Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW

1. Servis
2. Melambung
3. Mengumpan
4. Menanduk
5. Merejam
6. Menghadang

1) SERVIS

Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan


kaki kanannya sebelum melakukan ayunan.
Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang
dikehendaki.
Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan
mengikut lajak.

2) MELAMBUNG

Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan


iaitu memegang bola, membengkok lutut, melempar bola
dan ikut lajak.
Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,

Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum


melakukan lambungan.

Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.

3) MENGUMPAN

Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri


sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan.
Bersedia mengawal bola.

Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.

Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan

Imbangkan badan dengan tangan.

4) MENANDUK

Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala


untuk menghantar, mengumpan, mengawal dan merejam
bola.
Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka,
kemudian gunakan dahi untuk menolak bola ke atas.

5) MEREJAM

Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman


gunting, rejaman sisi dan rejaman menapak.
Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah
mempunyai fleksibiliti, kuasa, ketangkasan dan kekuatan
yang tinggi.

Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri


dengan arah bola.

Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.

6) MENGHADANG

Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan


rejaman yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis.
Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.

Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :

1. Diri sedia.

2. Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m


daripada jaring, semakin tinggi lompatan yang dibuat,
semakin tinggi luas kawasan hadangan.
3. Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang
bola yang direjam, batal jika menghadang menggunakan
tangan

Anda mungkin juga menyukai