Anda di halaman 1dari 39

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

GERKO : HOKI

NAMA

: PAVITHRA A/P RANGASAMY : 921023-04-5268 : GERKO HOKI : EN. ZAKARIA : EN. GHAZALI

NO.KAD PENGENALAN SUBJEK NAMA PENSYARAH

TARIKH HANTAR

: 7 OKTOBER 2011

PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang dan sempurna. Tugasan berkenaan Gerko Permainan Hoki tidak dapat saya sempurnakan tanpa bantuan darpada pihak-pihak yang bekerja keras membantu saya, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah penasihat hoki saya diatas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan rakan sekelas yang sedikit sebanyak menyumbang kepada terhasilnya tugasan ini. Semestinya setiap apa yang kita lakukan haruslah berfokus dan bertujuan. Seperti tugasan ini saya perlu mengetahui bagaimana hoki itu tercipta dan dimainkan. Melalui sejarah permainan hinggalah kepada peringkat pertandingan yang dimainkan oleh semua warga dunia sememangnya ia satu permainan yang unik dan mempunyai sistem yang tersendiri.

Dalam tugasan ini saya telah diarahkan untuk menerangkan tentang sejarah, peraturan dan undang-undang, alatan, kawasan dan kemahiran permainan Hoki. Dengan ini, saya mempelajari tentang permainan hoki dengan lebih mendalam dan teliti. Tugasan ini akan membantu saya pada masa yang akan datang semasa mengajar di sekolah. Oleh yang demikian saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung.

Sekian terima kasih.

1.0 PENGENALAN Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais.Di sesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu hoquet yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris menjadi hockey. Ia telah diperkenalkan pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam

Sukan Olimpik pada tahun 1928. Terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam sukan hoki sejak diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Antara perubahan yang berlaku termasuklah undang-undang permainan, cara bermain dan lain-lain lagi.

2.0 Sejarah Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.

Follow up: Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut . oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi dihasilkan untuk menjadikan permainan ini lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan permainan ini. Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama,

namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainan ini

bersaing

dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individuindividu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya. Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun diinggeriskan menjadi hockey.

Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertama telah pun ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan.

Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Permainan Antarabangsa

Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan

terbesar yang berlangsung. Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengelola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat termasuklah India dan Malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand.

Hoki Di malaysia

Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja.Walaubagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan Singapura. Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua peringkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan

lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

3.0 PERALATAN SUKAN

3.1 PADANG Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut: i) Berbentuk segi empat bujur. ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang.

Co Contoh gambar rajah padang hoki

3.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE) Ciri-ciri bulatan jaringan ialah: i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter. ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. iii) Dikenali sebagai kawasan D. iv) Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.

3.3 PINTU GOL

Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut:

i) Terletak di tengah-tengah garisan belakang. ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter. iii) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter. iv) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m 7.5 m. v) Semua tiang gol dicat putih.

3.4 JARING Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai mesh berukuran 45mm dan berbentuk empat segi.

3.5 TIANG-TIANG BENDERA Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter

hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

3.6 BOLA

Ciri-ciri bola: i) Keras, pejal atau kosong ii) Permukaan licin iii) Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak) iv) Berat : 156 g (minimum) 163 g (maksimum) v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) 235 mm (maksimum)

3.7 KAYU HOKI Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:

i) Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan. ii) Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan. iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk J atau U. iv) Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu. v) Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya. vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

3.8 KASUT i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang

mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

3.9 ALATAN PENJAGA GOL Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti: i) Ped kaki - Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut. - Dipasang bersama kickers. - Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki. - Ped hanya berdimensi 300mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan.

ii) Sarung tangan - Diperbuat daripada kulit dan plastik - Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km sejam. - Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh. - Sarung tangan tidak boleh melebihi 228mm lebar dan 355mm panjang.

iii) Alat-alat lain - pelindung dada - ped-ped bahu - penutup muka - pelindung mulut - seluar berped - pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

Contoh alatan penjaga gol

3.10 PERMUKAAN BERMAIN Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda selar(brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan menyebabkan terjatuh. kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain

4.0 PERATURAN ASAS HOKI Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. Demikianlah juga sukan hoki. Setiap guru pelatih perlu mengetahui cara bermain dan peraturan asas yang betul supaya mendapat kepuasan dan keseronokan ketika didedahkan dengan permainan ini. Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah: i) Komposisi pasukan - Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. - Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli. - Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. - Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain. - Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

ii) Mengganti pemain - Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. - Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil. - Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. - Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang.

- Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol. - Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

iii) Ketua pasukan - Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka. - Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten. - Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.

iv) Pakaian dan peralatan pemain - Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan. - Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. - Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.

v) Perlawanan dan keputusannya - Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. - Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. - Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang. - Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.

vi) Permulaan permainan - Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakanpermainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang. - Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar. - Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. - Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan. - Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah. - Ciri-ciri hantaran tengah: - dilakukan di tengah padang - bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut. - apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli. - selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

vii)Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan - Bermain bola dengan back stick - Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan. - Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki. - Menyentuh,memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan. - Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol. - Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu. - Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang. - Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol.

- Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti. - Membuang masa dengan sengaja. - Menghalang pemain. - Menahan,menyepak,menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan. - Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola. - Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil. - Penjaga gol baring di atas bola. - Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan. - Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau manamana bahagian badan. Peraturan Umum dari permainan Hoki adalah sebagai berikut : Seorang pemain dilarang untuk : - Mengangkat stick di atas pundaknya bilamana dapat membahayakan. - Melakukan permainan yang dapat membahayakan - Memukul bola ke udara, mengangkatnya - Menendang atau menahan bola dengan kaki (kecuali penjaga gawang sesuai peraturan) - Memukul, menggigit atau menahan stick lawan - Menghalangi lawan dengan badan atau stick, mendorong,menahan atau menjatuhkan menyandung lawannya. Seorang pemain diperbolehkan untuk : - Menahan bola dengan tangan (sesuai peraturan yang berlaku), sepanjang bola tersebut jatuh dengan segera, jadi bukan menangkap bola melainkan menahan bola dengan telapan tangan yang terbuka. Di dalam D (Striking circle) hanya penjaga gawang diperbolehkan bermain dengan kakinya, menendang dan menahan bola dengan bahagian tubuh badan yang mana saja, tetapi ia tidak bolah berbaring di atas atau di depan bola.

Hukuman yang dapat diberikan adalah : (1) Free hit/pukulan bebas Pukulan bebas dilakukan pada tempat dimana pelanggaran terjadi (2) Penalty corner short corner Penalty corner dapat dilakukan di atas garis pinggi gawang regu yang mendapat hukuman di sebelah mana saja, namun sekurang-kurangnya 2,75 m dari tiang gawang yang terdekat. Penalty corner ini diberikan bilamana seorang diketahui dengan jelas menyentuh bola disebelah daerah gawangnya atau disebabkan sesuatu hal yang dilakukannya di dalam D atau striking circle. (3) Penalty Stroke Penalty stroke diberikan disebabkan kesalahan yang dilakukan dalam D atau striking circle bila seorang pemain yang bertahan dengan jelas menghalangi sebuah bola yang akan masuk dengan cara yang tidak dibenarkan. Penalty stroke dilakukan dari jarak 7,31 m dari depan gawang. Pemain-pemain lainnya harus berada di belakang garis 25 yard. Bilamana penjaga gawang dapat menahan bola maka regu yang bertahan diberikan pukulan bebas (free hit) dari suatu titik 14,63 m dari gawang. (4) Corner hit long corner Corner hit diberikan bilamana seorang pemain dengan tidak sengaja memukul atau memainkan bola ke belakang garis gawangnya dari jarak kurang dari garis 25 yard. Corner hit tersebut dilakukan dari jarak 9,14 m dari tiang gawang terdekat. Untuk hit ini pemain-pemain dari regu yang menyerang harus berada di belakang garis D atau striking circle. (5) Offside Offiside adalah bilamana seorang pemain melampaui 2 pemain lawan di depannya apabila berada di daerah lapangan lawan.

(6) Hit in pukulan ke dalam Bilamana seorang memukul atau menyentuh bola dengan sticknya melampaui garis pinggi, hit ini dilakukan di atas garis oleh seorang pemain lawan dari tempat dimana bola itu keluar lapangan. Pemain-pemain lain dengan sticknya harus berada sekurang-kurangnya dalam jarak 4.55 m dari yang memukul bola. Apabila bola yang dipukul oleh seorang penyerang melampaui garis gawang maka hitnya atau free hit dilakukan dari suatu titik 14,63 pada arah dimana bola tersebut meninggalkan atau keluar lapangan. Demikianlah selayang pandang sejarah perkembangan olahraga Hoki dengan sekelumit gambaran bagaimana olahraga ini dimainkan, beserta peraturan yang bersifat umum disertai peralatan yang digunakan.

5.0 KEMAHIRAN ASAS Hoki yang memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi

memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek,memukul,menguis dan lain-lain lagi.

5.1 MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:

CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK

menggelecek longgar

- Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. - Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. - Mata memandang bola ketika membuat tolakan. - Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. - Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah

menggelecek rapat

- Pegangan seperti menggelecek longgar. - Badan juga seperti menggelecek longgar - Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. - Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

menggelecek Indian

- Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. -Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.

- Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. - Mata seperti menggelecek rapat. - Badan mengikut pergerakan bola.

- Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah. Bagi peringkat pelajar sekolah rendah,kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR 1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu biji bola. 2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata. 3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus. 4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus. 5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut.

A --------------10 meter-------------- B

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir. 7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel. 8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter. 9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar. 10.Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut. 11.Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.

Kemahiran Hoki Mengawal dan Mengelecek Bola


1) Kawalan & Gelecek Kedudukan bola tidak jauh dari kayu, pandangan ke arah depan dan bola

2) Kawalan & Gelecek Menggunakan badan untuk menghalang pihak merampas bola

3) Kawalan & Gelecek Mengawal bola dekat dengan kayu untuk elak dirampas oleh pihak lawan

4) Kawalan & Gelecek Menggunakan reversed stick untuk kawal bola di sebelah kanan badan

5) Kawalan & Gelecek Kedudukan badan antara bola dan pihak lawan boleh elak bola dirampas

6) Kawalan & Gelecek Kegunaan reversed stick semasa elak dari halangan pihak lawan

7) Kawalan & Gelecek Mengawal bola dengan menggunakan sebelah tangan

8) Kawalan & Gelecek Mata pada bola semasa mengawal & mengelecek bola ke kiri kanan

9) Kawalan & Gelecek Mengelak bola di rampas oleh pihak belakang dari bahagian belakang

10) Kawalan & Gelecek Mengelak & melarikan diri dari halangan pihak lawan

5.2 MEMUKUL Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahirankemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain. MEKANIK MEMUKUL/ BUTIRAN MENGAJAR Pegangan

- Letakkankepala kayu hoki di atas tanah - Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar - Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri.

- Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk V apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki. Cara berdiri

- Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. - Kedudukan badan seimbang. - Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu. - Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30 - 40. Bola

- Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa. Ayunan

- Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak. - Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul. - Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju. Badan

- Pada masa bola dipukul, berat badan berada pada kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak. - Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki. Kuasa untuk memukul bola

- Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi. - Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki. Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL 1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga. 2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari. 3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada pasangan. 4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D. 5. Memukul bola yang bergerak dari kanan. a) Secara berempat: A menolak bola ke B B memukul bola ke C C menolak bola ke D D memukul bola ke A Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D. B A C D

b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol. c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat latihan seperti di (c). 6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

5.3 MENGUIT/MENGUIS Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan.

Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing.Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu

cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik. Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan

tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan. Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan jari kayu hoki.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS 1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding tersebut. 2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan. 3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan. 4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut. 5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 5 langkah lalu menguit bola. Peringatan. Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan yang berulangan,pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.

5.4 Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya untukclearance dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak: Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola. Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

5.5 Menahan/menyerkap Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. Mata- memandang pada arah bola Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit. i. Merebut (tackle) Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu: Tackle jab Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk(jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

Tackleforehand Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu. Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Teknik menyerkap

Tackle forehead

Tackle reverse stick

5.6 PENGADILAN Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki:

6.0 PENUTUP

Sukan hoki

merupakan sukan

yang

menyeronokkan. Namun, untuk

memperoleh keseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari terlebih dahulu selain daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan yang baik. Sukan hoki tidaklah terlalu merbahaya sekiranya pemain atau pelajar bermain secara berhati-hati dan memakai perlindungan yang disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani. Pemain hoki juga perlulah menjaga kesihatan diri mereka seorang dengan pemain mengamalkan hoki dan pemakanan yang sesuai dengan diet harian latihan kecergasan supaya dapat

melakukan

mengekalkan badan juga

kecergasan penting

diri. Kepentingan melakukan supaya badan

aktiviti memanaskan bersedia untuk

kita benar-benar

melakukan latihan hoki. Oleh yang demikian, setiap pemain atau pelajar perlu memastikan diri mereka telah melakukan aktiviti memanaskan badan dengan

menumpukan pada bahagian badan yang digunakan dalam sukan hoki.

7.0 REFLEKSI

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi GERKO pada semester kali ini saya telah memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan hoki. Hal ini Bagi

kerana setiap ahli gerko hoki dikehendaki untuk melaksanakan tugasan ini. semester 3, kami untuk mempelajari

telah dibahagikan kepada beberapa gerko yang berlainan setiap sukan yang diajar. Setiap gerko mempunyai

pensyarah yang akan mengajar teknik bagi setiap jenis sukan. Setiap gerko akan mempelajari setiap jenis sukan, namun kami mengamalkan sistem pusingan agar setiap pelajar menghasilkan hasil yang lebih produktif. Disebabkan saya terlibat dalam gerko hoki, saya akan menceritakan pengalaman saya mengenai kelas hoki yang telah dipantau oleh Encik Zakaria dan Encik Ghazali. Sepanjang berada di dalam kelas beliau, saya dapati bahawa

beliau merupakan jurulatih terbaik kerana tidak mengajar kami hanya untuk mengambil peperiksaan, tetapi untuk jatuh cinta dengan sukan hoki. Niat saya

bukan untuk memperoleh markah yang tinggi di dalam penulisan kali ini, tetapi begitulah hakikatnya. pantauannya untuk Beliau sentiasa memastikan melakukan setiap pelajar di bawah

aktiviti memanaskan badan dengan betul dan

matanya juga cekap mengenal pasti kesilapan kami semua. Saya kembali jatuh cinta dengan sukan hoki selepas 4 tahun saya meninggalkan sukan ini gara-gara kawan baik saya mengalami kecederaan kekal ketika perlawanan persahabatan antara sekolah saya dengan Sekolah Menengah Sulaiman dahulu. Perlawanan

itu menjadi saksi saya mengucapkan selamat tinggal hoki kepada jurulatih saya waktu itu. Walaupun peristiwa itu masih berlegar di ingatan saya, setelah menghadiri kelas kendalian Encik Zakaria, saya memperoleh aspirasi untuk terus berada di dalam sukan ini semula. Penulisan saya kali ini juga dipengaruhi oleh gerko yang dikendalikan oleh Encik Othman. Kebanyakan ansur maju yang telah saya titipkan adalah melalui pengalaman saya sendiri menerusi kelas latihan beliau. Saya juga mencari maklumat di bahagian Pendidikan jasmani di dalam perpustakaan selain bergantung kepada hasil carian menerusi internet. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh di dalam bahasa Inggeris dan memerlukan saya untuk

menggunakan kamus dan translasi bahasa kira-kira 45%. Saya juga cuba merujuk kepada kawan-kawan yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sukan hoki. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah saya lakukan untuk menulis mengenai hoki ini. Menerusi tugasan ini saya memperolehi banyak pengetahuan mengenai permainan hoki. Saya mendapat pelbagai maklumat dari segi aspek kemahiran, peraturan, cara bermain , dan alatan permaianan hoki. Dorongan dan latihan yang diberi oleh pensyarah akan saya aplikasikan pada masa hadapan semasa mengajar pelajar saya. Bohonglah sekiranya saya menyatakan bahawa saya tidak kisah dengan markah yang bakal diberikan, namun saya hanya boleh mengatakan bahawa semua keputusan dibuat oleh penilai yang saya pasti seorang yang bijak dan pakar di dalam sukan. Saya sebagai pendatang baru di dalam dunia sukan hanya mampu untuk redha dan perbaiki diri dari semasa ke semasa. Sekian.

8.0 BIBLIOGRAFI

1) Sumber rujukan utama: Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006). Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006) 2) Sumber rujukan kedua: Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005). Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005). .Human Kinetics 3) Sumber rujukan ketiga: Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006) Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4) Sumber rujukan keempat: Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey 5) Sumber rujukan kelima: Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://www.fihockey.org/ 6) Sumber rujukan keenam:Internet. diakses pada 3 Julai 15 Julai 2009.http://apps.citcat.com/en/translate

ISI KANDUNGAN

TAJUK 1.0 PENGENALAN 2.0 SEJARAH HOKI 3.0 PERALATAN SUKAN HOKI 4.0 PERATURAN ASAS HOKI 5.0 KEMAHIRAN ASAS HOKI 6.0 PENUTUP 7.0 REFLEKSI 8.0 BIBLIOGRAFI

MUKA SURAT

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA UNIT SUBJEK NAMA PENSYARAH
TARIKH

: PAVITHRA A/P RANGASAMY : PPISMP SEM 3 PT/PJ/KS : GERKO (HOKI) : ENCIK ZAKARIA
CATATAN T/TANGAN

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

25/08/2011 Menerima soalan tugasan daripada pensyarah gerko hoki EN. ZAKARIA

Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 7 OKTOBER 2011

( ENCIK.ZAKARIA) Memahami kehendak soalan tugasan Membuat agihan tugas. Membuat jadual kerja.

7/09/2011

(R.PAVITHRA ) Cetakan maklumat internet Nota ringkas Catatan bibiliografi (R.PAVITHRA)

12/09/2011 Mencari maklumat dari internet

20/09/2011 Menyediakan draf

Menganalisis maklumat

berdasarkan kehendak tugasan Menghubungkait maklumat yang relevan Membuat huraian terperinci Menaip draf Membetulkan ejaan 28/09/2011 Menghantar hasil subtugasan/draf kasar-semakan dan perbincangan dengan pensyarah pembimbing Menyusun maklumat mengikut keutamaan Memperincikan huraian Memperbaiki cara penulisan bibliografi (EN. ZAKARIA ) Pembetulan telah dilakukan Segala maklumat telah lengkap Lampiran yang perlu telah dimasukkan Tugasan telah dijilid dengan kemas Menghantar tugasan lengkap Diterima dan direkodkan kepada pensyarah pembimbing ( EN. ZAKARIA ) ( EN. ZAKARIA ) ( R.PAVITHRA )

23/09/2011 Menghantar hasil subtugasan/draf kasar-semakan dan perbincangan dengan pensyarah pembimbing

07/10/2011

___________________ (PAVITHRA A/P RANGASAMY) GURU PELATIH

______________________ (ENCIK. ZAKARIA) PENSYARAH PEMBIMBING

Anda mungkin juga menyukai