Anda di halaman 1dari 33

PENGHARGAAN

KAMI mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua yang telah memberi kerjasama dan
sumbangan yang tidak ternilai untuk menjayakan tugasan ini.
Ucapan terima kasih kami tujukan khas buat En. Ravi A/L
Margapandu , pensyarah bagi subjek PJM 3113- Permainan Hoki dan
Badminton , Institut Perguruan Gaya, yang telah banyak membantu
dan memberi panduan serta tunjuk ajar bagi tugasan ini dan sudi
menjadi penyelia kami bagi tugasan ini . Kami amat terhutang budi
dengan beliau atas dorongan , bimbingan , kesabaran serta
keyakinan untuk kesempurnaan tugasan ini.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan sealiran kerana memberi kerjasama yang menggalakkan
dalam menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan yang tak
terhingga kepada Isteri dan Anakanda tersayang di atas dorongan
dan pengertian yang diberikan bagi melancarkan lagi tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan dan semuanya
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan ini.

Sekian , terima kasih

PENGENALAN
Sejarah Hoki

Pemain padang hoki purba di Muzium Kebangsaan Arkiologi Athens.


Pemainan ini menggunakan kayu bengkok dan sebuah bola dijumpai melalui
sejarah dunia. Lukisan itu berusia 4000 tahun daripada Mesir. Menjelang tahun
sebelum 1272 S.M.dan terdapat satu diskripsi daripada tahun 500 S.M. di Greece
purba apabila permainan ini digelar "" (disebut "kerytezin") kerana ia
bermain dingan tanduk ("" dalam bahasa Greek) dan sebuah objek berbentuk
bola. Di pendalaman Mongolia, China, orang Daur telah bermain Beiko( satu
permainan yang menyerupai hoki padang) lebih kurang 1000 tahun. Ada permainan
seperti hoki di dalam eropah semasa zaman pertengahan dan perkataan `hockey'
(hoki) telah direkodkan pada tahun 1363 oleh Edward III di England.
Permainan Moden ditubuhkan oleh sekolah awam Inggeris pada awal tahin
abad ke-19. Kelab pertama ditubuhkan oada tahun 1849 di Blackheath di timurselatan London, tetapi peraturan moden dibuat pada versi lain dimain oleh kelab
kriket Middlesex untuk permainan musim sejuk. Persatuan Hoki ditubuhkanpada
tahun 1886. Permainan hoki antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1895
(Ireland 3, Wales 0) dan Badan peraturan antarabangsa ditubuhkan pada tahun

1900. Permainan hoki dimainkan semasa Olimpik musim panas pada tahun 1908
dan 1920.
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah
satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai
sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu
sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan
Olimpik.
Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan
pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000
tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat
Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang
menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam
permainan hoki.
Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500
S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda
untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung
daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki
yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500
S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan
permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.
Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu
yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara
puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua
penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil
bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan
menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.
Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan
Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada
Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa.
Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu
permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama
hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di
sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan


diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon
ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan
dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai
presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli.
Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan
standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang
berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawananperlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan
menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan
hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sejarah Hoki di Malaysia


Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke
negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika
itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad
lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.
Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah
mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi
pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah
menjelajah

ke

beberapa

negara

di

Macau

dan

Hong

Kong

dan

mengadakanpermainan persahabatan di sana.


Permainan hoki diperkenalkan ke Malaysia oleh askar dan kakitangan
Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia
hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini.
Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada
tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita,
iaitu di antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya
mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di
negara ini. Semua peringkat umur bermainnya samada lelaki dan juga perempuan.
Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan
diadakan, iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri
Selat.
Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai
badan penyelaras permainan ini di Malaysia. Pada tahun 1953 FIH telah menerima
MHF sebagai ahli gabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada
pasukan

kita

mengambil

antarabangsa.Kemudian

bahagian

MHF

bersama

dalam

kejohanan

Kesatuan

dan

Olahraga

pertandingan
Tanah

Melayu

menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF


ialah pada tahun 1951 hinggalah kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai

Presiden MHF ( 1957) dan beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan
untuk pertandingan antara negeri-negeri. Piala ini dinamakan Piala Razak, sempena
dengan nama beliau. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini
berjaya dianjurkan
Perlantikan Allahyarham Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi
perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk
memajukan permainan hoki di negara ini. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai
pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun di bawah anjuran MHF. Kini
Presiden MHF ialah KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.
MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa.
Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk
mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan
hoki Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan negara.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara. Ini kerana
pada tahun itu pasukan negara turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik
yang diadakan di Melbourne, Australia. Malaysia menduduki tempat kesembilan
daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil
bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia yang mula diadakan pada tahun 1971. Pada
tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana Malaysia
menduduki tempat ke empat. Manakala dalam Sukan Asia pasukan negara sering
menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA
pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan negara.

UKURAN PADANG
i. Padang Hoki

Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 90


meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat
sesuai jika dimainkan di atas padang astroturf (rumput tiruan). Terdapat lima
garisan utama di padang hoki iaitu :
(a) garisan tepi
(b) garisan gol
(c) garisan tengah
(d) garisan 23 m
(e) garisan D
Dua garisan selari dengan garisan belakang didapati dalam kedua-dua
kawasan 23 meter,satu garisan 5.0 meter dari garisan belakang dan satu lagi
14.63 darinya.

ii. Bulatan Menjaring.


Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol ditanda
ditengah garisan 14.63 m.
Dua suku bulatan beradius 14.63 m dilukis bermula dari garisan 3.66 m ke
garisan belakang. Bagi suku bulatan disebelah kiri tiang gol kiri digunakan
sebagai pusat, manakala suku bulatan disebelah kanan tiang gol kanan
digunakan sebagai pusat.
Bulatan yang dilukis dalam rajah di atas dikenali sebagai bulatan jaringan,
bulatan pukulan atau kawasan D.
Tanda-tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda strok
penalti 6.4 m di hadapan gol dan garisan-garisan sudut penalti 5.0 m dan
10.0 m dari tiang gol sebelah kiri dan kanan.

iii. Pintu Gol.


Gol diletakkan di tengah-tengah garisan belakang.
Gol dibuat dengan 2 tiang gol tengah yang disambung dengan 1 tiang
mendatar (crossbar).
Jarak antara dua tiang tengah itu ialah 3.66 m.
Ketinggian tiang tengah ialah 2.14 m.
Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi bujur berukuran
5 mm lebar dan dalam antara 5.0 mm-7.5 mm.
Semua tiang tengah dan mendatar dicat putih.

PERALATAN DAN PAKAIAN

a. Peralatan Asas Pemain


Kayu Hoki
i. Kayu Hoki - yang memenuhi syarat
Kayu hoki hendaklah licin dan tidak boleh mengandungi tepi-tepian tajam
atau serpihan yang merbahaya.
Tebal kayu dihadkan kayu mesti boleh melalui 1 gelung yang mempunyai
diameter 51 mm. Kayu Hoki Boleh Melalui Gelung.

ii. Shin Guard - menutup buku lali

iii. Kasut hoki yang bersesuaian

sehingga ke bawah lutut.

dan mengikut mengikut saiz

iv. Stokin sukan panjang.

vi. Seluar pendek/skirt/ seluar track

v. Jersi

Bola

Bola
Sebiji bola keras, pejal dan kosong digunakan.
Biasanya, permukaan bola adalah licin.
Bola bewarna putih (warna lain digunakan dengan persetujuan oleh keduadua
pasukan)
Berat bola 156 g (minimum) -163 g (maksimum)
Lilitan bola : 224 mm (minimum) - 235 mm (maksimum)
Peralatan Penjaga Gol
i. Helmet

ii. Chest Pad


(Pelapik/Penahan Dada)

iii. Hand Protector

iv. Kickers dan Leg Guard

v. Groin Protector untuk lelaki

vii. Seluar Penjaga Gol

vi. Pelvis Protector untuk wanita

ix. Kayu penjaga gol

viii. Throat Guard

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


i. Bilangan pemain sebanyak 11 orang setiap pasukan.
ii. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 5 35.
iii. Memulakan permainan:
di awal permainan dan separuh masa kedua
permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak
kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak (bully)
selepas gol dijaringkan
iv. Pemain tidak dibenarkan:
menggunakan bahagian belakang kayu
bermain tanpa kayu sendiri
menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lain
mengangkat kayu melepasi kepala lawan
menaikkan bola yang membahayakan pemain lawan
bermain dengan cara yang bahaya
v. Penjaga Gol (dalam kawasan D) boleh :
menendang bola
menahan bola dengan mana-mana bahagian badan
menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu
vi. Menghadang
menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalangpihak
lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola
berlari di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan (third partyobstruction).
vii. Penalti
pukulan percuma
kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan D
kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23 m.

viii. Pukulan sudut penalti


kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan D
kesalahan yang disengajakan di antara garisan D dan garisan 23 m
ix. Strok Penalti
kesalahan yang disengajakan dalam kawasan D
kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika tidak
berlaku kesalahan.
x. Amaran
hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila
pemain
duduk di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal )
kuning (penggantungan sementara-minima 5 minit )
merah (Penggantungan tetap)

KEMAHIRAN PERMAINAN HOKI


Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap
kehiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri.
Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti
kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal.
Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya
individual
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain
ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

MEMUKUL
Kemahiran Asas
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau rakannya pada
jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan,
perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola.
Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementara
kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan
dan pemindahan berat badan. Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di atas tangan
kanan.Bahu kiri menghadap sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri.Mulakan
aksi dengan hayunan ke belakang.
Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan.Bengkokkan
lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang
bola.Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke
hadapan.

DRIBBLEING ( Mengelecik )
Kemahiran Asas
Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi
pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini
ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan
badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke
sisi.
Pergertian
DRIBBLE adalah berlari lurus ataupun membelok sambil menguasai bola.
*

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai


untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan
pemilikan bola,menukar arah, dan sebagainya.

Kegunaan Dribble
Lari dengan menguasai bola,sambil melihat ke sekeliling dengan cepat untuk
melihat ke arah mana bola sebaik diarahkan.
Menarik lawan keluar dari posisinya
Melewati lawan
Mendapat ruang gerak untuk melakukan serangan.
Jenis- Jenis Dribble
1) Dribble lurus

bola didorong ke depan dengan stick tetap menempel pada bola atau
dengan cara mengetuk ( short tap) berturut-turut.
Cara lakukan Dribble
Posisi kaki
Dalam posisi lari yang normal bersedia untuk membawa bola.
Gerakan kaki (foot work) yang baik akan selalu menunjang.
Posisi badan
Lebih bongkok dari posisi lari biasa tetapi harus selalu dalam keadaan
seimbang dan rileks.
Lengan dalam keadaan relatif lurus dan menguasai bola dengan baik.
posisi tangan
Tangan kiri memegang stick di dahagian hujung stick

sama seperti

pegangan normal.
Tangan kanan harus sedikit kebawah untuk mendapatkan kontrol yang
maksimum.
Telunjuk tangan kanan diluruskan dan menempel bdan stick.
Pandangan
Pandangan harus selalu ke depan mengikut jalan bola sambil melihat posisi
kawan atau lawan disekitar.
Catatan
Bola harus selalu dekat dengan stick dan harus selalu dalam penguasan
dalm setiap waktu.

Pemain tidak boleh cuai kerana kemungkinan bola akan terlepas dari
kawalan dan dicuri lawan.
Bola harus selalu berada kurang lebih 1 meter dan berada di sisi kanan
untuk memudahkan hantaran dibuat.
Bagi menggelecek gaya English pemain perlu menggerakkan bola di sisi
kanan.
Cara menggelecek yang betul
Pegang tangkal kayu dengan tangan kiri, tangan kanan berada pada paras
panjang kayu.

Badan tidak perlu terlalu bongkok.

Letakkan bola di hadapan sebelah kanan kamu pada jarak yang sesuai. Ini
kerana bola yang berada terlalu dekat dengan badan boleh menganggu
pergerakan manakala bola yang terlalu jauh dari badan pula sukar dikawal.

Gerakkan bola secara mengetuk bola dengan hujung kayu. Pukulan ini
dilakukan setiap kali hujung kayu menghampiri bola.

Ketika menggelecek kamu tidak perlu mengejar bola, samakan kelajuan bola
dengan kelajuan kamu berlari. ini membolehkan kamu berlari sambil
membawa bola

Cara-cara menggelecek
a) Menggelecek longgar
Kemahiran menggelecek ini ( open / loose dribble ) digunakan apabila emain hendak
menggerakkan bola dengan cepat, dengan tujuan :melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan
berlari dengan bola ke arah gol
b) Menggelecek rapat
Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola engan rapi. Ia
digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan eadaan atau situasi semasa
bermain samada selamat atau tidak untuk mdedahkan bola kepada pihak lawan.
c) Menggelecek Indian
Menggelecek Indian sangat berguna jika pemain hendak menukar arah aripada
kanan ke kiri atau sebaliknya, dan melalui cara ini pemain boleh elarikan diri
daripada pihak lawan.
Mekanik Menggelecek Longgar
Pegangan tangan
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keuar,
siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan
memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.
Badan
Bongkokkan badan sedikit dan lutut dibengkokkan.
Mata
Mata memandang bola pada masa tolakan. Pandang ke depan dengan serta
serta lepas tolakan untuk mengkaji situasi permainan.
Bola
Bola hoki harus berada di sebelah kanan dan di depan kaki kanan. Bola
tidak harus terlalu jauh sehingga tidak dapat dikawal atau terlalu dekat

sehingga menghalang pergerakan atau menghadkan penglihatan.


Bola digerakkan ke hadapan dengan ketukan dilakukan oleh tangan kanan.
edudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 darjah ke tanah.
Mekanik Menggelecek Rapat
Pegangan tangan
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar
siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan
memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.
Badan
Bongkokkan badan sedikit dan lutut dibengkokkan.
Mata
Mata sentiasa memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan
Ke mana pemain akan bergerak dan untuk mengkaji situasi sedang apabila bola di
dalam kawan yang baik
Bola
Bola harus berada ke kanan dan di depan kaki kanan dan sentiasa
menyentuh kayu hoki.
Kayu
Mempunyai sudut yang betul
Bahagian rata kepala kayu bersudut sedikit apabila menyentuh bola.tekanan
diberi di bawah bahagian tengah bola yang akan memberi omentum
berlebihan
Mekanik Menggelecek Indian
Untuk kemahiran menggelecek Indian, bola hoki diketuk secara pepenjuru didepan
dan seberang badan dengan bertukar-tukar posisi tangan dan kayu hokiuntuk
melakukan pukulan depan (forehand) dan menterbalikkan kayu hoki(reversed stick)
apabila jari kayu hoki menghadap ke arah badan pemain.

Bahagian kepala kayu hoki (blade) diputar di atas dan dekat bola oleh tangan kri.
Pegangan tangan.
-Menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalamtangan kiri
dengan menunjukkan ke bawah kayu hoki akan menolongmendapatkan keselesaan
pergerakan kamahiran ini. Pegang kayu denganlonggar oleh tangan kanan, lebih
kurang 20 cm di bawah tangan kiri.Kedua-dua tangan akan bergerak pada masa
menggelecek Indiandilakukan.
Bola
-Bola hoki berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian(laterally) lebih
kurang lebar bahu. Semakin kemahiran meningkat,pergerakan yang lebih luas boleh
dilakukan, khasnya untuk mengelirukanpihak lawan.
Mata
-Sentiasa memandang bola, dan memandang sekilas untuk memastikan kemana
pemain akan bergerak dan untuk mengkaji situasi padang apabilabola berada di
dalam kawalan yang baik.
Badan
-Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
Kaki
Pada

masa kaki kiri menyentuh tanah, ketukan bola daripada kiri ke kanandan
daripada kanan ke kiri pada masa kaki kanan menyentuh tanah.

HANTARAN (PUKULAN)
Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola itu
bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah yang boleh
dicapaidengan latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.
Mekanik hantaran atau pukulan
Pegangan kayu:
-Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayusementara tangan
kanan di bawahnya. Kedua-dua V& yang dibuatdengan ibu jari dan jari telunjuk dari
kedua-dua tangan adalah selari.Tangan kiri ditegakkan supaya perlaksanaan lancar
hayunan kayu kebelakang dan mengikut rentek ke hadapan diadakan.
Dirian:
-Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaanyang selesa.
Letakkan bola lebih kurang 20cm dari kaki kiri. Bahu kirike arah gerakan atau
pukulan. Pada masa hantaran atau pukulandibuat, mata hendaklah memandang
bola dan lutut dibengkokkansedikit.
Bola:
-Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kakikiri. Sekirannya
bola dalam kedudukan dekat sangat dengan kakikiri,kemungkinan pemain
berkenaan memukul kakinya sendiri.Kedudukan bola juga bergantung kepada
ketinggian pemainberkenaan.

kanan

kiri

bola
arah bola

Hayunan:
-Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satugarisan lurus
dengan kaki kiri. Pada masa kayu kena pada bola, muka
kayu hendaklah dalam keadaan Vertical supaya pukulan tepat bolehberlaku.
Gerakan tangan adalah bebas dan tidak menyentuh mana -mana bahagian badan
atau sebarang jenis halangan sama ada padamasa menghayunkan ke belakang
atau mengikut lajakan ke hadapan.
Badan:
-Semasa kayu dihayunkan ke belakang,berat badan adalah sama ratatetapi apabila
kayu diturunkan ke bawah berat badan dipindahkan darikaki belakang ke kaki
hadapan. Jari-jari kaki kanan menjadi paksi.
Perkara- perkara yang perlu diberi perhatian seperti berikut:
a) Gerakan badan dan pemindahan keberatan badan.
b) Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.
c) Kepantasan menurunkan kayu.
d) Kuncikan/Tegakkan/Genggaman pergelangan tangan.
e) Memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu bersentuhan dengan
bola.
MENYERKAP / MENAHAN BOLA
Menyerkap bermakna manahan bola. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang
paling

penting

dalam

permainan

hoki

(memiliki

bola).

Pemain-pemain

harusmenguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang


berlainankerana permainan hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga
astroturf. Psukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan
dapatmenentukan

corak

permainan.

Pemain

boleh

melakukan

kemahiran

menyerkap dalamkeadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar.

Mekanik Menyerkap Bola


-Pegangan kayu
Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan dibawah
sedikit. Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangantangan kiri.
-Cara Berdiri
Kedudukan kaki adalah kangkang dan lutut bengkok sedikit. Muka kayu yangrata
adalah selari dengan bola yang datang. Badan adalah bongkok sedikitagar individu
itu sentiasa berada dalam keadaan selesa. Keseluruhan anggotapemain hendaklah
berada di belakang kayu yang condong ke hadapan sedikituntuk mengelakkan
lantunan bola ke atas.
-Badan
Badan,kepala

dan

kaki

berada

di

belakang

dan

selari

dengan

arah

datangnyabola.Kadangkala satu langkah ke hadapan diperluka n untuk menyerkap


bola.Gerakan

ke

kanan

atau

ke

kiri

adalah

kepentingannya

juga

untuk

menyerkapbola yang datang dari kedua-dua arah itu.Semua pemain mestilah


meletakkanbadan mereka dalam kedudukan yang diperlukan dengan keberatan
badansentiasa berpindah dari kiri ke kanan.Pada masa bola bersentuhan dengan
kayu, tangan kiri ditegakkan sementaratangan kanan dibengkokkan sedikit. Pemainpemain dilarang membuangkankayu ke arah bola. Mereka mesti menerima bola dari
beberapa arah khasnyadari belakang, dari pemain pertahanan, kiri dan kanan.
MENOLAK
Kemahiran Menolak
Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk
membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan
dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupun
tolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar
semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran ini juga digunakan ketika
menolak bola semasa memulakan sudut penalti.

Kemahiran Menahan atau menyerkap bola


Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikanbola
yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaranlawan
Menolak adalah cara penghantaran yang paling pantas kepada seorang rakan.
Sasaran
bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan.
Dalam
keadaan tertekan ia merupakan penghantaran yang paling selamat dan boleh dibuat
dengan mudah. Kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan yang su kar di
mana kemahiran memukul tidak boleh digunakan.
Teknik
Teknik Menolak
Berdiri dalam keadaan sedia.
Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian pemegang dantangan kanan di
bahagian tengah kayu, mengikut keselesaan.
>Bola berada di hadapan badan di antara kaki kiri dengan kakikanan.
>Rapatkan

permukaan

kayu

supaya

berada

di

belakang

bola.

Kayu hoki dipegang bersudut 45 darjah dengan permukaanpadang.


>Gunakan kekuatan tangan kanan untuk menolahk bola dantangan kiri menekan
kayu ke belakang untuk memberi kuasa tolakan
>Berat
>Siku

bdan
kanan

>Ikut lajak.

dipindahkan
diluruskan

dan

dari
kayu

kaki

belakang

dihalakan

ke

ke

hadapan.

arah

sasaran.

Mekanik menolak
-Cara Memegang Kayu:
Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas, sementara kedudukan tangankanan
ialah 15-30 cm di bawah tangan kiri. Kayu dipegang kuat untukmelaksanakan
kemahiran ini.
-Cara Berdiri:
Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target. Kedudukankaki
adalah selesa untuk memberi keseimbangan. Lutut dibengkokkan kayusupaya dapat
diletak berhampiran dengan bola.
-Bola:
Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan atau lebih kurang 30 cm dari kakikiri
atau lebih kurang 40-45 cm apabila kedudukan badan bersudut tepat.
Badan:
Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengantepat.
Perlaksanaan Kemahiran:
Bagi perlaksanaan kemahiran ini kayu hendaklah berhampiran bola ataumelekat
dengan bola. Bola ditolak dengan tangan kanan sambil tangan kirimenekan kayu ke
bawah. Bola ini akan bergerak leret ke arah sasaran.Hayunan kayu mengikut rentak
adalah penting kerana ia membantumenyentuh bola seberapa lama yang boleh.
Dalam perlaksanaan kemahiran iniseseorang individu perlu memindahkan berat
badan dari kaki kanan ke kakikiri. Dengan koordinasi dan pergelangan tangan yang
kuat penolakan yangkemas dapat dilakukan.

PENUTUP
Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan merupakan salah satu elimen
yg perlu ditekankan dalam melatih dan membentuk seseorang pemain. Kemahirankemahiran asas seperti menahan, menghantar, memukul dan menggelecek perlu
dkuasai sepenuhnya oleh seseorang pemain sebelum mereka belajar tentang tektik
dan teknik. Latihan yang berterusan dari sesorang jurulatih yg baik akan mampu
melahirkan pemain yang berkualiti.
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah
satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai
sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu
sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan
Olimpik. Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara. Ini kerana
pada tahun itu pasukan negara turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik
yang diadakan di Melbourne, Australia. Malaysia menduduki tempat kesembilan
daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil
bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia yang mula diadakan pada tahun 1971. Pada
tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana Malaysia
menduduki tempat ke empat. Manakala dalam Sukan Asia pasukan negara sering
menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA
pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan Negara

REFLEKSI
Melalui tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) berkenaan dengan PJM 3113
Permainan Hoki dan Badminton ini banyak perkara telah saya pelajari. Permainan
Hoki dan Badminton adalah satu bidang yang berkaitan dengan aktivi seharian yang
merupakan permainan yang sentiasa dimainkan oleh kebanyakkan rakyat di Negara
kita. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk
kegunaan dari peringkat sekolah.
Perubahan tingkahlaku, peningkatan kemahiran psikomotor, kecergasan dan
keyakinan diri dikalangan pelajar merupakan elimen penting dalam mendewasakan
mereka. Melalui aktiviti Permainan hoki dan badminton, para pelajar dapat
memenuhi

keperluan

kehidupan

seharian

dengan

menggunakan

sumber,

konsep,dan prinsip permainan tersebut

.
Dalam menyiapkan tugasan , kami telah melayari beberapa laman web yang
berkaitan dengan tugasan ini. Banyak maklumat yang berguna dapat kami perolehi
melalui laman sesawang yang tersedia.
Sebenarnya tanpa masalah sesuatu yang kita hasilkan itu tidak akan
meninggalkan kesan kepada kita. Jadi kami menghadapi segala masalah yang ada
dengan berfikiran positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran. Kami sangat
berterima kasih kepada semua pihak terutama pensyarah pembimbing kami En.
Ravi A/L Margapandu dan pensyarah lainnya, kerana telah banyak membantu dalam
menyiapkan tugasan ini. Rakan-rakan juga sering membantu kami dalam memberi
idea yang bernas untuk membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaik
yang mungkin.
Sebagai kesimpulannya, kami berasa sangat gembira kerana kami telah
mempelajari banyak perkara berkaitan dengan Permainan tersebut yang sebelum
ini kami anggap tidak penting. Segala ilmu yang kami pelajari ini akan kami
manfaatkan di masa akan datang khususnya pada kehidupan seharian bersama
keluarga dan seteruskan akan kami aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
khususnya bagi matapelajaran yang berkaitan dengannya.

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru,(2011) - Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat


Kelab Sukan Sekolah, Bahagian Sukan,Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala
Lumpur
www.scribd.com/doc/41660624/hoki
www.slideshare.net/enabdacrazie/hoki

Anda mungkin juga menyukai

  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen21 halaman
    SEJARAH HOKI
    Lau Ung Hong
    Belum ada peringkat
  • Intro
    Intro
    Dokumen32 halaman
    Intro
    shivani4598
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen29 halaman
    Hoki
    niey712
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki Di Malaysia
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Dokumen20 halaman
    Sejarah Hoki Di Malaysia
    Kalpana Krishnan
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki
    Sejarah Hoki
    Dokumen6 halaman
    Sejarah Hoki
    Hazmin Azami
    Belum ada peringkat
  • Esemen Hoki.. Ntah La....
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    Dokumen43 halaman
    Esemen Hoki.. Ntah La....
    aqajim
    Belum ada peringkat
  • Permainan Hoki-Sem 3
    Permainan Hoki-Sem 3
    Dokumen48 halaman
    Permainan Hoki-Sem 3
    GG1930
    Belum ada peringkat
  • 2007122710123308-Topic 7 Low
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Dokumen18 halaman
    2007122710123308-Topic 7 Low
    Olivia Eva Melisa
    Belum ada peringkat
  • HOKI Sejarah
    HOKI Sejarah
    Dokumen9 halaman
    HOKI Sejarah
    Ali Mustafa
    Belum ada peringkat
  • Permainan Hoki
    Permainan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Permainan Hoki
    GayuGeo1930
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI MALAYSIA
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Dokumen122 halaman
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Ahmad Naqib
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Hoki...
    Sejarah Hoki...
    Dokumen9 halaman
    Sejarah Hoki...
    anon_621637997
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki
    Pengenalan Hoki
    Dokumen13 halaman
    Pengenalan Hoki
    Randy Rusli
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen109 halaman
    Hoki
    SITI IRANA BINTI ALI Moe
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen93 halaman
    Hoki
    terompahcomel
    50% (2)
  • SEJARAH_HOKI
    SEJARAH_HOKI
    Dokumen82 halaman
    SEJARAH_HOKI
    Rocco True
    Belum ada peringkat
  • Nota Hoki 2
    Nota Hoki 2
    Dokumen14 halaman
    Nota Hoki 2
    catcat85
    Belum ada peringkat
  • Folio Hoki
    Folio Hoki
    Dokumen37 halaman
    Folio Hoki
    Eng Kok Leong
    Belum ada peringkat
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen88 halaman
    Isl Hoki
    noka78
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen26 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ismi Asma' Ismail
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen46 halaman
    Hoki
    Mhekala Perumal
    100% (1)
  • Assi. Hockey
    Assi. Hockey
    Dokumen32 halaman
    Assi. Hockey
    Mike Lee
    Belum ada peringkat
  • HOKI PERALATAN
    HOKI PERALATAN
    Dokumen55 halaman
    HOKI PERALATAN
    Sivanathan Anbu
    Belum ada peringkat
  • Isl Hoki
    Isl Hoki
    Dokumen87 halaman
    Isl Hoki
    Abdul Mujib
    Belum ada peringkat
  • Hoki Assignment
    Hoki Assignment
    Dokumen39 halaman
    Hoki Assignment
    Parameswari Perumal
    Belum ada peringkat
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen7 halaman
    HOKI
    Norlisa_Muhama_8364
    Belum ada peringkat
  • Hoki Ass
    Hoki Ass
    Dokumen73 halaman
    Hoki Ass
    Renu Balakrisahnan
    Belum ada peringkat
  • Projek Hoki
    Projek Hoki
    Dokumen90 halaman
    Projek Hoki
    irman1975
    Belum ada peringkat
  • Folio Lengkap Permainan Hoki
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Dokumen42 halaman
    Folio Lengkap Permainan Hoki
    Zulfakhar Aziryn
    57% (7)
  • HOKI
    HOKI
    Dokumen34 halaman
    HOKI
    Sivarajan Jayapalan
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki
    Pengenalan Hoki
    Dokumen8 halaman
    Pengenalan Hoki
    Amnan Nordin
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI MALAYSIA
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Dokumen8 halaman
    SEJARAH HOKI MALAYSIA
    Amnan Nordin
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH HOKI
    SEJARAH HOKI
    Dokumen23 halaman
    SEJARAH HOKI
    Ruth Ting
    Belum ada peringkat
  • MPU3041
    MPU3041
    Dokumen7 halaman
    MPU3041
    Normie Asmin
    Belum ada peringkat
  • Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Dokumen8 halaman
    Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
    Najwatul Husna
    100% (1)
  • 08 Isi Pelajaran Hoki
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Dokumen82 halaman
    08 Isi Pelajaran Hoki
    Ija Mirza
    100% (2)
  • Log Hoki
    Log Hoki
    Dokumen88 halaman
    Log Hoki
    Tham Chang Shing
    Belum ada peringkat
  • Kenali Sukan Hoki
    Kenali Sukan Hoki
    Dokumen12 halaman
    Kenali Sukan Hoki
    fiqasaila
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen7 halaman
    Hoki
    Mohammad Fadzli Awg Bakar
    Belum ada peringkat
  • Kenali Sukan Hoki
    Kenali Sukan Hoki
    Dokumen23 halaman
    Kenali Sukan Hoki
    joylynchocolove
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Hoki 2
    Pengenalan Hoki 2
    Dokumen8 halaman
    Pengenalan Hoki 2
    SharinaZuhair
    Belum ada peringkat
  • Hoki Modul (Sports)
    Hoki Modul (Sports)
    Dokumen70 halaman
    Hoki Modul (Sports)
    Suren Kumar
    100% (4)
  • Hockey
    Hockey
    Dokumen28 halaman
    Hockey
    Seregian Serge Jr.
    Belum ada peringkat
  • Hoki 1
    Hoki 1
    Dokumen40 halaman
    Hoki 1
    adrianquzair
    Belum ada peringkat
  • Hoki
    Hoki
    Dokumen5 halaman
    Hoki
    Louise Lim
    Belum ada peringkat
  • Praktek Pjok: Nama: Cavin Parangka (12 Ipa)
    Praktek Pjok: Nama: Cavin Parangka (12 Ipa)
    Dokumen14 halaman
    Praktek Pjok: Nama: Cavin Parangka (12 Ipa)
    God Themed
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Bulutangkis
    Sejarah Bulutangkis
    Dokumen16 halaman
    Sejarah Bulutangkis
    Mitha Novia Hani
    Belum ada peringkat
  • Makalah Olahraga Atletik BULUTANGKIS
    Makalah Olahraga Atletik BULUTANGKIS
    Dokumen14 halaman
    Makalah Olahraga Atletik BULUTANGKIS
    Wied
    Belum ada peringkat
  • Jan Nicolas Antonio Lase Tugas PPT Hoki
    Jan Nicolas Antonio Lase Tugas PPT Hoki
    Dokumen22 halaman
    Jan Nicolas Antonio Lase Tugas PPT Hoki
    jnnclsls
    Belum ada peringkat