Anda di halaman 1dari 6

Permainan tradisional merupakan permainan- permainan yang dimainkan secara turuntemurun oleh masyarakat yang mana ia masih terus

dimainkan pada masa kini. Jika


dahulu ia dimainkan oleh golongan pesawah dan nelayan pada musim- musim yang
tertentu namun kini ia masih dan terus dimainkan oleh generasi baru sebagai salah satu
aktiviti riadah yang amat menyeronokkan.
Ia bukan hanya dijadikan aktiviti untuk memenuhi masa lapang semata- mata tetapi
juga menjadi aktiviti yang mampu meningkatkan interaksi dan hubungan sosial di
kalangan para pemain. Kerjasama, tolak ansur dan hormat- menghormati merupakan
antara nilai- nilai murni yang dapat dibentuk daripada permainan ini.
Tugasan PJM 3112 pada semester ini memfokuskan kepada pengelolaan karnival
permainan tradisional yang telah pun dilangsungkan pada 20 April 2014. Pengelolaan
karnival ini melibatkan 11 unit pelatih dari kumpulan Program Pensiswazahan Guru
( PPG ) semester 6 yang mana pengelolaan karnival ini diketuai oleh Unit Pendidikan
Jasmani semester 5.
Pembahagian- pembahagian tugasan antara unit yang bertindak sebagai ahli
jawatankuasa kecil telah dibahagikan dan diselaraskan dengan lebih awal. Perjumpaan
demi perjumpaan yang dilakukan antara ketua unit juga memberikan input kepada kami
sebagai ahli jawatankuasa disiplin, hiasan dan kebersihan untuk merancang persiapanpersiapan yang perlu kami lakukan untuk bersama- sama menjayakan karnival ini.
Pembahagian tugasan kepada ahli jawatankuasa dalam unit pula dilakukan oleh ketua
unit kami untuk memastikan perjalanan setiap ahli jawatankuasa dilaksanakan dan
diuruskan dengan lebih teliti dan berjalan lancar. Saya bersama tiga orang lagi rakan
ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa disiplin. Bimbingan oleh pensyarah memberikan
kami lebih peluang untuk mengenalpasti dan memahami bidang tugas yang telah
ditetapkan. Komitmen serta sikap bekerjasama yang tinggi membolehkan dan
memudahkan kami untuk merancang dan menguruskan segala keperluan yang
menjurus kepada bidang tugas yang telah ditetapkan. Ini menjadikan kami lebih yakin
dan bersemangat dalam menjayakan perlaksanaan karnival ini.
Bagi memastikan disiplin para peserta karnival dalam keadaan terkawal, kami telah pun
merangka peraturan- peraturan yang dirasakan perlu dititik beratkan di sepanjang
tempoh karnival berlangsung. Peraturan- peraturan yang ditetapkan merangkumi aspek
kebersihan kerana ia meliputi ruang lingkup aspek disiplin. Oleh itu tanda- tanda
amaran juga disediakan bagi memastikan para peserta memberikan perhatian kepada
perkara- perkara yang diutamakan di sepanjang perlaksanaan karnival ini seperti tanda
arahan membuang sampah di dalam tong sampah, tanda amaran tidak mebuat bising
dan sebagainya lagi.

Saya amat bersyukur kerana walaupun diberikan tugasan dalam AJK disiplin ini, ia
bukan merupakan suatu tugasan yang terlalu berat memandangkan para peserta yang
terlibat merupakan guru- guru yang terlatih dan terdidik dengan aspek disiplin yang
sentiasa terkawal dan dikawal.
Taklimat awal sebelum karnival berlangsung juga hanya menekankan beberapa aspek
yang diutamakan sahaja. Yang ditambah hanyalah peringatan agar para peserta
menjaga dan mengawal emosi semasa pertandingan sedang berlangsung agar setiap
permasalahan yang timbul tidak berlanjutan sehingga menyebabkan pertelingkahan
mahupun pergaduhan.
Sebelum majlis raptai berlangsung saya dan rakan unit bersama- sama memastikan
hiasan dewan berada dalam keadaan yang memuaskan kerana sebelum ini dewan
telah digunakan untuk persidangan salah satu koperasi guru. Jadi keadaan dewan amat
kelam kabut kerana belum dikemaskan oleh pihak pengurusan yang telah
dipertanggungjwabkan. Untuk memastikan kelancaran perjalanan majlis raptai yang
telah dirancang, saya dan rakan unit memutuskan untuk membersihkan dan mengemas
dewan sebelum majlis raptai bermula tanpa menunggu pihak pengurusan yang telah
dipertanggungjwabkan.
Namun, disiplin ketika raptai diadakan amatlah kurang memuaskan kerana guru- guru
kurang menjaga adab ketika majlis sedang berlangsung. Sebilangan kecil guru lewat
hadir ke majlis raptai malah tahap kebisingan juga amat diluar jangkaan sehinggakan
ditegur beberapa kali oleh pengerusi majlis. Guru- guru juga tidak meberikan perhatian
kepada sesi penerangan perjalanan majlis yang diadakan sebelum ini sehingga
menjadikan keadaan kelam kabut.
Malah guru pelatih juga membuat bising ketika nyanyian lagu IPG kerana tidak
mengetahui lirik dan tempo lagu tersebut. Keadaan ini bukan sahaja menambahkan
tahap kebisingan mereka tetapi turut mencacatkan majlis yang akan berlangsung.Bagi
mengatasi masalah tersebut, raptai dilakukan berulang kali serta lagu IPG dimainkan
dengan lebih kerap untuk perhatian para peserta. Bukan itu sahaja lirik lagu IPG turut
dimuat naik ke dalam telefon bimbit bagi memastikan para peserta menghafalnya.
Karnival Permainan Tradisional yang dijalankan tepat pada pukul 8.00 pagi 20 April
2014 benar- benar mencerminkan keperibadian seorang insan bernama guru.
Berbanfing sesi raptai, para peserta lebih fokus dan menumpukan perhatian dalam
menjayakan setiap slot dan aktiviti yang telah dirancang. Majlis perasmian yang
berlangsung dengan begitu lancar sekali dengan tindak tanduk guru pelatih yang amat
terkawal manjadikan disiplin mereka berada pada tahap yang amat baik sekali.

Pertandingan permainan tradisional yang mempertandingkan 6 acara iaitu congkak,


dam aji, batu seremban, ketinting, galah panjang dan konda kondi memberikan peluang
kepada setiap pelatih untuk menunjukkan bakat masing- masing. Bukan sekadar
menunjukkan bakat tetapi keseronokan dalam permainan yang dipilih menjadi aspek
utama kepada saya dan rakan- rakan. Dalam usia sebegini, permainan- permainan
yang dimainkan sewaktu kecil membolehkan kami mengimbau semula kenagan dan
bermain berdasarkan pengalaman sedia ada. Di samping berseronok, kerjasama,
toleransi, kesepaduan dan penghargaan antara setiap ahli kumpulan amat kami titik
beratkan.
Untuk pertandingan ini, saya dan ahli- ahli unit yang lain telah pun membuat pilihan
untuk menyertai setiap permainan yang dipertandingkan. Malah sebagai tanda
komitmen yang tinggi ketua unit telah mewajibkan setiap ahli untuk menyertai satu
permainan yang dipertandingkan.
Daripada 16 ahli unit, hanya 3 orang sahaja yang tidak terlibat sebagai peserta. Namun
guru- guru ini dilantik sebagai hakim bagi beberapa pertandingan yang telah ditetapkan.
Ini menunjukkan bahawa penyertaan setiap ahli unit adalah penting dalam menjayakan
sesuatu program yang telah dirancang. Hubungan yang erat antara kami tanpa mengira
bangsa, menghasilkan kerjasama yang amat baik. Dari aspek pengurusan AJK
hinggalah kepada penyertaan pertandingan, kami sentiasa bersama dan bersepakat
dalam menjayakannya. Ini jelas terbukti apabila setiap ahli unit kami berada di setiap
kawasan pertandingan bagi memberikan sokongan kepada ahli unit yang sedang
bertanding di samping memantau disiplin para peserta serta kebersihan di setiap
gelanggang.
Sewaktu pertandingan dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang telah
dikenalpasti. Cara panggilan peserta amatlah kurang memuaskan kerana para peserta
hanya dipanggil dan diarahkan untuk mengikut hakim ke gelanggang. Namun ia bukan
menjadi masalah besar kerana para peserta yang terlibat adalah guru- guru yang arif
dalam menguruskan dan menyesuaikan diri mereka.
Sungguhpun begitu kedaan kelam kabut dapat diperhatikan apabila para peserta tidak
dapat dikenalpasti kerana tidak berkumpul di tempat panggilan peserta.Jika tindakan ini
dilakukan di sekolah atau pertandingan sukan antara sekolah- sekolah, pastilah ia
menimbulkan masalah besar kerana para peserta tidak dikelompokkan mengikut acara
terlebih dahulu sebelum nama setiap peserta dipanggil dan di arahkan ke gelanggang.
Bagi menambah baik keadaan ini sepatutnya setiap peserta di arahkan untuk
berkumpul di kawasan yang lebih luas seperti di gelanggang yang berada di sebelah
dewan berbanding di depan dewan yang agak sempit untuk bilangan peserta yang
ramai. Kemudian para peserta diarahkan untuk berkumpul mengikut acara masing-

masing sebelum nama mereka dipanggil mengikut urutan dan seterusnya diarahkan ke
gelanggang dengan diiringi oleh hakim.
Setibanya di padang, saya dan rakan peserta yang lain terpaksa pula menunggu agak
lama kerana pundi kacang yang akan digunakan sebagai penanda rumah tidak
disediakan oleh AJK peralatan. Suasana sedikit kecoh akibat para peserta yang
menunggu agak lama. Keadaan ini terjadi kerana pundi kacang tersebut tidak
disenaraikan di dalam senarai peralatan yang diperlukan. Namun kehadiran salah
seorang AJK peralatan yang memberikan penerangan kepada permasalahan tersebut
telah menjernihkan kedaan.
Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya ketelitian dalam merancang dan
merangka setiap aspek dalam pengelolaan sesuatu acara. Bukan sahaja ilmu berkaitan
acara yang dikelolakan tetapi aspek peralatan yang ingin digunakan juga amat penting
bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang dapat mencacatkan perjalanan
sesuatu acara yang dipertandingkan. Jadi perbincangan antara ahli adalah penting bagi
mengenalpasti setiap peralatan yang ingin digunakan beserta jumlah yang tepat bagi
membantu kelancaran setiap acara.
Sebagai peserta acara ketinting, saya amat berpuas hati kerana ketua hakim memberi
taklimat kepada para peserta berkaitan peraturan pertandingan sebelum permainan
berlangsung. Malah ketua hakim juga berjaya menjawab beberapa permasalahan yang
ditimbulkan kerana para peserta dipengaruhi oleh cara permainan yang berbeza
mengikut negeri kelahiran serta pengalaman sewaktu kecil masing- masing. Keadaan
ini agak menyukarkan namun penerangan awal menjadikan kami lebih berhati- hati
sewaktu bermain.
Namun saya mendapati bahawa terdapat beberapa cara pengadilan yang berbeza.
Pada tiga pusingan yang telah berlangsung, hakim tidak menyangkal apabila para
pemain lawan tidak meletakkan pundi kacang pada rumah lawannya ketika
pusingannya sedang berlangsung. Namun pada peringkat akhir, setelah mendapat
bantahan daripada peserta dari Unit Sains barulah ketua hakim menetapkan bahawa
setiap peserta lawan perlu membaling pundi kacang pada kawasan rumah pihak lawan
tanpa memijaknya.
Cara pengadilan yang berbeza ini menunjukkan bahawa para hakim dan juga ketua
hakim tidak mahir dalam pertandingan ini. Sungguhpun begitu sebagai ketua hakim
ataupun hakim mereka sepatutnya membuat rujukan awal dan menetapkan setiap
peraturan dengan telus. Ini kerana walaupun mereka tidak mahir dalam sesuatu
permainan tetapi hakim- hakim yang lain mempunyai pengalaman dalam permainan ini.
Oleh itu perbincangan bagi setiap permasalahan yang mungkin timbul perlu

dibincangkan berdasarkan pengalaman permainan masing- masing. Ia adalah penting


bagi mengelakkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati para peserta.
Selain itu terdapat juga kumpulan peserta yang tidak menghormati hakim, mengganggu
hakim serta menghalang atau memprotes keputusan hakim. Situasi kurang enak ini
menimbulkan sedikit kekecohan dan mengambil masa pertandingan yang sedang
berlangsung. Di sini jelas menunjukkan bahawa ketua hakim yang dilantik perlu
memastikan dirinya dan hakim- hakim di bawah kendaliannya mempunyai ilmu
kehakiman yang mantap bagi setiap permainan yang dihakimi.
Namun kami amat bernasib baik kerana para pensyarah sentiasa berada di
gelanggang- gelanggang permainan. Mereka bukan sahaja memantau permainan yang
sedang berlangsung tetapi juga membantu dan menjadi rujukan utama para hakim
dalam melaksanakan tugas mereka. Kehadiran para pensyarah ini sedikit sebanyak
membantu pengawalan disiplin para peserta juga.
Setelah pertandingan tamat, saya dan rakan unit amat berpuas hati apabila kami
menjadi juara dalam acara ketinting dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan
batu seremban. Apa yang menggembirakan unit kami ialah dalam mencari keseronokan
semata- mata kami telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan
pertandingan dengan mendapat 15 mata.
Sewaktu majlis penutup saya dan rakan unit mendapati bahawa tahap kebersihan
berada pada tahap memuaskan sahaja. Walaupun tong- tong dan plastik- plastik
sampah disediakan di sekitar dewan dan padang, masih terdapat guru yang
meninggalkan bekas- bekas makanan dan minuman mereka di merata tempat. Sikap
mereka ini mencacatkan pemandangan dalam dewan dan menunjukkan sikap sambil
lewa mereka dalam menjaga kebersihan. Untuk mengelakkan sebarang rungutan, saya
dan ahli unit berusaha untuk mengutip bekas- bekas makanan dan minuman yang
dilonggokkan di dalam mahupun di sekitar dewan.
Perlaksanaan karnival dan majlis penutupan yang berjalan dengan lancar membuatkan
kami amat berpuas hati dengan komitmen dan kerjasama yang telah diberikan.
Sungguhpun letih namun perlaksanaan karnival ini memberikan banyak ilmu kepada
kami semua. Walaupun kecil atau hanyalah sesuatu perkara yang remeh bagi
sesetengah pendapat, namun dalam pengendalian sesuatu acara atau program di
peringkat sekolah, setiap aspek adalah penting dalam memberi didikan kepada anak
bangsa.
Perlaksanaan karnival ini memberikan ilmu yang amat berguna dalam pengendalian,
pengelolaan, perancangan dan pengurusan sesuatu acara atau program di peringkat
sekolah. Ia memberikan pendedahan ilmu berkaitan cara perancangan dan pengurusan
kertas kerja serta perlaksanaan setiap aspek yang telah ditetapkan. Ini amat penting

dalam menjamin kelancaran sesuatu perancangan aktiviti yang telah ditetapkan.


Pendedahan kepada aspek pengurusan ini amat membantu kami sebagai golongan
pendidik dalam merancang dan menjayakan apa jua aktiviti dan program di peringkat
sekolah dengan baik, terancang, sempurna serta berkesan.
Dengan pendedahan ilmu ini serta perlaksanaannya bukan sahaja menyatu padukan
setiap ahli yang terlibat malah mampu meningkatkan ilmu dan keyakinan para guru
terhadap perlaksaan program yang akan atau ingin dijalankan. InsyaAllah ilmu ini akan
terus digunakan dan dipraktikkan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai