Anda di halaman 1dari 48

Sejarah Hoki dan Perkembangannya Di Malaysia

Pengkaji-pengkaji terdahulu pernah menjumpai pasu-pasu dengan ukiranukiran yang menunjukan pemain-pemain menggunakan kayu bengkok dalam permainan yang hampir sama dengan permainan hoki . Pasu-pasu itu bertarikh lebih kurang 2050sm dan berasal dari Mesir. Dipercayai perkataan hockey berasal daripada perkataan Perancis hoquet yang membawa erti kayu bengkok yang digunakan oleh gembala . Pada abad ke 15, permainan memukul bola dengan hoquet adalah popular di kalangan gembala di Perancis sebagai satu kegiatan untuk mengisi masa lapang.

Namun begitu, permainan tersebut terus lenyap hinggalah pada tahun 1365, apabila diperkenalkan ke England buat kali pertamanya. Penduduk England memang gemar mencuba apa jua bentuk sukan yang diperkenalkan kepada mereka. Kedatangan sukan ini ke England telah menarik perhatian penduduk di negara tersebut.

Dalam satu jangka masa yang singkat sahaja mereka telah menguasai permainan tersebut dan seterusnya mempamerkan bahawa sukan tersebut telah diterima oleh masyarakat di sana. Permainan tersebut tidak mempunyai satu peraturan atau undang-undang khas mengenainya untuk dijadikan sebagai panduan semasa bermain. Mereka menggunakan pelbagai cara dan teknik. Ini menimbulkan kekecohan kerana pergaduhan sering berlaku, sehingga menyebabkan pertumpahan darah. Corak permainannya menjadi kasar dan tidak teratur dan membawa risiko yang tinggi terhadap pemain. Peristiwa sebegini menyebabkan pihak pemerintahan dan istana di Britian telah mengharamkan permainan tersebut .

Walaupun permainan ini diharamkan, perkembangannya terus berlaku dan akhirnya pengharaman tersebut telah ditarik balik. Dalam masa yang singkat permainan hoki tersebut terus diterima oleh banyak negara di dunia. Dengan adanya

peraturan dan undang-undang, permainan hoki ini menjadi lebih teratur dan selamat. Apabila pengharaman tersebut di tarik balik, maka bermulalah era baru dalam permainan hoki di mana ia semakin diterima oleh negara-negara lain. Permainan ini suatu masa dulu adalah terdiri oleh pemain lelaki, mula berubah menarik minat pemain wanita pula .

Permainan hoki yang lebih teratur dan sistematik telah dianjurkan. Pasukanpasukan hoki mula ditubuhkan dan telah mampu untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara mereka. Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. Pasukan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. Kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hokinya hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemainya hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetepi ia menjadi garis panduan bagi undangundang dan peraturan masa kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadil, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan.

Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undangundang ini diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, permainan hoki telah diterima sebagai satu sukan yang dipertandingkan dan menjadi satu permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang lain .

Pertandingan Hoki

Apabila permainan ini mula dipertandingkan, banyak negara sudah mempunyai pasukan sendiri. Apabila sukan Olimpik unsur moden dimulakan pada tahun 1896, ada ura-ura untuk menyenaraikan permainan hoki dalam acara sukan tersebut, namun begitu ia hanya menjadi sukan pertunjukan sahaja. Permainan hoki

dipertandingkan buat pertama kalinya dalam sukan Olimpik pada tahun 1908 di London. Ini menunjukkan bahawa hoki adalah antara sukan yang terawal dipertandingkan. Pada tahun 1928, terdapat sembilan buah negara yang terlibat dalam sukan hoki.

Pada tahun 1924, dengan hasil usaha beberapa buah negara maka tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation). Tugasnya adalah untuk mengawal dan mengembangkan permainan hoki di peringkat antarabangsa. Antara usaha awal IHF adalah memperkemaskan peraturan serta undang-undang agar permainan tersebut lebih tersusun dan teratur. Ia juga berusaha untuk mengadakan satu pertandingan hoki bertaraf dunia seperti sukan bola sepak. IHF terpaksa berusaha dengan lebih tekun agar setiap negara mempunyai pasukan mereka sendiri .

Negara kita pula merakam sejarah negara dengan menyenaraikan hoki dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956, yang diadakan di Melbourne, Australia. Dalam sukan itu pasukan negara menduduki tempat yang kesembilan. Ini menunjukan negara kita telah menunjukan satu prestasi yang baik dengan menduduki tempat ke sembilan terbaik di dunia. Malaysia tidak hanya menceburi diri pada setakat itu sahaja. Meraka terus berusaha dan mula mengambil bahagian dalam Piala Dunia, Sukan Asia , Sukan SEA dan beberapa kejohanan jemputan anjuran beberapa negara di dunia .

Hoki Di Malaysia

Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. Askar British telah memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama-kelamaan permainan hoki ini mula dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka.

Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri

Selangor dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan di negara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah diadakan di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-negeriSelat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1. Walaupun kalah teruk tetapi ia merupakan satu pengalaman yang baik bagi membentuk sebuah pasukan hoki bertaraf dunia yang kita miliki sekarang ini.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua perlawanan yang diadakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Ini membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja, negara kita telah mula menguasai permainan tersebut dan mempunyai harapan yang cerah di peringkat antarabangsa. Seterusnya permainan hoki dipergiatkan dengan pertandingan-pertandingan atau liga hoki yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan hoki peringkat daerah dan negeri. Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.

Bagi melicinkan pentadbiran sukan dan pertandingan hoki ini. terutama dalam usaha untuk melibatkan diri pada peringkat antarabangsa, maka penubuhan satu organisasi pasukan kebangsaan adalah perlu. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetap MHF. Allahyarham Tun Abdul Razak. Ketika itu menjadi Timbalan Perdana

Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan. Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Ianya juga semakin diperkembangkan ke peringkat sekolah-sekolah. Di peringkat sekolah pula, terdapat beberapa kejohanan yang dianjurkan dari peringkat daerah, zon, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Ini menunjukan bahawa hoki kini adalah satu permainan yang semakin diminati masa kini.

Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.

Kayu Hoki

1.Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjang bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut.

2.Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu

3.Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm apabila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.

4. Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.

5. Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Apabila diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itu dengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.

6. Berat maksimum 737 gram

7. Pita (tape) dan damar boleh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukannya tetap licin.

8. Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti boleh menembusi alat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan. Lembaga Peraturan-Peraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisonal dan bukan tradisional dan akan mengehadkan atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kepada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain. Bola

1. Berbentuk sfera, keras dan dibuat daripada sebarang bahan yang sesuai. 2. Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram. 3. Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm 4. Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan. 5. Warna putih atau seperti dipersetujui.

Pakaian

Mana-mana pakaian yang agak selesa bagi pemain atau pasukan boleh digunakan dalam permainan hoki. Untuk mengelakkan daripada kemalangan atau cedera, pemain perlu menjauhkan daripada memakai benda yang tajam. Juga dinasihatkan supaya setiap pemain menukar pakaian selepas bermain, iaitumenggunakan pakaian yang bersih dan kering. Ini adalah untuk menjauhkan dari mendapat selesema. Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set jersi yang berlainan warna dan bernombor di belakangnya.Seluar pendek digunakan oleh pemain lelaki, tetapi mereka boleh juga menggunakan track bottom. Yang pasti pakaian i t u h e n d a k l a h s e l e s a b a g i p e m a i n semasa bermain.Undang-undang hoki telah menetapkan, iaitu p e m a i n p e r e m p u a n m e m a k a i s k i r t (tunic) ketika bermain dalam perlawanan antarabangsa atau pertandingan yang diiktirafkan. Peralatan lain yang diperlukan oleh pemain hoki ialah but s t o k i n g panjang dan shin pad. Pemakaian but amat penting terutamanya jika padang basah atau lembut bagi mengelakkan pemain daripada terjatuh.

Kasut

Walaupun anda boleh memakai apa sahaja jenis kasut, tetapi daripada s e g i keselamatan, kasut yang mempunyai pancang (spike), tetungku y a n g terjulur (protruding studs) dan paku -paku (nails) tidak dibenarkan. Kasut yang mempunyai tetungku getah bars dicadangkan.Untuk permukaan tiruan, kasut khas harus digunakan. Kegunaan padang yang mempunyai permukaan tiruan sangat popular sekarang. Kasut khas untuk kegunaan di atas permukaan tiruan membenarkan anda mempunyai tempat berpijak yang baik di atas permukaan basah tanpa tergelincir dan pada masa y a n g s a m a membenarkan anda menukar arah dengan cepat tanpa kasut tersekat oleh rumput(turf).

Alatan Penjaga Gol

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik disebabkan perana nnya di dalam pasukan. Penjaga gol mesti memakai ped di kakinya. Ped dipakai daripada pergelangan kaki sehingga ke lutut dan cukup ringan untuk bergerak. Sekarang, p e d f i b r e - g l a s s d e n g a n p e n u t u p k u l i t a d a l a h p o p u l a r . P e d - p e d l a m a y a n g dipasang dengan kickers dan diisi dengan kapas, sabut dan gentian lain kurang popular kerana berat dan kecenderungannya meresap air di padang basah dan menjadi lebih berat. Ini akan meletihkan penjaga gol apabila permainan diteruskan dan ped-ped bertambah berat. Hari ini ped-ped

mempunyai kicker pasang tanggal.Kickersmesti menutup kesuluruhan kaki dan memberi perlindungan yang sempurna kepadanya . B i a s a n y a tempat yang mudah cedera ialah di kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambung kickers di atas pergelangan kaki. Sarung tangan penjaga gol mesti mempunyai sarung untuk setiap bahagian jari tanpa selaput jari. Gunakan sarung tangan yang lembut dan boleh memegang hoki dengan kukuh. Jika penjaga gol hanya memakai sebelah sarung tangan sahaja, mesti memakainya di tangan kiri dan memegang kayu hoki di tangan kanan supaya dia bersedia untuk menggunakan kedua-dua tangan atau salah satu t a n g a n n y a . Perlindungan kemola untuk penjaga gol lelaki, pelindung dari ped-ped bahu, penutup muka dan seluar berped melengkapi alatan penjaga gol.

Hoki penjaga gol

Glove penjaga gol

Ped penjaga gol

Helmet penjaga gol

1. Kawasan Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain -pemain akan penuh sesak dan kemungkinan besar mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola ke dalam gol.Sehubungan itu pemain a g a k s u k a r u n t u k m e l a k u k a n k e m a h i r a n k e m a h i r a n l a i n s e p e r t i m e n g e l e c e k d a n mencedok bola. Sebaliknya, jika kawasan padang permainan terlalu luas , keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk melakukan hantaran bola kepada rakan sepasukan kerana jarak kedudukan mereka di antara satu sama lain agak jauh. Mengikut undang-undang dan peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segi empat bujur yang berukuran 91.4 meter panjang dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda tertentu seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis r u m p u t atau lain-lain bahan yan g tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas p a d a n g j e n i s b e r u m p u t t i r u a n a t a u jenis Astroturf adalah lebih baik daripada padang berumput biasa. Ini kerana di atas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Padang hoki

2. Gol

Jarak di antara gol ialah 3.67 meter dan tingginya ialah 2.1 meter. Ukuran tersebut dikira dari bahagian dalam, iaitu dari permukaan kayu sebelah dalam tiang gol ke permukaan dalam tiang gol yang satu lagi dan juga dari permukaan bawah palang gol ke permukaan padang. Tiang gol dan juga palangnya hendaklah diperbuat daripada bahan yang rata permukaanya dan lebarnya 5.08cm di bahagian yang menghadap padang permainan. Satu bidang jaring hendaklah dipasang dalam bentuk kotak segi empat bujur dan dilekatkan pada bahagian belakang gol serta di luar kawasan permainan.

3. Bendera Tiang bendera hendaklah ditempatkan pada setiap penjuru padang hoki dan juga di luar padang bertentangan dengan garisan pertengahan kawasan permainan. Bendera di garis luar padang permainan yang diletakkan bertentangan dengan garis 22.9 meter tidak diperlukan oleh undang-undang hoki antarabangsa. Pemasangan bendera tersebut adalah untuk memudahkan penglihatan dan pengamatan pemain dan juga pengadil. Setiap tiang bendera hendaklah tingginya sekurang-kurang 1.22 meter dan setiap satunya tidak boleh ditanggalkan semasa permainan diadakan. Warna bendera pada setiap tiang terpulang kepada kelab atau pasukan berkenaan.

Kemahiran hoki amat kompleks kerana adanya penggunaan kayu untuk memukul bola yang mana pergerakan pemain -pemainnya dikawal oleh beberapa undang-undang tertentu. Untuk membolehkan seseorang itu bermain hoki, ia perlu memperoleh be berapa k e m a h i r a n a s a s , t e r u t a m a sekali dalam aspek kawalan.Dalam kemahiran asas pengawalan, terdapat beberapa pergerakan yang sering juga disebut kemahiran-kemahiran secara khusus atau berasingan. Kemahiran asa itu adalah seperti yang berikut:

1. Mengawal bola 2. Mengelecek 3. Menyerkap 4. Membuat elakan 5. Menjaga gol

1. Mengawal bola Berikut terdapat beberapa panduan pengajaran yang boleh digunakan untuk kemahiran mengawal bola. i) ii) iii) Berdiri dan mula melangkah dengan kaki kiri di hadapan. Kayu hoki dipegang di hadapan badan selari dengan tanah. Bahagian kepala kayu berada di sebelah kanan badan pemain dengan tangan kanan memegang sejarak lebih kurang 15.2cm dari kepala kayu tersebut. iv) Tangan kiri berada tidak berapa jauh dari tangan kanan di bahagian berdekatan dengan pemegang kayu. v) Bahagian lebar kayu, iaitu permukaan ratanya, hendaklah menghala ke langit.

vi)

Bola dikenakan pada permukaan rata supaya melantun seberapa banyak ulangan yang boleh.

vii)

Mata pelaku hendaklah sentiasa melihat pergerakan bola.

LATIHAN Kemahiran mengawal bola boleh dilantik menerusi gerak kerja secara berperingkatperingkat seperti berikut:

1. Secara perseorangan pemain melantun bola sambil berjalan perlahan-lahan dan diikuti dengan berjalan cepat dan berlari anak. 2. Secara perseoran gan pemain melantun bola dengan mengenakannya pada semua bahagian kayu pemukul. 3. Secara berpasangan dan berh adapan antara satu dengan lain pemain melantun bola secara b ergilir-gilir.

PERMAINAN KECIL

Bertiga-tiga orang pemain diperlukan. Seorang memegang kayu hoki sebagai jaring setinggi-tinggi paras dada. Dua orang lagi berada di sebelah jaring dengan menghadapkannya. Mereka cuba melantunkan bola supaya melepasi jaring dengan menggunakan kayu hoki dan bola itu hendaklah tidak jatuh ke tanah. Bola hendaklah dikenakan pada kayu hoki semasa berada di bawah paras jaring. Satu mata kemenangan diberikan jika lawan tidak dapat menyambut bola dengan kayu hoki. Masa penamat boleh diubahsuai mengikut keadaan masa.Pada kebiasaannya lima mata amat sesuai digunakan.

X1

X2

X3

Pemain

Jaring

Pemain

2. Mengelecek

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis cara mengelecek yang biasa digunakan o leh pemain hoki, iaitu mengelecek di sebelah kanan (close dribbling)dan mengelecek di hadapan (Indian dribbling)

i)

Mengelecek di sebelah kanan

Beberapa panduan seperti berikut adalah perlu semasa mendedahkan kemahiran mengelecek.

a) Pemain berdiri serta melangkah dengan kaki kiri di hadapan. b) Tangan kiri pemain berada di sebelah hujung kayu deng an pegangan berbentuk V menghala ke kepala kayu. c) Tangan kanan pemain memegang kayu di sebelah bawah tangan kiri sejarak lebih kurang 15.2 cm dengan tapaknya mengenakan di bahagian belakang kayu. d) Bola berada di sebelah kaki kanan pemain dan selari dengan hujun g kaki kirinya serta di bawah arah dahi. e) Kayu diletakkan dengan sebelah permukaan ratanya mengenakan bola serta melentangkannya sedikit. Permukaan rata kayu hendaklah mengarahkan ke tempat arah bola. f) Mata pemain hendaklah melihat bola dengan badan membongko k sedikit. g) Bola ditolak dengan mengenakan permukaan kayu.

Rajah 1.8 Mengelecek di sebelah kanan

LATIHAN

1. Secara perseorangan pemain berjalan biasa tanpa bola sambil mengelecek dengan menggunakan kayu hoki. 2. Secara perseorangan pemain berjalan biasa sambil mengelecek bola denganmenggunakan kayu hoki, diikuti dengan lari perlahan-lahan. 3. Mengelecek melalui halangan sebaris. 4. Mengelecek dalam satu kawasan berbentuk bulatan atau segi empat. Apabila diisyaratkan, pemain meninggalkan bola dan mata ke hadapan untuk mengelecek bola lain yang ditinggalkan oleh rakan.

ii) Mengelecek di hadapan a) Pemain berdiri dengan mengangkangkan kaki. b) Kayu diletakkan di atas tanah dan di hadapan badan pemain supaya permukaan ratanya mengenakan tanah. c) Hujung kayu hendaklah berdekatan dengan kaki pemain. d) Tangan kiri pemain memegang hujung kayu dengan dalam bentuk V sambil tangan tersebut menghala ke arah belakang kayu. e) Tangan kanan pemain berada di bawah tangan kirinya sejarak lebih kurang 15.2cm dengan tapak tangan dikenakan pada sebelah belakang kayu. f) Bola berada di sebelah kaki kanan dan di bawah aras dahi pemain. g) Badan pemain dibongkokkan sedikit serta mengenakan bahagian permukaan kayu di belakang bola. h) Mata pemain hendaklah sentiasa melihat bola. i) Bola ditolak di hadapan kaki kiri pemain sambil melangkahkannya. Pada ketika itu kayu hendaklah berada di hadapan bola sambil melungkupkannya. Kilasan dilakukan dengan melonggarkan genggaman tangan kanan dan diketatkan semula apabila kayu berada di hadapan bola. j) Selepas itu bola ditolak ke kanan sambil kaki kanan pemain melangkah. k) Pemain mengembalikan kayu hoki seperti asal untuk persediaan tolak ke kiri.

Rajah 1.9 Menggelecek Indian

LATIHAN

1. Secara perseorangan pemain berjalan sambil mengelecek bola dengan menggunakan kayu hoki ke suatu jarak yang ditetapkan dan diikuti dengan larian perlahan. 2. Mengelecek melalui halangan sebaris.Pemain berlari sambil mengelecek bola melalui halangan. 3. Mengelecek dalam satu kawasan berbentuk bulatan atau segi empat. Apabila diisyaratkan, pemain meninggalkan bola dan mata ke hadapan untuk mengelecek bola lain yang ditinggalkan oleh rakan. 4. Mengelecek di atas garisan D. Pemain mengelecek bola di sepanjang garis D seorang demi seorang tanpa halangan.

KESILAPAN

1. Memukul bola dan bukannya menolak bola 2. Memukul bola serta mengejarinya dan bukannya mengekalkan kawalan terhadap bola. 3. Menentukan bola di bahagian sebelah kanan badan pemain. 4. Gagal menyekat bola semasa berada di sebelah kiri badan. 5. Kayu hoki tidak dipegang supaya berdiri tegak. 6. Tangan kanan pemain memegang kayu hoki pada bahagian bawah yang berhampiran dengan bahagian kepalanya.

3. Menyerkap

Pada kebiasaannya, terdapat 2 jenis atau cara menyerkap atau menahan bola yang digunakan oleh pemain hoki, iaitu menyerkap di hadapan badan dan menyerkap di kiri badan. i ) M e n y e r k a p d i H a d a p a n B a d a n

a) Pemain berdiri mengangkang menghadap ke arah bola. b) Tangan kiri pemain memegang bahagian pangkal kayu dengan tangan kanan menghadap ke badan. c) Tangan kanan pemain berada lebih kurang 15.2cm di bawah tangan kiri, iaitu berdekatan dengan hujung kepala kayu hoki dengan tapak tangannya menghala ke hadapan. d) Bentuk V yang dibuat oleh ibu jari kiri pemain menghala ke hujung kepala kayu. e) Apabila bola datang dan menuju ke arah pemain, kayu ditunjukkan ke arah bola sambil menegakkannya. f) Lengan kiri pemain dibengkokan dan sikunya berada lebih tinggi dari tangan g) Lengan kanan pemain berada dalam keadaan agak lurus. h) Badan pemain dibengkokan sedikit. i) Pastikan kedudukan agar arah bola menghala ke kaki kanan di mana kayu ditempatkan dan mata memandang bola. j) Bola hendaklah dikenakan pada bahagian rata dan dibahagian lurus kayu. k) Semasa bola menyentuh kayu, kepala kayu hendaklah dirapatkan ke tanah dan juga dicondongkan sedikit ke hadapan.

Rajah 1.10 Menyerkap di hadapan Badan LATIHAN Kemahiran menyerkap di hadapan badan boleh dilatih dengan menggunakan gerak kerja berikut mengikut peringkat yang diberikan.

1. Secara perseorangan pemain melakukan kemahiran menyerkap di hadapan tanpa menggunakan bola. 2. Berdua pemain menyerkap bola yang digulingkan oleh rakan dari jarak 5 meter. 3. Secara berdua pemain menyerkap bola yang dipukul oleh rakan secara terkawal. 4. Secara bertiga dan pemain-pemain berada dalam satu baris.Peserta di tengah cuba menyerkap bola hasil dari tolakan oleh dua peserta lain secara berselang. i i ) M e n y e r k a p d i k i r i B a d a n

a) Berdiri sambil mengangkangkan kaki dan menghadap bola. b) Tangan kiri berada di pangkal kayu hoki dengan tapaknya menghala ke badan. c) Tangan kanan berada lebih kurang 15.2 cm di bawah tangan kiri dengan tapaknya menghala ke hadapan. d) Tangan kiri dengan bentuk V menghala ke hujung kepala kayu hoki. e) Apabila bola menuju ke arah kaki, kaki kanan dilangkahkan ke kiri dan mengilaskannya supaya hujung kepalanya menyentuh tanah. Kilasan ini dilakukan secara melonggarkan genggaman tangan kanan dengan pergerakan ke arah menentang pusingan jam. f) Bahagian rata kayu menghala ke arah bola. g) Mata memandang pada bola dan badan membongkok dengan lutut kanan dibengkokkan.

Rajah 1.10 Menyerkap di Kiri Badan

LATIHAN Kemahiran menyerkap di kiri badan boleh dilatih dengan menggunakan gerak kerja berikut:

a) Secara perseorangan lakukan kemahiran menyerkap di kiri badan sambil bergerak tanpa menggunakan bola. b) Secara berdua serkap bola yang digulingkan oleh rakan di kiri badan dari jarak 4 meter. c) Secara berdua serkap bola yang ditolak oleh rakan di kiri badan. d) Bertiga dalam satu baris pemain di tengah cuba menyerkap bola di sebelah kiri badan hasil dari pukulan dua peserta lain secara berselang. e) Bertiga dalam satu baris pemain di tengah cuba menyerkap bola di sebelah kiri badan hasil dari tolakan dua peserta lain secara berselang.

Kesilapan 1. Memukul bola dan bukanya menarik kayu hoki untuk mengurangkan pergerakannya. 2. Menyerkap bola yang terlalu dekat dengan kaki 3. Kaki dihalakan ke arah bola dan bukannya ke arah yang akan ditujui oleh pemain. 4. Tidak bergerak untuk mendapatkan bola semasa ia menuju ke arah pemain, iaitu menunggu kedatangan bola.

4. Mengelak Terdapat dua jenis mengelak (dodging) yang biasa digunakan oleh pemain hoki, iaitu mengelak ke kanan dan mengelak ke kiri.

a)Mengelak ke kanan Berikut terdapat beberapa panduan yang sesuai digunakan semasa melakukan kemahiran mengelak ke kanan. 1. Berdiri mengangkang serta kayu hoki berada di tangan dengan badan membongkok sedikit ke depan. 2. Bola berada di hadapan badan dan di bawah paras dahi. 3. Badan dicondongkan ke kiri dan elakkan semula ke kanan.

4. Langkah kaki kiri ke hadapan kaki kanan sambil menolak bola ke kanan dan ke hadapan serta maju.

LATIHAN Kemahiran mengelak ke kanan oleh dilatih dengan menggunakan gerak kerja berikut:

1. Secara peseorangan, mengelak ke kanan tanpa menggunakan bola sambil berjalan. 2. Secara perseorangan, mengelak ke kanan tanpa menggunakan bola sambil berlari anak. 3. Secara perseorangan, mengelak ke kanan dengan menggunkan bola dengan bergerak selangkah dua. 4. Secara perseorangan, mengelak ke kanan dengan menggunakan bola sambil berlari. 5. Secara berpasangan seorang mengelak ke kanan dengan bola dan seorang lagi menunggu. 6. Secara berpasangan seorang mengelak ke kanan dengan bola dan seorang lagi cuba menghalang.

b) Mengelak ke Kiri Berikut adalah beberapa panduan yang sesuai untuk kemahiran mengelak ke kiri:

1. Berdiri mengangkang dengan kayu di tangan dan badan membongkok ke depan. 2. Bola berada di hadapan badan dan di bawah aras dahi. 3. Badan dicondongkan ke kanan dan elakkan semula ke kiri. 4. Langkah kaki kanan ke hadapan kaki kiri sambil menolak bola ke kiri dan ke hadapan serta maju.

LATIHAN 1. Tanpa bola sambil bergerak selangkah dua, diikuti dengan berjalan, berlari anak dan berlari biasa. 2. Dengan bola sambil bergerak selangkah dua, diikuti dengan berjalan, berlari anak dan berlari biasa.

3. Latihan tersebut boleh dijalankan secara a) Perseorangan dengan menggunakan satu atau beberapa halangan atau b) Berdua dengan seorang darinya menunggu atau berdua dengan seorang darinya cuba menghalang.

KESILAPAN 1. Mengelak terlalu awal atau terlalu lewat. 2. Mengurangkan kelajuan apabila menghadap pemain lawan. 3. Mencondongkan badan ke arah yang akan dilakukan mengelak.

5. Menjaga gol

Penjaga gol

Oleh kerana penjaga gol adalah pemain yang penting, dia mesti mempunyai kemahiran-kemahiran sukan yang diperlukan untuk seorang penjaga gol hoki. Dia mesti berkebolehan menggunakan kedua -dua kakinya untuk menahan, memesong dan me njauhkan atau untuk menghantar bola. Dia mesti boleh menggunakan tangannyauntuk menyelamatkan bola. Dia mesti boleh menggunaka kayunya untuk memukul ,menolak dan menguis bola daripadanya atau untuk menghantar bola kepada pemain pasukannya untuk memulakan serangan.Dia juga harus menggunakan badannyasemasa dia terbaring untuk mengadang sudut pintu gol. Ringkasnya, seorang penjaga gol memerlukan: a) Kemahiran sukan menggunakan kaki tangan, badan dan kayu b) Kemahiran fisiologi kepantasan, kekuatan, ketangkasan, fleksibiliti, koordinasi tangan, mata dan imbangan. c) Kualiti mental konsentrasi, keyakinan dan tenang. d) Kualiti social kepimpinan dan kerjasama

ALATAN PENJAGA GOL Seorang penjaga gol harus memakai banyak alatan perlindungan tambahan kerana peranannya di dalam pasukan adalah berbahaya. Antara peralatannya ialah: a) 1 pasang pelindung kaki b) 1 pasang-kickers (disambungkan kepada ped-ped) c) 1 pelindung abdomen/pelindung groin (untuk lelaki) d) 1 pasang-sarung tangan (dengan sarung tangan bahagian dalam jika diperlukan) e) 1 pasang-seluar penjaga gol yang berped f) 1 - kayu hoki g) 1 pelindung mulut h) 1 pasang-ped siku i) 1 pelindung dada j) 1 topi keledar

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENJAGA GOL Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan seperti di bawah: 1. Cara asas berdiri dan pergerakan melintasi gol. 2. Kemahiran menggunakan kaki atau ped -ped 3. Kemahiran menggunakan tangan atau sarung tangan 4. Kemahiran menggunakan tubuh badan 5. Kemahiran menggunakan kayu hoki.

POSISI BERSEDIA UNTUK PENJAGA GOL Posisi asas seorang penjaga gol diambil apabila dia mendapati jaringan akan dilakukan atau apabila penyerang sedang bergerak ke dalam kawasan D adalah sangat penting. Cara berdiri dengan betul akan membolehkan dia menahan jaringan dengansenang dan juga membolehkannya bergerak ke hadapan atau ke belakang, meluncur, menerpa atau melompat dengan cepat untuk menyelamatkan gol.Di bawah adalah posisi yang dicadangkan:

a) Berdiri menghadap bo la. b) Kaki rapat supaya kedua -dua ped bersentuhan, membentuk satu dinding. c) Lutut-lutut dibengkokan sedikit pada sudut 120 -130 di belakang lutut.Ini akan membolehkan pergerakan yang lebih cepat. d) Badan dibengkokkan sedikit dengan pusat gravity di hadapan jari kaki. Jika posisi anda betul, anda akan berdiri di atas be bola kaki anda. (dengan membengkokkan lutut-lutut anda akan membongkokkan badan dan menurunkan pusat gravity anda ini membolehkan anda bergerak cepat ke mana-mana arah). Selain daripada itu, adalah lebih senang memandang bola daripada posisi ini, terutam a di dalam kumpulan ramai atau keadaan kelam-kabut. e) Kayu hoki dipegang di tangan kanan dengan pegangan hampir di atas bahagian tengah. Ia sepatutnya memberi anda satu keadaan yang selesa untuk mengambil satu pukulan cepat dengan sebelah tangan. f) Tangan kiri berada dekat badan dengan siku menghadap ke bawah dan lenganbawah ke atas, dan buka dengan selesa untuk bermain jikalau berlaku apaapa jaringan di udara. MENGHALANG ATAU MEREBUT BOLA Berikut terdapat beberapa panduan yang perlu semasa melakuka n kemahiran menghalang atau merebut bola:

1. Berdiri melangkah dengan kaki kiri berada di hadapan badan. 2. Tangan kanan memegang kayu hoki pada bahagian hujungnya dan bentuk V yang dibuat oleh ibu jari menghala ke hujung kepala kayu hoki. 3. Tangan kanan berada di bawah tangan kiri sejarak lebih kurang 20cm dengan tapaknya di bahagian belakang kayu hoki. 4. Mata memandang pada kayu yang dikelecek. 5. Semasa bola berada pada jarak yang sesuai, tangan kiri mengayun kayu hoki dengan tangan kanan mengawasinya . 6. Kayu hoki hendaklah diayun dengan kuat dan tepat pada sasaran.

LATIHAN Untuk membolehkan seseorang itu mahir dalam kemahiran menghalang atau merebut bola, gerak kerja berikut boleh digunakan semasa menjalani latihan. 1.Berdua-Salah seorang pemain cuba menghalang bola yang dikelecek oleh rakannya. Pemain akan cuba menghalang a) Tanpa bergerak b) Sambil berjalan c) Sambil berlari anak d) Sambil berlari pantas. 2. Bertiga-Salah seorang pemain cuba menghalang bola yang dikelecek oleh dua orang rakannya secara sambil a) Berjalan b) Berlari anak

c) Berlari pantas

KESILAPAN 1. Mengenakan bola yang berada di kayu pemain lawan 2. Menerpa kayu hoki kea rah bola dan bukannya menempatkan kayu hoki ke bola dengan pegangan yang kemas. 3. Bahu kiri tidak mendahului badan. 4. Kayu hoki berada secara bersudut ke arah depan.

MEMBUAT HANTARAN Membuat hantaran dalam permainan hoki mempunyai beberapa kemahiran yang berlainan. Di antara kemahiran tersebut termasuk memukul biasa, membuat pukulan sudut, membuat tolakan, menguis dan membuat pukulan penalty.

MEMUKUL Berikut terdapat beberapa panduan yang sesuia untuk mendedahkan kemahiran memukul:

1. Berdiri dan mengangkang sedikit dengan bahu kiri menghala kea rah penujuan. 2. Kedua-dua belah tangan berada berdekatan, memegang kayu hoki berhampiran pangkalnya dengan erat. 3. Bahagian rata kayu menghala kea rah kiri badan. 4. Kedua-dua tangan dikilas ke dalam 5. Bola berada di hadapan kaki kiri sejarak yang agak selesa. 6. Kayu dan lengan diayun ke kanan dan berat badan berada di atas kaki kanan. 7. Kayu diayun kembali untuk melakukan pukulan. 8. Semasa memukul bola berat badan ditukar ke kaki kiri. 9. Kayu hendaklah pada setiap masa berada di bawah aras bahu dan mata hendaklah memandang bola. 10. Selepas memukul, kayu hendaklah dengan segera dilungkupkan dan berada dalam keadaan ikut terus serta menunjukkan arah bola dengan mata memandang ke arah bola.

Teknik-teknik memukul

LATIHAN 1. Secara perseorangan pemain berlatih memukul tanpa bola 2. Secara perseorangan atau berdua pemain berlatih memukul bola tanpa melangkah 3. Secara perseorangan atau berdua.pemain berlatih memukul bola dengan mengambil beberapa langkah a) Menuju jarak 22 meter dan b) Dari atas garis D kea rah gol. 4. Mengelecek di sebelah kanan (mendekat) dan juga mengelecek di hadapan di atas garis D kemudian memukul bola ke arah gol.

KESILAPAN 1. Gagal merapatkan kedua-dua belah tangan 2. Semasa ayunan ke arah belakang, kepala kayu hoki tidak terkawal 3. Kedua-dua pergelangan tangan terlampau kaku semasa menghayun kayu ke belakang dan juga ke arah depan. 4. Bola tidak dipukul dengan menggunakan kekuatan tangan kanan.

5. Pegangan kayu tidak kemas menyebabkan ia memutar semasa memukul bola.

MENOLAK 1. Kepentingan kemahiran menolak

Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkandengan kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan serta merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Kemahiran menolak sangat berguna untuk Clearance cepat atau jaringan. Kemahiran ini juga boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak boleh digunakan. Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas danboleh dilakukan semasa pemain bergerak dengan cepat.Kelebihan strok ini adalah ia dapat melindungi niat pemain.Ini kerana pemain tidak menggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat dan menjangka bila dan mana bola akan dihantar.

2.Mekanik menolak dan butiran mengajar

Pegangan Tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang dengan kuat di tengah kayu. Cara berdiri Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran.Kaki berjarak untuk mendapat tapak yang kukuh. Jari kaki kiri menunjuk ke arah sasaran.Strok ini adalah cara menolak bola dengan kuat di atas tanah. Hayunan tidak digunakan dan keseluruhan aksi dilakukan dengan pergelangan tangan yang kukuh dan pemindahan berat badan daripada kaki ke kaki. Memegang kayu hoki dengan cara yang sama untuk mengelecek dan menerima bola. Letakkan kayu hoki di belakang bola dan menyentuh bola. Berat badan di kaki belakang. Pastikan kepala berada di atas bola, ke hadapan (dengan memindahkan berat badan) ke kaki depan, dan serentakmenolak bola dengan kuat, ikut lajak kayu hoki kearah mana anda hendak bolabergerak.Pastikan tidak ada bunyi semasa kayu hoki menyentuh bola dan bola

patut bergolek dengan licin di atas tanah.Uangi latihan kemahiran ini sehingga tolakan menjadi kuat, rata, tetap dan cepat pada masa ia dilakukan. 3.Kesilapan biasa dan pembetulan Kesilapan a) Tidak menolak bola ke arah yang hendak bola bergerak.Kayu hoki membuat satu arc di hadapan badan. Pembetulan Menolak bola ke arah ia hendak digerakkan. Kayu hoki bergerak mengikut garisan di mana kuasa ditumpukan.

Kesilapan b) Tolakan naik ke udara. Bola terlalu di hadapan kaki depan. Kayu hoki menyentuh bola dengan bersudut. Pembetulan Bola harus bergerak ke atas tanah.

MENGUIT / MENGUIS 1.Kepentingan kemahiran menguis Untuk menjaringkan gol kemahiran menguit adalah penting kerana ia tidak memerlukan pergerakan persediaan untuk menguit bola dengan terkawal.Ia jugaboleh mengelirukan pemain lawan ke mana bola akan dihantar.Kemahiran menguit adalah sangat berguna untuk melepaskan bola daripada kayu hoki pihak lawan dan menghantar hantaran jauh kepada pemain forward pasukan anda. 2.Mekanik menguit dan butiran mengajar Kemahiran menguit adalah strok tolakan yang dinaikkan dan selalu berpusing. Pegangan dan cara melakukan kemahiran menolak. Persamaan di antara keduadua kemahiran ini ialah pegangan, pergerakan, tolakan. Tidak ada hayunan belakang kerana pergerakan bermula dengan kayu hoki di belakang bola, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan ikut lajak yang baik.

Kedudukan kayu hoki ketika menguit dan menolak bola Bola Letakkan bola di hadapan kaki depan.

Strok Berat badan berada di kaki belakang sehingga kayu hoki diletakkan di bawah bola, sebelum berat badan dipindahkan ke kaki depan. Ini akan menyebabkan bola mendapat peluncuran yang baik untuk melakukan sesuatu hantaran panjang atau jaringan. Semasa melakukan kemahiran menguit , satu pergerakan putaran yang cepat dengan pergelangan tangan akan menyebabkan kuitan itu berputar. Strok ini sangat sukar untuk dikawal oleh penjaga gol.

Kayu Semasa menyentuh bola, kayu hoki hendaklah menghadap ke atas sedikit.Putaran adalah bahagian strok yang paling susah. Bahagian rata kayu hoki melakukan putaran. Cuba kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh. Sentuhan bermula dengan sebelah kanan bila, kemudian sebelah bawah bola, sebelah kiri bola dan akhirnya kuit dengan jari kayu hoki.

3.Kesilapan biasa dan pembetulan

Kesilapan Tumpuan diberikan kepada menaikkan bola dan tidak kepada tolakan yang kuat.

Pembetulan Tumpuan patut diberikan kepada tolakan yang kuat ke udara.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari lapan belas (18) orang pemain yang terdiridari pegawai/anggota/kakitangan Jabatan Penjara Malaysia.

Pendaftaran hendaklahmenggunakan Borang yang telah disediakan. Pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang dipakainya di sepanjang pertandingan ini. Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlakusedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secaraautomatik.

Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

Semua perlawanan akan dijalankan di lokasi yang akan ditentukan perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur. Masa bagi semua perlawanan adalah 35+5+35 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanandimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan

kepada mana-mana pasukan jika pasukanlawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnyadimulakan.

FORMAT PERTANDINGAN

Perlawanan akan dijalankan secara sebelas (11) sebelah. Sekiranya lima (5) atau kurang pasukan mengambil bahagian, perlawanan pusingan awal akanakan dijalankan secara liga satu kumpulan. Pada pusingan seterusnya, pasukan di kedudukanpertama dan kedua akan bertemu untuk menentukan johan dan naib johan manakala pasukan dikedudukan ke tiga dan keempat akan bertemu untuk menentukan kedudukan tempat ketiga.

Sekiranya enam (6) atau lebih pasukan mengambil bahagian, pasukanpasukan yang bertandingakan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukandengan cara undian.

Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga. Johan dan NaibJohan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan Johan Kumpulan Bdalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat akhir.Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.

Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedahberikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak. Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak Jika masih seri juga, pasukan yang menang dalam perlawanan sebelumnya.Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yangbanyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,

Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagimenentukan pemenang.Di peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya

dua pasukan yang bermain masih dalamkedudukan seri setelah masa sebenar tamat, perlawanan akan diteruskan dengan masa tambahan 15 minit dengan 7 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit untuk pertukaran padang. Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akandiberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkansebagai pemenang. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagi menentukan pemenang

. PERTUKARAN PEMAIN

Tiada had dikenakan untuk pertukaran pemain pada sesuatu perlawanan. Pemain yang diganti dibenarkan mengambil bahagian semula dalam perlawanan.

Pemain yang digantung permainan tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian.

KEMENANGAN PERCUMA

Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut : Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnyadimulakan Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan. Tidak mahu meneruskan perlawanan. Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0. Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukanlawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan

tersebut secara automatik terkeluar darikejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

Penalti Corners

Jika satu pasukan mempertahankan pecah kaedah-kaedah tertentu, pasukan lain boleh dianugerahkan 'sudut penalti.' Ianya dianugerahkan apabila satu pasukan melanggar peraturan semasa mempertahankan dalam 'bulatan menembak' mereka. Ia juga boleh dianugerahkan apabila pemain pertahanan melakukan busuk buruk di dalam suku mempertahankan bidang luas yang dikelilingi oleh 23 meter line dari akhir setiap bidang.

Untuk mengambil sudut penalti, permainan dihentikan untuk membolehkan pasukan untuk mengambil kedudukan mereka dalam serangan dan pertahanan. Satu penyerang berdiri dengan bola di tempat yang ditetapkan pada garisan belakang (garis yang menandakan sempadan padang permainan yang lebih pendek dan yang matlamatnya ialah diletakkan). Pemain ini akan 'menolak' bola kepada penyerang lain, yang menunggu untuk mengambil pukulan pada matlamat. Penyerang lain yang biasanya menunggu di bahagian atas bulatan rakaman untuk menerima bola. Tetapi dalam hal mana-mana, semua penyerang perlu berada di luar bulatan rakaman sehingga sudut penalti bermula.

Sehingga lima pembela (termasuk penjaga gol) kedudukan diri mereka di belakang garisan belakang (sama ada dalam atau di luar matlamat) untuk mempertahankan terhadap sudut penalti. Lain pembela mesti tinggal di belakang garis tengah sehingga 'menolak' telah diambil.

Bola 'ditolak keluar' kepada salah seorang penyerang yang menunggu untuk menerimanya. Sebelum pukulan pada matlamat yang boleh diambil, bola mesti terlebih dahulu perjalanan di luar bulatan. Penerima kemudian menolak biasanya kembali ke dalam bulatan untuk tembakan sama ada oleh isteri / sendiri atau dengan

penyerang lain.

Jika pukulan pertama merupakan suatu yang popular (berbanding dengan lain-lain jenis tembakan, seperti 'jentik' atau 'sudu'), bola mesti masukkan matlamat pada ketinggian tidak lebih daripada 460mm (atau kira-kira 18 inci). Ia biasanya agak mudah untuk memberitahu jika bola berada pada ketinggian yang betul kerana lembaga di belakang matlamat ketinggian yang sama. Apabila gol berjaya menjaringkan, terdapat bunyi yang biasa bola memukul lembaga, biasanya diikuti oleh pemain menyambut! Jika pukulan yang pertama ialah 'sudu' atau 'jentik' - tembakan yang diangkat ke udara dengan scooping panjang atau menolak tindakan kayu - maka bola boleh menyeberangi garis matlamat pada ketinggian mana-mana, selagi ia adalah permainan yang tidak berbahaya. Apabila penyerang di barisan belakang mula untuk menolak bola keluar, pembela pada baris belakang boleh bergerak ke dalam bulatan, dan melakukan yang terbaik untuk menghentikan pasukan lain dari pemarkahan. Ini penjelasan yang panjang, tetapi dalam amalan, ia semua berlaku dengan cepat, dan menarik untuk menonton!

Penalti Strok

Strok penalti boleh diberi kepada beberapa sebab, yang paling biasa menjadi suatu kesalahan oleh pemain pertahanan dalam bulatan yang mungkin menghalang matlamat yang menjaringkan. Dalam strok penalti, pukulan diambil bagi gol oleh pemain yang dipilih dan dipertahankan hanya oleh penjaga gol. Shot ini diambil dari tempat 6,4 meter (7 ela) secara langsung di hadapan matlamat. Semua pemain mesti berdiri di luar bulatan, kira-kira 23 metres/25 ela. Masa Match dihentikan sementara strok penalti diambil.

Hits Percuma

Bagi kesalahan am di seluruh bahagian utama padang, hit percuma diberikan terhadap pasukan yang mengasari. Faul biasa menghalang pihak lawan daripada bermain bola, campur tangan dengan kayu atau badan apabila menangani, menendang bola dan bermain bola berbahaya. Untuk hit percuma, lawan diberi bola di mana kesalahan itu berlaku. Bola itu pada awalnya tidak bergerak dan memainkan sering akan semula bermula dengan melepaskan bola kepada rakan sepasukan terletak berdekatan manakala semua

pihak lawan telah menjadi 5 meter jauhnya. Walau bagaimanapun, pemain yang mengambil hit percuma juga boleh mula menggiring bola bola dia / dirinya. Kaedah-kaedah khas dikenakan hit percuma yang diambil oleh pasukan menyerang di dalam kawasan 23 meter yang mereka menyerang. Semua pemain mesti bermula 5 meter dari hit bebas dan bola tidak harus bulatan. dimainkan secara langsung ke dalam

PERATURAN AM

Jika seseorang pemain telah menerima tiga (3) amaran (kad hijau) dalam perlawanan sebelumnyapemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

Jika seseorang pemain menerima dua (2) temporary suspensions (kad kuning) dalam perlawanansebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawananberikutnya.

Jika seseorang pemain menerima dua (2) amaran (kad hijau) dan satu (1) temporary suspensions(kad kuning) dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkanbermain satu (1) perlawanan berikutnya.

Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dalam suatu perlawanan, pemain tersebut secaraautomatik tidak dibenarkan bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yangberlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yangakan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahuludalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadapmana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat yang ditetapkan olehPersatuan Hoki Malaysia (MHF) hendaklah diguna pakai. Sekiranya Pengurus Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan, pasukannya akan didendadengan dikeluarkan daripada pertandingan.

Sejarah Malaysia Dalam Pertandingan


Hoki Piala Dunia

2006 - Tidak layak 2002 - Tempat ke-8' 1998 - Tempat ke-11 1994 - Tidak layak 1990 - Tidak layak 1986 - Tidak layak 1982 - Tempat ke-10 1978 - Tempat ke-10 1975 - Tempat ke-4 1973 - Tempat ke-11 1971 - Tidak layak

Olimpik Musim Panas


2008 - Tidak layak 2004 - Tidak layak 2000 - Tempat ke-11 1996 - Tempat ke-11 1992 - Tempat ke-9 1988 - Tidak layak 1984 - Tempat ke-11 1980 - Tidak terlibat 1976 - Tempat ke-9 1972 - Tempat ke-8 1968 - Tempat ke-15 1964 - Tempat ke-9 1960 - Tidak layak 1956 - Tempat ke-9

Piala Juara-Juara

2007 - Tempat ke-8 1994 2006 - Tidak layak 1993 - Tempat ke-6 1978 1992 - Tidak layak

Sukan Asia

2010 - Perak (Tempat-2) 2006 - Tempat ke-6 2002 - Gangsa (Tempat-3) 1998 - Tempat ke-5 1994 - Tempat ke-5 1990 - Gangsa (Tempat-3) 1986 - Tempat ke-4

1982 - Gangsa (Tempat-3) 1978 - Gangsa (Tempat-3) 1974 - Gangsa (Tempat-3) 1970 - Gangsa (Tempat-3) 1966 - Tempat ke-4 1962 - Gangsa (Tempat-3)

Hoki Piala Asia


2009 - Tempat ke-4 2007 - Tempat ke-3 2003 - Tempat ke-5 1999 - Tempat ke-4 1994 - Tempat ke-4 1989 - Tempat ke-6 1985 - Tempat ke-5 1982 - Tempat ke-4

Sukan Komanwel

2006 - Gangsa 2002 - Tidak layak (hanya pasukan berkedudukan teratas di Asia dijemput) 1998 - Perak (Negara tuan rumah)

Piala Sultan Azlan Shah


2007 - Naib juara 2000 - Tempat ke-4 1996 - Tempat ke-3 1994 - Tempat ke-4 1987 - Tempat ke-4 1985 - Naib juara 1983 - Tempat ke-4

Sukan ASEAN

2007 - Emas 2005 - Hoki tidak dipertandingkan 2003 - Hoki tidak dipertandingkan 2001 - Emas 1999 - Emas 1997 - Emas 1995 - Emas 1993 - Emas 1991 - Hoki tidak dipertandingkan 1989 - Emas 1987 - Emas 1985 - Hoki tidak dipertandingkan 1983 - Emas 1981 - Hoki tidak dipertandingkan 1979 - Emas 1977 - Emas 1975 - Emas 1973 - Perak 1971 - Emas

Refleksi
Sebagai guru pelatih di IPG Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program kursus persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya diberi tugasan untuk membuat kerja kursus bagi Gerko iaitu topik Permainan Hoki. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa saya melaksanakan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara mengenai permainan hoki. Pada pendapat saya, tugasan ini merupakan salah satu cara yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu. Secara keseluruhannya, semasa membuat kerja kursus hoki ini saya mendapat banyak input yang begitu berguna sekali. Saya dapat mengetahui apa itu sebenarnya Hoki. Sebelum ini, saya menganggap permainan ini sangat mudah untuk dimainkan. Semasa menjalankan kerja kursus inilah saya dapat mengetahui bahawa hoki yang permainan paling susah berbanding dengan permainan lain. Permainan ini memerlukan kemahiran-kemahiran yang tinggi dalam teknik-teknik memukul bola hoki, menolak, mengawal, mengelecek dan sebagainya. Saya memang bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada kumpulan Gerko kami. Memang tidak boleh menafikan bahawa banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kerja kursus ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak maklumat dari pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. Saya telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan tentang permainan hoki ini. Selain itu, walaupun saya tahu yang kerja kursus ini amat membebankan saya kerana untuk mencari maklumat yang lebih mendalam tentang hoki begitu susah sekali namun ianya telah mengajar saya erti kesabaran dan secara tidak langsung membuatkan saya lebih berminat untuk mempelajari permainan Hoki. Saya mengambil masa yang begitu lama dalam mencari maklumat. Namun, pencarian saya tidak mensia-siakan kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan apa yang dikehendaki.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah saya lakukan untuk menjayakan kerja kursus ini. Saya menganggap membuat kerja kursus ini sebagai satu input untuk saya belajar hoki dengan cara saya tersendiri. Kesimpulannya, permainan hoki adalah satu sukan yang berfaedah dan menarik. Jadi marilah kita bersama-sama memajukan permainan ini agar dapat setanding dengan sukan-sukan yang lain. Sekian, terima kasih.

pengenalan
Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini. Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

Penghargaan
Syukur kepada Tuhan yang maha mulia dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan Permainan Hoki yang diberikan secara induvidu dengan baik. Terima kasih juga kepada pensyarah Gerko Hoki yang memberikan tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Saya amat berbangga dengan pensyarah yang memberikan idea dan pengetahuan yang luas untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Beliau juga menerangkan kerja kursus pendek ini dengan jelas kepada kami tanpa berasa pilih kasih. Beliau juga sedaya upaya menolong semua ahli kelas saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang memberikan kerjasama dan membantu dalam menyelesaikan tugasan ini. Tambahan pula, pihak perpustakan IPTAA yang menyediakan pelbagai sumber ilmilah untuk kami menjadikan bahan rujukan tambahan untuk melengkapkan tugasan ini. Pada hari pertama, apabila saya menerima kerja kursus ini saya berasa susah hati dan tiada keyakinan untuk menyiapkannya. Oleh itu, rakan-rakan sekelas saya yang lain turut memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Diharap segala usaha yang telah diberikan akan menjadikan pembelajaran semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan pada masa yang akan datang. Akhirnyan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini secara langsung dan tidak langsung. TERIMA KASIH !!!

Rujukan
Helen Ten Hong Beng & M.P.Haridas (1994). Panduan Mengajar Hoki. Fajar Bakti Sdn.Bhd.Shah Alam. Yusoff Ismail (1990). Hoki. Fajar Bakti Sdn.Bhd.Shah Alam. Mahamd Amran Kamsi (1993). Siri Sukan Amiza Hoki. Amiza Publishing.Sdn.Bhd.Petaling Jaya. http://www.skkionsom.edu.my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelabhoki/219-kemahiran-asas-permainan-hoki.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki http://www.smkpp14.net/web_documents/peraturan_permainan_hoki.pdf

Anda mungkin juga menyukai

  • Permainan Hoki
    Permainan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Permainan Hoki
    GayuGeo1930
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki Di Malaysia
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Dokumen20 halaman
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Kalpana Krishnan
    Belum ada peringkat
  • Esemen Hoki.. Ntah La....
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    Dokumen43 halaman
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    aqajim
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki
    Sejarah Hoki
    Dokumen6 halaman
    Sejarah Hoki
    Hazmin Azami
    Belum ada peringkat
  • 2007122710123308-Topic 7 Low
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Dokumen18 halaman
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Olivia Eva Melisa
    Belum ada peringkat
  • HOKI Sejarah
    HOKI Sejarah
    Dokumen9 halaman
    HOKI Sejarah
    Ali Mustafa
    Belum ada peringkat
  • Intro
    Intro
    Dokumen32 halaman
    Intro
    shivani4598
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen26 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ismi Asma' Ismail
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI MALAYSIA
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Dokumen122 halaman
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Ahmad Naqib
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki...
    Sejarah Hoki...
    Dokumen9 halaman
    Sejarah Hoki...
    anon_621637997
    Belum ada peringkat
  • Folio Lengkap Permainan Hoki
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Dokumen42 halaman
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Zulfakhar Aziryn
    57% (7)
  • Projek Hoki
    Projek Hoki
    Dokumen90 halaman
    Projek Hoki
    irman1975
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen46 halaman
    Hoki
    Mhekala Perumal
    100% (1)
  • SEJARAH_HOKI
    SEJARAH_HOKI
    Dokumen82 halaman
    SEJARAH_HOKI
    Rocco True
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen93 halaman
    Hoki
    terompahcomel
    50% (2)
  • Pengenalan Hoki
    Pengenalan Hoki
    Dokumen13 halaman
    Pengenalan Hoki
    Randy Rusli
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen21 halaman
    SEJARAH HOKI
    Lau Ung Hong
    Belum ada peringkat
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen34 halaman
    HOKI
    Sivarajan Jayapalan
    Belum ada peringkat
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen7 halaman
    HOKI
    Norlisa_Muhama_8364
    Belum ada peringkat
  • Hoki Assignment
    Hoki Assignment
    Dokumen39 halaman
    Hoki Assignment
    Parameswari Perumal
    Belum ada peringkat
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen88 halaman
    Isl Hoki
    noka78
    Belum ada peringkat
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen87 halaman
    Isl Hoki
    Abdul Mujib
    Belum ada peringkat
  • HOKI PERALATAN
    HOKI PERALATAN
    Dokumen55 halaman
    HOKI PERALATAN
    Sivanathan Anbu
    Belum ada peringkat
  • Hoki Ass
    Hoki Ass
    Dokumen73 halaman
    Hoki Ass
    Renu Balakrisahnan
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen29 halaman
    Hoki
    niey712
    Belum ada peringkat
  • Hockey
    Hockey
    Dokumen28 halaman
    Hockey
    Seregian Serge Jr.
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen7 halaman
    Hoki
    Mohammad Fadzli Awg Bakar
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    Dokumen33 halaman
    Sejarah Dan Perkembangan Hoki & Badminton
    asyraf
    Belum ada peringkat
  • Kenali Sukan Hoki
    Kenali Sukan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Kenali Sukan Hoki
    joylynchocolove
    Belum ada peringkat
  • Kenali Sukan Hoki
    Kenali Sukan Hoki
    Dokumen12 halaman
    Kenali Sukan Hoki
    fiqasaila
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen109 halaman
    Hoki
    SITI IRANA BINTI ALI Moe
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen5 halaman
    Hoki
    Louise Lim
    Belum ada peringkat
  • Log Hoki
    Log Hoki
    Dokumen88 halaman
    Log Hoki
    Tham Chang Shing
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki
    Pengenalan Hoki
    Dokumen8 halaman
    Pengenalan Hoki
    Amnan Nordin
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI MALAYSIA
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Dokumen8 halaman
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Amnan Nordin
    Belum ada peringkat
  • Hoki Modul (Sports)
    Hoki Modul (Sports)
    Dokumen70 halaman
    Hoki Modul (Sports)
    Suren Kumar
    100% (4)
  • 08 Isi Pelajaran Hoki
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Dokumen82 halaman
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Ija Mirza
    100% (2)
  • Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Dokumen8 halaman
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Najwatul Husna
    100% (1)
  • Hoki 1
    Hoki 1
    Dokumen40 halaman
    Hoki 1
    adrianquzair
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen23 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ruth Ting
    Belum ada peringkat
  • Assi. Hockey
    Assi. Hockey
    Dokumen32 halaman
    Assi. Hockey
    Mike Lee
    Belum ada peringkat
  • Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5
    Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5
    Dokumen10 halaman
    Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5
    PaRaDoX eLaKSaMaNa
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki 2
    Pengenalan Hoki 2
    Dokumen8 halaman
    Pengenalan Hoki 2
    SharinaZuhair
    Belum ada peringkat
  • Nota Hoki 2
    Nota Hoki 2
    Dokumen14 halaman
    Nota Hoki 2
    catcat85
    Belum ada peringkat
  • Folio Hoki
    Folio Hoki
    Dokumen37 halaman
    Folio Hoki
    Eng Kok Leong
    Belum ada peringkat
  • MPU3041
    MPU3041
    Dokumen7 halaman
    MPU3041
    Normie Asmin
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Dan Isu Kritikal Sukan Dan Rekreasi
    Sejarah Dan Isu Kritikal Sukan Dan Rekreasi
    Dokumen10 halaman
    Sejarah Dan Isu Kritikal Sukan Dan Rekreasi
    BalHamdanJr
    Belum ada peringkat
  • Modul Latihan Hoki
    Modul Latihan Hoki
    Dokumen70 halaman
    Modul Latihan Hoki
    jayaselan
    Belum ada peringkat
  • Tajuk 3
    Tajuk 3
    Dokumen17 halaman
    Tajuk 3
    jaleeturion89
    Belum ada peringkat