Anda di halaman 1dari 3

TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU)

TARGET GAMES

KELENGKAPAN
Padang/Gymnasium

PERALATAN
12 Gelung Rotan
3 Kon Besar setiap kumpulan

DESKRIPSI
Pelajar menyertai aktiviti ini secara aktif dalam menghantar sesuatu objek dan mengaplikasikan kemahiran
dalam pengubahsuaian permainan.

PERATURAN PERMAINAN
Murid tahun 5
Dengan menggunakan kedua belah tangan murid perlu melempar gelung rotan atau gelung getah ke dalam
kon.

STRATEGI PERMAINAN

Permainan ini dijalankan di dalam gelanggang badminton atau padang yang mempunyai keluasan
saiz yang sama besar dengan gelangang Badminton.
Setiap kumpulan mermpunyai masa penamat
Murid memilih pasangan
Setiap pasangan mengambil 4 gelung rotan dan 1 kon besar.
Anggaran jarak pasangan dengan kon besar lebih kurang 10 meter
Pasangan perlu meminta kawan melempar/melontar gelung rotan ke paras yang rendah.
Murid perlu perlu melempar/ melontar gelung rotan ke dalam kon besar.
Murid diminta untuk mengira gelung rotan yang masuk ke dalam Kon.
Peringatan: Pemain tidak boleh membaling gelung rotan ke dalam kon.

SOALAN REFLEKSI
S: Apakah yang perlu dilakukan semasa melontar?
J: Semasa melontar perlu memberi kekuatan pada kedua-dua tangan.
S: Bagaimana anda hendak mendapatkan lontaran yang tepat ke dalam sasaran?
J: Semasa melontar perlu fokus dan menetapkan sasaran dan lontar gelung rotan dalam jarak yang
dekat dan paras yang rendah.

PENGUBAHSUAIAN

Tambahkan kon pada setiap sudut. Pemain boleh mendapatkan 1 mata seandainya lontaran gelung
rotan masuk ke dalam kon yang disediakan mengikut 3 peringkat kon mengikut jarak berbeza.Setiap
jarak kon mempunyai markah seperti:a. Kon pertama = 5 mata
b. Kon kedua = 10 mata
c. Kon ketiga = 15 mata
1 pertandingan antara murid diwujudkan untuk mengumpul mata.
Pemenang dikira berdasarkan kutipan mata tertinggi yang diperolehi

A. MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN (10 MINIT)


(Gelung Rotan)
Bentukkan pelajar kepada beberapa kumpulan yang genap (tidak melebihi 4 orang murid).
Setiap kumpulan perlu mengambil gelung rotan sebanyak 4 gelung sahaja.
Setiap kumpulan perlu membuat lontaran gelung rotan ke dalam kon besar.
Untuk mengutip mata yang banyak lontaran perlu dilakukan berdasarkan jarak kon yang berlainan
dan 3 peringkat kon yang berbeza.
Permainan diteruskan sehingga setiap murid melontar gelung rotan mereka ke dalam kon.
Kumpulan yang paling banyak dapat melontar gelung rotan dan memasukkan ke dalam kon yang
paling jauh jaraknya dikira sebagai pemenang.

DISEDIAKAN OLEH : MARDHIAH BINTI MAHBOB

GAMBARAJAH TARGET GAMES

Anda mungkin juga menyukai