Anda di halaman 1dari 6

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T2 MT2

LENCANA AHLI OLAHRAGA

Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi
perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada
masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu
langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru,
memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.
Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap - Lencana Usaha, Pengakap itu
dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian
dalam Kategori Pengetahuan. Salah satu daripadanya ialah Lencana Ahli Olahraga.
SEJARAH OLAHRAGA
Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi
perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga
kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata
masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh
setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu
diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya
dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang
lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk
mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya
wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba
sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau
berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka
yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan
lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang
sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.
Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula
individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih
ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai
1

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM


kemenangan

sudah

tentu

mereka

T2 MT2
akan

berlatih

bersungguh-sungguh

dan

akan

mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan


untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di
merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun
matlamat dan tujuannya sama.
Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan
diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga
pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau
athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini,
khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.
PERALATAN UNTUK OLAHRAGA
Dahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh para olahragawan. Mereka
memakai kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek
dan baju-T atau singlet. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19,
spikes terus menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari
merasakan spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. Umumnya dalam sukan
olahraga, terutamanya dalam acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang
diperlukan selain spikes ini.
1. Kasut

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka
yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam acara
lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting
malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis
kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada
jenis yang ringan.

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T2 MT2

2. Blok permulaan

Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu
para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para
pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari blok
ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta
nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.
3. Pakaian sukan

Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai
untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar
dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau
pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu.
Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan
dipersetujui oleh negara dan pasukan mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat
kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian
yang dipakai oleh para olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak
mengganggu pergerakan dan larian mereka.

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T2 MT2

4. Peralatan sampingan
Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin
ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting,
namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka hendaklah
diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti berikut :
a.

Tuala

b.

Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol
minuman dan sebagainya.

c.

Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)

d.

Kasut jogging dan kasut berlari (spikes)

e.

Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur

f.

Barangan lain yang difikirkan perlu

TUGASAN YANG PERLU DISIAPKAN UNTUK MEMPEROLEHI LENCANA

- Mengetahui peranan MSSD,MSSM,SUKMA,MSN.


- Melakukan 6 jenis latihan kesegaran tubuh badan.
- Menyediakan buku skrap mengenai perkembangan sukan peringkat Daerah dan Negeri.
- Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan.
- Mengambil bahagian dalam acara-acara berikut:4

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T2 MT2

JENIS-JENIS ACARA DALAM OLAHRAGA


Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan
daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk
lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun
berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam
kebanyakkan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA,
walaupun terdapat sekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam
olahraga setiap acara mempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara
sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan
perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang
atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi
seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakkan atlit lebih suka
mengkhususkan

penyertaan

dan

penglibatan

mereka,

terutamanya

di

peringkat

antarabangsa. Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke
semasa dengan hanya mengambil bahagian dalam satu atau dua acara. Senarai lengkap
acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan di peringkat antarabangsa, dan juga
kebangsaan adalah seperti berikut :

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T2 MT2

CIRI-CIRI SEORANG AHLI OLAHRAGA DALAM PENGAKAP

Berdisiplin tinggi
Semangat untuk bertanding
Berperibadi mulia dan dihormati
Mempunyai semangat berpasukan
Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah
Penyabar dan bertimbang rasa

Anda mungkin juga menyukai