Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Mengenali Dan Mentafsir Sumber Sejarah. Penulis: Rozeman Abu Hassan. Penerbit: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Mengenali dan mentafsir sumber sejarah merupakan satu hasil penulisan ilmu sejarah yang menjurus kepada pengunaan, pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar dan pembaca terhadap sumber-sumber sejarah. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk memberikan satu gambaran dan kefahaman yang terperinci tentang sumber-sumber sejarah daripada pelbagai aspek pentafsiran. Sumber-sumber sejarah sering kali diterjemahkan dalam beberapa bentuk yang khusus seperti sumber primer, sumber sekunder, sumber arkeologi dan sumber lisan. Namun begitu kefahaman tentang bentuk-bentuk sumber sejarah adalah amat kurang difahami dengan baik kerana usaha untuk memberikan pentafsiran terhadap sumber-sumber tersebut kurang diberi penekanan yang serius. Fokus buku ini adalah untuk menjelaskan tentang kefahaman sumber-sumber sejarah, membincangkan beberapa aspekpengkajian sumber-sumber sejarah dari segi definisi, konsep, jenis, bentuk, dapatan, mengkelas, mentafsir (kritikan sumber) dan bagaimana menggunakan sumber sejarah. Kandungan Prakata Penghargaan Pengenalan Singkatan Kandungan Bab 1. Pengenalan Sumber-Sumber Sejarah Apakah Dimaksudkan Sumber-sumber Sejarah? Ciri-ciri Sumber Sejarah Mengesan Keaslian Sumber Bagaimana Mengklasifikasi Kandungan Sumber Sumber Primer Sumber Sekunder

Bab 2. Kritikan dan Tafsiran Sumber Sejarah Mengapa Per lu Kritikan Sumber Kritikan Sumber Kritikan Luar Kritikan Dalam Bab 3. Sumber Arkeologi Teknik dan Kaedah Penyelidikan Arkeologi Penemuan Pelbagai Artifak Sejarah Bentuk-Bentuk Artifak Arkeologi Bab 4. Dokumen Sejarah Kaedah Menggunakan Dokumen Kaedah Mentafsir Dokumen Masalah-Masalah Menggunakan Dokumen Bab 5. Rekod: Rekod Awam Jenis-Jenis Rekod Awam Mengkelas Rekod-Rekod Awam Kepentingan Rekod-Rekod Awam Kerosakan Rekod-Rekod Awam Bab 6. Sejarah Lisan Sejarah Lisan Sebagai Sumber Sejarah Kaedah dan Teknik Sejarah Lisan Sejarah Lisan dan Pelbagai Disiplin Ilmu

Perkembangan Sejarah Naratif di Malaysia Sejarah Lisan dan Sejarah Keluarga Sejarah Lisan dan Sejarah Etnik Sejarah Lisan Tentang Wanita Sejarah Lisan di Asia Tenggara Bab 7, Sumber Visual dan Internet Kaedah Dapatan Sumber Visual Menyusun, Mengindeks, dan Memberi Nombor Kepentingan Sumber Visual Sumber-Sumber Internet Laman-Laman Sejarah Da lam Internet Kepentingan Sumber Internet

Anda mungkin juga menyukai