atau penatar PROSTAR adalah dinasihatkan supaya aspek penilaian ini dipermudah dan diubahsuaikan. Apa yang dinyatakan di atas adalah baik sebagai maklumat. Yang penting adalah kaedah hendak menilai sesuatu aktiviti yang dijalankan dengan mudah. Pelan pelaksanaan perlu disediakan dengan kerjasama, penglibatan dan persetujuan semua pihak yang terlibat. Pelan pelaksanaan akan menentukan jadual pelaksanaan aktiviti. (Sila rujuk lampiran A,B, C, untuk contoh pelan pelaksanaan)

7.7

Penilaian Aktiviti/Program Terdapat 3 jenis penilaian:


Pertama : Kedua : Ketiga : Penilaian proses Penilaian impak Penilaian outcome

Penilaian proses
Kayu ukur bagi penilaian proses, seperti contoh berikut: Jumlah kehadiran kumpulan sasar Rekod aktiviti jumlah bilangan yang telah dapat dijalankan Penggunaan sumber/bahan - jumlah dan jenis/kategori

Penilaian impak
Kesan yang dapat dicapai dalam jangka masa pendek, seperti berikut: Nilai dari segi objektif Pengetahuan Sikap, perasaan dan nilai Keupayaan/kemahiran melakukan sesuatu dengan betul

Penilaian outcome
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Kesan jangka masa panjang Perubahan yang dapat dilihat dari segi mortaliti ataupun morbiditi

Catatan
Untuk aktiviti PROSTAR ini memadailah seseorang PRS(remaja) itu dapat menjalankan penilaian proses sahaja. Yang lain-lain hanya sebagai maklumat tambahan.

172

Lampiran ML 7.1 Senario 1


Beringin merupakan bandar satelit yang semakin berkembang. Selain taman-taman perumahan, pusat-pusat hiburan, pusat rekreasi, dan pusat membeli belah turut menunjangi perkembangan bandar dan menjadi tumpuan remaja untuk berpeleseran dan melepak. Dari laporan pihak berkuasa jelas menunjukkan kecenderungan remaja melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, merokok, dan meminum minuman keras. Malah sejak kebelakangan ini penggunaan pil khayal, penagihan dadah dan seks bebas juga dikesan. Justeru, peningkatan kes cabul, rogol, pengguguran janin, pembuangan bayi serta kes HIV / AIDS adalah membimbangkan.

Soalan Anda dan sekumpulan remaja yang lain telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Bertindak Bandar Beringin bagi menangani masalah remaja. Sila rancangkan program yang bersesuaian bagi menimbulkan kesedaran ke arah gaya hidup sihat di kalangan remaja berkenaan.

Senario 2
Kuala Lembu merupakan sebuah perkampungan nelayan. Terdapat lebih 60 keluarga mendiami perkampongan berkenaan dengan pekerjaan utama sebagai nelayan, pekerja kilang di kawasan perindustrian berhampiran dan bekerja sendiri (prosesan hasil perikanan). Dianggarkan terdapat seramai 120 orang remaja yang menetap di kampong berkenaan dengan 65% darinya adalah lepasan sekolah. Kebanyakan remaja lelaki bekerja dengan bot-bot nelayan sementara remaja perempuan bekerja di kilang-kilang. Pengalaman lalu menunjukkan kumpulan remaja ini terutamanya lelaki amat mudah terdedah kepada penagihan dadah. Suasana pekerjaan tidak mengizinkan mereka berada lama bersama keluarga manakala masa rehat digunakan untuk mengunjungi pusat hiburan di bandar berhampiran dan adakalanya ke negara jiran.

Soalan Apakah risiko yang mungkin dihadapi oleh remaja ini? Rancangkan program yang bersesuaian bagi mendorong remaja berkenaan mendekatkan diri kepada aktiviti yang lebih sihat.

173

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Lampiran 7.2 Contoh 1 Pelan Perancangan Program


Tajuk : Pengenalan Objektif Strategi Kumpulan Sasar Aktiviti Sumber MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Tenaga Manusia Bahan Kewangan

Penilaian

174

Contoh 2
Pelan Tindakan / Perlaksanaan Tajuk Program :.
Sumber Bahan Penilaian Kewangan Kaedah

Objektif

Aktiviti

Tarikh / Masa

Tempat

Tenaga Manusia

175

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

BAB 8 MODUL 8 : BINA INSAN


8.1 Pengenalan
Generasi pelajar sekolah menengah merupakan golongan yang sedang berada dalam peringkat peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Ianya satu peringkat yang penuh dengan berbagai perubahan baik dari segi fizikal dan psikososial. Dalam peringkat usia ini, remaja sebenarnya sedang berusaha ke arah pengujudan satu identiti diri. Untuk berdepan dengan cabaran ini, pelajar perlu disiapkan dengan Pengetahuan, Nilai-Nilai Murni, Sikap Tanggungjawab, Berketerampilan, Kecergasan Minda Dan Ketangkasan Fizikal. Aktiviti-aktiviti Bina Insan yang dilaksanakan secara teratur akan dapat membantu individu tersebut membentuk diri yang positif. Aktiviti bina insan ini dibentuk untuk memantapkan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai acara mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya.

8.2

Objektif
Memupuk nilai dan etika serta ciri-ciri keperibadian pelajar yang sihat, inovatif, proaktif, kompetitif dan berdaya tahan menghadapi cabaran. Untuk menyemarakkan sikap perihatin, penyayang serta bertanggung-jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Untuk membimbing remaja memilih cara hidup yang sihat sebagai persiapan memasuki alam dewasa Membolehkan pelajar memainkan peranan sebagai pembimbing rakan sebaya.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

8.3

Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Perkhemahan PROSTAR Program Bersama Kelab PROSTAR Sukan PROSTAR Program Kepimpinan Program Motivasi Klinik PROSTAR Program Lima Minit Bersama Rakan PROSTAR Buletin PROSTAR Program Masih Ada Yang Sayang

176

8.4

Perkhemahan PROSTAR Masa


3 Hari 2 Malam

Tempat
Taman Rekreasi/Tempat-Tempat Yang Sesuai

Objektif
Mendedahkan pelajar kepada peluang pembelajaran secara tidak formal dalam usaha membina keyakinan dan keupayaan memimpin. Melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan mempunyai ketahanan diri serta kekuatan mental yang mantap dalam menangani masalah AIDS dan gejala sosial yang lain. Memupuk nilai-nilai kerohanian dan potensi kepimpinan pelajar yang berkualiti, sihat dan cergas minda, inovatif serta berwawasan. Bekerjasama dan mengeratkan hubungan sesama peserta tanpa mengira kaum bagi mengujudkan rasa persahabatan dan harmoni diantara mereka.

Aktiviti-Aktiviti Perkhemahan
Aktiviti Kerohanian Sembahyang Berjemaah/Penerapan Nilai-nilai Murni Kuliah Maghrib/Subuh Qiamullail

Memberi/menyampaikan Maklumat Ceramah HIV/AIDS Atau Masalah Sosial Peranan Remaja Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
177

Mendapat/Menyediakan Maklumat Perbahasan/Pidato Kuiz Dari Anda Untuk Anda

Muhasabah Diri Mengenali Diri Dan Menilai Diri

Contoh Jadual Perkhemahan


HARI PERTAMA / MASA 08.00 pg - 09.00 pg 09.00 pg 10.15 pg 12.45 tgh 12.45 tgh - 02.00 ptg 02.15 ptg - 02.40 ptg 02.40 ptg 4.00 ptg AKTIVITI Berkumpul di sekolah Bertolak ke tapak perkhemahan Pendaftaran dan persiapan tempat Makan/solat zohor Taklimat program Suaikenal (cadangan aktiviti : Surat berantai / lukisan hati / sahabatku kroniku ) Minum dan solat Riadah Makan / Solat / Tazkirah Ceramah I (Pengenalan HIV/AIDS) Minum

04.00 ptg - 05.00 ptg 5.00 ptg - 06.00 ptg 06.30 ptg - 09.00 mlm 09.15 mlm 10.30 mlm 10.15 mlm

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

HARI KEDUA / MASA 06.00 pg 07.00 pg 07.00 pg - 07.45 pg 07.45 pg - 08.30 pg 08.30 pg 10.30 pg 10.30 pg 11.00 pg 11.00 pg 12.45 tgh 12.45 tgh 02.15 ptg 02.15 ptg - 04.30 ptg 04.30 ptg 05.00 ptg 05.00 ptg 06.30 ptg 06.30 ptg 09.00 mlm 09.00 mlm 11.00 mlm 11.00 mlm 11.30 mlm

AKTIVITI Solat / Tazkirah Riadah Sarapan pagi Ceramah II (Remaja & Permasalahannya) Minum Perbincangan Kumpulan (Persediaan Senario) Makan / Solat Persembahan Kumpulan (Senario) Minum / Solat Sukaneka Makan / Solat / Tazkirah Kuiz Dari Anda Untuk Anda Minum

178

HARI KETIGA / MASA 04.00 pg 07.00 pg 07.00 pg - 07.30 pg 07.30 pg 08.00 pg 08.00 pg 12.00 tgh 12.00 tgh 02.00 ptg 02.00 ptg 03.00 ptg 03.00 ptg 03.30 ptg 03.30 petang

AKTIVITI Qiammullail / Muhasabah / Solat Riadah Sarapan pagi KEMBARA Makan / solat / rehat Luahan rasa Acara penutup / penyampaian sijil Bersurai dan bertolak balik

8.5

Sukan PROSTAR Kumpulan Sasar


Ahli Kelab PROSTAR Dan Murid-Murid Sekolah Menengah.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
179

Masa
8.00 am 1.00pm

Tempat
Padang Sekolah.

Objektif
Mendidik pelajar mengenai nilai-nilai murni dan mengamalkan Menilai pengetahuan , kefahaman mengenai maklumat kesihatan. Membina sifat sifat kepimpinan diri, bertanggung jawab, bekerjasama dalam dan saling memahami di dalam satu pasukan.

Aktiviti Yang Dijalankan


Pertandingan Senamrobik Sepaktakraw Ujian Kecergasan Sukaneka Kesihatan Berkumpulan

Peralatan
Alatan Sukan Alatan Sukaneka Audio Visual Sistem PA

8.6

Program Bersama PROSTAR SEKOLAH


Boleh dijalankan di peringkat daerah ataupun di peringkat sekolah

Objektif
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai HIV/AIDS, gejala sosial dan cara hidup sihat di kalangan ahli ahli kelab dan warga sekolah Meningkatkan kemahiran dan budaya kerja berpasukan Meningkatkan ketrampilan diri, sifat kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Menimbulkan suasana yang kompetitif, semangat berkumpulan dan mempraktikkan budaya musyawarah dalam kehidupan.

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Masa
8.00 am 1.00 pm

Aktiviti-Aktiviti
Pertandingan Masakan Sihat Untuk Pelajar Pertandingan Melukis Poster Berkumpulan Pertandingan Perbahasan/Pidato Kuiz Kesihatan Pertandingan Pameran Antara Kelab PROSTAR Sekolah

180

8.7

Program Motivasi Objektif


Memahami dan membina matlamat hidup , berdaya saing dan bermotivasi tinggi Mendorong pelajar berfikiran positif, kreatif , inovatif dan berdaya tahan menghadapi cabaran

Kaedah Perlaksanaan
Ceramah Motivasi oleh penceramah jemputan Pengurusan Tekanan (Stress Management) Kaedah Pembelajaran Berkesan Pengurusan diri Kerja kumpulan

Tempat
Dewan Sekolah/ Luar Sekolah

Masa
2 jam

Penyelaras
Guru Penyelaras PROSTAR

Kekerapan
Satu atau dua kali setahun

8.8

Program Lima Minit Bersama Rakan PROSTAR Objektif


Menyebar maklumat dan meningkatkan pengetahuan HIV/AIDS dan gejala sosial secara menyeluruh kepada semua warga sekolah Meningkatkan keterampilan diri, kemahiran interaksi depan khalayak ramai.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
181

Kaedah Pelaksanaan
Ceramah pendek oleh ahli kelab semasa perhimpunan pagi Sudut pidato Semasa program tazkirah Perbincangan kumpulan kecil

Tempat
Kantin sekolah Pondok rehat/Balai ilmu

Aktiviti ini dilaksanakan sendiri oleh ahli kelab secara bergilir-gilir mengikut jadual yang diselia oleh guru penasihat.

8.9

Buletin PROSTAR Objektif


Memupuk semangat bertanggung jawab dan bekerja dalam pasukan Melatih pelajar membina sifat-sifat kepimpinan Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif

Kaedah Pelaksanaan
Penerbitan Buletin

Kekerapan
Mengikut kesesuaian

Sumber Tenaga
Ahli ahli Kelab PROSTAR Guru Penyelaras PROSTAR

Kandungan Buletin
Aktiviti-Aktiviti Kelab Maklumat HIV/AIDS Teka Silang Kata Sudut Karya

Pengedaran
Pengetua Perpustakaan Sekolah Sekolah Lain Pejabat Kesihatan

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Buletin ini juga boleh dijual kepada semua ahli atau kepada pelajar-pelajar lain yang berminat bagi menambah tabung kelab.

8.10 Aktiviti Untuk Pemikiran Positif Aktiviti 1


Memahami Pemikiran Positif 1. Mula dengan membuat keterangan positif mengenai diri anda. Seperti Mengapa saya menyukai diri saya

Saya suka diri saya kerana ...............................................................................................

182

2.

Bicara diri yang positif adalah penting dalam membina imej diri yang positif juga harga diri. Berikan beberapa contoh tentang bicara diri yang positif dan negatif.

Bicara diri positif


Saya bagus Saya boleh Saya kelihatan menarik

Bicara diri negatif


Saya lemah dalam semua hal Saya tidak boleh Saya hanya kelihatan biasa

Suburkan pemikiran anda setiap hari dengan bicara diri yang positif. Ianya adalah tonik untuk kesihatan mental. Pemikiran positif akan meningkatkan harga diri. Fikir secara positif dan elakkan daripada pemikiran negatif akan menyebabkan anda dapat berhadapan dengan tekanan. Cuba fikirkan beberapa situasi yang biasa anda hadapi dan bagaimana anda boleh melihatnya samada positif atau negatif.

Aktiviti 2
Mengenali diri
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
183

Objektif aktiviti
Di akhir aktiviti ini anda akan memahami kepentingan harga diri, bagaimana membinanya dan bagaimana untuk menggalakkan dan mempromosikan harga diri. Mengenali diri sendiri 1. Fizikal : Pandangan luaran 2. Psikososial : Traits, Personaliti, Kepercayaan, Tanggapan 3. Sosial : Tanggapan orang lain mengenai diri kamu # Fasilitator bertanyakan para peserta Setakat mana sebenarnya anda tahu mengenai diri anda?. Peserta dikehendaki membuat penilaian sendiri menggunakan format di bawah. Mereka boleh menambah ruangan menjawab jika perlu. Fizikal : Pandangan luaran Huraikan sebanyak mungkin rupa bentuk luaran anda (berat, tinggi dan lainlain) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

Psikososial: Senaraikan kekuatan dan kelemahan diri anda sendiri. Kelemahan : ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

Kekuatan : ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

184

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

8.11 Buku Log


Buku Log perlu diwujudkan bagi setiap ahli agar setiap aktiviti yang mereka lakukan dapat dicatitkan.

KELAB PROSTAR SEKOLAH


Nama Pelajar Nama Sekolah Alamat
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
185

Guru Penasihat Tahun/Sesi

PENGENALAN
1. Buku Log Penilaian Aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah adalah satu rekod untuk meneliti kemajuan para pelajar ahli PROSTAR Sekolah yang telah dilatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti program PROSTAR. Tiap-tiap pelajar ahli PROSTAR Sekolah dikehendaki merancang Takwim Perancangan serta mengisi Borang Laporan Aktiviti untuk direkodkan ke dalam buku log ini. Buku log ini hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penyelaras Program PROSTAR di Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran supaya penilaian berdasarkan penelitian dapat dibuat semasa aktiviti dijalankan. Panduan : 4.1 Aktiviti-Aktiviti / Perkara yang perlu dilaksanakan Merupakan aktiviti atau perkara yang perlu dijalankan sebagaimana yang telah ditetapkan. 4.2 Tarikh Nyatakan tarikh program / aktiviti dilaksanakan.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

2.

3.

4.

4.3

Bilangan Peserta / Pelajar Merupakan bilangan kehadiran peserta / pelajar bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan.

4.4

Kumpulan Sasaran Nyatakan kumpulan sasaran yang terlibat / menyertai dalam aktiviti / program tersebut. (pelajar, guru dan lain-lain)

4.5

Lokasi / Tempat Nyatakan tempat / lokasi di mana aktiviti / program tersebut dijalankan. (Bilik darjah, dewan, padang dan lain-lain)

186

4.6

Ulasan Komen tentang tingkahlaku, sikap, ketetapan waktu serta penyertaan pelajar / ahli PROSTAR itu sendiri dalam menjalankan sesuatu aktiviti / program.

4.7

Nama dan Tandatangan Nyatakan nama dan tandatangan Pegawai Penyelaras PROSTAR di daerah.

LAPORAN AKTIVITI KELAB PROSTAR


Sekolah Hari Tarikh Masa Tempat : : : : :

Jumlah Pelajar Terlibat :

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

TAJUK / PERKARA

: 1. 2. 3. 4.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
187

GURU PENGIRING

AGENSI TERLIBAT

CATATAN :

Tanda Tangan

Tarikh:

.............................. ( )

Lampiran
Borang KPS 01/01

FORMAT RETEN BULANAN KELAB PROSTAR SEKOLAH Negeri: Daerah/Bahagian: Sekolah:


BIL KATEGORI AKTIVITI BIL. AKTIVITI TERLIBAT BIL. PESERTA CATATAN

Bulan: Tahun:

1.

Meningkatkan/ Penyebaran Pengetahuan Latihan Fasilitator Rakan Sebaya Menyemai Sikap Positif Dan Cara Hidup Sihat Lahirkan Generasi Remaja Yang berketerampilan Dan berkemahiran

2.
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

3.

4.

188

Gambar Ahli

NAMA : .............................................................................................. TINGKATAN: ................................................. NO. KP : .................................................................................. TARIKH LAHIR................./................./................. ALAMAT : ..........................................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................................................

SEKOLAH :

..........................................................................................

DAERAH :.................................................

NO. TELEFON (RUMAH) : ...........................TARIKH MENYERTAI PROSTAR : ................................................... NO. KEAHLIAN:........................... JAWATAN DALAM KELAB :..........................................................................
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
189

................................................

................................................................

TANDATANGAN PESERTA

TANDATANGAN GURU PENASIHAT

......................................................

................................................

TANDATANGAN PENGETUA

TANDATANGAN IBUBAPA

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PROSTAR BULAN/TAHUN JANUARI 20. FEBRUARI 20 MAR 20. APRIL 20 MEI 20 JUN 20.. JULAI 20 OGOS 20
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

AKTIVITI KELABPROSTAR

TINDAKAN

SEPTEMBER 20... OKTOBER 20. NOVEMBER 20 DISEMBER 20.

190

REKOD AKTIVITI AHLI


TARIKH AKTIVITI KATEGORI SKOP/ISU* PENGESAHAN

191

* Kategori skop/isu :1. Pengetahuan 2. Latihan PRS 3. Sikap/amalan/ tingkahlaku Sila terangkan secara ringkas skop/isu yang dibincangkan ** Pengesahan ke atas aktiviti hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh guru penasihat

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

REKOD PENYERTAAN DI DALAM AKTIVITI OLEH KELAB PROSTAR


TARIKH AKTIVITI YANG DISERTAI PERINGKAT PENGESAHAN*

192

MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH

Pengesahan hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh guru penasihat

REKOD PENILAIAN GURU (Penilaian dibuat oleh guru penasihatan pada akhir tahun) Tarikh penilaian :.. Markah :. Pangkat :.. Ulasan guru penasihat :
MANUAL LATIHAN PROSTAR SEKOLAH
193

.. Tandatangan guru penasihat

Catatan Pengetua (mengesyorkan sijil keahlian/sijil kecermerlangan) :

Tandatangan Pengetua Nota : Sistem pemarkahan Pangkat A Pangkat B Pangkat C = > 80% 60% 79% =< 60%

REMAJA HARAPAN
MANUAL LATIHAN PROSTAR

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Edisi Pertama 2003


Pengguna manual ini bebas membuat salinan penerbitan dengan memaklumkan kepada sumber.

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan mereka. SENARAI PENYUMBANG: Dr. Abdul Rasid Kasri Pn. Suraiya Syed Mohamed Dr. Anita Suleiman Dr. Mahanim Md Yusof Dr. Hayati Abdullah Dr. Shaari bin Ngadiman En. Mohd. Nasir Abdullah En. Mohd Yusof Pandak En. Zuber Md Saad Pn. Arizah Zainuddin En. Ahmad Jamaluddin bin Mohamed PENYUNTING : Dr. Abdul Rasid Kasri Pn. Suraiya bt Syed Mohammed

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

KANDUNGAN MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR BAB 1


PENGENALAN
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Objektif Pelaksanaan Metod Pemilihan Peserta Fasilitator Masa dan Tempat Jadual Latihan 195 195 196 196 196 196 197

BAB 2

AKTIVITI
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Diriku Dirimu Kenali Kumpulan Anda Perubahan Persepsi HIV/AIDS/STD : Mesti Tahu? Muhasabah Diri Kembara Insaf Fikir-fikir Manisnya Menjadi Gadis/Teruna Dadah dan Rokok 198 203 204 205 206 208 210 211 216 218 220 221 223 226 227 228 229 230 231 232
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

2.10 Aku dan Dia 2.11 Cermin Diri 2.12 Gaya Hidup Saya 2.13 Belajar Mengatakan Tidak 2.14 Ke Arah Kecemerlangan Diri 2.15 Bisik- Bisik 2.16 Permainan Dinamik 2.17 Luahan Hati 2.18 Gubahanku 2.19 Ikrar 2.20 Warkah Kasih 2.21 Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik

229

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

BAB 1 PENGENALAN
Statistik tahun 2000 menunjukkan golongan generasi muda yang berusia 15 39 tahun adalah seramai 9.25 juta orang. Ini merupakan 42% dari jumlah penduduk Malaysia. Kajian pada tahun 1996 di Kuala Lumpur mendapati 6% daripada 4347 remaja berumur 16 18 tahun pernah terlibat dengan hubungan seks bebas. Seramai 25,544 orang remaja hilang di mana sebahagian yang ditemui semula mengaku terbabit dengan pelacuran dan penagihan dadah1. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan seramai 85 orang penagih dadah baru dikesan setiap hari di Malaysia yang mana kebanyakannya adalah dari golongan remaja. Sehingga Disember 2002 seramai 51,256 kes HIV/AIDS telah dilaporkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana 40% adalah daripada kumpulan berumur 13-29 tahun2. Masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan suatu cabaran yang perlu ditangani dengan bijak oleh semua agensi. Penyebaran ilmu pengetahuan dan meningkatkan kesedaran sahaja tidak mencukupi. Gabungan antara pengetahuan, kesedaran, perubahan sikap dan keprihatinan masyarakat amat perlu dalam menangani masalah ini. Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja terhadap permasalahan mereka terutamanya yang berkaitan dengan HIV/AIDS, seterusnya dapat mengubah tingkahlaku mereka kepada yang lebih baik.

1.1

Objektif
a) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai bahaya HIV/ AIDS dan gejala sosial. Meningkatkan kemahiran remaja menangani ancaman HIV/AIDS Membentuk, membimbing dan mendorong remaja mengubah tingkahlaku mereka ke arah amalan cara hidup yang sihat dan berfikiran positif berlandaskan nilai-nilai murni. Memperkukuhkan jati diri remaja supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berjasa.

b) c)

d)

1.2

Pelaksanaan
Dilaksanakan bersama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain jabatan yang berkaitan serta agensi-agensi bukan kerajaan, di mana pihak yang terlibat akan mengenalpasti remaja yang sesuai bagi mengikuti latihan ini.

1. Utusan Malaysia, 21 April 2001 2. Laporan Tahunan 2002 Cawangan AIDS/STD Kementerian Kesihatan Malaysia

195

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

1.3

Metod
a) b) c) d) e) f) Ceramah Latihan dalam kumpulan Perbincangan kumpulan Penghayatan diri Riadah / Kembara Lawatan - Rumah Solehah, Pusat Serenti, Hospital (Unit Penyakit Berjangkit), Pemulihan akhlak, Penjara dan lain-lain.

1.4

Pemilihan Peserta
Remajaremaja yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti berisiko seperti masalah disiplin, pengambilan dadah, lari dari rumah, bersekedudukan, dan lain-lain aktiviti berisiko. Bilangan peserta: 30 40 orang (dicadangkan sesi berasingan bagi remaja lelaki dan perempuan) berumur di antara 13-18 tahun.

1.5

Fasilitator
Fasilitator dipilih dari kalangan anggota kesihatan, guru disiplin, guru kaunselor Jabatan Agama, Agensi Dadah Kebangsaan, wakil dari NGO atau jabatan lain yang dirasakan boleh membantu. Pengendalian latihan ini melibatkan seorang fasilitator kepada lima peserta (1:5). Fasilitator yang dipilih akan dilantik sebagai mentor kepada peserta-peserta selepas latihan.

1.6

Masa Dan Tempat


Latihan ini dijalankan di tempat yang bersesuaian dan tempoh latihan adalah selama 4 hari 3 malam.

196

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

1.7

Jadual Latihan
TINDAKAN

MASA TAJUK HARI PERTAMA 2.00 ptg Pendaftaran 5.00 ptg Penilaian Pra-Latihan Diriku Dirimu Pembentukan Kumpulan 7.30 mlm Solat / Tazkirah Maghrib/ Makan Malam 8.30 mlm Perubahan Persepsi 9.00 mlm HIV/AIDS/STD : Mesti Tahu 10.30 mlm Minum 11.00 mlm Titian Hidup (Muhasabah Diri) HARI KEDUA 6.00 pg Persiapan Diri/Solat 7.30 pg Sarapan 8.00 pg Kembara Insaf - Minum Pagi - Makan Tengahari - Solat 5.30 ptg Fikir-fikir 7.30 mlm Solat / Tazkirah/ Makan Malam 9.00 mlm Manisnya Menjadi Gadis / Teruna 10.00 mlm Minum Malam 10.30 mlm Aku Dan Dia HARI KETIGA 6.00 pg 8.00 pg 9.00 pg 10.30 pg 11.00 pg 1.00 tgh 2.00 ptg 3.00 ptg 4.00 ptg 5.00 ptg 7.30 mlm 9.00 mlm 10.00 mlm Persiapan Diri/Solat/Riadah Dadah Dan Rokok Belajar Mengatakan Tidak Minum Pagi Ke Arah Kecemerlangan Diri Makan Tengahari/Solat Gosip Cermin Diri / Gaya Hidup Saya Minum / Solat Permainan Dinamik Solat/Tazkirah/Makan Malam Gubahanku Luahan Hati

HARI KEEMPAT 8.00 pg Sesi Lawatan Dan Bersurai

197

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

BAB 2 AKTIVITI
2.1 DIRIKU DIRIMU 2.1.1 Objektif
a) b) Memperkenalkan diri peserta dalam satu suasana yang mesra Mengakrabkan siratulrahim antara sesama peserta dan antara fasilitator.

2.1.2

Metod
Permainan /perbincangan kumpulan

2.1.3

Proses
Proses ini melibatkan tiga peringkat; pertama, berkenalan dalam kumpulan besar, kedua pembentukan kumpulan kecil dan ketiga berkenalan dalam kumpulan kecil. a) Berkenalan Dalam Kumpulan Besar Pilihan aktiviti: Sahabat PROSTAR, Kenalanku, Cari Sahabat, Mengenali Sahabat, Wajahku (Lampiran ML 2.1) b) Pembentukan Kumpulan Kecil Pilihan aktiviti: Ikut Nombor, Ikut Gaya, Ikut Bunyi (sila rujuk aktiviti 2.2) c) Berkenalan Dalam Kumpulan Kecil Pokokku, Lukisan Hati, Teka Kerja (Lampiran ML 2.1)

198

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Lampiran ML 2.1 Sahabat PROSTAR


a) Setiap peserta dikehendaki mengisi borang biodata dan selepas itu dikumpulkan semula oleh fasilitator. Butiran biodata seperti berikut; Nama Nama timangan Alamat Nombor untuk dihubungi Tarikh lahir Adik-beradik Pendidikan Kegemaran Idola b) c) d) Edarkan kembali borang biodata tadi kepada peserta dan fasilitator perlu memastikan peserta tidak mendapat borang biodata sendiri. Peserta diminta membacakan butir-butir di dalam borang berkenaan. Peserta yang namanya tercatat di borang yang dibacakan itu dikehendaki berdiri. Seterusnya peserta yang dibacakan namanya tadi akan menyambung proses itu dengan membacakan pula kandungan borang yang ada padanya dan peserta yang dibacakan namanya itu dikehendaki berdiri. Proses dilakukan sehingga kesemua peserta telah disebut nama mereka. Dalam masa yang sama, setiap peserta dikehendaki mengingati biodata rakan mereka yang telah membacakan borang biodatanya. Setelah proses pertama selesai, semua peserta diminta memperkenalkan pula rakan mereka yang telah membacakan borang biodatanya di awal tadi.

e) f)

Kenalanku
Proses ini dibahagikan kepada 2 bahagian : Bahagian Pertama:
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
199

Semua peserta diminta duduk dalam satu bulatan tanpa bertindih. Peserta diminta mengenalkan diri mereka berdasarkan beberapa perkara yang telah ditetapkan seperti :a. b. c. d. e. Nama Penuh Nama Ibu/bapa (Nama penuh) Berasal dari mana Bersekolah di mana Bilangan adik-beradik(Anak ke berapa)

Setelah selesai mengenalkan dirinya, peserta berkenaan diminta menyebut dua nama penuh rakan di sebelah kanannya.

Setelah selesai satu pusingan, fasilitator boleh memilih mana-mana peserta yang dikehendaki menyebut dua nama rakan mereka di sebelah kanan dan kirinya. Bahagian Kedua: Masih dalam kedudukkan yang sama, peserta sekali lagi akan mengenalkan diri berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah ditetapkan seperti :a. b. c. d. e. Nama manja Minat Impian/cita2 Idola mereka (Mengapa memilihnya) Masalah kesihatan

Setelah semuanya selesai, peserta akan melalui proses yang sama seperti bahagian yang pertama tadi. Peserta diingatkan agar mereka dapat memanggil rakan-rakan mereka dengan nama penuh beliau. Ini akan menambahkan lagi keakraban di antara peserta dan pihak penganjur serta para fasilitator program berkenaan.

Cari Sahabat
Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing beserta nama gelaran untuk digunakan sepanjang kursus. Peserta lain dikehendaki menumpukan perhatian. Urusetia dikehendaki menulis nama gelaran setiap peserta di atas tag nama. Peserta akan diberi tag nama secara rawak dan diminta mencari pemilik nama tersebut.

Mengenali Sahabat
Peserta diberikan secebis kertas dan pen bagi menulis nama masing-masing, gulungkan dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan. Fasilitator akan menggoncang-goncangkan kotak tersebut supaya kertas tersebut bercampuraduk. Fasilitator akan mendekati semua peserta dan meminta supaya mereka mengambil satu gulung kertas tersebut seorang.
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Jika terambil nama sendiri diminta supaya memulangkan semula kertas tersebut dan mengambil yang baru. Peserta akan mencari tuanpunya nama yang terdapat pada kertas masing-masing dan mendapatkan biodata mereka. Masa diberi selama 15 minit untuk berbuat demikian. Fasilitator akan meminta peserta ke depan secara sukarela bagi mengenalkan kawan baru mereka satu persatu. Peserta lain dibenarkan menyoal ataupun bertanya jika maklumat yang diberikan tidak lengkap kepada pembentang.

200

Wajahku
Mengikut keadaan fizikal Hidung tinggi/hidung pesek Tinggi/Rendah Warna kulit cerah/gelap

Fasilitator mengarahkan peserta supaya membentuk kumpulan mengikut keadaan fizikal seperti di atas satu persatu. Selepas itu fasilitator bertanya kepada beberapa orang peserta perasaan mereka semasa berada dalam kumpulan-kumpulan tersebut setiap kali selepas pembentukan kumpulan. Fasilitator bertanya kembali mengapa mereka berperasaan demikian Fasilitator akan mengupas kembali jawaban yang diberi. Pengajaran : Semua manusia itu sama disisi Tuhan. Keadaan seseorang itu adalah keistimewaan yang diberi oleh Tuhan. Jangan berbangga dan sombong dengan keistimewaan dan kelebihan yang dianugerahkan. Gunakan untuk kebaikan diri dan orang ramai.

Pokok ku
Setiap peserta diberi sehelai kertas kosong dan masa lebih kurang 15 minit untuk melukiskan gambar sebatang pokok pilihan mereka. Pokok tersebut terdiri daripada; Batang pokok diri anda Akar tunjang ibu bapa Akar sokongan adik-beradik/individu lain Ranting/dahan Perjalanan hidup Buah - kejayaan Daun gugur kegagalan/kesedihan Peserta kemudiannya diminta untuk menceritakan perihal diri mereka berdasarkan kepada setiap garisan dan lakaran yang telah mereka lukiskan. Peserta lain juga diberi peluang untuk bertanya soalan dan setiap peserta diberi masa selama lebih kurang 5 minit untuk melalui proses ini. (Proses ini mengambil masa yang agak lama. Sila sesuaikan mengikut masa)

Lukisan Hati
Setiap peserta akan diberi sehelai kertas kosong bersaiz A4. Semua peserta diminta melukiskan gambar wajah masing-masing dengan menggunakan tangan yang bertentangan iaitu jika mereka biasa mengunakan tangan kanan untuk berkerja, tapi bagi melukis gambar wajah mereka ini, perlulah menggunakan tangan yang di sebelah kirinya. Begitu jugalah sebaliknya, jika mereka mengunakan tangan kiri untuk bekerja. Peruntukan masa selama 5 minit untuk peserta menyiapkan lukisan itu. Setelah siap, peserta diminta mengenalkan diri mereka bermula dengan nama penuh.

201

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Berdasarkan gambar yang dilukis, peserta diminta menjelaskan siapakah diri mereka dan kaitkan dengan setiap garisan di dalam lukisan tersebut.

Teka Kerja Proses


Peserta dikehendaki duduk di dalam bentuk bulatan Kertas kosong diedar kepada setiap seorang Permainan ini dijalankan secara berpasangan Setiap peserta dikehendaki mengkaji pasangan masing-masing dan meneka sejenis kerja yang bersesuaian dengannya Tuliskan nama jawatan/kerja di atas kertas kosong dan tampalkan di belakang pasangan masing-masing Kemudian setiap orang akan cuba meneka nama jawatan yang dipilih untuk dirinya dengan bertanyakan kepada tiap-tiap ahli dalam kumpulan itu. Selepas permainan, peserta digalakkan memberi pendapat mengenai permainan itu.

Pengajaran
Pengenalan diri akan mengujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain yang belum dikenali.

Jangkamasa
1 - 2 jam

Bahan
Kertas A4, pensil, marker pen, tag nama dan pelekat double-sided

202

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

AKTIVITI 2.2 KENALI KUMPULAN ANDA 2.2.1 Objektif


a) b) Mengujudkan kemesraan di antara peserta Menanam semangat berkumpulan di antara peserta

2.2.2

Metod
Permainan

2.2.3

Proses
Beberapa kaedah boleh dilakukan bagi tujuan pembahagian kumpulan. Antaranya: Humming Fasilitator menyediakan senarai lagu mengikut bilangan kumpulan yang hendak dibentuk. Tulis tajuk lagu di atas kertas kecil dan lipatkan Setiap peserta mencabut satu kertas setiap seorang Peserta tidak dibenarkan membuka mulut Para peserta dikehendaki mencari dan mengenali kumpulan masing-masing melalui humming lagu sahaja. Peserta yang gagal mencari kumpulan akan ditolong dengan cara lelong

Pilihan lain Senarai lagu digantikan dengan perbuatan atau bunyi haiwan dan peserta dikehendaki melakukan perbuatan atau meniru bunyi haiwan.

2.2.4

Pengajaran
Kita boleh membina persahabatan melalui pelbagai cara iaitu tidak semestinya melalui kata-kata.
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
203

Permainan ini sebagai satu cara untuk membentuk kumpulan. Permainan ini juga dapat mengurangkan rasa malu para peserta untuk berkomunikasi.

2.2.5

Jangkamasa
15 minit

AKTIVITI 2.3 2.3.1 Objektif

PERUBAHAN PERSEPSI

Mengenal halangan untuk membentuk perubahan diri dan membuang sifat-sifat negatif yang ada dalam diri.

2.3.2

Metod
Demonstrasi & Perbincangan

2.3.3

Proses
Peserta ditunjukkan satu demonstrasi mengenai proses perubahan diri. Demonstrasi ini boleh menggunakan air bewarna gelap atau hitam seperti air kopi bagi melambangkan sesuatu yang kotor. Peserta diminta menumpukan perhatian dan fasilitator boleh memulakan sesi dengan bertanya tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan air tersebut. Seterusnya fasilitator menunjukkan cara pembersihan dengan menuang air bersih ke dalam air kopi tersebut sehingga ianya menjadi jernih semula seperti langkah di bawah: Langkah Pertama: Masukkan sedikit air kopi ke dalam gelas. Kemudian telungkup baldi di atas gelas tersebut. Tuangkan air jernih di atas baldi dan minta peserta jelaskan apa yang diperhatikan.

Langkah kedua: Keluarkan baldi dan tuangkan air bersih ke dalam gelas tersebut sehinggalah air kopi tadi menjadi jernih. Minta peserta jelaskan apa yang diperhatikan.

Langkah ketiga: Tuangkan sedikit air kopi ke dalam gelas berisi air yang telah jernih tadi dan minta peserta jelaskan pemerhatian mereka. Permainan simbolik ini sebenarnya cuba menunjukkan perubahan sikap seseorang individu, di mana air kopi adalah diibaratkan sebagai sikap negatif, baldi sebagai halangan terhadap perubahan diri dan air bersih sebagai unsur-unsur kebaikan yang hendak diserapkan dalam diri. Langkah keempat: Bincang mengenai apa yang difahami oleh peserta dari demonstrasi di atas.

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

2.3.4

Pengajaran
Selagi ada penghalang, perubahan tingkahlaku tidak dapat dilaksanakan. Proses perubahan ke arah kebaikan tidak berlaku secara otomatik tetapi memerlukan masa dan usaha.

204

Remaja mudah terpengaruh dengan anasir negatif dan sukar untuk berubah tetapi ianya boleh diusahakan.

2.3.5

Jangkamasa
1

/2 jam

2.3.6

Bahan
2 biji gelas, air kopi, baldi, sebaldi air bersih, kertas mahjung dan pen marker.

AKTIVITI 2.4 2.4.1

HIV/AIDS/STD : MESTI TAHU ?

Objektif
Menerangkan apa itu HIV, cara jangkitan, pencegahan dan kaitan dengan masalah sosial di kalangan remaja.

2.4.2

Metod
Ceramah dan perbincangan

2.4.3

Proses
Skop ceramah meliputi : Apa itu HIV, jangkitan HIV dan AIDS. Situasi semasa HIV/AIDS seluruh dunia, Pasifik Barat dan Malaysia. Bagaimana tubuh badan manusia melawan penyakit. Bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia. Peringkat-peringkat jangkitan HIV. Ujian HIV serta makna daripada keputusan positif dan negatif. Bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV. Bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah. Menerangkan STD dan kaitannya dengan HIV.
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
205

2.4.4

Pengajaran
Pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku ke arah amalan cara hidup yang sihat.

2.4.5

Jangkamasa
1 jam

2.4.6

Bahan
Komputer dan LCD projektor

AKTIVITI 2.5 2.5.1 Objektif


a) b) c)

MUHASABAH DIRI

Menguji daya tahan mental/ emosi dan fizikal peserta Mengukur sejauhmana keberanian dan ketabahan peserta menghadapi suasana yang luar jangkaan. Menanam keyakinan tentang keupayaan berdikari dan berfikir dalam keadaan mendesak

2.5.2

Kaedah
Penghayatan

2.5.3

Pilihan Aktiviti a) Titian Hidup Proses


Fasilitator mesti mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk aktiviti ini. Ikat tali dari point pertama ke point akhir (dicadangkan sebanyak 10 point) Aktiviti dijalankan mulai 11.00 tengah malam Peserta dikumpul dan dipastikan bilangannya. Pastikan peserta memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti waktu malam. Adakan persediaan mental dan perasaan melalui taklimat. Kemudian setiap peserta dikehendaki menutup mata dengan sehelai kain hitam. Seterusnya peserta diminta berjalan seorang demi seorang dengan memegang kepada tali yang diikat antara point ke point. Apabila tiba tempat yang dimaksudkan, fasilitator terakhir akan memberi isyarat dengan menepuk bahu peserta terakhir untuk tinggal di situ sementara yang lain meneruskan perjalanan. Demikian seterusnya sehingga ke semua peserta ditinggalkan di dalam kawasan tersebut. Peserta dilarang bercakap sebaliknya diminta menginsafi diri dalam masa 10 minit. Selepas satu jangkamasa yang tertentu fasilitator akan mengumpul semula ke semua peserta dan kembali ke dewan untuk sesi penghayatan diri.

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

206

2.5.4

Jangkamasa
1 jam 30 minit

2.5.5

Bahan
Tali, kain hitam penutup mata, lampu suluh (untuk fasilitator)

b) Renungan / Penerokaan Diri 2.5.6 Proses


Peserta akan ditayangkan sedutan dari filem Si Tanggang dan diikuti dengan lagu Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu. Seterusnya peserta diminta menutup mata dan deklamasi sajak bertajuk Kasih Ibu diperdengarkan dengan nada suara yang syahdu dan menyentuh kalbu seterusnya membawa peserta mengimbau kembali layanan dan kasih seorang ibu yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. Suasana perlulah sunyi dan peserta diminta diam dan tidak bercakap-cakap. Setelah selesai peserta diminta untuk berkongsi dan meluahkan perasaan.

2.5.7

Jangkamasa
1 jam 30 minit

2.5.8

Bahan
Projektor LCD, CD Sedutan SiTanggang, radio, lagu Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu, sajak yang berkaitan dengan kasih ibu atau sajak lain yang bersesuaian.

2.5.9

Pengajaran
Setiap remaja perlu menginsafi diri dan mereka perlu kepada bimbingan dan panduan pada setiap masa.

207

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

AKTIVITI 2.6 2.6.1 Objektif


a) b) c)

KEMBARA INSAF

Memupuk semangat kerja berpasukan, keyakinan serta jati diri. Meningkatkan kesedaran tentang HIV dan AIDS. Menghayati dan menghargai kehidupan dan sekitarannya

2.6.2

Metod
Riadah

2.6.3

Proses Langkah 1 : Taklimat sebelum kembara


Peraturan aktiviti Keselamatan & disiplin Pakaian yang sesuai Mengikut arahan Menepati masa Makan / minum disediakan Memilih ketua Kerja berkumpulan

Langkah 2 : Menyediakan Arahan Halangan Check Point


Check Point 1 : Word Game Fasilitator menyediakan perkataan-perkataan berkaitan HIV/AIDS yang ditulis di atas kertas kecil yang dilekatkan di objek-objek di sekeliling contoh : pokok, daun, batu dsb. di sepanjang laluan ke Check point 1. Peserta diminta mengumpulkan kertas bermaklumat dan diminta membentuk ayat yang bermakna dan berkaitan dengan isu remaja dan HIV/AIDS. Check point 2 : Nilai Murni
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Fasilitator menyediakan scenario masalah remaja. Peserta diminta menyenaraikan langkah-langkah mengatasinya. Contoh : Senario 1 : Ali seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini. Beliau suka ponteng sekolah. Sebagai sahabat apakah tindakan anda untuk membantu. Senario 2 : Siti seorang pelajar mengalami kesempitan wang. Beliau ingin mendapatkan wang dengan cara mudah dan cepat. Beliau berhasrat untuk bekerja sambilan sebagai GRO di sebuah pusat hiburan. Sila Bantu Siti.

208

Senario 3 : Bala seorang kaki pukul di sekolah. Dia telah terlibat dengan dadah. Bantu Bala kembali ke pangkal jalan. (Atau kumpulan boleh juga diminta menyenaraikan beberapa nilai-nilai murni.) Sebelum melepaskan peserta untuk meneruskan perjalanan ke check point seterusnya, peserta diminta memilih dua orang di antara mereka sebagai orang yang telah dijangkiti HIV. Perjalanan hendaklah diteruskan. Check point 3 : Rasa Selamat Peserta dikehendaki melepasi halangan spider web tanpa menyentuhnya. Spider web diibaratkan sebagai jangkitan HIV. Peserta yang gagal melepasi halangan tersebut atau telah menyentuh spider web telah jangkiti HIV dan hendaklah ditandakan. Tanya peserta tersebut mengenai perasaannya. Check point 4 : Kepimpinan Kumpulan diminta memecat ketua lama dan memilih seorang ketua baru. Minta sebab yang rasional dan konkrit. Ketua lama dan ketua baru diminta untuk meluahkan perasaan secara bertulis dan diserahkan kepada fasilitator. Sediakan halangan yang sesuai seperti mendaki dan menuruni bukit, menentang arus sungai dsbnya untuk aktiviti ini.

2.6.4

Pengajaran
Check Point 1 Membina perhubungan lebih mesra Menguji Kerjasama Memperkukuhkan kesedaran HIV/AIDS

Check Point 2 Komunikasi dua hala Membina keyakinan diri

Check Point 3 Mengetahui perasaan ahli yang dijangkiti HIV Menguji kekuatan perpaduan kumpulan

Check Point 4 Keputusan dipilih akan mempengaruhi diri Peluang yang ada mestilah digunakan sepenuhnya Hidup bukan berserah pada nasib atau simpati orang lain

209

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

2.6.5

Jangkamasa
4 jam

2.6.6

Bahan
Spider web, kertas, pen, sticker, penanda (kain, riben, pewarna)

AKTIVITI 2.7 2.7.1 Objektif


a) b)

FIKIR-FIKIR

Menggalakkan kerja berpasukan. Menguji minda dan pemikiran para peserta secara spontan.

2.7.2

Metod
Perbincangan Kumpulan

2.7.3

Proses
Setiap kumpulan akan diberi satu tajuk berkaitan dengan remaja masa kini. Setiap kumpulan diminta untuk membincangkan tajuk tersebut dari segi pro dan kontranya. Seorang dari ahli kumpulan akan diminta untuk menyatakan pendapat kumpulan mereka tentang tajuk yang telah diberi. Fasilitator diminta mengemukakan soalan berkenaan tajuk yang telah dibentangkan oleh kumpulan tersebut. Antara tajuk yang boleh dibincangkan ialah : a) b) c) d) e) f) g) Mengapa Remaja Rentan. Adakah Remaja Bermasalah. Ya /Tidak. Apakah Yang Anda Tahu Tentang HIV/AIDS Perlukah Pendidikan Seks Di Ajar Di Sekolah. Dengan Siapa Remaja Berkongsi Masalah. Pandangan Remaja Mengenai Orang Dewasa. Pandangan Remaja Mengenai Ujian HIV Pra-Perkahwinan

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

2.7.4

Pengajaran
Berkeyakinan diri dalam meluahkan pendapat Memperkukuh pengetahuan HIV/AIDS

2.7.5

Jangkamasa
Perbincangan kumpulan : 20 minit. Menyatakan pendapat : 10 minit/kumpulan. Jumlah masa 1 jam untuk 4 kumpulan.

2.7.6

Bahan
Kertas mahjung, marker pen

210

AKTIVITI 2.8 2.8.1 Objektif


a) b) c)

MANISNYA MENJADI GADIS/TERUNA

Memahami perubahan-perubahan anggota tubuh yang akan dialami oleh remaja Menjelaskan amanah anggota tubuh. Memahami sistem reproduktif manusia dan peranan yang diwajibkan.

2.8.2

Metod
Ceramah, dialog dan permainan

2.8.3

Proses Ceramah terdiri dari dua bahagian :


Bahagian I Apa berlaku kepada tubuh saya ? Skop ceramah termasuklah : a) b) c) d) Perubahan fizikal remaja Baligh Perubahan mental, sosial dan emosi semasa baligh Perubahan dan perkembangan ciri-ciri seksual

Bahagian II Seks Dan Moral Skop ceramah termasuklah : a) b) Pengertian seks (tegaskan homoseks adalah di luar tabii) Mengenali organ seks dan fungsinya (dilaksanakan secara permainan mewarnakan gambar organ seks lelaki / perempuan seperti di dalam gambarajah dan melabel organ reproduktif lelaki / perempuan seperti di gambarajah) Kehamilan, perkembangan janin dan kelahiran
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
211

c) d) e) f) g)

Risiko pendedahan seks awal & komplikasinya Penggunaan kondom Pengertian cinta, nafsu, perkahwinan dan keperluan berkeluarga Menolak tekanan rakan sebaya (rujuk aktiviti 2.3.13)

2.8.4

Pengajaran
a) Seks tidak semestinya membawa makna yang kotor tetapi ia adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia.

b) c)

Remaja perlu menyayangi diri sendiri dan menjaga kehormatan diri Hubungan cinta tidak bermakna hubungan seks (perhubungan antara lelaki dengan perempuan tidak semestinya berakhir dengan seks)

2.8.5

Jangkamasa
2 jam

2.8.6

Bahan
Pensil warna, gambarajah sistem reproduktif lelaki dan perempuan (Rajah ML 2.8) dan alat bantu mengajar yang lain seperti notebook dan projektor.

212

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

RAJAH ML 2.8

213

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

214

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

215

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

AKTIVITI 2.9 2.9.1 Dadah

DADAH DAN ROKOK

Objektif
a) b) Membentuk pemikiran pelajar supaya membenci dadah Mengubah sikap dan persepsi pelajar terhadap kegiatan dadah

Kaedah
a) b) Ceramah Perbincangan kumpulan.

Proses
Sesi ini dimulakan dengan slot fikir-fikir yang mana para pelajar diminta mengeluarkan pendapat mereka mengenai dadah dan kaitannya dengan jangkitan HIV/AIDS Menerangkan skop ceramah mengenai : a) b) c) d) e) Situasi semasa penagihan dadah di Malaysia Jenis-jenis dadah yang digunakan Tanda-tanda dan kesan penagihan dadah Bagaimana pelajar boleh terlibat dengan dadah Bagaimana menghindar diri dari terjebak dengan penagihan dadah

Pengajaran
Pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya dadah boleh menghindari remaja dari mengambil dadah seterusnya mencegah daripada dijangkiti HIV/AIDS.

Jangkamasa
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

30 minit

Bahan
Alat pandang dengar

2.9.2

Rokok Objektif
a) b) Meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan buruk akibat rokok. Membantu pelajar-pelajar yang merokok membuat keputusan untuk berhenti merokok.

216

Metod
Ceramah Perbincangan kumpulan

Proses
Menerangkan skop ceramah mengenai : a) Situasi semasa mengenai tabiat rokok b) Kesan buruk akibat rokok c) Kaedah berhenti merokok

Pengajaran
Bahaya merokok terhadap diri mereka dan masyarakat sekitar Pelajar dapat mengurangkan tabiat merokok

Jangkamasa
30 minit

Bahan
Alat pandang dengar Buku rujukan manual berhenti merokok

217

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

AKTIVITI 2.10 2.10.1 Objektif


AKU DAN DIA

Untuk mengkaji perhubungan peserta dengan orang lain Untuk melihat perhubungan yang berbeza antara individu

2.10.2

Method
Fasilitator memberi satu rajah contoh kepada setiap peserta (seperti dalam rajah ML 2.10) Peserta di minta memikirkan tentang perhubungannya dengan orang lain seperti yang terdapat dalam rajah yang diberi. Peserta diminta menomborkan 1 hingga 6 di dalam bulatan kecil mengikut keutamaan dari segi perhubungannya dengan orang-orang tersebut Fasilitator meminta peserta mempamerkan perhubungan itu di hadapan kumpulan Fasalitator menggalakkan setiap peserta berbincang dalam kumpulan tentang pilihan masing-masing

2.10.3

Setting
Dewan Tempat terbuka

2.10.4

Pengajaran
setiap manusia itu berbeza dari segi latar belakang dan pengalaman perhubungan dengan orang lain adalah penting untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup. Hubungkait tentang perhubungan rapat yang dibina oleh remaja dan rakan-rakan mereka.

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

2.10.5

Bahan
Kertas contoh : gambarajah perhubungan

2.10.6

Jangkamasa
1 jam

218

Rajah ML 2.10 GAMBARAJAH PERHUBUNGAN

IBUBAPA

KELUARGA

ADIK BERADIK

GURU

RAKAN

LAIN-LAIN

219

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

AKTIVITI 2.11 2.11.1 Objektif

CERMIN DIRI

a) Untuk menyedarkan remaja bahawa dirinya penting di samping orang lain. b) Supaya remaja lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri c) Untuk menggalakkan remaja memajukan dan memperkembangkan sahsiah diri.

2.11.2

Metod
Permainan

2.11.3

Proses
a) Peserta dalam kumpulan didedahkan dengan sebuah kotak yang dibungkus cantik. b) Setiap peserta diminta meneka apa yang terkandung di dalam kotak tersebut. c) Setelah semua peserta meneka, setiap peserta dikehendaki melihat apa yang terdapat dalam kotak tersebut secara bergilir-gilir dan merahsiakan apa yang mereka lihat. d) Peserta diminta berbincang mengenai apa yang dilihat dalam kotak tersebut. e) Fasilitator berbincang dengan bertanya kepada peserta apakah yang mereka lihat dalam kotak tersebut. Apakah yang mereka lihat itu sama seperti yang mereka fikirkan pada mulanya. f) Fasilitator membincangkan pengajaran yang diperolehi daripada aktiviti cermin diri

2.11.4

Pengajaran
Diri kita sendirilah yang lebih penting dalam dunia ini. Segala perubahan dan kemajuan yang kita kehendaki haruslah kita usahakan sendiri (90% motivasi berasal dalam diri ; 10% dari luar) Kita perlu menghargai dan menghormati diri kita sendiri sebelum orang lain menghargai dan menghormati kita.

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

2.11.5

Bahan
Kotak yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah Cermin muka

2.11.6

Jangkamasa
1 jam 11/2 jam

220

AKTIVITI 2.12 2.12.1. Objektif

GAYA HIDUP SAYA

Pelajar dapat membuat pendedahan kendiri secara terbuka Pelajar menerima dan menyedari hakikat dirinya Pelajar berupaya membina perubahan

2.12.2

Metod
Permainan

2.12.3

Proses
Fasilitator memberi sekeping gambar (Lampiran ML 2.12) kepada setiap peserta. Setiap peserta dikehendaki menulis 5 ciri positif di dalam belon di sebelah kanan gambar dan 5 ciri negatif di dalam belon di sebelah kiri. Setelah lengkap, gambar dipinkan ke baju dan mengenalkan dirinya kepada peserta lain dengan menggunakan maklumat yang tercatat dalam belon sebagai permulaan kata. Aktiviti dijalankan ke atas semua peserta Akhir sekali fasilitator membuat rumusan berdasarkan pengajaran.

2.12.4

Pengajaran
Pelajar mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri. Untuk memahami diri perlu memahami sifat-sifat positif dan negatif. Sifat positif akan dikembangkan dan sifat negatif dijadikan sebagai cabaran untuk kejayaan.

2.12.5

Jangkamasa
60 minit
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
221

2.12.6

Bahan
Gambar belon (rujuk Lampiran ML 2.12)

222

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Lampiran ML2.12

AKTIVITI 2.13 2.13.1

BELAJAR MENGATAKAN TIDAK (TEKANAN RAKAN SEBAYA)

Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya


Aspek penting dalam mengukuhkan penghayatan cara hidup sihat bergantung rapat dengan kebolehan menghadapi tekanan rakan sebaya ke arah melakukan perbuatan mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti HIV. Ini termasuklah menjauhi dari minum arak, menyalahgunakan dadah, melanggani pelacur dan lain-lain bentuk aktiviti berisiko. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya walaupun mereka tahu ajakan mereka itu adalah merosakkan diri sendiri. Adalah penting bagi remaja mempelajari strategi menolak tekanan tertentu dan mempraktikkannya selalu.

2.13.2

Obiektif pembelaiaran
Di akhir sessi peserta dapat; Menyatakan cara-cara khusus menolak tekanan rakan sebaya dan mengenal keperluan menghadapi tekanan rakan sebaya yang mungkin membawa akibat buruk.

2.13.3

Metod
Permainan - senario tingkahlaku berisiko tinggi

2.13.4

Proses
Bahagikan peserta kepada kumpulan 4-5 orang dan minta seorang peserta membacakan nota CARA MENOLAK TEKANAN RAKAN SEBAYA (Lampiran ML 2.13.1) Agihkan senario (seperti larnpiran ML 13.1) berlainan bagi setiap kumpulan dan minta peserta membincangkan bagaimana cara-cara menolak tekanan (seperti lampiran B digunakan dan rancangkan skrip (20 minit). Lakonkan idea kumpulan masing-masing mengikut skrip di atas (5 minit tiap kumpulan).

2.13.5

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
223

2.13.6

Bahan
Senario (Lampiran ML2.13.1 dan ML 2.13.2), kertas dan pensil.

2.13.7

Jangkamasa
45 minit

2.13.8

Penilaian
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan permainan.

Lampiran ML 2.13 Cara Menolak Tekanan Rakan Sebaya


Mungkin kita telah mendengarnya seribu kali - Katakan Sahaja Tidak. Bunyinya nampak senang, tetapi pada hakikatnya adalah sukar menyatakan tidak atau tak mahu kepada ajakan atau tekanan dari rakan sebaya. Sekiranya rakan sebaya mengajak anda untuk melakukan sesuatu perbuatan yang anda tidak mahu melakukannya, mereka mungkin membuat anda berasa seolah-olah anda bersalah sekiranya anda tidak menurut ajakan itu. Bila tekanan makin kuat anda akan mula tidak pasti apa yang anda mahu. Perlu anda ingat, jika mereka menekan anda sebenarnya merekalah yang bermasalah bukan anda. Adalah penting untuk anda bersikap jujur terhadap diri sendiri. Disenaraikan cadangan cara-cara untuk anda menyatakan tidak sekiranya itu yang anda mahu; Penolakan bersopan. Boleh saya tawarkan awak minuman? Beri alasan Bagaimana dengan beer? Mengulangi jawapan Nah hisap ni (dadah) Cubalah! pengecutlah awak ni! Beri pilihan Jum masuk bilik saya Saya lebih selesa menonton TV di sini Pulangkan tekanan Ala, sat saja masuk bilik saya Tunjukkan pendirian Kalau awak benar-benar cintakan saya, buktikan...
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Maaf, terima kasih.

Saya tidak minum

Maaf terima kasih, Maaf terima kasih, Tak apalah, maaf terima kasih

Awak tak dengar ke apa yang saya kata tadi?

Saya tidak boleh melakukannya. Berdosa dan belum sampai masanya lagi.

Beredar Saya ada barang, mahu belikah Buat tak kisah Saya ada barang, mahu belikah Teruskan perjalanan seolah-olah tidak mendengar Bersatu teguh Berada bersama orang lain yang menyokong / sehaluan dengan tindakan kita Menjauhi situasi Jika anda tahu orang atau situasi di mana orang akan mempengaruhi anda untuk membuat perkara-perkara yang anda tidak mahu lakukan, jauhi situasi sebegini. terima kasih dan beredar dari situ

224

Lampiran ML 2.13.2 SENARIO


(Buat skrip dan lakonkan) RAJ Pergi ke disko dengan kawan-kawannya. Di dalam disko ramai orang mabuk dan dadah juga ada diedarkan. Seorang rakan karib yang telah lama dikenalinya datang menghampiri Raj dengan segelas beer dan mengajak Raj minum segelas beer sahaja jika benar-benar Raj kawan sejatinya. Baru berpindah ke satu bandar yang baru. Kawan sepejabat mengajak Yaakub dan teman-teman bujang lain ke rumah dan menjamu mereka. Selepas makan kawan sepejabat Yaakub mengajak semua yang ada untuk rondaronda di bandar dan menunjukkan kepada Yaakub tempat-tempat hiburan yang ada di bandar itu. lbu bapa Rebecca balik kampung, tinggal Rebecca seorang diri. Beberapa teman datang ke rumah dan berbual-bual hingga lewat malam. Setelah semuanya balik, Tony masih meneruskan perbualan dan nampak macam tidak mahu pulang dan memberi isyarat kepada Rebecca yang dia sukakan Rebecca lebih dari perempuan lain. Tinggal di asrama. Khabar angin menyatakan terdapat dadah disalahgunakan di asrama tersebut. Yazid baru saja mendapat berita kekasihnya kahwin dengan orang lain. Dia sangat sedih. Dia masuk ke bilik Lokman dan mendapati dia sedang menyiapkan perkakas untuk mengambil dadah. Lokman mempelawa Yazid untuk mengambil dadah yang boleh menghilangkan kesedihan dan khabanya tidak menyebabkan ketagihan. Mempunyai sedikit sahaja kawan dan sering tidak bersefahaman dengan kedua ibu bapanya. Dia anak tunggal dan sering kesunyian. Hizan adalah jiran Yati dan agak rapat dengannya. Yati juga suka padanya. Hizan mempelawa Yati menemaninya ke rumah.

YAAKUB

REBECCA

YAZID

YATI

225

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

AKTIVITI 2.14 2.14.1

KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI

Objektif
Membantu peserta mempersiapkan diri menjadi insan yang cemerlang. Memperkasakan jati diri remaja. Mengekalkan kecemerlangan diri yang telah dibentuk.

2.14.2

Metod
Ceramah dan perbincangan

2.14.3

Proses
Penceramah memberi input mengenai konsep-konsep kecemerlangan diri. Penceramah mewujudkan suasana mesra dan ceria informal. Peserta memberi maklumbalas mengenai perubahan yang telah berlaku terhadap diri mereka.

2.14.4

Pengajaran
Setiap individu berpotensi untuk menjadi cemerlang

2.14.5

Jangkamasa
1 jam

2.14.6

Bahan
1. 2. 3. 4. LCD Komputer/ Laptop Pen Kertas

226

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

AKTIVITI 2.15 2.15.1

BISIK-BISIK

Objektif
Jelaskan kepada peserta peringkat-peringkat komunikasi di mana halangan boleh berlaku

2.15.2

Metod
Bentuk sekurang-kurangnya dua kumpulan peserta. Tugaskan peserta pertama dari setiap kumpulan meneliti mesej pendek yang diedarkan. Selepas 2 minit peserta diminta membisikkan mesej tersebut kepada peserta kedua dan berurutan sehingga peserta terakhir. Semasa proses ini kumpulan lain dikehendaki menimbulkan gangguan (kecuali gangguan fizikal) seperti membuat bising dan sebagainya. Peserta terakhir dari setiap kumpulan diminta mencatat semula mesej. Setelah gerakerja selesai, mesej dibaca dan dibandingkan dengan yang asal.

2.15.3

Proses
Kemukakan pertanyaan kepada semua peserta mengenai halangan-halangan komunikasi yang dapat dikesan. Senaraikan di peringkat mana halangan terjadi dan syorkan cara mengatasinya. Buat ulasan serta perbandingan dengan carta fasilitator

2.15.4

Setting
Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor)

2.15.5

Bahan
Carta selak, transparensi, papan putih, kertas mahjong dan flipchart stand

2.15.6

Jangkamasa
45 minit

2.15.7

Penilaian
Menyoal jenis-jenis halangan dan syor-syor mengatasinya.
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
227

AKTIVITI 2.16 2.16.1

PERMAINAN DINAMIK

Objektif
a) b) c) d) Memupuk semangat kerja berpasukan Menerangkan konsep syukur Memupuk nilai kepimpinan Melatih komunikasi berkesan

2.16.2

Metod
Permainan dan perbincangan (debriefing)

2.16.3

Proses
Peserta akan melalui 4 check point di bawah secara berkumpulan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap kumpulan akan bergerak serentak mengikut pusingan. Check point 1 : Si Buta Ku Sayang Dua orang peserta akan ditutup mata manakala rakan-rakan yang lain memberi arahan untuk memecah belon. Check point 2 : Bahasa Isyarat Seorang peserta akan menggayakan arahan bertulis sementara rakan-rakan yang lain cuba meneka maksud arahan tersebut. Check point 3 : Bola Beracun Setiap peserta akan diberi sebatang sudu dan ditugaskan mengangkat bola pingpong dengan mulut menggunakan sudu yang diberikan dan memberikan bola tersebut pada rakan yang lain tanpa menyentuh atau terjatuh. Bola pingpong akan bergerak dari peserta pertama hingga kepada peserta terakhir. Check point 4 : Tali ajaib

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Setiap peserta akan diberikan seutas tali yang akan diikatkan kepada tali rakan peserta. Peserta diminta melepaskan diri daripada ikatan tali tanpa membuka ikatan. (Alternatif Boleh menggunakan gelang getah yang disambung-sambung menjadi gelung dan minta peserta diminta melepasi gelung getah tersebut). Peserta kemudian dikumpulkan dan bincang tentang apa yang dipelajari dari permainan di atas.

2.16.4

Pengajaran
Mensyukuri anugerah tuhan dan berusaha untuk memperbaiki diri

228

2.16.5

Jangkamasa
2 jam

2.16.6

Bahan
tali, kain pengikat mata, gelung getah, belon, sudu, bola pingpong

AKTIVITI 2.17 2.17.1 Objektif


a) b) c) d)

LUAHAN HATI

Melatih keterampilan diri. Mengenal pasti masalah peserta. Mendapatkan maklum balas peserta terhadap program yang telah dilalui. Berkongsi perasaan dan pengalaman

2.17.2

Metod
Perbincangan kumpulan

2.17.3

Proses
Sesi ini memberikan peluang kepada peserta untuk meluahkan masalah yang dihadapi dengan ikhlas serta berkongsi pengalaman di antara peserta dengan fasilitator

2.17.4

Jangkamasa
1-2 jam

2.17.5

Bahan
kertas, pen, pensil

AKTIVITI 2.18 2.18.1

GUBAHANKU

Objektif
a) Mencungkil bakat dan kreativiti peserta. b) Menanam semangat kerja berpasukan
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
229

2.18.2

Metod
Persembahan

2.18.3

Proses
Peserta dikehendaki membuat persembahan dari bahan-bahan terbuang yang dikumpul sepanjang kursus.

2.18.4

Pengajaran
Kejayaan dicapai melalui kerjasama berpasukan.

2.18.5

Jangkamasa
1 jam

2.18.6

Bahan
mengikut keperluan persembahan

AKTVITI 2.19 2.19.1

IKRAR

Objektif
Mengukuhkan semangat jati diri dan komitmen untuk membuat perubahan yang positif

2.19.2

Metod
Kerja kumpulan

2.19.3

Proses
Setiap ketua kumpulan akan berbincang tentang ikrar yang akan diucapkan berdasarkan objektif program.

2.19.4

Pengajaran
Mengujudkan komitmen dalam setiap diri setiap peserta untuk mengubah tingkahlaku kepada yang lebih baik

2.19.5

Jangkamasa
1 jam

2.19.6
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR

Bahan
Kertas dan Pensil

230

AKTIVITI 2.20 2.20.1

WARKAH KASIH

Objektif
a) Untuk peserta meluahkan perasaan yang terbuku di hati kepada orang yang paling disayangi. b) Melatih remaja meluahkan inspirasi dan perasaan marah/sayang melalui surat. c) Peserta akan menjadi lebih tenteram dan selesa selepas meluahkan perasaan mereka dalam surat kepada orang yang disayangi.

2.20.2

Metod
Kiriman Surat / Nota

2.20.3

Proses
Setiap peserta diberi seorang adik angkat rahsia Setiap peserta diminta menulis surat kepada adik angkat dengan identiti dirahsiakan Peserta diminta memasukkan surat yang ditulis ke dalam kotak pos. Fasilitator akan membaca surat-surat yang dikirim setiap pagi sebelum bermula sesi. Di akhir latihan identiti adik/kakak/abang angkat akan didedahkan.

2.20.4

Pengajaran
a) Belajar menyayangi dan menghormati tanpa mengharapkan balasan b) Kasih sayang hendaklah bermula dari diri sendiri

2.20.5

Jangkamasa
MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR
231

5 minit 10 minit

2.20.6

Bahan
1. Pen 2. Kertas 3. Sampul surat

AKTIVTI1 2.21 2.21.1

NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK

Objektif
a) Membina jati diri dan semangat remaja melalui lagu-lagu patriotik. b) Membentuk keyakinan diri remaja dalam menghadapi kehidupan. c) Menggalakkan remaja supaya berfikiran positif dan sifat sayangkan negara.

2.21.2

Metod
Nyanyian

2.21.3

Proses
a) Para peserta dikehendaki menyanyikan lagu KAU BOLEH( yang diubah suai liriknya oleh peserta sendiri pada hari pertama) dan KERANAMU MALAYSIA . b) Para peserta menyanyi secara beramai-ramai dengan iringan minus one (jika ada). c) Peserta menyanyikan lagu-lagu ini pada setiap malam sebelum sesi berakhir.

2.21.4

Pengajaran
Cintakan negara

2.21.5

Jangkamasa
10 minit

232

MANUAL LATIHAN REMAJA HARAPAN PROSTAR