Anda di halaman 1dari 122

PENGENALAN

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan
negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimainkan di
atas padang rumput dan sejenis lagi yang dimainkan di dalam gelanggang ais. Di
sesetengah negara, hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang
bermain dalam padang rumput. Nama hoki berasal daripada bahasa Perancis
iaitu hoquet yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris
menjadi hockey.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN HOKI
SEJARAH SUKAN HOKI
Terdapat

catatan

telah

dikenal

pasti

yang

mengesahkan

bahawa

permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya dikatakan


sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu.
Menurut catatan yang telah diperoleh, permainan ini dimainkan oleh orang-orang
Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M lagi. Namun, permainan ini
kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan
semula di England.
Pada ketika itu, permainan ini begitu mengujakan dan menarik minat serta
semangat masyarakat di negara tersebut. Oleh sebab permainan ini masih tidak
mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka
pelbagai teknik dan koreografi dihasilkan untuk menjadikan permainan ini lebih
unik. Walau bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya
kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.
Dengan erti kata yang lain, permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh
mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah
meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun
mengharamkan permainan ini.
Dalam pada itu, permainan hoki mula mendapat tempat oleh banyak
negara dunia setelah undang-undang permainan ini mula direka khusus.
Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan
peluang yang besar untuk permainan ini bersaing dengan permainan yang lain.
Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat

dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang


ingin mengenalinya dan mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan.
Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula
apabila di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya,
difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut
dan ditukar dengan perkataan Inggeris menjadi hockey.
Setelah itu, bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki
mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja dimainkan oleh
orang lelaki sahaja tetapi kaum wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan
hoki yang pertama telah pun ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840
dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan
tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861.
Kelab ini juga turut memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti
cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan
mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun digubal serta
diperkemas dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun
kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang
lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula
diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini
mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa
negara Eropah.

SEJARAH SUKAN HOKI PERINGKAT ANTARABANGSA


Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelosok negara
dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa
apabila sukan ini diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada
tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik pada tahun 1924 tetapi sukan
ini telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini, sukan hoki tidak asing lagi
dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.
Seperti permainan yang lain, hoki juga mempunyai satu badan khusus di
peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan
yang melibatkan sukan hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah Persatuan Hoki
Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium,
Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu,
permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengelola rasmi
bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undangundang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan
lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan
kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan
Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Pada peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat
termasuklah India dan Malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, Belanda, Jerman
Barat, Sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New
Zealand.
SEJARAH SUKAN HOKI DI MALAYSIA
Permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan
Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun, pada peringkat awal ini,
ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas
di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini.
Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di
negara kita, iaitu antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920, barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempatan. Dari sehari ke sehari, bilangan mereka yang mempelajari dan bermain
sukan ini mula meningkat. Kini, hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan
yang diminati di negara kita. Semua orang boleh bermain tidak kira semua
peringkat umur atau jantina. Pada tahun 1926, perlawanan hoki pertama
melibatkan penduduk tempatan, iaitu antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya
sendiri. Hal ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan
lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat
emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita
untuk mengadakan perlawanan seterusnya.
Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan
sambil belajar ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenangi semua
perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah
membuat lawatan balas ke Negara kita dan sempat mengadakan dua
perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu, pasukan kita telah menumpaskan
mereka.
Liga hoki dimulakan di negara kita iaitu pada tahun 1946 di Taiping,
kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948,
Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras
permainan hoki di negara kita. Pada tahun 1953, Persatuan Hoki Antarabangsa
(FIH) telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Dengan demikian, hal ini
telah memberi peluang kepada pasukan kita untuk mengambil bahagian dalam
kejohanan dan pertandingan antarabangsa.
Kemudian, MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan
Majlis Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada
tahun 1951 hingga kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden
MHF pada tahun 1957 dan beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan
untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1963, barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Perlantikan Tun Abdul Razak sebagai Presiden MHF telah memberi
perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai
4

untuk memperlihatkan permainan ini di negara kita. Buktinya, kini terdapat


berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF.
MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa.
Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut
untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian,
pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan
kita.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Hal ini
kerana pada tahun itu, pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan
Olimpik yang diadakan di Melbourne. Pasukan kita menduduki tempat ke-9
daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki kita juga turut
mengambil bahagian dalam Piala Dunia. Pada tahun 1975, negara kita terpilih
sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia, di mana kita menduduki tempat ke-4.
Manakala dalam Sukan Asia, kita sering menduduki tempat k-3 di belakang India
dan Pakistan dan dalam Sukan Sea pula, tiada negara yang mampu menggugat
pasukan kita. Mengikut carta terkini Persekutuan Hoki Antarabangsa ( FIH ),
pasukan hoki negara menduduki tangga ke-13 di belakang pasukan Korea
Selatan yang menduduki tangga ke-7.
Bagaimanapun,

kehadiran

pemain-pemain

muda

dan

berbakat

menampakkan sedikit sinar untuk skuad hoki negara bangkit mencipta


kegemilangan sebagaimana suatu ketika dahulu. Selain tenaga yang ada, negara
menyandarkan harapan kepada pemain-pemain muda untuk membawa cabaran
pada kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Dunia. Tambahan pula, permainan
hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan
peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun
Razak dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang
menggunakan rumput tiruan tersebut.

CARA BERMAIN SUKAN HOKI


Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah
penting bukan sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru
supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Permainan ini
dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk
sorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan seorang
penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan
kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan.
Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit
untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit. Permainan
dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan.
Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan semua undang-undang
dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga Hoki (HRB).

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN HOKI


Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. Demikianlah
juga sukan hoki. Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan
ialah :
1) Komposisi pasukan
Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu

masa.
Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan dan sekiranya

tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.


Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang
pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut
dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang
satu pasukan.

2) Mengganti pemain
Setiap
pasukan

dibenarkan

untuk

menggantikan

pemain

berdasarkan 18 orang pemain yang telah dinamakan.


Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada

sudut penalti yang diambil.


Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat

pemain yang dihukum keluar.


Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa

memasuki padang.
Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak
akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan
akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol.
7

Pemain yang diganti hendaklah masuk atau keluar berhampiran


garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk ataukeluar
melalui garisan belakang.

3) Ketua pasukan
Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau

kapten dalam kalangan mereka.


Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum,
maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai

kapten.
Tugas kapten

ialah

untuk

menjaga

kelakuan

pemain

dan

memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.


4) Pakaian dan peralatan pemain
Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan

dengan pasukan lawan.


Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan

sendiri dan pasukan lawan.


Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali
apabila menghadapi penalty stroke.

5) Perlawanan dan keputusannya


Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, di mana

35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.


Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat

tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.


Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.
Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring
bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.

6) Permulaan permainan
Kedua-dua kapten

pasukan

boleh

memilih

sama

ada

mahu

memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak

diserang.
Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.
Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan

sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan.
Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat

hantaran tengah.
Ciri-ciri hantaran tengah:
8

Dilakukan di tengah padang


Bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada
pemain yang lakukan hantaran tersebut.
Apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula
semula dengan lakuan buli.
Selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan
mula semula dengan pukulan 15 meter.
7) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan
Bermain bola dengan back stick.
Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.
Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya

atau

mengangkat tinggi kayu hoki.


Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.
Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk

menjaringkan gol.
Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.
Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang
sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh
menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di

atas padang.
Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka

menahan gol.
Pemain menukar

melakukan pukulan sudut atau penalti.


Membuang masa dengan sengaja.
Menghalang pemain.
Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan

mana-mana bahagian badan.


Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.
Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain

atau pengadil.
Penjaga gol baring di atas bola.
Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.
Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki

kayu

hoki

dengan

atau mana-mana bahagian badan.

UKURAN
a) Padang Hoki
9

sengaja

ketika

hendak

Kawasan permainan

hoki berbentuk

empat segi tepat yang

berukuran 90 meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan


yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan di atas padang
astroturf iaitu rumput tiruan. Terdapat lima garisan utama di
padang hoki iaitu :

Garisan
Garisan
Garisan
Garisan
Garisan

tepi
Gol
Tengah
23 m
D

Dua garisan selari dengan garisan belakang didapati dalam keduadua kawasan 23 meter, satu garisan 5.0 meter dari garisan 5.0
meter dari garisan belakang dan satu lagi 14.63 darinya.

b) Bulatan Menjaring
Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol

ditanda di tengah garisan 14.63 m.


Dua suku bulatan beradius 14.63 dilukis bermuka dari garisan 3.66
m ke garisan belakang. Bagi suku bulatan di sebelah kiri tiang gol
kiri digunakan sebagai pusat manakala suku bulatan di sebelah
kanan tiang gol kanan digunakan sebagai pusat.

10

Tanda-tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda


strok penalti 6.4 m di hadapan gol dan garisan-garisan

sudut

penalti 5.0 m dan 10.0 m dari tiang gol sebelah kiri dan kanan.

c) Pintu

Gol
Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol.
Gol diletakkan di tengah-tengah garisan belakang.
Gol dibuat dengan 2 tiang gol tengah yang disambung dengan 1

tiang mendatar.
Jarak antara dua tiang tengah ialah 3.66 m.
Ketinggian tiang tengah ialah 2.14 m.
Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi bujur

berukuran 5 mm lebar.
Semua tiang tengah dan mendatar dicat putih.

d) Bola

Sebiji bola keras, pejal dan kosong digunakan.


Permukaan bola adalah licin.
Bola berwarna putih (warna lain digunakan dengan persetujuan oleh
kedua-dua pasukan).
Berat bola 156 g (minimum) 163 g ( maksimum).
Lilitan bola : 224 mm (minimum) 235 mm (maksimum).
11

e) Kayu Hoki
Kayu hoki hendaklah licin dan tidak boleh mengandungi serpihan

yang tajam dan berbahaya.


Tebal kayu dihadkan mesti boleh melalui 1 gelung yang mempunyai
diameter 51 mm.

PERALATAN
Peralatan Asas Pemain
a) Kayu Hoki (Memenuhi Syarat)

12

b) Shin Guard (Menutup buku lali sehingga ke bawah lutut)

c) Kasut Hoki (Bersesuaian dan mengikut saiz)

d) Bola Latihan (Jenis Dimple)

13

Peralatan Penjaga Gol


a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

Helmet
Chest Pad
Hand Protector
Kickers dan Leg Guard
Groin Protector (Untuk Lelaki)
Pelvis Protector (Untuk Wanita)
Seluar Penjaga Gol
Throat Guard
Kayu Penjaga Gol

PENGENALAN
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada
dua orang

pemain

bertentangan

(perseorangan) ataupun

dua pasangan

bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam


14

sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat
memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia
dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali
berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai dan bulu tangkis hanya boleh
dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran,
yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi
permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain
memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian.
Sukan ini juga merupakan sebuah sukan teknikal yang memerlukan koordinasi
badan yang baik, kemahiran teknikal dan kecanggihan kemahiran penggunaan
raket.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BADMINTON
SEJARAH SUKAN BADMINTON PERINGKAT ANTARABANGSA
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula
dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan dengan
badminton ini iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan
barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara
menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa
abad ke-18 dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa
kembali ke England pada 1860-an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman
kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung
London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, " Badminton Battledore - A New Game
" pada tahun 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
Sukan baru ini diperkenalkan pada tahun 1873 di Badminton House,
Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu
merujuk kepada " The Game of Badminton " dan nama rasmi sukan ini kemudian
ditukarkan menjadi Badminton. Sehingga pada tahun 1887, sukan ini dimainkan
di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club
mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.
Undang-undang asas itu telah dicipta pada tahun 1887. Pada tahun 1893,
Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama
15

mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini dan secara


rasminya dilancarkan sebuah peraturan iaitu " Dunbar " di 6 Waverley Grove,
Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula
menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England iaitu kejohanan
badminton pertama di dunia pada tahun 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) yang kini dikenali sebagai
Persekutuan Badminton Dunia yang telah ditubuhkan pada tahun 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand,
Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini
pada tahun 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton
antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat
antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang di dominasi oleh beberapa negara
Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan dan
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia
secara

konsisten

pertandingan

sejak

beberapa

dekad

peringkat antarabangsa,

yang

yang

lalu

dan

mendominasi

mana China sering

menjadi

dominasi sukan badminton sejak kebelakangan ini.

SEJARAH SUKAN BADMINTON DI MALAYSIA


Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal tahun 1809. Permainan
badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat
pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman
Kapten Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys
School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa

16

orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain permainan Poona
atau badminton.
Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang
atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain
hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun,
permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada
penduduk di situ. Pada tahun 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF)
ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang
bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan dalam permainan
badminton di seluruh dunia. Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton
Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak.
Seorang dermawan, Foong Seong kemudian telah menaja pertandingan
piala antara negeri berpasukan untuk lelaki. Pada tahun 1937, pertandingan
Foong Seong Cup telah dimainkan di Perak. Pulau Pinang merupakan juara
pertama kejohanan itu. Persatuan Badminton Malaya kemudian menyertai
Persekutuan Badminton Antarabangsa pada tahun 1937.
Pada tahun 1941, Chee Choon Kheng telah menjadi pemain Malaya
pertama untuk memenangi All India Championship. Pada tahun 1948 hingga
1949, Malaya telah menjuarai Piala Thomas yang baru diperkenalkan. Ooi Teik
Hock dan Teoh Seng Khoon merupakan pemain Malaysia pertama memenangi
pertandingan All England. Pada masa itu juga, peraturan untuk Piala Foong
Seong telah diubah untuk menyeragamkannya dengan Piala Thomas.
Pada masa yang sama, Malaya terkenal kerana A.Samuel berjaya ke
peringkat separuh akhir dalam Kejohanan All England. Pada tahun 1953 hingga
1957, Eddy Chong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan
menaikkan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992, Malaya menjuarai Piala
Thomas. Sukan badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona dan
badminton menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik. Rashid Sidek telah
memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat pingat perak
dan gangsa di Sukan Olimpik 1996. Akademi Badminton Malaysia (ABM)
ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain yang berjaya dihasilkan
ialah Dato Lee Chong Wei. Pada tahun 2000, ABM ditutup.

17

CARA BERMAIN SUKAN BADMINTON


Badminton dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu
masa. Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi
jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata
sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut. Jika
pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis,
pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu
tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan
kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis
dan pungutan mata.
Permainan dimainkan sehingga ada antara pemain lelaki mahupun
perempuan mendapat mata ke-21. Jika pungutan mata antara pemain yang
berlawan adalah sama di akhir permainan, maka permainan tersebut akan
ditentukan menerusi prosedur tie breaking yang dikenali sebagai setting yang
merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan yang
melibatkan pemain lelaki dan wanita serta ia bergantung kepada kedudukan
pungutan mata yang seri.

18

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN BADMINTON


1) Undang-undang Asas
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu
tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 atau 4 orang
pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau
perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh
dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau

secara pertandingan.
Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta
beregu campuran. Piala Thomas atau Uber dan Piala Sudirman ialah
acara berpasukan.

2) Memulakan Permainan
Bagi memulakan permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu

tangkis atau syiling boleh digunakan dalam undian.


Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis

atau memilih petak gelanggang.


Pihak yang kalah akan menerima pilihan yang berikutnya.

3) Sistem Pengiraan Mata


Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (The

Best of Three Games).


Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi

rali.
Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan
diteruskan hingga 29-29. Pemain atau pasangan pertama mencapai

mata 30 dikira sebagai pemenang.


Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap,
servis

dilakukan

di

sebelah

kanan

gelanggang

pemain

dan

sebaliknya.
Dalam acara beregu jika mata genap, pemain sebelah kanan akan
membuat servis dan sebaliknya.

4) Masa Rehat
Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai 11 mata,

rehat selama 60 saat akan diberikan.


Rehat antara permainan selama dua minit diberikan apabila sesuatu
permainan tamat.
19

5) Servis
Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke

belakang.
Pemain yang

dibenarkan memijak garisan gelanggang.


Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan

dalam keadaan tetap.


Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa

membuat servis.
Bulu tangkis mesti berada di bawah para pinggang dan batang

(shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.


Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

6) Servis Batal
Bulu tangkis

membuat

disentuh

servis

oleh

dan

rakan

menerima

sebelum

servis

penerima

tidak

yang

sepatutnya menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.


Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut.
Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa
membuat servis.

7) Servis Semula
Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
Pengadil tidak dapat membuat keputusan.
8) Larangan untuk Pemain
Jangan sengaja melambatkan permainan.
Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk

menukar kelajuan.
Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuh jaring

atau pemain menyentuh papan iklan.


Tidak berkelakuan kasar.
Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

9) Berlaku Batal Sekiranya


Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau

pakaian.
Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak
lawan.

20

Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan


isyarat tangan.

10)

Perlawanan Perseorangan
Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya.

Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada

pihak lawan.
Pemain yang menang dalam permainan pertama akan memulakan
servis dalam permainan berikutnya.

11)

Perlawanan Beregu
Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis

dan gelanggang servis kanan.


Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis dan

lawan kekal dalam petak servis masing-masing.


Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan

kepada pihak lawan.


Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima
servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak

menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.


Pasangan yang menang permainan itu akan memulakan permainan
berikutnya.

12)

Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia


Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia
dibahagikan

kepada

lima

disiplin

iaitu

perseorangan

lelaki,

perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu


campuran.
13)

Status Kedudukan Pemain diperakui oleh Badminton of World

Federation (BWF)
Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan

yang disertai.
Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan
bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan

dalam masa 12 bulan setahun.


Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang

disertai.
Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya

menang.
Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia.
21

Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira


berpandukan kedudukan dunia.

KEJOHANAN-KEJOHANAN BADMINTON
a) Piala Thomas
Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton di
peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini diadakan
dua tahun sekali. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena
dengan nama Presiden IBF Sir George Alan Thomas yang menderma piala
ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948
hingga 1949. Kejohanan pertama diadakan di Queens Hall, Preston,

22

England.

Malaysia

pada

ketika

itu

dikenali

sebagai

Malaya

telah

memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1


pada perlawanan akhir. Sejak itu, Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh
pasukan-pasukan dari Asia.
Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China
sebanyak enam kali dan Malaysia lima kali. Manakala Denmark yang
berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali namun belum
pernah sekali pun memenangi kejohanan ini. Bagi 12 siri pertama
kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga
tahun sekali. Namun, mulai tahun 1984, kejohanan ini telah diadakan
setiap dua tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber dilokasi
dan masa yang sama. Pusingan kalah mati yang akan menentukan juara
dalam lima perlawanan iaitu tiga perseorangan dan 2 beregu pada setiap
satu

peringkat.

Pasukan

pertama

yang

berjaya

memenangi

tiga

perlawanan pertama akan mara ke pusingan berikutnya.


b) Piala Uber
Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan
badminton wanita terbaik dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber,
seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956 hingga
1957. Piala Uber adalah kejohanan badminton bagi berpasukan wanita.
Pertandingan Piala Uber yang pertama diadakan di Lytham St.Annes
di Lancashire, Britain pada tahun 1957. Hal ini timbul kerana desakan
supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa untuk wanita seperti
Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat telah memenangi kejohanan
pertama selepas menewaskan Denmark 6-1 pada perlawanan akhir. Hanya
empat negara sahaja yang berjaya memenangi Piala Uber iaitu Amerika
Syarikat, Jepun, China dan Indonesia.
c) Piala Sudirman
Piala Sudirman ialah kejohanan badminton campuran dunia yang
diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan
iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu
campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas
pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu
23

Tangkis Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama diadakan di Istora Gelora


Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24 hingga 29 Mei 1989.
Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini buat pemain.
Mereka bermain bagi menaikkan nama negara yang diwakili untuk
memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking IBF. Indonesia merupakan
negara pertama yang mencadangkan penubuhan kejohanan ini pada
tahun 1986. Sepanjang kejohanan ini berlangsung, cuma lima negara
yang berjaya mara ke perlawanan separuh akhir iaitu China, Indonesia,
Korea Selatan, Denmark dan England.
Pasukan China paling banyak memenangi piala ini pada tahun 1995,
1997, 1999, 2001, 2005 dan 2007. Korea Selatan memenangi piala ini
sebanyak tiga kali pada tahun 1991, 1993 dan 2003. Indonesia pula hanya
menang pada tahun 1989. Piala ini tidak pernah dimenangi oleh negara
lain selain dari Asia.
Format Piala Sudirman
Piala

Sudirman

merupakan

kejohanan

antarabangsa

yang

tidak

memerlukan pusingan kelayakan. Pertandingan ini dibahagi kepada tujuh


kumpulan. Hanya pasukan dari kumpulan pertama sahaja yang berpeluang untuk
membawa pulang Piala Sudirman sementara pasukan dari kumpulan yang lain
hanya bermain dalam kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja. Mana-mana
pasukan

yang

mengutip

mata

terendah

untuk

setiap

kumpulan

akan

disingkirkan.

UKURAN
a) Gelanggang
Ukuran untuk garisan adalah selebar 40mm. Tinggi jaring adalah

1.55m di tiang dan 1.524m di tengah-tengah gelanggang.


Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m adalah
digunakan manakala perseorangan ialah 5.18m x 13.40m

24

PERALATAN
a) Raket

b) Tali Raket

25

c) Grip Raket

d) Bulu Tangkis

e) Kasut

26

f) Pakaian

PENGENALAN
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang mempunyai 5
pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui
27

sebuah keranjang berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mata


diperoleh dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang
markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran
lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan
bernilai 3 mata dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola akan
digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya atau menghantarnya
kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal tidak dibenarkan dan
terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA KERANJANG
SEJARAH SUKAN BOLA KERANJANG PERINGKAT ANTARABANGSA
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang mempunyai 5
pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui
sebuah keranjang atau jaring berdasarkan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Permainan bola keranjang ini telah dicipta pada tahun 1892 oleh
seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA yang bernama Dr.James Naismith.
Beliau juga merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej
Springfield yang mana dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian.
Dr.James Naismith telah mengeluarkan idea tentang bola keranjang ini
setelah ketua bidang sukan Kolej Springfield iaitu Mss. Luther H. Gulick, memberi
tugasan kepada beliau untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh
dimainkan semasa musim sejuk dan permainan tersebut haruslah dimainkan
dalam gelanggang sebuah bangunan. Dr.James telah menggunakan bola yang
digunakan dalam permainan bola sepak. Tujuan beliau menggunakan bola
seperti ini kerana ia mudah ditangkap dan saiz yang cukup besar. Dr. James
Naismith telah meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut
untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai
tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith.
Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permainan ini.
Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari
aras tanah.
Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara
pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah
menamakan permainan ciptaannya basketball. Pelbagai perubahan berlaku
setelah sukan bola keranjang ini mulai diperkenalkan demi meningkatkan kualiti
28

permainan dan juga keunggulan permainan di peringkat antarabangsa. Banyak


kelab dan persatuan bola keranjang ditubuhkan seperti National Basketball
Association (NBA) dan juga International Basketball Association (IBA) dan
International Basketball Federation (FIBA). Banyak negara telah menerima
permainan bola keranjang ini sebagai sukan yang sesuai dipelajari dan
dimainkan dalam peringkat dunia.

SEJARAH SUKAN BOLA KERANJANG DI MALAYSIA


Sejarah sukan bola keranjang di Malaysia dipercayai bermula pada awal
abad ke20 oleh orang asing. Sukan bola keranjang ini diperkenalkan di sekolah
Cina oleh guru yang datang dari China. Permainan ini dimainkan di luar
gelanggang tidak berturap. Ia kemudiannya berkembang ke dalam Chinese
Sports Clubs, pada masa tersebut satu lawatan oleh Universiti dan pasukan kelab
bola keranjang dari China dan Hong Kong telah dilakukan. Sejak daripada itu,
sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang popular dan terkenal di kalangan
masyarakat cina di Malaysia. Pada tahun 1934, Inter State Tournament for
Malayan Chinese telah diadakan.
Pada tahun 1958, badan pertubuhan bagi bola keranjang iaitu Malaya
Amateur Basketball Association telah ditubuhkan. En.Quek Kai Dong telah dipilih
sebagai pengerusi pertama. Pada bulan August 1958, satu pertandingan
peringkat kebangsaan telah diadakan yang mana dikenali sebagai Kejohanan
Piala Agung. Organisasi ini kemudiannya bertukar nama kepada Malaysia
29

Amateur Basketball Association atau MABA. Pada bulan April 1965, kejohanan
Bola keranjang Belia Malaysia telah dilancarkan di Pulau Pinang. Pada tahun
1957, MABA telah menjadi ahli bagi International Basketball Federation (FIBA).
Pada masa sekarang, MABA mempunyai enam belas ahli yang terdiri
daripada 13 persatuan negeri, satu wakil dari Wilayah persekutuan dan dua
kumpulan lagi iaitu Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. MABA
telah menguruskan perlawanan ketiga, kesembilan dan ketiga belas bagi Asian
Basketball Championships untuk lelaki pada tahun 1965, 1977 dan 1986 di Kuala
Lumpur. Malaysia turut telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Keranjang
Asia bagi perempuan pada tahun 1970, 1978 dan 1986. Selain itu, banyak lagi
kejohanan

lain

yang

telah

dilaksanakan

oleh

pihak

MABA di

peringkat

antarabangsa. MABA mempunyai bangunan dan juga stadium perlawanannya


sendiri yang terletak di Jalan Hang Jebat menuju ke Padang Merdeka. Di dalam
bangunan MABA ini, ia mengandungi pelbagai kemudahan seperti asrama bagi
para pekerja dan pemain, bilik konferensi, gelanggang bola keranjang peringkat
dunia, kedai makan, gimnasium, tempat parkir kereta dan gelanggang tertutup
untuk latihan.

30

CARA BERMAIN SUKAN BOLA KERANJANG


Permainan ini melibatkan dua pasukan yang mengandungi lima pemain
setiap pasukan. Dua orang pemain bertindak sebagai pertahanan, dua orang
menjadi penyerang sementara seorang lagi menjadi pemain tengah. Hal ini
dapat dijelaskan oleh rajah di bawah yang menunjukkan kedudukan para
pemain.

Semua pemain berpeluang menjaringkan gol


Pada

akhir

permainan,

pasukan

yang

mendapat

mata

terbanyak

diisytiharkan menjadi pemenang. Permainan bermula dengan lambungan bola di


tengah gelanggang. Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan berada
di bulatan tengah gelanggang. Kemudian, pengadil akan melambung bola ke
udara lalu kedua-dua pemain itu berebut untuk merampas bola. Pemain yang
dapat merampas bola akan terus menyerang dan para pemain daripada pasukan
lawan akan bertahan supaya keranjang mereka tidak dibolosi. Selain itu, mereka
akan cuba mencari peluang untuk merampas kembali bola daripada pasukan
yang menyerang.
Skor
Tiga mata jaringan akan diberikan jika jaringan berjaya dilakukan di luar
garisan bulatan. Bagi jaringan yang berjaya dilakukan di dalam garisan bulatan,
31

satu mata jaringan akan diberikan. Jika pemain pihak lawan pula melakukan
kesalahan, pihak satu lagi akan diberikan menjaringkan gol melalui balingan
percuma.

32

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN BOLA KERANJANG


1) Masa Permainan
Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandung masa 10
minit setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10

minit).
10 minit rehat

antara

waktu

&

sebagai

separuh

masa perlawanan.
Penjaga masa
akan menghentikan jam permainan: Semasa berlaku satu faul.
Dalam satu kejadian Jump Ball.
Tamatnya satu waktu permainan.
Permintaan masa berhenti (Time out).
Satu kecederaan berlaku.
Pengadil mengarahkan jam permainan dihentikan.
Penjaga masa
akan mulakan
jam permainan semula: Lontaran ke dalam dan bola disentuh oleh salah seorang
pemain.
Lontaran percuma terakhir bola.

2) Permulaan Permainan
Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap

pasukan.
Permainan hendaklah

dimulakan pengadil dengan Jump Ball di

bulatan tengah.
3) Jump Ball
Jump Ball diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan
pengadil melambungkan bola di bulatan tengah.
4) Jaringan Gol
Jaringan gol dihasilkan apabila bola hidup (dalam permainan)

memasuki keranjang.
Pasukan yang menjaringkan gol mendapat 2 mata, 3

jaringan gol dalam kawasan 3 mata.


Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran
dalam.

5) Jaringan Bebas

33

mata

bagi
ke

Dua atau tiga


pemain

jaringan
yang

menjaringkan gol.
Setiap jaringan yang

telah

bebas

diberikan

disalahkan

kepada

semasa

seseorang

dia

hendak

berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.

6) Bola Keluar
Bola dikira keluar apabila ia terkena

lantai atau benda-benda lain

di luar gelanggang.
7) Lontaran Ke Dalam
Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar

batasan di tempat yang ditunjuk oleh pengadil.


Pemain
mempunyai 5 saat untuk membuat lontaran ke dalam.

Semasa membuat lontaran ke dalam, pemain-pemain lain dilarang

menyentuh atau melampaui garisan sempadan tepi.


Pengadil bertanggungjawab menyerahkan bola untuk lontaran ke
dalam.

8) Pemain di luar batasan gelanggang


Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia

menyentuh batasan sama ada di atas atau di luar garisan.


Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh
seseorang pemain di luar batasan gelanggang.

9) Penggantian Pemain : Boleh dilakukan oleh jurulatih apabila :


Satu faul telah
berlaku.
Berlaku Jump Ball (Lontaran dalam bergiliran)
Lontaran ke dalam.
Masa berhenti (time-out).
Bila berlaku kecederaan.
10)

Peraturan 3 saat
Seseorang pemain dilarang berada di dalam kawasan

pasukan.
Lawannya lebih dari tiga saat

apabila

larangan

pasukannya

sedang

menguasai bola.
11)

Peraturan 5 saat
Seseorang pemain yang sedang memegang bola

dengan

tidak

menghantar, menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih


daripada 5 saat semasa dikawal ketat oleh pihak lawan.
12)

Peraturan 8 saat

34

Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh

mengawal

atau

menguasai bola di kawasan lapang belakang gelanggang lebih


daripada 8 saat.

UKURAN
a) Gelanggang Bola Keranjang

35

b) Papan dan Tiang


Papan bola keranjang mestilah terdiri daripada permukaan yang

rata.
Segi empat kecil berukuran 0.5 m mendatar dan 0.45 m menegak

adalah penting.
Gol bola keranjang terdiri daripada besi bulatan dan jaring.
Ketinggian gol bola keranjang ialah 2.75 m.

PERALATAN
a) Bola Latihan dan Pertandingan

36

b) Pakaian (Jersi)
Nombor depan : Sekurang-kurangnya 10cm tinggi dan 2 cm lebar.
Nombor belakang : Sekurang-kurangnya 20cm tinggi dan 2 cm

lebar.
Nombor jersi pasukan wajib dari nombor 4 hingga 15.

c) Kasut

PENGENALAN
Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap
popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan

37

pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab


dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah
mengikut kesesuaian, kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap
pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada permainan bola
keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts,
Amerika Syarikat pada tahun 1891.
Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun
1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan
diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan
bola jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA JARING
SEJARAH SUKAN BOLA JARING PERINGKAT ANTARABANGSA
Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan di kalangan
wanita. Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya
sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di
negara-negara Komanwel.
Dr.James Naismith, seorang berbangsa Kanada, telah memperkenalkan
sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat dalam tahun 1891. Beliau menggunakan bola
yang cukup besar untuk mudah diterima dan dihantar serta tidak boleh berlari
dengan bola. Gol yang digunakan diperbuat daripada bakul yang diletak di
tempat tinggi sebagai satu cabaran yang dapat memberi tumpuan kepada
kemahiran. Selain daripada kekuatan, Dr.James Naismith menetapkan tiga belas
undang-undang bagi permainan ini. Permainan ini bertambah popular apabila
jaring diperkenalkan dan undang-undang serta aspek kemudahan dimurnikan
dan bola jaring tercipta.
Bola Jaring yang asalnya dikenali sebagai bola bakul atau basketball
dibawa ke England dari Amerika Syarikat oleh Dr.Toles semasa beliau melawat
Kolej P.T.Osterberg dalam tahun 1895. Beliau memperkenalkan permainan di
mana bola dijaringkan ke dalam bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg
mendapat reputasi antarabangsa melalui Kolej Dartford. Pada tahun 1897, bola
jaring dimainkan atas padang rumput di seluruh United Kingdom. Setelah

38

permainan bertambah canggih, kawasan atau zon permainan baru, yang


menggambarkan gelanggang terbahagi kepada tiga kawasan diperkenalkan.
Dalam tahun 1957, pada suatu mesyuarat yang diadakan di London,
persetujuan mengenai penggunaan undang-undang telah dicapai bersama oleh
England, Australia, New Zealand, Northern Ireland, Afrika Selatan, Amerika
Syarikat

dan

Wales.

Persekutuan

antarabangsa

telah

ditubuhkan

dalam

mesyuarat yang diadakan di Ceylon pada bulan Ogos 1960. Mesyuarat telah
dihadiri oleh wakil-wakil dari England, Australia, New Zealand, Afrika Selatan,
Ceylon dan Indies Barat. Perlembagaan dan etika undang-undang permainan
antarabangsa telah dipersetujui bersama semasa mesyuarat.
SEJARAH SUKAN BOLA JARING DI MALAYSIA
Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh
mubaligh-mubaligh Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah
Inggeris di Negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British. Pada lewat
1960-an,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di
bawah kepimpinan Pengerusi Teknik, Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula
berkembang dengan meluas.
Dari tahun 1970-an hingga lewat 1980-an, bola jaring di Malaysia telah
dimainkan di kalangan pelajar wanita di sekolah, kolej, universiti dan jabatan
kerajaan serta kelab. Persatuan Bola Jaring Selangor merupakan persatuan
pertama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar pada awal 1970-an. Hal ini
diikuti oleh beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor dan Pahang. Kesemua persatuan-persatuan negeri ini bergabung
dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).
Persatuan Bola Jaring Malaysia telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di
bawah naungan Almarhumah ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga
tahun 1990, Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan
menjadikannya 1 ahli gabungan yang terdiri daripada 13 Ahli Gabungan dari
negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan dari bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia,
Angkatan Tentera Malaysia dan Lembaga Letrik Negara. Pada tahun 1990 juga,
Lembaga

Elektrik

Negara

menjadi

Tenaga

Nasional

Berhad.

Kini,

PBJM

mempunyai 1 Ahli Gabungan iaitu terdiri daripada semua 14 buah negeri di


seluruh Malaysia dan 3 Ahli Gabungan bukan negeri.

39

PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun
1980 dan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun 1982.
Apabila Persekutuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun 1985, Malaysia
menjadi salah satu ahli pengasas. Salah satu daripada aktiviti utama PBJM ialah
menganjurkan kejohanan bola jaring di peringkat kebangsaan. Dua kejohanan
tahunan yang diadakan di peringkat kebangsaan ialah Kejohanan Bola Jaring
Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 tahun. Kejohanan Bola Jaring
Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979. Ia terbuka kepada semua
Ahli Gabungan. Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun
1984. Kejohanan di peringkat kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan
pemain ke peringkat antarabangsa.

40

CARA BERMAIN SUKAN BOLA JARING


Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini
bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam setiap perlawanan.
Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan
mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan
undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan
membuat hantaran, membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma,
mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap
pemain.

41

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN BOLA JARING


1. Asas Peraturan Permainan
Bola jaring merupakan sukan

popular

di

kalangan

kaum

wanita.

Perkembangan dan pembangunan yang pesat telah meletakkannya


sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa. Sukan bola jaring
dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain dalam
sesuatu perlawanan. Permainan ini menumpukan kepada jaringan gol
untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol
(GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Bulatan Gol.
2. Undang-undang Asas

Bilangan Pemain

Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain dan 5

Tempoh Permainan

pemain simpanan.
a) Terdapat dua bahagian iaitu selama dua puluh
minit setiap separuh masa. Masa rehat 5 minit.
b) Pasukan akan bertukar kawasan gol pada akhir

Pengadil
Memulakan

separuh masa.
Permainan diadili oleh 2 orang pengadil.
a) Permainan dimulakan dan dimulakan selepas

Permainan

setiap jaringan gol.


b) Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir

Gerak Kaki

selepas setiap jaringan gol.


Pemain
tidak
dibenarkan

Held Ball

mengerakkan kaki mendarat.


Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih dari

Lebih Kawasan

3 saat.
Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan
satu

kawasan

terlebih
Off Side

dahulu

tanpa
oleh

disentuh

mengheret

atau

mana-mana

atau

ditangkap

pemain

yang

dibenarkan.
Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar
kawasan jika memasuki mana-mana kawasan selain

Halangan

daripada kawasan bermainnya.


Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan
yang tengah memegang bola.
42

Sentuhan

Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan


sentuhan dengan pemain lawan sama ada secara

Memainkan

sengaja atau tidak sengaja.


Apabila menerima bola, di mana bola telah dimiliki

Semula (Re-Play)

sepenuhnya,

bola

terjatuh

dan

mengambilnya

semula. Situasi ini dipanggil re-play .

43

UKURAN
a) Gelanggang
Ukuran gelanggang bola jaring dibahagikan kepada tiga kawasan.

b) Jenis Gelanggang
Gelanggang Rumput (Permukaan gelanggang rumput hendaklah
rata dan bersih. Pastikan tiada baru, pasir, kaca dan sebagainya
pada permukaan tersebut).

Gelanggang Indoor

c) Tiang Gol

44

Tiang gol hendaklah tegak dan tingginya 3.05 meter (10 kaki) untuk
sekolah menengah dan dewasa serta diletakkan di tengah garisan
gol. Satu gegelang logam dengan bahagian dalamnya berdiameter
380 mm hendaklah dipasang terkeluar 150mm dari hujung tiang.

PERALATAN

45

a) Bibs

GK (Goal Keeper) , GD (Goal Defence), WD (Wing Defence), C


(Centre), WA (Wing Attack), GA (Goal Attack), GS (Goal Shooter)

b) Bola

Bola yang digunakan bagi semua tahap umur ialah saiz 5. Bola
getah atau bola kulit sahaja digunakan dalam permainan bola
jaring.

c) Pakaian
Satu pasukan perlu memakai pakaian yang seragam.

46

PENGENALAN

47

Tenis adalah sukan yang dimainkan oleh jutaan orang sebagai satu sukan
rekreasi selain sebagai sukan pertandingan. Sukan ini dimainkan di semua
peringkat dan semua golongan. Ia juga boleh dimainkan oleh semua orang
termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda. Populariti
sukan tenis telah merentasi seluruh pelosok dunia melalui daya tarikan dan nilai
komersialnya.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN TENIS
SEJARAH SUKAN TENIS PERINGKAT ANTARABANGSA
Permainan tenis telah bermula sejak dahulu lagi iaitu sekitar 1500 tahun
sebelum Masihi di Mesir di mana ada lukisan di dinding kuil menunjukkan sejenis
permainan dimainkan di dalam upacara keagamaan. Walau bagaimanapun,
sejarah permainan ini dicatatkan bermula di Utara Perancis pada kurun ke-12
yang dikenali dengan nama permainan Jeu de Paume oleh Louis X. Dalam
permainan ini, bola dipukul dengan menggunakan tapak tangan sahaja. Selain
daripada beliau, seorang lagi yang bergiat aktif dalam permainan ini ialah King
Charles V. Permainan ini seterusnya berkembang di kalangan golongan
bangsawan di serata Eropah.
Sehingga kurun ke-16, barulah penggunaan raket bermula, begitu juga
dengan nama Tenis yang diambil dari bahasa Perancis lama Tenez. Permainan
ini popular di Perancis dan England. Sehingga awal abad ke 19, permainan ini
telah berevolusi ke arah permainan tenis yang moden. Permainan ini mendapat
sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat setempat dan berkembang
dalam masa yang cukup singkat. Pada awal tahun 1860-an, dua orang sahabat
iaitu Mejar Harry Gem dan J.B. Pereira telah mencipta satu permainan yang
menggunakan raket dan bola pelota. Ini membawa kepada penubuhan kelab
tenis yang pertama iaitu Kelab Leamington Spa di Wales yang telah yang
diasaskan oleh J.B. Pereira , Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr.
Arthur Tompkins pada tahun 1872.
Pada tahun 1873, Mejar Walter Clopton Wingfield telah mempamerkan
permainan yang hampir sama yang dinamakan sphairistike yang kemudian
dikenali dengan sticky di Llaneliden, Wales. Menurut ahli sejarah sukan,
beliaulah yang bertanggungjawab mempopularkan tenis melalui tindakannya
mengeluarkan peralatan permainan ini dalam satu set lengkap jaring, raket, bola
dan peraturan permainannya serta memasarkan ke seluruh dunia ketika itu.
48

Selari dengan perkembangannya, pertandingan tenis yang tertua di dunia iaitu


Kejohanan Wimbledon telah pertama kali dianjurkan iaitu di London dalam tahun
1877.
Sejarah permainan tenis di Amerika bermula dalam tahun 1874 apabila
Mary Ewing Outerbridge memperkenalkan sphairistike dan membina sebuah
gelanggang di Kelab Kriket Staten Island, New York. Sejak itu, permainan ini telah
berkembang dan Kejohanan Kebangsaan Amerika yang pertama telah dianjurkan
dalam tahun 1880. The United States National Lawn Tennis Association telah
ditubuhkan yang bertujuan untuk menyeragamkan peraturan dan undangundang permainan tenis dalam tahun 1881. Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat
( US Open ) telah dianjurkan buat pertama kalinya dalam tahun itu juga di
Newport, Rhode Island.
Pada 1 Mac 1913, International Lawn Tennis Federation (ILTF) telah
ditubuhkan di Paris, Perancis. Ia bertujuan untuk membincangkan undangundang dan peraturan permainan ini. Hanya pada tahun 1924, ILTF secara
rasminya menjadi badan yang bertanggungjawab serta mengawal sukan tenis di
seluruh dunia. Perkataan Lawn daripada nama badan itu digugurkan dalam
tahun 1977, setelah mendapati bahawa kebanyakan permainan tenis tidak lagi
dimainkan di atas gelanggang rumput. Sejak itu, ia dikenali sebagai International
Tennis Federation (ITF).

SEJARAH SUKAN TENIS DI MALAYSIA


Di Malaysia, permainan tenis telah mula diperkenalkan pada abad ke-20.
Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921 dan
pertandingan pertama yang dijalankan ialah pertandingan merebut Piala Chua
dan diikuti pertandingan merebut Piala Guillemard untuk kategori lelaki dan Piala
McCabe Peay untuk kategori wanita. Pada hari ini, tenis semakin popular di
Malaysia. Permainan ini bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia. Malaysia hari
ini telah menjadi tuan rumah kejohanan tenis bertaraf dunia seperti Davis Cup,
jelajah ATP (Malaysia Open 250), WTA dan kejohanan-kejohanan lain. Malaysia
juga telah melahirkan jaguh tenis yang pernah bertanding di peringkat
antarabangsa seperti Adam Malik, V.Selvam dan S.Selvarajoo.

49

Selari dengan perkembangan sukan tenis hari ini banyak kejohanan besar
yang dianjurkan di seluruh dunia seperti Kejohanan Terbuka Australia, Terbuka
Perancis, Terbuka Wimbledon, dan Terbuka Amerika Syarikat yang dikenali
dengan kejohanan Grand Slam menawarkan hadiah wang tunai dalam jumlah
yang besar. Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga
jenis gelanggang iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu,
terdapat juga siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari
seluruh dunia. Piala Davis pula ialah kejohanan berpasukan antara negaranegara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola sepak. Kesemua kejohanan ini
telah menarik jutaan peminat dan penonton serta penaja yang membuktikan
bahawa sukan ini adalah antara sukan yang paling menarik di dunia.
Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis
gelanggang iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu,
terdapat juga siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari
seluruh dunia. Piala Davis pula ialah kejohanan berpasukan antara negaranegara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola sepak.

50

CARA BERMAIN SUKAN TENIS


Memilih raket
Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

Saiz genggaman tangan

Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka
yang baru atau mula bermain tenis.
Cara memegang raket tenis
Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua
jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas.
Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket
dari semasa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa
semasa pegangan raket perlulah diutamakan.
Tempoh permainan
Sesuatu

permainan

tenis

mempunyai

maksimum

lima

set

dan

kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga
set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian
wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set
dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain
yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang.
Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga
bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.
Cara mendapatkan mata
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan
badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam
51

satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan


pada kedudukan 0-0. Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata
pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika
mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang
diperoleh oleh pemain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan
kepadanya.
Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila
kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemenangan, salah seorang pemain harus
mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, pemula servis
perlu mendahului lawannya dengan satu mata.
Untuk mendapatkan mata kedua, pemain akan membuat servis di sebelah
kiri

gelanggangnya

pula

dan

pungutan

mata

akan

dikira

seperti

yang

diterangkan tadi. Seseorang pemain harus memperoleh enam mata dahulu


untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 ,
permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata
melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum
untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan,
seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada
lawannya.
Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian iaitu bagi menentukan
permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat dan
para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang iaitu di tempat
membuat servis yang disediakan di sebelah kanan gelanggangnya. Pemain
lawan akan berada di bahagian kanan gelanggangnya.
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke
kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis
lawan ini, pembuat servis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis
kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan
kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain
akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis
52

pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat servis


di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu, kedua-dua
pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang
daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan


Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan
bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan
gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, manamana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana
pembuat

servis

yang

berhak

sahaja

dibenarkan.

Pengadil

utama

yang

mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.


Permainan

ditamatkan

setelah

pemenang

ditentukan.

Pertandingan

bahagian lelaki yang diiktiraf ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia
dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain
bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

53

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN TENIS


1) Servis adalah batal sekiranya
Memijak garisan belakang semasa melakukan servis.
Apabila gagal memukul bola semasa percubaan melakukan servis.
Apabila bola terkena objek kekal di dalam gelanggang kecuali jaring
atau centre strap sebelum masuk ke gelanggang servis.
2) Apabila let dilaungkan, servis mesti dilakukan semula. Jenis-jenis let
Apabila bola mengenai jaring atau centre strap dan memasuki

kawasan servis.
Penerima servis belum bersedia.
Terdapat gangguan semasa permainan sedang berlangsung.

3) Pertukaran gelanggang atau Ends dilakukan pada setiap game kiraan


ganjil seperti permainan pertama, ketiga, kelima dan seterusnya.
4) Pembuat servis akan mendapat mata sekiranya
Bola yang diservis terkena pemain lawan atau apa-apa yang

dipegang atau dipakai sebelum menyentuh gelanggang.


Penerima servis gagal membalas hantaran servis.

5) Pemain kehilangan mata apabila;


Bola melantun lebih daripada sekali di bahagian gelanggangnya.
Bola yang dipukul terkena objek kekal di luar kawasan permainan

(kecuali jaring, tiang jaring, single stick, kabel jaring).


Raket atau pemain menyentuh jaring semasa

berlangsung.
Bola terkena pemain.

permainan

6) Kiraan mata bagi satu game;


Pertama 15, kedua 30, ketiga 40, keempat game. Jika
kedua-dua pemain terikat pada kedudukan 40 40 (sama) dipanggil
deuce, mata berikut dipanggil advantage. Jika pemain tersebut
terus mendapat mata, maka ia dikira game.
7) Kiraan set
Seseorang pemain itu mestilah mendapat enam game.

54

Pada kedudukan 5 5 (sama), pemain mestilah mendapatkan

perbezaan dua game iaitu menjadi 7 5.


Jika kedudukan 6 6 (sama), pemain terpaksa bermain tie-break.

8) Kiraan tiebreak.
Pemain mestilah mendapat 7 mata.
Pada kedudukan 5 5 (sama), pemain mestilah mendapatkan
perbezaan dua mata agar kedudukan menjadi 7 5.
9) Jumlah set
Jumlah set maksimum bagi lelaki ialah 5 set.
Jumlah set maksimum bagi perempuan ialah 3 set.

UKURAN
a) Gelanggang Tenis
Gelanggang tenis indoor dan outdoor.
Permukaannya rata dan bebas daripada sebarang gangguan.
Ia dalam bentuk gelanggang rumput yang diperbuat daripada kayu
atau simen.
55

Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m (27
kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan

gelanggang.
Gelanggang tenis dibahagi kepada dua bahagian.
Bahagian tengah gelanggang terdapat satu jaring.
Setiap bahagian dibahagi lagi kepada tiga bahagian, iaitu dua
bahagian berbentuk empat segi di hadapan dan satu bahagian

empat segi di belakang.


Semua bahagian tersebut dipisahkan dengan garisan yang jelas dan

sebaik-baiknya di tanda menggunakan garisan putih.


Bola yang dipukul dari luar gelanggang hendaklah tidak menyentuh
garisan kerana ia hanya akan membawa mata kepada pihak lawan.

b) Jaring
Jaring diperbuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang

dipintal.
Digantungkan pada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan pita

putih.
Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah.
Bahagian atas jaring mestilah 0.91 tinggi pada titik tengahnya dan

1.07 m pada kedua-dua bahagian tiangnya.


Ia perlu dipasang tegang semasa permainan.

56

PERALATAN
a) Raket
Rangka raket terdiri daripada beberapa jenis iaitu yang diperbuat

daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi.


Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah di antara 282.7 g
sehingga 396.9 g manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah

di antara 368.0 g sehingga 382.0 g.


Pemain haruslah memilih raket

yang

sesuai

dengannya,

terutamanya dari aspek keselesaan pemegangnya.

b) Bola

Warna bola tenis biasanya hijau kekuningan.


Beratnya adalah di antara 56.7 g sehingga 58.5 g.
Saiz diameter bola tenis ini adalah di antara 6.35 cm sehingga 6.65

cm.
Ia perlu dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan
kering.

57

c) Pakaian
Pemain lelaki memakai baju lengan pendek, berseluar pendek,

berstoking dan berkasut.


Pemain wanita memakai baju lengan pendek atau panjang,

berseluar berstoking dan berkasut.


Warna baju dan seluar bagi pemain adalah bebas.
Keselesaan pemakaian adalah penting.

JENIS-JENIS GELANGGANG
a)

Hard Court

58

b)

Grass Court

c)

Clay Court

PENGENALAN
Bola sepak ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan
ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan
terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah
dimainkan

oleh

lebih

daripada

250

juta

orang

di

200

negara,

yang

menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia. Bola sepak bertujuan


59

untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke


gol lawan. Bola sepak dimainkan dalam padang yang berbentuk segi empat
tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak
ialah FIFA atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK
SEJARAH SUKAN BOLA SEPAK PERINGKAT ANTARABANGSA
Permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M. Pelbagai jenis permainan bola sepak
telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Fakta telah menunjukkan
bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun
yang

lalu

dan

dipercayai

lebih

awal

daripada

sejarah

permainan

bola

menggunakan tangan. Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak


kurun ke-2 dan ke-3 di China. Permainan ini bermula pada zaman pemerintahan
Dinasti Han. Askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat
daripada kulit sebagai latihan fizikal dan dikenali sebagai latihan Tsu Chu.
Selain itu, fakta juga telah menunjukkan permainan Greek, episkyros
mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Permainan ini
dimainkan oleh dua pasukan menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan
padang yang bersegi empat tepat dan ditandakan garisannya.

Objektif

permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan.
Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan
untuk menguruskan bola sepak. Oleh sebab permainan bola sepak dimainkan
dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undangundang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara
permainan dan memudahkan pemain-pemain memahami peraturan-peraturan
tersebut.
Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh
beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak
yang formal dan undang-undang ini dikembangkan menjadi Undang-Undang Bola
Sepak yang diguna pakai sehingga kini. Selepas beberapa tahun, Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari
Afrika Selatan pada tahun 1909 dan 1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912
serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan
60

pertandingan

pada

peringkat

antarabangsa

telah

ditangguhkan

kerana

tercetusnya Perang Dunia Pertama.


Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga
Persekutuan

Bola

Sepak

Antarabangsa

(FIFA).

Beliau

merancang

untuk

mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan


pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan
diberikan

trofi

manakala

seorang

pengukir

Perancis,

Abel

Lafleur

telah

dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali


sebagai Piala Jules Rimet.
Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay
sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929. Buat pertama kalinya pada
18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay.
Kejohanan ini diadakan di tiga gelanggang di Montevideo. Uruguay yang menjadi
tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 pada
perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Walau bagaimanapun, Jules Rimet telah berusaha keras sepanjang 33
tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan
apabila FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.
Rimet yang dilantik Presiden Kehormat Pertama FIFA telah meninggal
dunia setahun kemudian dan digantikan oleh Rodolphe William Seeldrayers pada
tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh
Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan
bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai
Presiden FIFA ke enam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian
baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.
Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan
merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh sebab itu, permainan ini
selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

SEJARAH SUKAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

61

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu
secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933.
Persatuan ini juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir
Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933
dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian
Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan
Dunia Kedua meletus.
Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson
dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum
tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa
British. Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana
Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian
pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang
kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut
telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah
merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola
sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga Semi-Pro diperkenalkan sebelum sukan ini
diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Di bawah
kepimpinan Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak
negara mendapat perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu
Piala Remaja Dunia FIFA pada 1997. Daripada sebuah bangunan kecil di Jalan
Birch (sekarang Jalan Maharajalela), Kuala Lumpur, FAM akhirnya mempunyai
kompleks pentadbiran sendiri di Kelana Jaya, Selangor yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan latihan dan penginapan.

62

CARA BERMAIN SUKAN BOLA SEPAK


Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua
pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba
memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan
lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang
terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan
menggunakan

kedua-dua

belah

kaki,

tetapi

para

pemain

dibenarkan

menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang


bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan
menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah
perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama,
perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi
menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan) akan ditambah jika
kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang
asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini
memenangi perlawanan. Sekiranya masa berlebihan tidak dapat menentukan
pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan
penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

63

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN BOLA SEPAK


1) Bilangan Pemain
Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja. Setiap
pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk
penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat
kurang daripada 7 orang pemain.
Perlawanan Rasmi
Bagi setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan
persatuan-persatuan di bawah gabungannya,

hanya 3 orang

pemain gantian sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran.


Peraturan

pada

setiap

berapakah

bilangan

pertandingan

pemain

gantian

mestilah
yang

menyatakan

dibenarkan

untuk

membuat pertukaran iaitu di antara 3 hingga 7 pemain gantian.


2) Jangka masa Permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali
terdapat

persetujuan

di

antara

kedua-dua

pasukan

dan

pengadil

diberitahu sebelum permainan dimulakan. Contohnya mengurangkan


masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
a) Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan
separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak
melebihi 15 minit.
b) Masa Tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian
masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain
yang

tercedera

pemain

yang

atau

cedera

rawatan.

c) Tendangan Penalti

64

pengadil
dari

bertindak

padang

untuk

mengeluarkan
mendapatkan

Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil


semula,

tempoh

masa

akan

dipanjangkan

sehingga

tendangan penalti itu dilakukan.


d) Pemberhentian Perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula
melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.
3) Permulaan dan Memulakan Semula Permainan
Permulaan Perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih
kawasan

gol

atau

memulakan

perlawanan

dilakukan

dengan

melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling


akan membuat sepak mula. Pasukan yang menang lambungan
syiling akan membuat sepak mula pada separuh masa kedua.
Sepak Mula
Sepak mula merupakan cara untuk memulakan perlawanan atau
memulakan semula perlawanan pada separuh masa kedua. Sepak
mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika
permulaan di setiap separuh masa perlawanan semasa tambahan
masa. Jaringan boleh dibuat terus daripada sepak mula.
4) Bola di dalam dan di luar Permainan
Bola dikira keluar dari padang permainan; apabila keseluruhan bola
melintasi garisan tepi atau garisan gol sama ada di tanah atau di
udara serta diberhentikan oleh pengadil.
Bola dikira dalam permainan, termasuklah apabila ia melantun
daripada tiang gol, palang gol atau tiang penjuru dan berada di
dalam kawasan permainan serta apabila ia melantun sama ada
daripada pengadil atau penolong pengadil yang berada dalam
kawasan permainan.
5) Cara Menentukan Jaringan
Jaringan gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di
antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol dengan syarat tiada
perlanggaran

undang-undang

dilakukan

oleh

pasukan

yang

menjaringkan gol tersebut. Pasukan yang menjaringkan lebih


banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Perlawanan
65

akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah


gol yang sama atau tidak menjaringkan sebarang gol di dalam
tempoh perlawanan tersebut.
6) Off said
Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan
off said. Seorang pemain berada di kedudukan off said jika;
Dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola
dan pemain lawan yang kedua terakhir.
Seorang pemain tidak berkedudukan off said jika ;
Dia berada di kawasan permainannya sendiri.
Dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir.
Dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir.
7) Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah
satu dari tujuh kesalahan berikut:

Bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.


Membantah dengan perkataan atau perbuatan.
Sentiasa melanggar undang-undang permainan.
Melambatkan semula permainan.
Gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan
dimulakan semula dari sepakan penjuru, sepakan percuma atau

lontaran ke dalam.
Masuk semula padang permainan tanpa kebenaran pengadil.
Sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran
pengadil.
Pengganti atau pemain yang telah digantikan adalah diberi amaran jika
melakukan
salah satu dari tiga kesalahan berikut:
Tidak bersemangat sukan.
Membantah dengan perkataan atau perbuatan.
Melambatkan semula permainan.
8) Kesalahan Perintah Keluar
Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti adalah diperintah
keluar jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
Bermain dengan amat kasar.
Berkelakuan ganas.
66

Meludah pemain lawan atau orang lain.


Menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk
menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola.
Menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain
lawan yang menuju ke arah gol lawan lawannya dengan melakukan
kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau
sepakan penalti.
Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau
kata-kata kesat atau gerak laku.
Menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.

UKURAN
a) Padang Bola Sepak
Ukuran Padang
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang
yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Panjang Minimum : 90 m (100 ela)
Maksimum : 120 m (130 ela)
Lebar Minimum : 45 m (50 ela)
Maksimum : 90 m (100 ela)

67

b) Tiang Penjuru dan Lengkok Sepakan Penjuru

c) Tiang Gol

68

PERALATAN
a) Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau
bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola adalah tidak kurang daripada 68
sm dan tidak lebih 70 sm. Berat bola dalam lingkungan di antara 410
gram hingga 450 gram pada permulaan permainan. Bola permainan hanya
boleh ditukar dengan kebenaran pengadil.
b) Kasut Bola
c) Pelindung Kaki
d) Gloove (Penjaga Gol)

69

PENGENALAN
Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Sukan ini dimainkan
oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara
menyepak, melontar atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak
untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan
yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan
menang bagi perlawanan ini.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN RAGBI
SEJARAH SUKAN RAGBI PERINGKAT ANTARABANGSA

70

Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan
kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta
daripada perbuatan William Webb Ellis. Ketika perlawanan bola sepak peringkat
sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan
tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.
Sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan. Kemudian,
Universiti Cambridge telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan
membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular pada tahun 1871 di
sekolah-sekolah di England. Kemudian, Kelab Ragbi mengumumkan peraturan
rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian. Pada tahun 1895,
Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama
dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh
dunia dan perlawanan antara negara diadakan. Pelbagai perubahan telah
diadakan.
Pada tahun 1880, scrum telah diubahsuai. Scrum bermaksud perbuatan
atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila
kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke
bawah dan saling tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf
melemparkan bola dan pemain tengah (hooker) cuba untuk merebut bola untuk
pasukan mereka sendiri. Pemain biasanya dipanggil oleh pengadil tetapi boleh
dibentuk secara spontan. Pada tahun 1905, perlawanan antara Sarthmore
dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat
Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan
dalam permainan ragbi.
Pada tahun 1906, akibat daripada perubahan pada permainan ragbi,
muncullah American Football di Amerika Syarikat. Permainan ragbi semakin
melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika
Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964
hingga 1980. Pada tahun 1975, Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat (The
United States of America Rugby Football Union (USARFU) telah dibentuk. Kini,
permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata
kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya,
ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah
memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau
71

permainan

yang

dianggap

lelaki

sejati

bagi

sesetengah

pihak.

Semasa

perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan


lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah
perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

SEJARAH SUKAN RAGBI DI MALAYSIA


Menurut Ng Peng Kong dalam buku beliau Rugby A Malaysian Chapter
menyatakan bahawa sukan ragbi telah dimainkan di Tanah Melayu selepas
Perang Dunia Pertama sekitar tahun 1892 atau mungkin lebih awal lagi. Sukan
ini diperkenalkan oleh pentadbir-pentadbir British yang memerintah tanah
jajahannya. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri
Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah
menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab
Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari
Negeri Sembilan, ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan
Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping,
The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Diraja Selangor.
Sehinggalah pada tahun 1920an, Persatuan Ragbi Malaysia ditubuhkan bagi
mengelola kejohanan tempatan dan Piala HMS Malaya dan kejohanan antara Zon
North vs South yang bermula pada tahun 1928.
Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah
diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara.
Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963.
Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah
ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun. Pada peringkat awal, kebanyakan
pemain ragbi terdiri daripada rakyat British yang bertugas di Tanah Melayu
72

sebagai pentadbir kerajaan, peladang, pengawal keselamatan dan sebagainya


manakala bagi pemain tempatan, penglibatan mereka amatlah kecil. Ironinya,
kebanyakan penggiat sukan ragbi tempatan pada ketika itu menganggap corak
permainan ragbi yang agak kasar, ganas dan berbahaya tidak sesuai dengan
budaya hidup mereka.
Kemasukan askar-askar Fiji selepas Perang Dunia Kedua menjadikan sukan
ragbi lebih semarak di tanah air terutamanya apabila pemain-pemain Fiji
mempersembahkan seni dan teknik permainan yang tinggi dan menarik serta
tampak lebih mantap berbanding rakyat British sendiri. Dari semasa ke semasa,
permainan ini akhirnya mendapat sambutan yang amat baik dan luar biasa
sehinggakan pada suatu ketika sukan ragbi dianggap sebagai sukan nombor satu
di negara ini.

CARA BERMAIN SUKAN RAGBI


Setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Pada masa
sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular.
73

Terdapat dua kumpulan pemain iaitu kumpulan pertama dipanggil Forwards


yang terdiri daripada lapan pemain manakala kumpulan kedua pula dipanggil
Queus

terdiri

daripada

tujuh

orang

pemain.

Pemain

akan

mencuba

mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang
dipanggil The Try-Line. Jika pemain berjaya membawa bola melepasi garisan
gol lawan dan menyentuh bola di tanah, pemain berjaya mencuba dan
memungut

mata.

Selepas

pasukan

berjaya

mencuba,

pemain

diberi

Conversion. Seorang pemain yang diberi gelaran Fly Half adalah mahir
menendang dalam pasukan itu sekali gus menendang bola dan melepasi palang
gol.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN RAGBI


1) Bilangan Pemain
74

Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang


pemain sahaja yang dibenarkan bermain atau berada di dalam padang
pada satu masa bagi SR. Permainan tidak boleh dimulakan jika terdapat
kurang dari 5 orang pemain.
Bagi SM pula, bilangan pemain adalah seperti berikut:
15 sepasukan dengan 10 pemain simpanan
10 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
7 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
Bagi perlawanan 15 sepasukan, perlawanan tidak boleh dimulakan
sekiranya terdapat kurang dari 12 orang pemain.
2) Masa Permainan
Masa permainan rasmi bagi SR adalah 20 minit setiap separuh masa
dengan masa rehat maksimum 5 minit. Tetapi jika bermain secara
karnival, maka masa permainan ialah 7 minit setiap separuh masa dengan
1 minit masa rehat.
Bagi SM pula berikut adalah ketetapannya:
Permainan 15 sepasukan
Maksimum 40 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan

dewasa dengan 10 minit waktu rehat.


Maksimum 35 minit bagi setiap separuh masa bagi variasi bawah
19 tahun dengan 10 minit waktu rehat.

Permainan 10 sepasukan
Maksimum 10 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit waktu
rehat.
Permainan 7 sepasukan
Maksimum 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit waktu
rehat.
Maksimum 10 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan
akhir dengan 2 minit waktu rehat.
3) Cara Bermain
Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula drop kick.
Selepas tendangan mula, mana-mana pemain yang on side boleh
mengambil

bola

dan

berlari

dengannya;

sama

ada

berlari

dengannya; menyepaknya; atau menghantarnya kepada rakan.


Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola; menghantar bola
kepada rakan atau menyepak bola tersebut.
75

Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa


bola sama ada dengan memegangnya ; menolaknya ; atau
menjatuhkannya SM.
Semua pemain boleh membuat sentuhan dan menahan pemain
yang ada bola SR.
Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum , ruck , maul dan
line-out SM.
Semua pemain boleh terlibat dengan scrum atau line out SR.
Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam
kawasan in goal.
Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut
peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undangundang permainan ragbi.
4) Advantage
Advantage adalah situasi di mana pengadil tidak memberhentikan
perlawanan
Advantage

apabila
diberikan

berlaku

kesalahan

kepada

pasukan

dalam

yang

tidak

permainan.
melakukan

kesalahan meneruskan permainan.


Tujuan advantage diberikan semasa permainan sedang berjalan
adalah untuk memberi kesinambungan kepada permainan itu
sendiri tanpa pengadil meniup wisel bagi setiap kesalahan yang
dilakukan.
Terdapat dua jenis advantage iaitu area advantage dan tactical
advantage.
5) Kutipan Mata
Setiap try dan penalti try yang dilakukan akan diberi 5 mata dan try 7
mata akan diberi kepada pemain yang meletakkan bola dalam kotak yang
disediakan dalam kawasan in goal SR.

Bagi SM berikut merupakan kaedah kutipan mata:


TRY: Diperoleh apabila pemain berjaya menekan bola di kawasan
gol lawan 5 mata.
PENALTY TRY: Try yang mungkin dapat dilakukan oleh sesuatu
pasukan tetapi tidak dapat disempurnakan disebabkan permainan
kasar

(foul-play)

oleh

pasukan

bertahan.

Pengadil

menganugerahkan penalti try di bawah tiang gol 5 mata.


CONVERSION: Apabila pasukan berjaya melakukan try, pasukan
tersebut berpeluang untuk membuat sepakan ke arah gol. Sepakan
76

boleh dibuat secara sepak letak ataupun sepak lantun bagi


permainan 15 sepasukan 2 mata.
PENALTY GOAL: Sepakan penalti ke arah gol yang diambil apabila
sesuatu pasukan itu memperoleh penalti daripada kesalahan pihak
lawan 3 mata.
DROPPED GOAL: Sepakan lantun ke arah gol yang dilakukan semasa
permainan sedang berlangsung 3 mata.
6) Foul Play
Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan daripada
melakukan sentuhan (SR) atau tackle (SR), bermain dengan cara
yang berbahaya, misconduct, sentuhan (SR) atau tackle (SM) dan
perlanggaran yang berbahaya serta pemain digalakkan bermain
dengan semangat kesukanan yang tinggi SR.
Sebarang tindakan atau gerakan seseorang
bertentangan

dengan

undang-undang

dan

pemain

semangat

yang
sukan.

Termasuk gangguan permainan, bermain kotor dan membahayakan


pemain lain, kelakuan tidak senonoh, bertindak balas dan kesalahan
yang berulang.
7) Off Side atau On Side
Seseorang pemain dikira offside apabila berada di hadapan garisan
offside semasa scrum, line-out, ruck dan maul atau berada di
hadapan pemain sepasukan yang terakhir memainkan bola.
Onside bermakna pemain berkenaan berada dalam permainan dan
boleh meneruskan permain sama ada melakukan serangan ataupun
melakukan gerakan bertahan.
8) Sentuhan dan Tackle
Sentuhan terjadi apabila pembawa bola disentuh dengan kedua-dua
belah tapak tangan, hujung jari dan sentuhan dengan satu tangan
tidak dikira sentuhan. Pemain yang disentuh mestilah melepaskan
atau membuat hantaran dengan segera (tidak melebihi 3 saat).
Tackle berlaku apabila seorang pembawa bola ditangkap oleh
seorang atau lebih pemain pihak bertahan dan ia dijatuhkan ke
tanah bersama bola. Sekiranya mana-mana lututnya berada di atas
tanah atau ia duduk atau di atas seseorang pemain yang berada di
atas tanah, ia dianggap sudah tackle
Pemain yang disentuh mestilah melepaskan bola, hantar bola
dengan serta-merta dan pemain yang melakukan tackle hendaklah

77

melepaskan pemain yang di sentuh apabila kedua-dua mereka jatuh


ke tanah.

UKURAN
a) Padang Ragbi
Saiz padang permainan ialah 70 meter panjang dan 50 meter lebar
dengan kawasan try minimum 5 meter dan maksimum 10 meter di
belakang garisan percubaan. Garisan lain adalah sama dengan garisan
padang ragbi sebenar cuma ukurannya dipendekkan sedikit untuk
disesuaikan dengan fizikal pelajar sekolah rendah.
Garisan tersebut adalah:
i) Garisan 15 meter menggantikan garisan 22 meter
ii) Garisan 5 meter menggantikan garisan 10 meter
iii) Garisan 3 meter menggantikan garisan 5 meter lineout
iv) Garisan 10 meter menggantikan garisan 15 meter lineout
v) Garisan 5 meter dari garisan goal kekal 5 meter
78

Ukuran panjang dan lebar kawasan permainan mestilah paling hampir


dengan

ukuran

yang

ditetapkan.

Kawasan

permainan

mestilah

berbentuk segi empat tepat.

b) Tiang Bendera
Terdapat 14 batang tiang bendera dengan bendera sama warna (warna
terang) dengan setiap tiang ketinggian minimum 1m dari aras tanah.
Bendera mestilah diletakkan di atas garisan pada 4 penjuru kawasan in
goal.
Kelapan-lapan bendera ini ialah di luar kawasan in goal dan tidak
termasuk dalam kawasan permainan.
Tiang bendera lain mestilah diletakkan selari dengan garis 22m dan
garis tengah
(halfway) di bahagian luar dalam jarak 1.5 meter dari tepi garisan.
c) Tiang Gol
Tiang gol berukuran 5.6 m lebar dalam tiang dan 3 m tinggi atas
palang. Tinggi maksimum 3.4 meter dari atas tanah SM.

79

PERALATAN
a) Bola
Bola mestilah berbentuk bujur dan terdiri dari 4 panel yang dibuat dari
kulit atau bahan sintetik yang sesuai.
Bola ragbi saiz 3 akan digunakan untuk permainan ini yang beratnya
lebih kurang 350 370 gram.
Tekanan angin bola mestilah di antara (65.71 68.75) kilopascals, atau
0.67 0.70 kilograms per square centimetre atau 9.5 10.0 pounds per
square inch.

80

b) Jersi
Pasukan mestilah memakai jersi yang sama warna dan mempunyai
nombor yang jelas tertera di belakang jersi.
Pemain boleh memakai jersi jenis ugly dengan syarat pasukan lawan
memakai jersi yang berwarna sama.
Jersi jenis sleeveless dibenarkan pakai tetapi bukan jenis singlet.
Seluar panjang jenis casual pants dan track bottom adalah dilarang.
Pemain boleh memakai tigh.

c) Pakaian Tambahan
Pemain digalakkan memakai alat bantuan (supports atau guards) yang
kenyal dan lembut terdiri dari bahan yang bersih dan boleh dibasuh.
Pemain digalakkan memakai Mitts (fingerless glove) yang ada
spesifikasi IRB.
Pemain digalakkan memakai body amour yang ada spesifikasi IRB.

81

Pemain digalakkan memakai mouth guard.

Pemain digalakkan memakai bandage atau dressing untuk menutup


kecederaan
dengan syarat bahan itu mesti bersih.
Pemain digalakkan memakai strapping atau bahan yang hampir sama
untuk bantu atau mengelakkan kecederaan.
Pemain digalakkan memakai head gear untuk membantu mengelakkan
kecederaan.

d) Boot
Studs

pada

boots

pemain

mestilah

yang

tidak

mendatangkan

kecederaan pada pemain lain.


Jika boots jenis studs boleh dibuka, semua studs hendaklah dikunci
dengan ketat dan bilangan yang lengkap.
Studs jenis blade tidak digalakkan untuk dipakai.

82

PENGENALAN
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang
dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian
badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada
lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola
tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam
gelanggang

lawan,

lawan

melakukan

kesalahan

atau

lawan

gagal

mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Hal
ini disebabkan oleh banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di
atas jaring dan kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA TAMPAR
SEJARAH SUKAN BOLA TAMPAR PERIKNGKAT ANTARABANGSA
Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan
(1870 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Mens Christian Association (YMCA)
83

Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan


permainan

tenis

(jaring) dan

bola keranjang

(bola).

Beliau

menamakan

permainan baru ini sebagai Mintonette. Pada tahun 1896, nama tersebut telah
ditukar kepada Volley Ball setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T.
Halstead dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952,
Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah
memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan,
Volleyball.
Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de
Volleyball FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947. Kejohanan bola tampar
sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949
manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah
berlangsung di Paris pada tahun 1951. Pada tahun 1957, sukan bola tampar
telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat
pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun
1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat
pingat emas dalam acara wanita.
Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis
sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara
yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari
Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12
dari Amerika Selatan merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling
besar di dunia.
SEJARAH SUKAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA
Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong
dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan
persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan
Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing.

84

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai


Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959
dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan
kepada

Majlis

Olimpik

Malaysia

(OCM)

dan

persekutuan

bola

tampar

antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball FIVB) pada tahun 1962 .

MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola


tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga
1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang.
Ketika itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965,
MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem
antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di
Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.
Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan
peringkat antarabangsa telah dilancarkan dan dikelolakan dengan jayanya oleh
MAVA. Antaranya ialah bola tampar mini bawah 12 tahun, pertandingan bawah
15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja
Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.
Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua
negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera
Malaysia manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai
85

ahli bersekutu. Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada
tahun 1960-an. Pada tahun 1990,

permainan bola tampar mini telah mula

diperkenalkan di Malaysia dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar


Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil
alih oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan
kejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), Kedah.

CARA BERMAIN SUKAN BOLA TAMPAR


Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua
pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam
orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan
meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para
pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada
86

bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan


bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis
dilakukan.
Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di
peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set
sahaja.

Pasukan

yang

paling

banyak

memenangi

set

permainan,

akan

diisytiharkan sebagai pemenang. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa


dan kejohanan serta perlawanan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi
perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata dengan minimum
kelebihan 2 mata. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang
iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh
5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan secara bergilir-gilir. Setiap
pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata
(bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika
markah diperoleh.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN BOLA TAMPAR


1) Pengiraan mata
Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan
bola atau pihak lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang

87

menerima servis memenangi satu rali, pasukan mendapat servis


dan satu mata. Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set
terbaik daripada 5 set (Best of 5) dengan kiraan mata rali 25 mata
bagi set pertama hingga set keempat (perlu memperoleh kelebihan
2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan,
iaitu set kelima, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata
(perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14).
Untuk set penentuan, pasukan bertukar gelanggang apabila manamana pasukan mencapai mata 8.
2) Putaran
Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk
membuat servis, semua pemain mesti memutarkan satu kedudukan
mengikut putaran jam: pemain di posisi 2 berputar ke posisi 1 untuk
membuat servis, pemain posisi 1 akan berputar ke posisi 6 dan
seterusnya.

3) Pemain Libero (Bab 6 Peraturan FIVB)


Setiap pasukan boleh
mendaftarkan

satu

atau

dua

orang

pemain
Libero
yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.
Pemain
Libero bolehmenggantikan
mana-mana
pemain
barisan
belakang
dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan
hadapan.

88

Pemain

Libero

tidak

boleh

membuat

servis,

menghadang,

menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas


kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.
4) Rali
Setiap pasukan akan kehilangan rali jika satu daripada perkara yang
berikut
berlaku :

Bola menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.


Bola menyentuh seseorang pemain dan keluar dari gelanggang.
Bola dimainkan melebihi 3 kali kecuali menghadang.
Bola disentuh oleh pemain yang sama banyak 2 kali berturut-turut.
Seorang pemain menyentuhi
pita putih atas jaring.
Seorang pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke

gelanggang pihak lawan.


Seorang pemain tidak boleh

memegang,

membaling bola.
Seorang pemain barisan belakang merejam

membawa

atau

bola atas paras jaring

dalam kawasan serangan 3m.


Libero merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk
menghadang di jaring.
Libero mengumpan di kawasan serangan 3 m untuk perlakuan
rejaman.
5) Penggantian Pemain
Bilangan penggantian maksimum yang dibenarkan bagi sesuatu
pasukan set adalah 6 penggantian.
Satu atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama.
Pemain pengganti hanya boleh masuk bermain hanya satu kali
dalam 1 set, dan hanya boleh di ganti semula oleh pemain yang
sama.
Pemain yang telah diganti hanya boleh masuk semula selepas set
pertama berakhir dan mengambil posisi asalnya.
Pemain yang cedera atau tiada layak bermain perlu diganti melalui
penggantian sah.
6) Sentuhan
Sentuhan yang dilakukan pada kebiasaannya terdiri daripada
sentuhan pertama iaitu bump atau pass supaya bola tersebut
menuju

ke

arah

pemain

yang

ditugaskan

sebagai

setter

(mengumpan).
Sentuhan yang kedua dilakukan oleh setter (mengumpan) dengan
cara hantaran atas kepala menggunakan pergelangan tangan
89

kemudian menolak bola menggunakan hujung jari supaya bola


tersebut menghala ke satu titik di udara di mana akan ada seorang
pemain yang ditugaskan untuk merejam bola tersebut.
Sentuhan yang ketiga dilakukan oleh attacker (penyerang) yang
mana akan merejam bola tersebut (melompat, menaikkan salah
satu lengan melepasi aras kepala lalu memukul bola tersebut agar
ia bergerak dengan pantas terus ke arah gelanggang lawan).
Pasukan yang berada di dalam situasi ini dinamakan pasukan yang
menyerang.

UKURAN
a)

Gelanggang Bola Tampar

90

b)

Jaring

PERALATAN
a)

Bola

91

Bola saiz 5 berbentuk sfera diperbuat daripada kulit lentur atau kulit
sintetik dengan satu pundi di dalamnya diperbuat daripada getah atau
bahan serupa.

b)

Antena

c)

Penyukat Tekanan udara

d)

Pakaian

92

PENGENALAN

93

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi


bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut
ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan
tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :
a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat
oleh kaki

tersebut.

c) Tangan digerakkan dengan pantas.


d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas
dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada
beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis
kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif
yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.
Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak
mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari
dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan,
dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semula jadi. Latihan yang teratur dan
berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi
potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai
oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN OLAHRAGA (PECUT)
SEJARAH SUKAN OLAHRAGA (PECUT) PERINGKAT ANTARABANGSA
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan
olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal
ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada
abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara
yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga

94

merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan dialos berjarak 384 meter (192 meter x 2 meter) diadakan.
Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang
dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat
daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz
tapak kaki. Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki
mereka berbeza-beza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan
untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19
terbatas

kerana

tiada undang-undang

dan

peraturan-peraturan,

prosedur

permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan
sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau
bagaimanapun, persetujuan dibuat

untuk menjadikan cara permulaan berdiri

sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880-an, ramai jurulatih membuat percubaan cara
memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana
para atlit berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan
dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian, wujud gaya dekam
pada tahun 1884. Di Australia, gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum
tahun 1921, kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja di mana
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan
oleh Harald Anderson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,
Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88
saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928 dalam acara 200 meter, rekod
larian sebelum Olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus
tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat.
Bagi wanita, acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948,
Wilma Rudolph dari

Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun

tersebut dengan masa 22.9 saat. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah
orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee
Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari
Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
95

catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah
berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
SEJARAH SUKAN OLAHRAGA (PECUT) DI MALAYSIA
Organisasi olahraga terulung di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh,
Perak yang ditubuhkan pada tahun 1906 dan menganjurkan kejohanan itu yang
dinamakan Ipoh Athletic Sport. Pemenang kejohanan ini dinobatkan sebagai
Johan Malaya. Antara tahun 1914 hingga 1919, kejohanan terhenti kerana Perang
Dunia Pertama. pada tahun 1920, mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur
untuk mengadakan Kejohanan Olahraga Malaya kali pertama antara negeri yang
dianjurkan oleh Amateur Athletic of British Malaya. Antara tahun 1940 hingga
1948, Olahraga terhenti akibat Perang Dunia Kedua. pada tahun 1952, nama
persatuan ditukar kepada Federation of Malaya Amateur Union (FMAAU) dan
bergabung dengan majlis Olimpik Malaya. Pada tahun 1960, Kejohanan
Kebangsaan Pertama yang menggunakan peraturan-peraturan

baru telah

diadakan di Seremban. Rekod kebangsaan telah mula direkodkan dan diiktiraf.


Antara tahun 1960 hingga 1962, kejohanan ini juga telah disertai oleh atlet luar
negara. Selepas penubuhan Malaysia, FMAAU telah ditukar kepada MAAU.
Presiden pertama MAAU ialah Datuk Mohamed Ghazali Bin Shafie. pada tahun
1964, kejohanan pertama di bawah anjuran MAAU disertai oleh semua negeri di
Malaysia.

96

CARA DAN TEKNIK YANG BETUL DALAM SUKAN OLAHRAGA (PECUT)


Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu
(dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik.
Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang
langkah. Dalam pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan
gaya dekam.

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:


a)

Fasa permulaan
Permulaan Gaya Peluru
Berdiri di blok, rapat kepada garisan.
Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang.
setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Letakkan kaki di blok.
Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
Ruang seluas buku penumbuk.

97

Permulaan Gaya Sederhana (Medium)


Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan
blok. belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
Ruang seluas buku penumbuk.
Permulaan Gaya Panjang (Elongated)
Blok hadapan diletak 2 tapak dari garis permulaan dan blok
belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki
hadapan.
Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Kedudukan Tangan, Kepala dan Leher
Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.
Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di
antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan.
Kepala dan leher di dongak, mata pandang ke hadapan .
b)

Fasa Sedia

c)

Badan diangkat dan condong ke hadapan.


Kedua tangan lurus menahan berat badan.
Kaki belakang hampir lurus.
Kepala pandang hadapan.

Fasa Berlepas
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta
tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.
Dimulakan dengan larian atau pecutan dalam jarak 30 hingga 60
meter, kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
Tahap kelajuan maksimum atlet akan ditentukan oleh tahap
kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat
dikekalkan.

d)

Fasa penamat

98

Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk


berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Contoh :- Larian

untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.


Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi

garisan penamat.
Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan.
Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN OLAHRAGA


1) Setiap pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh undangundang dan peraturan pertandingan bersesuaian dengan matlamat
penganjurannya.
99

2) Peraturan pertandingan perlu mempunyai perkara berikut :


Nama kejohanan
Tarikh
Tempat pertandingan
Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan
Ukuran, berat alatan dan jarak
Syarat-syarat penyertaan
Nombor peserta
Atur cara dan jadual pertandingan
3) Melaporkan Diri Peserta
Peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi
acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu
acara berkenaan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke
tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.
Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada
Pegawai teknik dalam arena pertandingan.
Hebahan tentang panggilan peserta untuk melaporkan diri bagi
acara-acara mereka tidak akan dibuat. maklumat yang meminta
peserta melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di
tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya
terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program
kejohanan.
Para peserta

hendaklah

berpakaian

lengkap

dan

nombor

penyertaan mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap


penjuru di baju masing-masing.
peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara
dimulakan tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam acara
tersebut dan akan dianggap sebagai menarik diri.

4) Prosedur Masuk dan Keluar Arena Pertandingan


Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan
keluar daripada arena pertandingan sambil diiringi oleh Penyelia
Peserta.
Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara tamat, para peserta
hendaklah berada di lorong masing-masing untuk menujukkan
nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta-merta
tanpa memasuki padang.
5) Paku Kasut (Spike)
100

Paku Kasut : Kejohanan yang diadakan di atas balapan jenis sintetik.


Panjang maksimum paku kasut tidak boleh melebihi 9 mm, kecuali
untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acaraacara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.
6) Cara Menanda Di Tempat Pertandingan
Para peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau sebarang
bahan

untuk

menandakan

di

tempat

pertandingan.

Mereka

hendaklah menggunakan pita.


PERATURAN LARI PECUT
a)

Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh

b)

membantu pelari.
Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih

c)

dahulu.
Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh
garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau

d)

kaki.
Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah

e)

hendaklah menyentuh tanah.


Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh

f)

pegawai pelepas dikira batal.


Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja.

g)
h)

Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.
Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira
pemenang.

UKURAN
a)

Balapan 100 Meter

101

b)

Lorong Balapan

PERALATAN

102

PENGENALAN

103

Gimnastik

ialah

pergerakan,

latihan

fizikal

dan

senaman

yang

meningkatkan kekuatan otot. Pergerakan gimnastik terdiri daripada yang senang


contohnya berlari, berjalan, melompat dan pergerakan yang kompleks seperti
hambur tangan (handspring), putar roda (cartwheel), salto hadapan dan
belakang. Pergerakan gimnastik juga terdiri daripada posisi statik yang senang
seperti berdiri, menyokong dan yang kompleks seperti dirian tangan buka kaki
serta dirian kepala. Pergerakan gimnastik boleh dilakukan dengan menggunakan
alatan, di atas peralatan dan tanpa alatan. Pergerakan gimnastik juga perlulah
menunjukkan ketepatan, kejituan dan kesempurnaan.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN GIMNASTIK
SEJARAH SUKAN GIMNASTIK PERINGKAT ANTARABANGSA
Sukan gimnastik telah bermula dan berkembang sejak 2000 tahun dahulu
dan sangat berhubung rapat dengan peradaban manusia. Sejak 2000 tahun
dahulu orang-orang Cina telah menggunakan senaman beramai-ramai bagi
tujuan upacara keagamaan. Seratus tahun kemudian, orang-orang India dan
Persia

telah

mengikutinya.

Orang-orang

Greek

pula

telah

menamakan

pergerakan ini sebagai GYMNASTICS dan tempat melakukan senaman ini secara
beramai-ramai dikenali sebagai GYMNASIUM.
Walaupun perkembangan sukan gimnastik ini tidak dapat dikesan, tetapi
Aristotle, seorang ahli falsafah berbangsa Greek telah menulis bahawa gimnastik
tidak hanya sebagai seni, malahan ia juga merupakan salah satu bidang ilmu
sains iaitu sains kemasyarakatan. Seorang ahli perubatan yang masyhur dan
pengikut Hippocrates, Gelen, telah mencipta teori mengenai gimnastik yang
menunjukkan ia sesuatu gerak kerja yang berpengetahuan dan mempunyai nilainilai yang tinggi dan masih digunakan sehingga sekarang.
Orang Roman pula telah menggunakan fahaman kebudayaan latihan
jasmani orang Greek dan kemudian diperkembangkan sehingga menjadi salah
satu peralatan dalam latihan ketenteramannya. Mereka juga membina patung
kuda kayu untuk berlatih pergerakan naik dan turun kuda sebenar. Selain dari
itu, mereka juga berlatih pergerakan ketangkasan lombol yang lain sehingga
dikenali sebagai kekuda lombol sampai sekarang.

104

Empayar Roman di bawah pemerintahan Theodosius 1 dalam tahun 493


Masihi telah menghapuskan Sukan Olimpik purba dan berikutan dengan itu,
kegemilangan sukan tersebut juga turut merosot. Dengan runtuhnya Empayar
Roman juga telah membawa kemerosotan minat orang ramai terhadap sukan
gimnastik ini. Dalam abad ke-19, kebangkitan minat terhadap sukan purba ini
kembali wujud. Dengan terbitnya buku, Gymnastics for youth oleh Guths Muth
dalam tahun 1759 hingga 1839 dan terjemahan nya di sebar ke seluruh Eropah,
telah banyak mempengaruhi perkembangan peringkat awal sukan gimnastik ini.
Pehr Ling dan Johan Ludwig Jahn merupakan penggerak utama sukan
gimnastik, di mana Ling telah menyediakan asas pergerakan dalam Pendidikan
Jasmani dan telah menjadi ikutan banyak Negara. Sementara itu, Jahn pula telah
mengembangkan sistem gimnastik yang masih digunakan sekarang. Turnvereine
atau

kelab

gimnastik

merupakan

idea

beliau

yang

telah

berkembang

keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat, dan perkataan turners yang


bermaksud gimnas ( peserta atau ahli gimnastik ), masih digunakan di sana
sehingga sekarang.
Perdebatan

tentang

tafsiran

gimnastik

Jerman

yang

lebih

kepada

pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan
dibandingkan dengan pemberian relative Swedish yang berdasarkan pergerakan
berirama telah diperkatakan beberapa tahun kemudian. Pergerakan ini telah
merebak ke Negara Inggeris di mana Skim Latihan Jasmani Tentera Bersekutu
telah di tubuhkan dalam tahun 1860 yang lebih dikenali sebagai Staf Gimnastik
Tentera. Kemudian daripada itu, Persekutuan Amatur Gimnastik telah ditubuhkan
dalam tahun 1888. Perkembangan sukan ini terus mendapat sambutan dan pada
tahun 1908, Alberto Braglia dari Itali telah memenangi johan keseluruhan acara
gimnastik di Sukan Olimpik di London.
Selepas Perang Dunia Pertama, sambutan dan perkembangan gimnastik di
England telah merosot disebabkan tanggapan bahawa ia berasal dari Jerman.
Kemudian pihak berkuasa pendidikan pula telah mengharamkan pengajaran
yang menggunakan alatan. Bagaimanapun

selepas Perang Dunia Kedua,

kerajaan Inggeris telah memberikan sokongan, dan pengaruh yang dimainkan


oleh televisyen telah mengembalikan kepopularan sukan gimnastik ini. Walau
bagaimanapun, di Negara-negara asal di mana gimnastik mula berkembang
tetap terus maju dan menjadi sukan yang popular dan membawa kemegahan di
peringkat Olimpik.
105

Asas Pergerakan yang dilakukan pada Zaman Mesir Kuno

Olimpiad Pada Zaman Greek

Arca yang menunjukkan lakuan asas dari Zaman Kuno


PERKEMBANGAN AWAL
Gimnastik berkembang di Jerman dan Czechoslovakia pada permulaan abad
yang ke-19. Seorang guru Jerman, Friedrich Ludwig Jahn yang dikenali sebagai
Bapa Gimnastik telah mencipta beberapa apparatus, termasuk palang mengufuk
dan palang selari.

106

Asas Pergerakan Gimnastik dalam Pergerakan Harian


SEJARAH SUKAN GIMNASTIK DI MALAYSIA
Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari oleh
semua murid sekolah di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut
menunjukkan

bahawa

gimnastik

pada

mulanya

berfungsi

sebagai

alat

kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada


masyarakat umum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi
pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan
kebolehlenturan

(flexibility)

dan

kesedaran

kinestatik

semasa

fizikal,

melakukan

hamburan dan lain-lain.


Kemahiran Gimnastik telah pun diajar di sekolah-sekolah dan institut
pendidikan guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani sejak zaman
penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar
senaman lantai, imbangan dan melombol. Gimnastik dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu termasuklah Gimnastik Artistik, Gimrama, Trampolin,
Tumbling, Gimnastrada, Sport Aerobik dan juga Gimnastik Akrobatik. Bagi
menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih
dahulu iaitu konsep imbangan, kelenturan dan konsep koordinasi.
Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat
perhatian masyarakat dunia, pengaplikasian dalam bilik darjah merupakan
langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal
khususnya

pada

kanak-kanak

prasekolah.

Pertandingan

gimnastik

antara

sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962


bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki
sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada
107

tahun 1980 sahaja. Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui


pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaan dan temasya sukan sekolah-sekolah
setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kini sukan gimnastik
telah berkembang begitu baik sehingga kesemua Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan gimnastik anjuran Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.
Pada tahun 1989 Malaysia telah menang lima pingat emas dalam gimrama
di Sukan SEA melalui Faiznur Miskin. Pada tahun 1991 Malaysia telah memenangi
pingat emas yang pertama dalam Sukan Sea melalui Kau Git Kaur dalam acara
melombol dan pada tahun 1993 Lim Wai Chee pula telah menang pingat emas
dalam acara melombol untuk menyumbang pingat emas pertama dalam
gimnastik artistik wanita Malaysia. Malaysia telah menyertai pertandingan
gimnastik dalam Sukan Komanwel sejak 1998 hingga sekarang. Pada tahun 2004
seorang gimnas iaitu Ng Shu Wai telah mewakili Malaysia dalam Olimpik di
Athens, Greece.

108

BENTUK PERTANDINGAN GIMNASTIK


Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan
pergerakan. Dalam kejohanan gimnastik dunia dan Sukan Olimpik, setiap
pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan
dan individu untuk setiap alatan.
Acara yang dipertandingkan bagi ahli gimnastik lelaki ialah :

Senaman Lantai
Kekuda Pelana
Gelang
Lombol
Palang Sejajar
Palang Tunggal

Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara iaitu :

Senaman Lantai
Lombol
Palang Bertingkat
Batang Titian

KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK


a)

Senaman Lantai
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik.
Senaman lantai mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan
seperti dirian tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu
pergerakan di palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang
sejajar, gelang dan palang tunggal.

109

b)

Acara Lombol
Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai
bapa gimnastik moden. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan
wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih
tinggi. Lombol mempunyai enam fasa iaitu larian penujuan, lonjakan,
penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

c)

Acara Palang
Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina
kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. Para gimnas
wanita pernah menggunakan palang sejajar sehingga 1930. Selepas itu ,
satu daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai palang
bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di kedua-dua alatan ini lebih
menumpukan kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan.

d)

Kuda Pelana
Alatan yang digunakan dalam acara kuda berpelana lebih sama bentuk
dengan kekuda lombol tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya
digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana ii untuk
memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua110

dua lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana


bergantung kepada tumpuan, imbangan dan rentak.

e)

Batang Titian
Batang titian

merupakan

satu

alatan

gimnastik

yang

membantu

perkembangan pembentukan dirian tubuh, dan gaya yang baik. Ciri-ciri


penting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti
dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya hanya 10 cm.

f)

Acara Gelang
Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk
mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta terjatuh, dia mempunyai 30
saat untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan
melangkah,

tetapi

boleh

membetulkan

markah.

111

imbangannya

tanpa

ditolak

g)

Acara Palang Tunggal


Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat
mewujudkan suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas
palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan lengan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN GIMNASTIK


1) Kelayakan Peserta
Peserta Artistik lelaki dan wanita yang menyertai sesuatu kejohanan
mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Sijil Gred 3 Program
Klasifikasi Gimnastik Kebangsaan dan lulus semua apparatus.
2) Pakaian
Peserta wanita dibenarkan memakai Leotard dan Tights panjang
atau pendek.
112

Peserta lelaki dibenarkan memakai seluar pendek serta singlet


kecuali acara Kekuda Berpelana, Gelang Roman, Palang Sejajar dan
Palang Tunggal dikehendaki memakai seluar panjang serta singlet
dan sarung kaki atau kasut gimnastik.
Pakaian pasukan mestilah seragam. Potongan markah 0.3 (sekali
sahaja) akan ditolak daripada markah akhir pasukan yang tidak
seragam.
3) Kad Pertandingan
Elemen-elemen daripada rutin yang pertama hendaklah ditulis di
atas

kad

pertandingan.

Setiap

satu

daripada

elemen

yang

diperlukan harus ditandai dengan asterisk (*). Unsur-unsur rutin


yang kedua juga perlu diturunkan pada kad persaingan dengan
setiap unsur nilai kesukaran.
Dalam acara FIG,

hanya

sistem

angka

FIG

boleh

digunakan untuk menghuraikan elemen bertulis pada kad


pertandingan. Jika tidak, kad tidak akan diterima
Kad pertandingan ini hendaklah diserahkan pada masa dan tempat
yang dinyatakan oleh jawatankuasa penganjur. Jika tidak, gimnas
mungkin

tidak

dibenarkan

untuk

bermula.

Ketua

Perakam

bertanggungjawab untuk memastikan ia diberikan kepada Hakim


Kesukaran sekurang-kurangnya 2 (dua) jam sebelum pertandingan
bermula.
Dalam rutin pertama, gimnas perlu melaksanakan unsur-unsur
seperti yang ditulis pada kad pertandingan. Apa-apa unsur yang
diperlukan hilang atau tidak memenuhi kehendak, hal ini akan
mengakibatkan potongan 1.0 mata bagi setiap rutin.
Dalam semua rutin sukarela, perubahan kepada unsur-unsur dan
perintah di mana ia ditulis pada kad persaingan dibenarkan tanpa
penalti.
4) Keperluan Keselamatan
Pesaing boleh mempunyai sama ada 1 (satu) atau 2 (dua) daripada
pengesan atau individu yang mengambil nombor mereka sendiri,
yang kemudian menggantikan jumlah pengesan yang sama. Pada
masa yang sama, tidak perlu ada lebih daripada 4 (empat)
pengesan atau individu yang mengambil nombor sekitar trampolin.
Sebuah tikar hanya boleh digunakan oleh individu yang mengambil
nombor pesaing sendiri.
113

5) Sistem Pemarkahan
Semua pergerakan dinilai dari 10.00 markah. Sesuatu kesilapan
oleh peserta akan dipotong markahnya. Potongan bagi kesilapan
dikira dari 0.01 markah ke atas. Semasa acara alatan akhir
(pertandingan III), potongan 0.05 markah dibenarkan kiranya
markah melebihi 9.50 markah.
Keputusan yang sah ditentukan dengan mengambil kira hitung
panjang dua markah pertengahan dari markah empat orang hakim.
Perbezaan di antara dua markah yang di pertengahan tidak boleh
melebihi dari :
markah hitung panjang antara 9.50 markah dan lebih.
0.20 markah hitung panjang antara 9.00 9.45 markah.
0.30 markah hitung panjang antara 8.00 8.95 markah.
0.50 markah hitung panjang antara 7.00 7.95 markah.
0.80 markah selain daripada yang di atas.
Sekiranya perbezaan di antara dua markah pertengahan melebihi yang
dibenarkan,

adalah

menjadi

tanggungjawab

ketua

hakim

untuk

membuat pembetulan. Pembetulan markah ini dibuat, iaitu dengan


mengubahsuai lingkungan yang betul dengan berasaskan markah asas.
Markah asas adalah hitung panjang markah ketua hakim dengan hitung
panjang markah panel juru hakimnya. Markah asas dibulatkan kepada
dua tempat perpuluhan sama ada ke angka 0 atau 5.
Ketua hakim hendaklah mencatatkan markahnya dahulu sebelum ia
boleh meminta hakim-hakim lain menunjukkan markah mereka.
Mempamerkan markah yang diperoleh adalah berasaskan sistem
pemberian

markah

secara

TERBUKA.

Markah

para

hakim

akan

ditunjukkan secara terbuka setelah menerima isyarat lampu atau


bendera. Ini bermakna markah keputusan akan diimbas serentak atau
serta-merta bergantung kepada keadaan. Markah ketua hakim tidak
tertakluk kepada peraturan ini.

114

PERALATAN

115

116

117

RUJUKAN
INTERNET

https://www.fig-gymnastics.com/publicdir/rules/files/tra/TRA-CoP%202013-

2016%20(English).pdf
http://yassinerang.wordpress.com/gimnastik/
http://www.slideshare.net/arhima/topik-7-gimrama
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/muat-turun-new.html
http://zihanthesensei.blogspot.com/2010/08/gerko-permainan-hoki.html
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/files/Hoki.pdf
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/cara-bermain-dan-undang-

undang-hoki.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Badminton
http://badmintonbellaaina.weebly.com/peraturan-peraturan-

badminton.html
http://amirultasya.blogspot.com/2011/05/cara-cara-bermain-

badminton.html
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/files/Badminton.pdf
http://www.slideshare.net/nadwah93/sejarah-bola-keranjang
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/sejarah-bola-keranjang.html
http://sayacikgusukan.blogspot.com/2012/09/pengenalan-sukan-bola-

jaring.html
http://www.slideshare.net/Noorlieza/sejarah-bola-jaring-dan-maklumat2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_keranjang
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/images/stories/pdf/bolatamparsm.pdf
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/images/stories/pdf/ragbi.pdf
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/images/stories/pdf/gimnastik.pdf
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/images/stories/pdf/olahragasr.pdf
http://gsport-gsport.blogspot.com/2011/06/sejarah-permainan-tenis.html
http://bobezani.tripod.com/tenis.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_sepak_di_Malaysia
http://bolasepakpjk5.blogspot.com/2012/10/undang-undang-4-alatan-

pemain.html
http://pjktahun6.blogspot.com/2012/01/sejarah-dan-perkembangan-bola-

tampar.htm
http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-

dan-aplikasi/
http://www.scribd.com/doc/128201777/Lari-Pecut-Olahraga-2013
http://www.scribd.com/doc/91610362/sejarah-gimnastik
http://notapendidikanjasmani.blogspot.com/2011/11/pjm-3107-gimnastik-

sejarah-dan.html
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/files/Gimrama.pdf
http://ardiscovery.wordpress.com/sejarah-sukan-bola-tampar/
http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/files/Bola%20Sepak.pdf
118

LAMPIRAN

119

120

121

122

Anda mungkin juga menyukai